KETOKOHAN TUANKU RAO SEBAGAI SEORANG ULAMA DAN PEJUANG MELAYU [1]
Tuanku Rao adalah seorang ulama yang telah berjaya mengIslamkan keseluruhan orang-orang Rao dan kawasan sekitarnya. Beliau juga adalah seorang pejuang kemerdekaan yang syahid ditangan penjajah. Ketokohan Tuanku Rao telah terpahat di hati dan menjadi kebanggaan setiap orang Rao khasnya dan Melayu amnya. Atas jasa beliau Orang-orang Rao, Tapanuli dan kawasan sekitarnya sampai sekarang semuanya beragama Islam dan masih mengaji dengan menggunakan bahasa Rao. Kematiannya telah menyematkan perasaan anti penjajah di hati orang-orang Rao. Baik yang ada di Rao mahupun yang telah berhijrah ke Malaysia ketika itu. Kajian ini akan coba mengungkap sejarah ketokohan Tuanku Rao sebagai seorang Ulama dan seorang Pejuang dari bangsa Melayu.
Pendahuluan
Kajian ini terinspirasi semenjak keterlibatan penulis dalam team pengkaji Biografi dan Pemikiran Politik Ulama Melayu Silam di Asia Tenggara. Penulis telah melakukan kajian lapangan diberbagai tempat Asia Tenggara untuk melihat berbagai peninggalan dan melakukan temu bual di berbagai tempat. Kajian itu memakan masa dua tahun dan dibiayai oleh kerajaan Malaysia atas nama Universiti Malaya tempat penulis melanjutkan PhD saat ini.
Ramai tokoh intelektual muslim (ulama) yang telah dicatatkan dalam berbagai media, dan kurang sekali bahan bacaan yang menulis tentang Tuanku Rao. Dua penulisan tentang Tuanku Rao yang ada, ditulis oleh orang Batak dan Tapanuli yang terlihat tidak memahami sama sekali adat, budaya, sosial, ekonomi dan bahasa orang Rao. Sehingga berlakulah pengalihan isu seperti nama kampong Koto Godang di Rao ditukar menjadi Huta Godang di Batak, nama Fakih gelaran Tuanku Rao (orang yang ahli dibidang agama terutama fikh) ditukar menjadi Pokki menurut loghat Batak dan sebagainya. Kajian ini lahir juga atas dorongan beberapa orang rakan penulis selepas penulis menjadi pembentang dalam seminar Melayu Rao Malaysia di Universiti Sultan Idris Tanjung Malim pada 25 Julai 2009 lalu.
Rao Sepintas Lalu
Rao yang dimaksudkan dalam tulisan ini adalah daerah rawa-rawa, dalam lingkaran bukit barisan meliputi berbagai-bagai daerah yang luas seperti Panti, Padang Gelugor, Langsat Kadap, Lubuk Layang, Kubu Sutan, Sungai Ronyah, Selayang, Muara Sipongi (disebut dengan Rao versi lama) yang terletak ditengah pulau Sumatera. Di sebelah Utara, Rao bersempadan dengan Sumatera Utara berbangsa Tapanuli, di sebelah Timur bersempadan dengan Riau Daratan berbangsa Melayu Riau, di Selatan, bersempadan bangsa Minangkabau, manakala di sebelah Barat, terbuka dengan Selat Mentawai yang secara geografi membentuk permukaan bumi di daratan pulau Sumatera.
Yang dimaksud dengan orang Melayu Rao dalam tulisan ini adalah; mereka yang berasal dari keturunan Rao, masih menggunakan bahasa Rao, dan masih ada mengamalkan adat resam dan budaya Rao. Budaya Rao yang paling terkenal ialah bojojak, botatah atau adat pantang tanah [2]. Budak-budak Rao tidak boleh menyentuh tanah sebelum di jalankan upacara bojojak ini.
Bahasa dan budaya Rao berbeda dengan bahasa dan budaya Tapanuli, Minangkabau dan Riau daratan. Melayu Rao adalah sebuah tamadun yang tua, ini dibuktikan dengan terdapatnya berbagai bukti arkeologis barang purbakala yang berumur ribuan tahun di Rao. Seperti candi Tanjung Medan di Petok Panti, Candi Pancahan, Arca Dwarapala Padang Nunang, Prasasti Lubuk Layang dan Candi Bukit Rao yang ditemukan oleh Amran Datuk Jorajo
Cerita tentang Rao banyak terdapat dalam sejarah yang ditulis oleh orang Belanda. Ini kerana di Rao terdapat sebuah benteng Amorogen yang menyaksikan pertempuran sengit penjajah Belanda melawan penduduk pribumi yang dipimpin oleh Tuanku Rao. Rao dizaman silam adalah sebuah kota yang cukup besar, pusat perekonomian dengan terdapatnya tambang mas terbesar di Sumatera ketika itu. Di antaranya ialah yang ditulis oleh Letnan 1 Infanteri J.C. Boelhouwer yang diterbitkan kembali dalam bahasa Indonesia oleh Pemerintah Daerah Pasaman. Dalam buku tersebut penduduk pribumi Sumatera mereka panggil dengan istilah Melayu.
Semenjak kedatangan Belanda ke Rao yang berjaya mengalahkan pejuang Paderi yang dipimpin oleh Tuanku Imam Bonjol, Tuanku Rao dan Tuanku Tambusai sampai sekarang Rao telah didatangi oleh orang Minangkabau. Tapanuli dan Jawa. Majoriti komuniti masyarakat suku kaum Rao terdapat di luar seperti Medan, Malaysia, Palembang dan sebagainya. Sementara di Rao sendiri telah didatangi oleh orang lain bukan suku kaum Rao untuk mengisi kekosongan yang terdapat di Rao.
Masyarakat suku kaum Melayu Rao (Rawa) telah berhijrah ke Malaya mulai abad ke lima lagi. Perkampungan Rao banyak terdapat di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Kelantan. Nama-nama kampong mereka dibawa dari nama kampong yang terdapat di Rao sendiri. Dalam kehidupan keseharian mereka, suku kaum ini masih mempertahankan bahasa, adat istiadat, budaya dan hubungan kekerabatan dengan kampong asal nenek moyang mereka di Rao.
Faktor penghijrahan besar-besaran orang Rao, adalah disebabkan Rao ditakluk oleh Belanda pada tahun 1833. Faktor penghijrahan lainya adalah disebabkan meletusnya perang saudara antara Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia (PRRI) dengan tentera pusat di Sumatera Barat pada 15 Februari 1958, dan Rao adalah kubu terakhir PRRI ketika itu. Pemberontakan parti komunis Indonesia pada tahun 1966 juga diperkirakan mempengaruhi penghijrahan.
Sejarah Tuanku Rao Yang Kabur
Nama dan tanggal lahir serta asal usul Tuanku Rao banyak menimbulkan kontraversi. Terdapat dua buku yang berjudul tentang Tuanku Rao yang ditulis oleh bukan orang Rao. Satu buku ditulis oleh orang Batak Insinyur (engineering) Mangaradja Onggang Parlindungan (MOP) yang berjudul “Pongkinagolngolan Sinambela Gelar Tuanku Rao. Teror Agama Islam Mazhab Hambali Di Tanah Batak” dan satu lagi ditulis oleh orang Tapanuli Basyiral Hamidy Harahap yang berjudul “Greget Tuanku Rao”.
Mengutip kata Profesor Dr Mustika Zed seorang pakar sejarah Indonesia mengatakan bahawa kedua buku tersebut hanya membahaskan Tuanku Rao dalam sub bab buku mereka. Pembahasan mereka lebih banyak mengarah kepada yang lain, bukan tentang Tuanku Rao. Menurut Hamka, buku itu sepertinya ingin mengangkat suku kaum tertentu dan bermaksud menjatuhkan suku kaum dan agama lain. Objektifiti buku juga dipertanyakan disaat kedua penulis sepertinya hanya bermaksud menaikkan nama dan imeg kaumnya, bukan membahas tentang Tuanku Rao. Buku tersebut sebenarnya tidak layak diberi judul Tuanku Rao, kerana pembahasan yang terlalu sedikit dan tidak mewakili Tajuk. Buku ini juga ditulis oleh mereka yang tidak tahu sosial, ekonomi, budaya dan politik orang Rao.
Buku MOP ini telah diseminarkan di Padang pada 23-26 Julai 1969 dengan menghadirkan MOP sendiri dan banyak pakar sejarah. Mengutip kata Hamka bahawa waktu seminar itu MOP tidak berkutik dan tidak mampu mempertahankan kebenaran apa yang dia tuliskan. Berbagai pertanyaan dan kritikan tidak dapat ditangkis (dijawab) MOP, ketika itu.
Profesor Dr Hamka sebagai seorang ulama dan juga ahli dibidang falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik Islam serta Barat secara khusus mengkritik buku tersebut dengan menulis sebuah buku berjudul “Tuanku Rao Antara Fakta dan Khayal” setebal 363 halaman.
Dalam buku tersebut Hamka menuliskan bahawa 80% karangan MOP itu adalah tidak benar dan kalau boleh dikatakan dusta. Antara kalimat Hamka dalam menanggapi buku itu ialah “bodoh berlagak pintar” (h.23), Dongeng (h.37), sangat diragukan bahkan tertolak sama sekali (h. 50), tak faham bahasa Arab h. (59 & 75), Hayalan (h. 63) kahayalan sam suparlin, kebodohan penulisnya (h. 76), banyak dongeng seperti cerita 1001 malam (h. 100), cerita baru dan lain dari yang ditulis oleh para pakar sejarah lainnya dan metodenya yang salah (h.106), tukang kaba (tukang dongeng dizaman melayu kuno) (h.108), dan diakhiri dengan kata-kata HOTA GODANG (dusta besar dalam bahasa minang) (h.268).
Menurut penulis kata-kata itu tidak akan keluar dari seorang cendekiawan intelektual muslim dan tokoh besar umat Islam seperti Hamka kalau tidak karena kesalahan yang dilakukan oleh MOP itu teramat besar dan fatal. Mungkin sahaja kerasnya kalimat Hamka itu didasari oleh ayat “asshidda`u alal al kuffar ruhama`u bainahum”
Buku MOP paling itu banyak menimbulkan kontraversi dan perdebatan diberbagai seminar mahupun media lainnya. Ini karena berisi data-datanya fiktif dan tidak betul, kaedah keilmuannya salah dan hasil penulisannya juga salah dan bertentangan dengan yang lainnya. Kebohongan itu terlihat disaat kita mempertanyakan bagaimana dan darimana dia mendapatkan data tersebut disaat dia tidak faham bahasa Arab, tidak melakukan kajian lapangan dan sedikit sekali memahami hal ehwal Islam. MOP juga bukan seorang ahli sejarah dan penulis yang baik, kerana itu adalah satu-satunya buku beliau. Dimasa itu juga jarang sekali ditemukan buku Arab yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Buku tersebut terkesan terdapat unsur fitnah dan adu domba serta disinyalir dibuat dengan tujuan-tujuan tertentu oleh agama lain. Dikatakan bahawa saat ini buku MOP tersebut menjadi bahan bacaan wajib bagi para pendeta (rabi kristian) di Sumatera Utara kerana ianya banyak menceritakan fitnah tentang kelemahan dan kezaliman dakwah Islam.
Ada beberapa sebab logik yang menyebabkan berlakunya berbagai kekeliruan dan kekaburan tentang sejarah Tuanku Rao, iaitu:
1. Kerana kemuliaan, kebesaran dan jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh Tuanku Rao demi kepentingan agama Islam dan bangsa yang berjuang melawan penjajah Belanda. Orang-orang yang berjasa seperti Tuanku Rao adalah bukan pahlawan milik suku Rao, Minang, Mandailing, Aceh dan Melayu Riau saja tetapi adalah pahlawan milik seluruh etnik bangsa Melayu. Kerana Tuanku Rao adalah seorang Tokoh besar yang menjadi idola, kebanggaan dan ramai peminat ketika itu. Dan juga kerana setiap orang dan suku kaum mengharapkan lahirnya manusia seperti dia.
2. Lahirnya berbagai andaian yang mengatakan bahawa beliau adalah orang Batak, Tapanuli, Aceh ataupun Riau daratan dan sebagainya adalah hal yang biasa. Ini kerana setiap tokoh biasa berada dan berjuang serta berdakwah dalam waktu yang sangat lama di suatu tempat, mengingat susahnya transportasi ketika itu. Tuanku Tambusai umpamanya diberi marga harahap oleh orang Tapanuli kerana lamanya beliau berjuang dan berdakwah disana sehingga masyarakat setempat sudah sehati dengannya.
3. Sejarah Tuanku Rao tidak dicatat dalam media oleh orang Rao. Akan tetapi ia menjadi legenda dan memori dikalangan masyarakat Rao. Legenda ini dapat kita telusuri pada masyarakat Rao yang sudah tua. Ini terutama dalam masyarakat suluk atau tharikat yang ada saat ini. Ada juga yang menyimpan sejarah Rao sebagai rahasia, agar tidak menjadi fitnah ke anak cucu kerana hebatnya perang saudara yang disebabkan adu domba Belanda di Rao dahulu.
4. Dalam komuniti masyarakat Rao, nama sebenar seseorang agak susah dikenali, kerana setiap orang biasanya memiliki beberapa nama. Orang biasa dipanggil dengan panggilan biasa (laghob) dan gelaran sahaja. Disaat orang pulang dari menunaikan haji di makkah, biasa nama mereka akan bertukar kepada nama Islami atau sekurang-kurangnya ditambah Haji Muhammad dipangkal namanya.
5. Budaya tulis menulis waktu itu yang belum seperti sekarang. Faktor kurangnya budaya tulis menulis saat itu dapat dimengerti mengingat keadaan Rao yang saat itu tahun 1800-an masih berbentuk sebuah perkampungan melayu yang kuno. Kesibukan tokoh dalam berdakwah dan ditambah lagi melawan agenda penjajah membuat tenaga mereka terkuras habis dan tidak sempat menulis lagi.
6. Meninggal beberapa tahun setelah Rao ditaklukkan. Mengingat ahli sejarah Indonesia masih berkiblat dan menjadikan tulisan dan cacatan orang Belanda yang berada di Den Hag sebagai sumber primer mereka, maka menurut pandangan mereka mengatakan bahawa kurang jelasnya sejarah Tuanku Rao kerana kematian Tuanku Rao berlaku beberapa tahun selepas Rao ditaklukkan Belanda. Ianya dikatakan penyebab kurang menarik minat para penulis Belanda ketika itu. Beberapa daerah Indonesia saat ini, ada yang dijajah selama 350 tahun, akan tetapi beberapa daerah lainnya ada yang beberapa tahun sahaja dan ada juga yang tidak pernah dijajah Belanda sama sekali. Rao sendiri ditaklukkan Belanda selama lebih kurang 126 tahun iaitu bermula tahun 1883.
