Sebenarnya apa yang didakwa oleh IMAN sebagai Batak Mandailing itu tidak pernah wujud sebelum kurun ke 19. Mandailing tetap Mandailing. Tidak ada Batak Mandailing. Bangsa Mandailing itu tinggal di Tanah Abang iaitu di Mandailing Godang dan Mandailing Julu serta di tanah Adik di Kota Pinang, Kampung Raja, Pane dan Sri Bilah.
Istilah Batak Mandailing timbul setelah Tuanku Rao @ Fakeh Muhammad yang merupakan Panglima Perang Angkatan Padri yang menawan seluruh Tanah Mandailing menyerang Tanah Batak di Tapanuli Utara pada tahun 1818 dalam peperangan yang dikenali sebagai Tingki Ni Padri.
Dalam Perang Tingki Ni Padri, Tuanku Rao telah membawa pulang beribu-ribu taban-tabanan atau tawanan perang yang berketurunan Batak ke Tanah Mandailing pada tahun 1821. Tawanan-tawanan atau di dalam bahasa Mandailingnya taban-tabanan yang berketurunan Batak ini telah dijadikan hatoban atau hamba abdi dan ditempatkan secara berkelompok di satu sudut khas di setiap buah huta atau kampung di Tanah Mandailing. Perkara ini diterangkan dengan jelas oleh Profesor Dr. W. Bonar Sidjabat seorang penulis Batak yang sangat terkenal di Indonesia di dalam bukunya yang bertajuk ‘Ahu Si Singamangaraja’. (85)
Menurutnya lagi golongan hatoban berketurunan Batak ini dilarang bergaul dengan orang ramai dan tidak dibenarkan sama sekali mengadakan pesta suka-ria. Jika ada pesta di sesebuah huta, mereka ini tidak dibenarkan untuk menari. Mereka juga tidak boleh mendapat jambar juhut atau jambar hata (daging). Mereka ini hanya boleh memakan sisa atau tulang-tulang yang ditinggalkan.
Golongan hatoban ini diharamkan sama sekali memakai kain Ulos Ragi Idup yang merupakan raja segala raja ulos. Mereka hanya dibolehkan memakai kain Ulos Sibolang atau Suri-Suri, itupun di dalam upacara kekeluargaan mereka sahaja. Tidak boleh ianya dipakai di khalayak ramai.
Mereka tidak boleh memotong kerbau atau kambing, tidak boleh mengembangkan payung kuning dan tidak boleh menyentuh atau memukul Gordang Sembilan. Mereka tidak boleh memiliki tanah dan pondok buruk tempat tinggal mereka mestilah diperbuat daripada buluh dan tangga rumah mereka hendaklah berjumlah angka genap dan tidak boleh berangka ganjil. Mereka tidak dibenarkan menunggang kuda atau kerbau serta dilarang memakai pakaian yang menutup bahu dan lutut mereka. Pendek kata mereka langsung tidak dibenarkan memiliki sebarang kebesaran. Mereka hanya diperintahkan untuk bekerja di tanah sawah sebagai hamba-sahaya semata-mata.
Seorang hatoban berketurunan Batak ataupun keturunan-keturunannya akan diberikan nama baru yang akan menjadi nama panggilan mereka selama-lamanya. Seseorang yang merupakan generasi ketiga hatoban yang berketurunan Batak ini diberi nama huting atau kucing. Kalau ada tetamu yang datang ke rumah tuannya, orang yang merupakan generasi ketiga hatoban yang bernama huting itu diwajibkan mengiau seperti kucing. Mereka dilarang bercakap seperti manusia. Taraf keturunan hatoban Batak ini akan jatuh dari generasi ke generasi dan nama binatang yang diberikan kepada generasi baru juga akan bertambah buruk dan hina. Generasi keempat yang merupakan anak kepada huting itu akan dinamakan babi. Lantaran itu jika ada tetamu yang datang ke rumah tuannya, mereka diwajibkan menguak seperti babi. Begitulah hinanya keturunan-keturunan hatoban Batak ini. Jikalau generasi keempat dipanggil babi, generasi kelima sudah pasti diberi nama yang lebih buruk dan lebih hina daripada babi. Apatah lagi orang-orang yang mengaku generasi keenam dan ketujuh Batak. Namanya pasti lebih buruk daripada babi. Begitulah hinanya keturunan-keturunan hatoban Batak ini. (85) - W. Bonar Sidjabat.
