KUALA LUMPUR SIAPA PUNYA?
Mohamed Azli bin Mohamed Azizi
Gelar Sutan Mugal Nasution B. Ed (Tesl)
EPISOD 1
PEMBUKAAN KUALA LUMPUR
Namora Pande Bosi
Kuala Lumpur ataupun ‘Muara Bustak’ di dalam bahasa Mandailing adalah ibu negara Malaysia. Ramai yang ingin tahu tentang bagaimana Bandaraya Kuala Lumpur dibuka dan sejarah awal mengenainya. Pelbagai versi tentang sejarah awal Kuala Lumpur telah dikemukakan dan pelbagai pendapat telah menjadi topik perbincangan, namun belum ada sesiapapun yang dapat membuktikan siapa sebenarnya yang membuka Kuala Lumpur.
Ada sesetengah pendapat yang menonjolkan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy sebagai pembuka Kuala Lumpur tanpa mengambilkira bahawa Yap Ah Loy sebenarnya merupakan Kapitan Cina yang ketiga di Kuala Lumpur dan bukannya Kapitan Cina yang pertama. Kapitan Cina yang pertama di Kuala Lumpur adalah Hiew Siew yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1861 dan Kapitan Cina yang kedua adalah Liew Ngim Kong yang dilantik pada tahun 1862.
Jelas sekali jika Yap Ah Loy yang datang pada 1862 dan hanya menjadi Kapitan Cina yang ketiga di Kuala Lumpur pada 1868, maka dia bukanlah orang pertama yang memimpin masyarakat Cina di Kuala Lumpur. Justeru itu adalah tidak logik sama sekali jika Yap Ah Loy dianggap sebagai pembuka Kuala Lumpur sedangkan pada masa itu sudah ada masyarakat tempatan yang telah lama bermastautin di tempat pertemuan dua sungai tersebut.
Jika Yap Ah Loy bukan merupakan orang yang membuka Kuala Lumpur, apakah Hiew Siew sebagai Kapitan Cina yang pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1861 boleh dianggap sebagai pembuka Kuala Lumpur? Sedangkan Hiew Siew datang ke Kuala Lumpur pada tahun tersebut atas undangan dari seorang ketua masyarakat Mandailing bernama Sutan Naposo @ Sutan Puasa yang juga merupakan seorang penguasa tempatan dan Waris Negeri di situ. Oleh yang demikian dia bukanlah orang pertama yang tiba dan memulakan penempatan di Kuala Lumpur. Seperti orang-orang Cina lain yang datang ke Kuala Lumpur kemudiannya, dia juga menyewa tanah perlombongan dari Sutan Naposo.
Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa Kuala Lumpur itu dibuka oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar yang membeli tanah perlombongan Ampang dan memulakan aktiviti perlombongan di Ampang pada 1857. Sebenarnya itu juga tidak tepat kerana dia juga bukan orang pertama yang tiba dan memulakan penempatan di Kuala Lumpur. Raja Abdullah datang ke Kuala Lumpur bagi memulakan aktiviti perlombongan bijih timah setelah dia mendapat tahu terdapat usaha melombong dan mendulang bijih timah yang sangat menguntungkan di sana. Dengan ertikata lain, sudah ada satu masyarakat tempatan dan penduduk setempat di Kuala Lumpur yang bergiat di dalam perusahaan melombong bijih timah sebelum kedatangan beliau.
Raja Abdullah datang ke Ampang pada 1857 untuk membeli tanah perlombongan di kawasan tersebut lalu memulakan aktiviti perlombongan bijih timah tersebut dengan usahasama dan bantuan kewangan dari 2 orang jutawan Cina yang bernama Chee Yam Chuan dan Lim Say Hoe dari Melaka yang pada masa itu merupakan sebahagian daripada Negeri-negeri Selat Inggeris. Kedua-dua taukeh Cina ini mempergunakan Raja Abdullah untuk membeli kawasan perlombongan itu bagi menembusi pasaran perlombongan bijih timah yang sedia ada di kawasan tersebut. Lantaran itu atas usahasama berbentuk Ali-Baba ini, Raja Abdullah telah meminjam wang sebanyak $30,000.00 bagi membeli dan memulakan aktiviti perlombongan di Ampang pada masa itu.
Jumlah tersebut pada masa itu adalah sangat banyak jika dibandingkan dengan perbelanjaan membuka sebuah kawasan perlombongan. Perbandingan ini dapat dilihat apabila pada masa yang lebih kurang sama Chin Ah Chan telah menjual sebuah kawasan perlombongan di Kanching dengan harga $3000.00. Ini bererti Raja Abdullah telah membelanjakan wang sebanyak 10 kali ganda daripada Chin Ah Chan yang mengusahakan lombong di Kanching. Apakah penjelasan yang munasabah bagi Raja Abdullah membelanjakan wang sejumlah $30,000.00 untuk membuka sebuah lombong di Ampang pada masa itu? Sesiapa juga dapat meneka bahawa Raja Abdullah tidaklah sekadar membuka kawasan melombong yang baru, tetapi sebaliknya telah membeli sebuah lombong yang telah lama diusahakan oleh pihak tertentu. Persoalannya, daripada siapakah kawasan melombong tersebut dibeli oleh Raja Abdullah?
Jelas bahawa Raja Abdullah bukanlah orang pertama yang datang membuka penempatan baru di Kuala Lumpur. Jauh sebelum kedatangan Raja Abdullah ke Ampang, telah wujud kegiatan perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur. Kegiatan melombong bijih timah di muara Sungai Gombak dan Sungai Kelang inilah yang menyebabkan muara tersebut dipenuhi dengan lumpur lalu kawasan perlombongan dan penempatan tersebut dinamakan Kuala Lumpur atau Muara Bustak di dalam bahasa Mandailing yang membawa maksud kuala sungai yang airnya dipenuhi dengan lumpur. Siapakah sebenar yang merupakan tokoh yang membuka Kuala Lumpur?
KEDATANGAN SUTAN NAPOSO @ SUTAN PUASA ‘The economic disruption caused by the war no doubt stimulated movements of people within and out of Mandailing and Mandailing migration to Malaya may have started in this period.’ (4) – Tugby.
Pada tahun 1816, seluruh Tanah Mandailing diserang dan ditakluki oleh angkatan Padri dari Tanah Minangkabau. Apabila disebut Padri, ada yang mendakwa kononnya mereka ini pejuang-pejuang Kristian disebabkan mereka memakai serban dan jubah berwarna putih. Lantaran itu kumpulan Padri ini disamakan dengan pendeta-pendeta Kristian. Namun sebenarnya mereka ini adalah pejuang-pejuang Islam di bawah pimpinan Tuanku Imam Bonjol @ Peto Sharif @ Malim Besar @ Muhammad Shahab bin Rajanudin.
Pada masa itu perkataan Padri tidak wujud dan tidak membawa sebarang maksud di dalam bahasa Melayu, Minangkabau, Siak, Riau, Rawa ataupun Mandailing. Perkataan Padri pada masa itu tidak membawa sebarang pengertian yang berkaitan dengan pendeta-pendeta Kristian.
Padri yang dimaksudkan di sini adalah sekumpulan pejuang-pejuang Islam dari satu kawasan yang dinamakan Piduri di Tanah Minangkabau yang mahu melakukan reformasi radikal ke atas semua orang Islam yang semakin longgar pegangan agamanya pada masa itu serta mengislamkan secara paksa orang-orang yang bukan Islam di Tanah Besar Sumatera. Angkatan perang ini ditubuhkan dan dipimpin oleh Tuanku Imam Bonjol yang dibantu oleh 8 orang panglima perang asas yang digelar sebagai Harimau Nan Salapan. Lain-lain ketua pasukan Padri ini diberikan gelaran Tuanku yang bermaksud Tuan Guru dan Panglima Perang.
‘The Padris were members of an Islamic revivalist movement initiated in Menangkabau just south of Mandailing in Sumatra by religious teachers who had visited Mecca. The Padri armies went northwest into Mandailing with the object of converting the population to Islam.’ (146) - Tugby.
Pada sekitar tahun 1816, satu pasukan perang Padri di bawah pimpinan Tuanku Rao @ Fakeh Muhammad telah menyerang Tanah Mandailing melalui Muara Sipongi untuk mengislamkan seluruh penduduk Tanah Mandailing yang pada masa itu masih menganut agama campuran Parbegu dan Buddha Tua. Namun serangan pertama itu tidak mendapat kejayaan yang besar. Setelah datangnya bantuan pasukan perang pimpinan Tuanku Tambusai @ Fakeh Salleh @ Haji Muhammad Salleh, barulah seluruh Tanah Mandailing ditumpaskan dan ditakluki dengan mudah.
‘During the Padri wars and the following period of Islamic proselytization, the Mandailings were provided with new motives for trade and travel.’ (17) – Tugby.
Kedatangan angkatan perang Padri ini telah membawa 3 faktor penting perubahan di dalam kehidupan masyarakat orang-orang Mandailing;
a. peperangan, kemusnahan dan huru-hara di dalam kehidupan masyarakat petani Mandailing yang selama ini hidup aman damai di Tanah Mandailing. Keadaan ini kemudiannya mendesak orang-orang Mandailing meninggalkan kampung halaman masing-masing dan berhijrah ke tempat-tempat lain.
b. di samping keadaan yang tidak menentu itu, satu perkara yang perlu diterima dengan penuh kesyukuran adalah orang-orang Mandailing telah berjaya diislamkan walaupun di hujung pedang. Dengan pengislaman orang-orang Mandailing, maka terbitlah sinar kebenaran Islam yang menyerlah di Tanah Mandailing. Justeru itu serangan Padri itu merupakan satu hikmah dan rahmat kepada seluruh masyarakat Mandailing.
c. serangan angkatan Padri telah memaksa raja-raja adat dan golongan masyarakat adat yang tidak tahan melihat keganasan dan kekejaman pasukan Padri pimpinan Tuanku Rao dan Tuanku Tambusai lalu mengundang campurtangan Belanda. Belanda yang pada mulanya datang sebagai penyelamat kepada orang-orang Mandailing pada masa itu bertukar menjadi sebuah kuasa penakluk dan penindas kepada masyarakat tani di Tanah Mandailing pada akhirnya. Sistem rodi atau buruh paksaan, sistem pungutan tol di jalanraya dan cukai kepala yang digunakan oleh Belanda merupakan satu penindasan yang berlarutan yang memaksa orang-orang Mandailing untuk berhijrah ke tempat lain termasuklah ke Tanah Melayu.
‘The Mandailing area was economically upset by the war and some parts of it had already reached their human carrying capacity.’ (18) – Tugby.
Sutan Naposo atau lebih dikenali sebagai Sutan Puasa merupakan seorang anak Mandailing bermarga Lubis yang berasal dari Huta Tobang yang merupakan sebuah kampung kecil di Mandailing Julu. Semasa kedatangan angkatan perang Padri, keluarga Sutan Naposo yang tidak tahan melihat keganasan dan kekejaman yang berlaku ke atas kaum keluarga mereka telah membawa Sutan Naposo berhijrah ke Kelang di Tanah Melayu.
Setibanya di Kelang, kaum keluarga beliau cuba menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan. Lantaran itu mereka telah memeluk agama Islam.
Kelang pada masa itu telahpun terkenal di seluruh Nusantara. Nama Kelang itu sendiri berasal dari bahasa Minang iaitu ‘Kolang’ yang bermaksud tarikan perantau. Sememangnya sejak kurun ke 18, Kelang telah menjadi tempat persinggahan orang-orang dari Sumatera sebelum berhijrah ke tempat-tempat lain.
Setelah tinggal beberapa lama di Kelang, keluarga Sutan Naposo mendapati walaupun tidak berlaku peperangan di Kelang, namun nasib kehidupan mereka masih terumbang-ambing kerana sistem feudal pada masa itu lebih memihak kepada pihak bangsawan yang boleh melakukan apa sahaja terhadap hamba rakyat di bawahnya.
‘In Salangor I have seen people’s children taken from them for the loss of one leaf of Sirih.’ (284) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘If a man’s goat broke one stake of a raja’s fence he could be fined so that he could not pay, and would then with all his family be taken into the Raja’s house.’ (284) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pada masa itu kerap berlaku kezaliman dan kekejaman yang dilakukan sesuka hati oleh anak-anak raja dan orang-orang besar yang sering memeras cukai di daerah mereka.
‘Raja Kahar took away a girl and a boy from their homes, saying their grandparents had owed money to someone who handed the debt over to him. T. Sulong says the father of the children came to him saying ‘R.Kahar says I owe money to someone, but from my childhood I never knew of it.’ (273) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘R.Yacoob took away against her mother’s will a girl for the debt of her parents.’ (273) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Raja Kahar took some tin (since I believe returned) from a man for no reason whatever. (275) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Ini diburukkan lagi dengan bertambah banyaknya kejadian rompak, bunuh dan samun di merata-rata tempat. Kelang yang dikuasai oleh orang-orang Bugis bukanlah satu tempat yang selamat pada masa itu. (42) – Buyong Adil 1971.
‘Mereka dikatakan suka mengamuk, membunuh orang, bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan.’ (23) – Mastika, Jan 2001.
‘A Selangor man here means one of Bugis descent.’ (155) – Gullick 1993.
Suasana di Kelang pada masa itu adalah tidak tenteram kerana kurangnya penguatkuasaan undang-undang yang melindungi orang awam. Pembesar-pembesar Bugis menjalankan pemerintahan mengikut perasaan dan peraturan mereka sendiri.
‘The normal state of Selangor was robbery, battle and murder, and the sultan had cause to fear ... it was even at one time proposed to murder the sultan.’ (3) – Gullick 1955.
Sultan Selangor iaitu Sultan Abdul Samad sendiri sentiasa hidup dalam keadaan cemas dan ketakutan seperti yang dinyatakan oleh J.M. Gullick 1955 di bawah ini;
‘He always expecting that one or other of them would seize the opportunity of stabbing him.’ (3)
Bandar Termasa sebagai ibu negeri Selangor sendiri digambarkan oleh J.M. Gullick 1955 sebagai;
‘City of Festivals – a sinister place where the stroller by night ... always carried a naked weapon, and, if he met another man, was apt to strike first, and then seek for explanations.’ (8)
Suasana di bandar Termasa tidak seperti yang digambarkan oleh nama bandar tersebut yang bermaksud bandar temasya atau bandar pesta. Sebaliknya jika seseorang berjalan pada waktu malam, dia pastinya membawa senjata. Jika dia bertembung dengan seorang yang lain, pastinya dia akan menikam dahulu sebelum bertanyakan siapakah orang itu dan mengapa orang itu berada di situ.
Seorang konsol Residen Melaka yang bernama Captain Macpherson datang melawat negeri Selangor pernah menyatakan keadaan di negeri tersebut sebagai;
‘Selangor itu jauh lebih buruk dari Lukut. Rajanya yang baru itu suka berpoya-poya dengan perempuan. Putera baginda yang bernama Raja Musa adalah seorang pemuda yang garang dan keras rupanya, usianya baharu lima belas tahun. Raja Muda Mahmud yang tidak dipilih untuk menggantikan ayahnya itu, merupakan seorang budak yang cerdik dan gemar orang melihatnya, usianya lebih kurang dua belas tahun. Pada masa itu di Selangor penyakit hawar kerbau sedang merebak dan banyak kerbau yang mati. Oleh sebab sawah-sawah padi tiada diusahakan, akibatnya rakyat dalam negeri akan kebuluran, kerana itu mereka menjadi perampas, perompak dan penyamun.’ (52) – Buyong Adil 1971.
Suasana pada masa itu juga dapat digambarkan kemudiannya melalui pengalaman seorang konstabel Frank A. Swettenham sendiri di mana pada suatu hari semasa Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Mat Saman @ Raja Berkat, beliau sendiri dan seorang polis sedang minum di sebuah kedai kopi di mana terdapat seorang lelaki yang duduk dekat mereka dan bersembang dengan suara yang agak kuat. Lalu disuruh oleh Raja Mahmud agar menghentikan serta-merta perbualan itu. Beberapa ketika selepas itu lelaki itu pun bercakap perlahan-lahan. Dengan tidak semena-mena, Raja Mahmud bangkit dan menikam lelaki itu sampai mati dengan Keris Kapak Cina kepunyaannya. Lalu ditanya oleh polis itu kenapa lelaki itu perlu dibunuh. Maka dijawab oleh Raja Mahmud, ‘Dia buat bising .. patut kena tikamlah ..’ (169) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham) (41) – Gullick 1993.
Kebengisan Raja Mahmud ini tidaklah menghairankan di kalangan orang-orang Bugis. Sikap semulajadi mereka telah digambarkan seperti di bawah;
‘Lelaki Bugis diajar bersikap kasar, keras, bengis dan kurang ajar.’ (23) – Mastika, Jan 2001.
Malahan satu lagi gambaran telah dinyatakan oleh William Bloomfield Douglas yang merupakan seorang peguam bahawa, ‘Raja Kahar putera kepada Sultan Abdul Samad telah ditangkap di Langat kerana menculik dan merogol anak dara orang dan hanya dijatuhkan denda $100.00.’ Ini tidak berlaku kepada orang lain yang pastinya menerima hukuman bunuh. Akibat dari peristiwa itu, sekumpulan orang-orang Melayu dekat Langat yang ketakutan terpaksa berpindah ke Tanjung Karang kerana mereka mendakwa pasti sultan akan membunuh mereka kerana disyaki bersubahat dengan polis.
‘In Selangor...the raja had rights over unused land and could exact forced labour or drive men and their families into debt bondage. The well-being, even the life, of the commoner was in the hands of the raja.’ (7) – Tugby.
‘As a matter of statistics the Sultan I’m told, indeed he speaks of it himself, has killed 99 men with his own hand, the T.Panglima Rajah some 40 odd, Raja Mahmood 20 odd, and so on...R.Yacoob distinguished himself by killing a medicine woman who he said had bewitched his mother. His mother died a raving maniac.’ (145) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘The last time but one that Raja Dolah came here, she concluded, ‘...he wanted to take a girl to whom had no claim whatever from Teluk Batu, just below Langat. The girl with all her family ran into the jungle and stayed there as long as Ungku Dolah was in Langat, 3 days. 3 days and 3 nights in the jungle, fasting and eaten by mosquitoes.’ (284) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘This is merely one specimen of the ordinary habits of this interesting creature, the Salangor Raja. They are all much the same.’ (169) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Begitulah sedikit sebanyak gambaran terhadap suasana dan keadaan Selangor pada masa itu. Lantas itu masyarakat dahulu lebih senang hidup berpuak-puak agar dapat menjaga keselamatan di antara satu sama lain. Sudah menjadi sikap semulajadi orang-orang Mandailing yang merantau tidak mahu membina atau membuka kampung mereka di tempat-tempat yang telah diduduki oleh suku kaum lain. Mereka lebih suka hidup di dalam kumpulan mereka sendiri dengan mengamalkan adat budaya mereka yang berasaskan prinsip Dalihan Na Tolu.
Tambahan pula pada masa itu orang-orang Sumatera dikatakan tidak begitu rapat dengan orang-orang Bugis. ‘... the Sumatran community who were traditionally rather hostile to the Bugis ruling dynasty.’ (15) – Gullick 1955.
Lantaran itu keluarga Sutan Naposo memilih untuk meninggalkan Kelang dan berhijrah ke sebuah tempat baru yang jauh daripada kawalan pembesar-pembesar Bugis pada masa itu dan yang masih tidak berpenghuni.
PEMBUKAAN KUALA LUMPUR Keluarga Sutan Naposo memudiki Sungai Kelang dan menemui sebuah tempat pertemuan 2 sungai yang merupakan tempat yang ideal bagi orang-orang Mandailing untuk membuka penempatan baru. Tempat tersebut merupakan tempat pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Kawasan begini dipanggil ‘muara’ dalam bahasa Mandailing. Jika kita tinjau dan kaji kembali, orang-orang Mandailing Julu sering memilih tempat pertemuan 2 buah sungai sebagai penempatan mereka.
‘Pala marsuo dohot hamu muara na patontang, di sima hamu mian, magabe, mauli, martua markaratan ma hamu sogot.’ Begitulah kata-kata Namora Pande Bosi, yang merupakan nenek-moyang kepada marga Lubis. (137) – Mangaraja Lelo Lubis (66) – Muhammad Arbain Lubis.
Ia bermaksud;
‘Bila bertemu dengan muara yang menjadi tempat pertemuan dua sungai (muara na patontang), maka di situlah kamu berkampung. Semoga kamu dan anak-cucu kamu kelak menjadi orang yang berguna dan mendapat rahmat dari Tuhan yang Maha Kuasa.’
Begitulah pesanan nenek-moyang orang-orang Mandailing Julu sebagai bekal dalam menempuh perjalanan baru yang jauh dan kehidupan baru yang tidak menentu. Kata-kata tersebut lebih merupakan kata-kata perpisahan yang mengharukan yang dianggap oleh orang-orang Mandailing sebagai petua atau amanat kehidupan.
Ini selaras dengan tabiat orang-orang Mandailing yang sangat gemar membuka penempatan baru di kawasan pertemuan 2 sungai. Secara turun-temurun, orang-orang Mandailing percaya di tempat pertemuan 2 sungai itu terdapat
a. punca rezeki yang mewah
b. pelbagai jenis ikan yang bermain di situ
c. banyak bahan-bahan galian seperti emas dan bijih timah yang mendak di dalam dasarnya
d. menjadi tempat pertemuan pedagang-pedagang dan penduduk-penduduk kampung kerana sungai pada masa dahulu menjadi jalan pengangkutan yang utama
‘The rivers and streams were the critical geographic features in the nineteenth century. They acted as avenues of communication; they were a means of transport; they provided water for wet-rice growing and tin-mining; and they were the sites of alluvial tin and gold.’ (6) – Tugby.
Ini terbukti di mana banyak kampung-kampung Mandailing di Tanah Melayu yang dibuka kemudiannya di tempat pertemuan 2 buah sungai seperti;
a. Kuala Lumpur atau Muara Bustak yang terletak di antara Sungai Kelang dan Sungai Gombak
b. Kampung Changkat Piatu yang terletak di antara Sungai Pinji dan Sungai Kinta
c. Kampung Gombak yang asal yang terletak di antara Sungai Mulia dan Sungai Gombak
d. Kampung Ampang (Kuala Ampang) yang terletak di antara Sungai Ampang dan Sungai Kelang
e. Kampung Damar Sara (kini Damansara) yang dibina di antara Sungai Damar Sara dan Sungai Kelang
f. Kampung Sungai Chincin yang terletak di antara Sungai Chincin dan Sungai Gombak
g. Kampung Ulu Slim yang asal yang terletak di antara Sungai Gelinting dan Sungai Slim
Malahan di Tanah Besar Sumatera juga terdapat banyak kampung-kampung orang-orang Mandailing yang dibuka di tempat pertemuan 2 buah sungai seperti;
a. Panyabungan yang terletak di antara Aek Batang Gadis dan Aek Singolot
b. Kota Nopan (Muara Patontangan) yang terletak di antara Aek Singengu dan Aek Singagir
c. Muara Pungkut (Huta Pungkut atau Muara Pardomuan) di tempat pertemuan Aek Batang Gadis dan
Aek Batang Pungkut
d. Muara Soma di tempat pertemuan Aek Soma dan Aek Batang Natal
e. Muara Parlampungan di tempat pertemuan Aek Parlampungan dan Aek Batang Natal
f. Huta Raja di tempat pertemuan Aek Batang Bangko dan Aek Batang Rantau
Memandangkan pada masa itu tempat pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak masih belum didiami orang, maka keluarga Sutan Naposo mengambil keputusan untuk membuka penempatan baru di situ.
Adalah menjadi kelaziman bagi golongan bangsawan dan anak-anak raja Mandailing untuk mencari dan membuka penempatan baru mereka sendiri. Mengikut adat orang-orang Mandailing, hanya anak sulung dan anak bongsu sahaja yang berhak menerima warisan pusaka termasuklah menjadi pemilik kampung warisan mereka. Manakala putera-putera yang tengah biasanya akan keluar merantau dari kampung asal mereka untuk membuka perkampungan baru atau ‘harajaon’ dalam bahasa Mandailing.
Begitulah sikap keluarga Sutan Naposo yang tidak mahu tunduk kepada kekejaman kekuasaan Bugis lalu memilih tempat pertemuan 2 buah sungai sebagai ‘harajaon’ yang baru yang tidak diganggugugat oleh bangsawan-bangsawan Bugis atau mana-mana peraturan raja-raja Bugis. Pada masa itu orang-orang Bugis hanya tinggal di kuala-kuala sungai di tepi-tepi pantai. Dengan itu Sutan Naposo dan keluarganya terselamat dari sebarang ancaman atau gangguan anak-anak raja Bugis.
‘During that century there had been a tradition of antagonism between the Bugis rulers of the coast and the Sumatran settlers in the interior.’ (28) – Gullick 2000.
Pada awal abad ke 19 di negeri Selangor, terdapat ramai orang Bugis yang tinggal dan mendiami di kawasan muara-muara sungai di persisiran pantai. Ini terbukti apabila orang-orang Bugis di Selangor membina kampung mereka di muara-muara sungai di tepi laut seperti;
a. Kuala Bernam di muara Sungai Bernam
b. Kuala Selangor di muara Sungai Selangor
c. Kuala Jeram di muara Sungai Jeram
d. Kuala Kelang di muara Sungai Kelang
e. Kuala Langat di muara Sungai Langat
f. Kuala Sepang di muara Sungai Sepang
g. Kuala Linggi di muara Sungai Linggi
(54) – Buyong Adil 1971.
Bersesuaian dengan tradisi dan kelaziman orang-orang Bugis yang bergantung rapat dengan kehidupan di laut, maka itu mereka lebih gemar mendiami kuala-kuala sungai di tepi pantai. Secara turun-temurun, orang-orang Bugis sememangnya terkenal sebagai pelaut yang handal dan dikenali sebagai lanun. Mereka suka berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lantaran itu penempatan mereka biasanya terletak di muara sungai ke laut. Sesetengah daripada mereka menjadi tentera upahan raja-raja Melayu di dalam persengketaan merebut takhta khususnya di Johor, Pahang, Kedah dan Perak.
‘The Sultan of Selangor and the aristocracy of the coast towns were of Bugis descent.’ (26) – Middlebrook dan Gullick.
Ini sama sekali berbeza dengan sikap dan tabiat orang-orang Mandailing yang secara turun-temurunnya bertani dan mendulang emas di Aek Batang Gadis di Tanah Besar Sumatera. Secara tradisinya orang-orang Mandailing lebih suka hidup menetap dengan hasil pendapatan yang tetap, sama ada hasil dari aktiviti pertanian, aktiviti perlombongan bijih timah serta mengambil hasil-hasil hutan.
Ini selaras dengan polarisasi kependudukan di kawasan pendalaman Selangor pada masa itu di mana kawasan-kawasan seperti di;
a. Ulu Langat iaitu Cheras, Kajang, Bangi
b. Ulu Kelang iaitu Ampang, Gombak, Selayang
c. Ulu Selangor iaitu Rawang, Ulu Yam, Kuala Kubu Lama
didiami oleh ramai orang Sumatera khasnya orang-orang Mandailing dan Rawa. (54) – Buyong Adil 1971.
‘The Malays in the interior were Sumatrans (Rawas or Mandailings).’ (26) – Middlebrook dan Gullick.
Justeru itu jelas bahawa orang-orang Bugis tidak pernah menduduki kawasan pendalaman Selangor secara besar-besaran. Apatah lagi untuk tinggal di hulu Sungai Kelang. Mereka menguasai muara-muara sungai termasuklah muara Sungai Kelang tetapi Kuala Lumpur dikuasai oleh orang-orang Mandailing.
Pada masa yang sama, keluarga Sutan Naposo pada masa itu telah mengambil kesempatan untuk menjalankan perniagaan runcit dan barang-barang keperluan seperti kain yang dibeli dari Kuala Kelang dan dibawa ke Kuala Lumpur.
Hasil dari keuntungan perniagaan ini, keluarga Sutan Naposo memulakan usaha melombong bijih timah di tempat pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak sehingga air kedua-dua buah sungai tersebut menjadi keruh dan berlumpur.
‘A Mandailing trader called Sutan Puasa...’ (19) - Middlebrook dan Gullick.
Dari situlah asal-mulanya nama Kuala Lumpur ataupun Muara Bustak dalam bahasa Mandailing yang bermaksud kuala yang berlumpur. Keluarga Sutan Naposo sendiri tinggal di Muara Bustak. Pada hari ini tapak rumah Sutan Naposo itu terletak di Jalan Melayu dekat Masjid India di Kuala Lumpur.
W.S. CRACROFT MELAWAT KUALA LUMPUR PADA 1818
Pada 23 Ogos 1818, pihak Inggeris di Pulau Pinang telah menghantar W.S. Cracroft untuk mengadap Sultan Ibrahim yang merupakan Sultan Selangor pada masa itu. Dalam pertemuan itu, pihak Inggeris telah membuat perjanjian dengan Sultan Ibrahim bahawa
a. semua rakyat Inggeris atau mana-mana pihak di bawah perlindungan Inggeris mestilah dibenarkan untuk berniaga di negeri Selangor dan jajahan takluknya dan begitu juga sebaliknya
b. semua hak untuk memborong dan memajak perdagangan di Selangor tidak boleh diberikan kepada kuasa asing selain daripada Inggeris
c. negeri Selangor tidak dibenarkan membuat sebarang perjajian dengan kuasa asing selain daripada Inggeris. Jika ada perjanjian sebelum itu, maka ia dianggap sebagai batal
Pada masa yang sama, Inggeris juga berjanji akan membeli hasil bijih timah di Selangor sekurang-kurangnya 1500 pikul setahun dengan harga $43.00 sebahara. Sejak itulah Inggeris dan Sultan Ibrahim sering bertukar-tukar utusan dan hadiah.
Maka jelas jauh sebelum kedatangan Inggeris secara ketenteraan pada tahun 1871, pihak penjajah Inggeris telah lama menerapkan pengaruh mereka di Selangor dan menundukkan kekuasaan raja-raja tempatan. Yang anehnya pihak yang membenarkan penjajahan tersebut adalah Sultan Selangor sendiri.
Selepas perjanjian Inggeris dan Selangor tersebut, W.S. Cracroft telah melawat beberapa buah tempat di pendalaman negeri Selangor dan mendapati kebanyakan tempat tersebut didiami oleh orang-orang Sumatera khususnya orang-orang Mandailing dan Rawa. Tetapi yang paling menarik sekali W.S. Cracroft telah sampai ke satu tempat yang dikenali sebagai ‘Lumpur’ di hulu Sungai Kelang. Penduduk di situ sudah pasti orang-orang Mandailing.
Menurut W.S. Cracroft, Lumpur yang dimaksudkan itu mengeluarkan banyak hasil timah. Penjumpaan Cracroft mengenai Lumpur itu selaras dengan wujudnya Kuala Lumpur atau Muara Bustak yang telah diasaskan oleh keluarga Sutan Naposo pada tahun 1818. (33) – Buyong Adil 1971.
LAPORAN JOHN ANDERSON 1824 MENGESAHKAN KEWUJUDAN KUALA LUMPUR
John Anderson adalah seorang pegawai Inggeris yang ditugaskan untuk membuat laporan tentang keadaan di negeri-negeri di barat Tanah Melayu. Pada tahun 1824, laporan John Anderson yang bertajuk ‘Political and Commercial Considerations Relative to the Malayan Peninsula, and the British Settlements in the Straits of Malacca’ yang diterbitkan oleh Government Press di Pulau Pinang siap dicetak.
Laporan John Anderson menyatakan bahawa majoriti orang-orang Melayu pada masa itu tinggal di kuala-kuala sungai besar di tepi-tepi laut seperti kuala Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Jeram, Sungai Kelang, Sungai Langat, Sungai Sepang, Sungai Lukut dan Sungai Linggi. Manakala di kawasan pendalaman pula didiami oleh orang-orang dari Sumatera khususnya orang-orang Mandailing dan Rawa. (36) – Buyong Adil 1971.
Setiap kuala sungai di persisiran pantai tersebut terdapat pula kediaman pembesar-pembesar Selangor yang memerintah di daerah sekelilingnya di bawah takluk Sultan Ibrahim yang merupakan Sultan Selangor pada masa itu yang bersemayam di Kuala Selangor. Bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Kelang dan Sungai Selangor setiap tahun adalah berjumlah lebih kurang 2000 pikul. Kelang pada masa itu terletak 20 batu dari kuala Sungai Kelang. Pada tahun 1822, terdapat lebih kurang 1500 orang bermastautin di sana.
‘Andersonhad visited...around 1818 and lists Sungei Lumpor as the settlement furthest up the Klang River towards the central range, and an important centre of tin production.’ (7) – Gullick 2000.
Di hulu Sungai Kelang terdapat sebuah tempat yang dipanggil sebagai ‘Lumpur’ sempena air sungai yang dipenuhi dengan lumpur di sana akibat dari kegiatan perlombongan bijih timah yang rancak. Ini sekaligus mengukuhkan lagi kewujudan Kuala Lumpur pada 1818 yang dibuka dan diasaskan oleh Sutan Naposo. Sutan Naposo menjalankan aktiviti mendulang bijih timah di tempat pertemuan 2 buah sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Kelang dan sekaligus membuka sebuah kampung dan penempatan orang-orang Mandailing yang bernama Muara Bustak sempena air sungai yang menjadi keruh dan berlumpur akibat dari aktiviti perlombongan dan mendulang bijih timah di sana.
‘It might be the upper reaches of the Gombak River, which joins the Klang River, to produce the kuala (of Kuala Lumpur).’ (7) – Gullick 2000.
Mengikut John Anderson, kampung yang bernama Lumpur tersebut merupakan sebuah kampung perlombongan bijih timah yang diasaskan oleh orang-orang Sumatera.
The name of a small but important village a centre of Sumatran tin mining.’ (3) – Gullick 2000.
Ini membuktikan bahawa jauh sebelum kedatangan Raja Abdullah bin Raja Jaafar ke Ampang pada 1857, Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing telah lama wujud dan memulakan aktiviti perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur.
Ini juga bertentangan dengan pendapat yang menyatakan bahawa Yap Ah Loy membuka Kuala Lumpur sedangkan dia sendiri merupakan Kapitan Cina yang ketiga dan bukannya Kapitan Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Malahan pelantikan Hiew Siew sebagai Kapitan Cina Pertama pada 1861 dan Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina Ketiga pada 1868 hanya dapat dijalankan setelah mendapat restu dan kebenaran Sutan Naposo. (19 & 38) – Middlebrook dan Gullick.
SUTAN NAPOSO WARIS NEGERI
‘Sutan Puasa, the leading Sumatran trader of Kuala Lumpur, and of the Waris Negri, the local Malay landowners, from whom the Chinese rented their mining land.’ (29) – Middlebrook dan Gullick.
Oleh kerana Sutan Naposo merupakan orang pertama yang tiba lalu membuka dan mengasaskan Kuala Lumpur, maka beliau dianggap oleh raja-raja Bugis, orang-orang Bugis dan orang-orang Melayu pada masa itu serta orang-orang Cina yang datang kemudiannya sebagai Waris Negeri yang membawa pengertian tuan tanah dan pemilik kawasan berkenaan.
Pengertian Waris Negeri di sini adalah
a. orang yang dianggap sebagai pembuka sesuatu penempatan atau kawasan
b. orang yang dianggap sebagai pemilik tanah atau tuanpunya tanah di sesuatu kawasan yang berhak untuk menyewakan tanah tersebut kepada sesiapa sahaja
c. orang yang dianggap sebagai ketua, pemimpin dan penguasa tempatan yang berkuasa penuh ke atas sesuatu kawasan atau tempat mengikut kelaziman dan adat resam di situ.
d. orang yang menjadi tempat rujukan dalam segala permasalahan yang berlaku di kawasan atau tempat berkenaan
e. orang yang dianggap boleh menaiki takhta kerajaan
Lantaran itu apabila Sutan Naposo digelar dan diperakui sebagai seorang Waris Negeri, maka jelas sekali beliau adalah pengasas Kuala Lumpur.
‘Waris-Waris, or Waris Negri, the heirs of the country.’ (146) - Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
‘In Selangor there is no established hierarchy of title holders and districts were governed by members of the royal household.’ (7) – Tugby.
Dari segi sejarahnya negeri Selangor pada masa itu sebenarnya belum lagi wujud sebagai satu kerajaan besar yang bersempadankan Sungai Bernam di bahagian utara untuk memisahkan Selangor dan Perak, bersempadankan Sungai Sepang di bahagian selatan untuk memisahkan Selangor dan Negeri Sembilan, apatah lagi menggunakan Banjaran Titiwangsa untuk memisahkan Selangor dan Pahang.
Di dalam sumpah Palapa Gajah Mada yang merupakan sebuah syair di dalam kitab Nagarakertagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca semasa ekspedisi penaklukan kerajaan Jawa Mojopahit ke atas negeri-negeri Melayu pada sekitar tahun 1365 ada mencatatkan bahawa Kelang pada masa itu telah wujud sebagai satu kampung yang kecil.
Sejak zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka lagi, kawasan-kawasan di negeri Selangor telah lama wujud sebagai beberapa buah kampung di kuala-kuala sungai yang tunduk kepada kekuasaan kerajaan Melayu Melaka seperti Kelang, Jeram, Langat dan Kuala Selangor.
Malahan Bendahara Paduka Raja Tun Perak dari Melaka dikatakan pernah dilantik sebagai Penghulu di kampung yang bernama Kelang. Semasa serangan kerajaan pertama Siam ke atas Melaka yang pada masa itu diperintah oleh Sultan Muzaffar Shah (1445-1458), Tun Perak diberitakan telah membawa ramai penduduk Kelang untuk datang membantu mempertahankan kerajaan Melayu Melaka dari serangan tersebut. Atas jasa beliau itu, Tun Perak dilantik sebagai Bendahara Melaka yang bergelar Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah (1459-1477) di Melaka pula, salah seorang putera baginda dengan Permaisuri Hang Li Po dikatakan dibawa ke Jeram untuk ditabalkan di sana.
Selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, kampung-kampung di kuala-kuala sungai itu tunduk pula kepada kekuasaan kerajaan Melayu Johor. Tidak pernah Selangor wujud sebagai sebuah kerajaan yang bersempadan seperti yang ada pada hari ini.
Pada awal kurun ke 17, ramai orang Bugis Bone yang merantau dari Pulau Sulawesi datang berhijrah ke kuala-kuala sungai di Kelang, Jeram, Langat dan Kuala Selangor. Oleh kerana terlalu ramainya orang-orang Bugis di Kuala Selangor, maka seorang ketua orang-orang Bugis di Kuala Selangor pada masa itu diangkat menjadi Yam Tuan Selangor. Yam Tuan Selangor pada masa itu bernama Arong Pasarai. Namun begitu Arong Pasarai @ Yam Tuan Selangor terpaksa mendapatkan restu Tok Engku Kelang yang menetap di Kelang sebagai Waris Negeri Kelang sebelum beliau diangkat sebagai Yam Tuan Selangor. Tok Engku Kelang selain daripada memberikan restu, beliau juga memberikan cop mohor kerajaan kepada Arong Pasarai untuk mentadbir negeri yang baru tersebut.
Pada 4 Ogos 1681, adik Sultan Kedah pada masa itu dikatakan telah meminta kebenaran dari pihak penjajah Belanda untuk menggunakan sebuah pulau di Dinding yang kini dikenali sebagai Pulau Pangkor untuk menempatkan 150 tentera upahan Bugis yang dibawa dari Kelang untuk menyerang abangnya di Kedah. Pada bulan Jan 1682 pula, adik Sultan Kedah itu dikatakan telah meminta kebenaran dari pihak penjajah Belanda untuk menggunakan Pulau Pangkor bagi menempatkan 2 buah kapal dan 300 tentera upahan Bugis untuk menyerang Kedah. (6) – Buyong Adil 1971.
Pada tahun 1685, penjajah Belanda telah memberi amaran kepada kerajaan Melayu Johor agar jangan mengganggu kampung-kampung di Kelang, Kuala Selangor dan Sungai Ujung.
Pada masa inilah putera-putera Bugis Bone Lima Bersaudara iaitu Daeng Parani, Daeng Chelak, Daeng Menambun, Daeng Merewah dan Daeng Kemasi datang ke kuala-kuala sungai ini secara kerap dan berkeluarga di sana. Namun begitu sehinggalah pada tahun 1756, seorang dari putera Yam Tuan Muda II Daeng Chelak yang bernama Raja Lumu diangkat oleh orang-orang Bugis di kuala-kuala sungai itu menjadi raja yang memerintah sebuah kerajaan yang bernama Selangor.
Namun hanya pada tahun 1770, Raja Lumu diiktiraf sebagai Yang Dipertuan Besar Selangor yang bergelar Sultan Salehuddin setelah menerima pertabalan dari Sultan Perak pada masa itu Sultan Mahmud Shah. Sultan Salehuddin juga dikahwinkan dengan anak saudara kepada Sultan Mahmud Shah.
Maka muncullah sebuah kerajaan di tepi laut yang bernama Selangor yang wujud dari gabungan beberapa buah kampung di kuala-kuala sungai iaitu Kuala Bernam, Kuala Selangor, Kuala Jeram, Kuala Kelang dan Kuala Langat.
Pada tahun 1804, Sultan Ibrahim Shah dan tentera Bugis telah menyerang dan menawan sebahagian dari negeri Perak. Akibatnya pada 1806, Sultan Ibrahim Shah telah mengistiharkan bahawa wilayah dari kuala Sungai Perak sehingga ke Sungai Pelus adalah sebahagian dari tanah jajahan Selangor. Namun perkara ini telah ditentang oleh kerajaan Perak dan permasalahan ini telah berlarutan sehingga berlakunya peperangan. Namun pada kali ini Perak berjaya mempertahankan wilayah kerajaannya. (31) – Buyong Adil 1971.
Perebutan wilayah di antara kerajaan Perak dan kerajaan Selangor ini berlarutan sehinggalah satu pihak asing dijemput untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Pada 10 Ogos 1825, Governor Fullerton dari Pulau Pinang telah menghantar pegawainya John Anderson untuk mengadakan perundingan dengan Sultan Ibrahim Shah di Kuala Selangor mengenai permasalahan sempadan Perak dan Selangor. Hasil dari pertemuan tersebut maka pada 20 Ogos 1825, kerajaan British dan kerajaan Bugis Selangor telah bersetuju dan menandatangani perjanjian untuk menjadikan Sungai Bernam sebagai sempadan di antara negeri Perak dan negeri Selangor. Pada 6 Sep 1825 pula, pihak British telah membuat perjanjian yang sama dengan negeri Perak. Ternyata orang-orang Inggerislah yang menentukan sempadan di antara negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu dan bukannya ditentukan oleh sultan-sultan Melayu itu sendiri. (39) – Buyong Adil 1971.
Namun demikian di tempat-tempat lain, wilayah Selangor itu hanyalah tertakluk kepada kuala-kuala sungai di Kuala Bernam, Kuala Selangor, Kuala Jeram, Kuala Kelang dan Kuala Langat. Manakala kawasan-kawasan di hulu sungai dan di kawasan pendalaman, tanah-tanah tersebut dianggap sebagai hak milik bebas kerana belum ada satu sempadan tetap untuk negeri Selangor dan daerah-daerahnya di pendalaman.
‘The state of Selangor extended, until 1880, from Bernam in the north to the mouth of the Linggi in the south. Most of its Malay population (only 5,000 in 1820) lived along the coast at the river estuaries, of which there were five – Bernam, Selangor, Klang, Langat and Lukut – and the trade with the interior passed up and down the rivers. Each river mouth was a natural centre of government and Selangor was five states in one.’ (5) - Middlebrook dan Gullick.
‘Between Perak and Selangor, and between Perak and Patani, there are questions of boundaries which the natives have confessed themselves unable to settle...’ (334) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Jelas pada masa itu negeri Selangor tidak mempunyai sebarang undang-undang atau sistem hakmilik yang bertulis yang memberikan hak atau geran yang menyatakan tanah yang diterokai itu adalah kepunyaan seseorang individu. Peraturan pada masa itu berdasarkan kelaziman kuasa yang tertakluk kepada ketua-ketua tempatan yang terdapat di kawasan berkenaan. Lantaran itu sesiapa sahaja yang membuka sesebuah kawasan, penempatan atau perkampungan, maka dialah yang berkuasa dan berhak ke atas tanah tersebut.
‘The indigenous Malay peasant had usufructuary rights over unused land. He could clear virgin forest or secondary forest which had grown up on abandoned plots and make use of the land. If he continued to use the land, he gained a propriety right over it.’ (11) – Tugby.
Permasalahan ini tidaklah menghairankan kerana raja-raja pada zaman dahulu sebenarnya tidak mempunyai atau menetapkan sempadan negeri yang sebenarnya. Dengan kata lain, mereka hanya menggunakan tanggapan am bahawa kampung-kampung tertentu menjadi sempadan negeri mereka.
‘...the Sultan not even knowing what his boundaries were.’ (262) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Sistem ini sekaligus meletakkan Sutan Naposo sebagai Waris Negeri yang membawa pengertian pemilik tanah di tempat tersebut dan merupakan pewaris kawasan berkenaan yang berhak memberikan tanah dan menyewakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Ini selaras dengan adat dan kelaziman orang Melayu dahulukala di mana mereka yang membuka kampung itu secara sendirinya diperakui sebagai pemilik tanah kawasan tersebut. Pada zaman itu selain daripada anak-anak raja Bugis, kerabat raja Bugis dan pembesar-pembesar Bugis, Waris Negeri dibenarkan mengutip cukai sebagai pemilik tanah tempatan serta mengambil pajak atau sewa dari tanah berkenaan.
‘As in other Malay states custom required that succession be from one of the Waris Negri (heirs of the state) ...’ (xvii) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Kedudukan seorang Waris Negeri sebagai tuanpunya dan pewaris sesebuah kawasan, perkampungan dan penempatan pada masa itu mengangkat Waris Negeri sebagai seorang pewaris yang layak menggantikan sultan di sesebuah negeri. Dengan kata lain, Sutan Naposo sebagai Waris Negeri Kuala Lumpur adalah berkuasa penuh ke atas penempatan beliau di Kuala Lumpur.
Beberapa peristiwa lain di dalam sejarah Tanah Melayu juga membuktikan betapa tingginya kedudukan seorang Waris Negeri. Pada tahun 1528, Sultan Perak yang pertama iaitu Sultan Muzafar Shah terpaksa meminta sokongan dan restu daripada Tok Telemong sebagai Waris Negeri yang telah lama bermastautin di situ, semasa mahu membuka kerajaan baru yang bernama Perak, sebagai satu adat resam menghormati orang yang membuka dan menduduki lebih awal kawasan berkenaan. Ini merupakan satu pengakuan hak kepada mereka yang lebih awal menempati kawasan tersebut.
Pada tahun 1800, Lukut dibuka oleh Raja Busu. Maka itu Raja Busu merupakan Waris Negeri di situ. Itulah sebabnya semasa Raja Busu menjalankan perlombongan dan perniagaan bijih timah di sana, beliau tidak membayar sebarang ufti ataupun cukai kepada Sultan Selangor ketika itu iaitu Sultan Ibrahim Shah. Ini menunjukkan betapa Waris Negeri ketika itu berhak untuk tidak menyerahkan hasil pendapatan yang diperolehi dari sesuatu kawasan yang dibuka olehnya kepada sesiapa sahaja.
‘The sultan had to consult the chiefs and Waris Negeri on matters of state.’ (7) – Tugby. Kenyataan ini membuktikan betapa besar dan tingginya kedudukan seorang Waris Negeri sebagai pembuka, pengasas dan penguasa sesebuah kawasan, perkampungan dan penempatan pada masa itu.
Itulah sebabnya Sutan Naposo tidak pernah membayar ufti ataupun cukai kepada Sultan Selangor. Memang adat seorang Waris Negeri, apabila mengambil barang di dalam kawasan pegangannya, dia tidak perlu membayarnya. Mengikut kenyataan Haji Abdullah Hukum, Sutan Naposo pada masa itu boleh mengambil apa-apa barang di kedai Cina tanpa perlu dibayar. (II:2) – Adnan Haji Nawang. Ini menunjukkan Waris Negeri itu mempunyai kuasa mutlak yang tidak boleh dipersoalkan di dalam kawasan pegangannya.
Begitu juga dengan peristiwa pemilihan Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina yang ketiga pada tahun 1868 di mana Kapitan Cina Kedua pada masa itu iaitu Liew Ngim Kong telah mengadap Sutan Naposo sebagai Waris Negeri Kuala Lumpur bagi meminta restu, persetujuan dan pengesahan dari beliau.
‘Having reached their decision the next step was to get the support of Sutan Puasa...’ (29) - Middlebrook dan Gullick.
Kenyataan ini sekaligus membuktikan bahawa Sutan Naposo adalah tuanpunya Kuala Lumpur dan merupakan pembuka bandar tersebut. Itulah hakikat yang sebenarnya.
Seandainya Raja Abdullah yang membuka Kuala Lumpur atau Ampang serta menjadi orang yang dianggap berkuasa penuh di situ, tidak mungkin Liew Ngim Kong sebagai pemimpin orang-orang Cina akan merujuk kepada seorang manusia yang bernama Sutan Naposo sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pelantikan Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina yang ketiga di Kuala Lumpur. Malahan Liew Ngim Kong sendiri tidak pernah merujuk kepada Sultan Abdul Samad yang merupakan Sultan Selangor ketika itu atau mana-mana raja di luar Kuala Lumpur. Ini menunjukkan yang mempunyai hak dan yang berkuasa penuh di Kuala Lumpur adalah Sutan Naposo.
Laporan W.S. Cracroft 1818 dan John Anderson 1824 hanya memperkukuhkan lagi kedudukan Sutan Naposo sebagai pembuka Kuala Lumpur dan bertepatan dengan kedudukannya sebagai Waris Negeri yang juga merupakan ketua, pemimpin dan penguasa tempatan yang membawa erti tuan tanah serta pemilik kawasan Kuala Lumpur.
SUTAN NAPOSO PENGASAS KUALA LUMPUR
‘Sutan Puasa ... he was responsible in part for the founding of Kuala Lumpur.’ (148) – Tugby.
Di dalam buku yang bertajuk ‘Cultural Change and Identity: Mandailing Immigrants in West Malaysia’, Donald Tugby menyatakan bahawa Sutan Naposo bertanggungjawab mengasaskan Kuala Lumpur walaupun disebut sebagai ‘in part of the founding’. Namun kenyataan Donald Tugby itu adalah ‘partly right’ atau sebahagian sahaja yang tepat. Ini ialah kerana beliau sendiri tidak mengkaji dan menyelidiki secara mendalam tentang pembukaan Kuala Lumpur.
Sekiranya Donald Tugby menyatakan pembukaan Kuala Lumpur itu berlaku pada tahun 1859, maka siapa pula yang berada di Kuala Lumpur pada 1818 seperti yang dilaporkan oleh W.S. Cracroft dan John Anderson itu? Tidak mungkin hanya satu atau dua orang mendulang di tempat pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak sehinggakan airnya berlumpur lalu tempat tersebut dikenali sebagai Lumpur. Sudah tentulah pada masa itu sudah ada satu penempatan atau kampung di tempat tersebut. Jika sudah ada penduduk yang menempati Kuala Lumpur, sudah pasti pemimpin mereka dan keturunannya akan dianggap sebagai tuanpunya tanah dan Waris Negeri di situ. Jika tidak masakan Sutan Naposo dianggap sebagai tuan tanah dan Waris Negeri. Jarak masa di antara 1818 ke 1859 tersebut adalah 41 tahun, dalam tempoh tersebut pengasas Kuala Lumpur sudah tentu beranak-cucu dan berkeluarga. Keluarga tersebut sudah semestinya akan menguatkan pegangan mereka ke atas Kuala Lumpur. Justeru itu tidak mungkin orang yang baru datang pada 1859 akan menjadi tuanpunya tanah dan Waris Negeri secara tiba-tiba.
Seandainya Sutan Naposo tiba pada 1859, tidak mungkin pada 1861 iaitu dalam tempoh tidak sampai 2 tahun beliau sudah dianggap begitu berkuasa sehingga disebut sebagai tuan tanah dan Waris Negeri Kuala Lumpur dan melantik Kapitan Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Kenyataan ini secara logiknya tidak dapat diterima sama sekali.
Untuk diterima dan diangkat kedudukan sebagai tuan tanah, penguasa tempatan dan Waris Negeri, seseorang itu perlulah diterima oleh masyarakat setempat dari generasi ke generasi sebagai sebahagian dari adat resam. Semasa keluarga Sutan Naposo berhijrah dari Huta Tobang ke Kuala Lumpur, beliau masih dalam usia belasan tahun. Apabila keluarganya membuka Kuala Lumpur dan memimpin masyarakat setempat sehinggakan kedudukan mereka tidak lagi dipersoalkan, pendatang-pendatang kemudiannya menerima dan menganggap mereka sebagai tuan tanah di sana.
‘...these titles were frequently held by a single family for more than one generation.’ (xv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Apabila ahli-ahli keluarga Sutan Naposo meninggal dunia, semestinya Sutan Naposo dianggap waris mutlak dan tuan punya tanah di Kuala Lumpur. Maka itu keputusan beliau tidak lagi dipersoalkan walaupun melantik seorang Kapitan Cina di Kuala Lumpur yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapapun sebelum itu walaupun oleh Sultan Selangor sendiri.
Kuala Lumpur yang sebenarnya diasaskan pada 1818 selaras dengan Laporan W.S. Cracroft 1818 dan John Anderson 1824 yang mendapati wujudnya sebuah penempatan dan usaha melampan bijih timah di tempat pertemuan 2 buah sungai sehinggakan airnya berlumpur. Ini sesuai pula dengan kenyataan S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick bahawa pada awal kurun ke 19 kawasan pendalaman Selangor itu diduduki oleh orang-orang Mandailing dan Rawa sedangkan orang-orang Bugis pula menduduki kuala-kuala sungai di tepi pantai negeri Selangor.
Jelaslah penempatan yang ditemui oleh W.S. Cracroft pada 1818 di tempat pertemuan 2 buah sungai iaitu Sungai Kelang dan Sungai Gombak tersebut adalah penempatan orang-orang Mandailing yang dipimpin oleh keluarga Sutan Naposo. Maka itu dengan sendirinya Sutan Naposo merupakan pembuka Kuala Lumpur.