7. Tuanku Rao menurut beberapa cacatan sejarah Berjaya Membunuh Sisingamangaraja X dengan berbagai mitos cara pembunuhan dan kematiannya. Sisingamangaraja adalah raja dan tokoh tanah Batak yang ketika itu diagungkan seperti Dewa. Dikabarkan bahawa Sisingangaraja kebal berbagai macam senjata tajam dan dia tidak akan mati selagi badannya menyentuh bumi. Akhirnya diwaktu badan Sisingamangaraja melambung ke udara Tuanku Rao mengambil kesempatan itu untuk menebas kepalanya dan disambut agar tidak jatuh ke bumi atau agar ia tidak hidup kembali. Sebagai pemimpin yang didewakan dengan symbol lidah berbulu, tentu sahaja orang Batak sakit hati. Dan untuk membalas sakit hati dan memuaskan hati orang Batak inilah orang mereka membuat cerita bahawa yang membunuh Raja atau Dewa mereka itu bukanlah orang lain, tetapi kemenakan dari Sisingamangaraja sendiri. Maka dengan ini terobat jualah hati generasi orang Batak. Nama Batak itu sendiri menurut Tokoh Rao yang penulis wawancarai terdiri dari kata BOATAK. Ini berlaku diwaktu Tuanku Rao mengirim intelligent ke Tanah Batak sebelum berlakunya penyerangan. Kata intelligent itu untuk apa kita takut, padahal mereka itu tidak ada apa-apanya rumah mereka pun boatak (bersusun). Dari situlah timbulnya nama Batak menurut versi orang Rao yang juga saudara kandung seniman dan juga sejarawan tersohor Indonesia Asrul Sani.
8. Dalam sejarah yang dicatatkan oleh M. Rajab dalam bukunya perang Paderi mengatakan bahawa Tuanku Rao yang juga menantu yang dipertua Rao (Raja Rao) mengambil alih kekuasaan dari mertuanya itu dengan cara berunding. Ini kerana Tuanku Rao melihat bahawa yang dipertua Rao tidak mampu lagi memimpin Rao kerana faktor usianya yang sudah sangat tua. Ini juga kerana faktor ketidak mampuan yang dipertua Rao untuk melawan penjajah dan selalu tunduk mengikut telunjuk dan kehendak penjajah ketika itu. Pertikaian kaum adat dengan kaum agama sebenarnya berlaku di seluruh Sumatera Barat. Ini dikatakan yang menyebabkan terbunuh dan larinya keluarga raja Pagaruyung ke negeri Sembilan kerana tidak mau menghilangkan adat budaya Minangkabau yang bertentangan dengan ajaran Islam. Kaum paderi yang dipimpin oleh ulama bermaksud ingin membersihkan orang Sumatera dari ajaran tahayul, animisma, bid`ah, khurafat dan adat resam yang tidak sesuai serta bertentangan dengan ajaran Islam. Sementara pihak kaum adat mahu adat itu terus dipertahankan. Konflik kaum adat dengan kaum agama ini yang dikatakan membuat orang takut menuliskan sejarah Tuanku Rao. Dikatakan ketika itu, siapa sahaja yang menulis atau menganggungkan setelah kematian Tuanku Rao akan dibunuh oleh petinggi adat ketika itu. Ada kemungkinan karya tulis Tuanku Rao dihilangkan oleh Belanda atau pun kaum adat yang anti dengannya
Beberapa tokoh masyarakat Rao yang penulis temubual juga mendapati indikasi pembohongan dan khayalan MOP dalam bukunya tentang Tuanku Rao. Seperti kalimat MOP Huta Godang sebenarnya Koto Godang kerana di Rao terdapat kampong lama Koto Godang yang sudah ditinggalkan. Pokki yang dimaksudkan MOP adalah hasil penipuan sejarah. Ini kerana di Rao sampai sekarang terdapat istilah Pokiah dalam bahasa Rao yang bermaksud Fakih atau orang yang ahli dalam bidang agama Islam.
Tuanku Rao adalah orang Rao asli yang berdasarkan pada bukti sejarah tentang Bagindo Suman yang merupakan kemenakan kandung beliau sendiri. Wawancara yang penulis lakukan terhadap cicit Bagindo Usman mendapati bahwa mereka adalah orang Rao asli, bukan orang Tapanuli. Beberapa peninggalan Bagindo Suman masih terdapat di Rao Padang Metinggi hingga saat ini. Barang peninggalan itu berupa kuburan yang berukuran besar melebihi ukuran manusia sekarang ini, jubah, besi payung, tongkat dan pedang beliau. Cicit Bagindo Suman sampai saat (2009) ini masih hidup.
Hasil kajian yang penulis lakukan, menemukan bahawa sampai saat ini daerah-daerah disekitar Rao umat Islamnya masih mengaji menggunakan bahasa Rao. Hal itu dapat dilihat dalam masyarakat Tapanuli, Batak, minangkabau, Riau daratan, dan pesisiran pantai. Pengaruh ini tentu sahaja membawa kita kepada kesimpulan bahawa Tuanku Rao yang berasal dari Rao dan anak jati Rao, kerana menggunakan bahasa dan adat resam orang Rao.
Tuanku Rao, Bagindo Usman serta keturunannya sampai sekarang tidak memiliki marga sebagaimana identity masyarakat Tapanuli dan Batak. Marga atau suku kaum adalah sesuatu yang penting dalam masyarakat mereka. Di ujung nama mereka biasanya akan dicantumkan Siregar, Lubis, Nasution, Simanjuntak dan sebagainya dan ini tidak terdapat dalam keluarga Tuanku Rao, Bagindo Usman mahupun anak cicitnya hingga saat ini.
Mengutip Prof Taufik Abdullah mengatakan bahawa objektif MOP dalam menulis buku tersebut sangat dipertanyakan. Dalam bukunya beliau mengangkat Tuanku Rao dan Tuanku Tambusai sebagai tokoh yang berani berasal dari tanah batak, dan merendahkan Tuanku Imam Bonjol sebagai seorang yang pengecut. Padahal sejarah jelas mengenal bahawa kedua tokoh tersebut tidak memiliki marga sebagaimana semestinya orang Tapanuli dan orang Batak yang wajib memiliki marga.
Dakwaan MOP yang mengatakan bahawa Tuanku Rao adalah orang Batak atau Basyiral Hamidy yang mendakwa beliau orang Tapanuli juga dibantah dengan berbagai bukti saintifik lainnya. Sepintas pernyataan mereka ini Nampak benar kerana ramainya orang Tapanuli yang berada di Rao saat ini. Akan tetapi mereka lupa, kerana pada hakikatnya orang Tapanuli adalah pendatang dan yang di datangkan ke Rao selepas kemerdekaan. Sejarah mencatatkan bahawa berlakunya penghijrahan orang Tapanuli ke Rao berlaku selepas kemerdekaan. Ini kerana pemerintah Indonesia melihat tidak dimanfaatkannya tanah dan perkebunan getah, sawah padi dan sebagainya yang ditinggalkan oleh Belanda. Orang Rao sendiri ketika itu ramai yang berhijrah ke luar seperti Malaysia.
Sampai sekarang sensitifiti orang Rao terhadap Batak masih berlaku. Orang Batak dalam persepsi masyarakat Rao terkesan kurang baik. Ini juga berlaku disebagian besar wilayah Indonesia, walaupun sebenarnya saat ini sudah ramai orang Batak yang masuk Islam dan berpendidikan tinggi. Mereka diidentikkan sebagai tidak Islam, makan babi, makan orang, dan berbagai penilaian negative lainnya. Bagaimana mungkin mereka dapat menerima orang Batak sebagai pemimpin dan menantu mereka padahal komuniti ini dipandang negative dan rendah oleh masyarakat Rao. Sampai saat ini tidak ada masyarakat Rao yang mau menerima masyarakat Batak dalam komuniti mereka apalagi mengangkatnya sebagai menantu sangat jauh sekali.
Biografi Tuanku Rao
Tuanku Rao lahir di Padang Mentinggi sekitar 2 km dari pekan Rao. Ayahnya seorang pedagang kerbau bernama Ibrahim berasal dari Sei Ronyah, Rao. Ibunya bernama Siti Aminah berasal dari Air Bangis. Beberapa kajian ilmiyah yang dilakukan oleh anak-anak Rao mendapati bahawa nama sebenar tuanku diwaktu kecil adalah Syamsu Taberi. Tuanku Rao memiliki 2 orang saudara perempuan dan seorang saudara lelaki. Kakak perempuan Tuanku Rao memiliki seorang anak yang bernama Bagindo Suman yang sekaligus sebagai panglima perang beliau. Ibunya memiliki seorang saudara lelaki bernama Nahkoda Langkok seorang saudagar kaya yang di dalam sejarah disebut menghianati anak kemenakannya sendiri iaitu Tuanku Rao. Nama atau gelaran Tuanku Rao menurut persepsi Naskah Tuanku Imam Bonjol ialah Fakih Saleh, menurut penulis Fakih Saleh bukanlah nama, tetapi gelaran kesarjanaan kepada seseorang yang ahli dibidang agama Islam ketika itu. Fakih (Pokiah) berarti ahli figh dan Saleh orang yang soleh, atau bisa juga disebut Ulama menurut pendapat penulis.
Wan Mohd. Shagir mensinyalir nama sebenar ‘Tuanku Rao’ kemungkinan ialah Syeikh Muhammad Murid Rawa. Kisah anaknya, Syeikh Muhammad Shalih Rawa dijumpai sebuah karyanya judul Fath al-Mubin. Ada kemungkinan nama ini beliau perolehi setelah kembali dari menunaikan ibadah haji dan menuntut ilmu di Makah.
Gelar Tuanku adalah gelaran tertinggi dalam komuniti masyarakat Rao dan sekitarnya. Kerana ia menjadi pemimpin dan anutan masyarakat, baik dalam masalah dunia mahupun masalah agama mereka. Tuanku tidak tunduk kepada Raja, kerana raja hanyalah mengepalai bidang adat (symbol) sahaja. Tuanku duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan raja. Perbedaannya, gelaran Raja diwarisi turun temurun, sementara Tuanku adalah gelaran yang diperoleh dari pengakuan dan pengangkatan masyarakat yang terpilih. Penulis mengibaratkan Tuanku seperti gelaran Khalifah yang mendapat pengakuan dari masyarakat luas, yang dipilih dengan jalan syura`. Disamping itu Tuanku terkenal dengan berbagai macam mitos keramat, seperti Wali Songo di Pulau Jawa.
Perjuangan Tuanku Rao bersama kaum Paderi lainnya yang sangat heroik itu, sangat jelas ketika merebut Benteng Amerongen (sampai sekarang sisa benteng tersebut masih terlihat dengan jelas). Benteng Amerongen didirikan tidak terlepas dari penunjukkan akan kekuatan dan kekuasaan, serta basis pertahanan Belanda untuk membendung perlawanan kaum Paderi di daerah Rao. Diceritakan, ketika tentara Belanda yang menduduki Bonjol, Lubuk Sikaping, Lundar, Tambangan dan daerah lainnya yang sebelumnya diduduki oleh kaum Paderi. Namun benteng pertahanan Belanda tersebut, masih bisa bertahan dan inilah satu satunya basis pertahanan Belanda yang mereka miliki. Namun, dengan sikap heroik yang kuat akhirnya bulan November 1833 benteng tersebut dapat direbut oleh kaum Paderi dan berhasil memukul mundur pasukan Belanda dan pergi ke Natal.
Tuanku Rao dan kawan-kawannya menghadapi berbagai macam penghianatan dari orang Rao sendiri, dari Nahkoda Langkap, dari orang Batak, dari Raja Gadombang dari Tapanuli, dari Tuanku Natal, dari Temenggung Keroredjo pasukan Sentot Alibasa dan sebagainya. Sentot Alibasa akhirnya berpaling membela Tuanku Rao cs setelah dia sedar bahawa orang yang dia perangi itu adalah seagama dan seide dengannya
Pendidikan awal Tuanku Rao peroleh di Rao sendiri sebagai pusatnya ilmu pengetahuan ketika itu. Selanjutnya Tuanku Rao melanjutkan pendidikannya ke Aceh dan menurut Hamka ada kemungkinan beliau memperdalam ilmu ke-Islamannya ke Makah ketika itu. Pengaruh Aceh di Rao masih ada sampai sekarang, seperti Munesah sebutan orang Rao bagi masjid atau surau mereka.
Sejarah mencatatkan bahawa penyebab kematian Tuanku Rao adalah kerana penghianatan yang dilakukan oleh pamannya sendiri yang bernama Nahkoda Langkok. Keberadaan kaum Paderi yang anti penjajah bagi seorang saudagar kaya yang bernama Nahkoda langkok sangat mengganggu bisnesnya dengan Belanda. Atas bujukan Belanda, Nahkoda Langkok ternyata tega mengkhianati anak kemenakannya itu. Hamka menyatakan bahawa kematian Tuanku Rao sebagai syahid kerana melawan penjajah Belanda yang ditembak peluru penjajah secara bertubi-tubi di Air Bangis, tepatnya 29 Januari 1833 Allahu yarham menemui ajalnya. Diakhir hayatnya beliau masih memegang sebilah keris sebagai simbol perlawanan dan pantang menyerah. Innalillah wa inna ilaihi rojiun.
Legenda Tuanku Rao
Beberapa legenda mungkin juga mitos Tuanku Rao masih dapat kita ikuti saat ini dalam komuniti masyarakat tua, terutamanya bagi mereka yang mengikuti suluk atau pengajian tarikat. Di antara legenda itu ialah;
1. Ka`bah terbakar. Diwaktu Tuanku Rao dicukur rambutnya di Rao dia menjerit dengan mengatakan ka`bah terbakar. Seorang yang kembali dari menunaikan haji mengatakan bahawa ada seorang yang kepalanya bercukur sebelah, membawa air memadamkan api di Makah.
2. Bagindo Usman jadi peluru. Bagindo Usman adalah kemenakan kandung Tuanku Rao. Dalam masyarakat Rao yang dipengaruhi oleh budaya Minang menganggap kemenakan sangat dekat dengan mamak nya. Dalam mitos yang diwarisi turun temurun bahwa Bagindo Usman dijadikan peluru yang dimasukan kedalam meriam. Bagindo Usman terbang sambil memegang pedang dan menebasi kepala askar Belanda ketika itu.
3. Kebal. Dalam mitos mashur diketahui bahawa kematian Tuanku Rao adalah disebabkan penghianatan orang Rao sendiri yang memberi tahu dimana kelemahan dan bagaimana cara membunuh Tuanku Rao. Sementara Bagindo Usman dibunuh setelah penghianat memberi tahu bahawa Bagindo Usman hanya boleh dibunuh dengan benang tujuh cento (warna)
4. Gosong. Gosong Tuanku Rao menurut penulis bukanlah mitos, tetapi reality. Iaitu dengan ditemukannya gosong tersebut oleh beberapa individu.
Bukti Yang Jelas
Walaupun data-data tarikh dan angka-angka tentang Tuanku Rao banyak diperdebatkan oleh ahli sejarah, namun bukti keberadaan Tuanku sangat jelas terlihat hingga saat ini. Kesan keberadaan dan kewujudan Tuanku Rao dapat dilihat dari dua peran besar yang beliau mainkan iaitu;
Fase Pertama: Perjuangan dakwah Islamiyah kepada masyarakat Rao dan daerah tetangga mulai 1800 sampai 1823 dan Fase Kedua: Perjuangan melawan Penjajahan Belanda mulai 1822 hingga 1833.