Namun keturunan-keturunan hatoban Batak yang menetap di Tanah Mandailing inilah yang kemudiannya dikenali sebagai Batak Mandailing yang bermaksud orang-orang Batak yang merupakan taban-tabanan atau tawanan perang yang kemudiannya dijadikan hatoban atau hamba abdi di Tanah Mandailing. Lantaran itu bolehlah dikatakan bahawa pengertian ‘Batak’ dan ‘budak’ di Tanah Mandailing itu adalah sinonim.
Keratan 3 – Orang-orang Mandailing menganggap Arkib Negara dan Ikatan Kebajikan Mandailing Malaysia (IMAN) sebagai buta sejarah Mandailing
Oleh kerana kedudukan dan status Batak Mandailing itu tersangatlah hina di Tanah Mandailing, maka itu ramai di antara mereka yang melarikan diri dari Tanah Mandailing lalu merantau ke negeri-negeri Melayu seperti Deli, Langkat, Siak serta Tanah Melayu.
Semasa Perang Padri, hampir semua Batak Mandailing ini telah dipaksa memeluk agama Islam di hujung pedang. Sedangkan semua orang-orang Batak yang lain yang masih berada di Tanah Batak masih menganut agama animisme dan sebahagian besar daripada meraka memeluk agama Kristian setelah datangnya penjajah Belanda.
Lantaran itu bagi membezakan orang-orang Batak yang memeluk agama Islam dengan kumpulan orang-orang Batak yang bukan beragama Islam, mereka telah menggelar diri mereka sebagai Batak Mandailing kerana secara kebetulan mereka tinggal di Tanah Mandailing dan Batak yang bukan Islam tinggal di Tanah Batak.
Sesetengah Batak ini kemudiannya berpindah ke kawasan-kawasan yang merupakan tanah jajahan kerajaan-kerajaan Mandailing seperti di Padangsidempuan, Angkola, Padang Lawas dan Sipirok lalu berasimilasi dengan orang-orang Mandailing yang tinggal di sana.
Kumpulan-kumpulan inilah yang akhirnya merasakan kedudukan mereka semakin mantap dan kukuh lalu mengistiharkan diri mereka sebagai Batak Mandailing yang diertikan sebagai orang-orang Batak yang menetap di Tanah Mandailing. Sehingga ke hari ini orang-orang Batak Mandailing masih tetap mengaku diri mereka Batak lantaran orang-orang Melayu di sana tidak memandang rendah atau memandang hina nama Batak itu.
Lantaran itu Batak Mandailing tidak wujud sebagai sebuah bangsa atau kaum, sebaliknya ia hanya wujud sebagai satu istilah yang menunjukkan kedudukan orang-orang Batak yang menetap di Tanah Mandailing. Walau lama mana pun mereka menetap di Tanah Mandailing, Batak tetaplah Batak. Samalah seperti orang-orang Cina yang tinggal di Malaysia, Indonesia dan Amerika. Cina tetap Cina. Mereka tidak boleh dianggap sebagai orang Melayu semata-mata kerana mereka tinggal di Tanah Melayu. Mereka tidak boleh diterima sebagai orang Barat semata-mata mereka tinggal di Amerika. Mereka tetap dipanggil orang Cina, sama ada Cina Malaysia atau Cina Amerika, walau dalam apa keadaan sekalipun.
Begitulah juga dengan keadaan Batak-Batak yang menetap di Tanah Mandailing. Mereka tetap dipanggil Batak. Adalah tidak logik jika kerana wujudnya Batak-Batak ini, maka seluruh orang Mandailing mahu ditukarkan menjadi Batak dan digelar Batak Mandailing? Adalah tidak masuk akal disebabkan wujudnya beberapa juta rakyat Malaysia berketurunan Cina, maka orang-orang Melayu di Malaysia telah menjadi Cina dan digelar orang-orang Cina. Adalah tidak mungkin disebabkan 15 juta orang-orang Cina di Indonesia, maka seluruh rakyat Indonesia telah menjadi Cina dan dipanggil nama mereka sebagai orang-orang Cina. Keadaan yang sama wujud di Tanah Mandailing. Mandailing tetap Mandailing. Tidak sama dengan Batak yang tetap menjadi Batak walaupun Batak-Batak ini tinggal di Tanah Mandailing. Orang-orang Mandailing tidak boleh menjadi Batak Mandailing semata-mata dengan kewujudan istilah Batak Mandailing atau wujudnya sekelompok Batak yang tinggal di Tanah Mandailing.