SUTAN NAPOSO @ SUTAN PUASA PEMBUKA KUALA LUMPUR
Sutan Naposo @ Sutan Puasa adalah orang pertama yang membuka, menjadi Waris Negeri, menjadi penguasa tempatan, memiliki tanah dan menjadi tuanpunya Kuala Lumpur pada tahun 1818. Masyarakat Mandailing pula merupakan kumpulan yang pertama yang mendiami dan menguasai Kuala Lumpur pada masa itu.
EPISOD 2
KEMAKMURAN KUALA LUMPUR
‘Orang-orang yang berniaga kain dan makanan keperluan harian di sana semuanya terdiri daripada
orang-orang Mandailing dan Rawa.’ Haji Abdullah Hukum
Di Kuala Lumpur @ Muara Bustak, Sutan Naposo @ Sutan Puasa dan orang-orang Mandailing melakukan kegiatan mendulang dan melampan bijih timah. Kemahiran mendulang dan melampan bijih timah tersebut sebenarnya diwarisi secara turun-temurun dari Tanah Besar Sumatera. Sistem melombong yang digelar melampan itu sering digunakan oleh orang-orang Mandailing untuk melombong emas dan perak di Aek Batang Gadis.
‘The lampan was a four-sided wooden tray used in washing the tin.’ (146) - Tugby.
Sistem melampan ini tidak jauh bezanya dengan mendulang. Cuma alat yang digunakan berlainan sedikit. Orang-orang Mandailing menggunakan papan berbentuk lengkung bersegi 4 bagi mengasingkan bijih timah dari ketulan tanah yang diayak.
‘The Malays produced tin by the lampan method which required a relatively small labour unit. Miners from Sumatra could work tin or seek for gold.’ (7) – Tugby.
Sistem melampan ini menggunakan tenaga buruh yang sedikit. Dengan cara ini, aktiviti perlombongan secara melampan di Kuala Lumpur dapat dilakukan dengan berkesan oleh orang-orang Mandailing. Malahan wanita-wanita Mandailing sendiri turut terbabit di dalam aktiviti perlombongan itu seperti yang dinyatakan oleh Donald Tugby sebagai;
‘It is woked out sand in the river beds – a very favourite employment with Mandailing women.’ (146)
Ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan orang-orang Bugis yang tidak mempunyai kemahiran melampan tersebut disebabkan latarbelakang kehidupan mereka yang tidak tetap dan bergantung kepada laut. Ini terbukti semasa Raja Abdullah bin Raja Jaafar datang ke kawasan perlombongan Ampang pada 1857, beliau terpaksa membawa masuk 87 pekerja lombong Cina dari Lukut. Ini jelas menunjukkan orang-orang Bugis tidak mempunyai kemahiran melombong bijih timah dan terpaksa bergantung kepada kemahiran orang-orang Cina.
Apabila kegiatan melampan bijih timah di Kuala Lumpur menjadi semakin maju, Sutan Naposo telah mengundang lebih ramai ahli keluarga dan pengikut-pengikutnya supaya datang dari Tanah Mandailing untuk bermastautin di Kuala Lumpur.
‘Mandailings began to visit Malaya after about 1820 to work gold and tin in small groups.’ (18) - Tugby.
Perusahaan bijih timah di Kuala Lumpur menjadi begitu pesat sehinggakan tenaga kerja yang sedia ada di Kuala Lumpur pada masa itu sudah tidak lagi mencukupi. Maka itu Sutan Naposo terpaksa mencari jalan keluar untuk memastikan pengeluaran bijih timah yang dihasilkan dapat menampung permintaan pasaran. Salah satu cara yang boleh mengatasi masalah tersebut adalah dengan membeli golongan hatoban atau hamba-abdi yang terdapat di pasaran terbuka di beberapa buah pelabuhan di Tanah Melayu.
Hatoban atau hamba-abdi ini biasanya terdiri daripada budak-budak Batak yang biasanya ditangkap di dalam perjalanan mereka ke pekan sehari di Tanah Besar Sumatera ataupun mereka yang kalah perang di dalam perang antara kampung ataupun mereka yang lahir dari keluarga hatoban di mana anak itu menjadi anak hatoban. Budak-budak inilah kemudiannya dijual ke Tanah Melayu untuk dijadikan hamba-abdi. Sewaktu Perang Padri 1816–1838, ramai budak Batak ini ditawan oleh angkatan Padri untuk dijual ke Tanah Melayu bagi mendapatkan bekalan senjata peperangan. (47) - Mangaradja Ihoetan.
Perkara ini turut diakui oleh seorang penulis Batak yang sangat terkenal di Indonesia iaitu Profesor Dr. W. Bonar Sidjabat di dalam bukunya yang bertajuk ‘Ahu Si Singamangaraja’ bahawa budak-budak Batak itu dijual ke Tanah Melayu untuk dijadikan hamba-abdi. (85)
Lantaran itu Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing pada masa itu menggunakan golongan hatoban ini sebagai hamba-abdi mereka untuk menjalankan kegiatan melampan di lombong-lombong Sutan Naposo;
‘The work was probably carried out by debt bondsmen and slaves of the chiefs.’ (146) – Tugby.
Kedatangan keluarga dan pengikut-pengikut Sutan Naposo ke Kuala Lumpur telah mengakibatkan pertambahan bilangan penduduk. Ini bererti lebih banyak kawasan penempatan dan perlombongan perlu dibuka bagi menampung kehadiran mereka. Dengan ini Kuala Lumpur semakin berkembang maju.
Bagi menampung keperluan harian penduduk Kuala Lumpur yang semakin ramai, Sutan Naposo telah mengusahakan perniagaan runcit dan barang-barang keperluan yang dibawa masuk dari Kuala Kelang. Walaubagaimana pun kegiatan utama beliau adalah perniagaan bijih timah.
Sutan Naposo adalah seorang yang berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi. Beliau telah melihat jauh ke hadapan tentang kedudukan Kuala Lumpur sebagai sebuah perkampungan besar Mandailing dan potensi Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat perdagangan di masa yang akan datang. Beliau bercita-cita untuk memajukan dan membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat dagangan di kawasan pendalaman di hulu Sungai Kelang.
Atas dasar itu, beliau telah membuat beberapa perancangan yang baik;
a. mengadakan sistem pengangkutan air di antara Kuala Lumpur dan Kuala Kelang
b. menyusun semula struktur perkampungan masyarakat Mandailing
c. membina infrastruktur asas yang membantu perkembangan aktiviti perdagangan, pertanian serta perlombongan di Kuala Lumpur.
a. mengembangkan kegiatan pertanian bagi menampung bekalan makanan di Kuala Lumpur
b. menggalakkan perusahaan bijih timah di sekitar Kuala Lumpur
c. menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan dan perniagaan
SUTAN NAPOSO MENGADAKAN SISTEM PENGANGKUTAN AIR DI ANTARA KUALA LUMPUR DAN KUALA KELANG
Pada masa itu aktiviti perdagangan telah berjalan dengan rancak di Kuala Kelang. Barang-barang dagangan yang dihasilkan di Kuala Lumpur turut dijual dan diniagakan di Kuala Kelang. Begitu juga dengan barangan keperluan di Kuala Kelang dibawa masuk ke Kuala Lumpur.
‘The rivers were the only highways...’ (7) – Middlebrook dan Gullick.
Sutan Naposo turut melibatkan diri di dalam perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan barang-barang dagangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kelang dan sebaliknya. Ini secara tidak langsung dapat membantu Sutan Naposo untuk memasarkan barang-barang dagangan serta mengurangkan harga kos barang yang hendak dijual di Kuala Kelang dan Kuala Lumpur. Dengan cara ini, harga barang-barang dagangan Sutan Naposo khususnya hasil bijih timah akan menjadi lebih kompetitif dan mempunyai daya-saing.
‘The rivers and streams were the critical geographic features in the nineteenth century. They acted as avenues of communication; they were a means of transport.’ (6) – Tugby.
Perniagaan perkhidmatan pengangkutan yang membawa barang-barang dagangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kelang akan dibawa dengan perahu-perahu kecil dari Kuala Lumpur dan singgah ke Kampung Damar Sara (kini dikenali sebagai Damansara) di muara Sungai Damar Sara dan Sungai Kelang. Dari Kampung Damar Sara, barang-barang dagangan tersebut akan dipunggah masuk ke perahu-perahu besar atau rakit-rakit besar untuk diangkut semula ke Kuala Kelang. Ini ialah kerana Sungai Kelang dari Kuala Lumpur ke Kampung Damar Sara adalah sempit dan cetek sehinggalah Sungai Kelang itu bercantum dengan Sungai Damar Sara di muara Sungai Damar Sara di mana terletaknya kampung yang dinamakan Kampung Damar Sara. (69) – Buyong Adil 1971 (203) – Gullick 1955.
Begitu juga sebaliknya perniagaan perkhidmatan pengangkutan yang membawa barang-barang dagangan dari Kuala Kelang ke Kuala Lumpur akan dibawa dengan perahu-perahu besar dan rakit-rakit besar dari Kuala Kelang dan singgah di Kampung Damar Sara. Dari Kampung Damar Sara, barang-barang dagangan tersebut akan diangkut semula dengan menggunakan perahu-perahu kecil ke Kuala Lumpur. Perkhidmatan pengangkutan barang-barang dagangan Sutan Naposo ini diuruskan oleh seorang nakhoda kapal yang sangat dipercayai oleh Sutan Naposo yang bernama Nakhoda Badu.
Pada masa itu beras yang hendak diangkut dari Kelang ke Kuala Lumpur akan dikenakan bayaran $40.00 sekoyan. Perjalanan tersebut akan mengambil masa 10 ke 15 hari satu perjalanan. Ini ialah kerana perjalanan dari Kuala Kelang ke Kuala Lumpur adalah sejauh 96 km.
‘Prior to that, tin transportation had been by boat through a 96 km journey on the meandering Klang river.’ – The Star, 1 Feb 2001.
Perniagaan pengangkutan di Sungai Kelang seperti yang dilakukan oleh Sutan Naposo ada disebutkan di dalam catatan S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick;
‘The Sumatran Malays who made a living by transporting goods up and down the river ...’ (25)
SUTAN NAPOSO MENYUSUN STRUKTUR PERKAMPUNGAN MANDAILING DI KUALA LUMPUR
Apabila penduduk Mandailing di Kuala Lumpur menjadi bertambah ramai, Sutan Naposo telah menyusun kembali struktur perkampungan orang-orang Mandailing di situ. Beliau telah membina sebuah Bagas Godang atau rumah besar yang selayaknya bagi beliau. Rumah tersebut beratap ijuk dan berbentuk lentik ke atas. Seperti rumah raja-raja Pamusuk yang lain, terdapat juga anjung di bahagian hadapan rumah beliau. Anak tangganya 7, tingkapnya 21, dapur rumahnya terasing dan dihubungkan dengan bahagian utama rumah besar tersebut. Ruamh tersebut merupakan rumah yang paling besar, paling kukuh dan paling indah di kampung. Orang lain di dalam kampung tersebut tidak diizinkan membina rumah lebih besar, lebih kukuh atau lebih cantik dari rumah raja. Malahan rumah-rumah orang lain tidak dibenarkan membina verandah seperti Bagas Godang.
‘The most important buildings in a Mandailing village are the ceremonial buildings, made of timber with roofs of ijok attap. At the centre of the huta, we will find the ruler’s dwelling which is called the bagas godang and a council hall called the sopo godang.’ (8) – Drs. Z. Pangaduan Lubis.
Di sebelah kanan rumah tersebut, sebuah Sopo Godang atau balai besar turut dibina. Dinding balai besar tersebut dibina dengan separuh ketinggian sahaja. Terdapat 7 anak tangga dan atapnya diperbuat daripada ijuk.
‘The governing councils are held in the sopo godang. The sopo godang has no walls – signifying that the government has to be conducted in an open manner and that people can hear and witness the proceedings. In the language today, we are transparent.’ (9) – Drs. Z. Pangaduan Lubis.
Dengan perbincangan terbuka di antara seorang raja dan seorang rakyat di Sopo Godang atau balai besar, maka segala yang dibincangkan adalah telus dan tidak ada komplot atau konspirasi di sebalik tabir. Ini sekaligus mengurangkan fitnah terhadap Raja Mandailing dan amalan ini melambangkan sistem demokrasi yang paling telus.
Di sebelah kiri Bagas Godang tersebut, terdapat sebuah binaan kecil yang dinamakan Bagas Adat untuk menyimpan peralatan muzik tradisional Mandailing iaitu Gordang Sembilan dan Gendang Boru.
Di hadapan Bagas Godang tersebut, terdapat sebuah kawasan lapang yang digunakan sebagai tempat orang ramai berkumpul jika diperlukan. Tanah lapang itu juga digunakan sebagai gelanggang silat pada waktu amalam. Hanya di luar kawasan tanah lapang tersebut, barulah terdapat deretan rumah-rumah keluarga dan pengikut Sutan Naposo.
Di belakang rumah tersebut, terdapat beberapa buah Bagas Eme atau pondok kecil yang digunakan untuk menyimpan padi dan beras. Di belakang pondok-pondok kecil tersebut, terdapat beberapa buah kolam ikan yang besar yang digunakan untuk memelihara beberapa jenis ikan air tawar. Di belakang kolam ikan tersebut, terdapat kandang-kandang kerbau peliharaan Sutan Naposo. Kerbau di dalam adat Mandailing melambangkan kekayaan seseorang. Semakin banyak kerbau yang dimiliki oleh seseorang, maka semakin kayalah seseorang itu.
Gambaran tersebut tidak banyak berbeza dengan struktur perkampungan Mandailing yang terdapat di Tanah Besar Sumatera pada masa itu.
SUTAN NAPOSO MENGGALAKKAN ORANG-ORANG MANDAILING BERHIJRAH KE SEKITAR KUALA LUMPUR
Apabila penduduk Mandailing bertambah ramai di Kuala Lumpur, Sutan Naposo telah menggalakkan orang-orang Mandailing membuka penempatan-penempatan baru di sekitar Kuala Lumpur seperti di Ampang, Kuala Bandar atau Kuala Kanching dan sebagainya.
‘7 from Ulu Langat to Ulu Ampang, i.e. to the foot of the hill on this side, and 8 from Ulu Ampang to Qualla Lumpor.’ (218) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pada masa yang sama, Sutan Naposo mengalakkan orang-orang Mandailing di sekitar Kuala Lumpur ini membuka ladang-ladang pertanian bagi menyediakan pasaran pekerjaan yang lebih besar kepada orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur.
Di Kuala Bandar atau Kuala Kanching yang terletak 20 batu perjalanan dari Kuala Lumpur dan 5 batu dari kawasan perlombongan Kanching, orang-orang Mandailing telah beramai-ramai membuka penempatan baru dan menjadikan Kuala Bandar sebagai satu pusat perniagaan yang agak sibuk.
‘There is a fair river at Bandar and all the tin from Kanching goes down it. Bandar is in fact, as its name implies, the Town (of Kanching). It is simply a Mart for buying and selling...’ (222) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Going further away from Kanching we came to worked-out mines and these extended up to the end of the valley. From top of the hill on the left of the valley going towards Bandar.’ (222) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Distance from Kanching 5 miles, a long 5 miles, and from Q.Lumpor 20 miles.’ (222) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
SUTAN NAPOSO MEMBINA TAMAN MENGINDAHKAN KUALA LUMPUR
Selain dari membina Bagas Godang dan Sopo Godang, Sutan Naposo sebagai peneraju pembangunan Kuala Lumpur turut membina taman-taman yang cantik bagi menyerikan lagi suasana di Kuala Lumpur.
Di sepanjang jalan dari Kuala Lumpur ke Ampang yang sejauh 8 batu, terdapat beberapa buah taman yang dibina berselang-seli dengan dusun-dusun kelapa dan rumah-rumah orang-orang Mandailing.
‘The road from Ulu Ampang to Qualla Lumpor is all open thro’ lallang, gardens and occasional villages...’ (218) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Sutan Naposo turut mengarahkan orang-orang Mandailing membina taman-taman yang cantik bagi mengindahkan lagi kota impian Kuala Lumpur.
‘Thro’ the pass of these hills and out into the open, which formerly was a long stretch of gardens cultivated by Mendeling men.’ (222) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Usaha Sutan Naposo membina taman-taman di Kuala Lumpur tidak ubah seperti pembinaan taman yang pernah dilakukan oleh raja-raja Parsi di kota Pasargadae 2200 tahun yang lalu. Raja-Raja Parsi telah membina sebuah taman seluas lebih 50km persegi yang dinamakan Paradasa dan diairi dengan sistem pengairan bawah tanah yang indah bagaikan taman di syurga.
SUTAN NAPOSO MEMBINA SISTEM PENGAIRAN BAGI MERANGSANG AKTIVITI PERDAGANGAN, PERTANIAN DAN PERLOMBONGAN DI KUALA LUMPUR
Apabila pembangunan Kuala Lumpur menjadi bertambah pesat, Sutan Naposo merancang untuk membina satu kawasan pertanian yang luas bagi menampung keperluan makanan yang semakin meningkat. Untuk tujuan tersebut, Sutan Naposo terpaksa membina sebuah empangan untuk menyalirkan air ke kawasan pertanian tersebut. Di samping itu, empangan tersebut juga dapat membantu perusahaan bijih timah di sungai yang berkenaan kerana sebahagian sungai tersebut menjadi cetek dan mudah digunakan bagi kegiatan melampan bijih timah.
‘During the 19th and early 20th century there was a sizeable migration of Mandailings to Peninsular Malaya, and they also brought with them their agriculture, mining and dam-building techniques.’ (7) – Drs. Z. Pangaduan Lubis.
Dengan penjelasan di atas, maka tepat sekali bahawa Ampang itu juga dibuka oleh Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing. Ini ialah kerana nama Ampang itu sendiri berasal dari perkataan ‘Ampangan’ dalam bahasa Mandailing yang bermaksud sungai yang diempang dengan batu-batu besar bagi tujuan saliran dan pengairan air ke sawah-sawah padi serta untuk kegunaan harian dan tujuan perlombongan.
Di dalam bahasa Tapanuli pula, Ampang itu adalah bakul tempat mengisi makanan yang digunakan di dalam upacara-upacara adat. Adalah aneh jika perkataan Ampang itu wujud tanpa empangannya dan jika ada empangan pula tiada pula orang yang membuatnya. Jelas sebelum kedatangan Raja Abdullah, sudah ada orang yang lebih awal membuka kawasan Ampang.
Gambaran empangan tersebut telah dicatatkan oleh Frank A. Swettenham sebagai;
‘Ampang, a lake formed by the damming of a considerebal stream which runs into the Salangor river just below the village. The dam is about 200 yds long and it forms a very considerable lake between 1 and 2 miles long running nearly to the foot of the hills and varying from 100 to 200 yds wide. 13 streams fall nto it, all tin streams it is said. The dam head is 1¼ to 1½ miles from the village and was made about 80 years ago to work one huge mine below it. From the mine run two long and deep sluices, now empty, but which appear to have been used to run the earth and rubbish dug out of the mine down into the Salangor river. They run from each end of the embankment down into the Salangor river. The mine this dam was made to work is gigantic compared to the mines today and was worked entirely by Malays.’ (226) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Frank A. Swettenham telah melawat Ampang dan menjumpai empangan tersebut pada 30 Mac 1875. Beliau telah menjangkakan bahawa empangan itu telah dibina sekitar 80 tahun yang lalu. Walaupun anggaran beliau itu kurang tepat, namun ia cukup menggambarkan usia empangan tersebut sekurang-kurangnya lebih setengah abad yang lalu.
Siapakah yang berada di Ampang atau Kuala Lumpur pada setengah abad atau 50 tahun yang lalu? Jika 50 tahun dijadikan sebagai asas, maka empangan di Ampang itu dibina pada sekitar 1820an. Ini sangat sesuai dengan masa wujudnya ‘Lumpur’ di tempat pertemuan 2 buah sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Kelang yang pada masa itu dianggap sebagai satu tempat perlombongan bijih timah yang sangat penting.
‘...around 1818 and lists Sungei Lumpor as the settlement furthest up the Klang River towards the central range, and an important centre of tin production.’ (7) – Gullick 2000.
Membuat empangan adalah satu kemahiran orang-orang Mandailing. Secara tradisionalnya orang-orang Mandailing di Tanah Besar Sumatera membina empangan bagi tujuan pertanian dan perlombongan emas. Ini adalah satu perkara yang menjadi kelaziman di Tanah Mandailing. Itulah sebabnya orang-orang Mandailing pada zaman dahulu baik di Tanah Besar Sumatera mahupun di Tanah Melayu sangat mahir dalam membuat empangan.
Terdapat beberapa bukti di Tanah Melayu di mana orang-orang Mandailing telah membina empangan bagi tujuan pertanian, perlombongan dan kegunaan harian;
a. Empangan Imam Perang di Gopeng yang dibuka oleh Imam Perang Jabarumun. (26) – Tugby
b. Empangan air di Kampung Sungai Chincin yang dibuka oleh Sheikh Muhammad Nur. (90) – Abdul Ghani Said.
c. Empangan air di kawasan pergunungan di Ulu Slim bagi mengairi kampung-kampung Mandailing di Slim. (157) – Tugby.
Sedangkan sistem pengairan dan empangan yang dimaksudkan di atas tidak pernah wujud di dalam sejarah Bugis. Ini ialah kerana secara semulajadi kehidupan orang-orang Bugis itu adalah berasaskan dan berlatarbelakangkan kegiatan di laut. Lantaran itu orang-orang Bugis merupakan pakar di laut. Mereka mempunyai teknologi membuat kapal layar, perahu laju serta membuat alat-alat untuk menangkap ikan yang canggih. Namun belum ada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa orang-orang Bugis ada membuat empangan di Tanah Melayu. Orang-orang Bugis sama sekali tidak mempunyai kemahiran tinggi dalam membuat empangan yang dimaksudkan untuk tujuan perlombongan, pertanian dan kegunaan harian jika dibandingkan dengan orang-orang Mandailing yang kehidupan mereka bergantung kepada pertanian, bersawah dan melombong emas dan bijih timah. Justeru itu tidak mungkin Ampang itu dibuka oleh orang-orang Bugis atau Raja Abdullah pada tahun 1857 lantaran nama Ampang itu sendiri sangat kuat bertaut kepada aktiviti kehidupan orang-orang Mandailing.
Ia sekaligus menidakkan dakwaan orang-orang Bugis yang kononnya kampung terawal yang terbina di Kuala Lumpur adalah Kampung Ampang yang dibuka oleh Raja Abdullah pada tahun 1857. Ampang telah lama wujud sebelum kedatangan Raja Abdullah. Kenyataan W.S. Cracroft, Laporan John Anderson, urusan pembelian Ampang 1857 dan harga pembelian Ampang 1857 masing-masing membuktikan bahawa jauh sebelum kedatangan Raja Abdullah ke Ampang, kawasan tersebut telah pun didiami oleh orang-orang Sumatera khasnya orang-orang Mandailing dan Rawa di bawah pimpinan Sutan Naposo.
Ini sekaligus membuktikan bahawa sebelum kedatangan Raja Abdullah ke Kuala Lumpur, Ampang sudah lama wujud sebagai satu kawasan perlombongan bijih timah yang maju dan ianya diusahakan oleh Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing.
Kemahiran orang-orang Mandailing di dalam perusahaan perlombongan bijih timah terserlah apabila Sutan Naposo berjaya menghasilkan bijih timah dengan produktiviti yang baik sehingga menarik perhatian Raja Abdullah serta rakan-rakannya untuk membeli lombong tersebut dengan harga yang begitu tinggi. Namun begitu Raja Abdullah yang tidak mempunyai pengetahuan untuk melombong bijih timah gagal mengeluarkan hasil bijih timah tersebut selama 2 tahun walaupun beliau menggunakan kepakaran pekerja-pekerja Cina. Sekali lagi kenyataan ini membuktikan bahawa orang-orang Bugis tidak ada kepakaran di dalam perusahaan melombong bijih timah.
‘Two years later, in 1859, the first tin was exported.’ (18) – Middlebrook dan Gullick.
Sedangkan Raja Jumaat kemudiannya menghantar lagi 150 pekerja lombong Cina tambahan ke Kampung Ampang selepas 69 daripada 87 pekerja lombong tersebut telah mati akibat dari demam malaria. ‘They then sent 87 Chinese miners from Lukut up the Klang River to prospect for tin. Within a month of their arrival only 18 of the miners remained but the work went on.’ (10) – Gullick 1955.
‘Still undeterred, Raja Abdullah sent a message to his brother at Lukut for more men. The latter replied with another 150 coolies, in five boats and with a full stock of provisions. Two years later, in 1859, the first tin was exported.’ (18) – Middlebrook dan Gullick.
Selain daripada membina empangan, orang-orang Mandailing juga terkenal dengan kemahiran membina sistem pengairan dan saliran yang merupakan satu kemahiran yang dipusakai secara turun-temurun oleh orang-orang Mandailing sejak zaman-berzaman lagi.
‘The villages are located on the terrain overrun with fresh water springs and rivers.’ (7) – Drs. Z. Pangaduan Lubis.
‘A prominent feature of traditional Mandailing villages are the cleverly constructed waterways which supply the community’s daily needs for drinking water, washing, bathing and ablution.’ (7) – Drs. Z. Pangaduan Lubis.
Kehandalan orang-orang Mandailing dalam membina sistem pengairan dan saliran ini turut diperakui oleh pihak Inggeris sebagai sistem pengairan dan saliran yang terbaik dan termoden jika dibandingkan dengan sistem yang digunakan oleh kumpulan orang-orang Melayu yang lain di Tanah Melayu pada masa itu. (157) – Tugby.
‘A system of bamboo pipes supply water for bathing and washing clothes. After the water has passed through the households, it is then channeled to the rice fields for irrigation.’ (7) – Drs. Z. Pangaduan Lubis.
Sutan Naposo pada masa itu turut mengupah orang ramai untuk membina taliair untuk mengairi sawah-sawah padi dan kawasan pertanian di Kuala Lumpur. Malahan pada masa inilah Haji Abdullah Hukum yang berketurunan Kerinci itu datang ke Kuala Lumpur dan bekerja di bawah Sutan Naposo sebagai pembuat taliair. Usaha membuka kawasan sawah dan pertanian inilah yang menarik pendatang-pendatang dari Sumatera khasnya orang-orang Mandailing untuk menetap di Kuala Lumpur.
Bagi memajukan dan membangunkan Kuala Lumpur, Sutan Naposo telah mengatur deretan kedai untuk peniaga-peniaga menjalankan kegiatan perniagaan di sana. Di samping itu, Sutan Naposo telah membina 2 buah jalan raya bagi menghubungkan pusat perniagaan tersebut dengan pengkalan jeti di muara Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Jalan-jalan tersebut telah ditambak dengan batu pasir sungai bagi mengukuhkan lagi permukaannya. (I:3) – Adnan Haji Nawang.
Bertentangan dengan pengkalan jeti tersebut, terdapat sebuah masjid yang dibina oleh Sutan Naposo untuk kegunaan orang ramai (ia dibina semula pada 1892 dan kini dikenali sebagai Masjid Jamik). Sepertimana kebiasaan yang sering dilakukan oleh orang-orang Islam pada masa itu, di dalam kawasan masjid ini turut dibina sebuah kawasan perkuburan Islam.
‘Until 1892, this piece of land where the Gombak and Klang rivers meet was a Malay burial ground.’ - The Star, 1 Feb 2001.
SUTAN NAPOSO MENGEMBANGKAN KEGIATAN PERTANIAN BAGI MENAMPUNG BEKALAN MAKANAN DI KUALA LUMPUR
Tidak seperti orang-orang Melayu yang lain pada masa itu, Sutan Naposo melihat dan mahukan bidang pertanian ini dijadikan sebagai satu industri yang perlu dimajukan dan diperluaskan secara terancang di bawah satu sistem pentadbiran yang teratur. Lantaran itu, Sutan Naposo telah menggalakkan ahli keluarganya dan pengikut-pengikut beliau untuk membuka tanah-tanah baru di sekitar Kuala Lumpur bagi tujuan pertanian, perkebunan dan bersawah.
Sutan Naposo berpegang kuat kepada falsafah kehidupan orang-orang Mandailing yang berbunyi ‘Baen ma huta martalaga na sora hiong.’ yang bermaksud hidup ini memerlukan makanan yang cukup supaya semua orang cukup mewah.
Bagi merealisasikan rancangan industri pertanian serta bagi memperkukuhkan bekalan makanan penduduk Kuala Lumpur yang kian bertambah, rancangan tersebut tidak boleh hanya dijalankan di atas satu atau dua relong sawah tetapi ianya perlulah dilakukan di satu kawasan yang besar sekurang-kurangnya lebih dari 50 ekar. Atas dasar itu, Sutan Naposo sendiri turut membuka lebih banyak kawasan sawah padi yang luasnya beratus-ratus ekar dari sekitar Kuala Lumpur hinggalah ke Gombak dan Air Panas (Setapak). Begitu juga dengan pembukaan kawasan pertanian dan tanaman kontan seperti tanaman jagung, ubi keledek, ubi kayu, pisang dan sebagainya.
‘Ada pun Setapak sekarang di Ulu Sungai Tapak namanya dan Ulu Gombak sekarang Air Panas namanya, maka Sutan Puasalah yang membuka sawah pada kedua-dua tempat ini.’ (I:3) – Adnan Haji Nawang.
Bagi melaksanakan tujuan tersebut, Sutan Naposo telah mengupah pekerja-pekerja untuk menebas hutan-hutan yang agak berpaya supaya dijadikan kawasan sawah padi. Kawasan sawah padi tersebut kemudiannya dibahagikan kepada kaum keluarga dan pengikut-pengikutnya untuk bersawah.
Urutan dari peluasan kawasan pertanian tersebut, Sutan Naposo terpaksa memikirkan untuk membina beberapa kompleks pertaniannya sendiri di sudut tertentu di sesebuah kawasan pertanian yang luas. Dengan cara ini, pekerja-pekerja ladang dan sawah Sutan Naposo dapat berhimpun dan menyimpan segala peralatan yang digunakan di dalam aktiviti pertanian tersebut. Dengan kata lain, beberapa buah kampung Mandailing terpaksa dibina bagi mengadakan perkhidmatan yang diperlukan oleh ladang-ladang besar di sekelilingnya.
Di antara kampung-kampung yang dibina ini adalah Kampung Gombak dan Kampung Sungai Mulia yang dibuka di tempat pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Mulia. Jelas bahawa Sutan Naposo bukan sahaja merupakan seorang ketua dan Waris Negeri di Kuala Lumpur, malahan beliau juga merupakan orang pertama yang membuka dan membangunkan Gombak serta memajukan Kuala Lumpur sebagai penempatan awal orang-orang Mandailing di Tanah Melayu.
Bagi menjaga sawah padi dari gangguan burung-burung dan lain-lain binatang perosak, Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing telah menggunakan cara yang mudah tetapi berkesan dalam mengatasi masalah tersebut. Mereka menggunakan beberapa jenis alat yang boleh mengeluarkan bunyi halus yang boleh menghalau burung-burung dan binatang perosak dari sawah. Yang lebih menarik lagi, alat-alat ini dijanakuasakan oleh tenaga dari sumber semulajadi seperti air dan angin dan tidak perlu diawasi atau dijalankan oleh manusia. Teknologi canggih sebegini yang hanya digunakan oleh orang-orang Mandailing pada masa itu adalah mirip alat-alat yang digunakan oleh orang-orang Parsi pada zaman dahulukala. Perkara ini dinyatakan oleh Drs. Z. Pangaduan Lubis sebagai;
‘Water and wind-driven musical instruments are used in the fields to make music for the farmers and to scare away pests and wild animals.’ (7)
Di setiap kawasan tapak pertanian yang dibuka oleh Sutan Naposo, sesiapa sahaja dibenarkan bersawah di tapak-tapak tersebut dengan syarat mereka dikenakan cukai sebanyak 10% ke atas jumlah hasil sawah tersebut pada setiap musim menuai.
Pegangan kawasan yang begitu luas di Kuala Lumpur ini menjadikan Sutan Naposo begitu kaya sehingga beliau tidak begitu mengambil kira tentang sama ada mereka yang menyewa kawasan tersebut membayar cukai sepenuhnya ataupun tidak. Apa yang diterima adalah mengikut pengakuan pesawah-pesawah tersebut. Pendek kata apa yang diberikan oleh pesawah-pesawah, itulah yang diterima oleh beliau tanpa banyak soal. Ini ialah kerana kebanyakan mereka yang menyewa kawasan penanaman padi tersebut ada hubung-kait kekeluargaan dengan Sutan Naposo sendiri. Sikap liberal, pemurah dan bertolak ansur Sutan Naposo inilah yang menarik perhatian ramai dan memakmurkan Kuala Lumpur. (I:3) – Adnan Haji Nawang.
Malahan apabila ramai di antara keluarga beliau bermastautin di Gombak, Sutan Naposo kemudiannya membina sebuah lagi rumah baru di Kampung Sungai Mulia. Saban hari semakin ramai orang Sumatera khususnya orang-orang Mandailing yang berpindah ke Gombak dan membuka kampung-kampung dan sawah-sawah padi di sana.
Dalam masyarakat orang-orang Mandailing, konsep bergotong-royong ini tidak terhad kepada orang-orang lelaki di dalam sesebuah kampung tersebut. Semua pihak akan terlibat di dalam pembahagian kerja pertanian khasnya di dalam usaha menanam padi. Keadaan ini telah digambarkan oleh Donald Tugby sebagai;
‘For wet-rice production, there was a more complicated division of labour: the men looked after the dams and waterways; the women tilled the fields, and sowed the seed-beds; the men and youths planted out the seedlings; the women weeded the growing crop; the men harvested the crop; the women did the winnowing; and the men repaired the rice barn and carried home the bulk of the crop. Men and women were responsible for magic on the rice fields.’ (34)
Selain dari menanam padi sebagai bekalan makanan ruji, orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur turut mengusahakan tanaman kontan di kawasan belakang rumah mereka. Antara tanaman yang diusahakan adalah seperti ubi kayu, ubi keledek, jagung, tebu dan pisang. Jagung pula ditanam selepas musim menuai di atas tanah sawah yang sudah kering. Lantaran jagung merupakan salah satu sumber makanan tambahan bagi penduduk di Kuala Lumpur.
Di samping menanam padi, orang-orang Mandailing turut menanam sayur-sayuran sebagai bekalan makanan keperluan harian. Berbeza dengan cara penanaman sayur di kalangan kaum-kaum lain di Tanah Melayu, orang-orang Mandailing pada masa itu menanam sayur di tepi-tepi rumah, di atas batas sawah padi dan di tepi kolam ikan. Pada masa itu belum ada penanaman sayur secara besar-besaran walaupun usaha ke arah tersebut telah dilakukan bagi memenuhi permintaan penduduk-penduduk di Kuala Kelang.
‘Di Kuala Lumpur boleh bertanam sayur dan boleh melampan.’ (I:3) – Adnan Haji Nawang. Inilah pandangan Haji Abdullah Hukum mengenai keadaan Kuala Lumpur pada masa itu di mana penanaman sayur-sayuran telah mula digalakkan oleh Sutan Naposo.
Selain daripada sayur-sayuran bagi menampung keperluan harian penduduk di Kuala Lumpur, Sutan Naposo juga menggalakkan penduduk Kuala Lumpur menanam pepohon buah-buahan seperti pisang, jambu, langsat, manggis, durian dan lain-lain lagi. Pepohon ini biasanya ditanam jauh di belakang rumah orang-orang Mandailing sebagai kebun buah-buahan. Tanaman ini merupakan tanaman sampingan untuk keperluan sesuatu keluarga itu sahaja. Di dalam kebun buah-buahan ini juga, orang-orang Mandailing biasanya menanam pokok-pokok herba yang mempunyai nilai-nilai perubatan yang tinggi.
Selain daripada itu, orang-orang Mandailing di sekitar Kuala Lumpur turut bekerja keras bagi menampung bekalan makanan di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Di sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Ampang, Sutan Naposo telah mengarahkan orang-orang Mandailing untuk mengusahakan penanaman kelapa secara besar-besaran bagi memastikan bekalan makanan ke Kuala Lumpur terjamin.
‘There are acres and acres of plantation on both sides of the road, mostly owned by Malays.’ (218) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Di Kuala Bandar atau Kuala Kanching, orang-orang Mandailing di sana telah mengusahakan penanaman sagu dan membuka dusun-dusun kelapa bagi meningkatkan lagi bekalan makanan ke Kuala Lumpur.
‘...we passed Kuala Bandar, or as it is called here Kuala Kanching. About 2 p.m. we came to the Campongs, miles of deserted cocoanuts and sago palms, which formerly belonged to men who took up arms against Tunku Kudin and then fled the country...’ (230) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Di Kampung Permatang pula, orang-orang Mandailing mengusahakan penanaman kelapa secara besar-besaran seperti yang digambarkan oleg Frank A. Swettenham sebagai;
‘Permatang, a long and wide strip of unbroken cocoanut plantations, now for the most part deserted except that belonging to the Imam, who stayed with his children all thro’ the wars...’ (231) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

SUTAN NAPOSO MENGGALAKKAN KEGIATAN PERTERNAKAN IKAN DI KUALA LUMPUR
Selain daripada aktiviti pertanian, penternakan ikan turut menyumbang kepada bekalan makanan di Kuala Lumpur. Di sepanjang jalan dari Kuala Lumpur menuju ke Ampang, terdapat banyak kolam ikan atau tobat yang menjadi milik Sutan Naposo. Ini adalah salah satu tanda bahawa Sutan Naposo mempunyai pandangan yang jauh di dalam pembangunan Kuala Lumpur. (I:3) – Adnan Haji Nawang
Malahan di setiap rumah orang-orang Mandailing pada masa itu, lazimnya terdapat sekurang-kurangnya sebuah kolam ikan untuk menampung keperluan peribadi sesebuah keluarga tersebut.
‘Each household has a tobat or fish pond. By washing the dishes here, the fish are fed at the same time.’ (7) – Drs. Z. Pangaduan Lubis.
Kolam-kolam ini dapat mempelbagaikan bekalan makanan dengan membekalkan ikan air tawar kepada penduduk di Kuala Lumpur. Walaupun terdapat pelbagai jenis ikan yang dipelihara oleh orang-orang Mandailing, namun ikan yang sering dipelihara adalah ikan emas yang merupakan santapan utama orang-orang Mandailing secara turun-temurun.
SUTAN NAPOSO MENGGALAKKAN PERUSAHAAN BIJIH TIMAH DI SEKITAR KUALA LUMPUR
Kawasan-kawasan perlombongan bijih timah yang begitu luas di Kuala Lumpur menjadikan Sutan Naposo sangat kaya. Lantaran itu beliau telah mengundang kenalan perniagaannya di Lukut iaitu Hiew Siew dan Yap Si @ Ah Sze yang berketurunan Hakka untuk datang melabur di dalam perniagaan bijih timah di Kuala Lumpur. Lantaran itu sesetengah daripada kawasan-kawasan perlombongan Sutan Naposo kemudiannya telah disewakan kepada Hiew Siew dan Ah Sze serta peniaga-peniaga lain khususnya peniaga-peniaga Mandailing.
‘... from whom the Chinese rented their mining land.’ (29) – Middlebrook dan Gullick.
Dengan cara itu Sutan Naposo hanya mengutip pajakan lombong tersebut dan tidak perlu mengusahakannya sendiri. Penyewa-penyewa kawasan perlombongan bijih timah itu turut dikenakan cukai sebanyak 10% ke atas hasil bijih timah. Harga cukai bijih timah ketika itu adalah $1.00 setiap sebahara atau 3 pikul. (I:3) – Adnan Haji Nawang.
Selepas menyewakan beberapa kawasan perlombongan bijih timah tersebut, Sutan Naposo yang licik lagi pintar itu membuka kedai-kedai perniagaan peruncitan berhampiran kawasan tempat tinggal pekerja-pekerja lombong Cina di Kuala Lumpur. Antara barang-barang yang dijual adalah barang-barang keperluan seperti beras dan barang-barang kering. Ini ialah kerana barang-barang runcit dan keperluan harian sangat dikehendaki dan diperlukan oleh pelombong-pelombong bijih timah ketika itu.
Situasi ini selaras dengan apa yang dicatatkan oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick;
‘The miners wanted rice, opium and arrack as well as dry goods, fowls and pigs. In exchange the dealers took tin, which they exported. There was an immediate profit to be made in this way, and if the mines became permanent there might be a fortune for an enterprising man.’ (18)
Sebagai bahan pembayaran atau pertukaran, pekerja-pekerja lombong Cina itu dikehendaki membayar harga pembelian barangan harian Sutan Naposo dengan bijih timah. Ini bermakna Sutan Naposo tetap mendapatkan bekalan bijih timah dengan kos yang lebih rendah dan pulangan keuntungan yang lebih tinggi tanpa perlu menjalankan operasi melombong bijih timah yang memakan modal dan kos yang besar. Perniagaan peruncitan Sutan Naposo ini adalah lebih menguntungkan dan hanya memerlukan modal yang lebih kecil. Tambahan pula Sutan Naposo sudah lama menceburi perniagaan barangan runcit dan keperluan harian di Kuala Lumpur. Ini memberikan Sutan Naposo satu ‘economic of scale’ atau kekuatan dari segi sumber ekonomi bagi menceburi satu bidang atau satu cabang perniagaan yang berkaitan dengan perniagaan sebelumnya.
Sebaliknya kejadian kecurian dan kehilangan bijih timah sering berlaku di lombong bijih timah yang dijalankan oleh orang-orang Cina. Ini ialah kerana ramai pekerja lombong Cina menyeludup keluar bijih timah untuk ditukarkan dengan barang-barang keperluan yang diniagakan oleh Sutan Naposo walaupun harga bijih timah ketika itu jauh lebih mahal dari nilai barang-barang keperluan yang dijual oleh Sutan Naposo. Di sini terserlah kepintaran dan kelicikan Sutan Naposo di dalam urusan dan strategi perniagaan khususnya bijih timah ketika itu.
KUALA LUMPUR MENJADI PUSAT PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN
‘Kuala Lumpur masa itu sibuk cara zaman dahulu.’ (I:3) - Adnan Haji Nawang.
Di bawah pentadbiran Sutan Naposo, Kuala Lumpur telah membangun menjadi begitu makmur. Ini menyebabkan ramai anak dagang santeri datang berkumpul dan berkampung di Kuala Lumpur. Mereka mendirikan rumah-rumah kedai yang masing-masing diperbuat dari kayu beratapkan bertam. Rumah-rumah kedai yang beratapkan bertam tersebut dibina di sepanjang jalan menuju ke arah pengkalan jeti. Kebanyakan peniaga-peniaga di situ terdiri daripada orang-orang Mandailing dan Rawa. Mereka menjual kain, beras dan lain-lain barang keperluan harian yang dibawa dari Kuala Kelang. (I:3) – Adnan Haji Nawang.
Kebanyakan perniagaan-perniagaan kain dan makanan serta barang-barang runcit keperluan harian adalah dimonopoli oleh orang-orang Mandailing dan Rawa. Ini dijelaskan oleh Haji Abdullah Hukum sebagai;
‘Orang-orang yang berniaga di situ seperti menjual kain-kain dan makanan semuanya orang Melayu iaitu bangsa Rawa dan Mandailing.’ (I:3) – Adnan Haji Nawang.
Ternyata pada masa itu, Kuala Lumpur merupakan satu pusat perdagangan dan perniagaan yang sangat meriah, maju, sibuk dan makmur.
Di sana sini kelihatan pekerja-pekerja sibuk memunggah barang di kaki lima kedai-kedai yang berderetan. Suasana di Kuala Lumpur tidak ubah seperti sebuah pasar yang sangat sibuk. Orang ramai sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang membeli, ada yang melihat, ada pula peniaga-peniaga yang sedang tawar-menawar harga barangan yang dijual-beli. Suasana hingar-bingar di Kuala Lumpur itu turut disebut oleh Haji Abdullah Hukum sebagai;
‘Di sana sini orangramai bercakap dan berbisik tetapi entah apa biji butirnya saya tak tahu kerana cakap-cakap itu berlaku dalam bahasa Mandailing yang saya tidak mengerti sama sekali.’ (II:1) – Adnan Haji Nawang.
Suasana di Kuala Lumpur pada masa itu jelas menggambarkan Kuala Lumpur sebagai sebuah negeri orang-orang Mandailing kerana bahasa yang digunakan di Kuala Lumpur adalah bahasa Mandailing. Gambaran ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa penduduk di Kuala Lumpur itu diterajui oleh satu koloni iaitu orang-orang Mandailing.
Pada masa itu heboh diperkatakan oleh orangramai tentang kemakmuran Kuala Lumpur itu. Akibat dari cetusan idea Sutan Naposo yang kreatif dan luarbiasa, digabungkan dengan cara pemikiran yang logik serta usaha yang tidak mengenal putus-asa, banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan sekaligus memberikan peluang kepada orangramai untuk mencari rezeki harian. Ramai orang berebut-rebut untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan khususnya penduduk-penduduk di Sungai Ujung. Kuala Lumpur bagaikan satu kota impian dan kota idaman setiap manusia yang mencari rezeki pada masa itu.
‘Maka kami pun beredar menuju ke Kuala Lumpur kerana kata-kata orang banyak pekerjaan.’ (I:3) – Adnan Haji Nawang.
Jelas ini menunjukkan bahawa Kuala Lumpur pada masa itu telah pun terkenal dengan kegiatan ekonomi yang pesat sehingga dapat menyediakan pasaran pekerjaan yang luas.
‘Ada pula kumpulan orang-orang menggalas kain hendak berangkat ke Kuala Lumpur.’ (I:3) – Adnan Haji Nawang.
Walaupun Kuala Lumpur pada masa itu terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti perdagangan dan perniagaannya, namun di dalam mengejar pelaburan dan keuntungan, aspek keselamatan juga tidak pernah diabaikan. Sutan Naposo pada masa itu turut menggajikan beberapa ketua pegawai keselamatan bagi memastikan perjalanan aktiviti harian di Kuala Lumpur berjalan dengan lancar dan selamat.
Dengan itu Kuala Lumpur pada masa itu berada dalam keadaan yang aman dan damai. Semua orang Melayu yang tinggal di sana berada di bawah naungan ketua-ketua suku yang kesemuanya merupakan orang-orang Mandailing. (I:3) – Adnan Haji Nawang.
Namun begitu Sutan Naposo sangat berhati-hati di dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pentadbir. Beliau tidak bertindak sesuka hatinya sepertimana keadaan yang berlaku di dalam kawasan pegangan pembesar-pembesar Bugis. Beliau banyak menggunakan budi bicara dan tolak-ansur yang berasaskan budaya hidup Dalihan Na Tolu yang menuntut supaya ‘Unduk-unduk di toru ni bulu, ise na tunduk inda tola dibunu.’ yang membawa pengertian bahawa mereka yang telah mengaku salah dan insaf atas kesalahannya, tidaklah dibunuh sewenang-wenangnya.
Selain daripada mengenakan cukai 10% ke atas semua penyewa tanah pertanian, sawah dan perlombongan di kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya, Sutan Naposo turut memungut satu lagi jenis cukai di muara Sungai Kelang dan Sungai Gombak dengan kadar yang sama iaitu 10%.
‘The chief’s actual power rested upon his ability to control the principal sources of revenue from which he could provide for a following and thus maintain his position. Revenue was gained from taxing the produce of his district and especially from the traffic which passed along his section of the river.’ (xv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Di muara Sungai Kelang berhampiran dengan tempat pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak di Kuala Lumpur, Sutan Naposo membina sebuah pengkalan bagi mengutip cukai dengan lebih berkesan. Pada masa dahulu, sebuah pengkalan mengutip cukai selalunya dilengkapi dengan meriam-meriam kecil serta dengan pegawai-pegawai yang bertugas untuk mengutip cukai perahu-perahu yang lalu di situ. Cukai ke atas bijih timah pada masa itu adalah $1.00 sebahara atau 3 pikul. (I:3) - Adnan Haji Nawang.
Dari sinilah orang-orang Mandailing berulang-alik ke Kelang menggunakan sampan untuk berjual-beli dan berdagang dengan orang-orang tempatan.
Di tepi Sungai Gombak berhampiran dengan Air Panas (Setapak), Sutan Naposo turut membina sebuah lagi pengkalan bagi mengutip cukai ke atas hasil-hasil dagangan perahu-perahu yang menggunakan laluan Sungai Gombak. (I:3) - Adnan Haji Nawang.
Perkara ini dijelaskan oleh Haji Abdullah Hukum yang menyatakan bahawa ketua-ketua Mandailing di Kuala Lumpur ketika itu mengutip hasil dagangan kapal-kapal yang menggunakan laluan Sungai Kelang dan Sungai Gombak.
Ternyata Kuala Lumpur pada masa itu telah pun mempunyai satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang sangat teratur lagi terancang. Segala yang tercetus di Kuala Lumpur telah lama bermain di dalam pemikiran dan perancangan Sutan Naposo yang mahu menjadikan Kuala Lumpur sebegai pusat perdagangan dan perniagaan. Kini beliau telah melaksanakannya.
Tepat kata-kata Sutan Naposo;
‘Hanya bangsa yang hebat sahaja mendirikan bandarnya sendiri.’
FAKTOR PENTING KEJAYAAN ORANG-ORANG MANDAILING
Antara faktor-faktor penting kejayaan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh Sutan Naposo dan kebanyakan peniaga-peniaga Mandailing sendiri yang banyak membantu perkembangan kemakmuran Kuala Lumpur. Sifat-sifat inilah yang sebenarnya mengundang ramai orang untuk berhijrah dan tinggal di Kuala Lumpur khasnya orang-orang Sumatera. Tambahan pula peraturan dan kawalan keselamatan di Kuala Lumpur pada masa itu adalah terjamin di bawah pentadbiran Sutan Naposo yang sangat bijaksana.
Sutan Naposo sangat mementingkan tatacara hidup yang berasaskan adat istiadat Mandailing yang bertunjangkan Dalihan Na Tolu. Beliau percaya bahawa ‘Tubu unte tubu dohot durina.’ yang membawa maksud manusia itu wujud dengan adatnya. Oleh kerana itu kehidupan di Kuala Lumpur adalah lebih teratur dan lebih terjamin kerana segala tindakan Sutan Naposo berasaskan panduan hidup yang beradat. Maka itu orang ramai merasakan kehidupan di Kuala Lumpur itu lebih selamat.
Orang-orang Mandailing juga dianggap oleh orang-orang Inggeris sebagai satu bangsa yang sangat dihormati lagi disegani kerana sikap mereka yang rajin, berjimat-cermat, alim serta jujur. Sifat-sifat ini memberikan keyakinan kepada peniaga luar untuk melabur dan berniaga di Kuala Lumpur.
‘Mandailings are said to be careful, hard working, religious, honest and very straightforward. Reference is made to their interest in economics by describing how their women sell vegetables. In the Kajang district, they are said to be very mean, very law-abiding and as pioneers, owners of much land. They command respect, it is said, among other people of Indonesian origin because they save money and help their children.’ (110) – Tugby.
‘They look out for themselves.’ (110) – Tugby. Orang-orang Mandailing juga sangat dikenali sebagai orang-orang yang sangat berdikari dan tidak suka bergantung kepada orang lain. Sifat ini menjadikan setiap orang Mandailing mempunyai cara hidup tersendiri bagi menyara hidup masing-masing serta memainkan peranan di dalam masyarakat yang berkembang makmur.
Dari segi kebajikan masyarakat, orang-orang Mandailing mempunyai sistem kebajikan mereka yang tersendiri. Mereka mempunyai tabung pembangunan masjid, tabung pendidikan anak-anak, tabung pembangunan pondok agama, khairat kematian dan sebagainya. Dengan cara ini, masyarakat Mandailing mempunyai kehidupan yang lebih tersusun dan bersistematik.
‘...they are described as well-organized, with their own scholarship fund, mosque building fund, religious school fund, and burial cooperative.’ (110) – Tugby.
Penguasaan orang-orang Mandailing ke atas ekonomi dan pasaran bijih timah di Kuala Lumpur telah menarik perhatian orang-orang Inggeris yang berdagang di Kelang, Melaka dan Pulau Pinang. Orang-orang Inggeris yang pergi melihat dengan lebih dekat keadaan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur telah menyatakan dengan jelas mengenai sifat dan tabiat orang-orang Mandailing;
‘The Mandailings try to get possession but they are willing to sell and to trade when they can.’ (110) – Tugby.
Orang-orang Inggeris sendiri menggelar orang-orang Mandailing ini sebagai ‘smart chaps’ atau orang-orang yang pintar. Ternyata pada masa itu, orang-orang Mandailing mempunyai sistem perniagaan mereka sendiri yang sering mendatangkan keuntungan di samping sistem pentadbiran dan kawalan keselamatan bagi menjamin keamanan, keadilan dan kemakmuran.
‘They are said to be in English idiom “smart chaps”’ (110) – Tugby.
Orang-orang Inggeris menganggap orang-orang Mandailing itu pintar, berhemah tinggi, berbudi bahasa dan berani. Mereka dianggap sebagai sangat mudah dibawa untuk berunding apabila melibatkan perniagaan dan keuntungan. Mungkin sifat-sifat inilah yang telah mendorong orangramai datang bertumpu ke Kuala Lumpur dan menjadikannya sebagai sebuah penempatan yang makmur dan berjaya.
Kehandalan orang-orang Mandailing dalam menguasai perniagaan dan perdagangan ini turut diperakui oleh orang-orang Inggeris sebagai;
‘The Mandailing and the Chinese are much the same; they are clever, they will not sell at a loss; they are also clever at using words.’ (110) – Tugby.
Dengan kata lain, orang-orang Inggeris sendiri mengaku dan menganggap bahawa di kalangan orang-orang Melayu pada masa itu, hanya orang-orang Mandailing sahaja yang menampakkan kebolehan untuk bersaing dengan orang-orang Cina di Negeri-Negeri Selat seperti di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka di dalam bidang perdagangan dan perniagaan.
Sifat-sifat inilah yang mewarnai kejayaan dan kekayaan yang turut dikongsi bersama oleh beberapa personaliti Mandailing yang lain seperti Sutan Duri, Baginda Kaya Haji Dursat @ Haji Arshad, Haji Abdul Ghani, Jasuman dan Jamanambin yang merupakan pedagang-pedagang Mandailing yang kaya di Kuala Lumpur.
Dengan sifat-sifat ini jugalah, ia telah mengundang orang-orang asing datang berniaga di Kuala Lumpur kerana mereka merasa terjamin atas pelaburan dan keselamatan mereka di sana. Ini adalah faktor yang amat penting bagi membangunkan dan memakmurkan sesebuah bandar. Antara pedagang-pedagang luar yang terkenal pada masa itu adalah satu keluarga pedagang Arab yang sangat kaya dipimpin oleh Sayid Kenang dan adik-adiknya iaitu Siti Puteh dan Siti Awan, anak Sayid Kenang yang bernama Siti Sari serta menantunya Sayid Yusuf.
KUALA LUMPUR MAKMUR, HEBAT DAN MERIAH JAUH SEBELUM KEDATANGAN RAJA ABDULLAH 1857 DAN YAP AH LOY 1862
Akibat dari bilangan penduduk Kuala Lumpur yang bertambah ramai, beberapa buah kampung Mandailing turut dibuka oleh Sutan Naposo dan keluarganya bagi menampung orang-orang Mandailing yang datang berhijrah ke Kuala Lumpur. Antaranya adalah Kampung Mandailing (kini dikenali sebagai kawasan Chow Kit), Kampung Duri (kini dikenali sebagai Kampung Baru), Kampung Ampang, Kampung Air Panas (kini dikenali sebagai Setapak), Kampung Sungai Mulia dan Kampung Gombak.
Penduduk Kuala Lumpur pada masa itu menjadi terlalu ramai sehinggakan bekalan beras di Kuala Lumpur tidak mencukupi sehingga mendesak Sutan Naposo untuk membawa masuk beras dari Sungai Ujung (Seremban) bagi menampung permintaan yang begitu tinggi.
‘Pada masa itu ramai orang Kerinci yang mengambil upah menggalas hasil timah dan beras dari Sungai Ujung (Seremban) ke Kuala Lumpur. (II:5) – Adnan Haji Nawang.
Secara kesimpulannya satu pandangan yang tepat dari sudut berbeza dari kacamata barat telah dinyatakan oleh Frank A. Swettenham di dalam Journal Harian beliau yang bertarikh 2 Apr 1875 yang menyatakan bahawa Kuala Lumpur merupakan sebuah kota yang sangat hebat. Namun keadaan itu berubah apabila orang-orang Mandailing ditewaskan serta diusir keluar dari Kuala Lumpur oleh tentera bersekutu British, Tengku Kudin, Yap Ah Loy, orang-orang Cina, Kedah dan Pahang dalam Perang Kuala Lumpur. Jelas jika seorang Inggeris yang mengenali kota London boleh mengatakan Kuala Lumpur pada masa itu sebagai sebuah bandar yang hebat, apatah lagi realiti yang sebenarnya.
Jelas sekali jauh sebelum kedatangan Raja Abdullah pada 1857, sebelum kedatangan Yap Ah Loy pada 1862 mahupun kedatangan British kemudiannya, Kuala Lumpur telah pun menjadi satu bandar yang besar, hebat, meriah, makmur lagi mashur.

EPISOD 3
ASAL MANDAILING DAN
BEZANYA DENGAN BATAK
‘...Sian tano hondur, tano malambut, tano hulambu jati,
sian tano padang bakkil Mandailing, tano siogung-ogung;
parsirangan ni tano, pardomuan ni aek;
Sian i ma dalan laho tu ginjang, partuatan ni Ompunta...’
Tonggo-Tonggo Siboru Deakparujar Sutan Naposo @ Sutan Puasa merupakan pembuka, pengasas, pembangun, tuan punya dan Waris Negeri Kuala Lumpur @ Muara Bustak. Beliau merupakan seorang putera raja berketurunan Mandailing dari Tanah Besar Sumatera. Terdapat pelbagai versi dan pendapat mengenai asal-usul Mandailing itu namun tidak ada satupun yang benar-benar berjaya menghuraikan asal-usul orang-orang Mandailing itu
Mengikut keterangan salasilah raja-raja Mandailing tulisan Muhammad Darwin Zulheddi Nasution bin Sutan Iskandar Muda Nasution yang bertajuk ‘Salasilah Keturunan Raja-Raja Nasution Pomparan Ni Sutan Diaru’, adalah terdiri daripada 9 buah marga sahaja dan tidak lebih atau tidak kurang daripada itu;
a. Nasution
b. Lubis
c. Pulungan
d. Batu Bara (bukan Batu Bahara Lima Luhak dari Sumatera Timur)
e. Rangkuti
f. Dauley
g. Parinduri
h. Nai Munti atau Dalimunti
i. Matondang
Marga Nasution itu berasal dari Pagaruyung Minangkabau. Lubis itu dari Bugis. Rangkuti dan Parinduri berasal dari sebuah kampung yang bernama Rondeng di Acheh. Nai Munti atau Dalimunti pula berasal dari suku Munte daripada orang-orang Gayo di Acheh yang kemudiannya menetap di persisiran pantai timur Sumatera khususnya di Pane, manakala ketiga-tiga marga iaitu marga Batu Bara, Matondang dan Dauley itu berasal dari Tanjung Balai di persisiran pantai timur Sumatera. Hanya marga Pulungan sahaja yang berasal dari bangsa Munda yang bercampuraduk dengan penduduk-penduduk asli. Bangsa Munda ini berasal dari orang-orang Medi yang berketurunan Aryan yang mendirikan kerajaan Munda di timur laut India. Keterangan-keterangan ini telah dikumpul daripada penjelasan raja-raja di Tanah Mandailing.
Pendapat ini juga didokong oleh Muhammad Arbain Lubis dalam bukunya ‘Sejarah Marga-Marga Asli di Tanah Mandailing’. Drs. Z. Pangaduan Lubis juga mempunyai pandangan yang sama di dalam bukunya ‘Kisah Asal-Usul Marga di Mandailing.’
Justeru itu jelas mana-mana golongan Mandailing di Tanah Melayu ini yang memberikan nama marganya yang berbeza dari 9 marga asal di atas, maka mereka bukanlah orang-orang Mandailing.
Kesemua 9 marga tulin di atas telah diperakui dan disahkan oleh keputusan mahkamah di Folks Road Betawi pada tahun 1926 serta dinyatakan dengan jelas di dalam surat penyataan oleh Majlis Sidang 14 Kepala Kuria yang merupakan keturunan dari raja-raja Panusunan di Mandailing Godang di Tanah Besar Sumatera. Keputusan ini kemudiannya diperakui, disahkan, diaktakan serta diwartakan oleh kerajaan Indonesia.
Mana-mana pihak yang cuba menafikan kesahihan 9 marga Mandailing di atas, maka ia bererti mereka akan menghadapi dan menentang keputusan mahkamah di Folks Road Betawi pada tahun 1926 dan surat penyataan oleh Majlis Sidang 14 Kepala Kuria yang merupakan keturunan dari raja-raja Panusunan di Mandailing Godang di Tanah Besar Sumatera.
ASAL MANDAILING DI UTARA PARSI
Mandailing itu asalnya adalah salah sebuah bangsa purba yang berketurunan Aryan yang dikenali sebagai Medi atau dalam bahasa Inggeris, Medes atau Median. Orang-orang Medi mula-mula dikesan menduduki Utara Parsi pada tahun 836 sebelum Masehi. Orang-orang Medi tinggal di sebuah kota purba yang bernama Ecbatana di kaki Banjaran Gunung Elburz. Pada masa itu bangsa Medi telah tunduk kepada kerajaan Assyria yang berpusat di Nineveh di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.
‘Ecbatana in ancient times, the capital of the Medes, the modern Hamadan in western Persia.’ (88) - Encyclopaedia Britannica International Vol 20.
‘The tribe of the Medes is first heard of in 836 B.C. when they paid tribute to Shalmaneser II, king of Assyria.’ (148) – Encyclopaedia Britannica International Vol 14.
‘The land of Medes is the ancient name of northwestern part of the modern country of Persia.’ (148) – Encyclopaedia Britannica International Vol 14.
Walaupun kedua-dua bangsa ini berketurunan Aryan, bangsa Medi agak berbeza daripada bangsa Parsi. Bangsa Parsi pada masa itu hidup berpuak-puak secara nomad di tengah kawasan lapang yang luas di Barat Selatan Parsi yang jauh daripada Medi.
‘The first Persians were a tribe who lived in the southwestern part of modern Persia.’ (148) – Encyclopaedia Britannica International Vol 14.
Pada sekitar tahun 612 S.M., bangsa Medi tiba-tiba menjadi begitu kuat sehingga mereka bersekutu dengan kerajaan Babylon menyerang dan memusnahkan sama sekali kota Nineveh dan melenyapkan terus kerajaan Assyria. Seluruh utara Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates telah ditawan oleh kerajaan Medi. Kerajaan Medi juga meluaskan empayar mereka sehingga menawan seluruh Selatan Parsi.
‘It was not until about 200 years later that the Medes broke away from Assyria and set up their own kings.’ (148) – Encyclopaedia Britannica International Vol 14.
‘They were among the people who overthrew Nineveh in 612, and their king gained much of the northern part of the Assyria empire.’ (148) – Encyclopaedia Britannica International Vol 14.
Orang-orang Medi, seperti juga dengan orang-orang Aryan yang lain, sangat mengagung-agungkan raja-raja mereka seperti Tuhan. Mereka menganggap raja itu sebagai ketua yang bertanggungjawab dalam mempertahankan bangsanya. Sebuah syair lama dalam Hikayat Mahabrata menggambarkan kedudukan raja pada masa itu;
‘Where the land is kingless the cloud, lightning-wreathed
and loud voiced, gives no rain to the earth.
Where the land is kingless the son does not honour his father
nor the wife her husband.
Where the land is kingless men do not meet in assembles
nor make lovely gardens and temples.
Where the land is kingless the rich are unprotected
and shepherds and peasants sleep with bolted doors.
A river without water, a forest without grass
A herd of cattle without a herdsman, is the land without a king.’
(85-86) – Basham.
Manakala dalam kehidupan bermasyarakat, orang-orang Medi telah lama mengamalkan sistem kasta dan kemudiannya memperkenalkan sistem tersebut di Tanah Besar India. Mereka mengutamakan darah dalam menentukan status hidup dan taraf seseorang. Merekalah yang memperkenalkan perkataan Sanskrit ‘varna’ yang bermaksud perbezaan warna.
‘...the Aryans seem to have laid greater stress than before on purity of blood, and class divisions hardened.’ (35) – Basham.
Dalam sistem kekeluargan, orang-orang Medi bermula dengan satu unit keluarga yang asas yang dinamakan ‘grama.’ Perkataan ini tidak jauh bunyinya dari perkataan ‘marga’ dalam bahasa Mandailing yang bermaksud puak. (35) – Basham.
Dalam kehiduapan seharian pula, orang-orang Medi lebih merupakan petani-petani dan penternak-penternak yang intensif. Seperti juga yang diamalkan oleh orang-orang Mandailing, lembu merupakan barang kebesaran untuk bangsa Aryan.
‘The farmer prays for increase of cattle; the warrior expects cattle as booty; the sacrificial priest is rewarded for his services with cattle. Cattle were in fact a sort of currency, and values were reckoned in heads of cattle.’ (35) – Basham.
Itulah sebabnya tiang-tiang di istana Maharaja Parisi di Persepolis menggunakan lembu sebagai lambang. (353) – Basham.
Raja-raja Aryan sama ada Medi atau Parsi, menggunakan gelaran Maharaja dan Rajatiraja. Maharaja di dalam bahasa Sanskrit bermakud raja yang paling hebat manakala Rajatiraja bermaksud raja segala raja. Raja-raja di India menggunakan gelaran Deva yang bermaksud Tuhan, Devaputra iaitu anak Tuhan, Dharma yang bererti Tuhan serta Maharaja-Dhiraja-Paramabhattaraka atau raja segala raja. Manakala raja-raja di Tanah Mandailing sering menggunakan gelaran Mangaraja yang hampir serupa dengan gelaran Maharaja di Parsi. (84) – Basham.
Orang-orang Aryan pada masa itu menyembah beberapa jenis dewa. Antaranya adalah Dewa Varuna yang merupakan dewa tertinggi dalam hirarki dewa-dewa Aryan. Tugasnya mencipta. Manakala Dewa Indra pula merupakan dewa perang dan dewa cuaca. Ia boleh mendatangkan ribut-taufan, kilat sepertimana perasaan dewa tersebut pada masa itu. Dewi Mithra pula lebih merupakan dewi teman atau pengapit yang sering mengucapkan kata-kata indah dan penting. Manakala dewa yang paling tidak disukai adalah Dewa Rudra yang sering membawa panah-panah yang berpenyakit dan Dewa Yama iaitu dewa kematian. Manakala Tuhan pihak musuh digelar Dewa Ari. Ari bermaksud musuh. Apabila orang-orang Aryan diserang musuh, mereka akan menjerit; ‘Ari!, Ari!’ yang bermaksud musuh yang menyerang. Dari sinilah timbul perkataan lari. (127 & 233-236) – Basham.
‘Yama, lord of the dead, was a sort of Adam, the first man to die, who became guardian of the World of the Fathers, where the blessed dead, those who have performed the rites of the Aryans, feast in bliss forever.’ (238) – Basham.
Namun pada tahun 586 S.M., orang-orang Parsi yang dipimpin oleh seorang pemimpin agung yang bernama Maharaja Cyrus atau Sairus telah berjaya menggabungkan beberapa puak manusia di Selatan Parsi di bawah satu puak yang besar yang bernama Parsi. Tidak lama selepas itu orang-orang Parsi telah menyerang dan menawan Kota Jerusalem. Di sana, Maharaja Cyrus telah melantik seorang raja Yahudi sebagai Gabenor.
Selepas itu pada 550 S.M., Maharaja Cyrus telah memimpin orang-orang Parsi melakukan satu pemberontakan besar dan menyerang Ecbatana, ibu negeri kerajaan Medi. Maharaja Cyrus telah membawa orang-orang Kassite yang terkenal dengan kekasaran dari kawasan pergunungan untuk digabungkan dengan pemanah-pemanah mahir dari puak Parsi untuk menyerang orang-orang Medi. Pemberontakan orang-orang Parsi itu terlalu besar dan tidak dapat dibendung lagi. Maka muncullah sebuah tamadun baru yang telah menawan musuh tradisi dan jiran mereka di utara yang bernama Medi.
‘One of their kings, Cyrus, rose against the Median king, defeated the Medes and took Ecbatana, the capital, in 550 B.C.’ (148) – Encyclopaedia Britannica International Vol 14.
‘The men he led were tough mountain-dwellers and skilled bowmen who proved too much for the softer, luxury loving peoples of the rich river valleys.’ (148) – Encyclopaedia Britannica International Vol 14.
Setelah Maharaja Cyrus menawan Medi, mereka menubuhkan sebuah kerajaan baru yang kuat yang bernama Parsi dan mendirikan sebuah kota agung yang bernama Persepolis di Barat Selatan. Pada 539 S.M., kerajaan Parsi menyerang dan mengbumihanguskan Kota Babylon dan membunuh rajanya Nebuchadnezzar.
Raja Medi pada masa itu telah membawa sebahagian besar orang-orang Medi yang masih setia kepadanya untuk melarikan diri ke arah Tanah Besar India. Manakala orang-orang Medi yang lain telah dipaksa berpindah ke selatan dan berasimilasi dengan orang-orang Parsi.
‘The Aryan tribes were by now consolidated in little kingdoms, which had not wholly lost their tribal character, but had permanent capitals and a rudimentary administrative system.’ (41) – Basham.
ORANG-ORANG MEDI BERHIJRAH KE INDIA
Tersebutlah kisah lagenda Raja Jamsyid yang merupakan raja terakhir orang-orang Medi yang membawa orang-orang Medi melarikan diri daripada tentera-tentera Parsi yang bersungguh-sungguh hendak melenyapkan mereka. Tentera Parsi telah memburu orang-orang Medi sehingga ke pendalaman Tanah Besar India.
Raja Jamsyid yang ketakutan telah membawa orang-orang Medi jauh ke pendalaman India sehingga mereka sampai di satu tempat yang terlindung dan jauh dari jangkauan empayar Parsi. Lalu mereka membina sebuah kota besar yang bernama Jamsyidpur dan mendirikan sebuah kerajaan baru yang bernama Munda. Sejak itulah orang-orang Medi dikenali sebagai orang-orang Munda. Kerajaan Munda kemudiannya berkembang dan beberapa buah kota baru turut dibina. Antaranya adalah Medinipur dan Ranchi.
‘Certain finds of copper implements in the district of Ranchi suggest that the people of North India learnt the use of metal from Harappa.’ (25) – Basham.
Itulah sebabnya terdapat kesan-kesan penggunaan tembaga oleh orang-orang di Ranchi pada masa itu sedangkan penggunaan tembaga tidak terdapat di kawasan-kawasan lain di seluruh India pada zaman itu. Ternyata tembaga telah dibawa oleh orang-orang Munda yang berasal dari Utara Parsi dan bukannya dibawa oleh orang-orang Harappa seperti yang didakwa oleh sesetengah ahli sejarah. Ini ialah kerana budaya orang-orang Harappa tidak tersebar hingga ke Tanah Besar India. Budaya orang-orang Harappa terhad di Lembah Sungai Indus sahaja.
‘There is no archaeological evidence of cities of the Harappa people beyond the Indus basin.’ (25) – Basham.
Sebenarnya kebangkitan Maharaja Cyrus dari Parsi ini telah diramal oleh Nabi Danial a.s. sebagai;
‘Saya melihat dalam mimpi ada seekor kambing yang mempunyai 2 tanduk. Kambing itu menanduk ke Timur dan ke Barat, menanduk ke Utara dan ke Selatan. Semua binatang lain tidak dapat menewaskannya. Lalu kambing itu bebas berbuat apa yang dia suka.’ (8:3) – Danial.
‘It covered Asia Minor, Armenia, much of what is now the Middle East and even touched part of India.’ (148) – Encyclopaedia Britannica International Vol 14.
‘Darius divided the empire into 20 province, known as satrapies, and fixed the amount of tribute money each was to pay.’ (148) – Encyclopaedia Britannica International Vol 14.
Kerajaan Parsi terus berkembang sehingga menjadi empayar yang terbesar di dunia pada masa itu. Pada zaman kegemilangan Parsi, Maharaja Darius telah menjadikan Parsi sebuah empayar yang terbesar di dunia sehingga ke hari ini dengan 23 negara jajahannya terbentang 4000km panjang dari Turki ke Mesir hinggalah ke utara dan timur India. Antara negara-negara yang dijajahnya adalah kerajaan Babylon, kerajaan Mesir, kerajaan Lydia (dekat Izmir, Turki), kerajaan Bactria (Afghanistan), kerajaan Punjab di India dan lain-lain lagi. Manakala kota Persepolis pada masa itu menjadi kota yang paling agung di dunia.
Kota Persepolis telah dibina di atas kawasan tinggi yang rata setinggi 40 kaki seluas 450 X 300 meter persegi. Dewan tetamunya yang seluas 70 meter persegi mempunyai 100 tiang besar setinggi 60 kaki yang disaluti dengan emas tulin. (25) - Encyclopaedia Britannica International Vol 2.
Setiap tahun Maharaja Parsi akan berangkat ke Kota Persepolis untuk meraikan tahun baru Nau Rum mengikut kalendar Parsi. Dalam perayaan Nau Rum inilah, semua raja-raja 23 negeri jajahannya akan datang berkumpul di pintu gerbang Apadana iaitu Gerbang Semua Negara untuk menyembah Maharaja Parsi serta mempersembahkan persembahan terbaik negara masing-masing.
Pada masa inilah Maharaja Parsi akan mengadap sebuah mangkuk air suci untuk memuja Tuhan. Sehingga ke 1816 di mana orang-orang Mandailing dipaksa memeluk agama Islam di hujung pedang oleh angkatan Jihad Padri dari Minangkabau, kebanyakan Bagas Godang Mandailing iaitu Istana Mandailing masih menyimpan air suci untuk upacara agama.
Lalu Maharaja Parsi duduk di singgahsana. Di kiri kanan baginda terdapat patung-patung singa dan gajah sebagai lambang kekuatan Maharaja Parsi. Setelah diperkenankan, raja-raja 23 negara termasuk dari Babylon, Jerusalem, Mesir, Punjab, Armenia, Lydia dan Bactria bersama rombongan-rombongan mereka yang membawa persembahan masing-masing dipaksa berjalan masuk ke Apadana iaitu Dewan Agung sebelum mereka melalui satu jalan yang sempit dan gelap. Setelah berjalan beberapa batu, maka barulah mereka tiba ke ruang tamu Apadana yang boleh memuatkan beribu-ribu orang.
Sebaik sahaja menerima titah, semua raja-raja dan rombongan masing-masing meniarap sujud menyembah Maharaja Parsi dengan tangan dan kaki didepangkan seperti cicak sambil menjerit Horus. Begitulah gahnya Maharaja Parsi pada zaman dahulu.
Horus adalah satu dewa yang pernah dipuja oleh orang-orang Mesir purba. Pada masa itu seorang raja dianggap sebagai Tuhan. Justeru itu orang-orang Mesir memuja raja-raja mereka sebagai Horus. Apabila kerajaan Parsi menawan Mesir, Maharaja Parsi turut digelar sebagai Horus oleh orang-orang Mesir dan Kai Husro di kalangan orang-orang Arab. Dari sinilah dikatakan perkataan ‘Horas’ yang sering diucapkan oleh orang-orang Mandailing muncul apabila bertemu sesama mereka bermula.
Lalu satu-persatu raja-raja 23 negara jajahan Parsi mengadap mengikut giliran dan mempersembahan persembahan masing-masing. Antara barang-barang yang dipersembahakan adalah gadis-gadis jelita, emas, intan berlian, cincin, gelang, pasu, gading gajah, pakaian cantik, kain, pedang sakti, dan binatang-binatang seperti zirafah, singa dan gajah. Selepas semua persembahan ini, satu pesta meriah dengan makanan dan persembahan tarian diadakan.
Maharaja Parsi telah membina beberapa buah istana mengikut musim dan keadaan cuaca. Sebuah istana musim sejuk dibina di Susa dan di Takara. Manakala pada musim panas pula, Maharaja Parsi akan berehat di Istana Hamadan di tapak lama Kota Ecbatana. Di setiap istana, terdapat berpuluh-puluh gundik raja yang akan melayani nafsu raja Parsi setiap kali baginda melawat istana masing-masing.

Gambar 14 – Seorang pengantin lelaki Mandailing yang memakai bulung
yang menyerupai tanjak Dewi Mithra
Terdapat sebuah kota besar bernama kota Pasargadae yang dijadikan pusat perdagangan empayar Parsi. Di kawasan sekitar kota tersebut, sebuah taman seluas lebih 50km persegi yang diairi dengan sistem pengairan bawah tanah yang indah bagaikan taman di syurga telah dibina. Taman tersebut dinamakan Paradasa. Dari nama taman inilah, perkataan ‘Paradise’ atau syurga itu timbul. Paradasa merupakan taman diraja rasmi pertama di dunia.
Malahan Maharaja Parsi telah mengerah rakyatnya membina sebuah terusan yang menyambungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah dengan dari Sungai Nil ke Laut Merah. Ini merupakan terusan pertama di dunia yang menggabungkan 3 benua yang besar iaitu, Asia, Eropah dan Afrika.
‘In Egypt he cut a canal from the Nile to Suez and his ships sailed from there trough the Red Sea.’ (148) - Encyclopaedia Britannica International Vol 2.
Kemegahan dan kehebatan Maharaja Parsi tidak ada tolok bandingnya lagi. Orang-orang Parsi telah mengambil contoh undang-undang kerajaan Medi dan diubahsuai menjadi undang-undang kerajaan Parsi. Undang-undang Parsi ketika itu dianggap sebagai undang-undang kerajaan yang paling maju dan paling tersusun pada zaman itu mengatasi semua tamadun dunia yang lain seperti Mesir, Greek, Roman, India dan China. Malahan timbul peribahasa yang berbunyi ‘The Laws of Medes and The Persians’ yang bermaksud undang-undang yang tetap dan tidak berubah-ubah. (148) - Encyclopaedia Britannica International Vol 14.
‘The laws and religion of the Persians was both much in advance of those of most other ancient people.’ (148) - Encyclopaedia Britannica International Vol 14.
Orang-orang Parsi juga merupakan bangsa pertama yang memperkenalkan satu matawang rasmi bagi seluruh empayarnya. Begitu juga dengan tulisan, orang-orang Parsi telah menggunakan dakwat sebagai alat untuk berkomunikasi di dalam bidang tulisan.
‘...which was the first great empire to mint an official coinage.’ (220) – Basham.
‘The Persians began to use coins, instead of merely bars of gold.’ (148) - Encyclopaedia Britannica International Vol 2.
‘The Persians first wrote in ink on parchment, using a different writing from the cuneiform.’ (148) - Encyclopaedia Britannica International Vol 2.
Orang-orang Parsi juga memperkenalkan sistem kawasan rehat tepi lebuhraya. Pada masa itu, lebuhraya hanyalah jalan yang digunakan oleh kereta berkuda. Di setiap 20 batu jalanraya, terdapat sebuah pos perhentian yang berbentuk rumah rehat yang menempatkan pengawal-pengawal dan kuda masing-masing. Apabila pengawal sempadan mendapat berita yang sangat penting, seorang utusan berkuda akan memecut dari sempadan sehinggalah ke pos perhentian yang lain. Di sana, pengawal lain akan mengambilalih menghantar berita tersebut dengan menggunakan kuda baru yang lebih segar. Dengan cara ini, berita tersebut dapat dihantar secepat mungkin ke Persepolis. Maka sesuailah sebuah peribahasa purba Greek yang berbunyi, ‘Tiada yang selaju utusan Parsi.’
Malahan sebelum tiba ke Persepolis dari sebelah barat iaitu dari Kota Susa, terdapat jalan gunung yang sempit menghadap jurang gaung yang sangat dalam dan menakutkan sejauh 50km. Jalan itu dibina bertujuan bagi menghalang pihak musuh menyerang dengan tentera yang besar ke arah Persepolis. Jelas bahawa orang-orang Parsi dari awal lagi meramalkan Kota Persepolis yang menjadi keagungan empayar Parsi akan diserang dari sebelah barat.
Namun dalam keghairahan Maharaja Parsi ke 12 yang bergelar Maharaja Darius III yang bersungguh-sungguh hendak menawan seluruh benua Eropah, angkatan perang baginda telah ditewaskan oleh Alexander The Great dari kerajaan Macedon yang berpusat di Pella. Sejak itulah angkatan perang Parsi berkali-kali ditewaskan oleh tentera Macedon sehinggalah pada satu hari dalam tahun 330 S.M., Alexander dan tenteranya tiba-tiba muncul di hadapan Apadana atau balai besar istana Maharaja Parsi di Persepolis. Maharaja Darius III telah membawa lebih 1,000,000 tentera untuk mempertahankan Persepolis tetapi gagal.
‘Darius had more than a million men.’ (128) - Encyclopaedia Britannica International Vol 2.
‘In 330 B.C., Alexander of Macedon defeated Darius III, the last of the Archaemenids.’ (48) - Basham.
Persepolis kota yang agung itu dibakar dan dimusnahkan oleh Alexander The Great dan tentera Macedon. Taman seluas lebih 50km persegi yang bagaikan taman di syurga yang dinamakan Paradasa dan kota Pasargadae yang merupakan pusat perdagangan Parsi turut dibakar dan dimusnahkan sama sekali oleh tentera Macedon. Saki-baki tentera Parsi terpaksa melarikan diri ke kawasan pergunungan tanpa pimpinan Darius III. Tetapi Maharaja Darius III kurang bernasib baik. Sebahagian dari askar-askar Parsi yang membelot telah menangkap dan membunuh Darius III.
Sebahagian daripada orang-orang Medi yang terselamat bertindak melarikan diri ke arah India menuju ke Munda. Apabila Raja Munda mendapat tahu sebahagian daripada orang-orang Medi melarikan diri dari serangan Alexander The Great dan tentera Macedon di sempadan sebuah kerajaan Punjab yang bernama Kurusetra, Raja Munda telah membawa seluruh rakyatnya bergerak untuk membantu Raja Kurusetra dan sekaligus mempertahankan rakyat Medi di sana.
‘According to the legend the whole of India, from Sind to Assam and from the Himalayas to Cape Comorin, took part in the war.’ (39) – Basham.
Namun peperangan di sempadan Kurusetra tersebut menjadi satu peperangan yang sangat besar apabila pelbagai pihak menghantar tentera untuk membantu kerajaan Kurusetra.
ORANG-ORANG MANDAILING MENETAP DI HIMALAYA
Setelah menawan kerajaan Bactria dan kerajaan Taksasila pada 326 S.M., Alexander The Great dan tentera Macedon tiba di sempadan wilayah kerajaan Kurusetra dekat Sungai Jhelum pada tahun 327 S.M.
Menanti kedatangan Alexander The Great dan tentera Macedon adalah seorang raja Punjab yang dikenali sebagai Raja Porus. Raja Kurusetra atau raja Kuru dikenali sebagai Raja Porus kerana orang-orang Kuru sebenarnya berasal dari campuran orang-orang Puru dan orang-orang Bharata. Di dalam salasilah raja-raja Kuru telah disebut bahawa keturunan mereka berasal dari Bharata dan Puru. Lantaran itu Raja Kurusetra telah disalahgelar sebagai Raja Porus.
‘In the traditional genealogy of the Kuru chiefs both Bharata and Puru occur as names of their ancestors, and they are referred to indiscriminately as sons of Bharata and sons of Puru.’ (34) – Basham.
‘Probably the Sanskrit Paurava, which would connect Porus with the old Kuru tribe of whose ruling family this was cognomen.’ (49) – Basham.
Dalam beberapa pertempuran sengit, Raja Porus telah tewas dan ditawan. Apabila Raja Kurusetra telah ditawan, adik kepada Raja Kurusetra, Dhrtarastra, telah mengambilalih kerajaan Kurusetra. Pada masa yang sama, anak-anak Raja Porus telah bangkit untuk merebut takhta pemerintahan. Maka berlakulah satu perebutan takhta pemerintahan kerajaan Kurusetra.
‘...a dynastic dispute in the great Kuru tribe.’ (39) – Basham.
Pihak Alexander The Great dan tentera Macedon turut mengambil peluang untuk menangguk di air keruh dengan menyebelahi salah sebuah pihak yang merebut takhta. Manakala Raja Munda dan pahlawan-pahlawannya menyokong mana-mana pihak yang menentang Alexander dan tentera Macedon. Maka berlakulah satu peperangan satu panjang. Peperangan itu turut disertai oeh Candragupta Maurya yang kemudiannya mengasaskan kerajaan Maurya yang terkenal di seluruh India.
‘The little kingdoms and tribes of the North-West were disorganized and overthrown.’ (49-50) – Basham.