Sebagai Ulama
Rao dikabarkan pernah menjadi pusat penyebaran ilmu ke Islaman yang melahirkan tokoh besar Indonesia seperti Syeikh Ahmad Khatib al-minangkabawi, Agus Salim dan sebagainya. Penulis melihat bahwa daerah-daerah yang selama ini dikenal sebagai penghasil para ulama akan dihancurkan secara sistematik. Lihat sahaja Aceh dengan perang saudara yang berpanjangan, Barus yang selama ini penghasil ulama sekarang mayoritas masyarakatnya tidak beragama Islam lagi, Fathani dengan kekacauan dan perang saudara, Minangkabau dengan kerusakan moral dan hipotesis ini juga mungkin berlaku di Rao.
Tuanku Rao adalah seorang Ulama dan reformis Islam yang ingin melihat Islam secara kaffah. Bersama rakan seperjuangnnya mereka berusaha menghilangkan ajaran animism, khurafat, tahayul dan bida`ah yang menjadi peninggalan budaya agama budha dan hindu sebelumnya.
Sampai saat ini belum ditemukan bukti terdapatnya Tulisan atau karya Tuanku Rao. Sejauh penelitian yang penulis lakukan hanya menemukan sebuah naskah al-Qur`an tulisan tangan asli yang ditulis oleh Isteri Tuanku Imam Bonjol. Namun sejarah mengenal bahawa Tuanku Rao dikenal dengan seorang individu yang tidak pernah mengenal kompromi terhadap penjajah. Sikap ini membuat penjajah anti dan memusuhinya. Tidak tertutup kemungkinan berlakunya pembakaran atau pemusnahan terhadap karya Tulis Tuanku Rao ketika itu. Keulamaan Tuanku Rao pernah dicatatkan oleh Muhammad Shagir dalam sebuah artikel beliau. Bukti lain bahawa beliau adalah seorang ulama adalah pengakuan sejarah bahawa beliau memiliki peranan yang besar dalam mengislamkan masyarakat Rao dan sekitarnya. Ini termasuk masyarakat di Tapanuli, Batak, Bagian dari minang kabau, Riau daratan dan pesisiran pantai. Terdapatnya komuniti masyarakat Rao di tempat yang disebutkan sebelum ini juga menjadi bukti kesan pengaruh Tuanku Rao di tempat tersebut.
Sejarah juga ada mencatatkan bahawa Tuanku Rao adalah kakak seperguruan (kemungkinan juga sebagai guru berdasarkan peringkat umur Tuanku Rao yang lebih tua) Tuanku Tambusai semasa belajar agama di Rao yang sama-sama mendapat gelaran Fakih. Beliau juga yang menasehati agar Tuanku Tambusai melanjutkan pelajarannya ke Makah setelah menamatkan pelajaran dengan Tuanku Rao dan Tuanku Imam Bonjol. Dakwah Islamiyah dan perjuangan Tuanku Rao merentasi suku bangsa di Sumatera seperti Rao, Minangkabau, Tapanuli, Batak dan Melayu Riau
Sebagai pejuang
Walaupun perjuangan Tuanku Rao berakhir dengan kematiannya ditangan penjajah. Namun beliau mewariskan spirit anti penjajah kepada orang Rao dan kepada para pengagumnya ketika itu. Kematiannya sebagai syahid memberi inspirasi dalam menanamkan semangat anti penjajah pada generasi selepasnya. Seorang adik kelasnya yang bernama Tuanku Tambusai terkenal dengan keberaniannya dan ditakuti oleh askar Belanda dan askar upahan ketika itu seperti ketakutan pada harimau. Di Malaysia juga dikenal nama besar Mat Kilau adalah seorang pejuang yang berani dan gigih melawan penjajah juga dikatakan sebagai keturunan Rao.
Kemudian, sampai di Di zaman pemerintahan Soekarno pun orang Rao ramai yang terlibat menjadi PRRI. Gerakan ini dikenal dengan gerakan protes melawan pemerintah Soekarno yang zalim dan tidak adil ketika itu. Soekarno hanya membelanjakan kekayaan Negara untuk pusat sahaja, padahal daerah adalah penghasil terbanyak kekayaan negara. Gerakan ini juga diikuti oleh seorang tokoh yang sekarang sudah diangkat menjadi pahlawan Nasional Indonesia iaitu Muhammad Natsir. Seorang putra Rao pengawal peribadi M. Natsir masih hidup hingga sekarang di Rao, dengan bekas tembakan dilehernya masih dapat terlihat dengan jelas hingga kini. Sifat perlawanan ini sepertinya menjadi karakter orang Rao yang diwarisi dari nenek moyang tokoh idola mereka Tuanku Rao sebagai symbol perlawanan terhadap kezaliman dan ketidak adilan ketika itu.
Bagindo Suman
Sejarah Bagindo Suman / Usman agak lebih jelas daripada sejarah Tuanku Rao. Beliau adalah kemenakan kandung Tuanku Rao dan sekaligus sebagai panglima perang beliau yang sangat gagah dan berani. Salah satu genre sastera yang dikenal hingga saat ini adalah Ratok Bagindo Sumen. Ratok bagindo Sumen itu adalah tangisan ibunya yang menceritakan tentang sejarah anaknya dari kecil, menjadi pejuang hingga kematiannya digantung Belanda. Kematian itu disebabkan oleh pengkhianatan orang Rao yang menceritakan kepada Belanda tentang bagaimana cara membunuh beliau. Konon katanya Bagindo Suman tidak bisa dibunuh, sakti dan keramat dan hanya bisa dibunuh apabila digantung dengan benang tujuh conto (warna)
Berbagai peninggalan sejarah beliau berupa jubah besar, tongkat, rangka payung dari besi, pedang, kuburan yang melebihi sais ukuran manusia biasa, saat ini masih dapat dijumpai di Padang Metinggi Rao yang dijaga oleh keturunan beliau. Hanya sahaja pokok kayu tempat menggantung almarhum baru sahaja tumbang pada tahun 2006 lalu.
Analisa dan Kesimpulan
Tuanku Rao adalah orang Rao Padang Metinggi yang syahid di Air Bangis setelah terperangkap dalam peperangan dan berjaya ditawan, oleh Penjajah diangkut ke kapal Belanda tahun 1833 dan kemungkinan dibuang ke laut dan menjadi gosong.
Tuanku Rao adalah seorang Ulama berdasarkan latar belakang pendidikannya di Rao, Aceh dan Makah dan juga berdasarkan gelar keagamaan Fakih Saleh atau Syeikh Muhammad, nama yang kemungkinan beliau peroleh setelah kembalinya dari Makah. Ke-Ulamaan beliau dapat dilihat dari keberhasilan beliau mengIslamkan masyarakat Rao, Tapanuli dan Batak.
Para Ulama yang berjuang dengan gigih dan keimanan yang kuat lah sebenarnya yang harus diberi penghargaan sebagai pendiri bangsa Indonesia sesungguhnya. Sebab ulama adalah pemimpin masyarakat yang ikut serta langsung dalam menggerakan perlawananan terhadap setiap bentuk penjajahan. Perjuangan ulama merentasi aliran kesukuan dan kelompok.
Ulama terlibat langsung dalam perjuangan kemerdekaan, menjadi pemimpin dan ikutan umat dalam perjuangan menegakkan Islam dan kebebasan dari penjajahan. Selepas kemerdekaan negara-negara umat Islam dikuasai oleh para pemimpin yang sekuler dan bahkan anti Islam. Islam dan umat Islam selalu disalahkan atas setiap kelemahan negara Islam seperti korupsi, Kolusi, Nepotisma, ketidak profesionalan, gejala sosial dan jenayah dan sebagainya. padahhal negara umat Islam tidak ditadbir secara Islamic dan oleh orang yang beriman.
Ulama silam telah mewakafkan harta, badan dan nyawanya untuk melawan penjajah agar memperoleh kemerdekaan dari tangan penjajah. Mereka menjadi penggerak yang bertindak langsung sebagai pejuang melawan penjajah, dan bukan hanya duduk dirumah memberi arahan sahaja.
Kedudukan ulama dizaman silam sangat terhormat dan mulia serta menjadi anutan dan kebanggaan oleh masyarakatnya. Ini kerana ulama adalah orang yang sesuai antara perkataan dengan perbuatannya. Selepas merdeka Negara dikuasai oleh orang-orang sekuler yang sebahagiannya tidak pernah bangkit berperang melawan penjajah. Posisi ulama dipinggirkan dengan berbagai macam propaganda seperti NII, Terorisme, Islam garis keras dan sebagainya. Ini kerana kekuatan umat Islam akan menjadi ancaman bagi kekuasaan mereka kalau tidak diatasi.
Umat Islam yang teramai didunia terdapat di Indonesia, umat Islam memiliki kekuatan politik yang dahsat. Akan tetapi Islam dan Umat Islam di Indonesia selalu berhasil dilemahkan mulai zaman Soekarno dengan pembubaran Masyumi, Zaman Soeharto yang memaksa asas tunggal, hinggalah dizaman reformasi yang memberi prediket teroris kepada umat Islam. Sampai saat ini kedudukan Islam dan Ulama di RI masih saja terpinggir akibat penjajahan Barat yang beragama Kristen begitu lama.
[1] Disampaikan oleh Afriadi Sanusi Dalam Simposium International Warisan dan Tamadun Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 28-29 Disember 2009
[2] Sebelum acara botatah dimulai terlebih dahulu pihak keluarga mempersiapkan bahan-bahan untuk botatah, yakni sirih, nasi kunyit, minyak manis, sodah, upiah, bunga tujuh warna, dan lain lain. Kemudian anak yang akan ditatah disirami dengan beras warna kuning. Beras tersebut disirami ke kepala anak sebanyak 3 (tiga) kali. Ini menandakan adanya pelimpahan rezki bagi anak tersebut nantinya. Langkah selanjutnya, menjalankan anak diatas bunga sebanyak tiga kali, anak diajarkan cara berjalan dengan baik. Kemudian, memandikan anak dengan melulurkan minyak wangi keseluruh badannya merupakan rangkaian pelaksanaan terakhir. Anak dimandikan bersama dengan orang tua perempuan anak dan tukang tatah. Setelah acara botatah tersebut dilaksanakan, anak baru bisa menginjak tanah setelah dua hari kemudian.
Friday, 27 May 2011
MAT KILAU: Pahlawan Rao yang terbilang
Sejarah Mat Kilau anak Imam Rasu anak Tok Shahrom Rao, Temau, Raub, Pahang
PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.
Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah . Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Dato' Bahaman .
Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.
Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan (Foto Tok Janggut)
Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu. Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.
KEMUNCULAN MAT KILAU
• Alkisah, maka pada tanggal 27 hb. Disember 1969, Mat Din telah dibawa oleh anak-anak cucunya ke Masjid Kampung Pulau Tawardan pada hari Jumaat itu juga, orang ramai sungguh terkejut apabila mengetahui orang tua yang bernama Mat Din itu adalah Mat Kilau bekas Pahlawan Melayu Pahang yang cukup terkenal menentang penjajahan Inggeris dulu.
• Susulan daripada itu, atas perkenan Sultan Pahang sebuahJawatankuas Penyiasat telah ditubuhkan yang diketuai oleh Dato' Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan tugas untuk menyiasat perkara tersebut iaiutu pada 6 hb. Ogos 1970. Hasil siasatan yang dibuat , maka Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Haji Yahya Mohd Sethtelah mengisytiharkan kesahihan Mat Din adalah sebenarnya Mat Kilau , yang pada ketika itu telah berusia 123 tahun.
• Beliau dilahirkan di Kg.Kendondong Pulau Tawar, pada usia 12 tahunbeliau telah dihantar oleh bapanya Imam Rasu ke Trengganu untuk belajar sekolah pondok. Sesudah tamat belajar, Mat Kilau kembali ke Pulau Tawar dan Sultan Pahang berkenan menganugerahi daerah Budu untuk ditadbir oleh beliau..
• Apabila Dato' Bahaman menentang penjajahan Inggeris pada tahun1891, Mat Kilau telah membantu dan menyebelahinya. Beberapa tahun kemudian Mat Kilau terpaksa meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan tali barut mereka yang telah mengkhianati pahlawan-pahlawan Melayu Pahang .
LATAR BELAKANG MAT KILAU
• Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau
• Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.
• Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.
• Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.
ZAMAN KANAK-KANAK
• Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.
• Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti denganberdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.
• Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorangpendikir yang terkenal di Pulau Tawar.
HOBI MAT KILAU
• Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana Mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.
• Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang.
• Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad (Sultan Pahang ketika itu ) sampai dan bersemayam di Pulau Tawar .
• Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua' (ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.
• Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.
PERKAHWINAN MAT KILAU
• Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong, Pulau Tawar.
• Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.
ILMU YANG DIPELAJARI
• Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
• Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
• Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.
• Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.
• Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osmanyang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.
SIKAP PERIBADI MAT KILAU
• Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
• Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford (Residen British di Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
• Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat terutamanya bagi penduduk setempat.
• Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi keranakejujurannya.
• Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
KEMATIAN MISTERI MAT KILAU
• Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.
• The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895".
• The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".
• Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) ,Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
KEMUNCULAN MAT KILAU
• Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.
• Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
• Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.
• Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.
• Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.
• Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
• Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.
• Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis 6 hb.Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
• Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran.
• Usianya ketika itu dipercayai berusia 123 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.
MASJID KAMPUNG PULAU TAWAR
• Masjid inilah yang telah merakamkan detik sejarah penuh suka dan duka masih wujud hingga ke hari ini di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Usianya hampir 200 tahun. Terletak kira-kira 30 minit dari bandar Jerantut. Suasana kehidupan tradisional masyarakat Melayu yang bermastautin di pesisiran Sungai Pahang masih tebal. Malah degup sejarah serta nostalgia abad ke-18 dan 19 seolah-olah baru sahaja berlalu. Masjid lama itu terletak berdekatan tebing Sungai Pahang yang jernih airnya.
• Kewujudan masjid lama di situ berkaitan sejarah kepahlawanan MelayuTok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya kerana di situlah tercetusnya kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajah Inggeris di Pahang.
• Namun begitu masjid lama itu lebih sinonim berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu serta syiar Islam bermula dari kurun ke-18 hingga awal tahun 1970-an. Perkembangan institusi pengajian pondok di Pulau Tawar berhubung rapat dengan masjid lama itu.
• Di situlah markas tempat berkumpulnya tokoh ulama terkenal yang berasal dari Sumatera seperti Allahyarham-Allahyarham Imam Malim, Imam Ahmad, Imam Haji Abd Rahim, Imam Daud dan Imam Yahya. Masjid lama itu berperanan menyebarkan dakwah Islamiah.
• Malahan banyak pelajar dari seluruh Jerantut, Kelantan dan Terengganu datang belajar di situ pada kurun ke-18. Menurut keterangan orang-orang tua Cucu , tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan olehImam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an.
• Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.
• Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang.
• Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau.