Justeru itu jelas bahawa orang-orang Batak walaupun sebagai Batak Mandailing yang beragama Islam tidak boleh sama sekali digolongkan sebagai orang-orang Mandailing. Maka itu orang-orang Mandailing mestilah menolak orang-orang Batak Mandailing daripada mengaku diri mereka sebagai orang-orang Mandailing dan menubuhkan persatuan di atas nama Mandailing itu sendiri. Ini adalah satu fakta sejarah yang nyata yang sepatut diketahui dan dipertahankan oleh setiap orang yang mengaku dirinya Mandailing!
Perbezaan Batak Mandailing dengan orang-orang Mandailing telah diperjelaskan di dalam kes perbicaraan mahkamah Vonnis de Raad Van Justitie Te Medan pada tanggal 12 Feb 1926 mengenai isu Tanah Wakaf Sungai Mati di mana orang-orang Batak Mandailing yang beragama Islam tidak dibenarkan untuk dikebumikan di situ kerana mereka tidak termasuk di dalam 9 marga Mandailing.
‘Zich niet Mandailingers van deze groep hebben gescheiden en gevoegd bij de zich tot een afzonderlijke groep onder den naam Batakkers gevormd hebbende Mohammedanen, uit gemelde afdeelingen Sipirok, Padang Lawas en Angkola afkomstig.’ (179) – Vonnis de Raad Van Justitie Te Medan No. 1/1926 Civ, 12 Feb 1926.
Ayat di atas bermaksud tidak sekali-kali termasuk orang-orang Mandailing itu mana-mana kumpulan orang-orang Islam dari keturunan Batak yang bermastautin di Sipirok, Padang Lawas dan Angkola.
Jelas ayat di atas menegaskan bahawa orang-orang Batak Mandailing itu bukan orang-orang Mandailing walaupun mereka beragama Islam. Batak Mandailing tetap Batak. Mandailing tetap Mandailing.
BATAK MANDAILING DI TANAH MELAYU
Di Tanah Melayu, kehinaan orang-orang Batak ini tidak jauh berbeza. Cuma kebanyakan daripada orang-orang Batak Mandailing ini takut mengaku diri mereka sebagai keturunan Batak yang majoritinya hatoban atau hamba abdi.
‘I asked her how she was a slave, whether she was a Battak. She said ‘I don’t know how.’ (283) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
‘Previous to the Dutch occupation of Sumatra, the trade in slaves was extensively carried on from among the Bataks in that island, of whom regular cargoes were brought over by the slave traders, and sold in Perak to the highest bidder, fetching at times from $100 to $200 a piece.’ (404) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Orang-orang Batak termasuklah orang-orang Batak Mandailing dijual beli seperti besi buruk dan keturunan mereka selama-lamanya menjadi hatoban atau hamba abdi.
‘...at the same price as the original Battak woman, i.e. $40.’ (404) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
‘Since the Dutch have placed Resident Officers at various stations on the Sumatra coast, this species of slave trade has been diminished, but there still exists throughout the state of Perak a very numerous body of Batak slaves, and as their offspring also besome slaves, a certain number will always remain.’ (404) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Mereka dihina, dipukul, dirantai seperti anjing dengan rantai besi dan diberi makanan yang kotor.
‘Some of these Batak slaves are well treated, but I have heard several instances of their being beaten, especially the women, and put in irons. Some, owing to ill-treatment, have managed to escape to theBritish Territory at Pangkor.’ (404) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Lantas kebanyakan mereka ‘masuk Mandailing’ dengan menukar nama dan membuang marga atau nama puak asal mereka lalu menggunakan marga baru dari 9 marga-marga asal Mandailing dan tidak mahu lagi dikenali sebagai Batak Mandailing. Ini ialah kerana kedudukan dan nama Batak itu sendiri begitu dipandang jijik lagi hina oleh orang-orang Melayu di Tanah Melayu. Ada pula yang cuba ‘masuk Melayu’ dengan menukarkan nama mereka kepada nama Melayu. Ini dilakukan agar mereka tidak dapat dikesan sebagai keturunan hatoban Batak yang sangat rendah martabatnya. Tambahan pula Mandailing mempunyai sejarah yang besar di Tanah Melayu.
