HORAS TONDI MADINGIN - SAYUR MATUA BULUNG
MANDAILING GODANG
The Great Mandailing
Santabi sapuloh, sapuloh noli santabi Parjolo du ou manyusun jari na sapuloh na marsantabi Sapuloh noli santabi, tu adopan ni raja nami Sang Paduka Baginda Mangaraja Mandailing dohot tu Sri Na Duma Ratuna Mandailing Santabi Laning Raja Nami Horas Baginda, Horas Naduma Horas tondi madingin, Pir tondi matogu sayur matua bulung |
RAJA MANDAILING
Raja Parholong Na So Sude Partataring Na So Mintop Partalaga Na So Horing Raja Na Dumandan Butuha Sumigat Jari-Jari Raja Na Pataya-Taya Patik Na Pagana-Gana Uhum Dohot Ugari Raja Parmata-Mata Ni Honas Raja Na Parjaring-Jaring Angin Na Parambang-Rambang Alogo |
LEMBAGA ADAT MANDAILING MALAYSIA
LAMA
P.P.M/PK 704/95 (21)
Lembaga Adat Mandailing Malaysia Negeri Perak Darul Ridzuan telah ditubuhkan dengan rasmi dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 25hb. Jun, 1996 dengan nombor Pendaftaran 4150/96 (Perak).
Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 25hb. Jun, 1996 dengan nombor Pendaftaran 4150/96 (Perak).
LEMBAGA ADAT MANDAILING MALAYSIA (LAMA) pada akhirnya menggantikan Lembaga Adat Mandailing Malaysia Negeri Perak dengan kelulusan pendaftarannya pada 7hb. Ogos, 1998 dengan nombor Pendaftaran P.P.M/PK 704/95.
Lembaga Adat Mandailing Malaysia (LAMA) ditubuhkan dengan tujuan dan matlamat :
MATLAMAT
1. Mempertingkatkan penyelidikan, pemeliharaan dan memajukan adat istiadat, muzik, kesenian dan kebudayaan Mandailing.
2. Merakam dan membukukan sejarah, keturunan, lagenda, cerita, tempat-tempat sejarah dan peristiwa besar dalam masyarakat
Mandailing.
3. Merapatkan hubungan silaturrahim antara orang-orang Mandailing dan mengumpulkan mereka hingga terbentuk sebuah
masyarakat huta dan perkampungan budaya Mandailing.
4. Meningkatkan usaha mengembangkan adat istiadat perkahwinan, seni tari, muzik tradisional, pakaian dan cara hidup Dalian Na
Tolu, markaum Masisulkot.
5. Mengangkat kembali maruah dan martabat suku kaum Mandailing di Malaysia sebagai usaha untuk meningkatkan jatidiri orang-
orang Mandailing yang telah kehilangan marga dan torombo keluarga.
KEAHLIAN
Keahlian Lembaga Adat terbuka kepada empat (4) kategori iaitu :
Ahli Biasa
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Mandailing yang menjadi warganegara dan bermastautin di Malaysia iaitu :
(a) Kedua ibu bapanya keturunan Mandailing.
(b) Bapanya sahaja berketurunan Mandailing.
(c) Ibunya sahaja berketurunan Mandailing tetapi memperakui dirinya sebagai orang Mandailing.
Semua permohonan keahlian hendaklah berusia (18) tahun ke atas.
AHLI BERSEKUTU
Keahlian bersekutu terbuka kepada mereka yang menetap di Malaysia atau mereka yang bukan berketurunan Mandailing tetapi ingin bersama di dalam kegiatan Lembaga Adat Mandailing serta sanggup berikrar taat setia kepada segala peraturan pertubuhan LAMA.
AHLI SEUMUR HIDUP
Keahlian seumur hidup ini adalah terbuka kepada mereka yang menjadi Ahli di bawah Fasal 5.1 dengan syarat telah membayar Yuran Khas yang ditentukan oleh Jawatankuasa Keahlian.
AHLI KEHORMAT
Sesiapa sahaja boleh dilantik menjadi Ahli Kehormat sekiranya diputuskan oleh Jawatankuasa Keahlian. Hanya tokoh-tokoh yang berjasa kepada masyarakat Mandailing sahaja yang akan dilantik menjadi Ahli Kehormat.
JAWATANKUASA PUSAT
Lembaga Adat dipimpin oleh sebuah Jawatankuasa Pusat yang terdiri daripada :
1. Yang Dipertuan
2. Timbalan Yang Dipertuan
3. Dua (2) orang Naib Yang Dipertuan
4. Setiausaha Agung
5. Dua (2) orang Timbalan Setiausaha Agung
6. Bendahari Agung
7. Penolong Bendahari Agung
8. Lapan (8) orang Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh Mesyuarat Agung
9. Lapan (8) orang Ahli Jawaankuasa yang dilantik oleh Yang Dipertuan
10. Dua orang pemeriksa kira-kira dalaman yang dipilih oleh Mesyuarat Agung
Yang Dipertuan
Yang Dipertuan adalah lambang dan puncak kemuliaan Lembaga Adat Mandailing. Mengikut Fasal 11.2 jawatan tersebut disandang oleh Sang Paduka Baginda Mangaraja Mandailing. Gelaran tersebut hendaklah ditabalkan oleh Raja-Raja Penusunan Mandailing Godang sepertimana yang telah dilakukan oleh di dalamnya acara adat pada 25hb. Februari, 1997 oleh Pangkuan Adat Marga Nasution di Bagas Godang Parsarimpunan Ni Tondi Harajaon Pidoli Dolok, Mandailing Godang yang telah mengisytiharkan bahawa Y.T.M. Drs. Mangaraja Mohd. Fadzlan Nasution Al-Haj sebagai Sang Paduka Baginda Mangaraja Mandailing dan mengangkatnya menjadi Raja Penusunan Godang, Pemerintah dan Yang Dipertuan suku kaum Mandailing.