Keratan 4 – Sejarah Kedatangan orang-orang Mandailing ke Tanah Melayu pernah disiarkan di akhbar
Nusantara Pos di Indonesia
Sebab itulah penglibatan Alexander The Great dan tentera Macedon disebut sebagai;
‘The kings of all India, and even the Greeks, Bactrians and Chinese, took sides with one or other faction, and two enormous armies assembled on the plain of Kurusetra.’ (408) – Basham.
Raja Munda dikatakan terbunuh dalam peperangan tersebut. Namun anak-anak raja Kurusetra telah membawa orang-orang Munda untuk melarikan diri ke Banjaran Himalaya.
‘With their joint wife the five brothers set out on foot for the Himalayas, where they climbed Mount Meru, and entered the City of Gods.’ (408) – Basham.
Manakala pada tahun 323 S.M. Alexander The Great dan tentera Macedon yang menghadapi ‘...often meeting opposition from the martial tribes.’ terpaksa berundur pulang ke Babylon di mana Alexander bercita-cita untuk membina sebuah ibu negeri baru untuk empayarnya. Namun impiannya tidak kesampaian apabila beliau mati sakit ganjil pada tahun yang sama. (49) – Basham.
Orang-orang Munda masih diburu walaupun mereka telah bersembunyi di pergunungan Himalaya. Pergunungan Himalaya merupakan satu kawasan yang tinggi, sejuk, tersembunyi dan sukar didaki. Walaupun kehidupan di pergunungan Himalaya sangatlah sukar, namun keadaan semulajadi cuaca dan mukabumi Himalaya menyelamatkan orang-orang Munda daripada serangan musuh.
Dalam keadaan politik yang kucar-kacir ini, seorang pahlawan yang bernama Candragupta Maurya mengambil kesempatan merampas takhta kerajaan Magadha di Pataliputra. Nama kerajaan tersebut ditukarkan kepada kerajaan Maurya. Dari keturunan raja-raja Maurya inilah kemudiannya lahir seorang raja yang bernama Asoka. Dari Pataliputra, kerajaan Maurya telah menyerang tentera Macedon sehingga keluar dari Tanah Besar India.
‘Candragupta threw the last of the Nandas and occupied his capital, Pataliputra.’ (50) – Basham.
Dengan 600,000 tentera, Candragupta Maurya telah memimpin tentera Maurya menyerang saki-baki tentera Macedon di Tanah Besar India. (132) – Basham.
‘After Alexander’s retreat Candragupta subdued the North-West, driving out the Greek garrisons. (50) – Basham.
Kini orang-orang Munda terpaksa memulakan hidup baru di Himalaya. Mereka dikatakan tinggal di sekitar kaki Gunung Meru dan Tasik Manasa dekat Gunung Kailasa iaitu Gunung Siva.
‘The foothills of Mount Meru, the centre of the world.’ (320) – Basham.
Atas dasar inilah ada pendapat yang mengatakan orang-orang Munda mempunyai pertalian darah dengan nenek moyang orang-orang Gurkha di pergunungan Himalaya pada hari ini. Malahan di beberapa buah kuil di Himalaya terdapat beberapa ukiran kerbau tunggangan Dewa Yama yang pernah disembah oleh orang-orang Aryan.
‘In the temple of Tibet, a bull appears as the servant of Yama, the God of death.’ (Plate VI) – Schnitger 1939.
MANDAILING MUNCUL DI BURMA
Pada tahun 335, kerajaan Maurya tiba-tiba menjadi sangat kuat dan gagah. Kerajaan Maurya telah menyerang hampir seluruh Utara India dan menawan 9 negeri besar dan banyak negeri kecil di sana.
‘He is said to have violently uprooted no less than nine kings of Northern India, and to have annexed their kingdoms to his own. (63) – Basham.
Orang-orang Munda yang terancam dengan peluasan kuasa kerajaan Maurya terpaksa mengambil keputusan untuk mencari kehidupan baru yang lebih baik. Orang-orang Munda telah menyusuri pergungan Himalaya sehingga mereka terjumpa sebuah sungai di utara yang menurut firasat mereka sebagai sungai yang membawa tuah. Lalu mereka menghiliri sungai tersebut sehingga mereka terjumpa sebuah lembah yang sangat subur dan strategik.
Lalu orang-orang Munda sekali kali mendirikan sebuah kota baru dan membina sebuah kerajaan baru. Kota tersebut dinamakan Mandala atau Mandalay dalam bahasa Burma asli. Sungai tersebut adalah Sungai Irrawaddy. Sejak itulah orang-orang Munda dikenali sebagai orang-orang Mandala. Maka lenyaplah tamadun bangsa Munda di Tanah Besar India. (17) – Tarigan dan Tambunan.
Tamadun kerajaan Mandala menjadi begitu kuat dan makmur. Orang-orang Mandala telah membina sebuah empayar baru dengan menakluki sebahagian besar dari selatan Burma. Walaupun menerima persaingan daripada kerajaan Pyu di Srikshetra (kini dikenali sebagai Prome) yang terletak hanya 800km dari selatan Mandala, orang-orang Mon berpusat di Thaton dan mempunyai pelabuhan-pelabuhan besar di Pegu, Kosma dan Martaban serta kerajaan Arakan yang berpusat di Akyab yang merupakan sebuah pelabuhan yang makmur 400km dari barat Mandala. Manakala di utara Mandala pula terdapat pula orang-orang Shan dari kerajaan Nan Chou dari Yunnan terletak lebih kurang 800km dari utara Mandala. Ini tidak termasuk serangan sesekali dari puak-puak asli yang sangat mahir bermain sihir seperti orang-orang Miao dari selatan China dan puak Mao dan Thai dari timur Burma. Empayar baru Mandala ini bertahan hampir 200 tahun.
Namun serangan demi serangan daripada kerajaan-kerajaan purba Burma ini telah melemahkan kerajaan Mandala dari segenap sudut. Orang-orang Thai dari timur Burma telah membina sebuah kerajaan yang kuat yang kini bercita-cita untuk meluaskan empayar mereka.
Akhirnya pada tahun 638, orang-orang Thai dengan bantuan Raja Vikrama dari kerajaan Pyu telah menyerang dan menawan kerajaan Arakan di Akyab. Tidak lama kemudian, tentera Thai dan Pyu telah menyerang dan memusnahkan kota Mandala. Orang-orang Mandala terpaksa melarikan diri dan berpindah sekali lagi. Kali ini mereka bergerak ke Tanah Melayu sambil diburu oleh tentera Thai. Kota Mandala kemudiannya dibina semula oleh orang-orang Pyu dan dinamakan Mandalay sehingga ke hari ini.
Orang-orang Mandala terpaksa merantau lagi untuk mencari tempat subur yang baru bagi membina kerajaan baru. Kali ini mereka mahu mencari tempat yang tidak boleh dikesan oleh orang-orang Thai, Pyu, Arakan, Mon dan Nan Chou. Akhirnya mereka tiba di satu tempat yang dikenali sebagai Tanjung Tuan di Melaka.
Di sana, mereka mengambil keputusan untuk menyeberangi laut buat pertama kalinya dalam sejarah orang-orang Mandala. Laut yang bergelora seolah-olah menyerupai aksi orang yang sedang menjahit. Lalu mereka menamakan laut tersebut sebagai Laut Andaman. Kini laut itu dikenali sebagai Selat Melaka. Namun bagi orang-orang Mandala, nama laut tersebut tetap Andaman.
Pada masa itu, jarak Tanah Melayu dan Tanah Besar Sumatera hanyalah lebih kurang 2km. Lantaran itu selepas orang-orang Munda yang menaiki gajah mengharungi Selat Melaka, mereka tiba di satu kawasan berhampiran dengan Labuhanbilik di sebuah tanah besar tanpa mengetahui bahawa tanah besar tersebut merupakan sebuah pulau yang besar. Orang-orang Mandala menamakan tanah besar tersebut sebagai Andalas.
‘There is a legend that the elephants came originally from Melaka and that at one time there was a bridge between Melaka and Sumatera.’ (38) – Schnitger 1939.
MANDAILING TIBA DI SUMATERA
Orang-orang Mandala mula-mula dikesan tiba di Labuhanbilik di Tanah Besar Sumatera pada sekitar tahun 650 apabila sebuah kerajaan yang bernama Munda Holing muncul di sebuah muara sungai yang bernama dinamakan Batang Pane dekat Labuhanbilik. Orang-orang Mandala segera mendirikan sebuah kota baru yang bernama Poli. Itulah sebabnya Munda Holing pada masa itu juga dikenali sebagai Harajaon Poli atau Puni. Ada juga pendapat yang menyatakan nama kota tersebut adalah Pulo. Poli pada ketika itu mempunyai sebanyak 136 buah kampung yang didirikan di sekitar penempatan tersebut. Sejak itu orang-orang Mandala dikenali sebagai orang-orang Munda Holing. Lama-kelamaan sebutan itu berubah menjadi Mandailing.
‘The ruins comprise part of the great Panei Empire, which is mentioned for the first time in the sixth century in the Chinese annals under the name of Puni or Poli.’ (66) – Schnitger 1939.
Pada masa itu terdapat sebuah lagi kerajaan yang sangat kuat di Nusantara Melayu iaitu kerajaan Sriwijaya di Palembang. Hanya 22 tahun sebelum kedatangan orang-orang Mandailing iaitu pada tahun 628, Sriwijaya telah menaklukinya seluruh Tanah Besar Sumatera dan Tanah Melayu. Justeru itu, kemunculan kerajaan Munda Holing pada masa itu bagaikan menanti saat kemusnahan serangan kerajaan Sriwijaya.
Pada waktu itu, kawasan pantai di timur Sumatera berdekatan dengan Labuhanbilik sudah pun didiami oleh beberapa kaum Melayu Tua atau Melayu Proto di Tanah Besar Sumatera seperti kaum Dasopang dan kaum Tambak. Apabila orang-orang Mandailing tiba dan membina kota Poli dekat Labuhanbilik dan mendirikan sebuah kerajaan baru yang bernama Harajaon Munda Holing, orang-orang Dasopang dan orang-orang Tambak ini kemudiannya melarikan diri dan berhijrah ke daerah Padang Lawas dan menetap di sana.
Malahan tidak lama selepas itu iaitu pada tahun 671, kerajaan tua Malayu Jambi telah ditakluki oleh Sriwijaya. Ternyata Sriwijaya masih agresif dalam meluaskan empayar mereka. Namun serangan ke atas Munda Holing itu dimulakan oleh sebuah kerajaan dari Tanah Kemboja yang dikenali sebagai Chen La (Ta Shih) pada tahun 674. Harajaon Munda Holing telah mengalami kemusnahan yang teruk. Namun Munda Holing dibangunkan semula dan terus berdiri sebagai sebuah kerajaan yang makmur.
Pada tahun 718, Raja Srivijaya iaitu Srindravarman dikatakan pernah berhubung dengan Khalifah Umar r.a. dan terdapat 35 kapal rombongan diraja dan pedagang Arab datang melawat Palembang. Pada awal kurun ke 8, kerajaan Sriwijaya telah menyerang Chen La di Tanah Kemboja dan menaklukinya. Raja Chen La telah dipancung sampai mati. Setiap pagi semasa matahari naik, raja-raja Chen La seterusnya dipaksa memuja Tuhan menghadap ke Sriwijaya sebagai tanda hormat kepada raja-raja Sriwijaya.
Rentetan dari serangan tersebut, serangan demi serangan telah dilancarkan oleh kerajaan Sriwijaya ke atas Munda Holing pada tahun-tahun berikutnya. Munda Holing terus hidup dan dibangunkan semula walaupun berkali-kali dimusnahkan oleh kerajaan besar Sriwijaya itu.
Sriwijaya ketika ini menjadi begitu kuat sehingga menjadi pusat agama Buddha di Nusantara Melayu. Pendakwah-pendakwah Buddha dari Sriwijaya turut menyebarkan agama mereka ke kuil Nalanda di tepi Sungai Ganges di Bihar, Benggala dan Selatan India. Ramai sami Buddha dari Tanah Besar China dan Tanah Besar India datang ke Sriwijaya untuk mempelajari agama Buddha dan bahasa Sanskrit. Pada tahun 747, 2 orang sami Buddha yang terkenal bernama Wajrabodhi dan Amoghawajra telah mengajar agama Buddha di Tanah Besar China.
Pada tahun 775, kerajaan Sriwijaya telah menyerang dan menawan Chaiya dan Ligor di selatan Thailand. Di sana 3 kuil Mahayana telah dibina di Chaiya oleh kerajaan Sriwijaya iaitu Wat Hua Wieng, Wat Long and Wat Keu. Terdapat sebuah batu bersurat di Ligor bertarikh 775 yang menyatakan raja-raja Sriwijaya digelar ‘Raja Jelmaan Naga’.
Pada akhir kurun ke 8, Munda Holing menjadi kuat lagi makmur. Beberapa serangan besar Sriwajaya ke atas Munda Holing dapat dipatahkan oleh pejuang-pejuang Munda Holing. Akhirnya kerajaan Sriwijaya menjadi semakin lemah.
‘The great Panei Empire.’ (66) – Schnitger 1939.
Pada lebih kurang tahun 820, Munda Holing telah menakluki banyak negari-negeri besar di Nusantara Melayu. Jajahannya termasuklah sebahagian daripada pantai timur Tanah Besar Sumatera, pantai barat Tanah Melayu sehinggalah ke seluruh kawasan Singgora-Pattani. Antara kerajaan di bawah jajahan Munda Holing adalah kerajaan Lamuri di Acheh, Siak, Kampar Tua dan Malayu Jambi di Sumatera serta Langkasuka dan Gangga Negara di Tanah Melayu. (128) – Datoek Toeah H.
‘...ranked as the principal state amongst those of Sumatra.’ (66) – Schnitger 1939.
Mula-mula Harajaon Munda Holing menyerang dan menguasai kawasan yang dinamakan Rao, Pasaman, Panti, Air Bangis dan juga Lubuksikaping. Di sinilah asalnya orang-orang Rawa yang kemudiannya berhijrah ke Tanah Melayu. Di Tanah Besar Sumatera, mereka tidak dipanggil Rawa, sebaliknya mereka dipanggil orang-orang Rao. Kawasan Rao ini meliputi 3 buah daerah kecil iaitu Rao Mapat Tunggul, Rao Mapat Cincang dan Muara Sungai Lolo.
‘The Rawa, the immediate neighbours of the Mandailing to the south.’ (147) – Tugby.
Orang-orang Mandailing menguasai Rao sepenuhnya hinggalah pada hujung kurun ke 17 apabila pemerintah kerajaan Pagaruyung Minangkabau iaitu Sultan Alamshah Siput Aladin mengerahkan tentera Minangkabau menyerang dan menawan Rao, Pasaman, Panti, Air Bangis dan Lubuksikaping. Selepas itu Sultan Minangkabau menghantar seorang raja Minangkabau yang bergelar Yang Dipertuan Munang untuk memerintah Rao. (128) - Datoek Toeah H.
Dengan kedatangan orang-orang Minangkabau ke Rao, maka berlakulah kahwin campur di antara orang-orang mandailing dan Minangkabau. Maka wujudlah satu bangsa baru yang dinamakan orang-orang Rao hasil dari percampuran dan perkahwinan di antara orang-orang Mandailing dan Minangkabau.
Kebanyakan orang-orang Rao adalah orang-orang yang sebelah bapa mereka berketurunan Mandailing dan sebelah ibu mereka berketurunan Minangkabau tetapi adat hidup mereka adalah berpandukan Adat Perpatih Minangkabau. Ini ialah kerana adat di Minangkabau lebih memihak kepada kaum perempuan.
Namun bagi orang-orang Mandailing, mereka tetap menganggap orang-orang Rao itu sebahagian daripada mereka kerana adat Mandailing itu lebih berpihak kepada kaum lelaki. Justeru itu orang-orang Rawa adalah orang-orang Mandailing.
Kebanyakan orang-orang Rao suka tinggal di kawasan lembah yang lembap serta di tepi-tepi paya. Lantaran itu, dalam bahasa Mandailing paya disebut sebagai rawa-rawa.
Perkara ini terbukti apabila Haji Abdullah Hukum yang pergi melawat ke kawasan orang-orang Rawa di Sumatera pada Dis 1929 menyatakan bahawa beliau puas mencari sebuah tamadun yang bernama Rawa namun tidak dapat menemuinya. Yang ada cuma sebuah kampung kecil yang bernama Rawa-Rawa Kemanga yang didiami oleh orang-orang Rawa sejak zaman-berzaman lagi. (III:2) – Adnan Haji Nawang.
Kemudian tersebutlah kisah bagaimana pahlawan-pahlawan Munda Holing datang menyerang wilayah kerajaan Pariaman Minangkabau yang bernama Kota Muara Takus yang pada masa itu diperintah oleh seorang raja yang bernama Raja Bicau @ Panjang Jungur. Kota tersebut dikatakan sangat besar dan luas sehingga kononnya seekor kucing akan mengambil masa 3 bulan untuk berjalan dari satu bumbung rumah ke bumbung yang lain.
Raja Bicau mempunyai seorang puteri yang sangat cantik bernama Puteri Sri Dunia. Pada satu hari datanglah seorang raja dari Tanah Melayu dan rombongannya datang untuk meminang Puteri Sri Dunia. Puteri Sri Dunia telah mengenakan syarat agar sebuah istana besar mestilah dibina di Muara Takus sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung. Raja Melayu itu bersetuju lalu dibinalah istana di Muara Takus.
Apabila mendapat tahu seorang raja dari Tanah Melayu telah berjaya memikat hati Puteri Sri Dunia, Raja Munda Holing segera menghantar tentera untuk menyerang Muara Takus. Anak saudara kepada Ratu Sri Dunia yang bernama Sutan Palembang segera menghantar surat meminta bantuan ketenteraan daripada Raja Melayu tersebut serta menghantar sebakul kacang untuk menggambarkan betapa ramainya tentera Munda Holing tersebut. Namun Raja Melayu tersebut tidak muncul-muncul.
Melihatkan tentera Munda Holing yang begitu ramai, Raja Bicau cuba membawa seluruh rakyat Muara Takus melarikan diri ke dalam hutan tetapi baginda terbunuh. Puteri Sri Dunia membawa pengikut-pengikutnya menuju ke Tanah Minangkabau. Di sana, Puteri Sri Dunia telah berkahwin dengan salah seorang pembesar Pariaman. Maka tamatlah kerajaan asal Muara Takus. (31-32) – Schnitger 1939.
Orang-orang Munda Holing juga menawan Kota Tapung yang terletak tidak jauh dari Muara Takus. Di Muara Takus, orang-orang Munda Holing membina candi-candi baru sebagai tempat ibadah mereka. Antaranya adalah Candi Tua, Candi Bongsu dan Candi Palangka. Terdapat patung-patung Singa yang dibina di tepi tangga candi-candi tersebut. Mereka juga menamakan Muara Takus sebagai Indrapura yang bermaksud negeri orang baik-baik. (128-131) - Datoek Toeah H.
Namun penguasaan orang-orang Munda Holing terhadap Muara Takus @ Inderapura tidak lama. Kerajaan Pariaman Minangkabau telah menghantar tentera untuk menyerang orang-orang Munda Holing di Muara Takus. Pertempuran itu berlaku begitu hebat sehinggakan orang-orang Munda Holing terkepung di dalam kubu Kota Muara Takus. Oleh kerana orang-orang Munda Holing telah kehabisan makanan, maka Munda Holing terpaksa berundur.
Maka pemimpin Munda Holing di Muara Takus pada masa itu menulis satu ayat di atas sebuah batu sambil bersumpah;
‘Seandainya timbul batu ini dari airmu yang deras, nescaya aku akan kembali ke mukabumi ini.’ (33) – Schnitger 1939.
Lalu dilemparkan batu tersebut ke dalam Sungai Kampar. Oleh kerana kedudukan Muara Takus dan Tapung agak jauh daripada Portibi untuk mendapatkan bantuan ketenteraan, maka itu orang-orang Munda Holing mengambil keputusan untuk bertahan di Pematang Godang. Di sana berlaku satu lagi pertempuran sengit yang mengakibatkan ramai yang terkorban.
Kononnya ramai orang Munda Holing yang terkorban menjerit ‘Inang!’ atau ‘emak’ dalam bahasa Munda Holing. Ramai pahlawan-pahlawan Munda Holing yang mati bergelimpangan di tebing anak sungai Kampar. Lalu mayat-mayat mereka dibuang ke dalam anak sungai tersebut dan dibawa oleh air yang mengalir menuju ke Sungai Kampar. Oleh kerana anak sungai Kampar itu berbau busuk akibat terlalu banyak mayat yang dibuang, maka anak sungai tersebut diberi nama Sungai Sibusuk dan tempat di mana mayat-mayat itu dibuang dinamakan Bangkinang atau bangkai Inang yang bermaksud mayat orang yang melaung ‘Inang’. Maka orag-orang Munda Holing yang terselamat terpaksa meninggalkan Muara Takus dan Tapung buat selama-lamanya.
Muncullah beberapa peristiwa di mana semasa bulan mengambang terang, muncullah sekawan gajah yang datang entah dari mana berkumpul di candi-candi Muara Takus yang dibina oleh orang-orang Munda Holing. Malahan gajah-gajah tersebut bergerak perlahan bertawaf di sekeliling candi-candi lalu bersujud ke arah candi-candi tersebut seolah-olah sedang melakukan ibadah orang-orang Munda Holing.
‘When full moon shines, the elephants cross the river and go to the holy temples. Then they gather in a circle around the high tower and fall on their knees as a tribute to the spirit of their dead king, who lies buried there...’ (26) – Schnitger 1939.
Malahan satu lagi perkara aneh berlaku di mana setiap kali bulan mengambang, arus Sungai Kampar akan berombak-ombak setinggi 6 kaki menghempas tebing-tebing sungai dan mencabut akar-umbi pokok-pokok di tebing sungai. Malahan pada ketika itu ramai yang melihat kemunculan sebuah sampan yang bergerak tenang di celah-celah ombak besar tanpa dikendalikan oleh sesiapapun.
‘By full moon, a great natural phenomenon takes place in the Kampar. A mighty tidal wave rolls in 60 to 70 km from the sea, destroying everything that lies in its path. A boiling, roaring wall of water six feet high is seen approaching, which crashes against the bank with a noise like thunder, dragging whole trees into its whirlpool ... There appears on the river a mysterious boat, rowed by invisible hands.’ (34) – Schnitger 1939.
Orang-orang Munda Holing kembali mengukuhkan kedudukan mereka di Portibi. Satu-satunya musuh yang menjadi saingan mereka pada masa itu ialah kerajaan Buddha Sriwijaya yang berpusat di Palembang. Ini menjadikan Munda Holing sebagai kerajaan purba pertama dari Tanah Besar India yang wujud di kepulauan Melayu yang menguasai sebahagian besar Nusantara Melayu selama 200 tahun.
Pada masa inilah orang-orang Pattani telah diarahkan menjahit kain untuk pakaian raja-raja Munda Holing di istana. Pakaian itu dikenali sebagai Ulos atau kain tenunan Pattani. Sehingga ke hari ini Ulos atau pakaian rasmi orang-orang Mandailing masih bercorakkan tenunan Pattani.
Pada tahun 853, kerajaan Malayu Jambi tiba-tiba menjadi begitu kuat. Mereka menghantar utusan untuk mendapatkan perlindungan dari kerajaan China. Pada tahun 857, Jambi membebaskan diri dari Munda Holing. Namun kerajaan baru itu tidak berkembang jauh. Pada 871, kerajaan Malayu Jambi sekali lagi menghantar utusan untuk memperakui kedaulatan Maharaja China.
Pada masa yang sama, setelah kemangkatan Raja Dharmasetu, Sriwijaya sudah diperintah oleh raja-raja dari Sailendra dari Jawa Tengah. Pada tahun 905, kerajaan Sriwijaya di bawah pimpinan putera Raja Sailendra dari Jawa Tengah iaitu Raja Balaputradeva telah menyerang dan menawan kerajaan tua Malayu Jambi. Sasaran mereka seterusnya adalah Harajaon Munda Holing.
Namun begitu kemunculan kerajaan Kadiri dari Jawa Timur tiba-tiba mengancam penguasaan kerajaan Sriwijaya di Laut Sunda. Angkatan perang Kadiri pimpinan Raja Dharmavamsa mula menyerang kerajaan Sriwijaya berkali-kali sejak baginda mula menaiki takhta pada tahun 990 dan kerajaan Sriwajaya terpaksa beberapa kali berundur sebelum kembali menguasai jajahan mereka. Akhirnya pada akhir tahun 1006, Sriwijaya melancarkan serangan besar-besaran ke atas Kadiri di Jawa Timur sehingga Raja Dharmavamsa sendiri mati di medan perang dan pada tahun 1007 seluruh kerajaan Kadiri dimusnahkan sama sekali.
Peperangan di antara kerajaan Sriwijaya dan Kadiri itu sedikit sebanyak telah mengurangkan tekanan ketenteraan terhadap kerajaan Munda Holing. Namun sebagai langkah awal mengelakkan serangan dari kerajaan Sriwijaya, maka pada tahun 1010 kerajaan Munda Holing telah dipindahkan ke sebuah kota yang baru yang dikenali sebagai Kota Portibi di Padang Lawas.
‘There are relics of the Hindu kingdom of Panai in Padang Lawas, the northern part of the Mandailing area.’ (147) – Tugby.
Pada tahun 1024 pula, orang-orang Mandailing di Portibi telah mendirikan beberapa buah candi yang besar di muara dan di tepi Sungai Batang Pane yang dinamakan Candi Portibi. Candi Portibi merupakan kawasan candi yang terbesar dan terluas di Sumatera Utara khususnya Candi Si Pamutung, Candi Bahal Sada di Portibi dan candi tua di Sangkilon. Terdapat juga beberapa biara seperti Nagasaribu di Gunung Tua dan Sorik Merapi di Natal. Antara biara yang terkenal ialah biara Jorang Balanga. Atas sebab itulah kerajaan Munda Holing juga dikenali sebagai Harajaon Portibi.
‘It procured for itself an eternized name on account of establishment of splendid temples.’ (66) – Schnitger 1939.
Candi-candi di Portibi dan Sangkilon ini mempunyai ukiran-ukiran bunga dan daun seperti yang digambarkan oleh Friedrich Martin Schnitger 1939 sebagai;
‘Sangkilon was the centre of a horrible demonology. Later proofs were discovered at other places in Padang Lawas too. A further exploration of the temple led us to ascend to the roof and to excavate the foundations where bands with beautiful spirals depicting leaves came to light.’ (70)
Candi-candi itu juga mempunyai ukiran batu yang menggambarkan binatang-binatang seperti gajah dan lembu yang sedang menari. Dalam agama Buddha dan pada dinding-dinding kuil di Tibet, gajah dan lembu menari merupakan binatang tunggangan Tuhan mereka. Di dalam buku kitab ajaran Buddha, Dewa Yama ini merupakan raja neraka. Dewa Yama atau Yamari ini dikatakan mempunyai 3 wajah yang boleh bertukar-tukar, 24 mata dan memakai rantai kepala manusia. (70) – Schnitger 1939.
‘The elephants assemble in the jungle to dance in the full moon.’ (Plate VI) – Schnitger 1939.
‘Yet the Buddhist, too, included the elephant among their deitis, as is proved by the magnificent relief of a dancing pachyderm, which was excavated at Pulo.’ (36) – Schnitger 1939.

‘Yama, the legendary King of Hell.’ (184) – The Teaching of Buddha.
‘Dharmaraja, which was also one of the names of Yama, the God of death and the departed. Both Yama and the king maintained the sacred law by punishing evil-doers and rewarding the righteous.’ (114) – Basham.
Walaupun orang-orang Mandailing ketika itu memuja Dewa Yama, dewa kematian, namun tidak semestinya Dewa Yama hanya akan mendatangkan keburukan. Dalam cerita Naciketas sebagai contohnya, tersebutlah kisah bagaimana seorang Brahman ingin menumpukan ibadahnya dan mahu menyerahkan segala-gala pada dirinya kepada sami-mami untuk dikorbankan kepada dewa-dewa. Lalu anaknya Naciketas bertanya kepada bapanya; ‘Ada satu lagi harta yang bapa belum korbankan?’
Bapanya bertanya; ‘Apa dia?’
Lagi Naciketas bertanya lagi; ‘Kepada siapakah saya patut dikorbankan?’
Bapanya senyap. Apabila Naciketas mengulangi pertanyaan yang sama sebanyak 3 kali, bapa merasa marah lalu menjawab;
‘Korban kepada mati.’
Maka dengan patuhnya Naciketas pergi ke Istana Yama iaitu dewa mati tetapi Dewa Yama tidak ada di rumah. Selepas menunggu 3 malam, barulah Dewa Yama pulang dan bertemu dengan Naciketas. Sebelum Naciketas membuka mulut, Dewa Yama bertanya sudah berapa lama Naciketas menunggunya di situ. Naciketas menjawab; ‘3 hari 3 malam.’ Maka Dewa Yama merasa sangat malu kerana membiarkan tetamunya menunggu selama 3 hari 3 malam. Lalu Dewa Yama mahu Naciketas meminta 3 hajat untuk dikabulkan olehnya.
Lalu Naciketas menyatakan 3 hajatnya lalu dikabulkan;
a. Naciketas dihidupkan semula
b. rahsia dan kelebihan korban dalam api
c. hidup selepas mati
(157) – Basham.
Ternyata di dalam kes Naciketas, Dewa Yama yang disembah oleh orang-orang Mandailing pada masa itu tidaklah bersifat ganas sebaliknya bermurah hati untuk menolong Naciketas.
Orang-orang Mandailing pada masa itu menggelar Tuhan mereka sebagai ‘Debata Nagumorga Langit dohot Natumompa Tano’ yang bermaksud Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Dalam salah satu candi tersebut, terdapat sebuah patung emas yang menjadi perantaraan doa di antara seorang manusia dengan Tuhan dalam masyarakat Mandailing pada masa itu.
Patung emas yang dinamakan Batara Lokanatha yang diukir oleh seorang Mandailing bernama Suria mempunyai tulisan ke atasnya;
‘Swasti caka warsatita 946 citra masa, titih tritia sukla, cukrawara, tatkala jurupandai Suria barbuat Batara Lokanatha imani kucala lama ni sarbwasatwasa dhasanam, kriwa anuttara yamsamyaksa, mbadhoparinama yami.’
Maksud ayat di atas adalah;
‘Dirgahayu tahun caka 946 bulan Citra (tahun 1024 Masehi), hari ke 3, Jumaat, semasa seorang pandai besi yang bernama Suria mengukir Patung Batara Lokanatha ...’ (seterusnya gagal diterjemahkan oleh pakar-pakar antropologi)
Patung ini kemudiannya diambil dan disorok oleh seorang raja di Padang Lawas daripada dimusnahkan oleh serangan angkatan Jihad Padri pimpinan Tuanku Tambusai @ Fakeh Salleh @ Haji Muhammad Saleh pada tahun 1816. Namun pada 1887 kemudiannya seorang penguasa Belanda mendapat tahu akan kewujudan patung tersebut lalu merampas dari raja dari Padang Lawas itu. Patung Batara Lokanatha kemudiannya dibawa oleh Belanda dan disimpan di Batavia. Sehingga ke hari ini, patung tersebut masih disimpan dengan baik di Muzium Pusat di Jakarta.
Setiap tangga di candi-candi ini pula mempunyai 2 ukiran singa di kiri kanan tangga. Ukiran sebegitu adalah sangat unik dan hanya boleh dijumpai pada pasu Etruscian pada zaman 600 S.M. (77) – Schnitger 1939.
Terdapat pula ukiran seorang wanita dan 2 ayat pendek di dinding Candi Pamutung yang menyatakan tarikh tulisan itu ialah pada tahun 1179. Menurut Friedrich Martin Schnitger 1939, ukiran tersebut merupakan gambaran pertama salah satu dewa Buddha yang paling jahat. Malahan ukiran di Portibi ini merupakan titik mula penyebaran ukiran dewa-dewa Buddha di seluruh Nusantara Melayu;
‘It may be taken for granted that the great demonolatry of Java in the thirteenth and fourteenth centuries and that of Minangkabau in about the same period were influenced and promoted by the prominent barbarian Buddhism of Tapanuli.’ (74).
Gambaran tersebut dikatakan tidak jauh berbeza dengan gambaran Dewa Haruka yang digambarkan sebagai;
‘A violent power radiates from the diabolical god may be evidenced by an ancient narrative which is said to have originated in Tibet, which narrates of a king, who had been solemnly informed that should he break his promise and regard the veiled image of Haruka, he would vomit blood and this would result in his death.’ (75) – Schnitger 1939.
Beberapa ukiran dan tanda yang sama di antara candi-candi Mandailing dan kuil-kuil Tibet di Himalaya membuktikan orang-orang Mandailing pernah sampai ke Himalaya. Dengan pusat-pusat candi ini juga orang-orang Munda Holing telah menyebarkan agama, bahasa dan budaya Munda kepada orang-orang tempatan.
Peluasan kerajaan purba Munda Holing yang berasal dari Munda di Tanah Besar India ini telah lama menarik perhatian raja-raja sebuah kerajaan besar dari selatan India yang bernama Cola. Rajaraja Cola Deva yang menaiki takhta kerajaan Cola pada tahun 985 telah menyimpan cita-cita untuk menawan kerajaan Munda Holing.
Kerajaan Cola adalah sebuah kerajaan purba yang berpusat di Tanjore, selatan India. Terdapat kuil Siva di Tanjore yang merupakan kuil terbesar di India pada masa itu yang dibina sekitar tahun 985-1014 pada zaman pemerintahan Rajaraja Cola Deva. Tetapi baginda mangkat pada tahun 1014 dan digantikan dengan anaknya Rajendra I Cola Deva yang mempunyai azam dan cita-cita yang lebih tinggi dari bapanya.
Mula-mula sekali Rajendra I Cola Deva mengubah ibu negeri kerajaan Cola dari Tanjore ke Gangaikondacolapuram. Kemudian dengan tanpa membuang masa, Rajendra I Cola Deva mengerahkan angkatan perang Cola sekuat 900,000 orang bergerak ke Nusantara Melayu.
Kerajaan pertama yang diserang adalah kerajaan Kedah yang pada masa itu berada di bawah jajahan kerajaan Sriwijaya. Kedah tumpas dengan mudah. Lalu diikuti pula kerajaan Gangga Negara di Beruas, Perak. (132 & 357) – Basham.
Pada tahun 1024 pula, kerajaan Cola menyerang dan menghancurkan kerajaan Malayu Jambi. Berikutnya pada tahun 1025, Rajendra I Cola Deva yang juga dikenali sebagai Raja Suran telah memimpin sebuah bala tentera yang besar dan menyerang kerajaan Munda Holing di Portibi. Malahan selepas itu kerajaan Cola turut menyerang beberapa buah kerajaan besar di Nusantara Melayu.
‘After this, it was conquered by the South Indian king, Rajendracoladewa.’ (66) – Schnitger 1939.
Begitu juga dengan kerajaan Sriwijaya yang dimusnahkan pada tahun yang sama. Raja Sriwijaya telah ditangkap dan dikurung di dalam penjara. Kisah serangan kerajaan Cola ke atas Munda Holing tersebut tercatat di atas batu bersurat Tanjore yang bertarikh 1030 yang dijumpai di Tanjore di selatan India.
Empayar kerajaan Cola bertahan hanya sehingga 1070 apabila kerajaan Cola diserang oleh kerajaan Sinhalese yng dipimpin oleh Vijayabahu I dari Sri Lanka. Akhirnya kerajaan Cola lenyap pada kurun ke 13 dimusnahkan oleh kerajaan Hoisalas dari Mysore. (75-76) – Basham.
Tersebutlah kisah Raja Munda Holing pada masa itu, Raja Odap-Odap yang masih muda tetapi sakti itu telah mengetuai angkatan perang Munda Holing menentang kedatangan tentera Cola di pantai timur Tanah Besar Sumatera dekat Labuhanbilik. Peperangan yang dahsyat itu berlarutan selama 7 tahun.
Semasa Raja Odap-Odap dan pejuang-pejuang Munda Holing sedang bertarung hebat dengan musuh-musuh di persisiran pantai, sepasukan tentera Cola telah lolos dari kepungan Raja Odap-Odap lalu menyerang candi-candi di Portibi lalu menyerang istana Munda Holing yang dipertahankan oleh orang-orang Mandailing pimpinan tunang Raja Odap-Odap iaitu Puteri Borudiak Parujar. Portibi gagal dipertahankan lalu hancur dimusnahkan musuh. Yakinlah Borudiak Parujar bahawa bakal suaminya itu telah terkorban dalam medan peperangan.
Oleh kerana terlalu kecewa dengan apa yang berlaku, Borudiak Parujar menganggap Tuhan tidak lagi menyebelahi mereka. Lalu beliau telah membawa segenggam tanah di Portibi lalu membawa orang-orang Mandailing keluar dari Portibi untuk membina sebuah kerajaan yang baru.
Mereka menuju ke kawasan pergunungan tempat matahari turun. Di sana Borudiak Parujar dan orang-orang Mandailing terpaksa menyeberangi banjaran gunung Barisan yang tinggi. Lalu puncak gunung yang merka lalui itu dinamakan Dolok Malea yang bermaksud Gunung Himalaya sempena tempat yang pernah didiami orang-orang Mandailing.
Setelah menuruni Dolok Malea, mereka tiba di satu kawasan tanah pamah yang subur yang dikelilingi oleh bukit-bukau. Borudiak Parujar merasakan tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tempat tinggal. Maka beliau mengambil keputusan untuk mendirikan penempatan baru orang-orang Mandailing. Lalu segenggam tanah dari Portibi itu ditaburkan di tapak penempatan baru. Tempat itu dinamakan Pidoli (kini Pidoli telah dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu Pidoli Dolok dan Pidoli Lombang). Puteri Borudiak Parujar telah diangkat sebagai raja perempuan pertama yang memerintah orang-orang Mandailing di Tanah Besar Sumatera dan kerajaan baru itu dinamakan Harajaon Mandala Holing.
Sejak hari itu, raja-raja Mandailing yang hendak membuka kerajaan baru biasanya akan membawa segenggam tanah asal kerajaan lama mereka dan ditaburkan di kawasan istana baru. Adat-istiadat ini masih berterusan hingga ke hari ini.
Mandala Holing merupakan sebuah kerajaan baru dan agak kecil. Ia tidaklah sekuat kerajaan terdahulunya iaitu Munda Holing. Namun kerajaan ini tersembunyi dari keganasan tentera Cola.
Di muara Batang Pane pula, pejuang-pejuang Mandailing yang diketuai oleh Raja Odap-Odap tewas dalam peperangan tersebut. Malahan hanya Raja Odap-Odap satu-satunya yang terselamat dalam peperangan tersebut lalu lari berkelana di serata daerah Padang Lawas.
Akhirnya setelah sekian lama merantau, Raja Odap-Odap tiba di Pidoli tanpa mengetahui ia merupakan kerajaan orang-orang Mandailing. Dalam keadaan compang-camping seperti pengemis, tidak seorang pun rakyat Mandala Holing mengenali dirinya. Raja Odap-Odap berjalan menuju ke istana dengan harapan agar dapat mendapatkan pekerjaan di istana bagi mengalas perutnya. Lalu beliau dibawa mengadap Ratu Borudiak Parujar.
Pada masa itu adat di Mandala Holing, apabila seorang rakyat mengadap raja, dia hendaklah merangkak ke hadapan lalu sujud di kaki raja dan tidak dibenarkan melihat wajah raja mereka. Terpaksalah Raja Odap-Odap merangkak ke hadapan lalu sujud di kaki raja. Cara penyembahan kepada raja ini tidak ubah seperti pengadapan raja-raja 23 negara jajahan Parsi menyembah Maharaja Parsi di singgahsana di Kota Persepolis.
Pakaian compang-camping kulit binatang yang masih belum dibuang ekornya itu memberikan gambaran seekor cicak yang sedang merangkak kepada Ratu Borudiak Parujar. Maka Raja Odap-Odap diambil sebagai penjaga kuda diraja. Kecekapannya menjaga kuda menjadi bahan bualan orangramai.
Pada suatu hari, Ratu Borudiak Parujar telah menerima persembahan diraja seekor kuda jantan yang sangat liar dan garang sehingga tidak ada sesiapapun yang dapat menjinakkannya. Maka bertambahlah hasrat Ratu Borudiak Parujar untuk menunggang kuda tersebut. Lalu dikerah seluruh rakyatnya untuk menjinakkan kuda tersebut namun tidak seorang pun yang berjaya. Lalu setelah dinasihatkan olehpembesar-pembesar baginda, maka Borudiak Parujar mengambil keputusan untuk mencuba kecekapan gembala kudanya Raja Odap-Odap.
Apabila Raja Odap-Odap menghampiri kuda tersebut, dengan tidak semena-mena kuda tersebut menundukkan kepala dan mendiamkan diri apabila kepalanya diusap oleh Raja Odap-Odap. Selepas itu, Raja Odap-Odap menunggang kuda tersebut dengan selambanya. Seluruh penonton yang hadir merasa gempar dan terkejut akan kehebatan gembala kuda yang bernama Raja Odap-Odap itu.
Memandangkan Raja Odap-Odap berjaya menjinakkan kuda liar itu, beliau dihadiahkan oleh Ratu Borudiak Parujar sepersalinan pakaian yang baik. Setelah Raja Odap-Odap dimandikan dengan air bunga-bungaan, disintuk dan dilangir, beliau segera memakai persalinan pakaian hadiah diraja itu. Apabila Raja Odap-Odap dibawa mengadap, Ratu Borudiak Parujar hampir pengsan melihat wajah gembala kudanya yang saling tidak tumpah seperti tunangnya Raja Odap-Odap. Mujurlah dayang-dayang sempat menyambut tubuh baginda yang kecil molek itu. Oleh kerana mengikut adat hamba mengadap raja yang tidak membenarkan seorang hamba melihat wajah raja, Raja Odap-Odap masih tidak menyedari apa yang berlaku.
Apabila Ratu Borudiak Parujar menitahkan gembala kudanya mengangkat wajah, kedua-duanya terperanjat dan terpinga-pinga kerana tidak menyangka mereka bertemu kembali dalam keadaan sedemikian. Setelah bertanyakan lebih lanjut tentang diri masing-masing, maka bertangisanlah mereka dalam kegembiraan yang tidak terkata. Gemparlah seluruh Mandala Holing bahawa gembala kuda diraja itu merupakan putera raja Munda Holing yang telah sekian lama hilang di medan perang. Maka kedua-duanya dikahwinkan dalam pesta diraja yang gilang-gemilang selama 7 hari 7 malam. Mereka pun memerintah Harajaon Mandala Holing.

Keratan 5 – Sejarah asal-usul Mandailing disiarkan di akhbar Nusantara Pos di Indonesia
Kerajaan Malayu Jambi muncul kembali pada tahun 1079 apabila mereka menghantar utusan untuk meminta perlindungan dari negera China. Selepas itu pada tahun 1082 dan 1088 Jambi sekali lagi menghantar utusan untuk melawat China.
Pada tahun 1275, Raja Kertanegara telah menaiki takhta kerajaan Singhosari di Jawa Tengah. 12 tahun selepas itu pada tahun 1286, Raja Kertanegara telah menghantar satu angkatan perang yang dinamakan ‘Pasukan Ekspedisi Pamalayu’ untuk menyerang dan menakluki Tanah Besar Sumatera. Mereka juga membawa sebuah patung Buddha yang besar yang dinamakan Amoghapasha. Patung itu kemudiannya diletakkan di Dharmashraya di Jambi. Pada masa itu, pusat pemerintahan kerajaan Sriwijaya telah berpindah dari Palembang ke Jambi. Pada tahun 1281 Jambi menghantar utusan untuk melawat China.
Pada tahun 1289, sepasukan utusan Maharaja Kublai Khan dari Dinasti Yuan Mongol di utara China yang diketuai oleh Ming Kee telah datang ke Singhosari untuk memberi amaran kepada Raja Kertanagara agar tunduk kepada kerajaan Mongol di China. Raja Kertanagara yang merasa terhina telah memaki Ming Kee dan memotong hidungnya. Lalu utusan-utusan Maharaja Kublai Khan itu dihalau keluar dari Singhosari.
Pada awal 1292, Raja Kertanagara telah memimpin angkatan perang kerajaan Singhosari menyerang beberapa buah kampung di Tanah Tinggi dekat Banjaran Gunung Barisan. Tidak lama selepas itu, Raja Kertanagara telah memusnahkan Candi Portibi serta kampung-kampung di sekitarnya. Tetapi Mandala Holing di Pidoli terselamat dari serangan itu lantaran dari kedudukannya yang agak tersembunyi di kawasan pergunungan Banjaran Bukit Barisan.
Kisah serangan pasukan tentera ‘Ekspedisi Pamalayu’ dari kerajaan Hindu Singhosari pimpinan Raja Kertanegara dari Tanah Jawa ke atas Mandala Holing ini tercatat di dalam sumpah ‘Palapa’ Gajah Mada yang berbentuk syair purba Jawa yang bertajuk Nagarakertagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca yang dijumpai di Puri Cakranegara Lombok.
Mengikut catatan tersebut pada sekitar tahun 1287 masihi hingga 1365 Masihi, kerajaan Mandailing telah dinyatakan dengan jelas di dalam karya Mpu Prapanca semasa kerajaan Hindu Majapahit melaksanakan penaklukannya ke wilayah-wilayah luar Pulau Jawa.
Sepulangnya ke Singhosari, Raja Kertanagara telah dibunuh oleh musuhnya iaitu Raja Jayakatong yang merupakan raja kerajaan Kediri di Jawa Tengah. Lalu lenyaplah kerajaan tua Singhosari.
Pada tahun 1293, seangkatan bala tentera Maharaja Kublai Khan dari Mongol di China tiba di kawasan bekas tapak kerajaan Singhosari yang telah musnah untuk menangkap Raja Kertanagara yang telah menghina dan memotong hidung ketua utusannya yang bernama Ming Kee 4 tahun yang lalu. Apabila mendapat tahu Raja Kertanagara telah meninggal dunia, angkatan tersebut berangkat pulang ke China.
Melihatkan seangkatan tentera Kublai Khan sedang berada di Singhosari, menantu kepada Raja Kertanagara iaitu Kertarajasa telah mengambil kesempatan untuk meminta bantuan ketenteraan untuk menggulingkan Raja Jayakatong. Lalu angkatan Kublai Khan bersetuju.
Tentera Kublai Khan menyerang Kediri dan membunuh Jayakatong. Di sana, tentera Kublai Khan menabalkan Kertarajasa sebagai raja yang baru kepada sebuah kerajaan baru yang dinamakan Majapahit dengan gelaran Betara Majapahit Raden Wijaya. Lalu tentera Kublai Khan pulang ke China.
Kerajaan Majapahit inilah kemudiannya melancarkan serangan ke atas Mandala Holing di Pidoli sehingga memaksa orang-orang Mandailing berpindah-randah untuk menyelamatkan diri. (35) – Mhd. Arbain Lubis.
Jelaslah bahawa orang-orang Mandailing telah membina sebuah kerajaan yang besar jauh sebelum wujudnya bangsa Batak. Orang-orang Munda Holing inilah yang kemudiannya dikenali sebagai Mandailing yang pada masa itu beragama Hindu dan berbahasa Sanskrit sebelum dipaksa memeluk agama Islam di hujung pedang semasa gerakan Perang Jihad Padri pada tahun 1816.
LAGENDA ASAL-USUL BATAK Pada sekitar tahun 1350, tersebutlah kisah lagenda salah seorang keturunan generasi yang ke 6 Raja Odap-Odap dan Ratu Borudiak Parujar yang bernama Datu Dandana Debata. Beliau merupakan seorang datu atau pawang di istana raja Mandala Holing di Pidoli pada masa itu. Beliau dikatakan sangat sakti sehingga boleh melemparkan petir dari tangannya.
Datu Dandana Debata mempunyai seorang anak yang dinamakan Batak iaitu keturunan yang ke 6 dari Raja Odap-Odap. Seperti bapanya, Batak juga mempunyai ilmu kesaktian yang sangat tinggi. Dia dikatakan boleh menukarkan cuaca menjadi panas, mendung atau hujan. Lidahnya berbulu dan keningnya bersambung. Dirinya juga dikatakan sangat kebal dan mempunyai tenaga yang luar biasa. Dia juga berkebolehan untuk terbang ke mana-mana tempat yang dia sukai.
Pada masa itu, ketua bagi seluruh golongan hatoban atau hamba adalah Datu Ompung Dolom. Walaupun dilantik sebagai ketua segala hamba di Mandala Holing, dia tidak dibenarkan bersuara di dalam istana. Apa yang dibenarkan hanyalah menerima kerja yang diberikan. Dan dia mempunyai seorang anak perempuan yang sangat jelita.
Kerajaan Mandala Holing pada masa itu mengamalkan sistem kasta yang diwarisi dari tamadun Parsi di Persepolis dan tamadun Munda di Tanah Besar India. Dalam sistem kasta ini, seorang yang berketurunan raja adalah dilarang keras bercampur darah dengan seorang berketurunan hamba. Pada masa itu, larangan ini sangat diikuti dengan keras kerana adat itu adalah raja dan raja itu adalah adat. Kesalahan adat dianggap sebagai menderhaka kepada raja.
Manakala adat pada masa itu lebih berkisar di dalam kehidupan Bagas Godang atau istana. Pada masa itu orang-orang yang terlibat, bekerja atau bersangkutan dengan Bagas Godang dianggap sebagai orang yang mulia kerana dianggap sebagai orang-orang yang tahu adat.
Maka tersebutlah kisah Batak yang telah jatuh cinta kepada anak perempuan Datu Ompung Dolom. Datu Ompung Dolom merupakan ketua segala hamba di dalam Sopo Godang manakala Datu Ompung Luar merupakan ketua segala hamba di luar Sopo Godang. Walaupun berkali-kali ditegah, namun Batak tetap mahukan anak perempuan Datu Ompung Dolom. Maka pada suatu hari, terjadilah mukah haram di antara Batak dan anak perempuan Datu Ompung Dolom. Selepas beberapa bulan, anak perempuan Datu Ompung Dolom didapati mengandung. Apabila Raja Mandala Holing mendapat berita tersebut, baginda segera mengarahkan tenteranya untuk menangkap Batak. Tetapi tidak ada seorang yang berani menyahut cabaran raja kerana Batak sangat terkenal dengan ilmu kesaktiannya. Namun ada juga pahlawan-pahlawan Mandala Holing yang menyahut seruan diraja. Tetapi semua pahlawan yang menyahut cabaran diraja itu mati terkorban dalam pertarungan dengan Batak.
Apabila arang terconteng ke muka, Raja Mandala Holing segera memanggil Datu Dandana Debata untuk mengadap. Raja Mandala Holing menitahkan agar Datu Dandana Debata mencuci arang di muka dan menentang anaknya sendiri.
Maka berkatalah Datu Dandana Debata kepada Raja Mandala Holing;
‘Ampun Bagindo beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Akan Batak itu tidak ada sesiapa pun yang dapat membunuhnya. Kerana patik telah turunkan segala ilmu dan muslihat peperangan. Lagipun, tidak boleh kita menitikkan darah raja di tano handur, tano malambut, tano hulambu jati, tano padang bakkil Mandailing, tano si ogung-ogung; parsirangan ni tano, pardomuan ni aek; Sian ima dalan laho tu ginjang, partuatan ni Ompunta: Debata na tolu, na tolu Suhut, na opat harajaon tu banua tonga on. Disima parangin-anginan ni Ompunta Siboru Deakparujar, sideak uti-utian, sigodang ujar-ujaran...’
Maksudnya janganlah menitikkan darah raja di tanah lembah, tanah kelabu sejati, dari tanah padang bakil Mandailing, tanah yang termashur, bagaikan suara yang merdu, perpisahan daripada tanah, pertemuan daripada air. Di situlah tangga jalan ke atas, tempat turunnya Empu kita: Debata Nan Tiga, Nan Tiga Segi, Nan Empat Kerajaan ke benua tengah ini. Di situlah tempat bertemasha Empu kita Siboru Deakparujar, yang sangat cerdik dan banyak akal.
Maka raja pun terdiam lalu berjanji tidak akan membunuh atau mencederakan Batak sambil menitiskan air mata. Setelah menerima pengakuan raja itu, Datu Dandana Debata mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk membuat jala 3 warna, iaitu putih, merah, hitam.

Diagram 1 – Salasilah Asal Raja Batak yang Pertama
Putih melambangkan ‘Banua Ginjang’ iaitu benua kayangan atau langit. Merah melambangkan ‘Banua Tonga’ iaitu benua dunia atau bumi. Manakala hitam melambangkan ‘Banua Toru’ iaitu benua bawah tanah atau air di bawah tanah. Ketiga-tiga warna batak ini melambangkan darah putih, darah merah dan darah hitam di dalam tubuh badan manusia.
Sehingga kini warna itu dikeramatkan sebagai warna adat Batak kerana warna jala itulah yang kemudiannya melahirkan sebuah bangsa baru yang dinamakan Batak. Sedangkan warna kebangsaan Mandailing itu adalah merah, kuning dan hitam.
Setelah siap, Datu Dandana Debata segera terbang ke atas bumbung rumah Batak sambil mengarahkan orang-orangnya memanggil Batak keluar bertarung senjata. Sejurus sahaja Batak keluar dari rumah dengan senjatanya yang terhunus, maka ditebarkan jala 3 warna itu lalu Batak pun terperangkap dan gugurlah segala ilmu kesaktian Batak.
Sejak itulah rumah-rumah orang-orang Mandailing, Bagas Godang, Istana Raja Mandailing telah dilentikkan dan ditajamkan hujung atapnya agar tidak ada orang yang boleh menebarkan jala dari atas bumbung. Malahan topi raja-raja Batak juga diadakan satu tanduk supaya musuh tidak mudah untuk menebarkan jalan ke atasnya.
Batak kemudiannya dihadapkan ke hadapan Raja Mandala Holing di sidang adat. Maka Batak dihukum dibuang negara bersama seluruh keturunan Datu Ompung Dolom yang merupakan keturunan Hatoban atau hamba.
Maka raja pun bertitah;
‘Hei Si Batak! Nyahlah kau dari Tanah Mandailing sebagai orang yang hina, tak tahu adat, degil, bandel, kasar, rendah martabatnya ...’
Lalu dilepaskan seekor ayam putih sambil melafaz 4 sumpah;
Sumpahan 1 - ‘Hei Si Batak, kamu diusir ke sebuah pulau yang terletak di atas puncak gunung panas yang dikelilingi air, yang tanahnya gersang tiada tumbuh-tumbuhan atau binatang, terpencil dari pandangan manusia dan jin, menandakan kamu orang yang terbuang ...’
Sumpahan 2 - ‘Mulai hari ini, semua keturunan kamu hendaklah dimulai namanya dengan panggilan Si... sebagai tanda orang yang hina dengan martabat yang rendah ...’
Sumpahan 3 - ‘Maka tidak boleh keturunan kamu memakai perhiasan daripada logam kecuali dari manik sebagai tandanya kamu dari keturunan yang hina ...’
Sumpahan 4 - ‘Dan tidak boleh kamu meninggalkan pulau tersebut selama 7 keturunan. Selepas itu jika ada yang pulang ke Tanah Besar, maka hendaklah rumahnya dipagar dengan rumpun buluh supaya jelas kamu dari keturunan orang yang terbuang ...’
Ini ialah kerana buluh adalah simbol kehinaan di Tanah Mandailing. Di Mandailing, hanya rumah seorang hamba sahaja yang diperbuat daripada buluh. Manakala seorang raja atau bangsawan yang tewas dalam pertarungan atau peperangan, rumahnya dibina berdindingkan papan bertanggakan buluh. Dia dilarang memakai payung kuning, dilarang memukul Gondang Sembilan dan dilarang memotong kerbau.
Manakala di Tanah Batak khususnya di persisiran Pulau Samosir dan Danau Toba, hampir kesemua rumah di situ diperbuat dari buluh menandakan sumpahan 7 keturunan yang telah tamat.
Malahan sehingga ke kurun ke 18, raja-raja Batak yang mahu memakai perhiasan dari logam, maka dia akan memotong seekor babi atau seekor lembu dan diberi makan kepada seluruh penduduk kampung. Setelah logam itu siap untuk dipakai, ia hendaklah dipakai oleh hambanya dahulu untuk membuang sial. Selepas hambanya memakai logam itu, dia akan diarak di atas usungan ke seluruh kampung. Apabila selesai diarak, maka hamba itu kembali mengadap raja Batak. Di situ, raja Batak akan memijak kepala hambanya itu lalu dipancung kepalanya sebagai membunuh sial. Hanya selepas itu barulah logam perhiasan tadi dipakai oleh raja.
Begitulah sumpahan ke atas Siraja Batak dan keturunannya selama 7 keturunan. Mereka telah terpisah dari pandangan manusia dan binatang selama 7 keturunan kerana menentang raja dan adat. Walaupun Si Raja Batak itu berasal dari Raja Mandala Holing, namun kedudukan dia telah menjadi hatoban iaitu kasta terendah di Mandala Holing setelah darah keturunannya bercampur darah hamba. Manakala mulai hari itu Datu Dandana Debata telah dianggap oleh orang-orang Batak sebagai salah satu Tuhan yang turun ke mukabumi dan menjadikan bangsa Batak. Sehingga ke hari ini di Tanah Batak Datu Dandana Debata membawa pengertian sebagai Tuhan yang turun ke bumi.
‘Guru Tantan Debata (tantan Debata – Descending God).’ (94) - Schnitger 1939.
Sejak itulah sesiapa sahaja yang menentang raja di Tanah Mandailing akan digelar Batak. Sejak itu jugalah seluruh keturunan Batak dan marga-marga mereka bermula dengan panggilan ‘Si’ sehinggakan raja di Tanah Batak juga menggunakan gelaran ‘Si’ pada nama mereka seperti Sisingamangaraja.
Penggunaan nama yang dimulai oleh ‘Si’ di pangkalnya menunjukkan kedudukan martabat orang yang rendah, lemah dan tidak mempunyai darjat seperti Si Luncai, Si Awang dan Si Buyung. Manakala dalam istilah purbakala pula, ‘Sang’ digunakan untuk seseorang dari keturunan bangsawan seperti Sang Sapurba, Sang Nila Utama dan sebagainya. Begitu juga di alam rimba, binatang yang lemah akan dipanggil Si Katak, Si Cicak, Si Monyet. Manakala binatang yang gagah pula akan dipanggil Sang Harimau, Sang Buaya, Sang Gajah.
Nama-nama marga atau puak di Batak juga bermula dengan ‘Si’ seperti Siregar, Simanjuntak, Simalungun, Sinambela, Sinaga, Simatupang, Siraja, Siotang dan sebagainya. Manakala nama-nama marga di Mandailing langsung tidak menggunakan ‘Si’ seperti Nasution, Lubis, Rangkuti, Batu Bara, Parinduri dan sebagainya.
Jelas istilah Batak di Mandailing bukan sahaja bermaksud suatu nama atau suatu bangsa, malahan ia adalah satu istilah yang digunakan oleh orang-orang Mandailing untuk menggambarkan sikap seseorang yang tidak tahu adat, tidak tahu tertib, kasar dan tidak terkawal sikapnya. Ia juga digunakan kepada orang yang rendah martabatnya.