Malahan nasib keturunan Si Raja Batak ini tidak banyak berbeza dengan orang-orang Sakai yang kebanyakan dijadikan pelacur atau gundik serta hamba seks di Tanah Melayu yang digambarkan sebagai;
‘Prostitution is, I believe, as a general rule, forced upon them, but in every case is encouraged by the creditor or master.’ (403) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
‘The numerous female nurses and servants in the Sultan’s house are as much slaves as these debt-slaves, though acquired generally by force, for the Sultan has only to send his sword, sundong, or kris to any house where there exists a girl to whom he or any of his household have taken a fancy, and the parents are bound to give her up. In this way have most of the women in the Sultan’s establishment been acquired. Each is treated as a slave, and dare not attempt to escape, while, if she marries, her husband and children will be slaves likewise. The nurses are fed, but get no clothes; the rest get neither food nor clothes. The whole of them, I believe, without any reception, are prostitutes, and support themselves.’ (403) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
‘These poor people, from what I have seen, are worse treated than any other slaves. This must be called a species of debt slavert, as it is generally alleged that some money has been expended on them in food and in the scanty clothes they wear. They are, however, as a rule badly fed, badly clothed, and made to work hard. They have little or no chance of escape, and they know well that the Malay would be sure to ill-treat them if caught, and would not hesitate for a moment to kill them, while not the smallest notice would be taken of his doing so.’ (403) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
‘The women had large fringes of a sweet smelling grass round their waists and a small cloth sewn to it porcupine quills through their noses going across the face, and the face painted with dashes of red gum – very bright. Arms cover with bangles of coarse brass wire, necklaces of large shells with bones and beans and tigers teeh round their necks. They do not circumcise.’ (148) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Kebanyakan orang-orang Batak Mandailing di Tanah Melayu ini telah dijual-beli di negeri Perak. Sehingga ke hari ini, ramai keturunan orang Batak Mandailing ini telah berasimilasi dengan orang-orang Melayu di negeri Perak.
‘But there still exists throughout the state of Perak a very numerous body of Batak slaves, and as their offspring also become slaves, a certain number will always remain.’ (404) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Maka tidak hairanlah jika kebanyakan ahli-ahli sebuah persatuan yang menamakan persatuan mereka sebagai persatuan orang-orang Mandailing tetapi pada masa yang sama mendakwa nenek-moyang mereka sebagai orang-orang Batak kerana majoriti ahli-ahlinya berasal dari negeri Perak di mana ramai keturunan orang-orang Batak ini menetap di Lembah Kinta dan Selatan Perak. Mereka inilah mendokong perjuangan menegakkan kebatakkan di dalam persatuan yang menggunakan nama Mandailing! Benarlah kata orang tua-tua, hanya orang tidak bermaruah sahaja yang sanggup menukar nasab keturunannya.
‘...that the children, grand children and so on for ever, of a slave become slaves to the proprietor of the slave. It matters nothing whether the slave marries a freeman or not.’ (203) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
TONGGO-TONGGO SIBORU DEAKPARUJAR BUKTI KUKUH MENGESAHKAN KESAHIHAN LAGENDA BATAK BERASAL DARI TANAH MANDAILING
Tonggo-Tonggo Siboru Deakparujar merupakan sebuah doa Batak Toba tua yang disusun secara puitis dan dibacakan di setiap upacara adat sajian besar dan kecil orang-orang Batak sejak zaman-berzaman lagi.
Yang aneh dan melucukan ialah apabila Tonggo-Tonggo Siboru Deakparujar itu jelas menyebut dan mengagungkan kemashuran Tanah Mandailing sebagai jalan ke kayangan tempat nenek moyang berpesta.