• Yang lebih unik, sehingga ke hari ini, sebatang tongkat yang dibuat daripada kayu teras berusia hampir sama dengan pembinaan masjid asal masih tersimpan rapi dan digunakan oleh khatib sewaktu membaca khutbah. Sebuah beduk kayu yang juga berusia hampir dua abad hilang dari masjid berkenaan dipercayai dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab beberapa tahun lepas.
• Di masjid lama Pulau Tawar itulah berlaku sejarah pengistiharan diri Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau pada 26 Disember 1969setelah menghilangkan diri buat sekian lama. Sebelum mengisytiharkan dirinya pada hari Jumaat, Mat Kilau pernah beberapa kali singgah di masjid itu menyamar sebagai peniaga dan orang luar.
• Sehingga pertengahan tahun 1995 tinggallah masjid lama tersebut digigit sepi malah diselimuti dengan semak samun setelah penduduk di situ menggunakan masjid baru. Namun masjid lama itu sering didatangi oleh ahli sejarawan tempatan, siswa universiti, pelajar sekolah serta orang perseorangan untuk merakamkan sejarah dan melihat seni bina di luar dan dalamnya.
JEJAK MAT KILAU
Laluan pahlawan Melayu kini destinasi unik buat pencinta keindahan flora dan fauna. Jejak Mat Kilau, laluan yang digunakan pahlawan Melayu terbilang, Mat Kilau ketika menentang penjajah kini dijadikan laluan untuk peminat aktiviti lasak dan pencinta alam bagi melihat keindahan flora dan fauna sepanjang jejak yang ditinggalkan.
Dipercayai ada tiga laluan utama digunakan Mat Kilau yang setiap satu menghubungkan Pahang dengan Terengganu, Kelantan dan Perak bagi mendapat dan meraih sokongan penduduk di kawasan berkenaan untuk menentang penjajah Inggeris.
Bagaimanapun, daripada tiga laluan itu hanya dua laluan sering digunakan pencinta alam dan penggemar aktiviti sukan lasak ketika ini iaitu laluan Pahang ke Perak dan laluan Pahang ke Terengganu.
Mat Kilau bersama-sama tokoh pejuang seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut dan Tok Gajah yang juga ayahnya memiliki kelebihan menguasai ilmu hutan dan ia menjadi kekuatan mereka untuk mengelak daripada ditangkap pemerintah British.
Di Terengganu, Mat Kilau turut meninggalkan kubu yang digunakan menentang penjajah yang diketuai Residen Inggeris, Hugh Clifford di Padang Jerangau Jerangau, Kampung Pasir Raja, Dungun.
Laluan antara Pahang dan Terengganu agak berbukit bukau serta laluan sungai yang perlu diharungi hampir 60 peratus daripada keseluruhan perjalanan melalui laluan itu. Antaranya, mengharungi Bukit Lata ****** dan Bukit Gelugor ke puncak Gunung Main Angin (1,460 meter) yang agak memenatkan sebelum menyusur turun dan melalui semula laluan sungai untuk ke Kampung Bantalmenggunakan rakit.
Laluan ketiga membabitkan laluan dari Ulu Tembeling di Pahang ke Hulu Terengganu (kini sebahagiannya sudah menjadi Tasik Kenyir) dan ke Hulu Kelantan (Gua Musang). Bagaimanapun, laluan ini kurang dikenali kerana hampir sebahagian daripada laluan utama sudah ditenggelami air Tasik Kenyir berikutan kerja membina empangan yang jalankan.
Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusoff Abdullah, berkata laluan yang digunakan Mat Kilau sebenarnya laluan biasa penduduk pedalaman ketiga-tiga negeri terbabit yang digunakan untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.
Katanya, daripada tiga laluan yang ada, laluan Pahang (Kampung Bantal) ke Terengganu (Kampung Pasir Raja) adalah yang paling popular kerana ia menghubungkan persaudaraan antara dua negeri yang masih kekal dan terus digunakan hingga ke hari ini.
LALUAN JEJAK MAT KILAU
Ada tiga laluan digunakan, bagaimanapun hanya dua masih digunakan dengan meluas baik oleh peminat sukan lasak, pencinta alam dan ahli sejarah.
1. Laluan Pahang ke Perak bermula di Lata Lembik, Kampung Ulu Sungai, Raubhingga ke Batu Hidang, Pos Bersih, Ulu Slim, Perak. Laluan ini sejauh 34 kilometer dan mengambil masa antara dua ke tiga hari untuk dihabiskan (jika bermalam)
2. Laluan Pahang ke Terengganu bermula di Kampung Pasir Raja, Dungun keKampung Bantal, Hulu Tembeling yang lazimnya mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk dihabiskan.
Antara laluan paling sukar kerana terpaksa mudik ke hulu dan melalui laluan sungai.
Laluan ini sering digunakan penduduk antara kedua-dua negeri kerana mereka mempunyai talian persaudaraan dan menjadi antara laluan yang paling popular di kalangan pelancong atau peminat aktiviti lasak.
Laluan ini sebenarnya digunakan penduduk setempat untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.
3. Laluan Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula dari Sungai Tembeling (Taman Negara Pahang) hingga ke Sungai Pertang (Hulu Kelantan/Hulu Terengganu) yang sebahagiannya kini sudah tenggelam kerana pembinaan empangan di Tasik Kenyir.
KRONOLOGI PEMBERONTAKAN MAT KILAU
Mac 1892 - Tok Gajah bertemu dan bersatu dengan Mat Kilau di Kampung Budu, Raub untuk menyerang tentera Hugh Clifford di Kuala Lipis.
9 April 1892 - Mat Kilau tidak sempat berperang dengan Inggeris dan beliau dibawa Haji Muhammad Nur ke Bukit Bentang bertemu Datuk Maharaja Perba Jelai
Mei 1892 - Inggeris mara ke Kampung Budu tempat Mat Kilau berkampung dan selepas mengetahuinya beliau melarikan diri ke hutan dan bersatu dengan Datuk Bahaman di Kampung Hulu Cempaka bagi meneruskan perjuangan menentang Inggeris
13 Julai 1892 - Pasukan Pengakap daripada pasukan Walker dan Clifford berkhemah di Lechau dekat Kampung Budu diserang kumpulan Mat Kilau dan Datuk Bahaman berhampiran Batu Berapit. Mereka kemudiannya berundur meninggalkan kawasan itu. Mat Kilau dan pengikutnya bersatu dengan Tok Gajah di Pasir Atas (tepi Sungai Tembeling)
22 Ogos 1892 - Mat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pasukannya menyerang Inggeris di Kuala Atuk (tepi Sungai Tembeling) yang diketuai R W Duff dan Panglima Garang Yusoh. Dua pengakap Inggeris terbunuh. Mat Kilau dan Awang Nong berundur membawa pengikut mereka ke Kuala Tembeling.
Oktober 1892 - Keadaan Pahang agak tenang, Sultan Ahmad mengikut nasihat Sultan Abu Bakar (Johor) dan Inggeris mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai rakyat Pahang yang dicop penderhaka kecuali Datuk Bahaman dan Tok Gajah.
Tok Gajah bersama anaknya Mat Kilau dan Awang Nong membawa pengikutnya berundur ke hulu Sungai Tembeling dan menyeberangi sempadan Pahang dan Kelantan hingga sampai di Kuala Tenggeling di Hulu Lebir, Hulu Kelantan
Akhir 1892 - Orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang menentang Inggeris di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan
Mei 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung Seberang Engku Ngah, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau selalu berulang alik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid yang dianggap keramat
Pertengahan 1894 - mereka kembali ke Hulu Kelantan
Jun 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelubi dari Hulu Kelantan membawa 100 pengikut pergi ke Hulu Pahang menghilir Sungai Tembeling
14 Jun 1894 - mereka menyerang Inggeris di Kuala Tembeling. Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau ke Pulau Tawar berjumpa Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai.
Kembali ke Sungai Tembeling mendirikan kubu di Jeram Ampai (berhampiran Kuala Tembeling)
Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta pengikut menghilir Sungai Kelantan sampai ke Kemuning (berhampiran Tanah Merah)
6 Jun 1895 - Hugh Clifford sampai di Pasir Nering, Kuala Berang kerana percaya Mat Kilau bersembunyi di sana
Oktober 1895 - Mat Kilau ditangkap askar Siam dan membawanya ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam perjalanan ke sana Mat Kilau dipercayai melawan dan askar Siam dikatakan memukul kepala Mat Kilau hingga tidak sedarkan diri dan dianggap mati.
'Mayat' Mat Kilau diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati masih hidup. Sultan Kelantan kemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan di Bunut Payung dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang
MAT KILAU SEMPAT LAUNG MERDEKA
Daripada ramai pahlawan Melayu Pahang yang bangkit menentang penjajahan Inggeris pada 1880-an, hanya seorang daripada mereka yang sempat menyaksikan sendiri detik kemerdekaan negara.
Dia ialah Mat Kilau, anak kepada pembesar Imam Perang Rasu (Tok Gajah),yang bangkit menentang kedatangan Inggeris ke Pahang pada sekitar 1880-an dan 1890-an. Lebih daripada itu, Mat Kilau juga berpeluang melaungkan ungkapan keramat "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh rakan-rakan perjuangan seangkatan dengannya seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut atau yang lebih awal seperti Datuk Maharaja Lela dan Dol Said.
Namun, pada hari berkenaan tiada seorangpun daripada puluhan ribu manusia yang berkumpul di Padang Masjid Negeri di Kuantan mengetahui bahawa orang tua yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di kalangan mereka adalah Mat Kilau.
12 TAHUN ISYTIHAR DIRI
Anak angkat Mat KIlau yang kemudian menjadi menantunya, Abu Bakar Awang, 80, berkata sebelum mengisytiharkan dirinya yang sebenar, Mat Kilau sentiasa berdalih setiap kali ditanya tentang asal-usul dirinya -- mungkin kerana khuatir beliau belum lagi diampunkan oleh sultan. Semasa kebangkitan itu, Pahang berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah.
"Beliau juga mengambil masa hampir 12 tahun selepas merdeka sebelum tampil mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau kerana khuatir sultan belum mengampunkan dirinya yang dianggap sebagai penderhaka," katanya.
Salah seorang anak Mat Kilau, Aminah, 80, yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu 5,Jalan Gambang Kuantan mengesahkan bahawa sebelum perisytiharan tentang identitiya, beliau dan anak-anak lain tidak pernah menyangka bahawa manusia yang bergelar Mat Siam itu adalah pahlawan yang digeruni Inggeris.
Aminah adalah antara empat daripada lima orang anak Mat Kilau yang masih hidup dan tinggal di sekitar Kuantan. Yang lain ialah Sabariah, Abdul Rahman, Salamah dan Razali, manakala anak bongsunya, Zaleha, yang berkahwin dengan Abu Bakar meninggal dunia pada 1978.
Meneruskan ceritanya, Abu Bakar berkata beliau adalah antara orang yang paling gembira apabila mengingat kembali keghairahan luar biasa Mat Kilau menunggu saat-saat perisytiharan kemerdekaan.
"Hari itu (31 Ogos 1957) awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan lepas sembahyang subuh dia terus bersiap untuk ke bandar Kuantan apabila mendapat tahu upacara sambutan juga akan diadakan di peringkat negeri, selain daripada Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.
"Saya agak hairan melihat dia beria-ia benar hendak ke Padang Masjid Negeri. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, saya lihat dia begitu bersemangat sekali untuk turut menyambut hari bersejarah itu," katanya.
GURU SILAT
Abu Bakar yang kini menjadi guru utama Seni Silat Tapak Setia Suci, seni yang diwarisi daripada bapa mertuanya itu, berkata beliau masih ingat pada hari berkenaan Mat Kilau memakai kemeja-T leher bulat warna putih, kot warna kelabu, berseluar panjang dan bersamping serta lengkap berkasut, manakala kepalanya pula berlilit kain cindai.
"Saya sendiri tidak tahu di mana beliau perolehi semua itu dan apakah maksud tersirat di sebalik melilit kain cindai di kepala," katanya.
Menurut tradisi, kain cindai iaitu sejenis kain sutera nipis untuk lilitan kepala atau bengkung yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu ketika turun ke gelanggang untuk berhadapan dengan musuh.
Meneruskan ceritanya tentang detik-detik pagi keramat itu, Abu Bakar berkata gelagat bapa mertuanya yang ternyata amat bersemangat itu menyebabkan isteri Mat Kilau,Ajrah Bakar menganggapnya sebagai "buang tabiat".
Selesai bersiap-siap, Abu Bakar dan Mat Kilau keluar rumah dan sama-sama menunggu bas percuma yang disediakan pihak berkuasa sempena sambutan itu.
Walaupun bas berkenaan penuh sesak hingga memaksa ramai yang berdiri dan berhimpit-himpit, Mat Kilau tetap nekad dan seolah-olah tidak sabar untuk ke padang berkenaan.
"Bila sampai di padang kami sama-sama menunggu detik laungan Merdeka. Sempat juga tengok orang berarak... kereta berhias pun ada dan dia (Mat Kilau) hari itu kelihatan cukup seronok," katanya.
Apabila laungan merdeka kedengaran, Mat Kilau turut serta melaungkan merdeka.
CUBA BERI BAYANGAN
Malah ketika berada di padang itu, Mat Kilau ada cuba memberi bayangan kepada Abu Bakar tentang siapa dirinya sebenar dengan berkata: "Tengok, siapa sangka aku juga sempat melihat (negara) merdeka".
Abu Bakar yang tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun berkata walaupun tidak berupaya untuk pergi ke Stadium Merdeka di mana perisytiharan kemerdekaan peringkat kebangsaan diadakan, bapa mertuanya tetap berpuas hati kerana dapat turut melaungkan "Merdeka!" di padang Kuantan itu.
Bagi Abu Bakar, laungan itu adalah manifestasi sebenar kegembiraan seorang pahlawan yang terpaksa menjalani liku-liku kehidupan penuh keperitan semata-mata kerana bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama serta kedaulatan tanahairnya.
Beliau juga berharap agar sesetengah teks sejarah disemak atau ditulis semula kerana masih ada kalangan yang terus menganggap Mat Kilau sebagai seorang penderhaka raja.
"Pihak Inggeris yang melabelkan Mat Kilau serta rakan-rakannya termasuk Datuk Bahaman sebagai pemberontak dan penderhaka, semata-mata untuk mengabui mata rakyat agar perjuangan mereka ketika itu tidak mendapat sokongan," kata Abu Bakar yang juga Ketua Kampung Batu 5.
Cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40, berkata datuknya tidak meninggalkan apa-apa harta pusaka kecuali semangat perjuangan dan keberanian untuk diwarisi generasi sekarang dan akan datang agar negara tidak kembali dijajah
DEMIKIANLAH ADANYA KISAH MAT KILAU
Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Cucu ( Aki Md. Yunus B. Teh ) dan Nenek (Wan Sipah Bte Teh ) Ayahanda Cucu ( Jamaluddin Bin Md. Yunus) semuanya di kebumikan di Tanah perkuburan Islam Felda Sg.Tekam Getah, Jerantut dan Bonda Cucu (Kamsiah Bte Jamil) yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kenanga Jengka 7, Pahang. AMIN YA RAB BAL ALAMIN
Dicatat oleh arisel ba
TOKOH RAO Sunday, 30 October 2011 Tok Tua Sakti Pembuka Tapah l
Oleh Zabidin Hj Ismail
Pengenalan
Tok Tua Sakti @ Tok Simpang Tiga[1] atau nama sebenarnya ialah Abd Rahman b. Raja Setia[2] berasal dari Rao[3], Sumatera Barat, Indonesia dan merupakan pengasas Kampung Datuk, Tapah. Kampung ini merupakan kampung yang terawal dan tertua di pekan Tapah.
Tapah terletak di pinggir Sungai Batang Padang. Sungai tersebut dahulunya besar menjadi laluan dagang kapal-kapal kerana dipercayai pada zaman dahulu Tapah merupakan sebuah pelabuhan. Sehubungan itu Tok Tua Sakti datang ke Tapah sebagai pedagang.
Tok Tua Sakti datang ke Tapah bersama-sama dua orang adiknya iaitu Tok Bayas dan Tok Sebarau. Mereka tiba di Tapah dari Sumatera merentasi Selat Melaka ke muara Sungai Perak di Bagan Datoh hingga ke Teluk Intan dengan menggunakan lancang (kapal layar) dan dari Teluk Intan menggunakan sampan mudik ke Kinta dan Sg Bidor lalu memasuki Sungai Batang Padang.
Tok Tua Sakti dan adiknya dipercayai meneroka kampung Datuk pada kurun ke 16 selepas negeri Perak wujud pada tahun 1528. Pada peringkat awal mereka bermukim di situ kerana lokasinya agak strategik – berbukit yang terletak di tebing sebelah kanan Sungai Batang Padang. Nama Tapah belum muncul ketika mereka menemui Kampung Datuk.
Kampung Datuk mendapat nama daripada gelaran tiga “tok” tersebut iaitu Tok Tua Sakti, Tok Bayas dan Tok Sebarau. Mereka juga yang memainkan peranan penting membuka Pekan Tapah yang terletak bertentangan dengan Kampung Datuk iaitu seberang Sungai Batang Padang.
Pekan Tapah mula dibina sebagai ibu daerah pada tahun 1888 setelah British campur tangan dalam pentadbiran Perak melalui Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Ketika itu Pekan Tapah sudah mempunyai penduduk seramai 1800 orang.
Tapah mendapat nama
Ada tiga versi cerita Tapah mendapat nama;
Pertama;
Sejarah Tapah berasal dari nama sejenis ikan iaitu ikan tapah. Pada zaman Sultan Mukaddam Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah, Sultan Negeri Perak yang ke-enam, permainan sabung ayam amat terkenal di kalangan rakyat jelata dan permainan ini menjadi tontonan orang ramai dan berjudi.
Semua golongan tidak kira golongan rakyat jelata, bangsawan sehinggalah sultan bermain sabung ayam. Ini termasuklah Tok Tua Sakti iaitu salah seorang peneroka awal Pekan Tapah. Beliau menyabung ayam sehingga kalah teruk dan tergadai kampung halaman serta harta bendanya hingga jatuh miskin.
Setelah beliau kalah, Tok Tua Sakti amat menyesal dan bertaubat. Kemudian pada malam berikutnya, beliau bermimpi. Di dalam mimpinya, beliau di suruh ke kuala Sungai Batang Padang dan terdapat seekor ikan tapah sebesar manusia akan terdampar di situ. Di dalam perut ikan berkenaan, terdapat beberapa kepingan emas yang boleh membantu Tok Tua Sakti untuk menebus kembali kampungnya[4].
Setelah berjaya mendapatkan emas berkenaan dengan membelah perut ikan tapah dengan sembilu buluh dan menjahitnya dengan menggunakan ijok kabung sebagai benang manakala sundang lalng sebagai jarumnya.
Sejak kejadian itu, kaum keluarga Tok Tua Sakti disumpah dan tidak boleh memakan atau menganiaya ikan tapah selama-lamanya kerana ikan tapah telah berjasa dan menyelamatkan beliau dan kampungnya. Berasaskan kepada peristiwa tersebut, penduduk telah menamakan kawasan ini sebagai Tapah [5].
Kedua;
Penduduk sekitar Sungai Batang Padang menanam jenazah di tanah perkuburan di Kampung Datuk. Zaman dahulu mereka membawa jenazah menggunakan sampan kerana tanah perkuburan itu berhampiran tebing Sungai Batang Padang.
Apabila hujan lebat dan air Sungai Batang Padang menaik sehingga menenggelamkan perkuburan itu, kelihatan banyak ikan tapah seberat 60 hingga 70 kati menyondol tanah kubur untuk mencari mayat yang baru ditanam.
Peristiwa menimbulkan keanehan dalam kalangan penduduk setempat lalu menamakan kawasan ini sebagai Tapah [6].
Ketiga;
Selain daripada kejadian temasya sabung ayam serta nama Tapah diambil sempena daripada ikan tapah, banyak lagi cerita-cerita yang berlaku antara Tok Tua Sakti dengan Ikan tapah. Antaranya Tok Tua Sakti pernah bermudik di kuala sungai simpang tiga lalu bertembung dengan Ikan tapah yang menghalang perjalanan beliau serta perahunya.
Pelbagai cara untuk menghalau ikan tersebut termasuk menangkap ikan tersebut akan tetapi tidak berjaya. Maka dengan itu, Tok Tua Sakti menggunakan kuasa kesaktiannya lalu Ikan tapah tersebut tenggelam dengan perlahan-lahan diikuti dengan hujan panas[7].
Ketrampilan Tok Tua Sakti
Beliau dikatakan seorang yang lemah lembut dan sering memakai jubah hitam[8]. British mengangap tokoh ini sebagai ketua di Tapah
kerana berfikiran matang, berakhlak serta mementingkan ilmu. Manakala Sultan Perak ke 4 (1744-1750) yakni Sultan Muhammad Shah pula menganugerahkan gelaran Toh Tan Dewa Sakti, Orang Besar 32 Perak[9] atas ketrampilan Tok Tua Sakti yang dianggap ketika itu sebagai Orang Besar Jajahan Batang Padang.
Tok Tua Sakti mempunyai ilmu keistimewaan yang dapat meramal petanda yang akan melanda pekan Tapah. Kejadian seperti wabak taun, banjir serta lain-lain banyak diketahuinya dahulu lalu dikhabarkan berita ini ke semua penduduk supaya berhati-hati serta berwaspada. Oleh itu ramailah penduduk menghormati beliau karana banyak membantu dalam menyelamatkan mereka dari ditimpa bencana.[10].
“Kapit”
Tok Tua Sakti dikatakan mempunyai “kapit” merupakan seekor harimau tempang yang kerap mendampingi serta menjaga keturunan beliau. Dipercayai lagi, harimau tersebut pernah dilihat di sekitar makam Tok Bayas di Kampung Ampang sehingga ke Bukit Changkat Rembian. Malah ada juga berkata harimau tersebut meronda-ronda di kawasan orang asli Kuala Woh.
Selain daripada itu, buaya keramat serta penyu putih dipercayai juga milik Tok Tua Sakti yang akan timbul di Sungai Batang Padang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. [11].
Kehebatan Tok Tua Sakti terserlah apabila seorang askar Jepun cuba untuk menamparnya tetapi gagal kerana tidak semena-mena askar itu kaku dan tidak mampu bergerak seakan –akan lumpuh. Akhirnya askar Jepun meminta maaf. Sebaik sahaja Tok Tua Sakti memaafkannya, askar itu pulih seperti sedia kala [12].
Ada satu lagi cerita kehebatan Tok Tua Sakti yang mampu memecah batu keras yang tersadai melintang sungai Batang Padang di Kg Batu Melintang. Batu besar itu menghalang pergerakan perahu penduduk menghilir ke Tapah.
Oleh yang demikian mereka mengadu kepada Tok Tua Sakti supaya batu besar dapat dialih bagi memudahkan perjalanan perahu. Anehnya, Tok Tua Sakti hanya mengambil masa dari waktu isyak hingga ke subuh menakek batu itu menjadi terusan sekaligus membolehkan perahu mudik dan menongkah tanpa halangan lagi.
Berpegang kepada prinsip
Tok Tua Sakti sanggup membunuh adiknya, Tok Sebarau semata-mata tidak mahu melihat adiknya bergelumang noda. Kejadian ini berlaku disebabkan Tok Sebarau “dipikat” oleh orang asli Kuala Woh. Tok Sebarau seorang yang alim dan pembersih. Dia berniaga garam, tembakau dan pinang di Kuala Woh berdekatan dengan kampong orang asli.
Oleh kerana mengamalkan kebersihan, pangkin tempat barang jualannya sering disamak setiap kali selepas orang asli datang membeli barang jualannya. Perbuatan Tok Sebarau menyamak pangkin itu telah menyinggung hati orang asli.
Suatu hari orang asli itu menaburkan cawatnya yang dikoyak-koyak dari pangkin Tok Sebarau hingga ke kampong orang asli itu. Tok Sebarau “terkena” ilmu lalu mengikut cawat yang ditabur itu sehingga tiba ke rumah orang asli lalu tinggal bersama-samanya. Dia lupa perniagaan dan kampungnya di Tapah.
Menyedari kejadian ini, Tok Tua Sakti dan Tok Bayas pergi ke kampong orang asli itu dan mengajak Tok Sebarau pulang tetapi Tok Sebarau tidak mahu balik. Pelbagai helah diusahakan tetapi tidak berjaya. Akhirnya mereka meminta tunjukkan jalan balik kerana hari sudah senja. Mahu tidak mahu Tok Sebarau pun bersetuju. Dalam perjalanan itu, Tok Tua Sakti menikam adiknya, Tok Sebarau sehinga mati.
Mayatnya dimandi dan disembahyang serta dikebumikan di suatu tempat bernama Bukit Sebarau berdekatan dengan Batu 6 Jalan Pahang, Tapah. Kubur Tok Sebarau masih ada lagi di bukit itu manakala anak sungai tempat memandi mayat Tok Sebarau suatu ketika dahulu airnya berwarna merah [13]. Bagaimanapun sekarang tidak lagi kerana tercemar dengan pembinaan kolam ikan air tawar.
Tok Tua Sakti dikatakan meninggal dunia ketika berusia 130 tahun. Keturunannya masih ada lagi dan menetap di Kampong Datuk, Kampong Lubuk Katak dan Kampung Bermin.
Penutup
Tok Tua Sakti seorang tokoh yang banyak berjasa dalam pembinaan insaniah masyarakat serta pembangunan setempat. Ini terbukti banyak tanah kepunyaannya diwakafkan untuk tujuan keagamaan termasuklah pembinaan Sekolah Agama Rakyat Ar Rahmaniah di Kampong Datuk, Tapah.
Namun demikian riawayat hidup Tok Tua Sakti tidak dapat ditonjolkan dengan sempurna kerana kekurangan bahan berbentuk fakta melainkan berkisar dengan mitos dan legenda yang kurang wibawa.
[1] Mantan guru, Kamarudin, 77, No.428 Sg. Selinsing, Jalan Temoh, Tapah
[2] Haji Alias bin Mat, 60 tahun, Kg Seri Azam (dahulu: Kg Bakar Sampah) Jalan Pahang, Tapah, Perak
[3] Menurut Datuk Shawaludin Mat Din 65 tahun dakwa bahawa beliau pernah berbual dengan Badilah seorang pekedai runcit di Kg. Batu 6, Jalan Pahang pada tahun 50-an yang merupakan keturunan Tok Tua Sakti. Badilah pulang ke Rao, Sumatera pada tahun 1958 dan meninggal dunia di sana (wawancara menerusi telefon pada 9.10.2011 jam 9.00 pafi)
[4] Kisah ini menyamai dengan cerita Pak Kaduk di Lambor yang hidup sezaman dengan Sultan Perak Pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah ibn Al Marhum Sultan Mahmud Shah (1528-1549) Bukti cerita Pak Kaduk ialah kerongsang emas daripada perut ikan Tapah masih disimpan oleh keturunannya manakala cerita Tok Tua Sakti tidak pula dibuktikan dengan emas yang dijumpai itu.
[5] Majlis Daerah Tapah
[6] Wawancara dengan Datuk Shawaluddin
[7] Mantan guru, Kamarudin, 77 tahun
[8] Hj Hassan Jumaat, 84 tahun, No 13-B Jalan 34 Taman Bukit Pagar Tapah
Friday, 27 May 2011 IMAM RASU SHAHRUM: Tok Gajah Imam Perang Pahang
Gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang , Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ,nama sebenar beliau Imam Rasu bin Shahrum ialah ayahanda kepada Mat Kilau .
Allahyarham merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari Batu Redap sampai ke Kuala piul, dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa dari Pedah sampai Tanjung Lindung juga Lembahan Sungai Budu di Lipis kedudukannya setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang seorang pahlawan yang menentang kehadiran penjajah ke Tanah Melayu bersama Dato’ Bahaman dan pejuang - pejuang sezamannya yang di pimpin oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895, pada 1892 Inggeris mengeluarkan perintah tangkap pada Tok Gajah, menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan Kemudian ke Hulu Terengganu, meninggal dunia pada tahun 1901.Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering , Kuala Berang , Hulu Terengganu , Terengganu Darul Iman .
Dicatat oleh arisel ba
Anda mungkin juga meminati:
TOK GAJAH: Pahlawan Melayu Rao Pahang
SYEIKH IMAM ISHAK MUHAMAD ARIF: Ulama tasawuf dan tareqat ...
ZABIDIN HJ ISMAIL: Penulis dan Pengkaji masyarakat Melayu ...
Tok Tua Sakti Pembuka Tapah
Datuk Bahaman
Nama sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman. Ayahnya bernama Tuanku Imam Nuh berasal dari Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak Tok Setia Perkasa Semantan yang berketururnan Bugis dari Sulawesi Selatan. Beliau juga lebih dikenali sebagai Seman adalah seorang yang pandai bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu sehinggakan sungai itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca utama pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang , terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British ke atas kawasannya. Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah bermula sejak tahun 1890 lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 bilamana Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan mengata-ngata E.A Wise (Pegawai Jajahan Temerloh) kerana E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam kawasan Dato' Bahaman , tanpa terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh Clifford ( Pemangku Residen British Pahang ketika itu ) mengetahui hal tersebut , beliau telah menasihatkan Sultan dan baginda kemudiannya memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat . Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan , Sultan telah mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato' Bahaman . Keadaan ini menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough dan pengikut-pengikutnya pada 15 Disember 1891 ketika mereka sedang mudik Sungai Semantan. Serangan itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia menyangka Desborough datang untuk menangkapnya Dalam serangan yang mengejut itu , pihak Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar Temerloh . Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu , pegawai-pegawai British di seluruuh Pahang mula sibuk mengatur tentera mereka untuk melawan orang-orang Melayu yang menentang British .Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud telah pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman . Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi mengalami kekalahan.