Diagram 2 – Salasilah Awal Orang-Orang Batak
‘The hard, merciless Batak.’ (138) – Schnitger 1939.
Dari aspek geografi pula, tanah di Pulau Samosir di Danau Toba itu sangatlah gersang. Tidak ada manusia primitif yang sanggup pergi ke sana dan membuka penempatan untuk anak-cucu mereka. Mana-mana manusia yang waras sudah pasti mencari tanah yang subur untuk bercucuk tanam kerana itulah sumber kehidupan masyarakat dahulukala.
‘The west and south ascend gradually into a hill district, then changes suddenly into a high plateau, which rises on the east side to a height of 1600m, sloping abruptly into the Toba Lake. In the centre is a wide, barren highland.’ (101) – Schnitger 1939.
Tidak pernah wujudnya satu tamadun di dunia yang bermula dari lohong gunung berapi yang gersang lalu turun ke lembah sungai. Malahan semua tamadun di dunia bermula dari lembah sungai atau di tepi laut lalu menuju ke kawasan pergunungan. Jelas ada sebab istimewa dan sebab khas orang-orang Batak tiba-tiba muncul di Pulau Samosir yang gersang seluas 627km persegi yang terletak di tengah-tengah Danau Toba yang merupakan tasik sedalam 300m yang merupakan sebuah lohong yang terbentuk akibat dari letusan gunung berapi 75000 tahun dahulu.
‘In the dark ages, volcanoes belched forth their molten lava over Samosir. On all sides are colossal masses of cliff and boulders, scattered over hills and dales as by a giants’ hand.’ (101) – Schnitger 1939.
Pada zaman dahulu, mereka yang mendiami dataran tinggi dan gunung-gunung merupakan mereka yang kalah perang atau tumpas dalam persaingan dengan tamadun-tamadun lain. Hanya kerajaan yang kuat sahaja yang sanggup tinggal dan bercucuk tanam di tanah-pamah atau lembah yang sentiasa terdedah kepada perebutan dan serangan musuh.
Ada pula yang mengandaikan bahawa orang-orang Batak berhijrah dari kawasan lembah di Portibi lalu ke Pulau Samosir akibat banjir dan lain-lain bencana alam. Namun persoalannya kenapa Pulau Samosir yang sangat gersang yang menjadi destinasi utama? Apakah tidak ada lagi tanah-pamah di Tanah Besar Sumatera sehingga orang-orang Batak terpaksa memilih untuk membawa 7 generasi mereka tinggal di Pulau Samosir yang gersang? Malahan Pulau Samosir itu sering ditimpa banjir besar akibat dari tanahnya yang gondol.
‘There are no actual mountain peaks. The island has no forest with the result that in the rainy season the little rivers change within a few hours into mighty floods, which are very destructive.’ (101) – Schnitger 1939.
Belum ada satu tamadun bangsa di dunia yang melarikan dari bencana alam lalu memilih untuk tinggal di tempat yang mati lagi tandus seperti Pulau Samosir yang juga sering ditimpa bencana alam. Malahan pada masa itu Tanah Besar Sumatera masih luas terbentang. Terdapat beribu-ribu lembah yang subur di Tanah Besar Sumatera yang tidak jauh dari Pulau Samosir seperti Deli, Rokan, Kampar, Jambi yang tidak didiami ramai manusia.
Maka segala-galanya terjawab dengan lagenda 4 sumpahan Raja Mandailing ke atas Raja Batak kerana menderhaka kepada raja.
Salasilah raja-raja Batak menunjukkan mereka berasal dari Tanah Mandailing. Tetapi tidak ada satu pun Tarombo Diraja Mandailing dari marga Nasution mahupun marga Lubis menunjukkan mereka dari keturunan Batak. Sebaliknya marga Nasution itu berasal dari Minangkabau dan marga Lubis berasal dari Bugis.
Orang-orang Batak menganggap angka 7 sebagai angka keramat mereka kerana selepas 7 keturuan barulah mereka terlepas dari sumpahan Siraja Batak.
‘The number ‘seven’ plays an important part in Batak religion.’ (84) – Schnitger 1939.
Manakala orang-orang Mandailing menganggap angka 9 sebagai angka diraja kerana 9 itu adalah angka hidup di mana walau ‘dilawankan’ atau didarabkan dengan apa-apa nombor sekalipun, maka campuran nombor yang terhasil jika dibulatkan menjadi 1 angka, maka ia tetap menjadi 9.
Diagram 3 – Angka 9 Angka Diraja Mandailing
9 x 1 = 9
9 x 2 = 18, 1 + 8 = 9
9 x 3 = 27, 2 + 7 = 9
9 x 4 = 36, 3 + 6 = 9
9 x 5 = 45, 4 + 5 = 9
9 x 6 = 54, 5 + 4 = 9
9 x 7 = 63, 6 + 3 = 9
9 x 8 = 72, 7 + 2 = 9
9 x 9 = 81, 8 + 1 = 9
9 x 10 = 90, 9 + 0 = 9
9 x 11 = 99, 9 + 9 = 18, 1 + 8 = 9
9 x 12 = 108, 1 + 0 + 8 = 9
9 x 13 = 117, 1+ 1 + 7 = 9
9 x 14 = 126, 1 + 2 + 6 = 9
9 x 15 = 135, 1 + 3 + 5 = 9
9 x 16 = 144, 1 + 4 + 4 = 9
9 x 17 = 153, 1 + 5 + 3 = 9
9 x 18 = 162, 1 + 6 + 2 = 9
9 x 19 = 171, 1 + 7 + 1 = 9
Orang-orang Mandailing purba sebenarnya menganut agama Buddha sedangkan orang-orang Batak itu beragama animisme seperti orang-orang asli. Mereka masih menganut agama animisme sebelum sebahagian kecil daripada mereka dipaksa memeluki agama Islam semasa gerakan Jihad Padri pada tahun 1818 serta penaklukan mutlak penjajah Belanda yang menyebarkan agama Kristian pada akhir kurun ke 19.
Dari segi adat dan pakaian perkahwinan, pakaian pengantin orang-orang Mandailing mempunyai persamaan dengan pakaian pengantin orang-orang Munda di Tanah Besar India. Malahan bulung atau tanjak yang dipakai oleh pengantin lelaki orang-orang Mandailing adalah lebih kurang sama dengan tanjak yang dipakaikan kepada Dewi Mithra iaitu salah seorang dewa-dewa yang dipuja di Parsi. Ini jauh berbeza dengan orang-orang Batak yang mempunyai pakaian yang unik dan pelik. (456) – Basham.
Orang-orang Batak, apabila berlakunya kematian, sangat memberatkan peripenting tempat atau lokasi persemadian. Orang-orang Batak mahukan tempat perkuburan mereka dibuat di tempat-tepat tinggi. Mereka percaya semakin tinggi tempat perkuburan mereka, maka semakin hampirlah roh mereka dengan syurga. Itulah sebabnya kubur orang-orang Batak sering bertaburan dan tidak terkumpul di satu-satu tempat. Ada yang dikebumikan di halaman rumah, ada pula di dalam kebun dan sesetengah dikebumikan di ladang sendiri. Maka tidak hairanlah di sepanjang perjalanan ke Brastagi dan Danau Toba dari Prapat, terdapat banyak kubur di setiap puncak bukit. Malahan di kawasan air terjun Sipiso-Piso yang merupakan kawasan yang terpencil dan sangat sukar didaki turut terdapat banyak kubur orang-orang Batak yang bertaburan.
Manakala makam orang-orang Mandailing pula sangat berbeza. Sejak turun-temurun lagi, makam orang-orang Mandailing adalah terkumpul di satu kawasan khas iaitu kawasan perkuburan. Tidak pernah jenazah orang-orang Mandailing dimakamkan sesuka hati di merata-rata tempat. Kebanyakan kawasan perkuburan orang-orang Mandailing terletak di lembah-lembah dan di kawasan rendah khususnya tempat pertemuan 2 buah sungai kerana tempat-tempat sebegitu dipercayai oleh nenek-moyang orang-orang Mandailing sebagai makmur dan dirahmati Tuhan. Malahan di kawasan lembah dan tempat rendah, suasananya lebih sejuk dilitupi pokok-pokok yang banyak serta lebih basah.
Kedatangan agama Islam di Tanah Mandailing memperkuatkan lagi amalan mengumpulkan makam di kawasan perkuburan khas. Jelas bahawa cara orang-orang Mandailing memakamkan jenazah mereka sangat berbeza dengan cara orang-orang Batak.
Terdapat beberapa kawasan perkuburan orang-orang Mandailing yang ditempatkan di kawasan-kawasan lembah seperti di
a. Kuala Lumpur atau Muara Bustak yang terletak di antara Sungai Kelang dan Sungai Gombak di mana tempat pertemuan 2 sungai tersebut asalnya merupakan kawasan perkuburan orang-orang Mandailing
b. kawasan perkuburan di Kampung Changkat Piatu yang terletak di antara Sungai Pinji dan Sungai Kinta
c. kawasan perkuburan di Kampung Ulu Slim yang asal yang terletak di antara Sungai Gelinting dan Sungai Slim
d. kawasan perkuburan Kampung Air Kuning yang terletak di kawasan sejuk dan lembap di bawah rimbunan pokok-pokok getah
Malahan dari segi kajian sains anatomi yang baru sahaja diperkenalkan dalam tahun 1960an, orang-orang Batak itu fizikalnya rendah, berambut kerinting, berhidung lebar dan kepalanya menonjol ke belakang. Ini sekaligus menggambarkan fizikal asal Datu Ompung Dolom yang pendek, berambut kerinting berhidung lebar dan kepalanya benjol ke belakang.
Mengikut teori anatomi, orang-orang Batak mempunyai persamaan ciri fizikal dengan orang-orang Negrito di Afrika, orang-orang Weda di Sri Lanka dan orang-orang Asli di Irian Jaya. Manakala orang-orang Mandailing pula agak tinggi dan tegap, berkepala bulat, berkulit putih kuning dan putih kemerah-merahan, berambut ikal mayang dan berombak.
Sikap orang-orang Batak pula sangat kasar, tidak teratur dan sukar mengawal perasaan. Mereka juga jarang menghormati hak-hak orang lain. Mereka agak pengotor dan jarang berkemas kecuali yang pernah merantau ke negeri orang. Ciri-ciri ini jelas menunjukkan mereka ini terdiri daripada manusia yang kurang sopan. Sifat-sifat orang-orang Batak ini tidak ada pada orang-orang Mandailing pada zaman dahulu. Malahan di Tanah Mandailing, apabila anak mereka berkelakuan jahat dan degil, secara spontan mereka akan memaki ‘Bataknya kau ni’ bagi menunjukkan rasa jijik mereka.
Batak di sini bukanlah suatu nama atau bermaksud suatu bangsa, sebaliknya ia adalah satu istilah yang digunakan oleh orang-orang Mandailing untuk menunjukkan sikap seseorang yang tidak tahu adat, tidak tertib, kasar dan tidak terkawal sikapnya. Ia juga digunakan kepada orang yang rendah martabatnya.
Justeru itu mustahil jika dikatakan tamadun Mandailing itu berasal dari Batak. Tetapi sebaliknya banyak bukti menunjukkan bahawa orang-orang Batak itu berasal dari Tanah Mandailing.
Salasilah raja-raja Batak menunjukkan mereka berasal dari Tanah Mandailing. Manakala tidak satu pun Tarombo Diraja Mandailing dari marga Nasution ataupun marga Lubis menunjukkan mereka dari keturunan Batak. Sebaliknya ia menunjukkan marga Nasution berasal dari Minangkabau dan marga Lubis dari Bugis.
Tetapi bukti yang paling kukuh dan paling jelas ialah apabila Tonggo-tonggo SiBorudiak Parujar iaitu satu doa orang-orang Toba tua yang berbentuk syair purba Batak yang sehingga ke hari ini masih dibacakan di setiap upacara sajian kecil dan besar orang-orang Batak yang menyatakan bahawa nenek moyang orang Batak datang dari kayangan dan tempat temasya iaitu Tanah Mandailing.
Begitu juga di setiap rumah adat orang-orang Batak di Tanah Besar Sumatera terdapat gambar cicak yang menjadi simbol pengadapan Raja Odap-Odap kepada tunangnya Ratu Borudiak Parujar di Pidoli.
Maka jelaslah Mandailing itu bukan Batak walaupun Batak itu asalnya dari Tanah Mandailing.
TERHAPUSNYA MANDALA HOLING DI PIDOLI
Pada awal kurun ke 14, kerajaan Majapahit bercita-cita untuk mengulangi zaman kegemilangan empayar Singhosari pada suatu masa dahulu. Lantaran itu pada tahun 1328, satu angkatan perang Majapahit yang besar telah dihantar ke Tanah Besar Sumatera. Setelah menawan Lampung, Palembang dan Jambi, maka mereka bergerak ke Kampar di timur Minangkabau. Tentera Majapahit kemudiannya menyerang dan memusnahkan kerajaan Aru dan kerajaan Kuntu di Kampar Kanan pada tahun 1339.
Pada tahun 1349 angkatan Majapahit tewas kepada Minangkabau dalam pertandingan laga kerbau yang bersyaratkan bahawa seandainya kerbau Minangkabau menang, maka Majapahit tidak boleh menyerangnya. Pada masa inilah Aditiavarman putera sulung Betara Majapahit yang juga ketua panglima angkatan perang Majapahit telah berkahwin dengan seorang puteri raja Minangkabau dan seterusnya menjadi raja Minangkabau.
Pada tahun 1365, Aditiavarman telah memimpin angkatan perang Majapahit untuk menyerang dan membakar hangus Mandala Holing. Akibatnya seluruh penduduk Mandala Holing lari bertaburan. Sebahagian besar orang-orang Munda itu melarikan diri ke hutan pergunungan Banjaran Barisan. Mana-mana yang tertawan dijadikan hamba abdi oleh tentera Majapahit.
‘It had to submit to the renowned East Javanese Empire of Majapahit.’ (66) – Schnitger 1939.
Sedangkan angkatan perang Majapahit yang menyerang segenap sudut Tanah Besar Sumatera itu tidak pula bertembung dengan orang-orang Batak. Ini membuktikan bahawa orang-orang Batak di Pulau Simosir itu terselamat kerana kedudukannya begitu terpencil di tengah-tengah danau di kawah lohong gunung berapi.
Namun keghairahan Aditiavarman dalam meluaskan empayar Majapahit terhenti apabila angkatan perang Majapahit kalah teruk dengan tentera kerajaan Haru di Kuala Simpang dekat Medan yang dibantu oleh angkatan perang Samudra Pasai yang dipimpin oleh Panglima Mula Setia dan Laksamana Hamdan Tammana. Seluruh angkatan perang Majapahit pulang ke Tanah Jawa.
Kisah serangan serangan kerajaan Hindu Majapahit ini turut tercatat pada syair ke 13 di dalam sumpah ‘Palapa’ Gajah Mada yang berbentuk syair purba Jawa yang bertajuk Nagarakertagama ditulis oleh Mpu Prapanca yang dijumpai di Puri Cakranegara Lombok.
‘Lwir ning nusa pranusa pramuka sakahawat ksoniri Malayu/ning Jambi, mwang Palembang Karitang i Teba len Dharmmacraya tumut/Kandis Kahwas Manangkabwa ri Siak i Rekan Kampar mwang i Pane/Kampe Haruw athawe Mandahiling i Tumihang Parlak mwang i Barat.’ (11) – Mhd. Arbain Lubis.
Mengikut catatan tersebut pada sekitar tahun 1287 masihi hingga 1365 Masihi, kerajaan Mandailing telah dinyatakan dengan jelas di dalam karya Mpu Prapanca semasa kerajaan Majapahit melaksanakan penaklukannya ke wilayah-wilayah luar Tanah Jawa.
Pada tahun 1370, sebahagian besar daripada saki-baki orang-orang Munda telah bersatu semula dan mewujudkan sebuah kerajaan baru yang kecil dan membina 3 buah Bagas Godang atau istana besar di 3 puncak bukit. Kerajaan itu dinamakan Harajaon Pulungan Huta Bargot yang bermaksud gabungan dari pecahan-pecahan yang kecil. (278-279) – Mhd. Arbain Lubis.
Tahun 1377 menyaksikan kerajaan Majapahit menyerang dan mengbumihanguskan kerajaan Sriwijaya. Sejak itulah kerajaan Sriwjaya lenyap dari muka bumi ini buat selama-lamanya. Manakala kesemua jajahan-jajahan Sriwijaya melepaskan diri masing-masing. Jajahan Sriwijaya seperti di Chaiya (terletak 550 km dari selatan Bangkok) dan Ligor telah ditawan oleh kerajaan Sukhothai.
Pada tahun 1409, angkatan perang Majapahit yang masih berdendam dengan peristiwa kalah laga kerbau 60 tahun yang lalu telah menyerang kerajaan Minangkabau. Dalam pertempuran sengit di Padang Sibusuk itu, angkatan perang Majapahit tewas lagi lalu berundur pulang ke Tanah Jawa.
BATAK TAK MUNCUL-MUNCUL SEHINGGA 1450 SELEPAS TAMATNYA SUMPAHAN 7 KETURUNAN SIRAJA BATAK
Hanya sekitar awal tahun 1500 atau selepas 7 keturunan, bangsa Batak mula-mula dikesan muncul di Dolok Pusuk Buhit di Toba tua. Ternyata orang-orang Batak keluar dari Pulau Samosir dari Naing Golan dan mendarat di Balige. Di sana, mereka berpusat di puncak Dolok Pusuk Buhit. Sebab itulah sebelum ini tidak ada manusia yang dapat mengesan di mana Batak itu.
‘Samosir lies in the midst of the Batak country. The principal Batak tribes live around the lake – on the south shore the Tobas, on the east the Timurs, on the north the Karos, and on the west the Pakpaks. All these regard Samosir as their homeland.’ (102) – Schnitger 1939.
Jelas Si Raja Batak yang mengasaskan kewujudan bangsa Batak itu lahir dihalau keluar dari Tanah Mandailing pada sekitar tahun 1350 lalu mewujudkan satu bangsa yang dinamakan Batak di sebuah pulau yang tandus yang bernama Pulau Samosir. Pulau Samosir ini adalah sebuah pulau yang terletak di atas puncak gunung yang dikelilingi air, yang bertanah gersang lagi tandus sehingga sebelum itu tidak ada tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang hidup di sana serta pada masa itu jauh dari pandangan manusia.
Di sana bangsa Batak telah beranak-renek sehinggalah 7 keturunan iaitu sehinggalah zaman keturunan Si Raja Batak yang ke 7 iaitu Si Sahang Maima. Selepas keturunan ke 7 inilah orang-orang Batak menyeberangi Danau Toba dari Naing Golan dan mendarat di Balige lalu berpusat di Dolok Pusuk Buhit pada sekitar awal tahun 1500.
Sememangnya orang-orang Batak menganggapkan Pulau Samosir sebagai pulau keramat. Ini tidak menghairankan kerana orang-orang Batak telah terselamat dari serangan angkatan perang Majapahit semata-mata kerana bersembunyi di Pulau Samosir.
Itulah sebabnya semasa kerajaan Cola dari Tanah Besar India pimpinan Rajendra I Chola Deva atau Raja Suran menyerang dan menakluki seluruh Tanah Besar Sumatera dan Tanah Melayu pada sekitar tahun 1023, mereka tidak berjumpa mana-mana bangsa yang bernama Batak. Inikan pula tamadunnya.
Semasa tentera ‘Ekspedisi Pamalayu’ kerajaan Hindu Singhosari pimpinan Raja Kertanegara dari Tanah Jawa menakluki sebahagian dari Tanah Besar Sumatera pada tahun 1275 ke tahun 1292, mereka juga tidak menjumpai mana-mana bangsa atau tamadun yang bernama Batak.
Manakala sewaktu kerajaan Hindu Majapahit dari Tanah Jawa menyerang dan menakluki sebahagian dari Tanah Besar Sumatera pada tahun 1328 ke tahun 1409, mereka juga tidak terjumpa mana-mana bangsa yang bernama Batak. Apatah lagi tamadunnya.
Sedangkan dalam ketiga-tiga zaman peperangan ini, ibu kota orang-orang Mandailing telah musnah dihancurkan musuh.
Agak melucukan nama bangsa dan tamadun Batak itu langsung tidak disebut sama sekali. Di manakah mereka pada masa itu? Bagaimana pula secara tiba-tiba sahaja orang-orang Batak ini mendakwa Mandailing menjadi sebahagian dari wilayah atau suku kaum Batak?
Lantaran itu pendapat dan kepercayaan bahawa Mandailing itu asalnya Batak adalah salah sama sekali kerana tamadun Hindu Mandailing itu wujud jauh lebih awal dari kewujudan tamadun Batak itu sendiri.
Orang-orang Batak kemudiannya menganut agama animisme sebelum sebahagian kecil daripada mereka dipaksa memeluki agama Islam semasa gerakan Perang Jihad Padri pada tahun 1818 dan sebahagian dari mereka memeluk agama Kristian semasa penaklukan mutlak penjajah Belanda yang menyebarkan agama Kristian pada akhir kurun ke 19.
GERAKAN KRISTIAN MELABEL MANDAILING SEBAGAI BATAK
Sejak 1821 lagi kerajaan Belanda cuba mengkristiankan orang-orang Mandailing yang pada masa itu baru sahaja memeluk agama Islam di hujung pedang pada 1816. Namun perjuangan Jihad Padri telah menghalang orang-orang Mandailing daripada terus terdedah kepada kegiatan kumpulan-kumpulan pendakwah Kristian yang didokong oleh kerajaan Belanda.
Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh penjajah Belanda untuk mengkristiankan orang-orang Mandailing telah mengalami kegagalan. Pihak Belanda yang didalangi oleh badan-badan pendakwah agama Kristian juga gagal memaksa orang-orang Mandailing memeluk agama Kristian secara fizikal seperti yang pernah dilakukan oleh angkatan Jihad Padri semasa menyebarkan ajaran Islam pada 1816.
Kegagalan pihak Belanda ini telah memaksa badan-badan pendakwah agama Kristian untuk menggunakan strategi baru dalam menyebarkan agama Kristian. Lantaran itu pada awal kurun ke 20 badan-badan pendakwah agama Kristian di Belanda telah melancarkan 2 strategi untuk menarik orang-orang Mandailing kepada agama Kristian;
a. memesongkan sejarah antropologi orang-orang Mandailing supaya mereka merasa tidak asing dari sejarah dan kebudayaan Batak yang menjadi tulang belakang gerakan Kristian di Tanah Besar Sumatera khususnya di dalam Konspirasi Batak Mananggoring
b. menjadikan orang-orang Islam khasnya orang-orang Mandailing lemah dari segi penguasaan ekonomi supaya badan-badan pendakwah Kristian masuk daun dengan memberikan bantuan secara sistematik dan sekaligus menarik perhatian mereka terhadap kebaikan badan-badan pendakwah Kristian ini dengan menggunakan konsep yang sama dengan Polisi Pecah dan Perintah oleh Inggeris di Tanah Melayu (Divide and Rule Policy)
Pada kurun ke 19 yang lalu, apabila kebanyakan dari orang-orang Batak memeluk agama Kristian dari Belanda, peranan orang Batak di Nusantara Melayu diangkat semula oleh penjajah Belanda selepas Perang Jihad Padri bagi membatasi peranan orang-orang Minangkabau dan orang-orang Mandailing yang telah berusaha menegakkan agama Islam di Tanah Besar Sumatera. Kedatangan pendakwah-pendakwah Kristian ke Tanah Batak telah mengubah keadaan hidup masyarakat Batak yang tidak mempunyai kepercayaan teguh kepada mana-mana agama besar di dunia pada masa itu. Ramailah di antara mereka memeluk agama Kristian.
‘Before the arrival of the Europeans, cannibalism was quite common among the Bataks.’ (74) – Schnitger 1939.
Apabila mereka memeluk agama Kristian, pihak Belanda telah membawa orang-orang Batak ke alam pendidikan, penulisan, pengiraan dan pembacaan. Ini ialah kerana pihak Belanda memerlukan tenaga kerja sebagai perantaraan antara Belanda dan masyarakat peribumi Indonesia. Lalu orang-orang Batak yang beragama Kristian telah diberi kedudukan istimewa dalam pentadbiran kerajaan Belanda di Indonesia.
Walaupun mereka memeluk agama Kristian, orang-orang Batak tetap berpegang teguh kepada adat-resam dan budaya mereka. Oleh kerana itulah adat-resam, budaya hidup, kesenian, tulisan dan bahasa Batak masih dapat bertahan dan ditonjolkan hingga ke hari ini.
Lama-kelamaan ramai di antara mereka menguasai sebahagian besar teraju pimpinan negara lalu menjadikan bangsa Batak itu terkenal. Atas dasar inilah bangsa Batak menjadi satu bangsa yang kukuh dan dominan di Tanah Besar Sumatera dan menenggelamkan bangsa Mandailing yang pada satu ketika merupakan bangsa yang sangat maju dan bertamadun tinggi di Nusantara Melayu.
Orang-orang Mandailing yang memeluk Islam sewaktu gerakan Jihad Padri telah menjadi golongan fanatik agama yang menentang setiap pembaharuan yang dibawa oleh Belanda. Tambahan pula pada masa yang sama kerajaan Belanda sememangnya mahu melenyapkan pengaruh Islam dan keagungan bangsa Mandailing. Ini disebabkan dendam kesumat yang tidak berkesudahan ke atas angkatan perang Jihad Padri yang majoritinya dianggotai oleh orang-orang Mandailing, Rawa dan Minangkabau. Selepas Perang Padri, orang-orang Mandailing telah banyak membuang adat-istiadat dan adat resam yang tidak sesuai dengan agama Islam. Lama-kelamaan orang-orang Mandailing mulai kehilangan identiti bangsa, adat-resam, budaya, tulisan dan pertuturan mereka.
Akibatnya kumpulan-kumpulan pendakwah Kristian dan kerajaan Belanda pada masa itu mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Batak sebagai nenek-moyang orang-orang Mandailing ke seluruh dunia dan orang-orang Mandailing pula diistiharkan sebagai Batak Mandailing yang berasal dari bangsa Batak. Ini dilakukan dengan harapan generasi akan datang orang-orang Mandailing akan merasa tidak asing dengan sejarah dan kebudayaan orang-orang Batak dan terpaksa merujuk kepada orang-orang Batak semasa mencari identiti mereka dan sekaligus ini akan merangsang generasi muda orang-orang Mandailing itu untuk mengkaji agama Kristian sebagai agama pilihan asal nenek-moyang mereka. Cara yang digunakan Belanda ini adalah sama dengan Polisi Pecah dan Perintah yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab setiap generasi Mandailing untuk bangkit dan menafikan Gerakan Batak Mananggoring ini.
Permasalahan di antara Mandailing dan Batak telah lama wujud sejak tahun 1920an lagi sehingga hampir mencetuskan ketegangan etnik kerana wujudnya satu operasi dan usaha yang sistematik untuk membatakkan Mandailing. Semuanya bermula apabila orang-orang Batak dengan kerjasama pendakwh-pendakwah Kristian melancarkan Gerakan Batak Mananggoring.
GERAKAN BATAK MANANGGORING 1922
Pada 16 Ogos 1922 di Kampung Kayu Laut di Padang Lawas, Tanah Besar Sumatera, seorang Batak yang mendakwa dirinya sebagai Batak Mandailing (Batak yang telah lama tinggal dan menetap di Tanah Mandailing dan berasimilasi dengan orang-orang Mandailing) yang bernama Todung Gunung Mulia yang menjadi kepala Sekolah H.I.S di Kota Nopan telah bersepakat dengan seorang kolonel tentera Belanda dari Sibolga mengatur rancangan rapi untuk membatakkan Mandailing itu dan sekaligus membuka peluang kepada kumpulan-kumpulan pendakwah Kristian dan kerajaan Belanda untuk melenyapkan identiti bangsa, jati diri bangsa, adat-resam, budaya hidup, tulisan dan pertuturan orang-orang Mandailing.
Gerakan ini telah dinamakan sebagai Gerakan Batak Mananggoring dan ianya didalangi oleh badan-badan pendakwah Kristian pada masa itu yang dikehendaki untuk menghantar satu laporan mengenai perkembangan agama Kristian di kalangan masyarakat Mandailing ke Vatican City di Itali. Dengan memasukkan orang-orang Mandailing di kalangan orang-orang Batak, maka tidak timbul isu peratusan penganut agama Kristian yang rendah di kalangan orang-orang Mandailing.
Ini sekaligus memaksa generasi orang-orang Mandailing yang akan datang merasa tidak asing dengan sejarah dan kebudayaan orang-orang Batak serta merujuk kepada orang-orang Batak semasa dalam usaha mencari identiti dan jati diri mereka dan sekaligus ini akan merangsang generasi baru orang-orang Mandailing itu untuk mengkaji agama Kristian sebagai agama pilihan asal nenek-moyang mereka. (118-120) – Mhd.Arbain Lubis.
Atas usaha Todung Gunung Mulia dan kolonel tentera Belanda ini, 14 Kepala-Kepala Kuria Mandailing yang merupakan keturunan-keturunan raja-raja Mandailing telah didesak dan dipaksa untuk menandatangani pengistiharan di Kayu Laut bahawa Mandailing itu adalah salah satu ‘luhak’ atau daerah kecil dari wilayah bangsa Batak.
Oleh kerana Kepala-Kepala Kuria tersebut merupakan pemerintah yang dilantik atas ehsan Belanda, maka mereka terpaksa akur bagi menjaga kepentingan masing-masing walaupun ia merupakan fitnah dan penipuan terbesar di dalam sejarah antropologi dunia.
‘In Sumatra the smallest administrative unit above the village was the kuria, often composed of a mother-child village complex. The head of the kuria was an indigenous raja who had dual role of head under customary lawa and officer of the Dutch administration.’ (149) – Donald Tugby.
Jika benar Mandailing itu Batak, mengapakan perlu Todung Gunung Mulia dan kolonel tentera Belanda ini memaksa 14 orang Kepala-Kepala Kuria Mandailing yang merupakan keturunan dari raja-raja Mandailing untuk menandatangani pengistiharan di Kayu Laut bahawa Mandailing itu adalah salah satu ‘luhak’ atau daerah kecil dari wilayah bangsa Batak?
Ini ialah kerana Todung Gunung Mulia dan kolonel tentera Belanda itu sendiri tahu bahawa Mandailing itu bukan Batak dan untuk menjadikan Mandailing itu Batak, mereka perlu memaksa 14 orang Kepala-Kepala Kuria Mandailing untuk menandatangani pengistiharan di Kayu Laut itu.
Jelas strategi Gerakan Batak Mananggoring ialah mencuba melakukan fitnah besar dan penipuan licik yang memesongkan sejarah sebenar antropologi dunia.
‘If you lie to the people often enough, and if the lies were big enough, the people would eventually believe the lies.’ - Adolf Hitler.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t. yang mewujudkan pembela-pembela agamaNya di kalangan masyarakat Mandailing. Peristiwa Batak Mananggoring di Kampung Kayu Laut itu telah menimbulkan perasaan marah dan sakit hati masyarakat Mandailing terhadap fitnah dan penipuan paling besar di dalam sejarah antropologi dunia.
Orang-orang Mandailing telah bersepakat di bawah satu panji iaitu persatuan Syarikat Mandailing yang ditubuhkan pada 31 Dis 1921 telah mengemukakan bantahan secara besar-besaran kepada Governor General of Batavia di Jakarta (Batavia).
Oleh kerana pengistiharan Batak Mananggoring itu telah ditandatangan dan disahkan oleh Governor General of Batavia sebelum ini, maka Governor General of Batavia mengambil keputusan untuk membawa perkara itu untuk diadili secara adil dan saksama di Mahkamah Tertinggi Folks Road Batavia. Sebarang kesilapan dalam membuat keputusan tersebut boleh mencetuskan rusuhan kaum.
Kerajaan Belanda pada masa itu merasa begitu serba salah. Jika mereka berkeras atas fakta palsu dengan membela Batak, maka satu rusuhan kaum akan berlaku. Jika mereka berkata benar dan memihak kepada orang-orang Mandailing, orang-orang Batak mungkin tidak akan menerima agama Kristian sebagai agama utama mereka dan kembali kepada agama animisme. Manakala pendakwah-pendakwah Kristian telah pun melobi habis-habisan agar susah-payah usaha kegiatan dakwah mereka kepada orang-orang Batak tidak menjadi sia-sia.
Lantaran itu berlakulah pertarungan di antara Mandailing dan Batak di muka pengadilan Mahkamah Tertinggi Folks Road Batavia pada tahun 1922. Bagi tujuan perbicaraan tersebut, kerajaan Belanda terpaksa memanggil seorang pakar antropologi yang mengetahui sejarah semua suku bangsa di Indonesia yang bernama H. Van Wageningen.
H. Van Wageningen menyatakan dengan jelas dan tegas bahawa Mandailing itu sama sekali tidak sama serta bukan sebahagian dari Batak. Mandailing mempunyai wilayah bangsanya yang sangat luas dan bukan dari ‘luhak’ atau daerah kecil serta mempunyai identitinya tersendiri.
H. Van Wageningen dan Majlis Sidang 14 Kepala-Kepala menjelaskan bahawa Mandailing itu hanyalah terdiri daripada 9 buah marga sahaja dan tidak lebih dari itu;
a. Nasution
b. Lubis
c. Pulungan
d. Batu Bara (bukan Batu Bahara Lima Luhak dari Sumatera Timur)
e. Rangkuti
f. Dauley
g. Parinduri
h. Dalimunti
i. Matondang
Akhirnya selepas 4 tahun anak-anak Mandailing bertarung sengit berjuang demi maruah bangsa dan masa depan agamanya, maka pada tahun 1926 Mahkamah Tertinggi Folks Road Batavia memutuskan bahawa maka Mandailing menang dalam perbicaraan itu dan Mandailing itu bukan sebahagian daripada Batak ataupun wilayahnya. Mandailing tetap Mandailing. Batak tetap Batak.
Justeru itu mana-mana golongan Mandailing di Nusantara Melayu yang memberikan nama marganya yang berbeza dari 9 marga asal di atas, maka mereka bukanlah kaum Mandailing. Kesemua 9 marga tulin di atas telah diperakui dan disahkan oleh keputusan Mahkamah Tertinggi Folks Road Batavia pada tahun 1926 serta dinyatakan dengan jelas di dalam surat penyataan oleh Majlis Sidang 14 Kepala Kuria yang merupakan keturunan dari raja-raja Panusunan di Mandailing Godang di Tanah Besar Sumatera. Keputusan ini kemudiannya diperakui, disahkan, diaktakan serta diwartakan oleh kerajaan Indonesia.
Mana-mana pihak yang cuba menafikan kesahihan 9 marga Mandailing di atas, maka ia bererti mereka akan menghadapi dan menentang keputusan Mahkamah Tertinggi Folks Road Batavia pada tahun 1926 dan surat penyataan oleh Majlis Sidang 14 Kepala Kuria yang merupakan keturunan dari raja-raja Panusunan di Mandailing Godang di Tanah Besar Sumatera.
PERISTIWA TANAH WAKAF SUNGAI MATI 1922
Belum habis Mandailing dibebankan dengan masalah sejarah antropologinya dipesongkan oleh orang-orang Batak, orang-orang Mandailing menghadapi satu lagi masalah baru.
Di Sungai Mati di Medan terdapat satu tanah wakaf yang telah diberikan oleh Sultan Deli kepada orang-orang Mandailing untuk dijadikan tempat perkuburan. Namun orang-orang Batak yang mengaku diri mereka Mandailing (Batak yang telah tinggal dan menetap lama di Tanah Mandailing dan berasimilasi dengan orang-orang Mandailing) telah berkeras mendakwa diri mereka sebagai ‘Mandailing’ dan mahukan hak untuk dikuburkan di Tanah Wakaf Sungai Mati itu. Lalu berlakulah ketegangan di antara kedua-dua etnik yang berbeza itu.
Sekali lagi ketegangan di antara orang-orang Mandailing dan Batak itu diadili di Mahkamah Raad Van Justice dan Majlis Syariah Islam di Medan. Dalam pertarungan tersebut, sekali lagi Mahkamah Raad Van Justice dan Majlis Syariah Islam di Medan mengistiharkan bahawa Mandailing menang dan Mandailing itu bukan sekali-kali Batak.
Manakala orang-orang Batak atau Batak Mandailing atau mana-mana yang sejenis dengannya yang beragama Islam tidak dibenarkan sama sekali untuk dikebumikan di Tanah Wakaf Sungai Mati yang telah diwakafkan oleh Sultan Deli khas untuk orang-orang Mandailing sahaja.
Sebagai pesanan kepada anak-cucu Mandailing, Mangaraja Ihutan seorang editor suratkhabar Pewarta Deli di Medan telah berkata;
‘Kadar jadi peringatan di belakang hari kepada anak-anak bangsa Mandailing itu supaya mereka tahu bagaimana jerih-payahnya nenek-moyangnya mempertahankan atas berdirinya kebangsaan mereka itu. Dengan jalan begitu diharap tiadalah kiranya mereka itu akan sia-siakan lagi kebangsaannya dengan mudah mau menghapuskannya dengan jalan memasukkan diri ke dalam bangsa lain yang tidak mungkin melebihkan martabatnya itu.’
GERAKAN MIRIP BATAK MANANGGORING 13 MEI 2000
Pada 13 Mei 2000 sebuah persatuan Mandailing yang mengaku nenek-moyang mereka berketurunan Batak iaitu Ikatan Kebajikan Mandailing Malaysia atau lebih dikenali sebagai IMAN telah melancarkan sebuah buku yang bertajuk ‘Majlis Pengkisahan Sejarah Masyarakat Mandailing di Malaysia’ yang diterbitkan bersama oleh IMAN dan Arkib Negara Malaysia.
Buku tersebut adalah bersempena Majlis Perkisahan Sejarah Masyarakat Mandailing Di Malaysia yang dirasmikan oleh Datuk Habibah Zon yang merupakan Naib Yang DiPertua IMAN dan Ketua Pengarah Arkib Negara. Majlis tersebut telah berlangsung di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj di Kuala Lumpur.
Namun buku tersebut ternyata merupakan satu kitab fitnah berbau konspirasi Batak di dalam masyarakat Mandailing. Buku IMAN tersebut menyatakan bahawa nenek-moyang orang-orang IMAN adalah orang-orang Batak yang digambarkan seperti berikut;
a. ‘The Mandailing people are said to be a branch of the Batak of the interior of Sumatera.’ (11)
b. ‘The Mandailing people are said to be a branch of the Batak of the interior of Sumatera, a tribe which have enjoyed the unenviable reputation of being eaters of human flesh ...’ (11)
c. ‘This new culture is that of the Batak, a people often describe as cannibals ruled over by a magician king, or as literate savages isolated from the outside contact.’ (11)
Buku itu menuduh orang-orang Mandailing merupakan salah satu cabang Batak. Orang-orang Mandailing juga suka memakan daging manusia dan pemimpin mereka merupakan seorang ahli sihir serta tinggal di tempat terpencil dari perhubungan dengan manusia-manusia lain.
Yang dikatakan Batak makan orang itu berlaku apabila pesalah-pesalah di negeri Batak telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati di mana darah yang mengalir dari leher yang dipancung itu akan dikumpulkan di dalam sebuah mangkuk lalu diagih-agihkan kepada raja Batak dan pembesar-pembesarnya untuk diminum. Kononnya dengan meminum darah pesalah itu, segala ilmu kebatinan pesalah itu akan meresap ke dalam tubuh mereka. Tubuh badan pesalah itu akan dicincang halus dan dicampurkan dengan daging babi untuk diagih-agihkan kepada seluruh penduduk kampung. Kepala pesalah pula akan dicampakkan ke dalam Danau Toba. (30-33) – Misteri Ogos 2002.
Menghimpunkan orang-orang Mandailing itu di dalam rumpun Batak adalah satu perbuatan keji yang merupakan ulangan kepada perbuatan Gerakan Batak Mananggoring yang diterajui oleh kumpulan-kumpulan pendakwah Kristian dan kerajaan Belanda yang cuba melenyapkan identiti bangsa, jati diri bangsa, adat-resam, budaya hidup, tulisan dan pertuturan orang-orang Mandailing itu disebabkan sejarah permusuhan agama dan peperangan agama dengan angkatan Jihad Padri yang didokong dan diteruskan oleh orang-orang Mandailing sehingga ke tahun 1879.
Pandangan yang diambil oleh IMAN itu adalah petikan dari penulis-penulis Batak seperti M. Hutauruk yang cuba menegakkan kebatakan dirinya sendiri serta pandangan penulis-penulis Barat seperti J.F.A. McNair yang bermotifkan penyebaran agama Kristian. Ini dilakukan dengan harapan generasi orang-orang Mandailing yang akan datang akan merujuk kepada orang-orang Batak semasa mencari identiti dan jati diri mereka dan sekaligus ini akan merangsang generasi baru orang-orang Mandailing itu untuk mengkaji agama Kristian sebagai agama pilihan asal nenek-moyang mereka.
Perbuatan yang sama dengan Gerakan Batak Mananggoring yang didalangi oleh kumpulan-kumpulan pendakwah Kristian dan kerajaan Belanda yang cuba melenyapkan identiti bangsa, jati diri bangsa, adat-resam, budaya hidup, tulisan dan pertuturan orang-orang Mandailing itu membuktikan betapa ceteknya pengetahuan IMAN tentang latarbelakang nenek moyang mereka sendiri.

Keratan 1 – Buku bertajuk ‘Majlis Pengkisahan Sejarah Masyarakat Mandailing di Malaysia’ yang diterbitkan oleh
IMAN dan Arkib Negara
IMAN dan Arkib Negara
Timbullah persoalan apakah IMAN yang mengaku nenek-moyangnya Batak itu layak bergelar Ikatan Kebajikan Mandailing Malaysia yang kononnya melambangkan dan memperjuangkan kebajikan seluruh masyarakat Mandailing di Malaysia? Kebajikan apakah yang telah dilakukan oleh IMAN terhadap orang-orang Mandailing jika IMAN sendiri mencaci Mandailing itu sebagai Batak yang makan daging manusia dan ahli sihir.
Apa yang tidak diketahui oleh IMAN dan Arkib Negara Malaysia ialah permasalahan di antara Mandailing dan Batak yang telah lama wujud sejak zaman-berzaman lagi sehinggakan masalah tersebut mencetus ketegangan kerana wujudnya satu gerakan dan usaha yang sistematik untuk membatakkan orang-orang Mandailing yang dikenali sebagai Batak Mananggoring.
Apabila IMAN sendiri mengaku bahawa nenek-moyangnya berasal dari cabang Batak dan mendakwa bahawa Mandailing itu adalah sebahagian daripada Batak, maka ini adalah satu bukti yang jelas bahawa terdapat segolongan manusia spesis Batak jelmaan ‘Todung Gunung Mulia’ di dalam IMAN yang cuba membatakkan orang-orang Mandailing dengan gerakan dan strategi Batak Mananggoring.
Tindakan melulu IMAN itu menunjukkan IMAN telah terperangkap di dalam jaring strategi orang-orang Batak yang bertopengkan Mandailing di dalam IMAN itu sendiri yang bercita-cita hendak membatakkan seluruh adat, bahasa dan budaya Mandailing sebelum mendedahkan Mandailing kepada unsur-unsur yang mengancam agama.
Jikalau beginilah yang dikatakan sebagai Ikatan Kebajikan Mandailing Malaysia, adalah lebih baik IMAN itu keluar dari topengnya dan menukar nama kepada IBAT iaitu Ikatan Kebajikan Batak Malaysia kerana mereka sendiri mengaku bahawa nenek-moyang ahli-ahli IMAN itu adalah Batak. Semoga orang-orang Mandailing khususnya di Malaysia akan celik mata dan celik hati serta diberi petunjuk dan dibuka hijab oleh Allah s.w.t. untuk melihat kebenaran ini.
‘Sometimes you have to be cruel in order to be kind.’ Begitulah pepatah tegas orang tua-tua. IMAN, jika benar ianya sebuah persatuan orang-orang Mandailing, patut dibubarkan kerana petikan-petikan fitnah palsu di dalam buku ‘Majlis Perkisahan Sejarah Masyarakat Mandailing Di Malaysia’ yang diiktiraf oleh Arkib Negara Malaysia akan digunakan sebagai satu buku rujukan di dalam penulisan buku-buku akademik di peringkat universiti dan antarabangsa untuk beratus-ratus tahun yang akan datang.
Malahan lebih dahsyat lagi IMAN tidak tahu asal-usul nenek-moyang mereka itu terus membuat kenyataan-kenyataan palsu di dalam buku kecil mereka yang bertajuk ‘Majlis Pengkisahan Sejarah Masyarakat Mandailing di Malaysia’;
‘Orang Mandailing berasal dari daerah Tapanuli Selatan di bahagian utara Pulau Sumatera. Mereka termasuk dalam kumpulan yang sama dengan orang Batak yang juga tinggal di Tapanuli tetapi di sebelah utara.’ (10)
‘Terdapat enam suku lain yang sekumpulan dengan orang Mandailing, iaitu orang Toba, Dairi, Angkola, Karo, Simalungun dan Pak-Pak yang turut menduduki daerah Tapanuli keseluruhannya.’ (10)
‘This new culture is that of the Batak, a people often describe as cannibals ...’ (11)
Yang lebih melucukan lagi, seorang bekas ketua pengarang majalah IMAN yang berjudul ‘Mandailing’ dan merupakan wakil dan pengkaji dari Sumatra Heritage Trust di Malaysia yang mendakwa dirinya sebagai seorang penulis bebas yang banyak membuat kajian tentang sejarah, kebudayaan dan latarbelakang orang-orang Mandailing yang bernama Abdur-Razzaq Lubis bin Ayub telah menyatakan di dalam satu wawancara khas yang terpapar di dalam majalah Panji Masyarakat yang diterbitkan pada 21 Jul 1999 bahawa dirinya adalah seorang Batak;
‘... merupakan generasi ketujuh orang Batak di Malaysia, yang lari dari Sumatera sewaktu pecah Perang Padri pada 1870an.’
Tetapi tidak sampai 2 minggu selepas itu, Abdur-Razzaq Lubis telah menulis dan menceritakan kisah penghijrahan orang-orang Mandailing ke Tanah Melayu pada kurun ke 19 di dalam kertas kerjanya bertajuk ‘The Mandailing Migration to 19th Century West Malaysia’ yang dibentangkan di dalam majlis The Second International Malaysian Studies Conference di Universiti Malaya Kuala Lumpur pada 2–4 Ogos 1999.
Perbuatan IMAN ini langsung tidak menunjukkan kematangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya yang kononnya dibarisi oleh nama-nama besar, profesor-profesor dan pensyarah-pensyarah di dalam bidang akademik. Tindakan IMAN ini tidak ubah seperti buat dulu akibatnya difikirkan kemudian. Lantas itu apakah bezanya intelektual IMAN itu dengan kanak-kanak yang belum baligh? Walaupun mereka merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi, namun jelas mereka tidak diberi hijab oleh Allah s.w.t. untuk melihat kebenaran.

Keratan 3 – Orang-orang Mandailing menganggap Arkib Negara dan Ikatan Kebajikan Mandailing Malaysia (IMAN)
sebagai buta sejarah Mandailing
sebagai buta sejarah Mandailing
Oleh kerana kedudukan dan status Batak Mandailing itu tersangatlah hina di Tanah Mandailing, maka itu ramai di antara mereka yang melarikan diri dari Tanah Mandailing lalu merantau ke negeri-negeri Melayu seperti Deli, Langkat, Siak serta Tanah Melayu.
Semasa Perang Padri, hampir semua Batak Mandailing ini telah dipaksa memeluk agama Islam di hujung pedang. Sedangkan semua orang-orang Batak yang lain yang masih berada di Tanah Batak masih menganut agama animisme dan sebahagian besar daripada meraka memeluk agama Kristian setelah datangnya penjajah Belanda.
Lantaran itu bagi membezakan orang-orang Batak yang memeluk agama Islam dengan kumpulan orang-orang Batak yang bukan beragama Islam, mereka telah menggelar diri mereka sebagai Batak Mandailing kerana secara kebetulan mereka tinggal di Tanah Mandailing dan Batak yang bukan Islam tinggal di Tanah Batak.
Sesetengah Batak ini kemudiannya berpindah ke kawasan-kawasan yang merupakan tanah jajahan kerajaan-kerajaan Mandailing seperti di Padangsidempuan, Angkola, Padang Lawas dan Sipirok lalu berasimilasi dengan orang-orang Mandailing yang tinggal di sana.
Kumpulan-kumpulan inilah yang akhirnya merasakan kedudukan mereka semakin mantap dan kukuh lalu mengistiharkan diri mereka sebagai Batak Mandailing yang diertikan sebagai orang-orang Batak yang menetap di Tanah Mandailing. Sehingga ke hari ini orang-orang Batak Mandailing masih tetap mengaku diri mereka Batak lantaran orang-orang Melayu di sana tidak memandang rendah atau memandang hina nama Batak itu.
Lantaran itu Batak Mandailing tidak wujud sebagai sebuah bangsa atau kaum, sebaliknya ia hanya wujud sebagai satu istilah yang menunjukkan kedudukan orang-orang Batak yang menetap di Tanah Mandailing. Walau lama mana pun mereka menetap di Tanah Mandailing, Batak tetaplah Batak. Samalah seperti orang-orang Cina yang tinggal di Malaysia, Indonesia dan Amerika. Cina tetap Cina. Mereka tidak boleh dianggap sebagai orang Melayu semata-mata kerana mereka tinggal di Tanah Melayu. Mereka tidak boleh diterima sebagai orang Barat semata-mata mereka tinggal di Amerika. Mereka tetap dipanggil orang Cina, sama ada Cina Malaysia atau Cina Amerika, walau dalam apa keadaan sekalipun.
Begitulah juga dengan keadaan Batak-Batak yang menetap di Tanah Mandailing. Mereka tetap dipanggil Batak. Adalah tidak logik jika kerana wujudnya Batak-Batak ini, maka seluruh orang Mandailing mahu ditukarkan menjadi Batak dan digelar Batak Mandailing? Adalah tidak masuk akal disebabkan wujudnya beberapa juta rakyat Malaysia berketurunan Cina, maka orang-orang Melayu di Malaysia telah menjadi Cina dan digelar orang-orang Cina. Adalah tidak mungkin disebabkan 15 juta orang-orang Cina di Indonesia, maka seluruh rakyat Indonesia telah menjadi Cina dan dipanggil nama mereka sebagai orang-orang Cina. Keadaan yang sama wujud di Tanah Mandailing. Mandailing tetap Mandailing. Tidak sama dengan Batak yang tetap menjadi Batak walaupun Batak-Batak ini tinggal di Tanah Mandailing. Orang-orang Mandailing tidak boleh menjadi Batak Mandailing semata-mata dengan kewujudan istilah Batak Mandailing atau wujudnya sekelompok Batak yang tinggal di Tanah Mandailing.
Justeru itu jelas bahawa orang-orang Batak walaupun sebagai Batak Mandailing yang beragama Islam tidak boleh sama sekali digolongkan sebagai orang-orang Mandailing. Maka itu orang-orang Mandailing mestilah menolak orang-orang Batak Mandailing daripada mengaku diri mereka sebagai orang-orang Mandailing dan menubuhkan persatuan di atas nama Mandailing itu sendiri. Ini adalah satu fakta sejarah yang nyata yang sepatut diketahui dan dipertahankan oleh setiap orang yang mengaku dirinya Mandailing!
Perbezaan Batak Mandailing dengan orang-orang Mandailing telah diperjelaskan di dalam kes perbicaraan mahkamah Vonnis de Raad Van Justitie Te Medan pada tanggal 12 Feb 1926 mengenai isu Tanah Wakaf Sungai Mati di mana orang-orang Batak Mandailing yang beragama Islam tidak dibenarkan untuk dikebumikan di situ kerana mereka tidak termasuk di dalam 9 marga Mandailing.
‘Zich niet Mandailingers van deze groep hebben gescheiden en gevoegd bij de zich tot een afzonderlijke groep onder den naam Batakkers gevormd hebbende Mohammedanen, uit gemelde afdeelingen Sipirok, Padang Lawas en Angkola afkomstig.’ (179) – Vonnis de Raad Van Justitie Te Medan No. 1/1926 Civ, 12 Feb 1926.
Ayat di atas bermaksud tidak sekali-kali termasuk orang-orang Mandailing itu mana-mana kumpulan orang-orang Islam dari keturunan Batak yang bermastautin di Sipirok, Padang Lawas dan Angkola.
Jelas ayat di atas menegaskan bahawa orang-orang Batak Mandailing itu bukan orang-orang Mandailing walaupun mereka beragama Islam. Batak Mandailing tetap Batak. Mandailing tetap Mandailing.
BATAK MANDAILING DI TANAH MELAYU Di Tanah Melayu, kehinaan orang-orang Batak ini tidak jauh berbeza. Cuma kebanyakan daripada orang-orang Batak Mandailing ini takut mengaku diri mereka sebagai keturunan Batak yang majoritinya hatoban atau hamba abdi.
‘I asked her how she was a slave, whether she was a Battak. She said ‘I don’t know how.’ (283) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
‘Previous to the Dutch occupation of Sumatra, the trade in slaves was extensively carried on from among the Bataks in that island, of whom regular cargoes were brought over by the slave traders, and sold in Perak to the highest bidder, fetching at times from $100 to $200 a piece.’ (404) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Orang-orang Batak termasuklah orang-orang Batak Mandailing dijual beli seperti besi buruk dan keturunan mereka selama-lamanya menjadi hatoban atau hamba abdi.
‘...at the same price as the original Battak woman, i.e. $40.’ (404) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
‘Since the Dutch have placed Resident Officers at various stations on the Sumatra coast, this species of slave trade has been diminished, but there still exists throughout the state of Perak a very numerous body of Batak slaves, and as their offspring also besome slaves, a certain number will always remain.’ (404) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Mereka dihina, dipukul, dirantai seperti anjing dengan rantai besi dan diberi makanan yang kotor.
‘Some of these Batak slaves are well treated, but I have heard several instances of their being beaten, especially the women, and put in irons. Some, owing to ill-treatment, have managed to escape to the British Territory at Pangkor.’ (404) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Lantas kebanyakan mereka ‘masuk Mandailing’ dengan menukar nama dan membuang marga atau nama puak asal mereka lalu menggunakan marga baru dari 9 marga-marga asal Mandailing dan tidak mahu lagi dikenali sebagai Batak Mandailing. Ini ialah kerana kedudukan dan nama Batak itu sendiri begitu dipandang jijik lagi hina oleh orang-orang Melayu di Tanah Melayu. Ada pula yang cuba ‘masuk Melayu’ dengan menukarkan nama mereka kepada nama Melayu. Ini dilakukan agar mereka tidak dapat dikesan sebagai keturunan hatoban Batak yang sangat rendah martabatnya. Tambahan pula Mandailing mempunyai sejarah yang besar di Tanah Melayu.
Malahan nasib keturunan Si Raja Batak ini tidak banyak berbeza dengan orang-orang Sakai yang kebanyakan dijadikan pelacur atau gundik serta hamba seks di Tanah Melayu yang digambarkan sebagai;
‘Prostitution is, I believe, as a general rule, forced upon them, but in every case is encouraged by the creditor or master.’ (403) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
‘The numerous female nurses and servants in the Sultan’s house are as much slaves as these debt-slaves, though acquired generally by force, for the Sultan has only to send his sword, sundong, or kris to any house where there exists a girl to whom he or any of his household have taken a fancy, and the parents are bound to give her up. In this way have most of the women in the Sultan’s establishment been acquired. Each is treated as a slave, and dare not attempt to escape, while, if she marries, her husband and children will be slaves likewise. The nurses are fed, but get no clothes; the rest get neither food nor clothes. The whole of them, I believe, without any reception, are prostitutes, and support themselves.’ (403) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
‘These poor people, from what I have seen, are worse treated than any other slaves. This must be called a species of debt slavert, as it is generally alleged that some money has been expended on them in food and in the scanty clothes they wear. They are, however, as a rule badly fed, badly clothed, and made to work hard. They have little or no chance of escape, and they know well that the Malay would be sure to ill-treat them if caught, and would not hesitate for a moment to kill them, while not the smallest notice would be taken of his doing so.’ (403) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
‘The women had large fringes of a sweet smelling grass round their waists and a small cloth sewn to it porcupine quills through their noses going across the face, and the face painted with dashes of red gum – very bright. Arms cover with bangles of coarse brass wire, necklaces of large shells with bones and beans and tigers teeh round their necks. They do not circumcise.’ (148) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Kebanyakan orang-orang Batak Mandailing di Tanah Melayu ini telah dijual-beli di negeri Perak. Sehingga ke hari ini, ramai keturunan-keturunan orang-orang Batak Mandailing ini telah berasimilasi dengan orang-orang Melayu di negeri Perak.
‘But there still exists throughout the state of Perak a very numerous body of Batak slaves, and as their offspring also become slaves, a certain number will always remain.’ (404) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Maka tidak hairanlah jika kebanyakan ahli-ahli sebuah persatuan yang menamakan persatuan mereka sebagai persatuan orang-orang Mandailing tetapi pada masa yang sama mendakwa nenek-moyang mereka sebagai orang-orang Batak kerana majoriti ahli-ahlinya berasal dari negeri Perak di mana ramai keturunan orang-orang Batak ini menetap di Lembah Kinta dan Selatan Perak. Mereka inilah mendokong perjuangan menegakkan kebatakkan di dalam persatuan yang menggunakan nama Mandailing! Benarlah kata orang tua-tua, hanya orang tidak bermaruah sahaja yang sanggup menukar nasab keturunannya.
‘...that the children, grand children and so on for ever, of a slave become slaves to the proprietor of the slave. It matters nothing whether the slave marries a freeman or not.’ (203) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
TONGGO-TONGGO SIBORU DEAKPARUJAR BUKTI KUKUH MENGESAHKAN KESAHIHAN LAGENDA BATAK BERASAL DARI TANAH MANDAILING
Tonggo-Tonggo Siboru Deakparujar merupakan sebuah doa Batak Toba tua yang disusun secara puitis dan dibacakan di setiap upacara adat sajian besar dan kecil orang-orang Batak sejak zaman-berzaman lagi.
Yang aneh dan melucukan ialah apabila Tonggo-Tonggo Siboru Deakparujar itu jelas menyebut dan mengagungkan kemashuran Tanah Mandailing sebagai jalan ke kayangan tempat nenek moyang berpesta.
‘...Sian tano handur, tano malambut, tano hulambu jati, sian tano padang bakkil Mandailing, tano si ogung-ogung; parsirangan ni tano, pardomuan ni aek; Sian ima dalan laho tu ginjang, partuatan ni Ompunta: Debata na tolu, na tolu Suhut, na opat Harajaon tu banua tonga on. Disima parangin-anginan ni Ompunta Siboru Deakparujar, sideak uti-utian, sigodang ujar-ujaran.
1. Na manjadihon: Gana na so boi toloon, bulan naso boi oseon
2. Sian ima mula ni: Dung-dang
3. Mula ni: Sahala
4. Mula ni: Harajaon
5. Mula ni: Gantang tarajuan, Hatian pamonari
6. Mula ni: Pungga si sada ihot
7. Mula ni: Ninggala sibola tali
8. Sian ima mula ni: Boli ni boru muli dohot si namot ni anak mangoli
7. Mula ni: Goar ni bao na so boi dohonon
8. Nunga disihaihon i: Di ninggor nu ruma, dipohon di batu barani dohot di pinggol ni hoda Debata.’ (277) – Batara Sangti.
Yang bermaksud dari tanah lembah, tanah kelabu sejati, dari tanah padang bakil Mandailing, tanah yang termashur, bagaikan suara yang merdu, perpisahan daripada tanah, pertemuan daripada air. Di situlah tangga jalan ke atas, tempat turunnya Empu kita: Debata Nan Tiga, Nan Tiga Segi, Nan Empat Kerajaan ke benua tengah ini. Di situlah tempat bertemasha Empu kita Siboru Deakparujar, yang sangat cerdik dan banyak akal.
1. Yang berpesan: Tak boleh langgar sumpah, tak boleh ingkar ikrar
2. Asal mula: Keperkasaan
3. Asal mula: Sehala, roh atau semangat yang sama
4. Asal mula: Kerajaan
5. Asal mula: Gantang pengukuran, dacing kebenaran
6. Asal mula: Batu asah seikat
7. Asal mula: Bajak bagai pembelah hati
8. Dari situlah asal mula: Penerimaan beli atas perkahwinan anak perempuan dan pembayaran bagi perkahwinan anak lelaki
9. Asal mula: Nama besan yang tidak boleh disebut
10. Perkara itu telah dinukilkan: Pada kuda-kuda rumah Batak asli, dipacakkan di batu berani dan di kuping kuda Dewata.’ (15) – Mhd. Arbain Lubis.
Ayat ‘... Sian tano hondur, tano malambut, tano hulambu jati, sian tano padang bakkil Mandailing, tano si ogung-ogung; parsirangan ni tano, pardomuan ni aek...’ yang bermaksud dari tanah lembah, tanah kelabu sejati, dari tanah padang bakil Mandailing, tanah yang termashur, bagaikan suara yang merdu’ membuktikan bahawa orang-orang Batak masih mengagungkan kemashuran Tanah Mandailing yang dianggap sebagai tempat turunnya nenek-moyang orang-orang Batak. Tepatlah lagenda asal-usul Batak yang menyatakan bahawa nenek moyang orang-orang Batak itu dihalau keluar dari Tanah Mandailing dan bukannya orang Mandailing yang berasal dari Tanah Batak.
Ayat ‘Perpisahan dari tanah’ bermaksud orang-orang Batak dihalau keluar dari tanah daratan di Mandailing lalu orang-orang Batak bertemu air yang merupakan Danau Toba yang disebut sebagai ‘Pertemuan dari air’.
Rangkap ‘Sian ima dalan laho tu ginjang...’ atau bermaksud ‘Di situlah tangga jalan ke atas’ menunjukkan Tanah Mandailing itu adalah tempat yang dimuliakan.
Manakala ‘Partuatan ni Ompunta...’ yang bermaksud ‘tempat turunnya Empu kita’ jelas menyatakan bahawa nenek-moyang orang-orang Batak iaitu Siraja Batak ‘turun’ atau datang dari Tanah Mandailing.
Rangkap ‘Disima parangin-anginan ni Ompunta Siboru Deakparujar, sideak uti-utian, sigodang ujar-ujaran’ yang membawa pengertian ‘Di situlah tempat bertemasha Empu kita Siboru Deakparujar, yang sangat cerdik dan banyak akal...’ memperakui bahawa Siraja Batak itu merupakan cucu-cicit kepada Ratu Boru Deakparujar yang merupakan permaisuri kerajaan Mandala Holing di Pidoli.
‘Na manjadihon: Gana na so boi toloon, bulan naso boi oseon...’ yang bermaksud ‘Yang berpesan: Tak boleh langgar sumpah, tak boleh ingkar ikrar...’ membuktikan bahawa orang-orang Batak pernah disumpah dan mereka dipesankan oleh nenek-moyang mereka di Tanah Mandailing agar tidak melanggar sumpah.
Rangkap pendek ‘Mula ni: Sahala. Mula ni: Harajaon...’ yang bermaksud ‘Asal mula: Sehala, roh atau semangat yang sama. Asal mula: Kerajaan...’ jelas membuktikan bahawa orang-orang Batak itu berasal dari Tanah Mandailing. Satu ketika mereka merupakan sebahagian dari orang-orang Mandailing yang mempunyai kepercayaan yang sama dan dari kerajaan yang sama.
Manakala ayat ‘Sian ima mula ni: Boli ni boru muli dohot si namot ni anak mangoli...’ yang bermaksud ‘Dari situlah asal mula: Penerimaan beli atas perkahwinan anak perempuan dan pembayaran bagi perkahwinan anak lelaki’ membuktikan bahawa orang-orang Batak berasal dari pucuk keturunan yang ‘perempuannya dibeli oleh orang’ iaitu seorang hamba dan ‘lelakinya perlu membayar’ iaitu seorang raja, sama seperti yang diceritakan oleh lagenda asal-usul Batak.
Rangkap ‘Mula ni: Goar ni bao na so boi dohonon’ yang bererti ‘Asal mula: Nama besan yang tidak boleh disebut’ menunjukkan perasaan marah dan dendam Datu Ompong Dolom terhadap bisannya iaitu Datu Dandana Debata yang menangkap Siraja Batak dan menjadi punca seluruh keluarga dan suku-sakat hatoban dihalau keluar ke Pulau Samosir yang gersang sehingga nama bisannya itu langsung tidak boleh disebut.
Sesetengah orang-orang Batak percaya Datu Dandana Debata itu adalah Tuhan yang turun ke Pulau Samosir dan menjadikan bangsa Batak. Tetapi jelas Datu Dandana Debata menjadi punca kenapa Siraja Batak, Datu Ompong Dolom dan seluruh suku-sakat hatoban dihalau keluar dari Tanah Mandailing ke Pulau Samosir. Itulah sebabnya Datu Dandana Debata dianggap sebagai pencipta bangsa Batak (94) – Schnitger 1939.
Tepat sekali lagenda asal-usul Batak yang menyatakan Siraja Batak itu dihalau keluar dari Tanah Mandailing sebagai seorang penderhaka akibat berzina dengan seorang hatoban atau hamba abdi yang hina di Tanah Mandailing.
Justeru itu Mandailing bukan berasal dari suku kaum Batak. Mandailing itu jauh lebih besar dan telah wujud jauh lebih lama serta mempunyai wilayah tamadunnya sendiri. Mustahil untuk menyatakan Mandailing itu merupakan salah satu suku kaum Batak jika nenek-moyang Batak itu sendiri datang dari Tanah Mandailing.
Nama Mandailing dan tamadunnya itu telah lama wujud sebelum kelahiran Siraja Batak pada 1305 sedangkan Siraja Batak sebagai orang yang melahirkan bangsa Batak merupakan keturunan Ke 7 Ratu Siboru Deakparujar.
Orang-orang Mandailing di Tanah Adik di kawasan timur Sumatera dari Labuhanbilik ke Kota Pinang yang beragama Buddha dan berbahasa Sanskrit dipaksa memeluk agama Islam setelah ditawan oleh kerajaan Islam Acheh pada 1612. Manakala orang-orang Mandailing di Tanah Abang di Tanah Mandailing yang juga beragama Buddha dan berbahasa Sanskrit hanya memeluk agama Islam setelah dipaksa dengan hujung pedang semasa gerakan Perang Jihad Padri oleh Tuanku Imam Bonjol pada tahun 1816.

EPISOD 4
KEADAAN DI LUAR KUALA LUMPUR
‘Di samping menjadi panglima, beliau juga sering dipinjam atau diupah oleh raja yang tertentu di Sumatera dan Semenanjung
untuk menolong melawan musuh-musuh tertentu.’
Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980
Sejak awal kurun ke 19 lagi, perusahaan bijih timah telah menjadi satu perusahaan penting di Tanah Melayu. Ini terbukti apabila pada tahun 1824 seorang anak raja Bugis di Selangor yang bernama Raja Busu datang dan membuka Kampung Lukut di Kuala Linggi setelah mendapat tahu terdapat banyak bijih timah di bumi Lukut. Dengan bantuan orang-orang Cina, beliau telah menjalankan aktiviti perlombongan di Lukut dan menjadi kaya. Atas kejayaan itu, Raja Busu telah melantik dirinya sebagai pemerintah Lukut lalu membina sebuah kota yang dinamakan Kota Lukut. Namun begitu pendapatan dari hasil yang diperolehinya langsung tidak diberi kepada Sultan Ibrahim yang merupakan Sultan Selangor ketika itu. Pada masa itu, Kuala Lukut merupakan sebuah daerah yang berasingan dan bebas.
Setelah perusahaan bijih timah di Lukut itu berkembang pesat, Raja Busu menghadapi masalah kekurangan tenaga pekerja. Lantaran itu beliau menjemput lebih ramai orang-orang Cina dari Melaka untuk datang bekerja dengannya. Beliau juga memajakkan beberapa lombong bijih timah kepada orang-orang Cina dengan mengenakan cukai 10% daripada hasil lombong yang hendak dibawa keluar dari Lukut.
Pada awal tahun 1834, Raja Busu menaikkan lagi cukai berlipat kali ganda daripada kadar yang asal. Ini telah membangkitkan kemarahan pelombong-pelombong Cina yang menyewa kawasan perlombongan di sana. Maka pada suatu malam pada bulan Sep 1834, 400 orang Cina telah datang mengadap Raja Busu untuk memaksa Raja Busu menurunkan kadar cukai. Apabila tiba di istana Lukut, orang-orang Cina menjadi bertambah marah setelah melihat beratus-ratus jongkong timah yang terdapat di sekeliling istana Lukut itu. Sambil menjerit-jerit nama Raja Busu, mereka mengugut untuk membakar istana Lukut jika Raja Busu tidak turun ke bawah. Tetapi Raja Busu tidak memperdulikan panggilan itu lalu menjawab ‘Orang Islam tak takut mati. Buatlah apa yang kamu suka’.
Apabila mendengar jawapan yang angkuh itu, maka orang-orang Cina telah mengamuk dan membunuh semua orang Melayu yang mereka jumpa di kawasan istana tersebut lalu membakar istana Lukut. Daripada 50 orang di dalam istana itu, tidak seorang pun yang terselamat. Sejak itulah Lukut kehilangan ketuanya. Namun begitu tidak lama selepas itu, orang-orang Melayu dari kampung-kampung yang berdekatan telah datang menyerang kampung-kampung orang Cina sebagai menuntut bela. 200 orang Cina telah terkorban dan yang lain melarikan diri ke Melaka.
Pada awal tahun 1835 setahun selepas kejadian pembunuhan Raja Busu, seorang anak raja Bugis yang bernama Raja Jaafar bin Raja Ali bersama-sama dengan 2 orang anaknya yang bernama Raja Jumaat bin Raja Jaafar dan Raja Abdullah bin Raja Jaafar serta pengikut-pengikut mereka tiba di Lukut dari Riau. Raja Jaafar adalah keturunan Daeng Kemboja bin Daeng Parani yang merupakan Yam Tuan Muda Riau III. Mereka telah memulakan semula aktiviti perlombongan dengan menggunakan tenaga buruh Cina. Tidak lama selepas itu, mereka menjadi kaya. Setelah Raja Jaafar mangkat, maka Raja Jumaat dan Raja Abdullah meneruskan usaha bapa mereka sehingga mereka menjadi kaya-raya.
Pada bulan Sep 1836, Sultan Selangor pada ketika itu Sultan Muhammad Shah telah mendengar berita tentang kemakmuran Lukut dan datang melawat Lukut. Baginda merupakan anak luar nikah kepada Sultan Ibrahim dan menaiki takhta pada tahun 1826.
‘Sultan Ibrahim’s only son by his royal wife died in infancy; and the succession went, faute de mieux, to an illegitimate son Raja Muhammad.’ (119) – Wilkinson.
Setibanya di Lukut, baginda mengistiharkan bahawa Lukut adalah hak kerajaan Selangor. Tidak ada orang yang berani membantah kenyataan baginda ketika itu. Lalu Sultan Muhammad Shah mengistiharkan Raja Jumaat sebagai wakil sultan di kawasan itu. Maka sejak itu bertambah rapat Sultan Selangor dengan anak raja Riau yang juga saudara semoyang baginda.
Sekembalinya dari Lukut pada akhir tahun 1836, Sultan Muhammad Shah telah meminjam sedikit wang daripada Tom Neubronner iaitu seorang saudagar dari Eropah, Chee Yam Chuan dan 2 orang lagi taukeh jutawan Cina di Melaka. Baginda cuba memulakan perusahaan melombong bijih timah di Kelang seperti yang terdapat di Lukut. Tetapi usaha ini gagal.
Lantaran itu pada tahun 1839, Sultan Muhammad Shah telah menghadiahkan Kelang kepada putera sulung baginda Raja Sulaiman untuk selama-lamanya dengan harapan Raja Sulaiman akan mengusahakan dan mentadbir Kelang dengan lebih baik. Lalu baginda pun melantik Raja Sulaiman sebagai Orang Besar Jajahan Kelang.
‘The gift was for life.’ (18) – Middlebrook dan Gullick.
Orang Besar Jajahan Kelang pada masa itu dibantu oleh 3 orang pemimpin yang lain iaitu Dato Naga, Tok Engku Kelang dan Dato Manteri. Bagi masyarakat perantau pula, mereka mempunyai seorang ketua yang menjadi wakil orang-orang perantau yang digelar Dato Dagang.
Diagram 1 - Salasilah Raja Abdullah bin Raja Jaafar
Pada tahun itu juga, Sultan Muhammad Shah, Raja Jumaat dan Raja Abdullah telah menziarahi sanak-saudara mereka di Riau. Dalam perjalanan pulang ke Selangor, Sultan Muhammad Shah telah dihalang oleh orang-orang Cina dari Melaka yang meminjamkan wang kepada baginda. Pada masa itu Sultan Muhammad Shah telah berhutang sebanyak $169,000.00 kepada saudagar-saudagar Cina di Melaka. Namun baginda bernasib baik apabila Raja Jumaat bersetuju menjadi penjamin hutang kepada baginda. Malahan dalam kes penahanan Sultan Muhammad Shah itu, Raja Abdullah telah membantu Sultan Muhammad Shah untuk melangsaikan hutang baginda sebanyak $27,000.00 kepada seorang saudagar Cina yang bernama Baba Wah Kee dari Melaka. (83) – Ibrahim Saad.
Sepulangnya baginda ke Selangor, baginda mengahwinkan puteri baginda yang bernama Tengku Senai dengan Raja Jumaat dan anak saudara baginda yang bernama Raja Khalijah binti Raja Haji bin Sultan Ibrahim dengan Raja Abdullah.
Pemberian Kelang untuk selama-lamanya kepada putera sulung Raja Sulaiman telah sedikit-sebanyak menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan kerabat diraja Selangor. Maka berlakulah sedikit perselisihan faham di antara kedua-dua putera Sultan Muhammad Shah pada masa itu iaitu Raja Sulaiman dan Raja Usman serta adik bagindayang bernama Raja Yusuf. Namun menjelang tahun 1950an, perselisihan faham itu menjadi bertambah buruk. Kelang menjadi huru hara. Setiap hari ada saja pergaduhan dan perkelahian yang berlaku. – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Melihatkan keretakan yang berlaku di kalangan kerabat diraja Selangor itu, maka pada 1853 Sultan Muhammad Shah mengambil keputusan untuk menarik balik pemberian tersebut lalu diberikan kepada salah seorang menantu saudara baginda yang bernama Raja Abdullah bin Raja Jaafar yang bernikah dengan anak saudara baginda yang bernama Raja Khalijah. Ini ialah sebagai membalas jasa Raja Abdullah yang telah membantu Sultan Muhammad Shah melangsaikan hutang baginda sebanyak $27,000.00 kepada seorang saudagar Cina yang bernama Baba Wah Kee dari Melaka pada tahun 1839 yang lalu. Tambahan pula Kelang tidak membangun seperti yang diharapkan. Tindakan ini menimbulkan kekecohan di dalam istana. Sebagai Penguasa Kelang, Raja Abdullah diberikan tugas untuk memungut cukai di Kuala Kelang sahaja.
Namun pada tahun 1853, istana Selangor digemparkan dengan kemangkatan mengejut ketiga-tiga putera sultan yang sedang berselisihan faham mengenai takhta diraja Selangor tanpa diketahui sebab-musababnya. Namun begitu tidak lama selepas itu sebuah angkatan tentera Bugis Selangor telah diarahkan menangkap anak saudara Sultan Muhammad Shah yang bernama Raja Abdul Samad yang juga merupakan menantunya setelah Raja Abdul Samad dikahwinkan dengan puteri baginda yang bernama Raja Aftah. Raja Abdul Samad pada masa itu tinggal di Langat bersama dengan bapanya Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim Shah yang diberikan hak untuk menjaga dan mengutip cukai di sana. Apabila mendapat tahu dirinya diburu, Raja Abdul Samad pun meninggalkan Langat dan berlindung kepada Jabarayun di Kampung Reko. - The Sunday Times, 2 Dec 1934.
Apabila mendapat tahu Raja Abdul Samad sedang berlindung dengan Jabarayun di Ulu Sungai Langat, Sultan Muhammad Shah memberi amaran dan memerintahkan Jabarayun agar jangan campur tangan dengan memberi perlindungan kepada Raja Abdul Samad. Tetapi Jabarayun langsung tidak mengendahkannya. Lantaran itu Sultan Muhammad Shah pun mengarahkan angkatan tentera Bugis supaya bersiap-sedia dengan 500 perahu perang di Kelang untuk menyerang Jabarayun di Kampung Reko.
‘Recko was located in Selangor on the Langat River, but within a few miles of the Sungei Ujong border.’ (121) – Burns (The Journal of J.W.W. Birch)
Apabila mendapat tahu angkatan tentera Bugis Selangor sedang dalam perjalanan untuk menyerang Kampung Reko, Jabarayun bersiap-sedia dengan 300 pengikutnya yang bersenjatakan kapak dan beliung. Jabarayun dan panglima-panglimanya merancang untuk menebang pokok-pokok tinggi di tengah hutan untuk merentangi Sungai Langat dan menghalang kemaraan perahu-perahu angkatan tentera Bugis. Dengan cara itu orang-orang Jabarayun boleh meluru untuk membunuh tentera-tentera Bugis yang terperangkap di tengah-tengah sungai itu.
Rombongan tentera Bugis itu bertolak dari Kelang dan memudiki Sungai Langat sehingga sampai dekat Kampung Dengkil sebelum berpatah balik ke Kelang secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya. Akhirnya tiada serangan yang berlaku. Sejak itulah nama Jabarayun menjadi terkenal dan berpengaruh serta sangat ditakuti oleh pembesar-pembesar Bugis Selangor. Tidak lama selepas kejadian di Ulu Langat itu, Raja Abdul Samad telah membuka lombong bijih timah di Kanching bersama dengan seorang saudagar Cina. Hasil dari perlombongan bijih timah itu dibawa ke Kuala Selangor.
Namun kemangkatan Raja Sulaiman sempat meninggalkan putera yang bernama Raja Mahadi. Dengan kata lain, Raja Mahadi adalah cucu kepada Sultan Selangor Sultan Muhammad Shah yang sedang memerintah dan beliau mempunyai hak ke atas takhta kesultanan Selangor. Namun begitu Sultan Muhammad Shah telah mengangkat seorang lagi putera baginda bersama dengan Tengku Ampuan Basik yang bernama Raja Mahmud bin Sultan Muhammad Shah sebagai Raja Muda Selangor. Tetapi oleh kerana Raja Mahmud masih kecil, baginda telah melantik menantu baginda Raja Jumaat dari Lukut bagi memangku jawatan tersebut.
Maka pada tahun 1853 itu, Raja Abdullah bin Raja Jaafar memulakan aktiviti memungut cukai di Kuala Kelang. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati Raja Mahadi yang merasakan pembatalan pemberian Kelang kepada bapanya Raja Sulaiman adalah tidak adil kerana pemberian itu adalah untuk selama-lamanya. Manakala pemberian Kelang kepada Raja Abdullah itu dirasakannya sebagai lebih tidak adil. Namun perasaan tidak puas hatinya tidak diendahkan oleh datuknya Sultan Muhammad Shah.
Pendirian Raja Mahadi itu telah disokong oleh orang-orang Bugis yang tinggal di Pangkalan Batu yang merupakan tempat mengutip cukai di Kuala Kelang. Walaupun Raja Abdullah mengarahkan orang-orangnya memberikan pengecualian cukai serta saraan bulanan kepada Raja Mahadi, namun Raja Mahadi tetap merasa tidak puas hati.
‘Even a monthly allowance from Raja Abdullah failed to appease Raja Mahdi.’ (19) – Winstedt 1934.
Oleh kerana Raja Mahadi pada masa itu tidak mempunyai kekuatan wang dan ketenteraan, beliau terpaksa melihat sahaja apa yang berlaku. Beliau pun hidup sebagai seorang rakyat biasa dan menjalankan perniagaan di Kelang. Namun di hati sanubarinya, beliau amat berdendam dengan Raja Abdullah.
Pada tahun 1855, satu lagi pergaduhan besar telah berlaku di Kampung Reko. Menurut ceritanya, berpuluh-puluh orang putih dari Amerika telah membawa 60 hamba abdi berbangsa Negro muncul secara tiba-tiba di Kampung Reko dan memulakan aktiviti perlombongan bijih timah di Sungai Tangkas. Jabarayun sebagai ketua lanun di Kampung Reko merasa tercabar dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu yang memulakan aktiviti perlombongan tanpa meminta izin dari pembesar-pembesar tempatan.
Tanpa menunggu lama, Jabarayun membawa 300 pengikutnya yang bersenjatakan kapak dan beliung menyerang rombongan dari Amerika itu. Apabila diserang oleh Jabarayun dan pengikutnya, orang-orang Amerika itu segera melarikan diri menaiki sampan dari Sungai Tangkas dan hilang entah ke mana. 6 orang Amerika dibunuh dalam serangan ini. Nama gah Jabarayun menjadi semakin terkenal lagi berpengaruh di kalangan pembesar-pembesar Bugis Selangor. (212) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pada akhir tahun 1857, Sultan Muhammad Shah telah sakit tenat. Maka berlakulah kekecohan di kalangan kerabat-kerabat diraja Selangor untuk memilih calon yang layak untuk menggantikan baginda. Orang-orang Inggeris tiba-tiba muncul memujuk Tengku Ampuan Basik agar menabalkan Raja Muda Selangor iaitu Raja Mahmud bin Sultan Muhammad Shah yang pada masa itu berumur lebih kurang 13 tahun itu sebagai Sultan Selangor. Akibat dari hasutan itu, Tengku Ampuan Basik mendesak untuk menabalkan Raja Mahmud sebagai Sultan Selangor yang baru.
Tengku Ampuan Basik juga mahukan Raja Abdullah dilantik sebagai Raja Muda Selangor yang baru dan Raja Abdul Samad sebagai Tengku Panglima Raja yang baru.
‘His mother ruled in his place. While Abdul Samad was made Tengku Panglima Raja.’ (145) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)