‘...Sian tano handur, tano malambut, tano hulambu jati, sian tano padang bakkil Mandailing, tano si ogung-ogung; parsirangan ni tano, pardomuan ni aek; Sian ima dalan laho tu ginjang, partuatan ni Ompunta: Debata na tolu, na tolu Suhut, na opat Harajaon tu banua tonga on. Disima parangin-anginan ni Ompunta Siboru Deakparujar, sideak uti-utian, sigodang ujar-ujaran.
1. Na manjadihon: Gana na so boi toloon, bulan naso boi oseon
2. Sian ima mula ni: Dung-dang
3. Mula ni: Sahala
4. Mula ni: Harajaon
5. Mula ni: Gantang tarajuan, Hatian pamonari
6. Mula ni: Pungga si sada ihot
7. Mula ni: Ninggala sibola tali
8. Sian ima mula ni: Boli ni boru muli dohot si namot ni anak mangoli
7. Mula ni: Goar ni bao na so boi dohonon
8. Nunga disihaihon i: Di ninggor nu ruma, dipohon di batu barani dohot di pinggol ni hoda Debata.’(277) – Batara Sangti.
Yang bermaksud dari tanah lembah, tanah kelabu sejati, dari tanah padang bakil Mandailing, tanah yang termashur, bagaikan suara yang merdu, perpisahan daripada tanah, pertemuan daripada air. Di situlah tangga jalan ke atas, tempat turunnya Empu kita: Debata Nan Tiga, Nan Tiga Segi, Nan Empat Kerajaan ke benua tengah ini. Di situlah tempat bertemasha Empu kita Siboru Deakparujar, yang sangat cerdik dan banyak akal.
1. Yang berpesan: Tak boleh langgar sumpah, tak boleh ingkar ikrar
2. Asal mula: Keperkasaan
3. Asal mula: Sehala, roh atau semangat yang sama
4. Asal mula: Kerajaan
5. Asal mula: Gantang pengukuran, dacing kebenaran
6. Asal mula: Batu asah seikat
7. Asal mula: Bajak bagai pembelah hati
8. Dari situlah asal mula: Penerimaan beli atas perkahwinan anak perempuan dan pembayaran bagi perkahwinan anak lelaki
9. Asal mula: Nama besan yang tidak boleh disebut
10. Perkara itu telah dinukilkan: Pada kuda-kuda rumah Batak asli, dipacakkan di batu berani dan di kuping kuda Dewata.’ (15) – Mhd. Arbain Lubis.
Ayat ‘... Sian tano hondur, tano malambut, tano hulambu jati, sian tano padang bakkil Mandailing, tano si ogung-ogung; parsirangan ni tano, pardomuan ni aek...’ yang bermaksud dari tanah lembah, tanah kelabu sejati, dari tanah padang bakil Mandailing, tanah yang termashur, bagaikan suara yang merdu’ membuktikan bahawa orang-orang Batak masih mengagungkan kemashuran Tanah Mandailing yang dianggap sebagai tempat turunnya nenek-moyang orang-orang Batak. Tepatlah lagenda asal-usul Batak yang menyatakan bahawa nenek moyang orang-orang Batak itu dihalau keluar dari Tanah Mandailing dan bukannya orang Mandailing yang berasal dari Tanah Batak.
Ayat ‘Perpisahan dari tanah’ bermaksud orang-orang Batak dihalau keluar dari tanah daratan di Mandailing lalu orang-orang Batak bertemu air yang merupakan Danau Toba yang disebut sebagai ‘Pertemuan dari air’.
Rangkap ‘Sian ima dalan laho tu ginjang...’ atau bermaksud ‘Di situlah tangga jalan ke atas’ menunjukkan Tanah Mandailing itu adalah tempat yang dimuliakan.
Manakala ‘Partuatan ni Ompunta...’ yang bermaksud ‘tempat turunnya Empu kita’ jelas menyatakan bahawa nenek-moyang orang-orang Batak iaitu Siraja Batak ‘turun’ atau datang dari Tanah Mandailing.
Rangkap ‘Disima parangin-anginan ni Ompunta Siboru Deakparujar, sideak uti-utian, sigodang ujar-ujaran’ yang membawa pengertian ‘Di situlah tempat bertemasha Empu kita Siboru Deakparujar, yang sangat cerdik dan banyak akal...’ memperakui bahawa Siraja Batak itu merupakan cucu-cicit kepada Ratu Boru Deakparujar yang merupakan permaisuri kerajaan Mandala Holing di Pidoli.