“Kalau orang tidak tahu sejarah, ia tidak akan faham masa kini, apalagi masa depan. Semua kesalahan yang kita lakukan selama ini terjadi kerana kita tidak tahu sejarah.” Pramoedya Ananta Toer
SELASA, 1 SEPTEMBER 2009Dato Bahaman, Tok Gajah Pahlawan Pahang.Pada 29 Jun 1894 sepasukan polis kerajaan Inggeris menyerang kumpulan penentang Inggeris di Jeran Ampai, Kuala Tembeling. Pahang yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi.
Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis manakala pihak penetang di Jeram Ampai itu adalah tindak balas Inggeris terhadap ancaman terbaru penetang yang membunuh lima anggota polis dalam serangan keatas balai Polis di Kuala Tembeling.
Peristiwa Jeram Ampai ialah salah satu insiden dalam sejarah penentang pejuang pembebasan Pahang terhadap Inggeris di negeri ini selepas 5 tahun insiden pembunuhan Orang Kaya Haji. Berikutan itu Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di pahang melancarkan serangan besar-besaran menelan belanja $ 7,393.83, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.
Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.
Cerita versi Anok Pahang
Semasa di Hulu Sat @ Machang, Long Mansur (cucunda Baginda Long Gaffar ) banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya iaitu menjinakkan gajah yang diambil di Hulu Lebir (Hulu Kelantan). Pada satu masa, ketika baginda berada di sana, datang rombongan Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya bagi meminta perlindungan di Kelantan setelah melarikan diri dari buruan Inggeris di Pahang. Pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang bermula pada 8 Oktober 1891 selepas beliau dilucutkan jawatan sebagai Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad kerana enggan menurut perintah Inggeris yang melarangnya mengutip cukai. Beliau dikatakan telah melarikan diri ke Kelantan pada akhir tahun 1894 selepas gagal dalam pemberontakan tersebut. (Sejarah DarulIman,m.s241).
Semasa kejadian peristiwa ini, pemerintahan Kota Bharu bertukar kepada Sultan Mansor. Dato’ Bahaman dikatakan merupakan keluarga Sultan Mansor dan beliau membahasakan Sultan Mansor sebagai “Abang” di dalam percakapannya. Berita kedatangan Dato’ Bahaman ini diketahui oleh Sultan Mansor, lalu beliau datang berjumpa Baginda Long Mansor di Machang bagi memintanya supaya menjaga dan melindungi Dato’ Bahaman dan keluarganya. Baginda Long Mansor pada masa itu tidak terfikir akibat daripada tindakannya itu tadi kepada kesinambungan pemerintahan keturunan Long Ghafar di Kelantan. Tindakan Sultan Mansor tersebut adalah helah beliau bagi mengelakkan dirinya daripada tuduhan melindungi Dato’ Bahaman yang pada masa itu menjadi buruan Inggeris.
Kata Sultan Mansor, “ Pak Do tolong ambil orang kita di Hulu Lebir dan bawa balik ke rumah serta peliharalah”. Long Mansor tidak membantah, lalu tinggallah Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya di Machang di bawah jagaan Long Mansor. Menurut satu riwayat, beliau tinggal di sana selama 2 tahun. Menurut catatan di dalam buku Sejarah Darul Iman (m.s 240) Dato’ Bahaman serta pengikutnya seramai 12 orang telah membuat kediaman di Sungai Ampul, iaitu cawangan daripada Sungai Lebir di Hulu Kelantan pada akhir tahun 1892.
Berita Dato’ Bahaman mendapat perlindungan di Kelantan akhirnya telah diketahui oleh Inggeris, lalu wakil kerajaan Inggeris telah datang ke Kelantan dan berjumpa Sultan Mansor di Kota Bharu meminta supaya menyerahkan “penderhaka” tersebut. Kata Sulltan Mansor, “Kita tidak boleh buat apa-apa kerana kita di bawah takluk Bangkok. Kalau nak selesai dengan mudah minta sendiri pergi ke Bangkok minta kebenaran Raja Siam untuk tangkap keluarga Dato’ Bahaman”. Mereka kemudiannya pergi ke Bangkok bagi meminta keizinan. Raja Siam memerintahkan dengan perintahnya, “Kalau tak dapat Dato’ Bahaman, orang yang beri perlindungan kepada beliau, siapa saja akan menjadi ganti”. Maka terkenalah Baginda Long Mansor dengan tipu muslihat Sultan Mansor.
Orang-orang Inggeris itu kemudiannya kembali semula ke Kelantan bersama-sama dengan askar-askar Siam. Berita kedatangan askar-askar Siam untuk mengambil Dato’ Bahaman itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu baginda pergi berjumpa dengan Tengku Chik Tua Machang meminta nasihat. Beliau menasihati Baginda Long Mansor dengan katanya, “ Kita tak boleh lawan Siam, sebab anak kita duduk di Kota Bharu (iaitu Tengku Salleh, anak Long Mansor yang berkahwin dengan anak sultan yang bernama Tengku Tengah atau Tengku Kembang, anak Long Sulong atau Sultan Ahmad)”. Tambahnya lagi, “Jangan lawan Siam sebab seluruh keluarga kita akan dibunuh oleh Siam”.
Selepas itu Baginda Long Mansor balik dan memanggil Dato’ Bahaman mengadap, lalu menceritakan keadaan yang sebenarnya. Kata Dato’ Bahaman, “Kita hanya patuh kepada keturunan raja Melayu yang asal, kita tidak kira siapa yang memerintah, mati pun kita redha, berkhidmat kepada raja Melayu”. Baginda Long Mansor amat bersimpati akan nasib Dato’ Bahaman, lalu memintanya berundur daripada Machang. Terdapat dua cara berudur yang digunakan, iaitu;
1. Keluarga Dato’Bahaman berundur ke Kuala Berang,Terengganu.
2. Dato’ Bahaman pula, seorang diri pergi ke Menara(Narathiwat).
Pada masa Dato’ Bahaman mengadap Baginda Long Mansor itulah, askar-askar Siam telah mengepong keluarga serta pengikut Dato’ Bahaman di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di Bukit Bakau, Machang. Berita kepungan itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu katanya, “Dato’, keluarga Dato’ telah dikepong oleh askar-askar Siam pada masa maghrib”. Dato’ Bahaman kemudiannya terus pergi untuk menyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong. Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang.
Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang). Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara. Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’ Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela, telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam. Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak pernah menyerah diri kepada Siam. Apa yang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.
Pada pagi keesokannya, askar-askar Siam itu menangkap Baginda Long Mansor dan di bawa ke Kota Bharu. Di sana tiga orang lagi ditangkap iaitu;
1. Pak Nik Ya (penghantarbungaemas).
2. Dato’ Lela Perkasa Lundang.
3. TuanTabal.
Keempat-empat orang ini dibawa ke Bangkok sebagai tahanan selama tiga tahun. Apabila genab tiga tahun, tiga orang dihantar pulang ke Kota Bharu, tetapi Baginda Long Mansor dikatakan telah meninggal dunia semasa di dalam tahanan kerana penyakit “orang baik” (barah) dan dikebumikan di Bangkok (ditanam di dalam selut). Sebenarnya Baginda Long Mansor mati dibunuh dan hal ini diceritakan oleh Tok Kancil, iaitu pengawal peribadinya yang bersama-sama baginda semasa dalam tahanan di Bangkok. Menurut ceritanya, kepala baginda disimpan dalam muzium di Bangkok sehingga ke hari ini, bersama-sama dengan kepala Tuan Lebih iaitu Raja Reman.
KOMEN
Berdasarkan catatan ini jelas bahawa Datuk Bahaman tidak mati dibunuh oleh Siam (atas arahan British)...beliau dikatakan muncul semula "lewat" kemunculan Mat Kilau....walaubagaimanapun kumunculan Datuk Bahaman (Tok Guru Peramu) tidak diiktiraf kerajaan khususnya kerajaan Pahang dipercayai atas sebab-sebab berkaitan dengan "tahta" Kesultanan Pahang....lagipun "Tok Guru Peramu" juga enggan mengaku bahawa beliaulah Datuk Bahaman...jadi kisahnya kemudiannya lenyap begitu sahaja.
Tok Gajah, merupakan individu yang pada mulanya menentang Orang Kaya Haji (mati dibunuh 1889) kerana tidak menyokong Inggeris tetapi kemudian Tok Gajah pula menjadi menentang yang hebat bersama Datuk Bahaman apabila kuasa dan kegiatan ekonominya agak tergugat. Dalam catatan Abdul Talib bin Hj Ahmad berdasarkan cerita turun temurun seperti berikut:
Sa-telah selesai bermeshuarat orang besar itu pun mengajak Sultan Ahmad bersumpah meminum ayer Yasin dan Qur’an yang telah di-bacha mereka ditepi sungai Silan.
Maka sembah Dato’Gajah Dato’ Raja Jelai dan Dato’ Bahaman “ Jangan-lah Tuanku mungkir janji. Kalau mungkir janji nyawa padah-nya” Maka baginda dan orang besarnya pun bersumpah tidak akan mungkin janji” Peristiwa ini menunjukkan semua pembesar Pahang termasuk Sultan Ahmad mengadakan gerakan rahsia melawan Inggeris.
Selamat Menyambut Hari Merdeka.“Kalau orang tidak tahu sejarah, ia tidak akan faham masa kini, apalagi masa depan. Semua kesalahan yang kita lakukan selama ini terjadi kerana kita tidak tahu sejarah.” Pramoedya Ananta Toer
SELASA, 28 OKTOBER 2008Cebisan Sejarah PahangSultan Ahmad ibni Tun Ali
Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 Tok Raja Wan Muhamad bin Tok Raja Wan Idris (1827-1919) bersama anaknya Tok Raja Wan Chik dan seorang cucunya di Bukit Betong 1885
PERANG SAUDARA PAHANG 1857 -1863
Perang saudara di Pahang dibahagikan kepada kepada tiga peringkat, iaitu Peringkat Pertama, atau Perang Kemaman dalam tahun 1857M, Peringkat Kedua, atau Perang Endau & Kuantan dalam tahun 1861M, dan Peringkat Ketiga, atau Perang Temai yang berlaku pada awal tahun 1863M yang berakhir dengan tragedi kemangkatan Tun Mutahir dua beranak akibat luka parah di Kuala Sedili pada bulan Mei1863M.
Perang Peringkat Pertama (Perang Kemaman) dilancarkan pada tahun 1857M, hanya selang beberapa bulan sahaja selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali. Perang ini menggunakan kaedah tipu helah dan pertolongan Sultan Baginda Omar dari istana Terengganu. Sultan Baginda telah mengerahkan Orang Besarnya membantu Tun Ahmad jika tidak mahu dihukum bunuh. Bendahara Tun Mutahir pula mendapat surat dari istana Terengganu yang kononnya mengecam tindakan Tun Ahmad dalam persiapannya untuk melanggar Pahang. Pada masa yang sama British telah memaklumkan Sultan Trengganu bahawa baginda boleh masuk campur hal-ehwal Pahang dengan restu Inggeris . Sedangkan pihak Inggeris telah sekeras-kerasnya menghalang Temenggung Ibrahim, Temenggung Johor, iaitu sekutu kuat Tun Mutahir dari masuk campur dan perkara ini dimaklumkan jua didalam surat Inggeris ke Sultan Baginda Omar. Dengan restu senyap-senyap Inggeris Tun Ahmad mengumpul tenaga di Singapura.
Tun Mutahir yang merasa lapang dengan berita ini telah melonggarkan kawalan negeri serta menitahkan puteranya Tun Koris ke Singapura untuk berkahwin dengan puteri Temenggung Ibrahim Johor. Pemergian Tun Koris ditemani oleh adindanya Tun Aman dan Tun Da beserta beberapa orang pengikut. Semasa ketiadaan putera-putera Tun Mutahir, Tun Ahmad melanggar Pekan dan Gancung dalam masa beberapa hari sahaja. Banyak harta dapat dirampas termasuklah dari istana Gancung. Dalam peristiwa tersebut, Tun Ahmad sempat dilantik oleh orang Kemaman sebagai Bendahara Siwa Raja? tidak melalui adatnya. Kejadian ini berlaku hanya lebih kurang 5 bulan selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali pada tahun 1857M. Walaubagaimanapun, Pekan dan Gancong kemudiannya dapat ditawan semula sekembalinya putera-putera Tun Mutahir dari Singapura dan strategi mengusir Tun Ahmad dan para pengikutnya disusun dengan lebih kemas dan teratur. Pada tahap ini, kesemua rakyat Pahang beserta para pembesarnya berada di pihak Tun Mutahir.
Perang Peringkat Kedua (Perang Endau & Kuantan), berlaku dalam tahun 1861M. Kali ini ikhtiar Tun Ahmad untuk menawan Pahang mendapat sokongan dan dokongan dari salah seorang Orang Besar Berempat Pahang yang paling berpengaruh, iaitu Maharaja Perba dari Jelai yang bernama Tok Raja Wan Idris. Peristiwa Tok Raja berpaling tadah berpunca dari kemunculan Sultan Mahmud Syah Lingga yang baru dimakzulkan oleh Belanda dalam tahun 1857M. Sultan Mahmud yang pergi ke Pekan, Pahang dalam tahun 1858M telah disambut dengan penuh adat istiadat oleh Bendahara Tun Mutahir. Dalam waktu ziarah baginda ke Pekan, berlangsung 3 majlis perkahwinan, iaitu diantara baginda dengan puteri Tun Mutahir, antara putera Tun Mutahir dengan saudara perempuan Sultan Mahmud dan juga kemudiannya diantara seorang lagi puteri Tun Mutahir dengan putera Temenggung Johor ketika itu yang bernama Enche Wan Abu Bakar (kemudiannya menjadi Sultan Johor yang pertama dari darah Temenggung). Dalam tempuh ini tiada sebarang ura-ura yang menunjukkan bekas Sultan di Lingga itu menuntut Bendahara Tun Mutahir agar merajakan baginda di bumi Pahang. Kemudiannya Sultan Mahmud telah pergi ke daerah Jelai buat beberapa bulan lamanya, iaitu sebuah jajahan Maharaja Perba Tok Raja. Tok Raja merupakan ?de facto? raja bagi rakyat Jelai dan sangat dimulia dan dibesarkan oleh mereka.
Dari Jelai, terdengar khabar yang bergolak mengatakan Tok Raja berpaling sembah. Tidak berapa lama kemudian, Tok Raja dan puteranya Wan Muhammad telah mengiringi angkatan bekas Sultan Lingga itu kembali ke Pekan. Tun Mutahir yang mendapat khabar tentang tindakan Tok Raja mengubah kesetiaannya, tentang persiapan Tun Ahmad untuk melanggar Pahang buat kali kedua, serta mendapat surat dari British pula yang memberikan amaran keras kepadanya supaya jangan ?elindungi? Sultan Mahmud, dengan ancaman untuk menyerang Pahang, telah bersikap dingin sekembalinya Sultan Mahmud ke Pekan.