Diagram 2 - Raja-raja di Selangor yang terlibat dalam perebutan kuasa 1857
‘As early as 12 Jan 1858, Governor Blundell informed the widow of Sultan Muhammad, the Tengku Puan Basik, that he rejoiced at the chiefs’ selection of her son Mahmud.’ (19) – Winstedt 1934.
Malahan Inggeris menawarkan diri untuk menjadi orang tengah jika berlakunya perbalahan di dalam perebutan takhta itu. ‘But if there is a dispute, he is prepared, with the approval of the Governor General of India, to meet the chiefs and settle the succession.’ (19) – Winstedt 1934.
Ramai pembesar dan kerabat diraja termasuklah Raja Jumaat dan Raja Abdullah merasakan Raja Mahmud tidak sesuai dilantik sebagai Sultan Selangor pada masa itu kerana baginda masih terlalu kecil untuk memerintah negeri Selangor. Pada masa yang sama Raja Jumaat mahukan Raja Abdullah dipilih sebagai Pemangku Sultan untuk Raja Mahmud sementara menunggu Raja Mahmud menjadi dewasa. Namun rancangan itu dibantah oleh ramai pembesar lain. Kedudukan mereka yang berasal dari keturunan raja-raja Bugis dari Riau dan bukan dari keturunan raja-raja Bugis di Selangor menghalang Raja Jumaat dan Raja Abdullah dari dilantik sebagai Pemangku Sultan Selangor atau Raja Muda Selangor mahupun Tengku Panglima Raja.
Sementara itu abang kepada Raja Mahmud daripada Tengku Ampuan Basik yang bernama Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut Selangor juga mahu dirinya ditabalkan namun begitu hakikat bahawa Engku Rahmat merupakan seorang anak luar nikah menyebabkan beliau dianggap tidak layak untuk mewarisi takhta kesultanan Selangor.
Apabila menyedari peluang untuk merebut salah satu gelaran besar di negeri Selangor adalah terlalu tipis, Raja Jumaat dan Raja Abdullah mengambil keputusan untuk melobi Raja Abdul Samad untuk ditabalkan sebagai Pemangku Sultan Selangor. Ini ialah kerana mereka mempunyai motif sendiri untuk merombak dasar dan polisi pemerintahan negeri Selangor khususnya dasar kutipan cukai pembesar-pembesar yang diberikan kepada perbendaharaan negeri serta sara gaji yang diberikan kepada anak-anak raja dan pembesar-pembesar di negeri Selangor.
Perkara ini ada disebutkan oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick seperti berikut;
‘For some reason Raja Jumaat supported the claims of Raja Abdul Samad, probably because he thought that he could dictate policy through him even if he could not occupy the throne. Raja Abdullah, voted with his brother, and in the end they had their way.’ (24)
Pada masa inilah Raja Abdul Samad dikatakan datang menziarahi Sultan Muhammad Shah yang sakit tenat bersama-sama dengan iparnya Raja Berkat @ Raja Mat Saman dan Jabarayun. Raja Berkat dan Jabarayun telah bersumpah dan mendesak Sultan Muhammad Shah untuk menabalkan Raja Abdul Samad sebagai Sultan Selangor yang seterusnya. Pada masa itu Raja Berkat dan Jabarayun adalah ketua-ketua yang sangat berpengaruh lagi digeruni di Selangor. – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Maka Sultan Muhammad Shah mangkat. Pertelagahan berlaku dan berlarutan selama hampir 3 tahun di mana Raja Jumaat, Raja Abdullah, Raja Berkat dan Jabarayun telah berusaha bermati-matian untuk melobi Raja Abdul Samad.
Dalam pada itu pada tahun 1858, satu pergaduhan besar telah berlaku di Kampung Ulu Langat Batu 13 di antara 2 orang Mandailing yang berpengaruh yang bernama Jabugis dan Jamangampang. Pergaduhan itu berpunca dari perebutan lombong bijih timah di sana. Maka masing-masing pun mempersiapkan pasukan perang dengan kubunya sekali. Maka tercetuslah satu pertempuran yang sengit yang membabitkan senjata seperti meriam dan senapang. Pertempuran itu berlanjutan selama 3 bulan. Pertempuran itu pasti berlarutan jika tidak kerana campurtangan Jabarayun dan pengikut-pengikutnya dari Kampung Reko. Jabarayun telah bertindak menjadi orang tengah dan meleraikan pergaduhan tersebut. Ini ialah kerana Jabarayun sendiri bimbangkan keselamatan keluarganya di Ulu Langat. Maka peperangan 3 bulan itu tamat.
Berita tentang kejayaan Jabarayun memadamkan pertempuran yang telah berlangsung 3 bulan itu telah tersebar luas ke seluruh Selangor dan sampai ke telinga pembesar-pembesar Selangor pada masa itu. Maka bertambah kuatlah pengaruh Jabarayun di Selangor ketika itu.
Akhirnya pada tahun 1859, Raja Abdul Samad bin Raja Abdullah telah ditabalkan oleh pembesar-pembesar Bugis Selangor sebagai Pemangku Sultan Selangor untuk menggantikan almarhum Sultan Muhammad Shah yang mangkat pada tahun 1857. Baginda akan memangku jawatan tersebut sehingga Raja Muda Mahmud dewasa dan bersedia menaiki takhta. Ternyata pembesar-pembesar Bugis Selangor terpaksa tunduk kepada kemahuan dan desakan beberapa ketua yang sangat berpengaruh lagi berkuasa di Selangor pada ketika itu.
Ini bermakna apabila Raja Muda Mahmud dewasa kelak, Raja Abdul Samad mestilah turun takhta dan menyerahkan kembali takhta tersebut kepada Raja Muda Mahmud.
Namun begitu, sebaik sahaja Raja Abdul Samad ditabalkan sebagai Pemangku Sultan Selangor, baginda mengangkat putera baginda yang bernama Raja Musa sebagai Raja Muda Selangor yang baru dan melantik Raja Berkat sebagai Tengku Panglima Raja yang baru. Pada masa yang sama baginda mengekalkan Raja Abdullah sebagai Penguasa Kelang.
Putera-putera Sultan Muhammad Shah yang lain iaitu Engku Rahmat dan Raja Mahmud tidak berani membantah disebabkan rasa takut mereka kepada panglima peribadi Raja Abdul Samad iaitu Jabarayun yang dianggap sebagai pahlawan yang gagah perkasa, garang, berkuasa lagi berpengaruh pada masa itu. Malahan ramai lagi kerabat diraja Selangor seperti Raja Hitam di Bernam, Raja Ali di Jeram dan Raja Mahadi di Kelang yang tidak menyetujui pelantikan Raja Abdul Samad itu.
Ketidakpuashati di kalangan sesetengah Orang Besar dan kerabat-kerabat diraja Selangor ini telah menimbulkan kerisauan dan perasaan cemas Raja Abdul Samad. ‘He always expecting that one or other of them would seize the opportunity of stabbing him. Obviously he felt safer on his home ground and so he lived at Kuala Langat, leaving Klang in the charge of Raja Abdullah.’ (3) – Gullick 1955.
Lantaran itu baginda mengambil keputusan untuk pulang ke bandar Langat yang juga dikenali sebagai bandar Termasa (bandar Temasha atau bandar Jugra). Sebelum itu, Raja Abdul Samad pernah tinggal di bandar Langat bersama dengan bapanya Raja Abdullah yang diberikan hak untuk menjaga dan mengutip cukai di sana. Kebimbangan ini berasas kerana sememangnya ada cubaan untuk membunuh baginda. (3) – Gullick 1955.
Maka tidak hairanlah selepas itu baginda melantik Jabarayun sebagai Panglima Jugra yang merupakan pengawal, pengiring dan panglima peribadi Sultan Selangor. Jawatan panglima peribadi Sultan Selangor bukan bermakna Jabarayun hanya menjadi pengawal peribadi, malahan Jabarayun juga bertanggungjawab dalam urusan-urusan pentadbiran.
‘A panglima could mean a subordinate commander or a personal bodyguard; the same man performed both roles on occasion.’ (155) – Gullick 1955.
Apabila Jabarayun menerima tawaran Raja Abdul Samad untuk menjadi panglima peribadi Sultan Selangor, dia terpaksa berpindah ke bandar Termasa untuk menjalankan tugas barunya. Lantaran itu Jabarayun, Panglima Si Gara dan sebahagian pengikut-pengikut mereka berhijrah dari Kampung Reko ke bandar Termasa dan membuka sebuah kampung yang menjadi penempatan baru mereka yang dinamakan Kampung Bukit Jugra. Namun begitu masih terdapat kaum-kerabat Jabarayun yang tinggal di Reko.
Manakala salah seorang orang kanan Jabarayun yang bernama Panglima Garang Sutan Janaga telah dilantik sebagai salah seorang pembesar Kelang yang bergelar Dato Naga yang menjadi ketua di Kampung Bukit Naga. Panglima Garang Sutan Janaga juga berpindah ke Kelang.
JABARAYUN KETUA LANUN ‘Di samping menjadi panglima, beliau juga sering dipinjam atau diupah oleh raja yang tertentu di Sumatera dan Semenanjung untuk menolong melawan musuh-musuh tertentu. Biasanya waktu menjalankan tugas yang diupah itu, Raja Berayun dengan angkatan perangnya akan merompak segala kapal-kapal di laut. Maka dengan sebab itulah beliau dianggap sebagai seorang ketua lanun yang sangat ditakuti.’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Setelah berpindah ke tempat barunya di bandar Termasa, Jabarayun dan pengikut-pengikutnya telah kehilangan pendapatan lumayan dalam aktiviti perniagaan hamba-abdi dan tidak lagi berkesempatan untuk melakukan kegiatan menangkap orang-orang asli di Ulu Langat untuk dijual sebagai hamba di Melaka. Lantaran itu Jabarayun dan pengikut-pengikutnya kembali menjalankan kegiatan melanun kapal-kapal perdagangan di Selat Melaka.
‘... Raja Berayun yang mashur dengan gagah beraninya telah mendiami di Pulau Lumut.’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Jabarayun telah menjadikan Pulau Lumut di Selangor sebagai pengkalan operasi lanunnya dan Labuhanbilik sebagai pengkalan persinggahannya. Di sana beliau dibantu oleh rakan-rakannya yang setia yang juga merupakan pahlawan-pahlawan sakti dan pendekar terkenal di Tanah Mandailing iaitu Panglima Garang Sutan Janaga di Kelang dan Panglima Si Gara.
Operasi melanun kapal-kapal perdagangan di Selat Melaka ini telah dirancang dengan baik dan rapi. Di penempatan mereka di Kampung Bukit Jugra, mereka telah membina beberapa terowong rahsia yang membolehkan mereka keluar masuk ke laut menerusi sebuah kebun durian di berhampiran dengan halaman istana Raja Abdul Samad, menembusi Bukit Jugra dan keluar ke satu tempat yang dinamakan Batu Hampar di tepi Sungai Langat. Dari terowong itu, mereka bergerak dan melanun di tengah laut.
Jika mereka diburu, Jabarayun dan pasukan lanunnya akan menyorokkan kapal mereka di celah-celah semak di Sungai Langat lalu melarikan diri dan bersembunyi di terowong rahsia itu. Jika musuh yang datang itu adalah pasukan yang kuat dan besar, Jabarayun dan pengikut-pengikutnya akan melarikan diri menerusi terowong dan terus pulang ke Kampung Bukit Jugra dengan pantas sekali. Di sana, mereka akan berpura-pura seperti sedang melakukan aktiviti harian mereka seperti menjahit jala, bertani dan sebagainya.
Untuk sampai ke perkampungan Jabarayun dan orang-orangnya di Kampung Bukit Jugra, pihak musuh yang memburu mereka terpaksa melalui kawasan larangan istana Raja Abdul Samad. Maka sudah pasti pihak musuh akan dihalang dan diperiksa oleh pihak Raja Abdul Samad yang tidak mengetahui apa-apa yang berlaku. Malah orang-orang Jabarayun pula apabila diperiksa, mereka kelihatan sedang melakukan aktiviti harian mereka.
Walaupun Raja Abdul Samad tahu akan perkara sebenar yang berlaku, namun baginda berpura-pura tidak tahu dan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Jabarayun dan pengikut-pengikutnya disebabkan baginda terlalu kasih terhadap Jabarayun yang merupakan pengawal, pengiring dan panglima peribadi Sultan Selangor yang sangat setia. Malahan baginda juga menganggap Jabarayun itu sebagai gurunya di dalam banyak aspek kehidupan khususnya di dalam ilmu pengetahuan mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan ilmu-ilmu kebatinan.
‘...the notoriety of the Langat pirates.’ (116) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

Jika musuh yang datang itu adalah pasukan yang kecil, Jabarayun dan pengikut-pengikutnya akan bersembunyi di terowong rahsia mereka sehinggalah pihak musuh terperangkap di kawasan Batu Hampar yang dikatakan merupakan sebuah perangkap ghaib. Dikatakan mana-mana musuh yang termasuk di kawasan perangkap ghaib Batu Hampar itu, maka musuh itu tidak akan dapat mencari jalan keluar dari kawasan Batu Hampar itu. Maka ketika itulah Jabarayun dan orang-orangnya akan menyerang dan membunuh pihak musuh yang masih terpinga-pinga.
Sesekali Jabarayun dan kumpulan lanunnya juga menerima tawaran penjajah Belanda untuk menjadi tentera upahan Belanda dalam usaha membasmi dan membenteras pasukan gerila Padri yang bergerak aktif di Tanah Besar Sumatera.
Manakala Panglima Garang Sutan Janaga walaupun dilantik sebagai salah seorang pembesar Selangor yang bergelar Dato Naga, beliau masih aktif menyertai kegiatan melanun bersama Jabarayun. Setiap kali Jabarayun hendak melakukan kegiatan mereka, maka Panglima Garang Sutan Janaga akan datang ke Kampung Bukit Jugra untuk menyertai mereka. Sesudah mereka selesai melakukan aktiviti tersebut, maka Panglima Garang Sutan Janaga pun pulang ke Kelang.
JABARAYUN JUGA MEMBENTERAS LANUN-LANUN LAIN ‘... seorang anak raja Mandailing yang digelar Raja Berayun yang mashur dengan gagah beraninya ...’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Pada masa itu berlaku keganasan-keganasan yang dilakukan oleh lanun-lanun yang datang dari Pulau Sumatera dan Riau. Kebanyakan lanun-lanun ini mempunyai kumpulan sendiri yang berasaskan keturunan dan puak masing-masing seperti kumpulan lanun dari Bugis, Siak, Sasak, Riau, Melayu Batu Bara, Mandailing dan Minangkabau. Kebanyakan kumpulan lanun-lanun ini bersarang di pulau-pulau kecil yang terdapat di persisiran pantai Tanah Besar Sumatera yang menghadap ke Tanah Melayu.
Apabila keganasan lanun itu merebak berleluasa ke Kuala Langat dekat bandar Termasa yang kini merupakan pusat pemerintahan negeri Selangor, Raja Abdul Samad merasa sangat cemas. Baginda mengarahkan Jabarayun yang bergelar Panglima Jugra untuk menghapuskan lanun- lanun tersebut. Maka dengan bangganya Jabarayun membawa angkatan lanun beliau untuk memburu kumpulan-kumpulan lanun tersebut.
Sebagai seorang ketua lanun yang sangat terkenal lagi dihormati, Jabarayun menganggap tugasnya itu sangatlah mudah. Tambahan pula beliau tahu semua selok-belok kumpulan lanun yang terbabit. Dengan itu mudahlah bagi beliau menewaskan mereka dan mengusir lanun-lanun tersebut keluar dari perairan Selangor. Kemampuan Jabarayun untuk mengawal pantai dan perairan Selangor ini telah menjulang nama beliau di kalangan pembesar-pembesar Bugis di Istana Selangor.

EPISOD 5
KEDATANGAN ORANG-ORANG CINA KE KUALA LUMPUR
‘The introduction of a Chinese labour force
which caused a breakdown of the Malay political system.’
S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick.
Pada awal kurun ke 19, Revolusi Perindustrian di Eropah khususnya di Britain telah memaksa beberapa buah negara di Eropah pada masa itu untuk mengalihkan perhatian daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian. Lantaran itu hasil bijih timah pada masa itu menjadi satu keperluan yang sangat penting di dalam sektor perindustrian ini.
‘De industrialisatie van West Europa door het moderne kapitalisme heeft een massaal goederen verkeer in beweging gebracht; de oude cultuurlanden werden gemobiliseerd als afzetmarkten der groot industrieen van het Westen en door het Koloniale Kapitalisme in het verkeer ingeschakeld als productiegebieden van grondstoffen en plantageproducten der moderne koloniale land en mijnbouw. (3) – Van Leur.
Begitulah menurut Van Leur, seorang penulis sejarah Belanda yang sangat terkenal bahawa perkembangan pesat Revolusi Perindustrian di Eropah Barat telah menyebabkan bahan-bahan mentah dari seluruh dunia begitu diperlukan.
Sebelum berlakunya krisis permintaan melebihi bekalan semasa Revolusi Perindustrian, ramai orang Eropah mendapatkan bekalan bijih timah di India dan China. Hasil bijih timah yang dijual di India dan China itu sebenarnya dibawa dari Tanah Melayu oleh saudagar-saudagar Cina. Namun bekalan hasil bijih timah di India dan China itu tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi di Eropah. Lantaran itu orang-orang Eropah pada masa itu khususnya orang-orang Inggeris cuba mendapatkan bekalan bijih timah terus daripada pemborong-pemborong bijih timah di Negeri-Negeri Selat seperti Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
Namun Pulau Pinang dan Melaka lebih menjadi tumpuan untuk mendapatkan bekalan bijih timah yang lebih murah kerana kebanyakan bijih timah pada masa itu dilombong di Tanah Melayu dan dijual kepada saudagar-saudagar Cina sebelum ianya dibawa untuk dijual semula kepada orang-orang Eropah di Pulau Pinang dan Melaka. Perkara ini disebut dengan jelas oleh Donald Tugby sebagai;
‘Malayan tin which until 1850 had found its main market in India and China was now in demand in Europe.’ (7)
Pergantungan orang-orang Eropah kepada saudagar-saudagar Cina telah menjalinkan satu hubungan yang rapat yang digambarkan seperti berikut;
‘A sermon-like article by a British Sinologist attempts to define the Straits Chinese identity and what is expected of the Straits Chinese: Basically a British agent overseas but with all the characteristics of the Chinese, the Straits Chinese must act as intermediary between the local and the colonial.’ - The Star, 22 Jan 2001.
Tan Kim Ching (1829-1892) merupakan anak yang mewarisi segala kekayaan bapanya Tan Tock Seng. Pada tahun 1865 dia menubuhkan Syarikat Kim Cheng & Co dan Syarikat Chop Chin Seng. Tan Kim Ching juga merupakan seorang Majistret yang terkenal di Singapura. Dia juga adalah ketua Persatuan Hokkien Singapura dan merupakan salah seorang pemimpin kumpulan kongsi gelap Ghee Hin. Malahan dia dikatakan merupakan ketua kongsi gelap Cina di Tanah Melayu. (xx) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham) (232) – Gullick 1993.
Pada masa yang sama, Raja Mahadi turut bersiap-sedia dengan kelengkapan perang di Kelang. Beliau telah membeli secara hutang senjata-senjata api dan ubat-ubat bedil dari seorang jutawan Cina dari Melaka yang bernama Chan Teik Chiang @ Baba Teik Cheng. Mengikut perjanjian hutang itu, jika Raja Mahadi kalah, beliau hendaklah membayar wang pokok dan bunganya sekali. Namun jika Raja Mahadi menang, Raja Mahadi hendaklah membenarkan Chan Teik Chiang mengambil seberapa luas tanah di Selangor yang dikehendakinya. (236 & 251) – Khoo Kay Kim.
‘This merchant gave finacial assisstance to Raja Mahdi during the civil war and by association he can be linked with Hai San interests.’ (241) Burns – (The Journals of F.A. Swettenham)
Lim Teik Hee merupakan orang yang terkaya di Melaka pada masa itu. Dia banyak mewarisi harta dari bapanya yang merupakan seorang jutawan Cina yang terkenal di Melaka pada masa itu, Lim Leack. Lantas itu dia merupakan seorang rakan kongsi bersama dengan seorang lagi jutawan Cina yang juga saudaranya bernama Tan Chin Seng di dalam Syarikat Leack, Chin Seng & Co. ( 46 & 152) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
‘It was these secret societies, with their headquarters in the Straits Settlements, which provided the organizational elements for the Chinese in the mining industry.’ (xv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Perkembangan pasaran bijih timah yang begitu menggalakkan ini telah menyebabkan aktiviti perlombongan bijih timah berkembang pesat di Tanah Melayu. Perkara ini disebut di dalam buku tulisan Donald Tugby yang menyatakan bahawa;
‘Exploration parties entered the foothill zone and major mining areas were successively opened in Sungai Ujung, Lukut and the upper Kelang Valley.’ (7)
Namun begitu bekalan hasil bijih timah pada masa itu sangatlah terhad dan masih tidak mencukupi. Orang-orang Inggeris telah mendesak saudagar-saudagar Cina untuk mendapatkan bekalan bijih timah yang lebih besar dan terjamin.
‘But during the first half of the nineteenth century, the demand for tin in Europe outstripped the local supply.’ (7) – Tugby.
Saudagar-saudagar Cina yang tertekan itu terpaksa memikirkan cara untuk mendapatkan lebih banyak bekalan bijih timah. Lantaran itu Dewan Perniagaan Cina Selat di Melaka mengambil keputusan untuk memulakan pelaburan di dalam sektor perlombongan bijih timah bagi menembusi penguasaan orang-orang Melayu di dalam sektor perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.
‘Initially most of these mines were worked by Malay chiefs to supplement their income from other sources.’ (xiv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pada masa yang sama, Raja Mahadi turut bersiap-sedia dengan kelengkapan perang di Kelang. Beliau telah membeli secara hutang senjata-senjata api dan ubat-ubat bedil dari seorang jutawan Cina dari Melaka yang bernama Chan Teik Chiang @ Baba Teik Cheng. Mengikut perjanjian hutang itu, jika Raja Mahadi kalah, beliau hendaklah membayar wang pokok dan bunganya sekali. Namun jika Raja Mahadi menang, Raja Mahadi hendaklah membenarkan Chan Teik Chiang mengambil seberapa luas tanah di Selangor yang dikehendakinya. (236 & 251) – Khoo Kay Kim.
‘This merchant gave finacial assisstance to Raja Mahdi during the civil war and by association he can be linked with Hai San interests.’ (241) Burns – (The Journals of F.A. Swettenham)
KEDATANGAN KUMPULAN PERTAMA ORANG-ORANG CINA DAN AMPANG DIJUAL Dewan Perniagaan Cina Selat merencanakan untuk membeli beberapa kawasan perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur. Ini ialah kerana pada masa itu kawasan perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur merupakan salah satu kawasan perlombongan yang paling produktif di Tanah Melayu.
‘Between 1824 and 1874 increasing European demand for raw materials had caused merchants to extend their interests from trade to the financing of production. This economic change included the introduction of a Chinese labour force.’ (11) – Middlebrook dan Gullick.
Untuk mencapai impian tersebut, satu perancangan rapi telah dilakukan yang turut melibatkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina. Ini ialah kerana kawasan perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur pada masa itu dikuasai oleh Sutan Naposo @ Sutan Puasa dan orang-orang Mandailing. Ini bermakna sesiapa yang melombong di kawasan tersebut perlu membayar cukai hasil bijih timah yang dilombong serta cukai pengangkutan keluar bijih timah dari Kuala Lumpur. Dengan kata lain, di Kuala Lumpur sahaja, saudagar-saudagar Cina terpaksa membayar 2 kali cukai.
Kelang pula sebagai satu-satunya pelabuhan di mana kapal-kapal boleh menghulu ke Kuala Lumpur bagi mengangkut keluar bijih timah pada masa itu dikuasai oleh Raja Abdullah yang dilantik oleh Sultan Muhammad Shah sebagai Penguasa Kelang yang memungut cukai sejak 1853 lagi. Ini bermakna mana-mana kapal yang melalui pelabuhan Kuala Kelang mestilah membayar sejumlah cukai. Dengan itu, bagi mendapatkan bekalan bijih timah dari Kuala Lumpur, orang-orang Cina perlu membayar 3 kali cukai.
Maka bagi memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kos eksport bijih timah, Dewan Perniagaan Cina Selat mengajak Raja Abdullah untuk sama-sama melabur di Kuala Lumpur. Sebagai Penguasa Kelang, sudah semestinya Raja Abdullah tidak akan dikenakan cukai oleh Sutan Naposo. Manakala cukai di pelabuhan Kelang pula boleh dikecualikan oleh Raja Abdullah sendiri. Dengan cara ini, saudagar-saudagar Cina yang menjalankan usahasama dengan Raja Abdullah boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda.
Lantaran itu 4 orang jutawan Cina yang di antaranya adalah 2 orang saudagar jutawan bijih timah dari Melaka yang bernama Chee Yam Chuan dan Lim Say Hoe datang berbincang dengan Raja Jumaat dan 4 orang ketua Melayu. Dalam perbincangan itu, Raja Jumaat bersetuju untuk sama-sama melabur di kawasan perlombongan Kuala Lumpur. Namun begitu persetujuan itu mestilah disertai dengan beberapa syarat yang antaranya adalah modal untuk memulakan aktiviti perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur itu mestilah dibiayai oleh jutawan-jutawan Cina tersebut.
‘In 1857 Raja Abdullah of Klang and Raja Jumaat of Lukut persuaded two Chinese merchants of Malacca to provide supplies and credit to the amount of $30000.00.’ (10) – Gullick 1955.
Chee Yam Chuan dan Lim Say Hoe bersetuju. Maka pada tahun 1857, Raja Jumaat dan adiknya Raja Abdullah telah meminjam wang sebanyak $30,000.00 daripada Chee Yam Chuan dan Lim Say Hoe untuk membeli kawasan perlombongan Ampang dari Sutan Naposo.
‘The working of tin-mines by Chinese under arrangements with Malay chiefs and sultans around 1840 to 1860 as the first example of so-called Ali-Baba business.’(158) - Donald Tugby.
Maka bermulalah aktiviti perlombongan bijih timah yang pertama yang dijalankan oleh orang-orang Bugis di Kuala Lumpur yang merupakan perniagaan berbentuk Ali-Baba pertama yang tercatat di dalam sejarah perniagaan dan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.
Jelas bahawa kedatangan Raja Abdullah ke Ampang bersama dengan 87 orang Cina dari Lukut itu hanya berlaku setelah Raja Abdullah dan abangnya Raja Jumaat meminjam wang sebanyak $30,000.00 daripada 2 orang taukeh Cina dari Melaka yang bernama Chee Yam Chuan dan Lim Say Hoe. Sutan Naposo sebagai seorang Waris Negeri di Kuala Lumpur telah menjual kawasan perlombongannya di Ampang kepada Raja Abdullah dan rakan-rakan kongsinya. Seandainya Raja Abdullah benar-benar membuka lombong bijih timahnya sendiri, modal yang diperlukan pada masa itu tidak mungkin akan mencecah sehingga $30,000.00.
Maka tepatlah apa yang dinyatakan oleh J.M. Gullick 1955 bahawa;
‘The Bugis rulers of Selangor kept to the coast. Until tin-mining on a substantial scale began in the late 1850’s, there was nothing to bring them into the interior.’ (154)
Jelas di sini Raja Abdullah bukanlah seorang pembuka Kuala Lumpur. Pada masa itu sudah ada penempatan masyarakat tempatan di situ jauh sebelum kedatangan Raja Abdullah ke Kuala Lumpur.
BUKTI AMPANG DIJUAL
Agak menghairankan mengapa Raja Abdullah terpaksa membelanjakan satu jumlah yang besar iaitu $30,000.00 untuk membuka sebuah kawasan perlombongan bijih timah sedangkan jumlah wang yang diperlukan untuk membuka sebuah kawasan perlombongan bijih timah yang baru pada masa itu sebenarnya tidaklah sebesar jumlah tersebut.
Sebagai satu perbandingan yang sesuai, pada tahun 1861 Raja Muda Musa telah menghantar 2 orang Cina, Chin Ah Chan dan Siew Keng Ng dari suku Cina Hakka puak Kah Yeng Chew untuk membuka dan menguruskan 2 buah lombong di Kanching. Chin Ah Chan kemudiannya menjadi seorang yang sangat kaya dan menguasai lombong-lombong di Kanching.
Tidak lama selepas itu oleh kerana Chin Ah Chan telah bertelagah dan bergaduh sesama sendiri dengan beberapa orang ahli kongsi gelap Kah Yeng Chew yang lain, Chin Ah Chan telah menjual segala kepentingannya di Kanching dengan harga $3000.00 sahaja kepada Yap Si @ Ah Sze seorang ahli kongsi gelap Fei Chew yang merupakan musuh perniagaan yang ketat kepada kongsi gelap Kah Yeng Chew.
Bayangkanlah seorang yang sangat kaya seperti Chin Ah Chan menjual segala kekayaannya yang berbentuk kawasan perlombongan bijih timah yang baru dibuka di Kanching kepada musuh ketat kongsi gelapnya dengan hanya $3000.00 sahaja pada tahun 1862. (28) – Middlebrook dan Gullick.
Ini bermakna Raja Abdullah terpaksa membayar kawasan perlombongan bijih timah di Ampang itu dengan satu harga yang sangat tinggi sehingga dia terpaksa meminjam sebanyak $30,000.00 untuk memulakan operasinya. Jumlah ini hanya sesuai untuk satu kawasan perlombongan bijih timah yang telah lama dibuka, yang sangat tinggi produktivitinya serta masih lagi beroperasi. Tidak mungkin harga setinggi itu diperlukan untuk membuka kawasan perlombongan di suatu tempat yang masih belum diterokai oleh mana-mana manusia.
Perkara ini jelas dicatatkan oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick sebagai;
‘With this capital they started operations in 1857 ...’ (18)
Ini sekaligus membuktikan bahawa sebelum kedatangan Raja Abdullah ke Kuala Lumpur, Ampang sudah lama wujud sebagai satu kawasan perlombongan bijih timah yang maju dan ianya diusahakan oleh Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing.
Kemahiran orang-orang Mandailing di dalam perusahaan perlombongan bijih timah terserlah apabila Sutan Naposo berjaya menghasilkan bijih timah dengan produktiviti yang baik sehingga menarik perhatian Raja Abdullah serta rakan-rakannya untuk membeli lombong tersebut dengan harga yang begitu tinggi. Namun begitu Raja Abdullah yang tidak mempunyai pengetahuan untuk melombong bijih timah gagal mengeluarkan hasil bijih timah tersebut selama 2 tahun walaupun beliau menggunakan kepakaran pekerja-pekerja Cina. Sekali lagi kenyataan ini membuktikan bahawa orang-orang Bugis tidak ada kepakaran di dalam perusahaan melombong bijih timah.
‘Two years later, in 1859, the first tin was exported.’ (18) – Middlebrook dan Gullick.
Sedangkan Raja Jumaat kemudiannya menghantar lagi 150 pekerja lombong Cina tambahan ke Kampung Ampang selepas 69 daripada 87 pekerja lombong tersebut telah mati akibat dari demam malaria. ‘They then sent 87 Chinese miners from Lukut up the Klang River to prospect for tin. Within a month of their arrival only 18 of the miners remained but the work went on.’ (10) – Gullick 1955.
‘Still undeterred, Raja Abdullah sent a message to his brother at Lukut for more men. The latter replied with another 150 coolies, in five boats and with a full stock of provisions. Two years later, in 1859, the first tin was exported.’ (18) – Middlebrook dan Gullick.
KEDATANGAN KUMPULAN KEDUA ORANG-ORANG CINA
Perusahaan dan perniagaan bijih timah di kota impian Kuala Lumpur kini telah berjalan rancak dan menjadi begitu besar. Orang-orang Mandailing yang ada di Kuala Lumpur tidak lagi dapat menampung permintaan pasaran pekerjaan yang kian bertambah dengan cepat. Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah itu, Sutan Naposo terpaksa membawa masuk pekerja-pekerja lombong berbangsa Cina menerusi Negeri-Negeri Selat.
‘As the demand for tin increased, however, the rulers came to rely upon imported labour, usulayy Chinese recruited from the Straits Settlements.’ (xiv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pada tahun 1861, Hiew Siew dan Ah Sze yang merupakan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap Fei Chew di Lukut telah menyahut undangan Sutan Naposo untuk datang ke Kuala Lumpur bersama dengan pengikut-pengikut mereka dengan tujuan untuk mengerjakan perusahaan bijih timah di Kuala Lumpur. Sebagai penguasa tempatan dan Waris Negeri, Sutan Naposo telah mengenakan cukai 10% ke atas dagangan bijih timah yang keluar dari Kuala Lumpur ke pelabuhan Kelang. Semua ini telah menambahkan kekayaan Sutan Naposo dengan modal yang paling minima. Lalu Hiew Siew, Ah Sze dan pengikut-pengikut mereka tinggal di Ampang bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang merupakan pelombong-pelombong Cina yang dibawa masuk dari Lukut oleh Raja Abdullah pada tahun 1857 yang lalu.
Hiew Siew dan Ah Sze mengetuai rombongan tersebut kerana mereka mengenali Sutan Naposo dan pernah berurusan dengan beliau dalam perniagaan bijih timah. Semua ini adalah atas kehendak dan restu Sutan Naposo yang merupakan tuan tanah dan juga Waris Negeri Kuala Lumpur.
‘Their business connection with Sutan Puasa was useful because it provided them with an introduction to the local Malays.’ (19) – Middlebrook dan Gullick.
Sutan Naposo bukan sahaja menjadi penghubung kepada masyarakat setempat, bahkan beliau merupakan pelindung dan penaung kepada peniaga-peniaga dan pelombong-pelombong bijih timah di Kuala Lumpur. Oleh itu kita lihat dalam apa-apa juga keputusan penting yang diambil oleh masyarakat Cina pada masa itu, mereka terlebih dahulu memohon restu dan persetujuan daripada Sutan Naposo. Begitulah juga di dalam masalah pelantikan Kapitan-Kapitan Cina di Kuala Lumpur.
Sewaktu Hiew Siew dilantik sebagai Kapitan Cina yang pertama pada tahun 1861, perkara tersebut tidak pernah dirujukkan kepada Raja Abdullah. Ini membuktikan penguasa sebenar Kuala Lumpur adalah Sutan Naposo.
‘... Hiew Siew was selected as the first Capitan China. No doubt he assumed the title with the assistance of Sutan Puasa, and therefore of the local Malays.’ (19) – Middlebrook dan Gullick.
Sutan Naposo bersetuju dan merestui pelantikan Hiew Siew sebagai Kapitan Cina yang pertama bagi menjaga kebajikan dan disiplin pekerja-pekerja lombong Cina di Kuala Lumpur. Dengan cara tersebut, ia memudahkan Sutan Naposo di dalam mengawasi ketenteraman masyarakat Cina yang begitu asing daripada masyarakat setempat.
‘In its place, the Chinese could be said to have introduced their own element of government in the form of secret societies. At the head of each society was a headman, the more important of whom was installed by the Malay ruler as Kapitan Cina.’ (xv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Tidak lama selepas Hiew Siew dilantik sebagai Kapitan Cina yang pertama, dia telah menjemput kawannya dari Lukut yang bernama Liew Ngim Kong yang berketurunan Hakka suku Fei Chew untuk datang ke Kuala Lumpur dan melantiknya sebagai panglima khas kepada Hiew Siew.
Ah Sze pula telah berpindah ke Kanching dan melaburkan wang di dalam aktiviti perlombongan bijih timah di sana yang dibuka dan dijalankan oleh Raja Abdul Samad sejak tahun 1844 lagi. Kawasan perlombongan bijih timah di Kanching itu adalah pemberian bapa saudaranya Sultan Muhammad Shah untuk menguasai Sungai Selangor selepas baginda dinikahkan dengan puteri bongsu Sultan Muhammad Shah iaitu Raja Aftah. Namun tidak banyak yang dilakukan oleh Raja Abdul Samad sehinggalah baginda didatangi oleh Ah Sze. (17) – Middlebrook dan Gullick.
Setelah Raja Abdul Samad menjawat Pemangku Sultan Selangor dan memiliki Sungai Langat sebagai hak pentadbiran dan pengutipan cukai, baginda menyerahkan pengurusan lombong Kanching kepada putera sulung baginda yang bernama Raja Muda Musa. Raja Muda Musa telah bertindak menghantar 2 orang Cina, Chin Ah Chan dan Siew Keng Ng yang berketurunan Hakka dari kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew untuk membuka dan menguruskan 2 buah lombong di Kanching. Ini telah membawa masuk lebih ramai ahli kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew ke Kanching. Chin Ah Chan kemudiannya telah menjadi seorang yang sangat kaya dan menguasai lombong-lombong di Kanching.
Beberapa lama selepas itu, Chin Ah Chan telah bertelagah dan bergaduh dengan beberapa orang ahli kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew yang lain. Melihatkan pergaduhan dan keretakan yang berlaku di dalam kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew, Ah Sze yang merupakan salah seorang ketua kumpulan kongsi gelap Fei Chew mengambil kesempatan menangguk di air keruh dengan menawarkan pembelian lombong-lombong bijih timah di Kanching dengan harga yang lumayan iaitu $3000.00. Tawaran lumayan ini sudah semestinya diterima oleh Chin Ah Chan yang telah bertelagah dengan rakan-rakannya di dalam kongsi gelap Kah Yeng Chew dan seboleh-bolehnya mahu meninggalkan Kanching. Lalu Chin Ah Chan menjual segala kepentingannya di Kanching dengan harga $3000.00 kepada Ah Sze lalu berpindah ke Langat. Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Fei Chew kini menguasai sebahagian besar dari kawasan perlombongan di Kanching yang majoriti penduduknya adalah terdiri daripada ahli kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew. (28) – Middlebrook dan Gullick.
Tindakan Ah Sze ini dilakukan untuk mengurangkan kekuatan dan pengaruh kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew dalam penguasaan perlaburan di dalam sektor perlombongan bijih timah yang boleh menentukan pemegang jawatan Kapitan Cina di Kuala Lumpur. Sudah semestinya Hiew Siew dan Ah Sze mahukan jawatan Kapitan Cina di Kuala Lumpur itu dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap Fei Chew. Akibatnya kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew merasa tidak puas hati.
Pada tahun 1862, Kapitan Hiew Siew jatuh sakit dan meninggal dunia. Ah Sze sepatutnya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hiew Siew dan menjadi seorang Kapitan. Namun Ah Sze menolak tawaran itu walaupun dipujuk oleh pengikut-pengikutnya dengan alasan dia mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan perlombongan bijih timahnya di Kanching. Lantaran itu pada tahun yang sama Liew Ngim Kong dilantik sebagai Kapitan Cina yang kedua di Kuala Lumpur dengan izin dan restu Sutan Naposo. Dengan pelantikan ini, maka dengan sendirinya Liew Ngim Kong menjadi ketua kumpulan kongsi gelap Fei Chew.
Selepas pelantikan Liew Ngim Kong sebagai Kapitan Cina yang kedua di Kuala Lumpur, Liew Ngim Kong telah bertindak merampas segala harta-benda Hiew Siew walaupun Hiew Siew mempunyai seorang anak untuk mewarisi harta tersebut dan jawatan Kapitan Cina itu. (20) – Middlebrook dan Gullick. Pada akhir tahun itu, Liew Ngim Kong telah mengajak kawan karibnya di Lukut yang bernama Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy untuk datang ke Kuala Lumpur.
‘Yap Ah Loy and his associates among the Fei Chew Hakka were members of the Hai San group.’ (20) - Middlebrook dan Gullick.
Yap Ah Loy merupakan seorang ahli kumpulan kongsi gelap Fei Chew yang merupakan kumpulan kecil di bawah perintah kumpulan kongsi gelap besar Hai San. 6 tahun yang lalu Yap Ah Loy tiba di Lukut dari negara Cina dan bekerja sebagai seorang tukang masak dan pekerja am di sebuah kawasan perlombongan di Lukut di bawah seorang ketua yang bernama Chong Chong. Kemudian dengan sedikit wang simpanannya yang dikumpulkan, Yap Ah Loy memulakan penternakan babi di Lukut. (14) – Middlebrook dan Gullick.
Apabila diajak oleh Liew Ngim Kong untuk datang ke Kuala Lumpur, Yap Ah Loy yang tertarik hati melihat kemajuan Kuala Lumpur itu pun mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan beberapa orang kanannya yang handal berkungfu seperti Tung Khoon, Ting Sam dan Wong Poh. Yap Ah Loy telah diambil bekerja sebagai pembantu Liew Ngim Kong iaitu sebagai penolong ketua kumpulan kongsi gelap Fei Chew di kawasan lombong Sutan Naposo. Pada masa itu Yap Ah Loy sudah mempunyai sedikit modal wang untuk dilaburkan dalam perniagaannya sendiri. (15) - Middlebrook dan Gullick.
KEMUNCULAN YAP AH LOY DI KUALA LUMPUR
Kemudiannya pada tahun 1865, Yap Ah Loy membuka sebuah kedai ubat yang bernama Chop Tet Sang di Kuala Lumpur. Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang perempuan yang bernama Kok Kang Kuan. Kok Kang Kuan merupakan seorang perempuan Cina dari keluarga Baba Nyonya di Melaka. Pada masa itu agak sukar untuk mencari seorang perempuan Cina yang belum berkahwin untuk dijadikan isteri kerana hampir semua perempuan muda Cina yang masih belum berkahwin yang dibawa masuk dari negara Cina ke Tanah Melayu adalah pelacur.
‘His wife came from one of the Baba families from Malacca.’ (21) - Middlebrook dan Gullick
Memandangkan jumlah pekerja-pekerja lombong Cina yang datang ke Kuala Lumpur bertambah ramai, maka pada akhir tahun yang sama Sutan Naposo telah membuka sebuah penempatan tersusun untuk pekerja Cina di Pudu (kini terletak di Jalan Silang ke Jalan Pudu).
PENGARUH-PENGARUH ASING MULA MELANDA KUALA LUMPUR
Kedatangan Raja Abdullah dengan pekerja-pekerja Cina ke Kuala Lumpur pada tahun 1857 menandakan bermulanya episod kemasukan orang-orang Cina ke pendalaman negeri Selangor secara beramai-ramai. Kehadiran pekerja-pekerja Cina ini juga telah membawa budaya orang-orang Cina yang akhirnya merosakkan kehidupan orang-orang Melayu Mandailing di Kuala Lumpur.
Kedatangan orang-orang Cina ke Kuala Lumpur telah membawa budaya samseng, suka bergaduh, berkelahi, memeras-ugut, merompak, menyamun melalui kumpulan-kumpulan kongsi gelap orang-orang Cina. Kebanyakan kumpulan-kumpulan kongsi gelap orang-orang Cina pada masa itu diasaskan berdasarkan suku-suku puak di kalangan orang-orang Cina. Di antara kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina yang terkenal pada masa itu adalah kumpulan Hai San, Toh Pek Kong, Fei Chew, Ghee Hin dan Kah Yeng Chew.
‘It was these secret societies, with their headquarters in the Straits Settlements, which provided the organizational elements for the Chinese in the mining industry.’ (xv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘The origin of the clan or secret societies, which flourished so strongly among the immigrant Chinese in Malaya.’ (8) - Middlebrook dan Gullick.
Dengan kedatangan budaya kongsi gelap ini, ketenangan orang-orang Melayu Mandailing di Kuala Lumpur semakin terancam dengan pergaduhan di antara kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina serta pemerasan-ugut wang perlindungan di kalangan pekerja-pekerja lombong Cina juga kerap berlaku. Akibatnya Kuala Lumpur kini dilanda satu masalah baru iaitu huru-hara yang dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina ini.
‘Immigrant Chinese do invariably join one of the societies in Singapore or Malacca when they first arrive from China...’ (118) - Middlebrook dan Gullick.
Tambahan pula orang-orang Cina yang datang ke Tanah Melayu pada masa itu merupakan satu kumpulan manusia yang hina, liar lagi tidak bertamadun. Mereka datang sebatang kara, tidak mempunyai keluarga serta berasal dari kelas orang awam yang rendah lagi hina. Ketua di antara manusia yang berkelas rendah inilah yang diberi gelaran Kapitan Cina.
‘As such they lacked most of the normal bases of authority. There were no family elders and no hereditary ruling class. They were all peasant class including none who by birth or education would have held authority in their own country.’ (8) - Middlebrook dan Gullick.
Maka tidaklah menghairankan jika suasana kecoh dan huru-hara sering berlaku di kalangan orang-orang Cina pada masa itu.
‘Members of the gangs which fought so bloodily.’ (8) - Middlebrook dan Gullick.
Bayangkan pada tahun 1867 di Pulau Pinang sahaja, terdapat 25,000 ahli kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan 15,000 lagi di Seberang Prai. (32) – Ibrahim Saad.
Budaya kedua yang dibawa oleh orang-orang Cina yang akhirnya menjahanamkan kehidupan orang-orang Melayu Mandailing di Kuala Lumpur pada masa itu adalah kewujudan pusat-pusat pelacuran yang bercambah bagaikan cendawan selepas hujan.
Perkara ini tidaklah dihairankan kerana hampir kesemua pekerja-pekerja lombong Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu merupakan golongan pemuda. Mereka berasal dari kelas orang awam yang rendah lagi hina serta datang sebatang kara. Maka pasangannya pula adalah pelacur-pelacur yang dibawa masuk berduyun-duyun ke Tanah Melayu bagi menghiburkan pekerja-pekerja lombong tersebut.
‘Upon arrival in Singapore or Penang, the girls were taken to brothels where they either awaited their transfer to mines and plantations further inland or became inmates who served an urban clientele.’ - The Star, 12 Feb 2001.
Kebanyakan pendatang-pendatang dari negeri Cina ke Tanah Melayu pada masa itu merupakan kaum lelaki sahaja. Mereka ini datang sehelai sepinggang tanpa membawa anak-isteri. Perjalanan mereka ke Tanah Melayu biasanya diatur dan dibiayai oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap dan mereka sendiri berkhidmat di bawah ketua-ketua kongsi gelap tersebut. Keadaan hidup mereka tidak menentu dan tidak stabil. Tambahan pula agak sukar bagi mereka untuk bergaul dan berkeluarga dengan orang-orang tempatan atas dasar berlainan budaya dan agama. Maka itu timbullah keperluan untuk membawa masuk perempuan-perempuan dari negeri Cina bagi memberikan perkhidmatan khas kepada pekerja-pekerja lombong bijih timah tersebut.
Ini dicatatkan oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick di dalam buku mereka;
‘Nearly all the unmarried Chinese women brought to Malaya at this time were prostitutes.’ (21)
Kedatangan pelacur-pelacur dari negeri Cina ini benar-benar mencemarkan Kuala Lumpur. Pusat-pusat pelacuran telah dibina di rumah-rumah setinggan pelombong-pelombong Cina tersebut. Adalah sukar dibayangkan bagaimana suasana aktiviti pelacuran pada masa itu berlangsung di kawasan-kawasan setinggan yang sesak serta berdekatan dengan kandang-kandang binatang peliharaan. (21) - Middlebrook dan Gullick.
‘The inflow of Chinese prostitutes through the well-organised traffic system by Chinese syndicates.’ - The Star, 12 Feb 2001.
Aktiviti pelacuran ini diburukkan lagi apabila kegiatan mereka diatur dan dikawal rapi oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina yang sedia ada di Kuala Lumpur. Ini bermakna semua pemimpin Cina pada masa itu yang juga merupakan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap terbabit secara langsung di dalam sindiket-sindiket yang menguasai dan mengawal kegiatan pelacuran yang berleluasa di kalangan pendatang-pendatang Cina.
‘Adopting these strategies were a better opinion than proscribing altogether female prostitution and the traffic in women and girls as it was believed within colonial officialdom then that such a move would promote homosexual prostitution.’ - The Star, 12 Feb 2001.
Budaya hubungan sesama jenis atau homoseksual juga dibawa oleh pendatang-pendatang Cina pada masa itu. Kedatangan pekerja-pekerja Cina yang kebanyakannya merupakan kaum lelaki dikawal oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang menyebabkan kehidupan mereka tidak selesa dan tidak menentu. Tambahan pula terdapat jurang perbezaan yang nyata di dalam budaya dan agama dengan orang-orang tempatan yang menghalang pergaulan mereka dengan gadis-gadis tempatan. Maka timbullah gejala hubungan sejenis atau homoseksual di kalangan pendatang-pendatang Cina tersebut. Malahan pada masa itu budak-budak muda Hainan yang berkulit cerah dan berwajah tampan telah mula dibawa masuk untuk memuaskan nafsu sesetengah pendatang-pendatang Cina tersebut.
‘There were already indications of Hainanese boys with fair skin and handsome looks that were being imported for servicing Chinese and European homosexuals.’ - The Star, 12 Feb 2001.
Selain daripada budaya samseng dan pelacuran ini, pusat-pusat perjudian haram juga dibuka berleluasa di Kuala Lumpur oleh orang-orang Cina. Yap Ah Loy telah membuka pusat-pusat perjudian secara besar-besaran berhampiran dengan rumahnya sehingga mengganggu kehidupan orang-orang Melayu Mandailing di Kuala Lumpur. Bagi menggalakkan lagi perkembangan pusat-pusat perjudian tersebut, Yap Ah Loy tidak mengenakan cukai terhadap pelanggannya. (II:2) – Adnan Haji Nawang.
‘...the enormous profits he makes out of the foodstuffs and other necessaries which the coolie can obtain from him alone; out of gambling, the opium smoking, the liquor traffic...’ (10) - Middlebrook dan Gullick.
Di mana wujudnya judi, maka muncullah arak. Arak dan candu turut dibawa masuk oleh orang-orang Cina ke Kuala Lumpur. Semua ini adalah unsur-unsur negatif yang merosakkan satu kehidupan dan kemakmuran yang begitu aman dan damai yang telah lama dikecapi oleh orang-orang Melayu Mandailing di Kuala Lumpur.
Selain daripada kegiatan kongsi gelap, pelacuran, judi, arak dan candu, orang-orang Cina di Kuala Lumpur pada masa itu turut membina berhala-berhala yang mengganggu kehidupan orang-orang Mandailing yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang mengharamkan khurafat dan amalan-amalan yang menyekutukan Allah s.w.t.
‘It is related that this site was indicated by a Chinese newly arrived in Kuala Lumpur who became possessed by the god and began to speak as Sen Ta, promising prosperity and wealth if a temple were built there. The temple became the great Chinese religious centre in Kuala Lumpur at that time.’ (22) - Middlebrook dan Gullick.
Orang-orang Cina di Kuala Lumpur ketika itu menyembah dan memuja jin-jin dan roh-roh yang dipercayai oleh mereka akan membawa kekayaan di dalam kehidupan mereka.
‘Shen-hsien are apotheosized genii or immortal spirits.’ (22) - Middlebrook dan Gullick.
Malahan setiap rumah orang-orang Cina pada masa itu turut membina berhala-berhala bagi tujuan pemujaan harian mereka. Keadaan ini dinyatakan dengan jelas oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick sebagai;
‘It was a common practice for immigrants to the South Seas to take a handful of ash from the incense bowl in their favourite temple, and to tie it on to their garments as a protection against bad luck and against the evil spirits which they were bound to encounter in their new country. Other made a crude carving of the temple god and carried it on their person. After their arrival they put it in their new home, and built a shrine round it.’ (23)
Pada masa yang sama tanpa menghormati kehendak dan budaya masyarakat tempatan yang sedia ada, Kapitan Cina keduaiaitu Liew Ngim Kong telah membuka beberapa ladang penternakan babi di kawasan Pudu. (92) – Middlebrook dan Gullick (II:2) – Adnan Haji Nawang.
Yap Ah Loy dan orang-orang Cina turut menternak babi secara berleluasa. Perkara ini dicatatkan oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick sebagai;
‘Yap Ah Loy set himself as a pig dealer. He bought a number of pigs and drove them round the mines in the neighbourhood.’ (14)
Kehadiran Yap Ah Loy bersama dengan babi-babinya tersebut telah mengganggu dan menggugat ketenteraman hidup orang-orang Melayu Mandailing di sekitar kawasan Pudu. Orang-orang Mandailing yang menganut agama Islam itu sudah tentu melihat babi-babi Yap Ah Loy sebagai binatang yang najis dan haram. Oleh yang demikian, mereka cuba mengelakkan diri daripada menghampiri kawasan Pudu dan menjauhkan diri sama sekali daripada kawasan tersebut.
‘On the swampy ground between the High Street and the river were his pig-styes.’ (92) – Middlebrook dan Gullick.
Keadaan ini telah mengakibatkan orang-orang Mandailing yang bermastautin di kawasan Pudu itu terpaksa menjual tanah-tanah mereka kepada orang-orang Cina dengan harga yang murah kerana tidak mahu diganggu oleh bau busuk dan udara yang tercemar dari kandang-kandang babi yang berdekatan. Satu demi satu pegangan tanah orang-orang Mandailing di situ terlepas kepada orang-orang Cina yang mulai bertapak dan menetap di kawasan Pudu. Akhirnya Pudu menjadi sebuah penempatan Cina.
Adalah amat menyedihkan dan menimbulkan kemarahan apabila kaum pendatang asing iaitu orang-orang Cina pada masa itu langsung tidak menghormati atau mengendahkan perasaan, tatasusila dan budaya masyarakat tempatan yang sedia ada di Tanah Melayu. Orang-orang Cina pada masa itu langsung tidak mempedulikan masyarakat yang telah membenarkan mereka menyewa di tanah pusaka orang lain.
‘The introduction of a Chinese labour force which caused a breakdown of the Malay political system.’ (14) - Middlebrook dan Gullick.
Sikap ini jugalah yang akhirnya melarat hingga merenggangkan perhubungan di antara orang-orang Melayu Mandailing dan orang-orang Cina yang bagaikan api di dalam sekam.
EPISOD 6
GANGGUAN BUGIS DI KUALA LUMPUR
‘Moreover there was the economic clash of Bugis chiefs at the coast
levying import and export duties on
the trade of Sumatran merchants in the interior.’
S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick
Setelah Raja Mahmud bin Sultan Muhammad Shah menjadi dewasa, baginda menyatakan kesediaannya mengambilalih takhta kesultanan Selangor. Tetapi Raja Abdul Samad sebagai Pemangku Sultan Selangor pada masa itu tidak mahu turun dari takhta bahkan berkeras untuk terus memegang pucuk pemerintahan negeri Selangor. Oleh kerana ramai pembesar Selangor dan ketua-ketua Melayu yang berpengaruh menyokong Raja Abdul Samad khususnya Raja Jumaat bin Raja Jaafar, Raja Abdullah bin Raja Jaafar, Raja Berkat @ Raja Mat Saman dan Jabarayun, akhirnya pembesar-pembesar Bugis Selangor yang lain terpaksa tunduk kepada kemahuan Raja Abdul Samad untuk terus berkuasa di Selangor. Maka pada akhir tahun 1863, Raja Abdul Samad ditabalkan sebagai Sultan Selangor dengan gelaran Sultan Abdul Samad. Maka terpaksalah Raja Mahmud mendiamkan diri dan memendam perasaan tidak puas hati baginda. Beliau kemudiannya diangkat menjadi Waris Negeri dan akhirnya dilantik sebagai Penghulu di Kampung Semenyih. (145) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
‘About four or five years later, Abdul Samad, over the objections of the headmen, made himself Sultan.’ (145) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
‘Raja Abdul Samad had seized the throne.’ (19) – Winstedt 1934.
‘Dengan sokongan kuat dari beberapa golongan tertentu yang berpengaruh, maka menantu Sultan Muhammad iaitu Sultan Abdul Samad telah dilantik sebagai Sultan Selangor. Nampaknya Raja Muda Mahmud yang sebenar layak mengambilalih pemerintahan Selangor itu telah diketepikan begitu sahaja. Ini menyebabkan ramai pula orang-orang besar dan kerabat-kerabat diraja yang tidak puas hati di atas lantikan Raja Abdul Samad menantu Sultan Muhammad itu’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Pada bulan Sep 1864, Sultan Abdul Samad telah berkenan melantik Raja Abdullah sebagai Orang Besar Jajahan Kelang. Ini ialah sebagai membalas budi Raja Jumaat dan Raja Abdullah yang menyokong pelantikan beliau sebagai Sultan Selangor. Dengan pelantikan itu, Raja Abdullah kini diberi kuasa penuh untuk memungut cukai ke atas hasil-hasil negeri dari Kuala Sungai Kelang hinggalah ke Ulu Sungai Kelang.
Raja Abdullah tentu sekali gembira. Kekayaan kawasan perlombongan di Kuala Lumpur yang dimonopoli oleh Sutan Naposo @ Sutan Puasa dan orang-orang Mandailing sudah lama menjadi idamannya. Kegagalan dirinya di dalam pelaburan di kawasan perlombongan Ampang pada 1857 benar-benar melukakan hatinya serta memalukan dirinya. Sebagai pesaing perniagaan kepada Sutan Naposo, Raja Abdullah sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan pesaing perniagaannya. Justeru itu pelantikan Raja Abdullah sebagai Orang Besar Jajahan Kelang sekaligus membuka jalan yang seluas-luasnya untuk Raja Abdullah bagi memusnahkan perniagaan musuh-musuhnya.
‘...the Rajas were without principle unjust, oppressors, favouring their own followers whether right or wrong, and using their power to rob the people. As traders they monopolised everything, not allowing other traders to sell merchandise until their own had first been bought, nor to sell at a lower price than that fixed by them. In buying it was the same.’ (275) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)’
PERGADUHAN SAMSENG BUGIS DI SEKITAR KUALA LUMPUR
Raja Abdullah telah menjemput dua orang pahlawan Bugis yang paling hebat dan gagah lagi terkenal di Riau ketika itu iaitu Yasih dan Sumun untuk datang bekerja dengannya di Jajahan Kelang. Yasih dikatakan sangat kebal dan tinggi ilmu dunianya. Dia dikatakan bersahabat karib dengan makhluk halus yang menjadi pendampingnya. Ini adalah permulaan campurtangan Bugis di Kuala Lumpur. Sebagai permulaan, Yasih dan Sumun dilantik oleh Raja Abdullah sebagai Dato Bandar dan Dato Manteri di Kuala Lumpur. Tugas mereka adalah untuk mentadbir dan memungut cukai di Kuala Lumpur. Lantaran itu mereka berdua kini dikenali sebagai Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun. Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun tidak datang berdua sahaja, mereka turut membawa pengikut-pengikut mereka yang merupakan pahlawan-pahlawan Bugis yang terkenal di Riau dengan kebengisan dan kehandalan mereka. Antaranya adalah Suliwatang Tok Sopok @ Tok Longkang dan Wak Si Galah yang merupakan pahlawan-pahlawan Bugis yang terkenal dengan kehebatan dan kesaktiannya. Bagi memperkukuhkan kedudukan dan pertahanan mereka, sebuah kubu kecil telah dibina oleh Dato Bandar Yasih dan orang-orang Bugis di Ampang.
‘Lelaki Bugis diajar bersikap kasar, keras, bengis dan kurang ajar.’ (23) – Mastika, Jan 2001.
Tidak lama selepas itu Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun memulakan tugas mereka dengan mengutip cukai di darat Kuala Lumpur. Namun begitu memandangkan kedudukan Sutan Naposo yang merupakan Waris Negeri Kuala Lumpur pada masa itu serta majoriti penduduk Kuala Lumpur adalah orang-orang Mandailing di bawah pimpinan beliau, Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun tidak berani mengutip cukai dari Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing. Malahan sudah sekian lama sejak membuka Kuala Lumpur pada 1818 lagi, Sutan Naposo sebagai Waris Negeri Kuala Lumpur tidak pernah diminta atau membayar sebarang cukai kepada mana-mana Sultan Selangor sama ada Sultan Muhammad Shah atau Sultan Abdul Samad mahupun Raja Sulaiman yang merupakan Orang Besar Jajahan Kelang terdahulu. Kegagalan Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun mengutip cukai dari Sutan Naposo ini sudah pasti menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati Raja Abdullah terhadap Sutan Naposo. Namun begitu beliau tidak berani mengambil sebarang tindakan kerana Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing pada masa itu adalah penduduk majoriti di Kuala Lumpur dan menguasai keadaan di sana sepenuhnya.
‘Moreover there was the economic clash of Bugis chiefs at the coast levying import and export duties on the trade of Sumatran merchants in the interior.’ (26) – Middlebrook dan Gullick.
Akibatnya pegawai-pegawai memungut cukai Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun bertukar haluan dengan menekan orang-orang Melayu Batu Bara yang ramai di antara mereka tinggal di tepi Sungai Kelang dekat Ampang. Kadar cukai yang dikenakan oleh Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun terlalu tinggi dan tidak berpatutan. Walaupun kadar tersebut tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu Batu Bara, namun pegawai-pegawai memungut cukai Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun bertindak memeras cukai daripada mereka. Tindakan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kemarahan orang-orang Melayu Batu Bara terhadap Raja Abdullah.
‘On another occasion R. Mahmud came and asked Bot to assist Mahdi. When Bot replied that he was afraid, Mahmud then jumped up and drew his kriss and held it to Bot’s eye. Then Bot says he thought it was all over, but he turned Mahmud from his purpose by treating it as a joke, and on the first opportunity got away from the room, leaving his keys on the table. When he returned in a short time Mahmud was gone, having opened Bot’s strong box and taken $500 and also 2 or 3 bahras of tin that were in the room. Bot says that six times R. Mahmud and R. Laut have all but murdered him.’ (286) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Lelaki Bugis yang terkenal kasar, panas baran dan pembengis.’ (22) – Mastika, Jan 2001.
Bibit-bibit permusuhan di antara orang-orang Melayu Batu Bara dan pegawai-pegawai Bugis Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun sudah mulai ketara. Namun orang-orang Melayu Batu Bara terpaksa menahan sabar terhadap tingkah-laku pegawai-pegawai Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun ini. Ini ialah kerana orang-orang Melayu Batu Bara pada masa itu tidak mempunyai kekuatan yang cukup di Kuala Lumpur.
‘The Rajas threaten and the people believe the threats will be carried out, and consequently they obey as before.’ (275) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pada masa yang sama kedatangan Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun serta pahlawan-pahlawan Bugis dari Riau yang terkenal dengan kebengisan dan kekasaran mereka ke Kuala Lumpur telah menimbulkan kekecohan di kalangan orang-orang Mandailing. Ini ialah kerana walaupun pegawai-pegawai Bugis Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun tidak mengutip cukai ke atas kampung-kampung Mandailing di Kuala Lumpur, namun begitu pada waktu malam terdapat beberapa kumpulan samseng Bugis yang tidak dikenali dibiarkan berkeliaran mencari mangsa untuk diperas ugut, dirompak dan disamun. Jika dibantah, mereka akan membakar kedai-kedai khususnya kedai-kedai yang menjual bijih. Mereka juga sering membawa lari anak-anak gadis yang jelita jika terserempak semasa melakukan kegiatan itu.
‘They will not even keep provisions in their houses, but in the morning they buy sufficient for the day only.’ (272) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Kebengisan mereka, dikatakan tiada tolok-bandingnya.’ (23) – Mastika, Jan 2001.
‘If a subject have a little money, a little paddy, the Raja goes or send some one to him quietly to beg or to borrow and the subject dare not refuse.’ (272) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘The consequences is that (these are the words they used) ‘the people will not plant more than 10 cocoanut trees because they know they will not be allowed to enjoy them.’ (272) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Begitulah sedikit-sebanyak gambaran keadaan pada masa itu. Samseng-samseng ini pula didokong oleh putera-putera raja Bugis dan pahlawan-pahlawan Bugis yang terkenal dengan sikap samseng dan suka menyamun pada masa itu.
Manakala pada hari Rabu malam Khamis pula sering diadakan Pasar Rabu di mana peniaga-peniaga dari seluruh pelusuk kampung telah berkumpul di suatu tempat dan menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Di sinilah telah diadakan keramaian termasuklah pertunjukan silat. Di gelanggang inilah samseng-samseng dan panglima-panglima Bugis turun dan menunjukkan kehandalan dan kegagahan mereka dalam silat tempur dan permainan kain cindai maut. Mereka juga sering mencabar pahlawan-pahlawan dari Sumatera supaya beradu kekuatan dengan mereka.
Pahlawan-pahlawan dari Sumatera pula telah dipesan oleh pemimpin masing-masing agar tidak masuk campur dalam permainan tersebut walaupun tidak menggunakan senjata. Namun begitu ada beberapa orang pemuda Mandailing dan Rawa yang berdarah panas tidak dapat mengawal perasaan mereka apabila berulangkali dicabar untuk beradu kekuatan. Antara pahlawan-pahlawan Mandailing yang terkenal itu adalah 2 adik-beradik yang bernama Jabarumun bin Sutan Bangun dan adiknya Japaruhum bin Sutan Bangun serta beberapa pahlawan Mandailing yang lain seperti Jabaringin, Jabintang, Jamalintang, Jaboji, Jabalun, Jamangitung dan Sutan Mogal. Begitu juga terdapat beberapa orang pendekar Rawa yang tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan masing-masing. Antaranya adalah Pendekar Marusin @ Haji Husin danadik-beradiknya Muhammad Taib dan Zakaria.
Jabarumun dan adiknya Japaruhum berasal dari sebuah kerajaan kampung yang bernama Sibuhuan yang dahulunya merupakan sebuah kerajaan kampung yang tunduk kepada kekuasaan kerajaan Mandailing Panyabungan Tonga.
Namun pada 7 Dis 1864, penjajah Belanda telah menggabungkan 88 kerajaan kecil dan raja Huta atau raja kampung di seluruh Padang Lawas bagi membentuk 16 buah kerajaan baru dengan 16 kepala kuria dengan wilayah sempadan masing-masing. Maka ramailah raja Huta atau raja kampung yang terpaksa berkongsi kuasa dan giliran bagi memerintah sesebuah kerajaan.
Akibat dari kehilangan kuasa di kampung sendiri, ramai raja Huta atau raja kampung serta kaum keluarga mereka yang tidak berpuas hati dengan pembahagian tersebut lalu meninggalkan istana masing-masing untuk berhijrah ke tempat baru khususnya Kuala Lumpur di Tanah Melayu. Ini termasuklah Jabarumun dan Japaruhum berhijrah ke Tanah Melayu.
Walaupun hampir semua penduduk di Kampung Sibuhuan termasuklah ibu Jabarumun sendiri berketurunan orang-orang Hasibuan yang merupakan salah satu cabang keturunan Batak, namun keluarga bapanya merupakan anak-anak raja Mandailing berketurunan Nasution yang keluar merantau dari istana kerajaan Maga di Mandailing Godang.
Kebetulan pula Jabarumun dan adiknya Japaruhum merupakan anak yang kedua dan keempat di dalam keluarga mereka. Kebiasaannya hanya anak sulung dan anak bongsu sahaja yang mewarisi harta pusaka sementara yang lainnya digalakkan keluar daripada kampung tersebut untuk mendirikan ‘harajaon’ yang baru.
Lantaran itu tidaklah menghairankan jika Jabarumun dan adiknya Japaruhum mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur pada sekitar tahun 1865 bersama-sama dengan pengikut-pengikut mereka dengan cita-cita untuk membuka penempatan baru atau ‘harajaon’ mereka sendiri. Ini adalah kebiasaan adat putera-putera di Mandailing mengadu untung di perantauan.
Begitu juga dengan pendekar-pendekar Rawa yang berhijrah ke Tanah Melayu. Di kalangan orang-orang Rawa, Pendekar Marusin dianggap sebagai pendekar keturunan Rawa yang paling hebat pada masa itu. Walaupun usia beliau masih muda, beliau telah menunjukkan kehandalannya di dalam seni mempertahankan diri.
Tidak kurang juga dengan kehandalan pahlawan-pahlawan Mandailing yang masih muda remaja seperti Jabarumun, Japaruhum dan lain-lain rakan mereka. Sebenarnya pahlawan-pahlawan Mandailing ini telah dibekalkan dengan ilmu pertarungan yang dipusakai sejak turun-temurun lagi. Mantera tersebut berbunyi;
‘Oh ompung namartua-tua ompung boras pati ni tano. Ulang manitcal manggora, bain adong nasala pangalaho hamuna nadi banua ginjang, songoni na di banua toru, roh jolo hamutusun, adong namasa namuba.’
Dalam beberapa peristiwa beradu kekuatan ini, kerapkali pahlawan-pahlawan Bugis itu kecundang di dalam permainan mereka sendiri. Ini menimbulkan rasa gerun mereka terhadap orang-orang Mandailing dan Rawa. Peristiwa-peristiwa ini membantu orang-orang Mandailing dan Rawa agar tidak diganggu oleh pahlawan-pahlawan Bugis tersebut. Maka itu kampung-kampung Mandailing dan Rawa di Kuala Lumpur dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya kampung orang-orang Melayu Batu Bara sering mendapat gangguan.
‘...who would defend the people from oppression, keep the Rajas in check, and give confidence to foreinerds trading...’ (272) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Namun begitu pahlawan-pahlawan Bugis masih tidak berpuas hati dan menunjukkan sikap tidak senang terhadap ketua-ketua Mandailing di Kuala Lumpur. Sutan Naposo pada masa itu mencari akal untuk mengendurkan suasana yang begitu tegang umpama telur di hujung tanduk.
Lantaran itu beliau mengambil keputusan untuk mengundang Tuanku Raja Asal @ Jaasai dari Ulu Kelang untuk menetap di Kuala Lumpur. Ini ialah kerana Tuanku Raja Asal mempunyai pasukan perangnya sendiri. Kehadiran Tuanku Raja Asal bersama pasukan perang Dana Padri di Kuala Lumpur pasti dapat mengimbangi kekuatan pegawai-pegawai Bugis pimpinan Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun yang pada masa itu bagaikan harimau yang menunjukkan taring. Kedatangan Tuanku Raja Asal ke Kuala Lumpur sudah pasti boleh menimbulkan rasa hormat dan segan di kalangan pemimpin Bugis terhadap orang-orang Mandailing. Sutan Naposo berharap dengan cara ini ketua-ketua Bugis tidak akan mengganggu orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur.
EPISOD 7
KEDATANGAN TUANKU RAJA ASAL DAN
SAKI-BAKI PEJUANG PADRI KE TANAH MELAYU
‘He later traveled to Pahang where he married Wan Puteh, the niece of Tun Mutahir of Pahang, a marriage which later lead to his involvement in the fight for the Pahang throne’ The Sunday Star, 6 Feb 1983 28 Dis 1838 merupakan detik hitam yang seboleh-bolehnya mahu dilupakan terus oleh angkatan Jihad Padri. Pada hari itu, angkatan Padri telah kehilangan kubu terakhir mereka di Tanah Besar Sumatera. Segala-galanya telah musnah. Kubu hancur kampung lebur, ramai pahlawan terbilang mati berterabur.
‘After fresh troops had arrived, the attack was ventured, the fortress stormed and taken on 28 December 1838.’ (63) – Schnitger 1939.
Mujurlah satu perancangan rapi telah dibuat sebelum itu yang membolehkan sebahagian dari pemimpin-pemimpin utama angkatan perang Padri diselamatkan dari dilupuskan terus oleh tentera Belanda. Dengan itu adalah menjadi harapan pemimpin-pemimpin yang terselamat ini dapat mengumpulkan kembali kekuatan dan angkatan baru untuk menentang Belanda di masa akan datang.
Abdullah Zawawi @ Janawi, anak kepada Tuanku Bosi Jahurlang yang ditugaskan untuk mempertahankan kubu dalu-Dalu hingga ke titisan darah terakhir, telah pertanggungjawabkan oleh Tuanku Tambusai @ Fakeh Saleh @ Haji Muhammad Saleh bersama dengan Raja Asal @ Jaasai untuk segera bertolak ke Labuhanbilik bagi menyediakan kelengkapan kapal untuk mengangkut saki-baki angkatan perang Padri yang bersedia untuk melarikan diri ke Tanah Melayu.
Raja Asal juga diarahkan untuk membawa segala harta-benda dan perbendaharaan angkatan perang Padri yang berjumlah 18 peti besi penuh dengan harta rampasan termasuklah sebuah peti besi induk yang dinamakan Al-Qazin. Dikatakan 18 peti besi penuh harta simpanan angkatan perang Padri yang diamanahkan kepada Raja Asal itu adalah melebihi kekayaan 9 raja-raja Melayu. Ianya perlu dilakukan untuk menyelamatkan dana angkatan perang Padri yang akan membiayai perjuangan Padri di masa akan datang.
Pada masa inilah Tuanku Bosi Jahurlang telah menyerahkan semua alat-alat kebesaran Harajaon Maga Lombang iaitu Keris Naga Sahala, Pedang Sula Sakti, 4 Tombak Bulung Morapi serta sepucuk meriam sakti yang telah digunakan sejak 1816 lagi yang dinamakan Si Rounggur kepada Abdullah Zawawi. Ada kemungkinan Tuanku Bosi Jahurlang dapat merasakan perpisahan baginda dengan anaknya itu adalah perpisahan yang terakhir. Tuanku Bosi Jahurlang jugamelantik 3 orang pahlawan kesayangannya iaitu Jabunus, Jamogek dan Jalumat untuk dijadikan pendamping dan pengawal peribadi sehidup semati kepada Abdullah Zawawi.
Serangan selepas Isyak oleh tentera Belanda yang diketuai oleh General Major Cochuis dan Governor Colonel Michels telah memusnahkan sama sekali benteng Darussalam di Dalu-dalu. Dalam serangan tengah malam yang ngeri dan memilukan hati itu, beratus-ratus anggota Jihad Padri mati bergelimpangan dan ada yang mati hangus.
Nama-nama seperti Tuanku Bosi Jahurlang, 3 orang anak lelaki baginda Patuan Muda @ Ahmad Sufian, Sutan Mulia @ Ahmad Kamal dan Muhammad Ismail @ Jatimur dan beratus-ratus yang lain semuanya shahid. Namun jenazah Tuanku Tambusai gagal dijumpai oleh tentera Belanda.
Jelas bahawa Tuanku Tambusai, isterinya Nanduri Nasondang dan beberapa pengikut mereka dapat melarikan diri ke tepi sungai melalui sebuah laluan rahsia di celah-celah belukar. Setibanya di tepi sungai, mereka berkayuh sampan menghilir Sungai Batang Sosa sambil dikejar dan ditembak bertubi-tubi oleh perahu-perahu musuh khususnya orang-orang Rao. Semasa melalui satu kawasan di hilir sungai, beberapa pahlawan Rao terjun ke sungai untuk berenang ke arah sampan Tuanku Tambusai.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, Tuanku Tambusai dan isterinya Nanduri Nasondang terpaksa terjun ke sungai untuk menyelamatkan diri daripada ditembak. Beberapa pejuang Padri yang menemani mereka terkorban. Namun mereka diselamatkan oleh sebuah perahu pejuang Padri yang lain.
Sampan yang Tuanku Tambusai naiki telah ditahan dan diperiksa oleh pahlawan-pahlawan Rao. Di dalam sampan itu dijumpai sebuah kitab suci Al-Quran, kitab-kitab agama, seuntai tasbih dan sebentuk cincin Mekah yang tertera nama sebenar Tuanku Tambusai iaitu Haji Muhammad Saleh. Lantaran itu tentera Belanda dan pahlawan-pahlawan Rao membuat andaian bahawa Tuanku Tambusai telah ditembak mati di Sungai Batang Sosa.
Setibanya Tuanku Tambusai dan isterinya Nanduri Nasondang di muara Sungai Batang Sosa dan Sungai Rokan Kanan, mereka bersama beberapa orang pengikut segera mendarat dan berjalan pantas menuju ke Kampung Raja dekat Kota Pinang melalui hutan tebal Mahato.
‘He did not meddle with it himself, but departed to Padang Lawas, the only district that had remained loyal to him.’ (62) – Schnitger 1939.
Setibanya di Kampung Raja, Tuanku Tambusai terus dibawa dengan sampan oleh pejuang-pejuang Padri yang menunggu di sana untuk menghilir Sungai Barumun ke arah Labuhanbilik. Setibanya di Labuhanbilik, semua pemimpin Padri menaiki kapal lalu bergerak ke Tanah Melayu.
‘For Tuanku Tambusai they looked in vain. It was said that at the last assault, he had fled in a proa. They never heard of him again, so that it is supposed he died during his escape. Others maintain that he fled to Melaka and died there.’ (63) – Schnitger 1939.
Setelah Belanda mendapat tahu pembabitan raja-raja Mandailing dalam gerakan menentang mereka, beberapa nama ahli keluarga Raja Panusunan di Maga Lombang seperti Patuan Maga, Baginda Sidursat, Tuanku Bosi Jahurlang dan Abdullah Zawawi telah dipotong dari Sitamboom Van Deraja Famili salasilah baru Kepala Kuria di Maga Lombang.
Lantaran itu Baginda Raja II iaitu bapa saudara kepada Raja Panusunan Maga Lombang Patuan Maga telah diangkat sebagai Raja Panusunan di Maga Lombang yang baru. Keturunan beliau inilah yang kemudiannya diangkat oleh Belanda sebagai Kepala Kuria turun-temurun sehingga ke hari ini.
‘Others maintain that he fled to Melaka and died there.’ (63) – Schnitger 1939.
3 hari selepas itu, maka tibalah saki-baki pejuang Padri di Melaka, Tanah Melayu. Mereka dipimpin oleh Tuanku Tambusai, Abdullah Zawawi, Raja Asal dan Nanduri Nasondang. Pada masa itu, terdapat banyak kapal dagang asing yang berurusniaga di Melaka. Justeru itu mereka tidak boleh tinggal lama di Melaka bagi mengelakkan dikesan oleh Belanda dan British. Lantaran itu setelah bermalam dan berehat di Melaka, mereka bergerak menuju ke Kuala Linggi. Dari Kuala Linggi, mereka memudiki Sungai Linggi sehinggalah sampai ke suatu tempat yang aman dan tenang.
Di situ mereka mengambil keputusan untuk membuka kampung penempatan yang baru. 3 buah kampung telah dibuka oleh saki-baki pejuang Padri iaitu Kampung Rasah di tebing Sungai Linggi sebelah selatan serta Kampung Bukit Nanas dan Kampung Tamiang di tebing Sungai Linggi sebelah utara bertentangan dengan Kampung Rasah.
Perpindahan itu ada dinyatakan oleh Profesor Dr. Hamka yang menyebut Tuanku Tambusai membawa saki-baki pejuang Padri yang majoritinya merupakan orang-orang Mandailing dan Padang Lawas dari kubu Dalu-Dalu dan menetap di Rasah di Negeri Sembilan. (224 & 225)
Setelah beberapa lama tinggal di sini, mereka mendapat tahu sedikit sebanyak tentang perniagaan dan perlombongan bijih timah yang lumayan di Lukut. Mereka bercita-cita untuk menceburi perusahaan bijih timah bagi mengisi Dana Padri. Lukut pada masa itu merupakan salah satu kampung 5 buah kuala sungai yang menjadi wilayah kerajaan Bugis Selangor.
Kepesatan pembangunan di Lukut ini disebut oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick sebagai;
‘At this period, Lukut was the most prosperous of the districts of Selangor.’ (14)
Kesedihan yang amat sangat akibat Tragedi 28 Dis 1838 di Dalu-dalu sedikit pun tidak menghalang azam dan semangat untuk bangkit semula menuntut bela terhadap setiap jiwa yang terkorban.
‘The Menangkabaus teachers who remained in Mandailing after the Padris military defeat initiated a Mandailing-Menangkabau rapproachement which could be continued in Malaya...’ (17) - Tugby.
Lantaran itu Tuanku Tambusai telah menganugerahkan gelaran Tuanku kepada Abdullah Zawawi, Raja Asal dan Jamin Harahap sebagai pemimpin-pemimpin baru bagi meneruskan wadah perjuangan Padri yang baru.
Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi diarahkan untuk menyediakan beberapa buah kapal perang untuk melancarkan serangan baru ke atas Belanda di Tanah Besar Sumatera.Baginda juga dilantik sebagai pemegang Pedang Al-Malik yang juga merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Jihad Padri yang baru. Tuanku Raja Asal @ Jaasai ditugaskan untuk menceburi diri di dalam perusahaan bijih timah supaya dapat mengisi Dana Padri. Manakala Tuanku Jamin Harahap dikehendaki untuk berpindah ke Labuhanbilik bagi mencari anggota-anggota baru bagi menubuhkan pasukan Gerila Padri. (5) - Mohd. Said Ritonga.
Rancangan seterusnya adalah untuk menguasai Selat Melaka bagi membina perhubungan di antara Tanah Melayu dan Tanah Besar Sumatera seperti yang dinyatakan di bawah;
‘To gain control of this important seaway from one side, or better from both sides at once, has been part of the strategy of empire building in the Straits region.’ (3) – Tugby.
Untuk menguasai Selat Melaka, Tuanku Janawi mestilah membina pasukan Laut Padri yang kuat bagi menyerang kapal-kapal dagang yang berurusan dengan Belanda dan British khususnya kapal-kapal yang membawa bekalan tentera dan senjata kepada tentera Belanda di Tanah Besar Sumatera. Tuanku Janawi juga perlu membeli makanan, ubat-ubatan dan senjata dengan wang yang dikumpulkan dalam Dana Padri dan perlu menguruskan penghantaran banarang-barang tersebut kepada pasukan Gerila Padri pimpinan Tuanku Jamin Harahap.
Di dalam marpokat ini, mereka juga bersetuju bahawa setiap Tuanku Padri yang dilantik mestilah menubuhkan pasukan masing-masing bagi menghadapi segala perkara yang menghalang usaha murni mereka.
Diagram 2 – Gerakan Jihad Padri yang Baru
Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi Pemegang Pedang Al-Malik
Ketua Tertinggi Angkatan Perang Padri
Ketua Pasukan Laut Padri
bergerak di Selat Melaka
merampas harta-benda kapal-kapal musuh
(lambang meriam)
Tuanku Raja Asal Tuanku Jamin Harahap Bendahara Ketua
Pasukan Dana Padri Pasukan Gerila Padri
bergerak di Tanah Melayu bergerak di Sumatera
berdagang bijih timah berperang gerila
(lambangkan peti besi) (lambang pedang)