Perisytiharan tersebut telah dibuat oleh sepuluh orang Raja-Raja Penusunan Marga Nasution yang terdiri daripada :
1. Harajaon Huta Siantar
2. Harajaon Pidoli Dolok
3. Harajaon Maga
4. Harajaon Panyabongan Tonga
5. Harajaon Panyabongan Julu
6. Harajaon Gunong Tua
7. Harajaon Gunong Baringin
8. Harajaon Muara Soma
9. Harajaon Aek Nangali
10. Harajaon Muara Parlampungan
Kemudiannya Perisytiharan ini telah diAktakan pada tanggal 21 Jun, 1997 oleh Alina Hanum Nasution S.H. Notaris dan Pejabat Pembuat Akta Tanah Kota Madya Medan S.K. Menteri Dalam Negeri No. 232/DJA/1985 tanggal 22 Augustus 1985 dengan nama "WATIKAH PENGESAHAN DAN PENGISYTIHARAN RAJA-RAJA PENUSUNAN MANDAILING GODANG" tanggal 21 Juni, 1997/75.
Jawatankuasa Pusat LAMA dibantu oleh Dewan Partuanan yang dianggotai oleh kerabat diraja Yang Dipertuan Lembaga Adat Mandailing. Dewan Partuanan ini menentukan segala sesuatu yang bersabit dengan urusan keluarga diraja, pengganti yang Dipertuan dan segala sesuatu adat istiadat diraja serta peraturannya.
Dewan Adat pula adalah dewan yang dianggotai oleh Namora Natoras yang merupakan pengikut asal kepada Yang Dipertuan di mana mereka sama-sama telah menubuhkan Lembaga Adat dan membuka Huta bagi mendirikan Harajaon Budaya di Tanah Melayu. Mereka ini adalah penasihat dan merupakan golongan yang berpengaruh untuk mendesak sesuatu ke atas keputusan raja atau Yang Dipertuan.
Seterusnya Jawatankuasa Pusat pula dibantu oleh Jawatankuasa peringkat Negeri di mana urusan pentadbiran dan kegiatan Lembaga Adat tersebut dilaksanakan sepenuhnya. Setakat ini terdapat beberapa buah Negeri yang telah menubuhkan Jawatankuasa tersebut :
1. Lembaga Adat Mandailing
Negeri Perak Darul Ridzuan
58, Lebuh Wira Jaya
Rapat Setia Baru
31350 Ipoh, Perak
2. Lembaga Adat Mandailing
Wilayah Persekutuan
3. Lembaga Adat Mandailing
Negeri Selangor Darul Ehsan
4. Lembaga Adat Mandailing
Pulau Pinang
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PUSAT LEMBAGA ADAT MANDAILING MALAYSIA (LAMA)
Yang Dipertuan : Y.T.M. Drs. Mangaraja Mohd. Fadzlan Nasution Al-Haj, PhD., (B. Psc)
Naib Yang Dipertua : Y.T.M. Ratu Salmiah Lubis
Yang Dipertuan 1 : Y.M. Patuan Mohd. Roselan Nasution M.A.
Naib Yang Dipertuan 2 : Y.M Patuan Mohd Shazlan Nasution
Setiausaha Agung : Yth. Datu Abd. Rahim Indera Sakti
Timb. Setiausaha Agung 1 : Yth. Ustaz Suffian Yusuf M.A.
Timb. Setiausaha Agung 2 : Y.M. Sutan Mugal Nasution B.A.
Bendahari Agung : Y.M. Sutan Ariff Nasution
Tim. Bendahari Agung : Yth. Dang Liza Indera Sari
Jawatankuasa : 1. Yth. Datu Dr. Zawari Abdul Aziz
: 2. En. Mohd Yusop bin Abu P.J.K.
: 3. Tuan Hj Mokhtar bin Ahmad
: 4. En Mohd Azli bin Idris
: 5. En. Mohd. Ibrahim bin Hassan A.M.P.
: 6. En. Badrulzaman Mahmud
: 7. Puan Hajjah Zainiah bte Yacob P.J.K.
: 8. En. Buyong bin Md. Noor
: 9. En. Mohammad Sabri bin Mohd. Isa P.P.T., P.J.K.
: 10. En. Ahmad Tarmizi Lubis P.M.P., P.J.K.