Sultan Mahmud kemudiannya berangkat ke Terengganu dengan diiringi oleh Tok Raja berserta puteranya Wan Muhammad untuk berjumpa dengan Sultan Baginda Omar, ayah saudara baginda. Selepas itu, Sultan Mahmud pergi menemui Tun Ahmad di Kemaman. Di sini, baginda telah memberikan restunya atas ikhtiar Tun Ahmad untuk menawan negeri Pahang dan menyuruh Tun Ahmad mengambil khidmat dari Tok Raja. Tidak berapa lama kemudian British membedil Kuala Trengganu kerana Sultan Mahmud dilindungi di Trengganu. Sultan Mahmud serta keluarganya lantas pergi ke Bangkok mencari bantuan.
Semasa ketiadaan Tok Raja dua beranak di Pahang, anakndanya yang bernama Wan Embong yang menjadi penggantinya sebagai ketua di jajahan Jelai telah mencetuskan suatu pemberontakan. Pemberontakan ini tercetus semasa ketiadaan Tun Mutahir (baginda berada di Dungun pada waktu itu), dan ada kena mengena dengan tindakan ayahnda dan saudara Wan Embong berpaling tadah kepada Tun Mutahir. Dalam pemberontakan tersebut, Wan Embong akhirnya dibunuh oleh para pengikut Tun Mutahir. Tok Raja yang mendapat perkhabaran mengenai kematian puteranya itu langsung bulat hatinya untuk membalas dendam dan bersedia mencurahkan segala tenaga dan kesetiaannya pada Tun Ahmad.
Suatu lagi peristiwa yang berlaku dalam tempuh terjadinya Perang Saudara Peringkat Kedua di Pahang, ialah buat pertama kalinya semenjak kemangkatan Tun Ali, timbul isu keujudan surat wasiat Al-Marhum, dimana Tun Ahmad mendakwa kekandanya melanggar amanat ayahnda mereka dalam surat wasiat tersebut. Gabenor Cavenagh yang mendapat maklumat mengenai isu surat wasiat tersebut telah bertindak berjumpa sendiri dengan Tun Mutahir bagi mendapatkan pengesahan baginda. Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri Engku Sayyid telah memaklumkan kepada Cavenagh bahawa surat wasiat tersebut sebenarnya merupakan suatu komplot salah seorang isteri Tun Ali. Beliau juga menegaskan bahawa Tun Ali telah sempat berwasiat kepada Tun Mutahir untuk mengusir Ahmad dari negeri Pahang kerana telah maklum akan siasahnya.
Dalam perjumpaan tersebut, Cavenagh telah meminta Tun Mutahir untuk ke meja rundingan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antaranya dengan Tun Ahmad.Cavenagh juga mendapat jaminan dari Tun Mutahir untuk memberikan sara hidup kepada Tun Ahmad walau apapun keputusan yang bakal dibuat dalam rundingan yang bakal diadakan itu. Tun Ahmad yang pada masa itu sedang terkepung di Kuantan telah berjaya meloloskan dirinya kerana kawalan keselamatan yang longgar (penumpuan keselamatan difokus pada Cavenagh dan pengikutnya). Surat perjanjian yang ditandatangani oleh Tun Mutahir mengenai hal kesediaan baginda ke meja rundingan telah dihantar kepada Tun Ahmad, namun surat tersebut ditolak bulat-bulat oleh Tun Ahmad, dan menegaskan bahawa ia akan tetap menawan Pahang samada hidup atau mati. Rundingan itu berlaku dalam Ahmad terkepung dan campurtangan pihak Britishlah yang melepaskan Ahmad.
Pada peringkat ini, Ahmad telah berjaya mendapat sokongan dan dokongan Maharaja Perba Tok Raja yang amat berpengaruh di daerah Ulu Pahang itu . Kesetiaan rakyat Jelai pada Tun Mutahir mula dicurigai kerana mereka lebih setia pada Tok Raja .Walaubagaimanapun Perang Saudara Peringkat Kedua tetap tidak memihak pada angkatan Tun Ahmad, walupun pada mulanya pihak Tun Mutahir menghadapi tentangan yang hebat darinya. Setelah terkepung, Tun Ahmad dan para pengikutnya berjaya meloloskan diri dan berundur kembali ke Terengganu, kemudian pergi menuju ke Kelantan dan berdiam diri di situ sehinggalah tercetusnya Perang Saudara Peringkat Ketiga dan yang terakhir.
Perang Saudara Peringkat Ketiga (Perang Temai), menyusul suatu kejadian pemberontakan yang dicetuskan pada awal tahun 1862M, oleh salah seorang kerabat Tok Raja (Wan Daud) yang ingin membalas dendam di atas kematian saudara sepupunya Wan Embong. Sebilangan rakyat di Ulu Pahang yang didenda oleh Tun Aman kerana mengkhianati Bendahara Tun Mutahir juga masuk ke kem Wan Daud. Bagaimanapun, bilangan mereka tidak banyak. Oleh itu, orang-orang Rawa (orang luar) seramai 400 orang telah diupah untuk melakukan pemberontakan di kawasan Ulu Pahang. Pemberontakan pada mulanya nampak berpihak pada Wan Daud dan para pengikutnya, tetapi kemudiannya dapat dicantas oleh angkatan Tun Mutahir. Wan Daud beserta orang-orangnya telah dapat dikepung
Susulan darinya, Wan Daud telah menghantar utusan pergi berjumpa dengan Tok Raja yang ketika itu bersama dengan Tun Ahmad di Kelantan bagi meminta pertolongannya. Tok Raja bersetuju untuk kembali membantu pemberontakan di Ulu Pahang dengan mendapat restu dari Tun Ahmad. Sekembalinya Tok Raja ke tanah jajahannya telah menaikkan semangat orang-orangnya yang terus membuat keputusan menyokong pendiriannya. Pemberontakan demi pemberontakan yang berlaku di Ulu Pahang akhirnya telah memihak kepada Tok Raja, beberapa daerah kecil jatuh ke tangan para pemberontak tersebut.. Dengan keyakinan baru, Tok Raja dengan para pengikutnya menjemput Tun Ahmad kembali ke Pahang. Sampai di Tembeling, Tun Ahmad telah disambut secara besara-besaran. Dalam tempuh beberapa bulan berikutnya, Tun Ahmad dengan dokongan Tok Raja serta rakyatnya di Ulu Pahang telah berjaya mengambil satu demi satu daerah Pahang.
Beberapa perkara yang terjadi dalam tempuh ini telah dilihat sebagai faktor yang merugikan pihak Tun Mutahir. Antara yang terbesar ialah sikap menantunya Temenggong Abu Bakar yang agresif dalam tindak-tanduknya membantu Tun Mutahir menangkis serangan dari kem Tun Ahmad dan Tok Raja. Dalam keadaan Tun Mutahir tersepit itu sekonyong-konyong British memberi restu kepada Temenggung Abu Bakar Johor iaitu putera Temenggung Ibrahim untuk masuk campur. Walhal Almarhum Temenggung Ibrahim dihalang sekeras-kerasnya. Berbanding dengan ayahandanya, Temenggung Abu Bakar lebih disenangi Inggeris. Bantuan Temenggung Abu Bakar itu bukanlah percuma walaupun Tun Mutahir itu mertuanya. Tun Mutahir terpaksa menerima kerana hanya Johor sanggup membantu memandangkan seluruh Tanah Melayu ketika itu bergolak dengan hebat.
Temenggung Abu Bakar telah membuat suatu pengisytiharan bahawa ?ahang telah diamanahkan di bawah jagaannya?, atau seperti kenyataannya kepada beberapa pemerintah di Tanah Melayu bahawa ?udah terserah negeri Pahang itu kepada Seri Paduka anaknda jahat baiknya?. Temenggung Abu Bakar juga menawarkan hadiah bernilai $500 pada sesiapa yang dapat membunuh Tun Ahmad. Malangnya, sikap agresif yang ditunjukkan oleh Temenggung Abu Bakar telah menimbulkan kemarahan para pembesar tempatan di Pahang yang melihat tindakan baginda sebagai suatu campurtangan dari orang luar yang cuba mengambil alih kekuasaan dari mereka dalam urusan perang saudara di Pahang itu. Gabungan angkatan perang Temenggung Abu Bakar dari Rembau, Perak, Muar, dari tempat-tempat lain dan askar-askar upahan Bugis juga telah menyebabkan Orang-Orang Besar Pahang mula merasa tergugat dan terpinggir.
Pihak Tun Ahmad cepat-cepat mengambil kesempatan dari sini untuk mengisytiharkan ?perang sabil? dengan teriakan; ?kerana wajib mempertahankan orang yang mahu membinasakan negeri kita.? Susulan darinya, rakyat Pahang mula berpecah, ada yang masih setia kepada Tun Mutahir, namun ada yang mengalih sokongan kepada pihak Tun Ahmad. Kini perang saudara tidak lagi dilihat sebagai perang antara adik beradik, tetapi menjadi perang diantara orang Pahang dengan ?orang luar?. Malangnya ?orang luar? ini dilihat sebagai pendokong utama kepada Bendahara Tun Mutahir, maka bagindalah yang menjadi mangsa keadaan. Selepas Maharaja Perba, Orang Kaya Temerloh dan Orang Kaya Lipis pula berpaling tadah. Hanya Orang Kaya Chenor dan Orang Kaya Syahbandar sahaja yang masih setia kepada Tun Mutahir.
Muslihat British yang terus menerus membiarkan orang Jelai dan angkatan Tun Ahmad dari Kemaman melakukan pemberontakan dan menghuru-harakan negeri Pahang untuk beberapa bulan lamanya telah juga membantu ?erjuangan? Tun Ahmad untuk menawan bumi Pahang. Akhirnya, Tun Mutahir dan anakndanya Bendahara Muda Tun Koris mangkat semasa baginda sedang berundur di Kuala Sedili dan terus dibawa ke Johor dan dimakamkan di Tanjung Puteri.
Raja Bendahara Tun Abdul Rahman menyambung perjuangan
Dalam keadaan yang menyedihkan ini putera Tun Mutahir iaitu Tun Aman (Abdul Rahman) diangkat oleh Orang-Orang Kaya dipimpin oleh Orang Kaya Syahbandar sebagai Raja Bendahara Seri Maharaja , mengambil gelaran Almarhum ayahandanya serta meneruskan perjuangan Al-Marhum ayahandanya .Baginda dilantik dengan beradat menurut tradisi Bendahara-Bendahara dan Raja-Raja. Perjuangan Al-Marhum Tun Mutahir Tun Ali diteruskan oleh anakndanya Tun atau Engku Abdul Rahman (Wan Aman) sebagai Raja Bendahara Seri Maharaja , Engku Da (Wan Da) dan Engku Abdullah (Wan Abdullah). Tun Abdul Rahman yang dilantik sebagai Bendahara Seri Maharaja selepas kemangkatan ayahnda serta kekandanya Tun Koris telah bekerja keras bersama kedua-dua adindanya selama beberapa tahun untuk menuntut kembali teraju pemerintahan negeri Pahang. Malangnya, takdir tidak berpihak kepada mereka.
Buku-buku sejarah yang memperincikan perjuangan Tun Abdul Rahman telah mencatatkan bahawa Sultan Abu Bakar Johor, yang pada asalnya bergelar Temenggung telah memerintahkannya menolong dalam perang saudara di Selangor serta mencari pengaruh dan bantuan dalam ikhtiarnya untuk merampas kembali kekuasaan dari bendahara Tun Ahmad. Kali terakhir catatan mengenai Tun Abdul Rahman emperihalkan peristiwa dimana ia ditawan oleh Sayyid Mashur di Kelang iaitu dalam tahun 1871M. Adinda Tun Abdul Rahman yang bernama Tun Da itu kemudiannya dikatakan berbaik semula dengan Bendahara Tun Ahmad dan kembali semula bermastautin di Pahang. Keturunannya dikatakan masih berkembang biak diTembeling.
Itulah serba ringkasnya sejarah sebenar peristiwa perang saudara di Pahang. Akhirnya, diharapkan semoga pensejarahan ini berupaya membuka lembaran baru dalam pengkisahan-pengkisahan sejarah perang saudara di Pahang yang lebih neutral, seimbang dan realistik. Semoga pengkaji-pengkaji sejarah Pahang di masa-masa akan datang dapat berlaku adil dalam menelusi sejarah sebenar Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali
Perang ini juga melibatkan orang-orang Lipis di Hulu Jelai, apabila Tok Raja yang berpengaruh pada mulanya memihak kepada Tun Mutahir berpaling sembah kepada Tun Ahmad yang telah menjadi Sultan Pahang Pertama. Salah satu bait syair oleh Suzana M. Osman
Tok Raja, Maharaja Perba,
Jajahan Jelai, bawah perintahnya,
Bila Tok Raja ubah setia,
Rakyat Jelai, rela turutnya.
Tembeling diambil, oleh Tok Raja,
Upah membantu, hai orang Rawa,
Ahmad dipanggil, bila berjaya,
Diangkat orang, lalu diraja.
Cerita ini adalah dari pihak keluarga Tun Mutahir. iaitu dari buku 'Mencari Sejarah Yang Hilang'. oleh : Suzana M.Osman“Kalau orang tidak tahu sejarah, ia tidak akan faham masa kini, apalagi masa depan. Semua kesalahan yang kita lakukan selama ini terjadi kerana kita tidak tahu sejarah.” Pramoedya Ananta Toer
SABTU, 12 JULAI 2008Tok Raja Wan Muhamad bin Tok Raja Wan Idris
Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 Tok Raja Wan Muhamad bin Tok Raja Wan Idris (1827-1919) bersama anaknya Tok Raja Wan Chik dan seorang cucunya di Bukit Betong 1885.Era pemerintahan beliau merupakan zaman kegemilangan intitusi Maharaja Perba Jelai dan kepentingan beliau jelas di dalam peristiwa menaikkan Tun Ahmad ke takhta Kerajaan Pahang pada tahun 1863, penglibatan Pahang dalam perang Selangor dari 1872-1873 dan Perang Bahaman dari 1891-1895 dalam keadaaan tertentu beliau dipandang sinis oleh banyak pihak.
Rujuk:
Bingkisan Sejarah Raub, Rao dan Pagaruyung: Pertalian dengan Raub dan Pahang oleh Zaffuan Haji Manap. hlm 14. Foto Arkib Negara MalaysiaSejarah Orang Kaya Haji di Kuala Lipis
Pada tahun 1803M (1224H), Wan Pahang bin Tun Wok ( Wan Muhammad b. Tun Abdul Latif, Maharaja Perba Jelai I ) telah dikahwinkan oleh Sultan Johor-Linggi (Sultan Abdul Jalil) dengan Tok Meriam (Nama sebenar beliau mungkin Tun Mariam iaitu anak Yam Dipertuan Daing Celak). Hasil perkahwinan tersebut, antara tahun 1804 dan 1805 lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama Wan Daud b. Wan Pahang. Tinggalah beliau di Pahang untuk beberapa ketika.