Jika masalah yang dihadapi itu kecil, maka setiap Tuanku Padri akan menyelesaikan masalah tersebut sebaik mungkin tanpa membabitkan Tuanku Padri yang lain. Namun seandai masalah yang dihadapi itu besar seperti peperangan, maka Tuanku Janawi sebagai pemegang Pedang Al-Malik dan Ketua Tertinggi angkatan perang Padri mestilah mengambilalih tanggungjawab untuk mempertahankan kepentingan perjuangan Jihad Padri.
Tuanku Tambusai pada masa itu telah terlalu uzur dan tidak terdaya lagi untuk bergerak aktif dalam usaha memulihkan kekuatan angkatan perang Jihad Padri di Sumatera. Beliau mengambil keputusan untuk menetap terus di Kampung Rasah bersama-sama dengan pengikutnya. Tidak lama selepas itu, Tuanku Tambusai pulang ke rahmatullah dan dimakamkan di Kampung Rasah.
KEWUJUDAN SAKI-BAKI PEJUANG PADRI
Selama 158 tahun, Tuanku Tambusai tidak pernah diiktirafkan sebagai seorang pahlawan nasional Indonesia. Ini menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur yang meragui kewujudan Tuanku Tambusai sebagai seorang Tuanku Jihad Padri. Begitu juga dengan nasib saki-baki angkatan perang Padri pimpinan Tuanku Janawi, Tuanku Raja Asal dan Tuanku Jamin Harahap. Malahan selama itu juga ahli-ahli sejarah Minangkabau dan Melayu menafikan penglibatan orang-orang Mandailing di dalam perjuangan saki-baki Padri di Tanah Besar Sumatera.
Akhirnya pada tahun 1996 seorang sejarahwan dari Indonesia dan Ketua Umum TAPSEL (Persatuan Tapanuli Selatan) yang bernama Bernang Pulungan SH telah melihat sendiri makam Tuanku Tambusai di Kampung Rasah di Negeri Sembilan.
Lantaran itu selepas penafian 158 tahun ke atas kewujudan gerakan saki-baki Jihad Padri selepas jatuhnya kubu Dalu-Dalu pada 28 Dis 1838 di dalam sejarah Nusantara Melayu, akhirnya pada tahun 1996 kerajaan Indonesia mewartakan makam Tuanku Tambusai sebagai makam pahlawan nasional yang sah.
Pewartaan makam Tuanku Tambusai sebagai makam pahlawan nasional Indonesia sekaligus membuktikan bahawa terdapat saki-baki angkatan perang Padri yang berjaya menyelamatkan diri dengan berhijrah ke Tanah Melayu.
Malahan kerajaan Indonesia juga mengakui akan kesahihan dan ketulinan Pedang Al-Malik yang menjadi lambang kekuasaan angkatan perang Padri kini berada di dalam jagaan salah seorang keturunan Tuanku Janawi di Ipoh, Perak.
Jikalau kerajaan Indonesia sendiri mengambil masa 158 tahun untuk mengesan satu fakta sejarah yang tepat, apatah lagi orang-orang Mandailing di Tanah Melayu mahupun di Tanah Besar Sumatera yang masih terkapai-kapai untuk membina semula sejarah perjuangan orang-orang Mandailing di Nusantara Melayu. Justeru itu sudah tibalah masanya orang-orang Mandailing di Tanah Melayu mahupun di Tanah Besar Sumatera mengangkat kembali nama-nama pemimpin Mandailing yang merupakan pahlawan-pahlawan nasional yang berjuang habis-habisan menyabung nyawa demi mempertahankan maruah dan kedaulatan agama dan bangsa.
Tuanku Janawi dan Tuanku Raja Asal inilah kemudiannya terbabit dalam pergolakan kancah politik Tanah Melayu sehingga mencetuskan peperangan yang dahsyat.
Malahan orang-orang Mandailing yang menjadi majoriti pasukan saki-baki Padri juga diperakui oleh Profesor Dr. Hamka yang turut menyatakan Tuanku Tambusai telah membawa saki-baki angkatan Padri yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Mandailing dan Padang Lawas berhijrah dari Dalu-Dalu ke Tanah Melayu serta menetap di Rasah di Negeri Sembilan. (224 & 225)
Maka jelas bukan sahaja wujud gerakan baru saki-baki Padri yang diterajui oleh Tuanku Janawi, malahan majoriti anggotanya adalah orang-orang Mandailing.
Penjajah Belanda menghadapi bermacam-macam masalah dalam menangani masalah serangan saki-baki pejuang Padri selepas kematian Tuanku Tambusai yang ketua pemimpin dan ahli-ahli pasukannya adalah majoritinya orang-orang Mandailing.
Itulah sebabnya kerajaan Belanda pada ketika itu terpaksa membina beberapa buah pejabat untuk mengutip hasil negeri di Tanah Mandailing dengan membina sebuah jalanraya yang menghubungkan pantai timur ke pantai barat Sumatera di Natal semata-mata untuk mengelakkan orang-orang Mandailing berurusan dengan rakan-rakan mereka di Selat Melaka.
‘When the hostilities ceased, the Dutch, who had fought with the Mandailings against the Padris, took over the administration and economic development of Mandailing. They set up collecting houses for local products and built a road to Natal on the southwest side of Sumatra in an effort to make the Mandailingers turn their backs on their trading partners on the Straits of Malacca.’ (17) - Tugby.
Jelas bahawa ‘their trading partners on the Straits of Malacca’ adalah orang-orang Mandailing. Maka timbullah persoalan pihak Mandailing manakah yang dimaksudkan oleh Belanda sebagai ‘their trading partners on the Straits of Malacca’ sehingga menimbulkan ketakutan dan kebimbangan di kalangan pihak berkuasa Belanda sehingga sanggup membina sebuah jalanraya yang bengkang-bengkok dari pantai timur ke pantai barat Sumatera di Natal sejauh lebih 1000km yang merentasi hutan banat dan hutan belantara Sumatera serta melangkaui hutan pergunungan Banjaran Bukit Barisan yang membatasi pantai barat Tanah Besar Sumatera?
Semuanya itu dilakukan semata-mata untuk menghalang penduduk-penduduk di Tanah Mandailing daripada bertemu dan berurusan dengan sebuah kumpulan orang-orang Mandailing yang lain. Malahan pembinaan jalanraya tersebut sudah pasti menelan perbelanjaan yang bernilai beribu-ribu juta guilders pada masa itu.
Mengapakah pihak Belanda sanggup mengeluarkan dan membelanjakan wang bernilai beribu-ribu juta guilders semata-mata untuk mengelakkan orang-orang Mandailing dari berurusan dengan sebuah kumpulan orang-orang Mandailing yang lain di Selat Melaka? Apakah hebatnya kumpulan itu sehingga Belanda takut dan terancam serta Belanda terpaksa mengeluarkan wang beribu-ribu juta bagi menghalang perhubungan kumpulan ini dengan orang-orang Mandailing yang lain di Tanah Besar Sumatera?
Sedangkan sejarah membuktikan tidak ada orang-orang Mandailing atau kumpulan orang-orang Mandailing yang menjadi pedagang-pedagang terkenal di Selat Melaka yang mampu menguasai seluruh urusan dan kegiatan perdagangan di Selat Melaka sehingga mampu mengganggu-gugat urusan pihak-pihak yang lebih besar di Selat Melaka seperti Inggeris dan Belanda.
Orang-orang Mandailing yang secara tradisinya hidup bertani di sawah-sawah dan melombong emas dan bijih timah tidak pernah menguasai laut atau perdagangan di Selat Melaka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Bugis pada satu masa dahulu. Orang-orang Mandailing lebih tertumpu kepada kegiatan di atas darat di mana nilai kehidupan mereka bergantung kepada aktiviti-aktiviti tersebut.
Kemakmuran kehidupan di Tanah Mandailing juga telah disebutkan sebagai; ‘... the uplands valleys of Mandailing as a favoured region where the greatest prosperity has reigned for some years.’ (147) – Tugby.
‘The Mandailings were culturally divided from the Malays until the early nineteenth century when they were converted to Islam during the Padri wars in Sumatra.’ (17) – Tugby.
Jadi siapakah ‘their trading partners on the Straits of Malacca’ yang berketurunan Mandailing yang telah menakutkan dan menggerunkan pihak berkuasa Belanda sehingga mewajibkan pembinaan jalanraya yang merentasi pergunungan Banjaran Bukit Barisan yang memakan kos yang bernilai beribu-ribu juta guilders?
Sebelum berlakunya pertempuran di antara Acheh dan Belanda pada 1865 di Pulau Kampei, satu-satunya musuh yang paling ditakuti oleh Belanda di Tanah Besar Sumatera hanyalah angkatan Jihad Padri. Angkatan perang Padrilah satu-satunya kumpulan pejuang yang berjaya membina sebuah empayar besar di Tanah Besar Sumatera sebelum ditumpaskan oleh Belanda pada 28 Dis 1838.
‘When the hostilities ceased, the Dutch, who had fought with the Mandailings against the Padris, took over the administration and economic development of Mandailing.’ (17) - Tugby.
Namun setelah ‘...the hostilities ceased...’ dan peperangan tamat, kumpulan mana pula yang mengancam kekuatan Belanda di Selat Melaka? Maka jawapannya jelas bahawa kumpulan ‘their trading partners on the Straits of Malacca’ yang menakutkan Belanda di Selat Melaka itu adalah saki-baki pejuang Padri.
Sudah pasti saki-baki pejuang Padri ini adalah majoritinya orang-orang Mandailing dan mereka adalah dari pasukan Laut Padri pimpinan Tuanku Janawi kerana yang dibimbangkan oleh Belanda itu adalah kegiatan kumpulan Mandailing di Selat Melaka.
Pasukan Laut Padri inilah yang bertanggungjawab berurusan dengan orang-orang Mandailing di persisiran pantai timur Tanah Besar Sumatera sehingga menyebabkan Belanda membina sebuah jalanraya timur-barat Sumatera yang bernilai beribu-ribu juta guilders bagi menghalang orang-orang Mandailing dari berurusan dengan pasukan Laut Padri yang boleh mengancam kedudukan Belanda di Tanah Besar Sumatera.
Satu lagi bukti besar kewujudan saki-baki pejuang Padri pimpinan Tuanku Janawi adalah apabila pihak Inggeris dan Belanda mengakui bahawa masalah mereka di Selat Melaka bukanlah setakat kegiatan kumpulan-kumpulan lanun yang bercambah bagaikan cendawan selepas hujan, malahan terdapat kuasa tempatan yang bercita-cita untuk meluaskan empayar mereka pada masa itu.
British dan Belanda ketika itu terpaksa mengukuhkan kedudukan dan kekuatan mereka di Selat Melaka bagi menghalang kuasa tempatan tersebut;
‘The pirates challenge to European seapower was not overcome until the Europeans asserted their technical superiority in ships in the period 1837-50.’ (3) – Tugby.
‘But piracy did not cease; indeed local powers, robbed of their opportunities for empire-building and frustrated economically indulged in it.’ (3) - Tugby.
Kuasa tempatan atau ‘local powers’ manakah di Nusantara Melayu ini yang bercita-cita untuk meluaskan empayar mereka seperti yang disebut oleh British dan Belanda sebagai cuba membina empayar jajahan di Selat Melaka atau ‘empire-building’ pada masa itu? Perkara ini sangat serius kerana kerajaan British dan Belanda bersungguh-sungguh mencari jalan untuk mengatasinya.
Sedangkan dari tahun 1810 hingga ke tahun 1870, belum ada mana-mana kuasa tempatan yang benar-benar kuat untuk membina empayar laut di Nusantara Melayu. Kerajaan-kerajaan dan negeri-negeri di Tanah Jawa sedang sibuk mempertahankan tanahair mereka dari serangan tentera Belanda dan bukannya untuk membina empayar.
Empayar laut Bugis dari Riau dan Sulawesi telah lama lenyap dengan matinya Raja Haji bin Daeng Chelak pada tahun 1784 di Teluk Ketapang di Melaka.
Kerajaan Acheh pula hanya mempersiapkan pertahanan mereka secara serius pada 1858 dan bukannya awal daripada itu dan bukan bertujuan untuk membina sebuah empayar laut yang kuat. (10) – Tgk. Lamkaruna Putra.
Kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu tidak pernah pula melancarkan mana-mana gerakan untuk membina empayar laut pada masa itu. Manakala kerajaan Siak, Jambi, Minangkabau mahupun Mandailing sendiri sedang sibuk mempertahankan wilayah masing-masing dari ancaman-ancaman luar dan bukannya untuk membina sebuah empayar besar.
Begitu juga dengan angkatan Jihad Padri pimpinan Tuanku Bonjol yang melancarkan perang di darat ke atas Tanah Minangkabau, Tanah Mandailing dan Tanah Batak hanya berlaku di antara tahun 1816 hingga ke tahun 1838. Tidak ada pula catatan yang menunjukkan mereka menggunakan angkatan laut yang kuat dalam meluaskan empayar mereka.
Malahan telah disebut;
‘The 17th and 18th centuries have often been noted as a period of decline in the Malay archipelago.’ - The Star, Jan 17 2001.
Jelas sekali ditekankan di sini bahawa satu-satunya kuasa tempatan yang sedang membina kekuatan laut untuk meluaskan pengaruh dan empayar mereka adalah saki-baki pejuang Padri dari pasukan Laut Padri pimpinan Tuanku Janawi
Sebelum 1838, angkatan perang Padri tidak pernah menggunakan kekuatan angkatan laut untuk meluaskan empayar mereka. Hanyalah selepas jatuhnya perjuangan Padri di kubu Dalu-Dalu, barulah kedengaran berita dari British bahawa muncul sebuah ‘local powers’ di Nusantara Melayu yang disebut-sebut oleh British dan Belanda sebagai cuba membina ‘empire-building’ di Selat Melaka yang boleh mengancam kedudukan dan kekuatan British dan Belanda di Nusantara Melayu pada masa itu.
Sejak itulah Tuanku Janawi lebih dikenali sebagai Tuanku Raja Laut. Pasukan Laut Padri yang dipimpin oleh baginda merupakan satu-satunya kumpulan yang bertanggungjawab untuk meluaskan empayar laut Padri di Selat Melaka dan pada masa yang sama mereka menyerang, merampas dan memusnahkan kapal-kapal dagang bukan Islam di Selat Melaka sebagai satu langkah untuk melumpuhkan kekuatan penjajah Inggeris dan Belanda di Nusantara Melayu.
Pasukan Laut Padri pimpinan Tuanku Raja Laut ini juga bertanggungjawab berurusan dengan orang-orang Mandailing di Selat Melaka di persisiran pantai timur Tanah Besar Sumatera sehingga sehingga memaksa pihak berkuasa Belanda membina sebuah jalanraya yang bernilai beribu-ribu juta guilders bagi menyambung pantai timur dan barat Sumatera sekaligus menghalang orang-orang Mandailing dari berurusan dengan pasukan Laut Padri yang lambat-laun akan mengancam keselamatan pihak berkuasa Belanda ini. Jelas British dan Belanda sangat tahu akan kewujudan saki-baki pejuang Padri ini.
Tanpa membuang masa lagi, saki-baki pejuang Padri segera melancarkan gerakan untuk menghapuskan Belanda. Pada awal tahun 1839 itu juga, Tuanku Raja Laut dan Tuanku Jamin Harahap bergerak ke Tanah Besar Sumatera. Pasukan Gerila Padri pimpinan Tuanku Jamin Harahap memulakan gerakan mereka di daerah Padang Lawas dari Gunungtua ke Labuhanbilik di sebelah timur dan dari Sungai Rokan di sebelah selatan dan Sungai Bilah di sebelah utara.
Padang Lawas adalah kawasan terkenal dengan padang rumput semulajadinya yang sangat luas serta kaya dengan hasil-hasil bumi. Hutan rimba hanya wujud di beberapa tempat berbukit. Di padang rumput yang luas inilah terdapat banyak kuda-kuda liar dan kerbau-kerbau di merata-rata tempat.
‘Catatan masa itu ternak kerbau saja lebih 20,000 ekor dipelihara orang di Padang Lawas. Juga binatang peliharaan yang lain dan yang liar, tidak ketinggalan gajah, rusa, pelanduk (napu), serta burung-burung dari sana dieksport. Demikian pula produksi hasil-hasil bumi rambung (koje), mayang, damar, pendeknya macam-macam yang di zaman perang melawan Belanda itu ketika diperlukan senjata dibarter sebagian untuk itu. (5) – Mohd. Said.
Serangan gerila dilancarkan hampir setiap hari ke penempatan-penempatan penting orang-orang Belanda dan juga orang-orang tempatan yang berurusan dengan Belanda. Pasukan Gerila Padri pimpinan Tuanku Jamin Harahap turut melancarkan serangan ke atas kebun-kebun yang membekalkan makanan kepada tentera Belanda, gereja-gereja Kristian dan memusnahkan tempat-tempat ibadat yang lain yang menjadi tumpuan orang-orang Belanda yang beragama Kristian. Ini telah menimbulkan kemarahan dan ketakutan di kalangan orang-orang Belanda.
‘During the Padri war it frequently happened that whole communities remained for months in the wilderness without houses, salt, or other food than leaves, roots and wild fruits.’ (147) - Tugby.
Akibatnya walaupun terdapat undang-undang yang telah termaktub dalam Pax Neerlandica yang dilaksanakan di Tanah Minangkabau dan Tanah Mandailing, namun undang-undang itu tidak dapat dilaksanakan di Padang Lawas disebabkan kekacauan-kekacauan yang ditimbulkan oleh pasukan Gerila Padri.
Penjajah Belanda tidak berdiam diri. Mereka bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas kampung-kampung yang disyaki sebagai tempat persembunyian pasukan Gerila Padri.
‘Maka tidak heran jika setelah jatuhnya Dalu-Dalu, Belanda berusaha mengikis habis perlawanan Tuanku Tambusei dan pengikut-pengikutnya.’ (5) - Mohd. Said.
Tentera Belanda melancarkan strategi untuk menguasai 4 buah kerajaan bersaudara yang merupakan pecahan dari kerajaan lama Harajaon Nasution Pinang Di Awan iaitu Kota Pinang di hulu, Kampung Raja di tengah dan Pane serta Sri Bilah di hilir sungai.
PERANG PANE DAN KOTA PINANG 1839-1843 Pada tahun 1550an, muncul sebuah kerajaan besar di Tanah Adik yang dinamakan Harajaon Nasution Pinang Di Awan. Namun pada tahun 1607, Sultan Iskandar Moeda Meukoeta Alam menaiki takhta menggantikan Sultan Ali Riayat Shah bin Sultan Ali Mughayat Shah @ Sultan Alauddin Riayat Shah Sai’di Al-Mukammil. Baginda bercita-cita menjadikan Acheh sebuah negara yang terkenal di dalam sejarah Melayu.
Maka pada 1612, Sultan Iskandar Moeda dari Acheh telah mengerahkan bala tenteranya untuk menyerang negeri-negeri di Tanah Besar Sumatera dan Tanah Melayu. Di Tanah Melayu, beberapa negeri seperti Kedah, Perak, Pahang dan Terengganu telah dikuasai oleh kerajaan Acheh Darussalam. Manakala di Tanah Besar Sumatera pula, kerajaan Acheh Darussalam telah menakluki banyak kerajaan seperti kerajaan Melayu Deli, kerajaan Aru Timur Raya, Tanah Putih Ayam Denak dan lain-lain kerajaan di timur Tanah Besar Sumatera . (vii-viii) – Tgk. Lamkaruna Putra.
Lantaran itu kerajaan Nasution Kota Pinang ini telah ditawan oleh kerajaan Acheh Darussalam lalu dipecahkan kepada 3 buah kerajaan kecil iaitu
a. Harajaon Nasution Kota Pinang yang berpusat di Kota Rumbia
b. Harajaon Nasution Kampung Raja yang berpusat di Sungai Toras
c. Harajaon Nasution Sri Bilah yang berpusat di Humbul
Pada masa inilah kerajaan-kerajaan Kota Pinang, Kampung Raja dan Sri Bilah mengurangkan hubungan mereka dengan saudara-saudara mereka di Tanah Abang di Mandailing Godang dan sebaliknya memperkukuhkan hubungan mereka dengan Acheh Darussalam sehinggakan undang-undang di negeri-negeri tersebut turut berpandukan undang-undang di negeri Acheh yang dinamakan Sarakata Poteu Meureuhom Meukoeta Alam Iskandar Moeda. (ix) – Tgk. Lamkaruna Putra.
Kemudiannya pecahan 3 buah kerajaan ini bertambah menjadi 4 apabila Harajaon Nasution Sri Bilah berpecah pula kepada Harajaon Nasution Pane dan Sri Bilah sendiri. Perkara ini tercatat di dalam Tarombo Asal Oesoel atau salasilah raja-raja Kota Pinang yang disusun oleh Tengkuoe Mustafa pada 12 Jul 1928.
Harajaon Nasution Pane dan Sri Bilah sememangnya dari dahulu lagi menentang penjajahan Belanda manakala Harajaon Nasution Kota Pinang pula menjadi sekutu kuat Belanda. Harajaon Nasution Kampung Raja pula sering bertukar angin mengikut pendirian pemerintah semasa.
Gerakan saki-baki pejuang Padri pimpinan Tuanku Raja Laut berjaya mempengaruhi Harajaon Nasution Pane untuk menyebelahi dan menyokong perjuangan Padri menentang Belanda. Atas motif politik, Sutan Mengedar Alam telah diaturkan oleh Tuanku Raja Laut untuk mengahwini adik kepada raja Kota Pinang pada masa itu yakni Patuan Sakti Sutan Bongsu. Pasukan Padri yakin jika raja-raja Kota Pinang dapat dipujuk untuk menyokong perjuangan Padri, maka Belanda akan lemah dan tewas di Padang Lawas.
Namun begitu rancangan dan impian Padri gagal. Sutan Bongsu bukan sahaja berdegil untuk tidak memberi kerjasama dan bantuan kepada perjuangan Jihad Padri, malahan terus-terang menyokong dan meminta bantuan Belanda untuk menghapuskan saki-baki pejuang Padri pimpinan Tuanku Raja Laut.
Tentera Belanda segera bertindak mengawal ketat Sungai Barumun daripada kegiatan pasukan Laut Padri yang menggunakan sungai tersebut untuk membekalkan makanan, ubat-ubatan, senjata api serta ubat bedil kepada pasukan Gerila Padri di Padang Lawas. Akibatnya pasukan Laut Padri tidak dapat menghantar bekalan bantuan kepada pasukan Gerila Padri di Padang Lawas.
Lantaran itu pada bulan Jan 1839, pasukan Laut Padri pimpinan Tuanku Raja Laut, askar Harajaon Nasution Pane yang diketuai oleh Panglima Johar dan pasukan Gerila Padri pimpinan Tuanku Jamin Harahap menyerang Harajaon Nasution Kota Pinang dari 2 arah iaitu hilir dan hulu Sungai Barumun. Pada masa itu Raja Kota Pinang Patuan Sakti Sutan Bongsu bersemayam di Pulau Birahmata.
‘Pertentangan antara raja Panei dengan raja Kota Pinang yang berakibat sampai bunuh-membunuh pertentangan mana berlatarbelakang bahawa yang satu pro-perjuangan anti-Belanda dan yang lain pro-petualangan Belanda.’ (19) – Mohd. Said.
Kota Pinang dan Belanda kalah teruk. Istana Kota Pinang di Pulau Birahmata berjaya ditawan dan dimusnahkan. Raja Kota Pinang Sutan Bongsu yang dikatakan sangat sakti itu serta pengikut-pengikutnya terpaksa melarikan diri. Akan tetapi baginda terbunuh dalam satu pertarungan sengit dengan Tuanku Raja Laut. Anak Sutan Bongsu yang bernama Tengku Mustafa dapat diselamatkan dan dibawa ke pangkuan Belanda.
Penjajah Belanda segera menabalkan Tengku Mustafa sebagai raja Harajaon Nasution Kota Pinang yang baru bergelar Patuan Besar Sutan Mustafa. Ibu negeri Kota Pinang dipindahkan dari Pulau Birahmata ke Kota Rumbia. Kota Rumbia dibangunkan segera dan seketumbukan tentera Belanda ditempatkan di sana bagi mempertahankannya dari serangan musuh.
Pada bulan Feb 1839, tentera Belanda pimpinan Major Van Beethovan dari Kota Rumbia melancarkan serangan kilat ke atas Harajaon Nasution Pane. Satu demi satu kampung di Pane tumbang kepada Belanda. Dari Pintasan (hari ini dekat Labuhan Batu) ke Selimbing hinggalah ke ibu negeri Pane iaitu Kota Labuhan Bilik. Akhirnya pasukan Laut Padri pimpinan Tuanku Raja Laut dan askar Harajaon Nasution Pane tumpas kepada Belanda. Sutan Mengedar Alam dan Tuanku Raja Laut berundur ke Asahan dan berlindung di bawah kerajaan Asahan.
Sutan Mustafa mengistiharkan Kota Pinang telah menakluki Pane dan Pane kini menjadi sebahagian dari empayar Harajaon Nasution Kota Pinang. Tentera Belanda kemudiannya membina sebuah kubu tentera yang kuat di seberang sungai bertentang dengan Kota Labuhan Bilik yang dinamakan Pos Tanjung Kopiah. Pos tentera ini sekaligus menjadi pusat untuk mengawal laluan Sungai Barumun dan Sungai Bilah.

Namun pasukan Padri tidak berputus asa. Pada bulan Mei 1839, Tuanku Raja Laut mengetuai 50 kapal perang yang membawa makanan, senjata api, ubat bedil dan ubat-ubatan melalui Sungai Barumun langsung ke Padang Lawas bagi membekal barang-barang keperluan kepada pasukan Gerila Padri di Padang Lawas.
Namun kedatangan Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri telah dikesan oleh Belanda. Maka sesampainya di kuala Sungai Pane, maka berlakulah pertempuran hebat di antara pasukan Laut Padri dan tentera Belanda di Pos Tanjung Kopiah. Banyak kapal perang pasukan Laut Padri yang dimusnahkan. Namun Tuanku Raja Laut dan sebahagian dari kapal-kapal tersebut berjaya berundur ke Selat Melaka. Dalam pertempuran inilah, balu Tuanku Tambusai yang bernama Nanduri Nasondang diberitakan mati syahid ditembak tentera Belanda.
Namun seminggu selepas itu, Tuanku Raja Laut membawa 70 kapal perang menyerang Pos Tanjung Kopiah. Sekali lagi pasukan Laut Padri tewas dan terpaksa berundur ke Selat Melaka akibat diserang tentera Belanda di Tanjung Kopiah.
Pertempuran demi pertempuran yang berlaku di muara Sungai Pane ini telah menyebabkan kegiatan perdagangan 2 hala di antara Kota Labuhan Bilik dan Pulau Pinang telah terhenti. Ramai pedagang turut menjadi mangsa pertempuran. Peniaga-peniaga Cina di Pulau Pinang telah menghantar beberapa pucuk surat bantahan kepada British akan kekacauan yang berlaku di Selat Melaka.
‘...the Straits Chinese are British subjects overseas.’ - The Star, 22 Jan 2001.
British segera menghantar surat bantahan kepada Belanda. Namun bantahan itu hanya setakat perang surat di antara kedua buah negara gergasi dunia itu. Namun akibat dari desakan hebat oleh British, Belanda terpaksa perlahan-lahan meninggalkan beberapa pos dan kubu mereka di Kota Rumbia, Tanjung Kopiah dan Portibi. Akhirnya menjelang tahun 1843, semua pos dan kubu tersebut dikosongkan sama sekali.
Namun setahun sebelum itu pada 1842, penjajah Belanda telah mengerahkan tenteranya menyerang Harajaon Nasution Sri Bilah dan memusnahkan sama sekali Kota Kumbul. Sejak itulah Harajaon Sri Bilah dijajah terus oleh Belanda dan wujud sebagai sebuah kampung kecil.
Selepas peperangan inilah ramai anak-anak raja Mandailing berkeliaran mencari nasib diri. Antaranya adalah Tengku Ali @ Tok Shahrum, Jabaringking, Baginda Kolang, Sutan Duri, Sutan Garang, Jamarilun @ Sutan Bandaro Rajo, Jabarita dan Jabolga yang berhijrah ke Tanah Melayu.
Peperangan yang berlandaskan perjuangan Jihad Padri pimpinan Tuanku Raja Laut ini berlarutan sehingga lebih 30 tahun. Pada tahun 1862, Raja Kota Pinang Patuan Besar Sutan Mustafa telah datang berjumpa dengan pihak Belanda bagi membincangkan masalah serangan bertali-arus oleh pasukan Gerila Padri dari arah Padang Lawas. Ini adalah satu lagi bukti utama mengenai kewujudan saki-baki pejuang Padri yang masih begitu aktif dalam menegakkan maruah dan kedaulatan agama dan bangsa menentang pencerobohan penjajah Belanda. (28) - Tengku Luckman Sinar SH.
Terbuktilah bahawa selepas kejatuhan kubu Dalu-Dalu dan selepas matinya Tuanku Tambusai, maka muncul sebuah pasukan saki-baki pejuang Jihad Padri yang dipimpin oleh Tuanku Janawi yang lebih dikenali sebagai Tuanku Raja Laut dan majoriti ahli pasukannya adalah orang-orang Mandailing.
TUANKU RAJA LAUT BERPINDAH KE KELANG
Tuanku Raja Laut yang merupakan ketua tertinggi saki-baki pejuang Padri dan pemegang Pedang Al-Malik yang terakhir telah membawa dan berpuluh-puluh pengikut mereka berpindah ke Kelang. Dari sana, mereka merancang untuk bertindak menentang Belanda dengan mensabotaj kapal-kapal perdagangan dan kapal-kapal yang membawa bekalan senjata dan tentera untuk tentera Belanda di perairan Selat Melaka.
Kelang telah lama menjadi tempat persinggahan orang-orang dari Tanah Besar Sumatera sebelum berhijrah ke tempat-tempat lain. Selain itu Kelang turut terkenal dengan kisah lagenda batu belah batu bertangkup yang merupakan cerita orang-orang Melayu pada masa dahulu (kini terletak di Jalan Shapadu dekat Taman Sri Melor dan Taman Sri Pekan).
Tetapi sebab utama Tuanku Raja Laut memilih Kelang sebagai tempat bertapak pasukan Laut Padri ialah kerana ia merupakan satu-satunya pelabuhan besar di pantai barat Tanah Melayu yang tidak dikuasai oleh orang-orang Inggeris dan Belanda. Lain-lain pelabuhan besar seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura kesemuanya telah dikuasai oleh British. Dengan itu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting, adalah mudah bagi Tuanku Raja Laut untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kapal-kapal perang bagi membina pasukan Laut Padri yang kuat. Oleh kerana Kelang pada masa itu tidak dikuasai oleh tentera British mahupun tentera Belanda, maka ia sesuai untuk dijadikan sebagai pengkalan perang.
Kapal-kapal perang yang dibina akan dilengkapi dengan senjata yang canggih dan disorokkan di satu tempat yang dinamakan Teluk Gadung. Gadung di dalam bahasa Mandailing bermaksud ubi. Ini ialah kerana pasukan Laut Padri telah menanam banyak pokok ubi di celah-celah hutan di Teluk Gadung bagi menutup kegiatan mereka yang membina kapal-kapal perang. Pada masa yang sama Tuanku Raja Laut turut sibuk mencari dan melatih anak-anak kapal yang akan berjuang bersama baginda nanti.
Antara kapal-kapal perang yang dibina, terdapat 2 buah kapal perang yang sangat terkenal dan bertahan sehingga ke penghujung perjuangan Padri iaitu Kapal Helang Laut yang merupakan sebuah kapal yang benderanya berwarna kuning keemasan disebabkan kapal ini akan membawa Tuanku Raja Laut yang berketurunan Raja Panusunan Bulung dari leluhur Patuan Maga. Ia akan dikemudikan oleh seorang pendekar yang gagah perkasa yang digelar Nakhoda Kuning. Kapal ini juga dilengkapi dengan meriam-meriam kecil termasuklah Si Rounggur iaitu meriam tembaga yang sempat dibawa keluar dari kubu terakhir Padri di Dalu-dalu. Si Rounggur dalam bahasa Mandailing bermaksud dentuman guruh yang kuat. Ini ialah kerana meriam Si Rounggur mempunyai kekuatan ledakan dan bunyi yang luarbiasa kuatnya bagaikan halilintar. Kapal Helang Laut ini akan bergerak pada siang hari sesuai dengan warna kuningnya.
Sebuah kapal lain yang terkenal adalah kapal yang berwarna hitam yang dinamakan Kapal Jalang Laut. Jalang dalam bahasa Mandailing bermaksud mencari, melintasi dan berulang-alik. Kapal ini mempunyai bendera berwarna hitam dan dikemudi oleh seorang pendekar yang sangat handal iaitu Nakhoda Hitam @ Si Tanang. Ia beroperasi pada waktu malam sesuai dengan warna hitamnya. Setelah bertolak ke arah Labuhanbilik, kapal-kapal ini akan kembali ke Kelang selepas menyelesaikan operasi mereka.
Bagi menempatkan anggota-anggota pejuang Padri dan kaum-keluarga mereka, Tuanku Raja Laut telah mengarahkan berpuluh-puluh pengikutnya berkampung di suatu tempat yang tidak berapa jauh dari Teluk Gadung. Kampung itu dinamakan Kampung Lipat Kajang. Ini ialah kerana bumbung-bumbung rumah mereka yang diperbuat daripada daun nipah itu boleh dilipat seperti tikar kajang.
Kampung Lipat Kajang ini terletak di belakang beberapa buah bukit besar yang memisahkan kampung ini dari kubu Pangkalan Batu kepunyaan Raja Abdullah bin Raja Jaafar. Ia sengaja dibina di sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit yang berhutan tebal bagi menyembunyikan kegiatan mereka yang dijalankan secara rahsia dan tertutup.
Sudah pasti tidak ada sesiapapun yang akan menyangka sebuah perkampungan pasukan Padri telah dibina di sebalik bukit berhutan tebal di belakang kubu Pangkalan Batu kepunyaan Raja Abdullah. Kebetulan pula pada masa itu terdapat banyak kumpulan lanun yang membina kampung penempatan mereka di tepi-tepi sungai di sepanjang Sungai Kelang dan Sungai Langat. Justeru itu pihak berkuasa kerajaan Bugis Selangor di kuala Sungai Kelang tidak berapa mengendahkan kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh penduduk-penduduk kampung ini.
Jika pasukan Laut Padri tidak mempunyai sebarang operasi, maka mereka akan melakukan kerja-kerja harian mereka dengan bercucuk tanam dan mengerjakan sawah serta menanam kelapa.
‘I went some distance above Bt. Kuda to a very fine coconut plantation formerly occupied by T.Kudin’s enemies.’ (144) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
Apabila tiba masanya mereka mahu melancarkan sesuatu gerakan perang, Tuanku Raja Laut dan pengikut-pengikutnya akan berjalan kaki sejauh beberapa batu ke Teluk Gadung. Setibanya mereka di Teluk Gadung, mereka akan menarik keluar kapal-kapal perang yang disembunyikan. Hanya selepas berada di atas kapal, pasukan Laut Padri akan menukarkan pakaian mereka.
Dari Kelang, mereka bergerak untuk menyerang kapal-kapal pedagang bukan Islam atau kapal-kapal lain yang berurusan dengan Belanda dan British serta kawasan-kawasan berkepentingan Belanda di persisiran pantai Tanah Besar Sumatera. Begitulah kehidupan pasukan Laut Padri yang menempatkan keluarga di Kampung Lipat Kajang dan menjadikan Kelang sebagai tapak untuk melancarkan serangan ke atas kepentingan Belanda di Selat Melaka.
Setelah selesainya operasi, mereka akan menukarkan kembali pakaian mereka kepada pakaian biasa semasa di atas kapal lagi. Lalu mereka akan menyembunyikan kapal-kapal tersebut di celah-celah rumpunan pokok ubi dan pokok bakau di Teluk Gadung. Dari Teluk Gadung, mereka akan berjalan kaki beberapa batu untuk pulang ke Kampung Lipat Kajang dan berkumpul bersama keluarga.
Sejak hari itulah pihak Inggeris dan Belanda telah menyenaraikan Tuanku Raja Laut sebagai ‘the enemy’ yang paling bahaya dan perlu dihapuskan segera. (74) – Middlebrook dan Gullick.
Sudah semestinya penjajah seperti British dan Belanda menggelar pasukan Laut Padri ini sebagai lanun. Tambahan pula kebanyakan mangsa mereka adalah kapal-kapal orang-orang kafir termasuklah kapal-kapal dari Inggeris, Belanda, Cina dan India.
Dengan gelaran Tuanku Raja Laut, identiti baginda yang sebenar turut tersembunyi dan sukar dikesan oleh musuh. Bahkan kehidupan baginda di laut juga dirahsiakan agar tidak ada yang dapat mengesan jejak langkah baginda. Malahan identiti baginda turut disembunyikan kecuali kepada keluarga dan sahabat-handai yang terdekat. Ini menyebabkan orang ramai termasuk orang-orang Mandailing sendiri tidak mengenali baginda.
Pada masa itu, ahli-ahli pasukan Laut Padri sangat berhati-hati dan berwaspada jika ada orang yang mencari mereka walaupun mereka yang mengaku sebagai keluarga.Malahan mereka juga sering menggunakan pelbagai nama dan menukar nama bagi mengelirukan pengenalan diri mereka. Tindakan ini terpaksa dilakukan khususnya apabila mereka telah membunuh musuh di suatu tempat dan tidak mahu dijejaki oleh orang-orang atau ahli keluarga si mati yang mahu membalas dendam.
Akibatnya pada masa itu perkahwinan di antara ahli-ahli keluarga anggota-anggota Padri telah menjadi satu amalan dan perkara lumrah. Ini sekaligus merapatkan lagi hubungan persaudaraan di kalangan pejuang Padri. Amalan yang bertujuan menjaga ‘kesucian darah perjuangan’ ini masih diteruskan hingga ke awal kurun ke 20.
Sesekali pasukan Laut Padri bertembung dengan kapal-kapal lanun orang-orang Melayu yang lain seperti kumpulan lanun orang-orang Bugis, lanun Siak, lanun Sasak dan juga kumpulan lanun orang-orang Mandailing sendiri. Sememangnya pasukan Laut Padri akan cuba mengelak dari bertempur dengan lanun-lanun Melayu ini. Tetapi jika mereka diserang, maka pasukan Laut Padri akan membedil dan menawan kapal musuh, merampas harta benda kumpulan lanun itu dan kemudiannya memberikan pilihan kepada mereka sama ada lanun-lanun itu mahu menyertai pasukan Laut Padri atau dibunuh. Selepas itu barulah pasukan Laut Padri membakar kapal musuh dengan penumpang-penumpangnya sekali jika ada kumpulan lanun yang engkar.
Pasukan Laut Padri pimpinan Tuanku Raja Laut sering berkelana dan banyak menghabiskan masa mereka di Selat Melaka tanpa diketahui oleh kebanyakan orang-orang Mandailing. Pada masa tertentu, kapal-kapal baginda akan menyerang dan merampas harta-benda yang banyak untuk disalurkan ke dalam Dana Padri. Kebiasaannya kapal-kapal yang dirampas akan dibakar bersama-sama dengan penumpangnya jika mereka tidak mahu memeluk agama Islam dan menyertai perjuangan Jihad Padri. Adakalanya pada masa yang lain kapal-kapal baginda terpaksa berundur dan bersembunyi bagi mengelakkan dari diburu atau diserang hendap.
Maka tidak hairanlah perjuangan Padri Tuanku Raja Laut langsung tidak dikenang sebagai seorang pejuang nasional. Jika Tuanku Tambusai yang sangat terkenal di dalam sejarah Indonesia itu hanya diistiharkan sebagai pahlawan nasional Indonesia selepas 158 tahun, apatah lagi Tuanku Raja Laut. Kehidupan baginda sendiri tidak ubah seperti terbang tidak mencecah awan dan berdiri tidak memijak bumi seolah-olah tergantung terawang-awang.Hanya pendamping-pendamping yang setia seperti Jabunus, Jamogek, Jalumat, Nakhoda Kuning dan Nakhoda Hitam yang terus menguatkan semangat perjuangan Jihad Padri yang tidak pernah kenal erti putus asa.
LATARBELAKANG TUANKU JANAWI Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi atau nama sebenarnya Abdullah Zawawi adalah cucu kepada Raja Panusunan Maga Patuan Maga @ Abdullah Zawawi dan anak kepada Tuanku Bosi @ Jahurlang. Patuan Maga adalah Raja Panusunan Maga di Mandailing Godang. Justeru itu, Patuan Maga adalah salah seorang dari 9 raja besar di seluruh Tanah Mandailing. Lantaran itu, Tuanku Raja Laut adalah berketurunan raja besar di Tanah Mandailing.
Ramai orang Mandailing khususnya di Tanah Melayu masih tidak mengerti kedudukan raja-raja Mandailing dan menganggap raja-raja Mandailing itu adalah serupa dari segi hirarkinya dengan raja-raja Melayu. Sebenarnya hirarki raja-raja Mandailing itu adalah sangat unik dan jauh berbeza dari hirarki raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu adalah raja-raja yang mengikut sistem feudal yang mempunyai kuasa mutlak tetapi raja-raja Mandailing lebih merupakan raja-raja adat yang memutuskan semua perkara melalui sidang adat di Sopo Godang atau balai raya yang dihadiri oleh semua penduduk dari seluruh pelusuk kampung.
Pada zaman dahulu Harajaon Nasution Mandailing di Tanah Abang adalah diasaskan oleh 9 raja–raja Nasution. Lantaran itu tunggak kekuasaan raja-raja di Tanah Abang Mandailing adalah terdiri daripada 9 Raja Panusunan dan 27 Raja Ihutan yang berlambangkan 9 tongkol dan 27 piring yang mendukungnya.
Kebiasaannya Yam Dipertuan Huta Siantar dianggap sebagai Raja Panusunan Bulung walaupun asal-usul Harajaon Nasution Mandailing Godang itu bermula di daerah Panyabungan Tonga. Namun begitu di dalam sistem Horja Godang (upacara besar), jika kerajaan daerah Huta Siantar yang melakukan Horja atau upacara besar, maka raja di Panyabungan Tonga akan menjadi Raja Panusunan Bulung atau pengerusi. Sebaliknya jika kerajaan daerah Panyabungan Tonga yang melakukan Horja atau upacara besar, maka raja di Huta Siantar akan menjadi Raja Panusunan Bulung atau pengerusi. Ini sekaligus menunjukkan betapa raja-raja Panusunan di Tanah Mandailing saling silih berganti hormat-menghormati kepada satu sama lain. Begitu juga dengan daerah-daerah yang lain.
Sekiranya kerajaan daerah Maga yang melakukan Horja atau upacara besar, maka Raja Panusunan Bulung atau pengerusinya adalah dari Pidoli Dolok. Namun jika kerajaan daerah Pidoli Dolok yang melakukan Horja atau upacara besar, maka raja di Huta Siantar akan menjadi Raja Panusunan Bulung atau pengerusi.
Secara kesimpulannya sistem giliran itu berkait rapat dengan asal-usul sesebuah kerajaan di daerah tersebut. Kerajaan daerah Maga adalah diasaskan oleh Sutan Mangasa Pintor I yang datang dari kerajaan daerah Pidoli Dolok. Pidoli Dolok pula diasaskan oleh Mangaraja Mandailing yang berasal dari Huta Siantar. Huta Siantar pula diasaskan oleh Sutan Kamala Bulan yang datangnya dari Panyabungan Tonga yang merupakan tempat asal-usul kerajaan Nasution itu.
Biasanya kerajaan-kerajaan di Tanah Abang Mandailing itu berkembang secara evolusi dari satu keturunan ke satu keturunan yang lain yang akhirnya membentuk satu persekutuan di antara kampung-kampung yang diperintah oleh kaum keluarga mereka sendiri. Penaklukan–penaklukan ke atas wilayah-wilayah baru jarang berlaku kecuali ke atas kampung-kampung yang engkar kepada kerajaan-kerajaan Nasution di Mandailing Godang.