‘Na manjadihon: Gana na so boi toloon, bulan naso boi oseon...’ yang bermaksud ‘Yang berpesan: Tak boleh langgar sumpah, tak boleh ingkar ikrar...’ membuktikan bahawa orang-orang Batak pernah disumpah dan mereka dipesankan oleh nenek-moyang mereka di Tanah Mandailing agar tidak melanggar sumpah.
Rangkap pendek ‘Mula ni: Sahala. Mula ni: Harajaon...’ yang bermaksud ‘Asal mula: Sehala, roh atau semangat yang sama. Asal mula: Kerajaan...’ jelas membuktikan bahawa orang-orang Batak itu berasal dari Tanah Mandailing. Satu ketika mereka merupakan sebahagian dari orang-orang Mandailing yang mempunyai kepercayaan yang sama dan dari kerajaan yang sama.
Manakala ayat ‘Sian ima mula ni: Boli ni boru muli dohot si namot ni anak mangoli...’ yang bermaksud ‘Dari situlah asal mula: Penerimaan beli atas perkahwinan anak perempuan dan pembayaran bagi perkahwinan anak lelaki’ membuktikan bahawa orang-orang Batak berasal dari pucuk keturunan yang ‘perempuannya dibeli oleh orang’ iaitu seorang hamba dan ‘lelakinya perlu membayar’ iaitu seorang raja, sama seperti yang diceritakan oleh lagenda asal-usul Batak.
Rangkap ‘Mula ni: Goar ni bao na so boi dohonon’ yang bererti ‘Asal mula: Nama besan yang tidak boleh disebut’ menunjukkan perasaan marah dan dendam Datu Ompong Dolom terhadap bisannya iaitu Datu Dandana Debata yang menangkap Siraja Batak dan menjadi punca seluruh keluarga dan suku-sakat hatoban dihalau keluar ke Pulau Samosir yang gersang sehingga nama bisannya itu langsung tidak boleh disebut.
Sesetengah orang-orang Batak percaya Datu Dandana Debata itu adalah Tuhan yang turun ke Pulau Samosir dan menjadikan bangsa Batak. Tetapi jelas Datu Dandana Debata menjadi punca kenapa Siraja Batak, Datu Ompong Dolom dan seluruh suku-sakat hatoban dihalau keluar dari Tanah Mandailing ke Pulau Samosir. Itulah sebabnya Datu Dandana Debata dianggap sebagai pencipta bangsa Batak (94) – Schnitger 1939.
Tepat sekali lagenda asal-usul Batak yang menyatakan Siraja Batak itu dihalau keluar dari Tanah Mandailing sebagai seorang penderhaka akibat berzina dengan seorang hatoban atau hamba abdi yang hina di Tanah Mandailing.
Justeru itu Mandailing bukan berasal dari suku kaum Batak. Mandailing itu jauh lebih besar dan telah wujud jauh lebih lama serta mempunyai wilayah tamadunnya sendiri. Mustahil untuk menyatakan Mandailing itu merupakan salah satu suku kaum Batak jika nenek-moyang Batak itu sendiri datang dari Tanah Mandailing.
Nama Mandailing dan tamadunnya itu telah lama wujud sebelum kelahiran Siraja Batak pada 1305 sedangkan Siraja Batak sebagai orang yang melahirkan bangsa Batak merupakan keturunan Ke 7 Ratu Siboru Deakparujar.
Orang-orang Mandailing di Tanah Adik di kawasan timur Sumatera dari Labuhanbilik ke Kota Pinang yang beragama Buddha dan berbahasa Sanskrit dipaksa memeluk agama Islam setelah ditawan oleh kerajaan Islam Acheh pada 1612. Manakala orang-orang Mandailing di Tanah Abang di Tanah Mandailing yang juga beragama Buddha dan berbahasa Sanskrit hanya memeluk agama Islam setelah dipaksa dengan hujung pedang semasa gerakan Perang Jihad Padri oleh Tuanku Imam Bonjol pada tahun 1816.