Apabila beliau telah meningkat dewasa beliau telah dihantar ke Riau untuk mendalami ilmu agama daripada Imam Bonjor selama 20 tahun. Ini adalah sebagai persiapan menggantikan ayahanda beliau selaku Seri Maharaja Perba Jelai pemegang hukum syarak di samping Wan Ideris bin Tun Wok, Indera Mahajara Perba Jelai pemegang hukum adat. Pada penghujung tahun 1840-an atau awal tahun 1850-an, Wan Daud kembali dari Riau untuk menggantikan ayahanda beliau menjaga Kuala Kuantan. Semasa beliau di Kuala Kuantan, beliau telah menjadi Kepala Perang kepada 70 kepala tentera, beliau turut dikenali sebagai “Tok Daud 7 Lapis”. Beliau hidup sederhana walaupun memiliki lombong emas di Bukit Selingsing. Justeru sifat pemurah dan dermawan beliau terutama kepada mereka yang akan berlepas ke Tanah Suci Mekah, beliau diberi gelaran Orang Kaya Haji।Era Perang Saudara Pahang 1857 -1863Di era 1850-an Pahang dilanda Perang Saudara antara Tun Ahmad dan Tun Mutahir atas pertelingkahan merebut jawatan Bendahara Siwa Raja selepas kemangkatan ayahanda mereka Bendahara Siwa Raja Tun Ali.
Pada penghujung tahun 1850-an, Perang Saudara antara Wan Ahmad (Tun Ahmad) dengan Wan Mutahir (Tun Mutahir) masih berlarutan. Wan Daud pada awalnya tidak menyertai perang berkenaan. Beliau menganggap bahawa perebutan jawatan berkenaan telah diselesaikan bersama Sultan Abu Bakar Johor apabila jawatan Bendahara Siwa Raja diserahkan kepada Wan Mutahir dengan syarat dilantik Wan Ahmad sebagai Bendahara Muda selepas beliau.
Wan Daud hanya menyertai perang pada penghujung 1850-an atau awal 1860-an apabila berlaku pembunuhan terhadap bapa saudara sepupu beliau iaitu Wan Embung bin Tun Muhammad bin Tun Abdul Latif oleh salah seorang pengikut Tun Mutahir. Kepala jenazah Wan Embung telah dipancung dan diwar-warkan sebagai penderhaka. Di samping itu, rakyat di Tanah Hulu didenda 4 mayam emas atau anak isteri dirampas dan dijadikan tebusan.Rentetan itu , Wan Daud telah menyebelahi pasukan Wan Ahmad yang turut disertai oleh pasukan bapa saudara beliau Wan Ideris bin Wan Muhammad (Tun Wok) dan sepupu beliau Wan Muhammad bin Wan Ideris yang ketika itu bergelar Orang Kaya Setia Muda.
Pada tahun 1863, Perang Saudara pun tamat di mana pihak Tun Ahmad telah memenangi perang berkenaan. Atas sumbangan beliau dalam perang berkenaan pada 27 Disember 1863, Wan Daud bin Wan Pahang diberi gelaran Seri Maharaja Setia Raja dengan anugerah air Lipis cucur ke Lipis hingga ke puncak air meleleh melalui watikah kurnia Bendahara Siwa Raja. Perlantikan ini telah diperkenankan oleh Sultan Abu Bakar Johor.Wan Muhamad (Tok Raja) pula orang besar berempat telah melantik secara rasmi Sultan Ahmad Menjadi Sultan Pahang. Atas pelantikan itu beliau telah mendapat keistimewaan mengunakan chop mohor resmi yang tertera “Maharaja Perba Jelai Al- Wakil Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah “Kedatangan Inggeris di LipisPada bulan Februari 1888 telah berlaku satu peristiwa yang tidak disangka-sangka berhampiran dengan istana di Pekan iaitu pembunuhan ke atas Goh Hui, seorang berbangsa Cina. Pihak Inggeris telah memberikan perhatian yang sungguh serius terhadap peristiwa ini dan mendakwa bahawa mangsa pembunuhan itu adalah seorang rakyat Inggeris, dan telah menuntut gantirugi dan mendakwa Sultan Ahmad bertanggungjawab di atas pembunuhannya. Inggeris juga telah meminta supaya wakil Inggeris di Pahang dinaikkan tarafnya sebagai Residen untuk menjaga dan menjamin keselamatan rakyat Inggeris di Pahang
Selepas itu J.P Rodger telah menjadi Residen di Pahang, beliau telah bercadang hendak hendak memindah pusat pentadbiran dari pekan Ke Kuala Lipis. J.P Rodger berharap dengan jalan itu maka dapatlah Hulu Pahang yang banyak mengeluarkan emas, dijaga lebih sempurna, lagi pula Kuala Lipis Kuala Lipis lebih dekat dengan Kuala Lumpur berbanding dengan Pekan.Dengan situasi tersebut menyebabkan kedudukan orang kaya haji di Kuala Lipis mula terancam dan amat tidak disenangi oleh beliau termasuk orang besar di Hulu Pahang kerana susah bagi mereka menjalankan kerja biasa seperti mengutip cukai dan sebagainya.Walaupun Orang Kaya Haji tidak bersetuju dengan cadangan itu akan tetapi W.C Michell berusaha dan berjaya mendapat persetujuan dari anak-anak beliau yang diketuai oleh Wan Lingga yang bersetuju menerima bayaran sebanyak RM 200.00 sebagai harga tanah kepunyaan bapanya. Perbuatan yang dilakukan oleh anak-anaknya itu menambah kemarahan Orang kaya Haji hinggakan dia jadi seolah-olah seperti orang gila.Disebabkan takut terjadi sesuatu yang tidak diingini pihak Inggeris telah meminta jasa baik Orang Kaya Indera Perba Jelai (Tok Raja) dan Orang Kaya Indera Setia Raja Gajah Pahang untuk menyelesaikan masalah tersebut.Dalam perundingan itu, setelah puas Tok Raja mengeluarkan berbagai hujah untuk memujuk dan mengantikan tanah yang diambil tetapi beliau masih berkeras dengan pendiriannya dan berkata ”pantang tarik puntung, sebelum padam nyala”. Dengan gagal rundingan tersebut menyebabkan Inggeris menyimpan dendam.Selepas itu, usaha Inggeris itu berjaya juga Orang Kaya Haji terpaksa juga akur dan beliau dalam keadaan dukacita telah membina rumah kediaman baru di Budu bagi menggantikan tapak rumah beliau di Kuala Lipis yang dicadangkan untuk dijadikan ibu Negeri Pahang. Dimaklumkan bahawa sekiranya ibu negeri ditukarkan ke tempat lain, maka hak pusaka di Kuala Lipis hendaklah dikembalikan kepada pewarisnya. Beliau membina sebuah rumah baru di Kampong Tanjung Tualang, Budu yang dikenali sebagai Rumah Gedang. Wan Daud juga dikatakan telah pergi bersama Tok Teh ke Johor menemui Sultan Abu Bakar di Istana Johor (Muzium Negeri Johor Sekarang) untuk menyerahkan surat persetujuan beliau dengan pihak Inggeris.Apabila rumah berkenaan siap, beliau pulang ke Kuala Lipis untuk membuat persiapan berpindah ke rumah baru tersebut. Beliau meminta penduduk kampung untuk membantu beliau membawa segala kelengkapan, peralatan dan barangan beliau berpindah ke Budu. Peristiwa ini berlaku di sekitar penghujung tahun 1888 atau awal tahun 1889.
Tindakan mengumpul penduduk kampung ini telah digunakan untuk memfitnah beliau yang kononnya sedang mengumpul tentera dan penduduk kampung untuk menyerang Pekan. Kesempatan ini telah digunakan untuk membunuh Wan Daud Seri Maharaja Setia Raja yang kononnya atas arahan Baginda Sultan. Beliau difitnah sebagai gila, hilang akal, mengamuk dan mesti ditembak mati. Inilah yang dirakam oleh buku sejarah kita seperti yang diungkap dalam buku Sejarah Pahang karangan Haji Buyong b. Adil.Kesudahannya, Orang Kaya Haji ditembak mati dihadapan rumahnya pada tahun 1889 dengan tiga das tembakan. pertama di buku lali, kedua di peha dan ketiga di dahi lalu rebah, Wan Muhammad menerpa dan memangku beliau. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, beliau sempat berpesan kepada Wan Muhammad, “sekiranya aku meninggal, janganlah engkau kuburkan aku di Bukit Betong, kuburkanlah aku berdekatan kubur guruku di Tanjung Rambai”.Sesudah melafazkan kata-kata tersebut, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia lebih kurang 84 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanjung Rambai, di sebelah kanan hilir Sungai Lipis lebih kurang 2.5 batu dari kawasan rumahnya di tanjung sebelah kiri di Kuala Lipis.Gugurlah seorang pahlawan yang setia kepada Raja dan sentiasa sedia membela agama, bangsa dan tanah air. Bersemadilah beliau di sana sebagaimana amanat sebelum kemangkatan beliau.Dengan terbunuhnya Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang (Orang Kaya Haji) dalam tahun 1889 itu matilah hulubalang Pahang yang pertama menentang campur tangan Inggeris di Pahang. Jang Aisjah Muttalib di dalam bukunya berjudul ”Pemberontakan Pahang 1898 -1895” 1972 menulis diantarannya seperti berikut:”Walaupun perlawanan Orang Kaya Haji adalah satu perlawanan seorang gila tetapi perlawanan itu dilakukan terhadap Ingggeris yang menceroboh mengganggu haknya”Pembunuhan ke atas Orang Kaya Haji amat mendukacitakan Sultan Ahmad. Berhubung dengan perkara itu W. Linehan di dalam sejarah Pahang menulis seperti berikut:”The Sultan was deeply distressed at the death of cheif who had been one of his most staunch adherents in the past and in after- years when it was suggested that the capital of Pahang should be changed to a more suitable site, Ahmad declared that he would never agree to the abandonment of Kuala Lipis as ground had been hallowed by blood-shed”Perpindahan ibu negeri Pahang dari Pekan ke Kuala Lipis merupakan satu malapetaka kepada Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang (Orang Kayu Haji) serta keturunannya. Pada hari ini yang tinggal hanya Sek Men Orang Kaya Haji bagi mengenang jasa beliau di bumi Lipis. PercaturanInggeris yang licik tidak mampu ditahan oleh Sultan Ahmad kerana semua negeri melayu pada masa itu menerima nasib yang serupa. Pada tahun 1955 Kuala Lipis sebagai ibu negeri ditukar pula ke Kuantan.RujukanAsal Usul Nama Tempat di Negeri Pahang - Dato’ Hj Zakaria bin Hitamorangkayahaji.blogspot.com - Wan Jamaludin bin Wan BidinInstitusi Bendahara Permata Melayu Yang Hilang - (Tun) Suzana (Tun ) Hj Othman
Anda mungkin juga meminati:Di sebalik cerita Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang 1888Cebisan Sejarah PahangSatu Cerita Sejarah di LipisTok Raja Wan Ali bin Wan Chik bertandang sejenak dikampung ...LinkWithin“Kalau orang tidak tahu sejarah, ia tidak akan faham masa kini, apalagi masa depan. Semua kesalahan yang kita lakukan selama ini terjadi kerana kita tidak tahu sejarah.” Pramoedya Ananta Toer
KHAMIS, 6 OGOS 2009Satu Cerita Sejarah di Lipis
Pada masa “Perang – Saudara 1857-1863’ suatu kejadian yang amat bersejarah berlaku di hutan Pertang Mukim Gua, Lipis. Perkara itu bermula dengan perbalahan di antara Panglima Kiri Wan Embong anak Orang Kaya Maharaja Perba Jelai Wan Ideris dengan Panglima Raja Mat Ali, Teh.Sungguhpun perbalahan itu adalah secara peribadi sahaja, akan tetapi Panglima Raja Mat Ali telah melaporkan kepada Bendahara Tun Mutahir bahawa Wan Embong hendak menderhaka. Encik Engku Aman anak Bendahara yakin akan apa yang disampaikan oleh Panglima Raja Mat Ali itu.Penulis hikayat Pahang menyatakan keyakinan engku Aman itu “kerana sudah janji negeri hendak rosak dan raja hendak turun kerajaan” Dengan tidak usul periksa lagi Tun Mutahir mengarahkan supapaya Wan Embong di bunuh.
Setelah mendapat arahan dari Bendahara Tun Mutahir maka berusahalah pengikut-pengikut Bendahara mencari Wan Embnong. Wan Embong tidak berniat hendak derhaka kepada Bendahara Tun Mutahir sebab itu dia melarikan diri. Dia bersembunyi di hutan kampung Pertang. Tempat dia bersembunyi di ketahui oleh orang dan dia mati ditembak oleh Mat Seh.
Kematian Wan Embong ini adalah punca yang menyebabkan tewasnya Bendahara Tun Mutahir.Ini adalah kerana dengan kematian Wan Embong anak kepada Maharaja Perba Jelai Wan Ideris itu maka pembesar-pembesar Hulu Pahang dengan sebulat suara menyebelahi Tun Ahmad (sultan).
Di bawah ini ditekankan apa yang dirakamkan oleh Dr W. Linehan dalam Sejarah Pahang, JMBRAS. Vol XIV.pt II 1936:
“The fate of his eldest son (Wan Embong) finally determined to To’ Raja adherence to the cause of Wan (Tun ) Ahmad who, but for that support, would never have able to conquer Pahang”.
Mengikut tulisan (Tun) Suzana bt (Tun) M. Osman : Tok Raja Wan Muhamad yang telah melantik Tun Ahmad menjadi Sultan Pahang pertama pada tahun 1882. Sebagai balasan, sultan telahmenganugerah beliau sebagai Maharaja Perba Jelai yang baharu dan mendapat keistimewaan mengunakan chop mohor rasmi yang tertera “ Maharaja Perba Al-wakil Sultan Ahmad Al- Muadzam Shah”
Inggeris terpaksa mengiktiraf Sultan Ahmad menjadi sultan pada tahun 1887 kerana ingin mengujudkan system residen bagi mengantikan system pentadbiran tradisi orang-orang melayu, perkara tersebut menjadi kenyataan pada tahun 1888. Pada tahun 1889 satu peristiwa besar berlaku lagi di Lipis apabila seorang yang sangat setia kepada sultan berjuang mempertahankan haknya di Lipis telah mati ditembak mati dengan mengunakan ‘peluru emas’ oleh Inggeris. Berbagai versi cerita daripada peristiwa tersebut. - sekian
Rujuk:
- Asal Usul Nana Tempat Bersejarah Negeri Pahang oleh Dato’ Haji Zakaria bin Hitam hlm 76-77
- orangkayahaji.blogspot.com oleh Wan Jamaludin bin Wan Bidin
- Institusi Bendahara Permata Melayu Yang Hilang oleh (Tun) Suzana bt (Tun ) Hj M.Othman
-Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1880 – 1930
Oleh Prof Madya Dr Muhamad Yusoff Hashim, Dr Aruna Gopinath
- Yang Berkenaan
Anda mungkin juga meminati:Cebisan Sejarah PahangSejarah Orang Kaya Haji di Kuala LipisSalasilah Orang Lipis berasal dari...?Di sebalik cerita Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang 1888LinkWithinDicatat oleh zaini di 7:01 PTG
FOLLOWERS