Diagram 3 - Struktur Pemerintahan Raja-Raja Adat di Tanah Mandailing
(Harajaon Nasution Mandailing Godang)
(Harajaon Nasution Mandailing Godang)
Walaupun asal-usul kerajaan-kerajaan Nasution itu bermula di Panyabungan Tonga, namun kerajaan daerah Panyabungan Tonga tidak berjaya mengembangkan keturunannya ke daerah-daerah lain. Sebaliknya kerajaan daerah Huta Siantar berjaya berkembang dengan pesat sekali dan melepaskan diri dari Panyabungan Tonga dan berdiri sebagai sebuah daerah dan kerajaannya sendiri. Bahkan kerajaan Huta Siantar telah mengembangkan empayar dan wilayah kerajaan Nasution Mandailing Godang hingga ke Butung di Julu.
Diagram 4 – Salasilah Patuan Maga @ Abdullah Zawawi
(Raja Panusunan Harajaon Nasution Maga)
Sutan Mangasa Pintor I (pengasas Harajaon Nasution Maga)
Baginda Raja I (Raja Panusunan Maga)
Patuan Sayur Mulia (Raja Panusunan Maga)
Baginda Raja Mandailing
(Raja Panusunan Maga)
Patuan Maga @ Abdullah Zawawi

Patuan Maga adalah keturunan ke 4 dari Sutan Mangasa Pintor I yang merupakan pengasas kerajaan Nasution Maga aga Lombang. Sutan Mangasa Pintor I pula sebenarnya berasal dari kerajaan Pidoli Dolok. Sutan Mangasa Pintor I kemudiannya membina Bagas Godang atau istananya di Maga Lombang.
Apabila seluruh Tanah Mandailing Godang tumpas ke tangan angkatan Jihad Padri pimpinan Tuanku Rao pada 1816, datuk kepada Tuanku Raja Laut iaitu Patuan Maga dan keluarganya telah dipaksa untuk memeluk agama Islam di hujung pedang. Mereka juga kemudiannya meninggalkan takhta lalu menyertai angkatan pejuang Padri pimpinan Tuanku Rao. Patuan Maga kemudiannya menukarkan namanya kepada Abdullah Zawawi.
Manakala anak sulungnya yang bernama Jahurlang juga menyertai angkatan Padri pimpinan Tuanku Rao. Salah seorang anak Jahurlang telah dinamakan Abdullah Zawawi mengikut nama datuknya seperti yang biasa dilakukan oleh orang-orang Mandailing. Jikalau Patuan Maga menggunakan gelaran Patuan, cucunya Abdullah Zawawi pula bergelar Baginda Mangaraja Mandailing. Abdullah Zawawi inilah yang kemudiannya dikenali sebagai Tuanku Raja Laut.
Takhta Patuan Maga sebagai Raja Panusunan di Maga Lombang kemudiannya diambil alih oleh bapa saudaranya yang bernama Baginda Raja II. Keturunan Baginda Raja II inilah yang kemudiannya telah dilantik oleh pihak Belanda sebagai Kepala Kuria.
Pada 29 Jan 1833, apabila angkatan Padri yang diketuai oleh Tuanku Rao kalah teruk dilanyak oleh tentera Belanda yang digelapai oleh Lieutenant J.H.C. Schultze di Air Bangis, saki-baki pasukan tersebut telah melarikan diri dan menyertai pasukan-pasukan baru pimpinan Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Tambusai. Pada masa inilah Tuanku Bosi Jahurlang dan Tuanku Raja Laut menyertai pasukan Tuanku Tambusai di Dalu-dalu.
TUANKU RAJA ASAL BERDAGANG BIJIH DI TANAH MELAYU
‘He is a very nice spoken old man.’ (148) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Pada tahun 1843, perusahaan melombong bijih timah di Lukut dikuasai sepenuhnya oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar dan adiknya Raja Abdullah bin Raja Jaafar. Namun begitu di beberapa tempat di Sungai Ujung, Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing telah melombong bijih timah di sana. Pada masa yang sama, Tuanku Raja Asal telah menyusun semula dan membesarkan pasukan Dana Padrinya. Perkembangan terbaru gerakan pasukan Dana Padri di Sungai Ujung ini telah meresahkan Dato Kelana Kawal sebagai pemerintah Sungai Ujung.
‘...and the Menangkabau who went to mine gold and tin in Malaya provided a model for the adventurous among the disbanded troops.’ (17) – Tugby.
Kebanyakan penduduk di Negeri Sembilan termasuk Sungai Ujung adalah orang-orang Minangkabau. Orang-orang Minangkabau sangat mengenali perjuangan Padri yang bermula di Bonjol di Tanah Besar Sumatera ini. Malahan orang-orang Minangkabaulah yang memulakan perjuangan Jihad Padri ini secara aktif sebelum perjuangan itu diteruskan oleh kumpulan-kumpulan yang lain.
Maka tidak hairanlah jika Dato Kelana Kawal merasa bimbang dengan perkembangan terbaru pasukan Dana Padri ini. Ini ialah kerana sejarah perjuangan Padri di Tanah Besar Sumatera menunjukkan bahawa apabila kegiatan Padri ini menjadi besar dan berleluasa, ia akan mengancam kedudukan sesebuah negeri khususnya negeri-negeri yang tidak menyokong perjuangan untuk menegakkan sebuah kerajaan Islam yang tulin. Malahan Dato Kelana Kawal juga amat risau dengan pembabitan orang-orang Mandailing di dalam perusahaan bijih timah di Sungai Ujung yang lebih merupakan pelaburan untuk mengisi tabung perjuangan Padri.
Pada tahun 1848 di Sungai Ujung, berlaku satu perselisihan faham di antara orang-orang Mandailing pimpinan Tuanku Raja Asal dan orang-orang Minangkabau pimpinan Dato Kelana Sendeng. Ia berpunca dari tindakan Dato Kelana Sendeng yang pada masa itu baru sahaja dilantik sebagai pemerintah Sungai Ujung menggantikan Dato Kelana Kawal.
Dato Kelana Sendeng dikatakan mendakwa beberapa buah lombong kepunyaan orang-orang Mandailing itu sebenarnya terletak di kawasan tanah miliknya. Lantaran itu lombong-lombong kepunyaan orang–orang Mandailing itu perlu diserahkan kembali kepada dirinya. Tindakan Dato Kelana Sendeng itu dibantah oleh Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing di Kampung Bukit Nanas. Malahan keputusan Dato Kelana Sendeng itu juga dibantah oleh Dato Bandar Lebai yang merupakan Dato Bandar di Sungai Ujung yang merasakan orang-orang Mandailing itu berada di pihak yang tidak bersalah.
Lalu berlakulah beberapa insiden pergaduhan dan perkelahian kecil di Sungai Ujung. Dato Kelana Sendeng mengambil keputusan untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas 3 orang Mandailing yang dikatakan terbabit dalam insiden-insiden itu. Tetapi Tuanku Raja Asal merasakan hukuman mati yang dijatuhkan adalah agak keterlaluan. Maka Tuanku Raja Asal membuat keputusan untuk mempertahankan setiap darah orang-orang Mandailing di Negeri Sembilan. Tuanku Raja Asal mengarahkan pasukan Dana Padri untuk bersedia menghadapi peperangan tersebut.
‘Dan Kami telah tetapkan di dalamnya bahawa jiwa dibalas jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, bahkan luka juga ada balasannya. Barangsiapa yang menjalankan hukum, maka ia akan menjadi penebus dosa. Barangsiapa tidak menghukum mengikut apa yang telah diturunkan oleh Tuhan, maka itulah orang-orang yang zalim.’ - Al-Quran, Al-Maidah 5:45.
‘Tidak halal darah seorang Muslim yang mengucapkan Kalimah Syahadah kecuali berlakunya 3 kejahatan;
a. penzina yang sudah berkahwin
b. pembunuhan yang sengaja
c. orang yang murtad dari agama’
- Hadis, Riwayat Bukhari & Muslim.
Tetapi malangnya seruan Tuanku Raja Asal itu tidak mendapat sambutan orang-orang Minangkabau, Siak, Riau dan Tambusai yang menganggotai sebahagian besar dari pasukan Dana Padri yang berada di Sungai Ujung. Kebanyakan dari mereka ini adalah penduduk-penduduk Kampung Rasah. Tambahan pula sebelum itu penduduk-penduduk Kampung Rasah sudah menunjukkan tanda-tanda kurang minat terhadap kesinambungan perjuangan Padri.
Punca utama ketiadaan minat mereka di dalam usaha meneruskan perjuangan Padri ini adalah kerana ketiadaan pemimpin pasukan Padri yang bertaraf Tuanku dari golongan orang-orang Minangkabau, Siak, Riau dan Tambusai setelah matinya Tuanku Tambusai. Pemimpin-pemimpin orang-orang Minangkabau, Siak, Riau dan Tambusai yang asalnya merupakan pejuang-pejuang Padri seperti Haji Ibrahim bin Tuanku Sutan Laut Api dan adiknya Haji Umar bin Tuanku Sutan Laut Api yang berasal dari Daerah Tanah Datar sudah tidak lagi berminat untuk meneruskan perjuangan.
Sebab kedua adalah kerana mereka telah berjanji kepada Dato Kelana Sendeng agar tidak meneruskan perjuangan Padri di Sungai Ujung dan ditawarkan untuk menetap di Sungai Ujung dengan aman. Ini ialah kerana Dato Kelana Sendeng tidak mahu Sungai Ujung dijadikan tempat persembunyian pasukan Padri dan sekaligus mengundang serangan dari pihak yang memusuhi pasukan Padri seperti tentera Belanda dan tentera Inggeris.
Malahan yang lebih malang lagi, kebanyakan penduduk-penduduk Kampung Tamiang pimpinan orang-orang Mandailing seperti Sutan Oloan, Jatianggar dan Sutan Porkas tidak mahu menyokong Tuanku Raja Asal. Ini ialah kerana mereka juga telah berjanji kepada Dato Kelana Sendeng untuk tidak menyertai sebarang bentuk perjuangan Padri di Sungai Ujung dan ditawarkan untuk tinggal di Sungai Ujung dengan aman.
Lebih perit lagi apabila sesetengah pemimpin orang-orang Mandailing, Minangkabau, Siak, Riau dan Tambusai yang dahulunya merupakan pengikut-pengikut setia Tuanku Tambusai seperti Haji Ibrahim dan Haji Umar bukan sahaja tidak mahu menyertai pasukan Dana Padri Tuanku Raja Asal, malahan mereka menyertai pasukan perang Dato Kelana Sendeng.
Apabila keadaan menjadi begitu tegang, Tuanku Raja Asal yang menyedari bilangan pasukan Dana Padrinya begitu sedikit jika dibandingkan dengan pihak musuh telah bertindak untuk memanggil beberapa tokoh Mandailing yang merupakan bekas pejuang-pejuang Padri yang kini berada di Pahang seperti Jabaringking dan Sutan Garang.
Oleh kerana peperangan ini dianggap sebagai masalah kecil, Tuanku Raja Asal yakin dapat menyelesaikannya sendiri. Lantas itu Tuanku Raja Asal tidak bercadang membesar-besarkan masalah ini dengan mengadu atau memanggil bantuan ketua tertinggi pasukan Padri Tuanku Raja Laut pada ketika itu sibuk dengan urusan peperangan Pane dan Kota Pinang di Tanah Besar Sumatera.
Manakala di pihak Dato Kelana Sendeng pula, Dato Bandar Lebai sendiri tidak mahu memberikan kerjasama atau pertolongan dari segi bantuan wang ataupun ubat bedil kepada Dato Kelana Sendeng. Ini ialah kerana Dato Bandar Lebai mendakwa dia tidak mahu menganiaya orang yang tidak bersalah.
Lalu Dato Kelana Sendeng pun mendapatkan pertolongan daripada seorang saudaranya atau ‘Waris di Air’ yang bernama Manja Khatib atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad untuk membantunya membekalkan wang dan ubat bedil di dalam peperangan itu.
Apabila seorang Mandailing terbunuh dalam perkelahian di sebuah lombong di Sungai Ujung, maka bertambah teganglah keadaan dan suasana di Sungai Ujung di mana orang-orang Mandailing pimpinan Tuanku Raja Asal hanya menunggu masa untuk menyerang orang-orang Minangkabau, Siak, Riau dan Tambusai pimpinan Dato Kelana Sendeng.
Kebetulan pula orang Mandailing yang terbunuh dalam perkelahian di sebuah lombong di Sungai Ujung itu merupakan seorang sahabat lama Jabarayun di Kampung Reko di Ulu Langat. Sebagai seoarng ketua lanun terkenal dan gagah perkasa, dia telah memberi amaran agar Dato Kelana Sendeng segera membayar darah seorang Minangkabau atau wang pampasan sebanyak $400.00 sebagai pampasan bagi pihak keluarga si mangsa.
Dato Kelana Sendeng menolak bulat-bulat permintaan Jabarayun itu kerana beliau beranggapan Jabarayun hanyalah seorang lanun yang cuba mengambil kesempatan untuk memeras ugut wang daripadanya. Apabila Dato Kelana Sendeng menolak permintaan Jabarayun itu, Jabarayun telah membawa 500 lanun Mandailing dari Ulu Langat bersama-sama dengan Sutan Janaga dan Si Gara menyerang Sungai Ujung. Setibanya Jabarayun dan 500 orang pengikutnya di Sungai Ujung, dia telah cuba menyogok $3000.00 kepada salah seorang daripada tentera Dato Kelana Sendeng untuk membakar gudang makanan dan meletupkan serbuk bedil kepunyaan Dato Kelana Sendeng. Tetapi orang Dato Kelana Sendeng itu tidak melakukannya.
Walaupun Tuanku Raja Asal dan Jabarayun mempunyai tujuan yang sama, tetapi misi utama mereka tidak serupa. Seboleh-bolehnya Jabarayun tidak mahu bekerjasama dan cuba mengelak dari bertemu dengan Tuanku Raja Asal. Ini ialah kerana Jabarayun merupakan salah seorang ketua tentera upahan Belanda yang telah memainkan peranan penting ke atas kejatuhan angkatan Jihad Padri di Tanah Besar Sumatera khususnya di Dalu-dalu. Walaupun sebagai Bendahara Dana Padri, Tuanku Raja Asal tidak berapa mengenali Jabarayun. Namun nama Jabarayun itu memang biasa didengar oleh Tuanku Raja Asal sebagai salah seorang pengkhianat besar perjuangan Padri di Tanah Besar Sumatera.
Tanpa merujuk kepada Tuanku Raja Asal terlebih dahulu, Jabarayun dan 500 orang pengikutnya tiba-tiba menyerang kubu orang-orang Minangkabau, Siak, Riau dan Tambusai pimpinan Dato Kelana Sendeng. Akibatnya pasukan Dato Kelana Sendeng yang jauh lebih besar itu telah bertindak menyerang Jabarayun dan 500 orang pengikutnya serta kubu orang-orang Mandailing pimpinan Tuanku Raja Asal yang bilangan pejuangnya jauh lebih kecil.
Sudah pasti orang-orang Mandailing pimpinan Tuanku Raja Asal dan Jabarayun itu tumpas dan terpaksa berundur. Dato Kelana Sendeng juga bertindak menghalau orang-orang Mandailing itu keluar dari Sungai Ujung. Maka Tuanku Raja Asal terpaksa membawa orang-orang Mandailing berundur keluar beramai-ramai dari Sungai Ujung.
Pengunduran itu berpecah kepada 2 kumpulan;
a. Tuanku Raja Asal dan pasukan Dana Padri berundur ke Kampung Lipat Kajang di Kelang.
b. Jabaringking, Sutan Garang dan lain-lain pulang ke Pahang. Sesetengah daripada mereka singgah dan menetap di Ulu Kelawang, Kuala Kelawang, Simpang Pertang di sepanjang Sungai Teriang.
Manakala orang-orang Mandailing di Kampung Tamiang pimpinan Sutan Oloan, Jatianggar dan Sutan Porkas terus menetap di Rasah dan kemudiannya berasimilasi dengan penduduk-penduduk yang berbilang bangsa di sana.
Pada tahun 1849 Manja Khatib yang menolong Dato Kelana Sendeng menewaskan orang-orang Mandailing di Sungai Ujung itu telah dilantik sebagai Dato Bandar di Sungai Ujung. Lalu Manja Khatib pun menggelar dirinya Dato Bandar Tunggal. Namun pemerintahannya dikatakan sangat zalim dan banyak menindas penduduk-penduduk di Sungai Ujung.
Di Kelang, Tuanku Raja Asal dan orang-orangnya tinggal buat sementara waktu di Kampung Lipat Kajang. Di sana mereka bertemu kembali dengan Tuanku Raja Laut dan lain-lain anggota pasukan Laut Padri.
Pada masa itu terdapat ramai orang Mandailing yang bermastautin di Kelang di Kampung Rawa (sekarang ini Kampung Jawa), Kampung Sungai Jati, Kampung Bukit Kemuning, Kampung Bukit Naga dan Kampung Bukit Rimau. Di sini, mereka bertemu dengan seorang Mandailing yang bernama Baginda Kolang yang telah menetap di Kampung Rawa. Baginda Kolang kemudiannya menjadi tempat rujukan orang-orang Mandailing yang bermastautin di Kelang. Di Kelang pada masa itu terdapat beberapa penempatan orang-orang Bugis yang telah lama bertapak di Kampung Bukit Kuda, Kampung Bukit Kota dan Kampung Binjai.
Semasa berada di Kelang inilah Baginda Kolang telah memperkenalkan Tuanku Raja Asal kepada pengasas dan Waris Negeri Kuala Lumpur iaitu Sutan Naposo @ Sutan Puasa. Sutan Naposo pada masa itu telah menjadi seorang peniaga bijih timah yang sangat kaya di Kuala Lumpur.
Atas nasihat Sutan Naposo, Tuanku Raja Asal bercadang untuk membabitkan diri dalam perusahaan melombong bijih timah sebagai usaha untuk menghasilkan wang bagi mengisi dana pelaburan Padri yang akan membiayai segala kos perjuangan pasukan Gerila Padri di Tanah Besar Sumatera. Tambahan pula Sutan Naposo telah menyatakan kesanggupannya untuk menolong Tuanku Raja Asal di dalam penglibatannya dalam perniagaan dan perlombongan bijih timah.
TUANKU RAJA ASAL BERHIJRAH KE PAHANG
‘Tidak berapa lama Raja Asal di Klang, maka terjadi pula pertelingkahan antara anak-anak raja Selangor kerana masing-masing hendak menjadi Raja Muda Selangor dan berkuasa di Klang.’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Pada tahun 1850, berlaku perebutan takhta Raja Muda Selangor di antara 2 orang putera Sultan Muhammad Shah iaitu Raja Sulaiman dan Raja Usman serta adik baginda Sultan Muhammad Shah iaitu Raja Yusuf, Kelang menjadi huru hara. Setiap hari ada saja pergaduhan dan perkelahian yang berlaku khususnya di lombong-lombong bijih timah. Persaingan dalam perniagaan bijih timah juga bertambah sengit. – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Setelah ditunjukajar oleh Sutan Naposo di Kuala Lumpur, Tuanku Raja Asal merasakan masanya telah tiba untuk beliau memulakan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Maklumat dari Jabaringking dan Sutan Garang di Pahang telah menarik minat Tuanku Raja Asal untuk memulakan perusahaan bijih timah di sana.
Lantaran itu pada sekitar tahun 1850, Tuanku Raja Asal telah membawa pasukan Dana Padri berpindah ke Pahang dan tinggal bersama di Kampung Lipat Kajang dekat Kerdau.
Tindakan Tuanku Raja Asal untuk berpindah ke Pahang ini mendapat restu dari Tuanku Raja Laut sebagai ketua tertinggi pasukan Padri.Ini ialah kerana pembiayaan perjuangan pasukan Gerila Padri di Sumatera memerlukan sumber wang yang banyak dan tidak putus. Lantaran itu, Tuanku Raja Asal dan pengikut-pengikutnya pun berhijrah ke Chenor di Pahang.
LATARBELAKANG TUANKU RAJA ASAL
Masyarakat Mandailing di Tanah Melayu khususnya keluarga Raja Bilah @ Haji Abdul Razak di Papan, Pusing, Batu Gajah dan Chemor di Perak sering mendakwa Tuanku Raja Asal itu merupakan anak raja berketurunan daripada Sutan Diaru yang merupakan pengasas pertama Harajaon Mandailing Godang di Tanah Besar Sumatera.
Menurut keluarga Raja Bilah di Perak, Tuanku Raja Asal adalah dari marga Nasution. Oleh kerana marga Nasution itu merupakan pemerintah 7 buah kerajaan daerah di Mandailing Godang, sudah pasti kebanyakan masyarakat Mandailing menganggap Tuanku Raja Asal itu adalah berketurunan seorang raja besar di Tanah Mandailing. Jika benarlah Tuanku Raja Asal itu berketurunan seorang raja besar di Tanah Mandailing, maka persoalan seterusnya adalah sama ada Tuanku Raja Asal itu berasal dari raja yang mana satu; Raja Panusunan, Raja Ihutan, Raja Pamusuk atau pun Raja Si Oban Repe di Tanah Mandailing.

NAMA TUANKU RAJA ASAL TIDAK PERNAH WUJUD DI DALAM SALASILAH ATAU TAROMBO RAJA-RAJA PANUSUNAN MANDAILING
Mengikut salasilah atau Tarombo Raja-Raja Nasution Maga di Maga Lombang di mana keluarga Raja Bilah @ Haji Abdul Razak di Perak mendakwa merupakan tempat asal-usul Tuanku Raja Asal, nama Tuanku Raja Asal tidak pernah wujud di dalam Tarombo raja-raja Nasution di Maga.
Justeru itu jelaslah bahawa Tuanku Raja Asal bukanlah keturunan raja besar atau Raja Panusunan Maga yang berasal dari keturunan Sutan Mangasa Pintor I yang merupakan pemerintah tertinggi atau Raja Panusunan Maga. Perkara itu tercatat di dalam Salasilah Keturunan Raja-Raja Nasution Pomparan Ni Sutan Diaru yang telah disahkan oleh Sidang Raja-Raja Panusunan yang merupakan keturunan daripada kepala-kepala kuria di sana dan Pangkuan Adat Marga Nasution atau PAMAN di Mandailing Godang. Malahan di dalam salasilah raja-raja Pamusuk atau raja-raja kampung juga tidak terdapat nama Tuanku Raja Asal.
Sekiranya Tuanku Raja Asal berasal dari Maga tetapi bukan berasal daripada susur-galur Raja Panusunan Maga, maka beliau berkemungkinan besar berketurunan tidak lebih dari Anggi Ni Raja atau utusan diraja. Itupun jika benar beliau berketurunan Sutan Diaru.
Anggi Ni Raja atau utusan diraja mempunyai tanggungjawab besar untuk membantu raja dalam pelaksanaan tugas pemerintahan sebagai wakil diraja. Lantaran itu mereka sering diberi bidang kuasa yang besar seperti seorang raja untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut. Pada zaman itu Anggi Ni Raja adalah sangat dihormati dan dipatuhi oleh rakyat jelata seperti patuhnya orang-orang kebanyakan kepada seorang raja. Ini ialah kerana merekalah yang sering mewakili raja untuk berhubung dengan rakyat dan mewakili rakyat untuk berhubung dengan raja.
Maka tidak hairanlah ramai orang-orang Mandailing sehingga ke hari ini yang menganggap Tuanku Raja Asal itu sebagai seorang yang berketurunan raja besar di Tanah Mandailing sedangkan beliau hanyalah seorang kerabat Anggi Ni Raja.
MALANGNYA TUANKU RAJA ASAL BUKAN KETURUNAN SUTAN DIARU
Tetapi sayangnya salasilah Sutan Diaru juga tidak menunjukkan beliau berasal dari keturunan Sutan Diaru. Jika salasilah Sutan Diaru tidak menunjukkan Tuanku Raja Asal berasal dari keturunan Sutan Diaru, maka Tuanku Raja Asal hanyalah seorang yang berketurunan Nasution Songopan dan bukan dari keturunan Nasution Sutan Diaru. Nasution Songopan atau Nasution Sipulut ini adalah orang-orang yang bukan dari marga Nasution yang diangkat marga menjadi marga Nasution atas jasa ke atas raja-raja Mandailing yang bermarga Nasution.

Raja Panusunan Bulung
merupakan pengerusi kepada sidang raja-raja Panusunan (raja besar) yang jumlahnya adalah 9 orang yang memerintah 9 daerah besar di seluruh Tanah Mandailing
1 2 3 4 5 6 7 8 9
di bawah pemerintahan Raja Panusunan terdapat
Raja Ihutan merupakan 27 raja-raja yang menjadi ikutan atau yang mempunyai pengikutnya sendiri yang memerintah setiap mukim di mana
di dalam 1 daerah besar terdapat 3 Raja Ihutan
yang memerintah 3 mukim
9 daerah X 3 mukim = 27 mukim
di bawah pemerintahan Raja Ihutan terdapat
Raja Pamusuk merupakan raja-raja kampung yang memerintah sesebuah kampung walau besar mana pun kampung itu di mana jumlahnya tidak terhad
Jumlah yang tidak terhad
di bawah pemerintahan Raja Pamusuk terdapat
Raja SiOban Repe merupakan raja-raja yang berkuasa ke atas
setiap desa kecil di dalam sesebuah kampung
Jumlah yang tidak terhad
(Harajaon Nasution Mandailing Godang)
Raja Panusunan Bulung
merupakan pengerusi kepada sidang raja-raja Panusunan (raja besar) yang jumlahnya adalah 9 orang yang memerintah 9 daerah besar di seluruh Tanah Mandailing
1 2 3 4 5 6 7 8 9
di bawah pemerintahan Raja Panusunan terdapat
Raja Ihutan merupakan 27 raja-raja yang menjadi ikutan atau yang mempunyai pengikutnya sendiri yang memerintah setiap mukim di mana
di dalam 1 daerah besar terdapat 3 Raja Ihutan
yang memerintah 3 mukim
9 daerah X 3 mukim = 27 mukim
di bawah pemerintahan Raja Ihutan terdapat
Raja Pamusuk merupakan raja-raja kampung yang memerintah sesebuah kampung walau besar mana pun kampung itu di mana jumlahnya tidak terhad
Jumlah yang tidak terhad
di bawah pemerintahan Raja Pamusuk terdapat
Raja SiOban Repe merupakan raja-raja yang berkuasa ke atas
setiap desa kecil di dalam sesebuah kampung
Jumlah yang tidak terhad
Walaupun asal-usul kerajaan-kerajaan Nasution itu bermula di Panyabungan Tonga, namun kerajaan daerah Panyabungan Tonga tidak berjaya mengembangkan keturunannya ke daerah-daerah lain. Sebaliknya kerajaan daerah Huta Siantar berjaya berkembang dengan pesat sekali dan melepaskan diri dari Panyabungan Tonga dan berdiri sebagai sebuah daerah dan kerajaannya sendiri. Bahkan kerajaan Huta Siantar telah mengembangkan empayar dan wilayah kerajaan Nasution Mandailing Godang hingga ke Butung di Julu.
Diagram 4 – Salasilah Patuan Maga @ Abdullah Zawawi
(Raja Panusunan Harajaon Nasution Maga)
Sutan Mangasa Pintor I (pengasas Harajaon Nasution Maga)
Baginda Raja I (Raja Panusunan Maga)
Patuan Sayur Mulia (Raja Panusunan Maga)
Baginda Raja Mandailing
(Raja Panusunan Maga)
Patuan Maga @ Abdullah Zawawi
(Raja Panusunan Maga)
(Raja Panusunan Harajaon Nasution Maga)
Sutan Mangasa Pintor I (pengasas Harajaon Nasution Maga)
Baginda Raja I (Raja Panusunan Maga)
Patuan Sayur Mulia (Raja Panusunan Maga)
Baginda Raja Mandailing
(Raja Panusunan Maga)
Patuan Maga @ Abdullah Zawawi
(Raja Panusunan Maga)
Patuan Maga adalah keturunan ke 4 dari Sutan Mangasa Pintor I yang merupakan pengasas kerajaan Nasution Maga di Maga Lombang. Sutan Mangasa Pintor I pula sebenarnya berasal dari kerajaan Pidoli Dolok. Sutan Mangasa Pintor I kemudiannya membina Bagas Godang atau istananya di Maga Lombang.

Menurut beberapa kaum keluarga Tuanku Raja Asal di Tanah Mandailing, nenek-moyang Tuanku Raja Asal telah melakukan satu jasa besar kepada sebuah keluarga Nasution kerabat diraja Raja Panusunan Maga Sutan Mangasa Pintor I. Atas jasa yang telah dilakukan oleh mereka, nenek moyangnya telah dikahwinkan dengan salah seorang perempuan dari keluarga Nasution. Oleh kerana jumlah keluarga nenek-moyang Tuanku Raja Asal itu ramai, mereka diangkat marga mengikut adat-istiadat orang-orang Mandailing menjadi sebahagian daripada kumpulan keluarga besar Nasution yang yang dikenali sebagai Nasution Songopan atau Nasution Sipulut. Mereka kemudiannya menetap di Maga Dolok.
Jelas bahawa Tuanku Raja Asal dan keturunannya bukan berasal dari keturunan raja besar di Tanah Mandailing. Beliau hanyalah berketurunan Nasution Songopan yang telah berhijrah dan berpindah ke Maga Dolok yang terletak tidak jauh dari Maga Lombang di sempadan perbatasan antara Mandailing Godang dan Mandailing Julu di kaki Gunung Sorik Merapi.
Pernah pada ketika dahulu, kumpulan Nasution Songopan yang diketuai oleh nenek-moyang Tuanku Raja Asal telah berselisih faham dengan suku marga Rangkuti yang menyebabkan nenek-moyang Tuanku Raja Asal dan sukunya Nasution Songopan terpaksa melarikan diri ke Ulu Pohan untuk menyelamatkan diri masing-masing dan bersembunyi buat beberapa ketika.
Namun nenek-moyang Tuanku Raja Asal dan sukunya Nasution Songopan telah dipanggil balik ke Maga Lombang oleh Raja Panusunan Maga Sutan Mangasa Pintor I dan dibenarkan menetap semula di Maga Dolok.
KETURUNAN TUANKU RAJA ASAL SENDIRI KELIRU
Permasalahan dalam mencari asal-usul Tuanku Raja Asal ini sebenarnya adalah sesuatu yang tidak menghairankan. Ini ialah kerana salah seorang keturunan Tuanku Raja Asal sendiri yang bernama Abdur-Razzaq Lubis bin Ayub yang merupakan wakil dan pengkaji dari Sumatra Heritage Trust di Malaysia yang mendakwa dirinya sebagai seorang penulis bebas yang banyak membuat kajian tentang sejarah, kebudayaan dan latarbelakang orang-orang Mandailing telah menyatakan di dalam satu wawancara khas yang terpapar di dalam majalah Panji Masyarakat yang diterbitkan pada 21 Jul 1999 bahawa dirinya adalah;
‘... merupakan generasi ketujuh orang Batak di Malaysia...’
Ini bermakna salah seorang keturunan Tuanku Raja Asal yang bernama Abdur-Razzaq Lubis mengaku dirinya sebagai seorang yang berketurunan Batak. Jika dakwaan ini benar, maka tidak hairanlah mengapa salasilah Tuanku Raja Asal itu tidak dapat dikesan di dalam salasilah Raja-Raja Nasution.
Yang lebih melucukan ialah dalam wawancara yang sama, Abdur-Razzaq Lubis kemudiannya mengaku pula bahawa;
‘Bapak saya Mandailing, ibu Makassar, isteri Tionghua.’
Jadi siapakah dia ini dan siapakah Tuanku Raja Asal itu? Apakah mungkin Tuanku Raja Asal itu adalah Batak yang mengaku Mandailing atau dia adalah Batak Mandailing yang berketurunan hatoban? Maka tidak hairanlah jika keturunan-keturunan Tuanku Raja Asal itu sendiri teraba-raba dalam mencari salasilah Tuanku Raja Asal serta masih kabur dalam menentukan identiti masing-masing sama ada sebagai orang Mandailing atau Batak.
Yang lebih menghairankan lagi tidak sampai 2 minggu selepas itu, Abdur-Razzaq Lubis telah menulis dan menceritakan kisah penghijrahan orang-orang Mandailing ke Tanah Melayu pada kurun ke 19 di dalam kertas kerjanya untuk dipersembahkan di dalam majlis The Second International Malaysian Studies Conference di Universiti Malaya Kuala Lumpur pada 2 – 4 Ogos 1999.
Dalam majlis itu, Abdur-Razzaq Lubis telah memetik tulisan Abdullah Lubis yang merupakan seorang ilmuan Mandailing pada awal abad ke 20 yang menyatakan bahawa;
‘Yang sebenar-benar orang Mandailing itu tidak sekali-kali termasuk dalam bangsa Batak.’
Lalu diceritakan tentang bukti-bukti yang panjang lebar mengenai perbezaan Mandailing dan Batak.
Jika keturunan Tuanku Raja Asal boleh bertukar keturunan dan bangsa dalam tempoh tidak sampai 2 minggu, apakah identiti Tuanku Raja Asal dan keturunannya itu juga sering bertukar-tukar dalam sekelip mata? Andaikata keturunan Tuanku Raja Asal sendiri masih teraba-raba dalam mencari salasilah Tuanku Raja Asal serta masih kabur dalam menentukan identiti masing-masing sama ada sebagai seorang Mandailing atau Batak, maka tidak hairanlah jika kebanyakan keturunan pengikut-pengikut Tuanku Raja Asal yang berada di Perak khususnya di kawasan Papan, Batu Gajah, Pusing dan Chemor langsung tidak dapat melihat kebenaran di sebalik dakwaan anak-cucu Tuanku Raja Asal ini.
Mengikut adat Mandailing, adalah menjadi larangan besar atau sial 7 keturunan jika seorang luar yang bukan berketurunan Mandailing diangkat marga menjadi sebahagian salah satu marga di Mandailing tanpa sebarang upacara adat. Jika seseorang yang bukan berketurunan sesebuah marga tetapi mahu diangkat untuk menganggotai marga tersebut, maka seekor kerbau mestilah dipotong dan upacara mengangkat marga mestilah dilakukan oleh seorang raja Panusunan dan raja adat yang sah mengikut struktur masyarakat Mandailing.
Malahan mengikut adat-istiadat orang-orang Mandailing juga, adalah dilarang berkahwin sesama marga. Dengan kata lainnya, seorang lelaki yang bermarga Lubis dilarang berkahwin dengan seorang perempuan yang bermarga Lubis.
Perkara ini sebenarnya tidak aneh kerana J.M. Gullick 2000 sendiri menyatakan Abdur-Razzaq Lubis sebenarnya masih terkial-kial mengkaji latarbelakang Tuanku Raja Asal itu;
‘Dr. Abdurazzaq Lubis of Penang, a descendant of Raja Asal, is engaged in research with a view to publishing a family history.’ (17)
TUANKU RAJA ASAL MEMPUNYAI PENGIKUT YANG RAMAI & TULISAN NISAN 126 TAHUN BERTULIS ‘TUANKU RAJA ASAL’
Persoalan seterusnya yang timbul di kalangan masyarakat Mandailing di Tanah Melayu bagaimana Tuanku Raja Asal yang bukan berketurunan seorang raja besar di Tanah Mandailing memiliki pengikut-pengikut yang begitu ramai serta kekayaan yang begitu banyak. Pada zaman dahulu hanya seorang anak raja yang keturunan raja besar sahaja yang mempunyai pengikut-pengikut yang ramai.
Namun kekeliruan itu terjawab apabila batu nisan asal makam Tuanku Raja Asal yang terletak di Changkat Piatu yang berusia 126 tahun dan masih berdiri teguh itu tertera di atasnya ‘Tuanku Raja Asal’. Gelaran Tuanku itu disalahanggap oleh kebanyakan orang-orang Mandailing di Tanah Melayu sebagai raja yang memerintah sedangkan gelaran Tuanku itu adalah gelaran panglima perang Jihad Padri di Tanah Besar Sumatera dan bukannya gelaran diraja seperti di Tanah Melayu.
Di Tanah Mandailing tidak ada raja atau anak raja yang memakai gelaran Tuanku. Yang ada memakai gelaran Tuanku hanyalah angkatan perang Jihad Padri di Tanah Besar Sumatera. Di kalangan angkatan Padri, seorang panglima perang Padri akan diberikan gelaran Tuanku.
Maka ternyatalah Tuanku Raja Asal sebenarnya merupakan salah seorang Tuanku Padri yang mempunyai pasukan perangnya sendiri. Hanya angkatan Padri sahaja yang menggunakan gelaran Tuanku di Tanah Besar Sumatera. Sedangkan gelaran raja di Tanah Mandailing itu adalah Baginda, Patuan, Sutan atau Mangaraja. Tidak ada gelaran Tuanku untuk seorang raja di Tanah Mandailing.
Seperti juga Tuanku Raja Laut, apabila angkatan Padri yang diketuai oleh Tuanku Rao dilanyak teruk oleh tentera Belanda di Air Bangis pada 29 Jan 1833, Tuanku Raja Asal bersama dengan saki-baki pasukan tersebut melarikan diri dan menyertai pasukan-pasukan baru pimpinan Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Tambusai. Pada masa inilah Tuanku Raja Asal menyertai pasukan Tuanku Tambusai di Dalu-dalu.
PEMBABITAN TUANKU RAJA ASAL DALAM PERANG PAHANG Tuanku Raja Asal telah disambut oleh Jabaringking dan beberapa pengikut-pengikut saki-baki pejuang Padri di Kampung Lipat Kajang di Kerdau. Jabaringking dan sekumpulan bekas anggota Jihad Padri telah lama menetap di Kampung Lipat Kajang, Kerdau. Seperti juga Kampung Lipat Kajang di Kelang, Kampung Lipat Kajang dekat Kerdau turut mempunyai bumbung-bumbung rumah yang diperbuat daripada daun nipah yang boleh dilipat seperti tikar kajang. Malahan, kapal-kapal kecil yang digunakan oleh penduduk-penduduk Kampung Lipat Kajang ketika itu turut menggunakan bumbung yang boleh dilipat. Kampung Lipat Kajang yang terletak dekat Kerdau ini juga mempunyai sawah-sawah padi yang menjadi tempat untuk bekas pejuang Padri bercucuk-tanam.
Tidak lama selepas itu, Tuanku Raja melabur wang dana Jihad Padri di dalam aktiviti-aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah dan membeli beberapa buah lombong bijih timah di Mayam, Bukit Lada dan Luit dari pembesar-pembesar Pahang dan orang-orang Siam di Chenor. Kebanyakan pekerja lombong di Mayam, Bukit Lada dan Luit pada masa itu adalah orang-orang Siam yang bekerja di bawah mandur-mandur orang-orang Mandailing. Akibatnya, lombong-lombong itu dipanggil sebagai lombong-lombong Siam oleh orang-orang tempatan.
Atas sebab itulah Tuanku Raja Asal telah membawa pasukan Dana Padri berpindah semula ke Chenor, Pahang. Kebanyakannya orang-orang Mandailing melombong di Mayam berkampung di Kampung Tasek dan Kampung Kandis di Chenor serta Kampung Kuala Teriang dan Kampung Kuala Bera di Bera. Mereka yang melombong di Bukit Lada pula tinggal di Kampung Raja dan Kampung Kertau (Tanjung Kertau) di Chenor. Manakala orang-orang Mandailing yang berlombong di Luit pula kebanyakannya berkampung di Kampung Tamiang dan Kampung Lubok Paku. Manakala Sutan Garang dan pengikut-pengikutnya melombong di Raub pula kebanyakannya bermastautin di Gali.
‘Sewaktu Raja Asal berada di Pahang dan menjadi ketua masyarakat orang-orang Mandailing yang ramai mendiami di Chenor, Kuantan dan Pekan, ...’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Lantas itu mereka terpaksa berulang-alik dari jeti di Pangkalan Balai dan Kampung Raja di Chenor ke Pekan dan sesekali ke Raub untuk berdagang bijih timah. Bijih timah yang dijual di Pekan kebanyakannya dibeli oleh saudagar-saudagar Cina dari Singapura. Sesetengah daripada bijih timah ini turut dihantar dan dijual ke Kelang dan Melaka menerusi Baginda Kolang yang dilantik oleh Tuanku Raja Asal sebagai wakil orang-orang Mandailing dan wakil jualan bijih timah untuk pasukan Dana Padri di Kelang.
Hasil dari keuntungan perniagaan bijih timah ini dikumpulkan dan disalurkan kepada dana pelaburan Padri yang kemudiannya digunakan untuk membiayai perjuangan Gerila Padri dalam mengusir penjajah Belanda yang menyebarkan agama Kristian di tanah leluhur Mandailing di Sumatera.
Penghantaran bekalan wang ini dilakukan oleh utusan Tuanku Raja Laut yang bernama Jalumat yang dikatakan merupakan seorang pahlawan sakti Mandailing. Dari Chenor, Jalumat akan pergi ke Kampung Lipat Kajang di Kelang untuk menyerahkan wang tersebut kepada Tuanku Raja Laut. Di Kelang, Tuanku Raja Laut akan menggunakan wang tersebut untuk membeli makanan, ubat-ubatan, senajata api, ubat bedil dan sebagainya. Dari Kelang, mereka akan bertolak ke Padang Lawas untuk bertemu dengan pemimpin Gerila Padri di Tanah Besar Sumatera iaitu Tuanku Jamin Harahap.
Tidak lama selepas itu, Tuanku Raja Asal telah menjemput Sutan Naposo untuk datang ke Pahang dan membantunya untuk merancakkan lagi perniagaan dan perlombongan bijih timah di Pahang. Seperti mana yang sering dilakukan oleh orang-orang Mandailing, Sutan Naposo yang merupakan seorang peniaga dan pelombong bijih timah yang kaya di Kuala Lumpur datang ke Pahang untuk membantu rakan sebangsanya Tuanku Raja Asal dalam perusahaan bijih timah sehingga Tuanku Raja Asal benar-benar mahir dan berjaya di dalam perusahaan tersebut.
Dasar pemerintahan Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali yang mengenakan cukai yang rendah ke atas barang-barang jualan sama ada yang diimpot mahupun yang diekspot menyebabkan harga barangan menjadi murah. Ini sekaligus menggalakkan aktiviti perdagangan di negeri Pahang. Ia juga menyebabkan hasil-hasil bijih timah yang digali dapat dijual dengan harga yang berpatutan dan mendatangkan keuntungan yang lebih besar.
Perniagaan dan perlombongan bijih timah yang dilakukan oleh Tuanku Raja Asal menjadi begitu maju dan hasilnya begitu lumayan. Tuanku Raja Asal menjadi seorang yang sangat kaya dan pada masa yang sama Dana Padri pula sentiasa cukup dengan bekalan wang. TUANKU RAJA ASAL BERKAHWIN DENGAN WAN PUTEH Adapun anakanda paduka ratu
Sebelas orang jumlah yang tentu
Laki-laki perempuan sekaliannya itu
Tua dan muda sama sekutu
Putera laki-laki yang tuanya
Ialah memangku paduka ayahandanya
Perintah negeri terserah kepadanya
Bendahara Tun Tahir konon namanya
- Syair Tanah Melayu, Halaman 18 Rangkap 22 dan 23.
Dalam urusan perniagaan hasil bijih timah di Pekan, Tuanku Raja Asal yang kaya-raya lagi berpengaruh kuat itu telah berkenalan dengan ramai keluarga dan kerabat pembesar Pahang. Antaranya ialah anak kepada Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali iaitu Wan Mutahir. Tuanku Raja Asal kemudiannya telah jatuh cinta dengan adik kepada Wan Mutahir iaitu Wan Puteh @ Wan Teh @ Cik Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali dan mereka kemudiannya mendirikan rumahtangga pada tahun 1857 dalam satu majlis keramaian yang meriah di Istana Ganchong.
‘Ali, whose death occurred in 1857 left many children; Wan Sulong, Wan Mutahir, Wan Ismail, Wan Teh, Wan Ahmad, Wan Timah, Wan Sunit, Wan Esah, Wan Andak, Wan and Wan Mansur.’ (65) - Linehan 1973.
Dengan kata lain, Tuanku Raja Asal telah bernikah dengan puteri kepada Bendahara Sri Wak Raja Pahang. Perkara ini juga ada dinyatakan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 2 Mac 1980 yang berbunyi;
‘Di Pahang Raja Asal berkenalan pula dengan Bendahara Wan (Tun) Mutahir yang pada masa itu baru dilantik menjadi Bendahara Negeri Pahang menggantikan Bendahara Tun Ali yang mangkat dalam tahun 1857. Dari perkenalan itulah Raja Asal telah berkahwin dengan salah seorang dari saudara Bendahara Wan Mutahir yang bernama Wan Putih.’
‘Raja Asal sebenarnya telah berkahwin dengan salah seorang adik Bendahara Tun Mutahir yang bernama Wan Putih atau disebut juga Cik Putih. Perkahwinan ini tidak beroleh anak.’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Wan Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali pada masa itu merupakan seorang gadis belasan tahun yang sangat cantik lagi rupawan. Kecantikan beliau itu turut digambarkan 16 tahun kemudiannya oleh Haji Abdullah Hukum pada tahun 1873 sebagai; ‘sementelah pula ia cantik putih bagi namanya isteri bagi Raja Asal telah berseru di hadapan orangramai dengan suara yang merdu bunyinya ...rambutnya terurai sampai ke betis bertanjak telepok benang emas dan nampaknya pun telah menjadi hebat umpama emas permata intan.’ (III:2) – Adnan Haji Nawang.
Namun perkahwinan ini sebenarnya bermotifkan politik dan muslihat perdagangan yang tersirat. Ini ialah kerana Tuanku Raja Asal pada masa itu ingin meluaskan empayar perniagaan bijih timahnya di Pahang manakala Tun Mutahir pula pada masa itu sedang bersaing dengan adik tirinya Wan Ahmad dalam merebut takhta pemerintahan Pahang dan memerlukan sokongan ketenteraan.
‘Oleh kerana Raja Asal telah berkahwin dengan salah seorang saudara rapat dengan Bendahara Tun Mutahir, maka secara tidak langsungnya beliau telah menyebelahi di pihak Bendahara Tun Mutahir.’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
‘He later travelled to Pahang where he married Wan Puteh, ... a marriage which later lead to his involvement in the fight for the Pahang throne.’ – The Sunday Star, 6 Feb 1983. Perkahwinan ini sekaligus membuktikan bahawa Tuanku Raja Asal pada masa itu mempunyai pengikut yang sangat ramai di Pahang yang terdiri daripada orang-orang Mandailing dan bekas-bekas anggota Jihad Padri, empayar perniagaan bijih timah yang sangat luas, harta kekayaan yang banyak lagi lumayan serta pengaruh yang sangat kuat kerana tidak mungkin seorang luar atau seorang yang bukan anak tempatan pada masa itu dapat berkahwin dengan seorang puteri Bendahara Sri Wak Raja yang dianggap setaraf dengan sultan di negeri-negeri yang lain.
Ini sekaligus membuktikan bahawa pembabitan Tuanku Raja Asal di dalam Perang Pahang bukannya sebagai seorang ketua tentera upahan kerana seorang ketua tentera upahan yang dianggap sebagai ‘berdarah kotor’ tidak mungkin akan dibenarkan untuk berkahwin dengan seorang puteri Bendahara Sri Wak Raja yang dianggap setaraf dengan sultan di negeri-negeri yang lain.
Disebabkan perkahwinan inilah, Tuanku Raja Asal yang begitu berjaya di dalam tugasnya di Pahang telah diheret untuk membabitkan diri di dalam kancah Perang Saudara Pahang 1857–1863 di antara Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir dan Wan Ahmad.
IMAN MENFITNAH TUANKU RAJA ASAL DAN MANDAILING
Secara amnya, Mandailing mempunyai satu imej yang amat buruk di mata orang-orang Melayu. Ini ialah kerana orang-orang Melayu menganggap kebanyakan orang-orang Mandailing itu adalah tentera upahan atau ‘soldier of fortune’. Yang lebih memburukkan keadaan apabila sebuah persatuan yang kononnya mewakili orang-orang Mandailing tetapi pada masa yang sama mendakwa nenek-moyangnya adalah orang-orang Batak mengaku akan tuduhan ini tanpa melakukan sebarang kajian secara terperinci tentang penglibatan orang-orang Mandailing di dalam politik Tanah Melayu.
Ini terbukti apabila IMAN atau Ikatan Kebajikan Mandailing Malaysia (IMAN) mengesahkan kesahihan tuduhan tersebut di dalam buku terbitan IMAN yang bertajuk ‘Majlis Pengkisahan Sejarah Masyarakat Mandailing di Malaysia’ yang dilancarkan pada 13 Mei 2000 di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Jalan Dato Onn Kuala Lumpur telah menyatakan bahawa;
‘Walaupun masih ada yang bergerak sebagai tentera upahan khususnya dalam peperangan di Pahang.’ (19) dan ‘... sebagai tentera upahan (dalam Perang Pahang)...’ (20)
Tentera upahan itu adalah orang-orang yang cukup terlatih dengan segala ilmu dan kemahiran dalam aspek peperangan termasuklah sikap mereka yang profesional yang tidak akan melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan seperti melombong dan berdagang bijih timah atau melibatkan diri dalam mana-mana hubungan peribadi seperti cinta. Tentera upahan akan pulang ke tempat asal mereka selepas menjalankan dan menyempurnakan sesuatu tugas yang telah diberikan.
Tentera upahan di Tanah Melayu mempunyai pengertian yang lebih mendalam dan lebih meluas. Pengertian tentera upahan itu adalah;
a. Orang-orang yang tidak mempunyai pendirian di dalam hidup yang sanggup berbuat apa sahaja termasuklah merompak, menyamun, membunuh, merogol, memperkosa, membakar dan memusnahkan rumah-rumah mangsa atas nama wang yang diupah.
b. Orang-orang yang tidak beriman dan tidak mempunyai latarbelakang agama yang kukuh yang sanggup melakukan perbuatan-perbuatan keji seperti yang telah disebut di atas.
c. Orang-orang yang mengkhianati perjuangan bangsanya dalam menentang sebarang bentuk penjajahan.
Begitulah keji dan kotornya definisi tentera upahan di Tanah Melayu secara tersurat dan tersirat. Patutlah tentera upahan itu dianggap sebagai ‘berdarah kotor’.
Di kacamata dan pandangan orang-orang Melayu khususnya pembesar-pembesar dan raja-raja Melayu pada zaman dahulu, tentera upahan dianggap sebagai pembunuh, perompak, penyamun dan segala yang buruk-buruk belaka. Sudah pasti tentera upahan itu tidak disukai dan tidak disambut baik oleh mana-mana pembesar-pembesar dan raja-raja Melayu pada masa itu.
Jika benar Tuanku Raja Asal dan pengikut-pengikutnya yang berbangsa Mandailing itu adalah tentera upahan, nescaya beliau tidak mungkin akan bercinta atau dinikahkan dengan Wan Puteh yang merupakan seorang puteri kepada Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali yang pada masa itu setaraf dengan sultan. Malahan pada masa itu belum ada pembesar-pembesar Pahang yang berpengaruh yang dikahwinkan dengan mana-mana puteri Bendahara Sri Wak Raja.
Tidak masuk akal jika seorang ketua tentera upahan yang merompak, menyamun, membunuh, memperkosa, merogol, membakar dan memusnahkan rumah-rumah mangsa atas nama wang yang diupah serta mengkhianati perjuangan bangsanya dinikahkan dan dikahwinkan dengan baik dan meriah sekali oleh keluarga diraja Pahang.
Jika dakwaan IMAN itu dibenarkan, maka IMAN telah mencemar duli dan daulat keluarga diraja Pahang yang berketurunan daripada Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali. Ternyata dakwaan IMAN itu tidak lebih dari sebuah fitnah kotor yang cuba mencemar nama keluarga diraja Pahang dan maruah orang-orang Mandailing. Lantaran itu jelas sekali Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing yang menjadi pengikutnya bukan tentera upahan.
Tambahan pula perkahwinan Tuanku Raja Asal dan Wan Puteh itu dilangsungkan sebelum berlakunya Perang Pahang. Lantaran itu jelas bahawa Tuanku Raja Asal berkahwin dengan Wan Puteh bukan disebabkan oleh bantuannya terhadap Bendahara Tun Mutahir bin Tun Ali yang merupakan abang kepada Wan Puteh. Sebaliknya ianya dilangsungkan atas dasar pengaruh dan kekuatan Tuanku Raja Asal di Pahang yang semakin terkenal.
Ini sama sekali berbeza dengan anak-anak raja Bugis yang dikahwinkan dengan puteri-puteri raja Melayu setelah mereka membantu orang-orang Melayu di dalam peperangan. Sebagai contohnya pada tahun 1722, Daeng Parani dikahwinkan dengan Tengku Erang (Tengku Tengah) binti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang merupakan puteri kepada Sultan Johor-Riau yang bergelar Yang Dipertuan Besar. Manakala adiknya Daeng Chelak dikahwinkan dengan Tengku Mandak binti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ini berlaku setelah anak-anak raja Bugis Bone 5 Bersaudara dan pengikut-pengikut mereka yang terdiri daripada orang-orang Bugis membantu kerajaan Johor-Riau menumpaskan angkatan perang Minangkabau, Siak dan Linggi yang dipimpin oleh Raja Kechil dan Penghulu Linggi dalam pertempuran di Riau dan di Linggi. Mereka juga kemudiannya mendapat upah habuan gelaran Yam Tuan Muda dan wilayah kekuasaan masing-masing di dalam kerajaan Johor-Riau. (9) – Buyong Adil 1981.
Malahan dakwaan IMAN juga sangat bertentangan dengan apa yang disebutkan di dalam buku tulisan Donald Tugby bahawa orang-orang Mandailing yang didakwa oleh IMAN sebagai tentera upahan yang keji itu adalah orang-orang yang mempunyai latarbelakang agama yang sangat baik, alim dan patuh kepada ajaran Islam serta menjadi imam-imam di masjid di kebanyakan kampung-kampung yang didiami oleh orang Mandailing.
‘The Mandailings built the reputation in Malaya of being a religious group.’ (93) – Tugby.
‘This religious interest is reflected in the high proportion (79 percent) of villages with a Mandailing component of more than 5 percent of the total number of household that have a Mandailing imam. Other Sumatran groups supply the imam in 14 percent of these villages.’ (93) – Tugby.
Justeru itu, apakah imam-imam masjid yang dinyatakan oleh Donald Tugby itu adalah tentera upahan yang didakwa oleh IMAN? Ternyata itu fitnah kotor.
TUANKU RAJA ASAL SEMAKIN BERPENGARUH
Setelah Tuanku Raja Asal menjadi menantu kesayangan kepada Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali, nama beliau begitu terserlah di kalangan pembesar-pembesar Melayu Pahang. Pada masa inilah Tuanku Raja Asal telah berkenalan dan bersahabat baik dengan seorang panglima perang pasukan Tun Mutahir iaitu Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid dari Kertau (Kertau Lama di Tanjung Kertau). Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid adalah seorang pahlawan yang berasal dari Bengkulu di Tanah Besar Sumatera.
Tuanku Raja Asal kini banyak berdampingan dengan golongan bangsawan Pahang. Beliau juga sangat rapat dengan orang-orang Rawa yang berasal dari Kampung Rao di Tanah Besar Sumatera yang bermastautin di Pahang khususnya di kawasan Raub.
Perkahwinan Tuanku Raja Asal dengan Wan Puteh sekaligus membolehkan Tuanku Raja Asal menguasai kawasan perlombongan yang lebih besar di Pekan dan memainkan peranan untuk menambah dana pelaburan Padri. Tambahan pula kedudukan beliau sebagai Tuanku Padri yang menguruskan dana kewangan Jihad Padri membolehkan beliau mendapat sokongan padu dan sepenuhnya dari orang-orang Mandailing yang berhijrah dan bermastautin di Pahang.
Adapun Pahang zaman yang bahari
Emas dan Perak mudah dicari
Banyaklah senang isi negeri
Apatah lagi raja dan menteri
- Syair Tanah Melayu, Halaman 22 Rangkap 246.
Apabila Wan Mutahir menggantikan bapanya sebagai pemerintah Pahang dengan gelaran Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir. Tuanku Raja Asal yang sememangnya karib dengan Tun Mutahir telah menjadi orang kanan Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir. Tuanku Raja Asal pada masa itu telah berjaya menguasai sebahagian besar kawasan melombong dan kawasan perdagangan bijih timah di Pekan dan Chenor.
KEDATANGAN PUTERA RAJA SRI BILAH ‘Tengku Ali, ayah Tok Gajah adalah pewaris takhta Bilah Pane di Sumatera.’ (13) – Zailiani Taslim.
Pada tahun 1842 yang lalu, penjajah Belanda telah mengerahkan menyerang dan memusnahkan Harajaon Nasution Sri Bilah. Beberapa anak raja Mandailing yang merupakan kaum kerabat dari Harajaon Nasution Sri Bilah yang diketuai oleh abang sulung iaitu Tengku Ali dan adiknya serta 30 pengikut mereka termasuklah seorang ulamak diraja Sri Bilah yang bernama Malim Yunus berhijrah ke Tanah Melayu untuk selama-lamanya.
Setibanya di Bidor, Perak, Tengku Alimenukar nama menjadi Shahrum agar tidak dikesan musuh. Shahrumkemudiannya berhijrah bersama-sama dengan 15 pengikutnya termasuk Malim Yunus ke Raub, Pahang melalui Kuala Kubu. Manakala adiknyaberkahwin dan menetap di Bidor. Dia kemudiannya memperolehi beberapa orang anak.
Di Raub, Shahrum atau lebih dikenali sebagai Tok Shahrum telahberkahwin dengan Siti Hajardari Temau dan menetap di Temau. Di sana beliau memperolehi 5 orang anak iaitu, Radin Emas, Maimunah, Abdul Salam, Mat Amindan Mat Arif.
Anaknya yang ketiga iaitu Abdul Salam inilah kemudiannya menjadi seorang pahlawan yang sangat terkenal di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Imam Khatib Rasu @ Tok Gajah. Manakala Malim Yunus, seorang ulamak Mandailing yang sangat tinggi keramahnya itu meneruskan pengembaraan beliau sehingga bertemu dengan sebuah pulau yang tidak didiami orang. Beliau kemudian membuka kampung yang dinamakan Kampung Pulau Tawar di Pahang.
Perkara ini ada dinyatakan sebagai;
‘Pulau Tawar dibuka oleh ulama Sumatera bernama Malim Yunus. Pengasasnya sudah pun meninggal dunia lama dulu dan dimakamkan di Kampung Masjid.’ (98) – Zailiani Taslim.
KERIS TOK BIDAN PUNCA PERANG PAHANG Kata orang empunya peri
Setelah mangkat marhumnya Ali
Itulah mula gaduh negeri
Adik-beradik sesama sendiri
- Syair Tanah Melayu, Halaman 18 Rangkap 205.
Apabila Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali mangkat, anak-anak lelaki baginda iaitu Wan Mutahir yang sulung dan Wan Ahmad yang merupakan anak lelakinya dari ibu yang lain bergaduh merebut takhta diraja pemerintah Pahang. Sedangkan sebelum itu pada 25 Mei 1856 dan 15 Okt 1856, Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali telah mewasiatkan bahawa jika baginda meninggal dunia, maka Tun Mutahir akan menjadi pemerintah negeri Pahang tetapi hasil dari daerah Kuantan dan Endau hendaklah diserahkan kepada Wan Ahmad.
Walaupun Tun Mutahir telah dilantik secara rasmi sebagai pemerintah Pahang, namun keris kebesaran negeri Pahang yang bernama Tok Bidan masih tidak diserahkan kepada Tun Mutahir. Ini ialah kerana Keris Tok Bidan itu berada di tangan salah seorang isteri muda Tun Ali yang bernama Che’ Seni.
Kononnya Tun Ali telah memberi amanat kepada Che’ Seni bahawa jika baginda mangkat, maka keris itu hendaklah diserahkan kepada anak kesayangan baginda iaitu Wan Ahmad. Diperkatakan orang Keris Tok Bidan itu mempunyai kelebihan yang luar biasa. Kononnya barangsiapa yang memegang dan menyimpan keris itu akan menjadi pemerintah Pahang.
Setelah Tun Ali mangkat, Wan Ahmad dan juga Bahaman bin Nuh yang merupakan anak angkat Tun Ali dan dijadikan sebagai kembar Wan Ahmad telah dibela dan dijaga oleh Tun Mutahir. Kedua-duanya tinggal bersama-sama dengan 6 adik-beradik seibu Wan Ahmad yang lain iaitu iaitu Wan Mansur, Wan Sunit dan Wan Timah di Kampung Marhum. Bahaman dijadikan sebagai kembar Wan Ahmad kerana mereka dilahirkan pada hari yang sama. Bapanya Nuh adalah berasal dari Aceh. Apabila Bahaman berumur 14 tahun, dia diberikan tugas oleh Tun Mutahir sebagai pembela anjing-anjing buruan diraja. Bahaman inilah kemudiannya dikenali sebagai Dato Bahaman pahlawan Pahang.
Manakala adik-adik seibu Tun Mutahir pula iaitu kakaknya Wan Long, adik-adiknya iaitu Wan Ismail (Engku Panglima Besar Tun Buang) dan Wan Puteh tinggal di Pekan Seberang.

Diagram 7 – Salasilah Wan Puteh bin Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali
Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali
* Tengku Puan Besar * Che’ Long * Che’ Seni
binti (Lingga)
Sultan Abdul Rahman
tiada anak
Wan Ahmad Wan Sonit x x
Wan Mansur Wan Timah x
Wan Wan Wan Wan
Long Mutahir Ismail Puteh
* ... (Tun Buang) * Tuanku
Raja Asal
(tiada anak)
Wan Koris Wan Enda Wan Mohamad
(Wan Tanjung) (Wan Da)
*
Che Wan Abdullah Wan Chik
Engku Besar *
binti Temenggung
Temenggung Abu Bakar
Ibrahim bin
Temenggung
Ibrahim
Wan Abdul Rahman
(Wan Aman)

Apabila Wan Ahmad telah dewasa, dia kerapkali mengunjungi ibu tirinya Che’ Seni untuk mendapatkan Keris Tok Bidan yang kononya telah diwasiatkan kepadanya itu. Kunjungan kerap Wan Ahmad ke rumah Che’ Seni itu telah menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat tempatan yang mengadu kepada pemangku pemerintah Pahang atau Bendahara Muda Pahang pada masa itu yang merupakan anak sulung Tun Mutahir iaitu Wan Koris yang pada masa itu lebih dikenali sebagai Wan Tanjung.
Tambahan pula Che’ Seni itu adalah perempuan yang masih muda dan sangat cantik. Ini telah menimbulkan kemarahan Wan Tanjung. Pada masa yang sama Wan Ahmad akhirnya berjaya mendapatkan Keris Tok Bidan daripada ibu tirinya yang bernama Che’ Seni itu.
Maka berbincanglah Wan Tanjung dan pembesar-pembesar Pahang pada masa itu iaitu Sayid Ahmad dan adiknya Wan Mansur. Mereka membuat kesimpulan bahawa Wan Ahmad telah jatuh hati kepada Che’ Seni dan mereka telah melakukan onar. Lalu mereka mengadu kepada bapanya yang juga pemerintah Pahang Tun Mutahir. Tun Mutahir yang murka itu mengarahkan juak-juak baginda untuk menangkap kedua-duanya untuk dihukum mengikut adat Melayu Pahang. Pada masa itu Bahaman yang gagah perkasa itu telah dilantik oleh Tun Mutahir sebagai Panglima Tunggal Kakap Bahaman. Mujurlah Panglima Tunggal Kakap Bahaman segera pergi menyelamatkan dan membawa lari Wan Ahmad ke Singapura.
Che’ Seni telah ditangkap dan dihukum bunuh atas tuduhan bermukah di khalayak ramai di Pekan. Tetapi sebelum dia dihukum bunuh, Che’ Seni telah bersumpah,
‘Walaupun aku tidak melahirkannya (Tun Mutahir), tetapi aku tetap ibunya. Binasalah negeri Pahang di bawah Tun Mutahir dan anaknya Wan Tanjung (Wan Koris) serta zuriat mereka. Pada suatu masa kelak akan ada orang yang menerangkan bahawa aku ini tidak bersalah.’
Lalu Che’ Seni disula sampai mati. Kematian yang dahsyat itu menggemparkan seluruh negeri Pahang. Manakala di istana Pahang pula kekecohan telah berlaku apabila Tun Mutahir mendapat tahu bahawa Panglima Tunggal Kakap Bahaman telah menghilangkan diri bersama dengan Wan Ahmad.
Wan Tanjung kemudiannya menjatuhkan hukuman sula sampai mati ke atas Panglima Tunggal Kakap Bahaman dan Wan Ahmad. Rakyat jelata menjadi takut dengan kekejaman anak-anak Wan Mutahir yang diketuai oleh Wan Koris yang lebih dikenali sebagai Wan Tanjung itu. Masyarakat tempatan di Pekan pula telah berpecah dua kerana ada sebahagian daripada rakyat di Pekan yang tidak bersetuju dengan hukuman kejam itu.
Tun Mutahir yang murka itu mengarahkan juak-juak baginda untuk memburu dan menangkap kedua-duanya untuk dihukum mengikut adat Melayu Pahang. Namun usaha itu tidak berhasil. Lalu Tun Mutahir pun melucutkan gelaran Panglima Tunggal Kakap daripada Bahaman dan mengistiharkan kedua-duanya sebagai penderhaka.
Pada bulan Jun 1857, Bahaman telah berbincang dengan Wan Ahmad dan menasihatkan beliau untuk bangkit dan menebus kembali maruah mereka yang telah tercemar. Wan Ahmad bersetuju. Lalu mereka pun mengadap dan mengadu kepada anak-anak Tengku Alam iaitu Raja Husin dan Raja Jaafar di Kampung Gelam di Singapura. Raja Husin dan Raja Jaafar di Kampung Gelam itu bersetuju dan berjanji untuk membantu Wan Ahmad. Wan Ahmad juga disokong oleh Sultan Umar bin Sultan Mansur dari Terengganu.
Pada bulan Jul 1857, Wan Ahmad yang tinggal di Pulau Tekong dekat Singapura telah mengumpulkan 250 orang pahlawan Bugis dari Singapura yang diketuai oleh 5 orang panglima perang Bugis iaitu Imam Perang Raja Gendut, adiknya Che’ Hasan Mahkota, Imam Perang Mahkota Haji Abdul Halim, Tuan Hitam Sheikh Mukhsin, Tuan Mandak Sayid Ali Al-Jafri serta adiknya Tuan Embong. Manakala yang menjadi Panglima Perang Besar ialah Bahaman sendiri dan dibantu oleh Imam Perang Raja Gendut. Mereka bergerak ke Kemaman dengan 25 buah perahu. Di sana mereka akan bergabung dengan angkatan perang Terengganu yang menyokong Wan Ahmad.
Di Pekan pula, pawang-pawang diraja telah melapurkan kepada Tun Mutahir dan Wan Tanjung bahawa Wan Ahmad sedang membawa satu angkatan perang yang besar dari selatan dan kini mereka telah menghampiri Kuala Pahang.
Lantas Wan Tanjung mempersiapkan angkatan perang Pahang di Pekan. Mereka diketuai oleh panglima tertinggi Engku Panglima Besar Wan Ismail bin Tun Ali, Imam Perang Pahang Muhammad Akil, Panglima Mansur, Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid, Khatib Baharin dan Tok Tunggal Bukit Segumpal. Lalu diarahkan angkatan perang itu bergerak menuju ke Kuala Pahang yang akan menjadi tempat pertama kemasukan tentera Wan Ahmad itu.
Pada Okt 1857, Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir menerima sepucuk surat daripada Sultan Umar yang mengutuk tindakan Wan Ahmad yang cuba menyerang Tun Mutahir. Tetapi Tun Mutahir tidak mengendahkan isi kandungan surat itu kerana baginda tahu bahawa Sultan Umar sebenarnya menyokong pihak Wan Ahmad dan surat itu hanya merupakan sebuah perangkap musuh yang mahu melalaikannya.
Tidak lama kemudian pada bulan Nov 1857 di Teluk Belanga, Wan Koris atau Wan Tanjung anak sulung Tun Mutahir telah dikahwinkan dengan puteri Che’ Engku Besar binti Temenggung Ibrahim yang merupakan kakak kepada Wan Abu Bakar dari Johor. Maka bertambah akrablah hubungan kerajaan Bugis Johor dan kerajaan Melayu Pahang.
Temenggung Ibrahim dari Johor telah menyuarakan sokongannya terhadap Tun Mutahir. Pada masa itu Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir bersemayam di Ganchong. Beliau lebih dikenali sebagai Bendahara Ganchong.
da bulan Nov 1857 di sebalik surat kutukan ke atas Wan Ahmad oleh Sultan Umar sebulan yang lalu, angkatan perang Wan Ahmad yang dibantu oleh Sultan Terengganu Sultan Umar telah berangkat dari Kemaman menuju ke Pahang. Mereka diketuai oleh panglima-panglima perang yang utama seperti Panglima Perang Besar Bahaman, Imam Perang Gendut, adiknya Che’ Hasan Mahkota, Imam Perang Mahkota Haji Abdul Halim, Tuan Hitam Sheikh Mukhsin dan Tuan Mandak Sayid Ali Al-Jafri, adiknya Tuan Embong dan ipar Wan Ahmad iaitu Tuan Kecik Al-Attas bagi pihak Wan Ahmad. Pahlawan-pahlawan terbilang yang lain pula adalah Panglima Hitam Gagak Sekawan, Imam Perang Raja Panglima Koming, Panglima Laut Talib, Panglima Dalam Che’ Hitam Pengasuh, Panglima Kumbang, Panglima Ku Siang, Panglima Setia Tuan Empok bin Yahya, Panglima Garang Ishak, Panglima Mamat, Panglima Kiri Tuan Kecut, Tok Jebek. Angkatan perang Terengganu pula diketuai Panglima Besar Terengganu Sayid Idrus bin Sayid Abdul Rahman, Raja Muda Terengganu, Wan Dagang Kemaman, Che’ Lambak Benta, Wan Buang, Habib Derus, Penghulu Burok Kemaman.
Setibanya di Pahang, rombongan sekuat 40 perahu perang yang diketuai oleh Kapal Singa Geroda yang dinaiki oleh Wan Ahmad ini kemudiannya berhenti di Pulau Jawa dekat Kuantan. Maka turunlah 2 orang pahlawan terbilang angkatan perang Wan Ahmad membawa surat perintah menakluk Pahang untuk disampaikan kepada Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir. Apabila menerima warkah tersebut, Tun Mutahir dengan murkanya menghalau utusan-utusan Wan Ahmad tersebut.
Lantaran itu angkatan perang Wan Ahmad terus mudik ke Sungai Pahang dan menyerang Pekan. Lantaran itu angkatan perang Tun Mutahir di Kuala Pahang terpaksa berpatah balik untuk mempertahankan Pekan. Namun ianya agak terlambat, angkatan Wan Ahmad ini mudah menawan kampung-kampung di tepi sungai di Pekan.
Tidak lama kemudian angkatan Tun Mutahir pun tiba di Pekan dan terus mempertahankan Pekan, Ganchong dan Pulau Keladi. Di Pekan angkatan Tun Mutahir dipimpin oleh Wan Tanjung, Imam Perang Pahang Muhammad Akil, Panglima Mansur, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Khatib Baharin dan Engku Sayid iaitu ipar kepada Tun Mutahir. Wan Aman (Wan Abdul Rahman), Wan Enda, Wan Abdullah, Wan Mohamad dan Wan Chik pula segera dihantar ke Singapura atas sebab-sebab keselamatan.
Manakala orang-orang kuat yang lain yang bertahan di Pulau Keladi ialah seperti Engku Panglima Besar Wan Ismail bin Tun Ali, Raja di Ulu Maharaja Perba Jelai Wan Idris, Imam Perang Pahang Muhammad Akil, Panglima Mansur, Panglima Perang Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid, Khatib Baharin, Tok Tunggal Bukit Segumpal, anak-anak Tok Tunggal iaitu Panglima Perang Kanan Che’ Buman dan Panglima Bebas Zabidi, Panglima Hitam Tok Imam Latif, Panglima Tapak, Panglima Dalam Mat Soh, Panglima Kiri Haji Mat Tahir, Panglima Kiri Che’ Embok, Orang Kaya Batu Talam Panglima Tujuh Lapis Tok Ibrahim, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Panglima Gagah Ishak, Panglima Garang Yusuf, Panglima Garang Ali, Panglima Harun, Imam Perang Tengku Acheh, Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor, Imam Perang Mat Zain, Sayid Umar Al-Attan dan Tuan Haji Hasan Budu.
Maharaja Perba Jelai Wan Idris pada masa itu dianggap sebagai Raja di Ulu atau pemerintah kawasan Jelai yang meliputi Jelai, Ulu Jelai, Lipis, Tembeling dan Semantan yang dianggap sebagai bertaraf raja sentiasa didampingi oleh serangkai panglima-panglima perang yang terpilih yang digelar Apit Limpang. Kumpulan Apit Limpang ini terdiri daripada sepupunya Panglima Raja Mat Sin, Panglima Mat Akhir Gua, Tok Muda Mat Diah dari Padang Tengku, Panglima Abdul Hamid dari Batu Yon, Panglima Muda Togel dan Panglima Awang Ahmad dari Mukim Gua, Haji Panglima dari Bachang, Penghulu Teh dari Ceka, Panglima Long dari Kampung Berasal dan Panglima Yaakob dari Pulau Tawar.
Sesampainya angkatan Tun Mutahir di Kampung Ketapang, Pekan, kedua-dua pihak pun bertembung dan bertempur. Selama lima hari lima malam, angkatan Tun Mutahir tewas dan terpaksa berundur. Engku Sayid iaitu ipar kepada Tun Mutahir telah membawa anaknya dan 7 pengikut yang terselamat melarikan diri terus ke Singapura melalui Sungai Miang.
Setelah 7 hari menakluki Pekan, pasukan Wan Ahmad memudiki Sungai Pahang dan menyerang Ganchong. Dengan sedikit tentangan, pasukan Tun Mutahir tumpas dan melarikan diri ke dalam hutan. Dari sana, mereka menghulu sungai selama 3 hari 3 malam ke Chenor.
Istana di Ganchong tersebut perkataan
Cukup dengan segala perhiasan
Harta-benda banyak ditinggalkan
Sukanya orang dapat rampasan
- Syair Tanah Melayu, Halaman 22 Rangkap 245.
Tersebut kisah raja negara
Tatkala alah Pekan pesara
Mudik ke Chenor hulu negara
Serta membawa sekalian putera
- Syair Tanah Melayu, Halaman 22 Rangkap 247.
PEMBABITAN TUANKU RAJA ASAL DALAM PERANG PAHANG
‘When Civil War broke out between Tun Mutahir and his brother Wan Ahmad for the Pahang throne in the 1860s, Raja Asal was obliged to fight for Tun Mutahir.’ - The Sunday Star, 8 Feb 1983.
Di Chenor, Tun Mutahir tinggal di rumah iparnya Tuanku Raja Asal dan meminta Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing membantu baginda dalam peperangan ini. Tuanku Raja Asal tidak mempunyai pilihan kerana Tun Mutahir merupakan ipar beliau. Tuanku Raja Asal terpaksa mengheret pasukan Dana Padri untuk berperang dalam Perang Pahang walaupun dia hanya mempunyai pasukan Dana Padri yang kecil. Kisah penglibatan orang-orang Mandailing di dalam Perang Pahang juga dinyatakan di dalam Hikayat Pahang Cetera 15.
‘...beliau ini telah melibatkan diri dalam perselisihan yang sedang berlaku antara Bendahara Tun Mutahir dengan adiknya Wan Ahmad. Oleh kerana Raja Asal telah berkahwin dengan salah seorang saudara rapat dengan Bendahara Tun Mutahir, maka secara tidak langsungnya beliau telah menyebelahi di pihak Bendahara Tun Mutahir.’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Tidak lama kemudian, Wan Aman, Wan Enda dan Wan Abdullah tiba di Chenor dari Singapura. Lalu Bendahara Tun Mutahir pun menyerahkan urusan dan tanggungjawab perang kepada anak-anaknya itu.
Apabila mendapat tahu Tun Mutahir dan orang-orangnya telah lari Chenor, Wan Ahmad segera mengundurkan tenteranya ke Pekan dan menyusun kembali angkatan perangnya. Panglima Besar Terengganu Sayid Idrus, Raja Muda Terengganu, Wan Dagang Kemaman, Che’ Lambak Benta, Wan Buang, Habib Derus, Penghulu Burok Kemaman serta 400 pengikut mereka telah pergi ke Kuala Luit untuk bermesyuarat dengan Che’ Wan Chik bin Engku Tanjung Tun Muhammad.
Pada masa inilah Wan Ahmad telah mengistiharkan dirinya sebagai Bendahara Sri Wak Raja Pahang yang baru. Namun sebahagian besar dari rakyat negeri Pahang tidak mahu menerima raja baru itu. Maka kini Pahang beraja dua.
Mendengar berita kekalahan Tun Mutahir, anak-anak kepada Maharaja Perba Jelai Wan Idris iaitu Panglima Kiri Wan Embong dan Dato Setia Muda Jelai Wan Muhammad dan 40 orang pahlawan dari Jelai telah datang mengadap Tun Mutahir di Chenor.
PERTEMPURAN PULAU MANIS Tidak lama selepas itu, angkatan Wan Ahmad yang telah bersiap sedia telah datang menyerang pasukan Tun Mutahir di Pulau Manis. Pasukan Tun Mutahir yang bertahan di Pulau Manis adalah terdiri daripada a. Wan Koris @ Wan Tanjung, Engku Panglima Besar Wan Ismail bin Tun Ali, Raja di Ulu @ Maharaja Perba Jelai Wan Idris, Panglima Kiri Wan Embong bin Wan Idris, Datuk Setia Muda Jelai Wan Muhammad, Imam Perang Pahang Muhammad Akil, Panglima Mansur, Khatib Baharin, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Khatib Baharin, Tok Tunggal Bukit Segumpal, anak-anak Tok Tunggal iaitu Panglima Perang Kanan Che’ Buman dan Panglima Bebas Zabidi, Panglima Hitam Tok Imam Latif, Panglima Tapak, Panglima Dalam Mat Soh, Panglima Kiri Haji Mat Tahir, Panglima Kiri Che’ Embok, Orang Kaya Batu Talam Panglima Tujuh Lapis Tok Ibrahim, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Panglima Gagah Ishak, Panglima Garang Yusuf, Panglima Garang Ali, Panglima Harun, Imam Perang Tengku Acheh, Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor, Imam Perang Mat Zain, Sayid Umar Al-Attan, Tuan Haji Hasan Budu danpembesar-pembesar seperti Panglima Raja di Tembeling, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Orang Kaya Setia Lela Lipis Tok Teh, Orang Kaya Dewa Bangau, Penghulu Bentong, Tok Yahya dari Rambai Sebunga dan lain-lain lagi.
Dalam pertempuran di Pulau Manis inilah Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing yang bermastautin di Chenor mula membabitkan diri dalam Perang Pahang. Ini turut membabitkan tokoh-tokoh Mandailing yang lain di Pahang pada masa itu seperti Jabaringking, Jakaloka, Jamantiko, Malim Panjang, Tok Katin, Sutan Garang yang datang dari Galidan lain-lain lagi.
Segala laskar diatur mereka
Rawa Mandailing adalah belaka
Besar angkatan putera paduka
Rakyat tentera tiada terhingga
- Syair Tanah Melayu, Halaman 27 Rangkap 304.
Rawa Mandailing di dalam rangkap 304 Syair Tanah Melayu di atas bermaksud orang-orang Mandailing yang pernah berjuang di dalam angkatan Jihad Padri pimpinan Tuanku Rao. Oleh kerana hanya jenazah Tuanku Rao sahaja yang dijumpai oleh Belanda sedangkan jenazah Tuanku Tambusai tidak dapat dikesan, maka pihak Belanda sehingga ke hari ini menganggap perjuangan Padri semasa di Dalu-dalu dan selepas kejatuhan kubu di Dalu-dalu itu dipimpin oleh saki-baki angkatan Padri pimpinan Tuanku Rao yang digelar oleh pihak Belanda sebagai orang-orang Rao dan bukan dipimpin oleh orang-orang Minangkabau atau Mandailing. Maka orang-orang Mandailing yang menjadi pengikut Tuanku Rao digelar sebagai Rao Mandailing atau Rawa Mandailing.
Salinan asal Syair Tanah Melayu yang ada menceritakan penglibatan orang-orang Mandailing ini hanya terdapat di Perpustakaan School of Oriental & African Studies di University of London di England.
Setelah berperang sehari suntuk, akhirnya angkatan perang Wan Ahmad tumpas dan berundur ke Ganchong dan kemudiannya ke Tanjung Langgar di mana mereka membina sebuah kubu di sana.
PERTEMPURAN TANJUNG LANGGAR
Angkatan Tun Mutahir bertindak menyerangbalas dan mengepung kubu Tanjung Langgar itu selama-lama 4 hari berturut-turut. Akhirnya pada suatu malam angkatan Tun Mutahir telah melakukan serangan mengejut ke atas kubu Tanjung Langgar yang turut dipertahankan pahlawan-pahlawan dari Kemaman. Dalam pertempuran sengit itu, angkatan Wan Ahmad dan rombongan Kemaman tidak dapat bertahan lebih lama lagi lalu melarikan diri dengan perahu ke Kemaman. Ramai tentera Wan Ahmad khususnya dari kontinjen Kemaman mati terbunuh dalam pertempuran ini. Antara yang terkorban adalah 2 orang ipar Wan Ahmad iaitu Tuan Kecik Al-Attas dan Che’ Awang dan juga Panglima Hitam Gagak Sekawan yang merupakan panglima perang harapan Wan Ahmad.
Pada masa itu Wan Ahmad merasakan saat kekalahan beliau begitu hampir sehingga beliau berazam;
‘Hai sekalian orang-orang Pahang, baik-baik nanti. Selagi ada umur Ahmad ini sekali-kali tiada boleh senang Pahang bersarang tupai di atas kepala.’
Di Kemaman, angkatan Wan Ahmad berlindung di bawah naungan Sultan Umar bin Sultan Mansur. Mereka diberikan kawasan khas untuk berkhemah dan diberikan makanan bagaikan orang-orang pelarian politik.
Manakala di Pekan, Bendahara Muda Pahang Wan Koris atau Wan Tanjung telah menawarkan hadiah sebanyak $500.00 kepada sesiapa sahaja yang sanggup membunuh dan membawa pulang kepala Bahaman.
Pada bulan Dis 1857 sejurus selepas Perang Kemaman tamat, Governor E.A. Blundell di Singapura telah memberi kata dua kepada Wan Abu Bakar dari Johoragar jangan membantu Bendahara Tun Mutahir. Pada bulan Feb 1858, Wan Abu Bakar telah membalas amaran itu dengan mengatakan Inggeris bersikap tidak adil kerana menyebelahi Wan Ahmad dengan membenarkan angkatan Wan Ahmad menggunakan Pulau Tekong di selatan Johor sebagai pangkalan untuk melancarkan serangan terhadap Pahang. Ternyata ini menunjukkan Inggeris menggunakan kesempatan untuk menangguk di air keruh dengan melaga-lagakan raja-raja Melayu untuk memasukkan pengaruhnya. Dalam kes ini, Wan Ahmad menjadi alat boneka Inggeris.
Pada bulan Mei 1858, Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir telah meminta bantuan senjata dari Inggeris yang kemudiannya ditolak mentah-mentah. Pada bulan itu juga di Kemaman, Wan Ahmad mempersiapkan barisan tenteranya untuk menyerang Pahang dengan bantuan Sultan Umar.
PERTEMPURAN TEMBELING Pada bulan Okt 1858, Wan Ahmad telah menghantar 2 orang pahlawannya iaitu Che’ Lambak Benta dan Wan Buang serta sepasukan tentera ke Tembeling di Ulu Pahang untuk mengaburi pihak Tun Mutahir supaya percaya yang pasukan Wan Ahmad sudah berada di Ulu Pahang untuk menyerang mereka. Pasukan Wan Ahmad juga telah memaksa penduduk-penduduk di situ supaya menyertai mereka. Setibanya mereka di sebuah kampung di Tembeling, pasukan Wan Ahmad telah diserang oleh angkatan Tun Mutahir yang diketuai oleh Panglima Kiri Wan Embong bin Wan Idris, Encik Yahya, Che’ Embok, Che’ Uda dan Che’ Mat Merah.
Setelah bertempur selama 3 hari 3 malam, pasukan Wan Ahmad kalah dan berundur ke Terengganu. Beberapa pembesar-pembesar Tun Mutahir di Tembeling telah didenda dan beberapa pembesar-pembesar lain seperti Penghulu Raja telah dipecat dari jawatannya. Khatib Bahrain pula telah dikurung di dalam kandang selama beberapa hari kerana kelalaian mereka yang menyebabkan orang-orang Wan Ahmad memasuki Pahang dengan mudah.
Pada tahun 1858 itu juga, Raja di Ulu Maharaja Perba Jelai Wan Idris telah dijemput oleh Wan Ahmad untuk menyebelahi Wan Ahmad dalam peperangan akan datang. Seorang pembesar di Ter iaitu Panglima Raja Haji Mat Ali telah mengetahui perkara itu dan mengugut untuk melapurkannya kepaada Tun Mutahir. Lalu dihalang oleh anak Maharaja Perba Jelai iaitu Panglima Kiri Wan Embong. Maka terjadilah perbalahan dan pergaduhan. Lalu tewaslah orang-orang Panglima Raja Haji Mat Ali.
Lalu Panglima Raja Haji Mat Ali mengadap ke hadapan Tun Mutahir dan menceritakan segala-galanya. Lalu Tun Mutahir pun menghantar satu pasukan untuk menangkap Wan Embong. Maka Wan Embong dan penduduk-penduduk Jelai pun melarikan diri ke hutan. Apabila Wan Embong ketagihan candu, disuruh orang suruhannya mendapatkan bekalan di Kampung Pertang yang berdekatan. Lalu dikesan oleh orang-orang Tun Mutahir dan diekori oleh orang-orang Tun Mutahir ke tempat persembunyiannya.
Dalam satu serang hendap di bawah arahan Panglima Dalam Mat Soh, Wan Embong ditembak mati dengan peluru emas oleh Mat Sedih seorang anak buah Panglima Dalam Mat Soh. Kepalanya dipenggal oleh Tok Talib Kumla Ceka dan dilumur dengan kunyit, dan digantung dengan rambutnya yang panjang itu pada tiang hadapan sebuah perahu dan dibawa menghilir ke Pekan untuk dipersembahkan kepada Tun Mutahir. Setelah kematian Wan Embong, Wan Aman telah datang dengan orang-orangnya sekali menghukum dan mendenda penduduk-penduduk Jelai, Lipis, Tembeling dan Semantan. Manakala abangnya Wan Tanjung hanya membiarkan sahaja kekejaman yang dilakukan oleh adiknya itu.
Sebaik sahaja mendapat tahu tentang berita kematian hina anaknya Wan Embong, Maharaja Perba Jelai Wan Idris dan anaknya Datuk Setia Muda Jelai Wan Muhammad telah mengistiharkan diri mereka akan menyebelahi Wan Ahmad. Mereka disokong oleh seluruh penduduk di Jelai, Lipis, Tembeling dan Semantan.
Kejadian pembunuhan Panglima Kiri Wan Embong anak Maharaja Perba Jelai Wan Idris telah memberi satu peluang yang luarbiasa untuk Wan Ahmad dan Bahaman bagi mendapatkan sokongan pembesar-pembesar Pahang. Maka Panglima Besar Bahaman pun bertolak dari satu mukim ke satu mukim yang lain untuk bertemu dengan semua pembesar-pembesar negeri bagi mendapatkan sokongan mereka di dalam peperangan menentang Tun Mutahir itu.
Mula-mula dia bertolak ke Jelai untuk menemui Maharaja Perba Jelai Wan Idris. Pada masa inilah kononnya Bahaman dikatakan mula bersahabat dengan sejenis makhluk halus berbentuk hantu tinggi yang bertembung dengannya. Makhluk halus itu berjanji akan menolong Bahaman dalam apa jua perkara dan permasalahan.
Di sana Bahaman menyatakan Wan Ahmad berjanji akan menolong Maharaja Perba Jelai untuk
a. menghapuskan kekejaman Wan Koris atau Wan Tanjung
b. membela kematian Che’ Seni yang dianiaya
c. amanat Tun Ali yang dilanggar oleh Tun Mutahir
d. menuntut bela kematian kejam Wan Embong anak kepada Maharaja Perba Jelai
e. merajakan Wan Ahmad menggantikan darah Tun Mutahir yang dikatakan sangat kejam dan bengis itu
Sudah pasti Maharaja Perba Jelai Wan Idris sangat bersetuju dengan cadangan itu. Selepas itu Bahaman bergerak ke Tembeling menemui Orang Besar Tembeling Engku Yaakob. Lalu dituruti dengan yang lain-lain seperti Orang Kaya Setia Lela Lipis Tok Teh di Lipis, Imam Perang Rasu di Pulau Tawar, Orang Besar Sega Toh Keli di Sega, Orang Besar Rawa Tengku Abdul Samad bin Tengku Panglima Raja Long di Ulu Gali dan pahlawan-pahlawannya Tengku Alam, Panglima Tegu, Sutan Garang, Buyung Si Juneh, Orang Besar Raub Imam Perang Abu Bakar di Raub, Orang Besar Batu Talam Panglima Tujuh Lapis Tok Ibrahim di Batu Talam, 5 Orang Besar Semantan iaitu Toh Muda bin Mat, Toh Muda Bidin, Panglima Besar Abdul Majid, Imam Perang Yusuf dan Panglima Perang Weh di Semantan.
Kesemua pembesar-pembesar Pahang itu berjanji akan menolong Bahaman dan Wan Ahmad untuk menentang Tun Mutahir. Maka sejak hari itulah Sutan Garang menyokong Orang Besar Rawa Tengku Abdul Samad bin Tengku Panglima Raja Long di Ulu Gali dan berpihak kepada Wan Ahmad.
Pada akhir tahun 1860, Wan Abu Bakar telah dikahwinkan dengan puteri Pahang Engku Wan Chik bin Tun Mutahir. Lantaran itu semakin kuatlah hubungan Pahang dan Johor.
PERTEMPURAN ENDAU Pada Feb 1861, Wan Ahmad telah menghimpunkan ramai pahlawan Bugis Muar, Rembau dan Sungai Ujung untuk menyerang Johor. Antaranya ialah seorang panglima perang Bugis dari Johor Panglima Hitam Bugis Daeng Muhammad, Penghulu Rembau, Penghulu Sungai Ujung dan lain-lain lagi. Temenggung Ibrahim yang menyedari perkara itu telah mengadu kepada Governor Cavenagh di Singapura. Apabila Inggeris campurtangan dengan menghantar sebuah kapal perang ke Muar, serangan itu telah dibatalkan.
Sebulan selepas itu pada Mac 1861, Wan Ahmad telah mengetuai angkatan perangnya di Paka, Terengganu untuk menyerang Pahang. Mereka terdiri daripada pahlawan-pahlawan terbilang seperti Panglima Perang Besar Bahaman, Raja di Ulu Maharaja Perba Jelai Wan Idris, Panglima Kiri Dato Setia Muda Wan Muhammad, Imam Perang Raja Gendut, adiknya Che’ Hasan Mahkota, Imam Perang Mahkota Haji Abdul Halim, Tuan Hitam Sheikh Mukhsin dan Tuan Mandak Sayid Ali Al-Jafri dan adiknya Tuan Embong. Pahlawan-pahlawan terbilang yang lain pula adalah Imam Perang Raja Panglima Koming, Panglima Laut Talib, Panglima Dalam Che’ Hitam Pengasuh, Panglima Kumbang, Panglima Ku Siang, Panglima Setia Tuan Empok bin Yahya, Panglima Garang Ishak, Panglima Mamat, Panglima Kiri Tuan Kecut, Tok Jebek, Panglima Hitam Bugis Daeng Muhammad dari Muar dan orang-orang Terengganu seperti Panglima Besar Terengganu Sayid Idrus, Raja Muda Terengganu, Wan Dagang Kemaman, Che’ Lambak Benta, Wan Buang, Habib Derus, Penghulu Burok Kemaman bagi pihak Terengganu.
Dalam serangan inilah anak ketiga dari Tok Shahrum yang bernama Khatib Rasu @ Abdul Salam,mula-mula membabitkan diri dalam politik negeri Pahang dan telah mengetuai sepasukan orang-orang Rawa dan Mandailing untuk menyokong Wan Ahmad. Antaranya adalah Imam Perang Jembang, Sutan Kumala Rawa, Baginda Musin, Panglima Mua dari Raub serta Orang Besar Rawa Tengku Abdul Samad bin Tengku Panglima Raja Long, Tengku Alam, Panglima Tegu, Sutan Garang, Buyung Si Juneh dari Ulu Gali.
Mereka kemudiannya menggunakan jalan darat untuk menyerang Pahang apabila kawalan pertahanan laut oleh Orang Kaya Dato Shahbandar Tok Jidin adalah terlalu ketat. Angkatan Wan Ahmad telah menyerang dan memusnahkan Teruntum (Kuantan) dan melalui Sungai Miang mereka berkumpul di Endau dan mengumpulkan orang-orang Endau yang menawarkan diri untuk membantu mereka.
Apabila pasukan Tun Mutahir mendapat tahu perkara ini, mereka pun bergerak dari dari Pekan dan menyerang Endau. Perahu Haji Abdul Rahman Kecau yang ditugaskan oleh Wan Ahmad untuk membeli senjata dari Inggeris di Singapura telah ditangkap oleh pihak Tun Mutahir.
Setelah bertempur beberapa hari, pasukan Wan Ahmad telah terkepung. Namun angkatan Wan Ahmad mengambil keputusan nekad untuk merempuh barisan tentera Tun Mutahir yang menyebabkan pertahanan Tun Mutahir kucar-kacir dan terpaksa berundur. Kini Wan Ahmad dan orang-orangnya menguasai Endau. Kini mereka bersedia untuk menyerang Teruntum (Kuantan).
PERTEMPURAN TERUNTUM Pada akhir bulan Mei 1861, angkatan perang Wan Ahmad telah menyerang Teruntum dan bertempur selama 3 bulan dengan hebat sekali dengan pasukan Tun Mutahir. Dalam pertempuran di Teruntum ini, angkatan perang Tun Mutahir berjaya menewaskan lawan mereka itu.
Terlalu ramai segala mereka Rawa Mandailing adalah juga Ketua di hulu berserta belaka Ramainya angkatan tiada terhingga - Syair Tanah Melayu, Halaman 34 Rangkap 388.
Setelah tewas, maka pada bulan Ogos 1861, Wan Ahmad dan orang-orangnya pulang ke Kemaman. Entah kenapa dan mengapa Sultan Terengganu Sultan Umar bin Sultan Mansur mula menunjukkan sikap dingin terhadap Wan Ahmad. Maka Wan Ahmad yang merajuk bertolak ke Kelantan dan berjumpa dengan Sultan Kelantan pada masa itu iaitu Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Mulut Merah. Di sana, mereka dan Raja Muda Kelantan telah bersuka-ria, berjudi dan menyabung ayam. Sultan Muhammad II bersetuju membantu Wan Ahmad dengan menghantar 100 orang pahlawan untuk membantunya.
Semasa itulah Wan Abu Bakar dari Johor telah menghantar sebuah perahu ke dari Johor ke Kemaman untuk menculik perempuan-perempuan simpanan Wan Ahmad tetapi berjaya dihalang oleh Panglima Perang Besar Bahaman, Imam Perang Raja Gendut dan Panglima Hitam Bugis Daeng Muhammad.
PERTEMPURAN LIPIS Tidak lama selepas itu dengan tidak disangka-sangka Wan Daud bin Wan Pahang iaitu sepupu Wan Embong dan Khatib Rasu telah mengetuai sekumpulan 400 orang-orang Mandailing dan Rawa dari Raub dan Jelai menyerang Lipis dan menangkap anak Orang Kaya Indera Segara Temerloh yang bernama Tok Busu Abdullah. Selepas itu mereka menawan Kuala Tembeling. Lalu Khatib Rasu diberi gelaran Imam Perang. Dari sini, mereka telah menyerang Ter dan menewaskan angkatan Tun Mutahir yang diketuai oleh Panglima Raja Haji Mat Ali, Panglima Dalam Mat Soh dan Panglima Kiri Haji Mat Tahir yang berundur ke Pedah. Di Pedah, mereka bertempur lagi selama 2 hari 2 malam dan menawan Pedah. Dari sana, pasukan Mandailing Imam Perang Khatib Rasu telah menyerang dan menakluki Kangsa dan Kelola.
Imam Perang Rasu amat gembiranya
Musuh melanggar terlalu ramainya
Tiada tersabar lagi hatinya
Mara ke medan dengan segeranya
- Syair Tanah Melayu, Halaman 44 Rangkap 499.
Dari sana, Imam Perang Khatib Rasu dan orang-orangnya telah menewaskan Wan Aman dan orang-orang kanannya seperti Panglima Tapak, Che’ Buruk Berati Pulau Tawar, Imam Perang Dualid serta pasukan mereka di Kuala Tekai. Wan Aman dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Chenor.
Apabila tiba di Tanjung Batu dan Kerdau, mereka telah bertembung dan bertempur dengan pasukan pimpinan anak Panglima Mansur. Anak Panglima Mansur meminta bantuan bapanya dan Panglima Mansur tibalah di Tanjung Batu. Semasa hendak mendarat, Panglima Mansur telah ditembak parah oleh pasukan Mandailing Imam Perang Khatib Rasu dan dibawa lari ke Kuala Jempul di mana Panglima Mansur menghembuskan nafasnya yang terakhir. Manakala anak Panglima Mansur cedera parah dan cuping telinganya hancur akibat terkena tembakan. Destinasi seterus pasukan Mandailing Imam Perang Khatib Rasu adalah Chenor yang turut dipertahankan oleh Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing.
MANDAILING LAWAN MANDAILING DALAM PERTEMPURAN CHENOR
Setibanya pasukan Mandailing pimpinan Imam Perang Khatib Rasu yang menyokong Wan Ahmad di Chenor, mereka diserang oleh Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing yang menyokong Tun Mutahir. Maka berlakulah satu pertempuran hebat di antara oMandailing dengan Mandailing. Pasukan Imam Perang Khatib Rasu tewas dan terpaksa mengundurkan diri ke Semantan.
Lalu orang-orang Pahang yang diketuai oleh Encik Yahya dari Pasir Bangau telah memburu pasukan Imam Perang Khatib Rasu ini sehingga menyebabkan mereka terpaksa lari ke Lipis pada tengah malam itu juga. Tidak lama kemudian, Wan Aman telah menghantar pasukan memburu Imam Perang Khatib Rasu di Lipis. Di sana, Imam Perang Pahang Muhammad Akil, Khatib Bahrain, Panglima Kiri Haji Mat Tahir, Panglima Tapak, Encik Yahya dan orang-orang Tembeling, Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor telah menyerang kubu kuat pasukan Mandailing Imam Perang Khatib Rasu di Tanjung Lecak, Tanjung Kabung dan Budu. Peperangan ini berlanjutan selama beberapa bulan tanpa sebarang keputusan kemenangan.
WAN KORIS NAIK TURUN TAKHTA PAHANG Pada bulan Okt 1861, Bendahara Muda Wan Koris atau Wan Tanjung telah dilantik sebagai Bendahara Sri Wak Raja yang baru bagi menggantikan bapanya Tun Mutahir yang uzur dalam menguruskan segala pentadbiran di Pahang itu dengan gelaran Bendahara Sri Wak Raja Tun Koris. Namun begitu perlantikan itu telah menerima banyak bantahan dari pembesar-pembesar Pahang yang selama ini menyokong Tun Mutahir. Mereka mengugut untuk menarik diri dari menyokong Tun Mutahir dalam peperangan menentang Wan Ahmad. Malahan sesetengah dari mereka berpaling tadah menyokong Wan Ahmad.
Pada bulan Dis 1861, Temenggung Ibrahim dan Tun Mutahir telah membuat perjanjian yang menyatakan bahawa jika Johor atau Pahang diserang oleh musuh, maka pihak yang lain itu akan membantu habis-habisan. Jika timbul kekusutan di antara kedua-dua kerajaan, maka Inggeris akan bertindak sebagai orang tengah. Daerah Endau ke Sedili Besar, Pulau Tiomandan pulau-pulau sekitarnya akan diserahkan kepada Johor. Perjanjian ini adalah lanjutan ke atas surat wasiat almarhum Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali pada 25 Mei 1856 dan 15 Okt 1856. Tun Koris menandatangani surat perjanjian itu bagi pihak Tun Mutahir. Surat ini kemudiannya diluluskan oleh pihak Inggeris pada 27 Jan 1862.
Beberapa hari selepas itu, Temenggung Ibrahim mangkat mengejut di Teluk Belanga, Singapura. Pada 1 Feb 1862, Wan Abu Bakar dilantik menggantikan bapanya sebagai Temenggung Abu Bakar. Beliau berazam untuk terus membantu Tun Mutahir. Sememangnya Temenggung Abu Bakar bersungguh-sungguh berhajat untuk menjatuhkan Wan Ahmad.
Atas desakan pembesar-pembesar Pahang khususnya Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Tok Tunggal Bukit Segumpal dan Orang Kaya Dato Shahbandar Tok Jidin, Tun Koris terpaksa diturunkan pangkat dan dilantik semula sebagai Bendahara Muda yang menolong bapanya menguruskan segala pentadbiran di Pahang itu. Walaupun pada masa itu Tun Mutahir semakin uzur, beliau terpaksa menyandang kembali jawatan Bendahara Sri Wak Raja. Namun begitu perlantikan semula itu telah terlambat dalam usaha menambat hati pembesar-pembesar Pahang yang kebanyakannya telah berpaling tadah ke pihak Wan Ahmad.
PERTEMPURAN BERA Maharaja Perba Jelai yang berada di Kelantan tiba-tiba muncul di Pahang dengan sepasukan tentera mengikut jalan Sungai Tanum. Antara pahlawan yang menyertai rombongan itu adalah seperti Panglima Perang Besar Bahaman, Panglima Kiri @ Datuk Setia Muda Wan Muhammad, Imam Perang Raja Gendut, adiknya Che’ Hasan Mahkota, Imam Perang Mahkota Haji Abdul Halim, Tuan Hitam Sheikh Mukhsin dan Tuan Mandak Sayid Ali Al-Jafri dan adiknya Tuan Embong. Pahlawan-pahlawan terbilang yang lain pula adalah Imam Perang Raja Panglima Koming, Panglima Laut Talib, Panglima Dalam Che’ Hitam Pengasuh, Panglima Perang Penghulu Wan Kecil, Panglima Kumbang, Panglima Ku Siang, Panglima Tapuk Ali, Panglima Setia Tuan Empok bin Yahya, Panglima Garang Ishak, Panglima Mamat, Panglima Kiri Tuan Kecut, Tok Jebek, Panglima Hitam Bugis Daeng Muhammad serta Panglima Besar Terengganu Sayid Idrus bin Sayid Abdul Rahman, Raja Muda Terengganu, Wan Dagang Kemaman, Che’ Lambak Benta, Wan Buang, Habib Derus, Penghulu Burok Kemaman bagi pihak Terengganu.
Pasukan itu telah menyerang Kuala Tui dan menembak mati Orang Kaya Bera Tok Husin di Bera. Anak-anak kepada Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor iaitu Che’ Deraman telah cedera parah dan Che’ Nyak telah cedera di pahanya. Panglima Gagah Ishak, Imam Perang Mat Zain yang patah tangannya terkena tembakan peluru dan Maulud pula berjaya melarikan diri. Manakala Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor dan kedua-dua anaknya Che’ Nyak dan Che’ Deraman dilepaskan dengan syarat menyertai pasukan Wan Ahmad.
Semasa pasukan Tun Mutahir berundur ke Kuala Tembeling untuk bergabung dengan Wan Aman, mereka telah diserang hendap oleh Panglima Perang Besar Bahaman dan orang-orangnya yang melintangkan batang kayu di tengah-tengah sungai dan menghalang perjalanan mereka itu. Ramai yang terperangkap telah ditembak dan terbunuh. Panglima Tapak juga terkena tembakan dan mati lemas. Tetapi Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor dan keluarganya terselamat. Lalu Wan Aman membawa mereka ke Chenor.
Tidak lama kemudian, Imam Perang Khatib Rasu, Imam Perang Jembang, Sutan Kumala Pahang, Baginda Musin, Panglima Mua dan orang-orang Mandailing dan Rawa dari Raub menyerang Kuala Tembeling dan membunuh Encik Yahya yang mempertahankan kubu di sana.
Apabila melihatkan keadaan angkatan perang Tun Mutahir menjadi semakin genting dan bahaya, ramai pembesar Pahang mengambil keputusan berpaling tadah.
Berlakulah satu peristiwa di mana 3 orang pembesar iaitu Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Tok Tunggal Bukit Segumpal dan Orang Kaya Dato Shahbandar Tok Jidin telah pergi ke Pekan mengadap Bendahara Tun Mutahir dan meminta agar diberikan kuasa untuk mengetuai pasukan perang menentang Wan Ahmad.
Setelah diberikan kuasa dan mandat diraja, mereka bertiga pun bertolak ke Kangsa dan mendirikan kubu di situ bersama-sama dengan pembesar-pembesar lain seperti Che’ Embok dan Che’ Bit. Tidak lama kemudian Maharaja Perba Jelai datang bertemu dan bersuka-suka dengan mereka. Lalu mereka bertiga pun menghantar utusan rahsia kepada Wan Ahmad untuk menawarkan diri kepada Wan Ahmad.
Ternyata Wan Ahmad kini mempunyai angkatan perang yang begitu besar dan bersedia untuk menawan Pahang. Tetapi beliau tidak bercadang untuk menyerang Pahang serta-merta. Ini ialah kerana beliau masih menghadapi masalah kewangan yang tidak mencukupi. Lantaran itu beliau mengambil keputusan untuk membabitkan diri dalam perjudian laga ayam di Kelantan. Di sana beliau berjaya mengumpulkan banyak wang dan berjaya membeli banyak senjata serta mengumpulkan beberapa pasukan tentera dari angkatan perang Sultan Umar bin Sultan Mansur di Terengganu.
Maka peperangan terhenti buat seketika.
Pada 17 Jun 1862, Temenggung Abu Bakar dan Bendahara Muda Tun Koris memperbaharui perjanjian yang lama. Perjanjian yang baru ini tetap menyatakan bahawa jika Johor atau Pahang diserang oleh musuh, maka pihak yang lain itu akan membantu habis-habisan. Jika timbul kekusutan di antara kedua-dua kerajaan, maka Inggeris akan bertindak sebagai orang tengah. Daerah Endau ke Sedili Besar, Pulau Tiomandan pulau-pulau sekitarnya akan diserahkan kepada Johor.
Manakala Maharaja Perba Jelai yang telah menakluki sebahagian dari Ulu Pahang telah menghantar Panglima Perang Besar Bahaman dan Orang Kaya Lipis Wan Pahang bin Wan Abdul Jalil ke Kuala Terengganu untuk menjemput Wan Ahmad datang ke Pahang. Apabila menerima utusan itu, Wan Ahmad bersiap-sedia untuk menawan Pahang. Berangkatlah Wan Ahmad mengadap Sultan Omar bagi meminta restu dan bantuan senjata. Semasa sedang berehat di kedai kopi di Kuala Terengganu, Wan Ahmad telah mendapat jalan untuk menakluki Pahang.
Pada bulan Ogos 1862 itu juga, Temenggung Abu Bakar telah menawarkan $2000.00 kepada 3 orang pahlawan Perang Larut di Taiping, Perak iaitu Sheikh Muhammad Taib, adiknya Sheikh Muhammad Ali dan Haji Abu Bakar dari Perak untuk datang ke Pahang dan menasihatkan penduduk-penduduk di sana agar tidak menyokongangkatan Wan Ahmad. Malahan Temenggung Abu Bakar juga telah menawarkan $500.00 kepada sesiapa yang dapat membawa pulang kepala Wan Ahmad.
Pada masa yang sama, Temenggung Abu Bakar telah menghantar utusan ke Terengganu untuk memujuk Sultan Umar agar jangan menyokong Wan Ahmad. Beliau juga menghantar sepasukan pahlawan upahan Bugis yang sangat terkenal di Riau ke Temerloh, Pahang.
ANGKATAN PERANG WAN AHMAD MARA KE CHENOR
Setelah peperangan reda selama 6 bulan, pada Ogos 1862 Wan Ahmad dan pasukan perangnya yang diketuai oleh Panglima Perang Besar Bahaman, Panglima Kiri @ Datuk Setia Muda Wan Muhammad, Imam Perang Raja Gendut, Imam Perang Mahkota Haji Abdul Halim, Che’ Hasan Mahkota, Tuan Hitam Sheikh Mukhsin sertapahlawan-pahlawan terbilang yang lain seperti Imam Perang Raja Panglima Koming, Panglima Dalam Hitam Pengasuh, Panglima Laut Talib, Panglima Perang Penghulu Wan Kecil, Panglima Kumbang, Panglima Ku Siang, Panglima Tapuk Ali, Panglima Setia Tuan Empok bin Yahya, Panglima Garang Ishak, Panglima Mamat, Panglima Kiri Tuan Kecut, Tok Jebek, Panglima Hitam Bugis Daeng Muhammad dan Panglima Besar Terengganu Sayid Idrus bin Sayid Abdul Rahman, Raja Muda Terengganu, Wan Dagang Kemaman, Che’ Lambak Benta, Wan Buang, Habib Derus, Penghulu Burok Kemaman bagi pihak Terengganu bergerak ke Pahang melalui Bukit Busut.
Setibanya di Janing di Ulu Tembeling, beribu-ribu tentera Pahang telah siap sedia menunggu di sana untuk menyertai angkatan perang itu. Maka bergeraklah mereka ke Kuala Tembeling dan bergabung dengan orang-orang Jelai dan Pahang yang diketuai oleh Maharaja Perba Jelai Wan Idris, anaknya Panglima Kiri @ Datuk Setia Muda Wan Muhammad bin Wan Idris, Orang Kaya Lipis Wan Pahang bin Wan Abdul Jalil, anaknya Wan Daud bin Wan Pahang, Tuan Mandak Sayid Ali Al-Jafri dan adiknya Tuan Embong serta orang-orang Mandailing dan Rawa yang dipimpin oleh Imam Perang Khatib Rasu @ Abdul Salam, Imam Perang Jembang, Sutan Kumala Pahang, Baginda Musin dan Panglima Mua.
Apabila mendapat tahu seketumbukan besar tentera Pahang sedang bersiap-sedia di Kuala Tembeling, orang-orang Tun Mutahir yang berada di Kangsa dan Kelola telah meninggalkan kubu masing-masing dan melarikan diri ke Chenor.
Di Chenor terdapat beberapa orang pembesar yang telah membelot kepada Tun Mutahir dan menyebelahi Wan Ahmad iaitu Orang Kaya Indera Segara Temerloh dan Tok Tunggal Bukit Segumpal. Tuanku Raja Asal segera menghantar Jabaringking memberitahu Tun Koris tentang perkembangan terbaru kedatangan angkatan tentera Wan Ahmad di Kuala Tembeling itu.
Sejurus sahaja Tun Koris menerima surat itu, maka Tun Koris pun bermesyuarat dengan orang-orang kanannya seperti oleh Wan Aman, Wan Enda, Sayid Ahmad, Wan Mansur, Imam Perang Pahang Muhammad Akil, Khatib Baharin, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Panglima Perang Mansur, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, dan Panglima Hitam Tok Imam Latif. Mereka merumuskan bahawa
a. bantuan ketenteraan mestilah dihantar segera ke Pulau Lebak.
b. kubu-kubu perang mesti diperbaiki sementara pihak musuh sedang menumpukan perhatian dan menyerang terhadap kawasan Chenor di Pahang barat.
c. pihak Tun Mutahir akan meminta bantuan ketenteraan dari Johor yang sangat diperlukan.
Majlis raja-raja memutuskan bahawa Wan Ahmad, Bahaman serta pengikut-pengikut mereka itu adalah penderhaka bangsa, raja dan negara dan tidak akan diampunkan sama sekali. Tidak lama selepas itu Wan Ahmad telah membawa tenteranya menghilir Sungai Pahang menuju ke Temerloh dan bergabung pula dengan Orang Kaya Dewa Bangau dan Tuan Chik Jenerak serta pengikut-pengikut mereka.
KISAH PAHLAWAN BUGIS TUNJUK KUAT Di Chenor pula, Suliwatang Tok Sopok, Sutawijaya, Panglima Tunggang, Panglima Kanan, Panglima Ahmad dan beberapa pahlawan Bugis dari Riau yang dihantar oleh Temenggung Abu Bakar telah menunjukkan tarian perang Bugis mereka di khalayak ramai.
‘Kepala perang Bugis namanya Suliwatang, sangatlah bengis rupa orangnya. Sampai ke Chenor, naik ke darat. Ia minta mengaruk kepada raja, dibenarkan oleh raja.’
‘Mengaruk dengan 12 pasukan, 2 petang berturut-turut. Maka ngerilah orang ramai melihatnya. Pelbagai-bagai bunyi dibangkitkan semasa mengaruk itu, lalu dilepaskan rambut panjang, mencabut keris. Cheh! Inilah orang yang mati mengerjakan raja keturunannya, teguh setia berzaman-zaman. Raja malu, akulah mati.’
Maka banggalah Tun Mutahir mendengar sumpah setia Suliwatang Tok Sopok itu. Fikirnya, tiada siapa yang boleh menewaskan orang Bugis ini. – Hikayat Pahang, Cetera 19.
Lalu berteriaklah Tun Koris;
‘Kita orang Pahang macam betina! Kalau tidak menumpang jantan orang-orang Teluk Belanga, haruslah semua bini kita diangkut oleh orang-orang Rawa.’
‘Orang-orang Besar Pahang pembohong dan tidak boleh dipercayai. Kumpulkanlah orang dan pergilah ke Pekan mengambil beras untuk makanan orang Bugis ini.’ – Hikayat Pahang, Cetera 19.
Lantas Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor tergesa-gesa menunaikan perintah Tun Koris itu. Maka orang-orang Pahang di bawah Tun Mutahir merasa terhina dan menyimpan rasa marah terhadap pemimpin mereka itu. Pada masa yang sama pasukan Tun Mutahir mempersiapkan barisan pertahanan mereka untuk menentang orang-orang Wan Ahmad.
Di hulu negeri sekarang berhimpunnya
Terlalu ramai rakyat tenteranya
Orang Besar Berempat berserta semuanya
Rawa Mandailing habis sertanya
- Syair Tanah Melayu, Halaman 39 Rangkap 442.
Di hulu Sungai Pahang di Pulau Lebak, Suliwatang Tok Sopok, Sutawijaya, Panglima Tunggang, Panglima Kanan, Panglima Ahmad danorang-orang Bugis telah berkubu di sana. Di kiri dan kanan sungai pula, terdapat pahlawan-pahlawan handalan dari Johor yang bertahan di sana.
Di Chenor, Tuanku Raja Asal, Jabaringking dan orang-orang Mandailing serta Sayid Umar Al-Attan dan orang-orang Pahang bertahan di sana. Di Pekan pula, Tun Koris dan orang-orang Pahang membina kubu-kubu perang. Manakala Tun Mutahir yang kurang sihat pada masa itu tinggal di Tanjung Teja dekat Pekan.
PERTEMPURAN PULAU LEBAK I Pada suatu hari, angkatan perang Wan Ahmad menyerang Pulau Lebak dari sebelah kiri sungai. Pada mulanya kedua-dua angkatan kelihatan begitu seimbang kekuatannya dan masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Jabaringking telah membawa pasukan Dana Padri membantu angkatan perang Wan Mutahir yang bertahan di Pulau Lebak. Malahan Jabaringking telah bertarung maut satu lawan satu dengan Panglima Besar Bahaman. Namun masing-masing sama hebat dan sama kuat serta tidak mahu mengaku kalah.
Tidak lama kemudian, pasukan Wan Ahmad yang digelapai Imam Perang Khatib Rasu dan Imam Perang Jembang serta Orang Kaya Lipis Wan Pahang bin Wan Abdul Jalil, anaknya Wan Daud bin Wan Pahang, Panglima Kiri @ Datuk Setia Muda Wan Muhammad bin Wan Idris tiba dan menyerang sebelah kanan kubu pula.
Sementara menunggu bantuan tentera daripada Tun Koris di Pekan yang masih tak kunjung tiba, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal dan pahlawan-pahlawan Chenortiba memberibantuan. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan serangan dari tentera Wan Ahmad. Jabaringking, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal dan pahlawan-pahlawan Tun Mutahir yang bertahan di Pulau Lebak hampir-hampir lagi tewas jika tidak kerana ketibaan angkatan tentera bantuan Tun Mutahir yang dipimpin oleh Imam Perang Pahang Muhammad Akil dari Pekan yang datang membantu.
Tetapi kedatangan tentera bantuan Tun Mutahir juga tidak mencukupi apabila Orang Kaya Dato Sentul dan orang-orang Mandailing dan Rawa dari Raub datang membantu tentera Wan Ahmad yang sedang bertempur di sana. Akhirnya, kubu di Pulau Lebak terkepung dan tumbang. Orang-orang Tun Mutahir dikalahkan oleh angkatan Wan Ahmad. Banyak mayat-mayat bergelimpangan dan bertimbun-timbun.
Suliwatang Tok Sopok, Sutawijaya dan kebanyakan orang-orang Bugis yang ada di sana melarikan diri ke Chenor lalu ke Kuala Bera. Yang tertangkap pula disiksa oleh orang-orang Wan Ahmad. Di Kuala Bera pahlawan-pahlawan Bugis tersebut sekali lagi menunjukkan kehandalan mereka di khalayak ramai. Maka hebohlah orang ramai di Kuala Bera yang sibuk memperkatakan kehandalan orang-orang Bugis di Kuala Bera itu.
Manakala 3 orang pahlawan askar upahan Perang Larut di Taiping, Perak yang berketurunan Minangkabau iaitu Sheikh Muhammad Taib, adiknya Sheikh Muhammad Ali dan Haji Abu Bakar tiba di Pekan dan mempersiapkan kubu-kubu perang di Pekan bagi menghadapi serangan angkatan Wan Ahmad. Tugas utama Sheikh Muhammad Taib, adiknya Sheikh Muhammad Ali dan Haji Abu Bakar dari Perak yang dihantar oleh Temenggung Abu Bakar ialah untuk menjaga keselamatan keluarga Tun Mutahir.
Pada malam itu juga, angkatan perang Wan Ahmad mara ke hilir dan bermalam di Batu Bohor dan Pulau Kening. Di sana, beberapa pembesar Pahang seperti Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor dan Tok Tunggal Bukit Segumpal telah menghantar utusan rahsia untuk memberitahu Wan Ahmad bahawa mereka akan menyebelahi Wan Ahmad dengan ikhlas dalam peperangan ini. Permintaan mereka ini diterima oleh Wan Ahmad walaupun beberapa orang kanan Wan Ahmad meragui kejujuran pembesar-pembesar Pahang Tun Mutahir itu. Ini ialah kerana di dalam pasukan Tun Mutahir itu sendiri, Wan Ahmad mempunyai beberapa perisik yang sentiasa memberitahu maklumat semasa mengenai pergerakan pasukan Tun Mutahir.
PERTEMPURAN DAHSYAT DI CHENOR Akhirnya angkatan perang Wan Ahmad yang diketuai oleh Panglima Perang Besar Bahaman, Imam Perang Khatib Rasu dan Orang Kaya Dato Sentul menyerang Chenor. Beberapa pertempuran hebat telah berlaku di Kampung Makam Tuan Setang, Kampung Nyak, Kampung Tanjung, Kampung Tasek, Kampung Kandis dan Kampung Raja di mukim Chenor sendiri.
Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing yang turut dibarisi oleh Jabaringking, Jamantiko, Jakaloka, Malim Panjang dan lain-lain lagi bermati-matian mempertahankan pelaburan Dana Padri di Chenor. Jika Chenor ditawan Wan Ahmad, Dana Padri pasti akan tergugat dan Tuanku Raja Asal perlu memulakan kembali pelaburan Dana Padri di tempat lain di Tanah Melayu.
Chenor turut dipertahankan oleh orang-orang Pahang seperti Wan Aman, Wan Enda, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Imam Perang Pahang Muhammad Akil, Khatib Bahrain, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Panglima Hitam Tuk Imam Latif, Sayid Umar Al-Attan, Panglima Kiri Che’ Embok, Panglima Harun, Panglima Garang Ali, Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor dan anak-anaknya iaitu Che’ Nyak dan Che’ Deraman dan
Maka berlakulah satu pertempuran ngeri itu di tengah hujan ribut petir sabung-menyabung itu, entah macam mana ramai pahlawan Pahang dari Chenor termasuklah pemimpin-pemimpin mereka seperti Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor dan anak-anaknya iaitu Che’ Nyak dan Che’ Deraman tiba-tiba membelot dan menyebelahi pasukan Wan Ahmad. Akibatnya pasukan Tun Mutahir dan Tuanku Raja Asal tewas dan terpaksa berundur ke Pekan. Kisah kekalahan pasukan Tun Mutahir dan Tuanku Raja Asal ini ada disebutkan di dalam Hikayat Pahang Cetera 18 ke Cetera 22.
Semasa berundur ke Pekan melalui Kampung Batu Gajah, pasukan Tun Mutahir dan Tuanku Raja Asal telah dibedil bertubi-tubi oleh Tok Tunggal Bukit Segumpal, anaknya Dato Muda Ahmad dan pengikut-pengikutnya iaitu orang-orang Pahang dari Bukit Segumpal. Ramai yang terkorban. Namun pengikut-pengikut utama pasukan Tun Mutahir dan Tuanku Raja Asal terselamat.
Angkatan perang Wan Ahmad mara ke hilir ke Sungai Duri. Di sana 2 pembesar Tun Mutahir yang lain iaitu Tok Yahya dan Sayid Husain Tanjung Chempaka telah membelot dan menyebelahi Wan Ahmad. Setelah Chenor jatuh ke tangan Wan Ahmad, ia telah dijadikan kubu pertahanan penting kepada angkatan Wan Ahmad. Wan Ahmad juga menjadikan Chenor sebagai istana hinggap.
Pada inilah Wan Ahmad membeli bekalan senjata api, ubat bedil dan makanan dari seorang pedagang yang bernama Haji Abdul Hamid. Haji Abdul Hamid membeli bekalan-bekalan senjata dan makanan itu dari Melaka dan membawanya ke Tampin, ke Kenaboi, ke Teriang lalu ke Chenor. Wan Ahmad menjadikan Chenor sebagai markas menyimpan senjata-senjata dan makanan. Dari Chenor jugalah semua bekalan-bekalan ini dihantar ke medan peperangan.
PERTEMPURAN PULAU LEBAK II Setelah tiba di Pekan, pasukan Tun Mutahir menyusun semula barisan pertahanan mereka. Mereka merancang untuk merampas kubu Pulau Lebak yang strategik dari segi kedudukannya di negeri Pahang. Maka 3 pasukan pun dihantar untuk merampas Pulau Lebak.
Pasukan pertama yang tugasnya untuk menawan Pulau Lebak dipimpin oleh pahlawan Bugis Panglima Dato Hulubalang Maali, Panglima Awang dari Sungai Benut, Wan Ahmad iaitu pahlawan Bugis dari Teluk Belanga, Abdul Hamid pahlawan Bugis dari Batu Pahat, Penghulu Deraman dari Muar serta gabungan tentera dari Pahang dan Johor. Pasukan kedua yang ditugaskan untuk menakluki tebing kanan Sungai Pahang bertentang dengan Pulau Lebak digelapai oleh dan Imam Perang Pahang Muhammad Akil, Khatib Bahrain, Panglima Garang Ali dan sekumpulan orang-orang Pahang. Manakala pasukan ketiga pula diketuai oleh Dato Shahbandar, Suliwatang Tok Sopok, Sutawijaya, Panglima Tunggang, Panglima Kanan, Panglima Ahmad dan sepasukan orang-orang Bugis.
Apabila Wan Ahmad mendapat tahu pasukan Tun Mutahir yang cuba bangkit di Pulau Lebak itu, beliau mengetuai orang-orangnya menyerang Pulau Lebak dan menewaskan pasukan Tun Mutahir yang baru tiba itu. Pasukan Tun Mutahir yang tewas itu kemudiannya berundur ke Pulau Kepayang, Pulau Rumput dan Pulau Pelak.
PERTEMPURAN PULAU KEPAYANG Tidak lama kemudian Pulau Kepayang, Pulau Rumput dan Pulau Pelak juga diserang oleh angkatan perang Wan Ahmad. Setelah bertahan selama 3 bulan, akhirnya pasukan Tun Mutahir pimpinan Imam Perang Pahang Muhammad Akil dan Khatib Baharin tumpas dan melarikan diri ke Pulau Manis. Di Pulau Manis juga mereka diserang dan ditewaskan dan terpaksa berundur ke Temai. Ramai pahlawan terbilang pasukan Tun Mutahir terkorban dalam pertempuran di Pulau Manis ini. Antaranya adalah Panglima Garang Ali.
PERTEMPURAN TEMAI BERMULA Di Temai, pasukan Tun Mutahir dipimpin oleh Tun Koris, Wan Aman, Wan Enda, Sayid Ahmad, Imam Perang Pahang Muhammad Akil, Khatib Baharin, Sayid Ahmad, Sheikh Muhammad Taib, Sheikh Muhammad Ali, Haji Abu Bakar.
Manakala Tuanku Raja Asal dan Jabaringking memimpin pasukan Dana Padri di sana. Pada masa itu, Wan Puteh telah ditinggalkan di kampung asalnya di Pekan Seberang bersama-sama dengan adik-beradiknya yang lain. Tuanku Raja Asal berazam untuk menang dalam pertempuran di Temai yang merupakan kubu terakhir Tun Mutahir di Pahang atau beliau dan Dana Padri akan kehilangan segala-galanya di Pahang khususnya perniagaan bijih timahnya.
Tidak lama selepas itu maka berlakulah pertempuran yang hebat. Pertempuran-pertempuran sengit di Temai ini berlanjutan hingga ke tahun 1863 dan langsung tidak menampakkan tanda-tanda mana-mana pihak dari kedua-dua pasukan akan kalah dalam pertempuran itu. Tetapi seorang pahlawan handal pasukan Tun Mutahir iaitu Tuan Haji Hasan Budu ditembak mati. Kisah peperangan di Temai ini ada diceritakan di dalam Hikayat Pahang Cetera 24.
Pada masa yang sama, Temenggung Abu Bakar dan kerajaan Bugis Johor telah menghantar 600 tentera Bugis Johor yang dipimpin oleh Sheikh Muhammad Taib, adiknya Sheikh Muhammad Ali dan Haji Abu Bakar dari Perak ke Kuala Bera dan disambut baik oleh Panglima Raja Haji Mat Ali dan Panglima Gagah Ishak. Pasukan Bugis Johor itu telah menyusuri Sungai Muar, Ulu Serting dan masuk ke Sungai Bera.
Kini pasukan Wan Ahmad terpaksa berpecah dua dan bertempur di 2 tempat sekaligus. Pasukan yang sedang bertempur di Temai akan dipimpin oleh Panglima Perang Besar Bahaman, Imam Perang Raja Gendut, adiknya Che’ Hasan Mahkota, Orang Kaya Lipis Wan Pahang bin Wan Abdul Jalil, anaknya Wan Daud bin Wan Pahang, Tuan Mandak Sayid Ali Al-Jafri dan adiknya Tuan Embong, Imam Perang Raja Panglima Koming, Panglima Dalam Che’ Hitam Pengasuh, Panglima Laut Talib, Panglima Perang Penghulu Wan Kecil, Panglima Kumbang, Panglima Ku Siang, Panglima Tapuk Ali, Panglima Setia Tuan Empok bin Yahya, Panglima Garang Ishak, Panglima Mamat, Panglima Kiri Tuan Kecut, Tok Jebek, Panglima Hitam Bugis Daeng Muhammad, Panglima Besar Terengganu Sayid Idrus bin Sayid Abdul Rahman, Raja Muda Terengganu, Wan Dagang Kemaman, Che’ Lambak Benta, Wan Buang, Habib Derus, Penghulu Burok Kemaman, pahlawan-pahlawan Mandailing seperti Imam Perang Khatib Rasu, Sutan Kumala Pahang, Baginda Musin panglima-panglima perang Rawa seperti Imam Perang Jembang dan Panglima Mua dan ramai lagi hulubalang-hulubalang yang gagah perkasa.
Manakala pasukan yang akan berperang di Kuala Bera diketuai oleh Wan Ahmad sendiri, Maharaja Perba Jelai Wan Idris, Imam Perang Mahkota Haji Abdul Halim, Tok Tunggal Bukit Segumpal, anak-anak iaitu Dato Muda Ahmad, Panglima Perang Kanan Che’ Buman dan Panglima Bebas Zabidi serta Che’ Nyak dan Che’ Deraman yang merupakan anak-anak kepada Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor. Mereka kemudiannya membuat kubu di Kuala Bera dan menunggu kedatangan tentera Bugis Johor yang akan melalui kawasan itu.
Setibanya angkatan Wan Ahmad di Kuala Bera, mereka telah menghantar Imam Perang Mahkota Haji Abdul Halim dan beberapa orang pahlawan ke Rembau untuk membeli senjata daripada Rembau. Tidak lama kemudian, mereka pulang membawa 25 tong ubat bedil. Pada masa itu, seorang lagi anak Imam Perang Hulubalang Haji Hasan Chenor telah datang mengadap Wan Ahmad dan menasihatkan agar Wan Ahmad supaya menghantar lebih tenteranya ke Temai. Ini ialah kerana di Temai itu pasukan Tun Mutahir adalah lebih gagah dan lebih liat. Ini disebabkan terdapatnya orang-orang Mandailing tidak mahu menyerah kalah. Wan Ahmad bersetuju.
Lalu apabila kubu di Kuala Bera itu siap, maka Wan Ahmad pulang ke Temai dengan membawa Orang Kaya Indera Segara Temerloh yang diragui kesetiaannya dan Wan Ahmad sememangnya tidak mahu melepaskan Orang Kaya Indera Segara Temerloh itu bebas dari pengawasannya di Kuala Bera.
PERPECAHAN DI KALANGAN PEJUANG PASUKAN TUN MUTAHIR Kehadiran 600 tentera Bugis Johor di Kuala Bera yang dipimpin oleh Sheikh Muhammad Taib, adiknya Sheikh Muhammad Ali dan Haji Abu Bakar dari Perak telah menimbulkan kekecohan yang membawa kepada perpecahan yang agak teruk di kalangan pejuang-pejuang pasukan Tun Mutahir. Ini ialah kerana semasa pahlawan-pahlawan Pahang Tun Mutahir sedang sibuk bersiap-sedia untuk bertempur dengan angkatan Wan Ahmad, terdapat sebahagian tentera Bugis Johor yang mengambil kesempatan untuk mengganggu dan mencemar isteri-isteri pahlawan-pahlawan Pahang.
Perkara ini disebutkan dengan jelas di dalam Hikayat Pahang Cetera 16 dan 17 yang menyatakan bahawa;
‘Tetapi orang-orang Teluk Belanga ada membawa perangai tak baik. Orang-orang Pahang bertunggu kubu siang malam, orang-orang Teluk Belanga mengambil bininya. Itulah kerja yang sehabis-habis tiada baik.’
Akibatnya berlakulah perselisihan faham di kalangan pejuang Tun Mutahir di Kuala Bera yang sekaligus menimbulkan bibit-bibit perpecahan di kalangan mereka.
PAHLAWAN BUGIS DISAPULICIN DALAM PERTEMPURAN KUALA BERA Pada satu petang, angkatan perang Wan Ahmad tiba lalu menyerang kubu Kuala Bera habis-habisan. Dalam pertempuran yang ngeri lagi dahsyat itu, 500 pendekar Bugis mati terbunuh termasuklah Suliwatang, Sutawijaya, Panglima Tunggang, Panglima Kanan, Panglima Ahmad, Panglima Dato Hulubalang Maali, Panglima Awang dari Sungai Benut, Wan Ahmad dari Teluk Belanga, Abdul Hamid dari Batu Pahat dan Penghulu Deraman dari Muar. Ramai di antara mereka terpaksa melarikan diri pulang ke Johor. Angkatan Wan Ahmad mudah menawan Kuala Bera dalam masa yang singkat.
Manakala Sheikh Muhammad Taib, adiknya Sheikh Muhammad Ali dan Haji Abu Bakar dari Perak, Panglima Raja Haji Mat Ali dan Panglima Gagah Ishak berjaya menyelamatkan diri.
Kekalahan orang-orang Bugis itu dianggap sebagai satu kemenangan cemerlang kepada orang-orang Pahang kerana pahlawan-pahlawan Bugis yang memang terkenal dengan kehebatan mereka. Setelah itu, angkatan Wan Ahmad meninggalkan Kuala Bera untuk membantu sahabat-sahabat mereka di Temai.
PERTEMPURAN AKHIR DI TEMAI Setelah bertempur beberapa bulan di Temai tanpa sebarang kesudahan, maka Wan Ahmad merancang untuk menakluki Pahang dengan cara yang berbeza iaitu menyerang Pekan terlebih dahulu. Lalu angkatan perang Wan Ahmad dipecahkan kepada 4 pasukan.
Pasukan pertama yang lebih besar dan lebih gagah yang diketuai oleh Imam Perang Raja Gendut, adiknya Che’ Hasan Mahkota, Imam Perang Mahkota Haji Abdul Halim, Tuan Mandak Sayid Ali Al-Jafri, Imam Perang Raja Panglima Koming, Panglima Dalam Che’ Hitam Pengasuh, Panglima Laut Talib, Panglima Perang Penghulu Wan Kecil, Panglima Kumbang, Panglima Ku Siang, Panglima Tapuk Ali, Panglima Setia Tuan Empok bin Yahya, Panglima Kiri Tuan Kecut, Tok Jebek, Panglima Hitam Bugis Daeng Muhammad serta Panglima Besar Terengganu Sayid Idrus bin Sayid Abdul Rahman, Raja Muda Terengganu, Wan Dagang Kemaman, Che’ Lambak Benta, Wan Buang, Habib Derus, Penghulu Burok Kemaman danorang-orang Kemamandikekalkan untuk meneruskan pertempuran di Temai.
Pasukan kedua sekuat lebih kurang 600 orang pimpinan Panglima Perang Besar Bahaman, Panglima Mamat dan Tuan Embong yang diarahkan untuk menakluki Tanjung Parit dekat Pekan.
Pasukan ketiga yang juga sekuat lebih kurang 600 yang digelapai oleh Imam Perang Khatib Rasu, Orang Kaya Dato Sentul, Imam Perang Jembang, Sutan Kumala Pahang, Baginda Musin, Panglima Mua dan sekumpulan orang-orang Mandailing, Rawa dan Pahang ditugaskan untuk menawan kubu Kampung Masjid yang dipertahankan oleh tentera-tentera upahan Bugis dari seluruh Tanah Melayu.
Manakala pasukan keempat yang mengandungi kekuatan tentera yang hampir sama bilangannya diketuai oleh Maharaja Perba Jelai Wan Idris, anaknya Panglima Kiri @ Datuk Setia Muda Wan Muhammad, Panglima Garang Ishak dan sepasukan orang-orang Jelai untuk menyerang kubu di Kampung Baru. Mengikut rancangan, serangan itu akan dilakukan serentak iaitu sejurus masuknya waktu Subuh.
Pada suatu pagi selepas Subuh sebelum terbitnya matahari, Imam Perang Khatib Rasu, Imam Perang Jembang, Sutan Kumala Pahang, Baginda Musin, Panglima Mua dan sekumpulan 600 orang-orang Mandailing, Rawa dan Pahang telah menyerang dan menawan Padang Bun dan Kampung Masjid. 60 orang Bugis dibunuh dan yang lainnya melarikan diri.
WAN AMAN MENJADI BENDAHARA MUDA PAHANG Sehari selepas itu, kubu-kubu Tun Mutahir di Tanjung Parit dan Kampung Baru turut ditawan dengan mudah. Seluruh bandar Pekan kini ditawan namun tiada pembunuhan yang berlarutan atau rampasan harta-benda yang berlaku. Lalu Bendahara Muda Tun Koris dan adik-beradiknya melarikan diri ke Kampung Jambu. Di sana juga mereka diserang oleh tentera Wan Ahmad. Tun Koris telah ditikam parah oleh seorang pahlawan dari Jelai. Kemudiannya Tun Koris dibawa oleh adik-adiknya berundur menghilir Sungai Pahang dan bersembunyi di Tanjung Teja.
Keadaan menjadi begitu cemas. Tun Mutahir telah uzur dan anaknya Tun Koris masih cedera parah. Ini menyebabkan Orang Kaya Dato Shahbandar Tok Jidin melantik Wan Aman sebagai Bendahara Muda Pahang yang baru walaupun pada masa itu Wan Aman yang sedang sibuk berperang di Temai.
‘Before their departure, Mutahir and Koris fell serious ill and Che Engku Abdul Rahman (Wan Aman) was nominated Bendahara designate by the Shahbandar.’ (88) - Linehan 1973.
Pada suatu hari pada bulan Mei 1863 semasa tentera Wan Ahmad sibukmenyerang Tanjung Teja, Sheikh Muhammad Taib, Sheikh Muhammad Ali dan Haji Abu Bakar telah membawa Bendahara Tun Mutahir, kakaknya Wan Long dan Tun Koris yang masih cedera parah itu serta pengikut-pengikut mereka telah menyusup keluar dari istana dan menghilir Sungai Pahang lalu melarikan diri ke Johor. Setibanya di Kuala Pahang, dengan tidak disangka-sangka Tun Koris telah meninggal dunia.
Maka hutang darah orang-orang Jelai akhirnya berbayar juga. Darah Wan Embong anak kepada Maharaja Perba Wan Idris dahulu akhirnya terbalas juga dengan kematian Tun Koris. Ini ialah kerana sebelum ini rakyat Jelai merasa sangat marah dengan kematian Wan Embong dahulu.
Pasukan Kemaman yang diketuai Panglima Besar Terengganu Sayid Idrus bin Sayid Abdul Rahman telah bertindak memburu rombongan Tun Mutahir, Wan Long, Sheikh Muhammad Taib, Sheikh Muhammad Ali, Haji Abu Bakar serta pengikut-pengikut mereka. Namun di pertengahan jalan, pasukan Sayid Idrus telah ditimpa ribut petir sabung-menyabung yang menyebabkan mereka hanyut dan terdampar di tepi pantai dekat muara Sungai Mersing.
Di situlah Sayid Idrus dan kontinjen Kemaman menetap dan membuka kampung yang dinamakan Kampung Tanjung. Sayid Idris kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1880 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tanjung dekat Mersing.
Dalam perjalanan rombongan Tun Mutahir, Wan Long, Sheikh Muhammad Taib, Sheikh Muhammad Ali dan Haji Abu Bakar ke Kuala Sedili, Wan Long tiba-tiba sakit dan meninggal dunia. Namun rombonganitu tetap meneruskan perjalanan dengan membawa jenazah Wan Long ke Kuala Sedili. 4 hari kemudian setibanya di Kuala Sedili, Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir pula mangkat. Kedua-dua jenazah itu dibawa ke satu tempat yang bernama Tanjung Puteri di Johor dan dimakamkan di sana.
Setelah bertempur selama 7 bulan, perang di Temai masih tidak berkesudahan. Akhirnya pada awal Jun 1863, saki-baki pasukan Tun Mutahir di Temai pimpinan Wan Aman, Wan Enda, Imam Perang Pahang Muhammad Akil, Khatib Baharin, Sayid Ahmad serta Tuanku Raja Asal dan pasukan Dana Padri akhirnya tertewas juga. Dalam pertempuran terakhir itu, Wan Aman telah ditikam luka parah dan diselamatkan oleh Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing. Pahlawan Mandailing terkenal yang tidak mahu berundur atau menyerah kalah Jabaringking telah terkorban.
‘Perang Saudara antara Bendahara Wan Ahmad dan Bendahara Tun Mutahir telah mula tercetus pada tahun 1857 dan kesudahan peperangan itu dimenangi oleh Wan Ahmad pada tahun 1863.’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Tuanku Raja Asal, Jamantiko, Jakaloka, Malim Panjang dan lain-lain yang terselamat di dalam Perang Temai itu telah melarikan diri ke Ulu Kelang bersama-sama denganputera-putera kepada Tun Mutahir iaitu Wan Aman yang luka parah, Wan Enda dan Wan Abdullah.
‘Raja Asal yang diam di Pahang itu apabila Bendahara Tun Mutahir dapat dialahkan oleh adiknya Wan Ahmad telah mengundurkan diri ke negeri Selangor bersama-sama dengan Wan Da dan Wan Aman (anak-anak Tun Mutahir).’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Namun pengunduran Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing ke Ulu Kelang itu adalah secara mengejut dan tergesa-gesa. Wan Puteh yang berada di istana di Pekan Seberang telah dikepung oleh pahlawan-pahlawan Pahang dan tidak dapat dibawa sekali pada masa itu.
Lalu Malim Panjang telah menawarkan diri untuk menculik dan menyelamatkan Wan Puteh untuk dibawa pulang ke Ulu Kelang. Malim Panjang segera pergi ke istana Pekan Seberang berseorangan. Di sana seluruh kawasan Pekan dikawal rapi oleh orang-orang Wan Ahmad. Dengan menggunakan pelbagai ilmu hikmatnya, kononnya Malim Panjang berjaya menculik dan membawa pulang Wan Puteh ke Ulu Kelang tanpa dilihat oleh tentera Wan Ahmad. Orang-orang Pahang yang tidak tahu perkara yang sebenarnya mempercayai bahawa Wan Puteh telah hilang melarikan diri.
‘The Mandailings and Rawas who revolted in Pahang, and had been driven into Selangor.’ (95) – Linehan 1973.
Kekalahan dan kegagalan Tuanku Raja Asal di Pahang tidaklah menghairankan kerana beliau tidak mempunyai bilangan tentera dan pengikut yang ramai untuk membabitkan diri dalam peperangan.
‘When Tun Mutahir was defeated, Raja Asal and his wife Wan Puteh fled to Ulu Klang.’ – The Sunday Star, 6 Feb 1983.
Kemenangan angkatan perang Wan Ahmad itu disambut dengan besar-besaran oleh rakyat Pahang. Ia juga menandakan tamatnya kekejaman yang pernah dilakukan oleh Tun Koris. Pada 10 Jun 1863 Wan Ahmad telah dilantik oleh jemaah menteri majlis diraja Pahang sebagai Bendahara Sri Wak Raja yang baru. Ibu negeri Pahang pun serta-merta ditukarkan dari Pekan ke Kuala Pahang.
Adiknya Wan Mansur bin Tun Ali dilantik sebagai pemangku pemerintah Pahang bergelar Bendahara Muda Pahang. Manakala Khatib Baharin, Panglima Tapuk Ali dan Pendekar Lawi telah dilantik sebagai pengiring dan pengapit kepada Wan Mansur. Engku Ngah bin Tun Koris pula dilantik sebagai Raja Bendahara dan Wan Mahmud bin Wan Ismail menjadi Raja Temenggung.
Maka Sultan Ahmad bin Tun Ali pun berkenan menganugerahkan pahlawan-pahlawan yang telah berjasa kepada baginda. Antaranya adalah Orang Besar Berempat iaitu
a. Panglima Kiri @ Datuk Setia Muda Jelai Wan Muhammad bin Wan Idris dilantik menggantikan bapanya sebagai Maharaja Perba Jelai.
b. Tok Jidin dikekalkan menjadi Orang Kaya Dato Shahbandar Tok Jidin.
c. Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal dikekalkan menjadi Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor.
d. Orang Kaya Indera Segara Temerloh dikekalkan menjadi Orang Kaya Indera Segara Temerloh.
Semua Orang Besar Berempat tersebut mempunyai kuasa penuh dalam daerah masing-masing termasuklah mengutip cukai dari hasil bumi dan hutan untuk sara hidup mereka dan pengikut-pengikut mereka.
TUANKU RAJA ASAL BERKUBU DI ULU KELANG
Pada akhir peperangan tersebut dalam bulan Jul 1863, Tuanku Raja Asal berundur dari Pahang ke Ulu Kelang. Tuanku Raja Asal kemudiannya mengambil keputusan untuk berkubu di Ulu Kelang.
‘Raja Asal the renegade Mandailing chief from Ulu Klang’ (364) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Di sana, Tuanku Raja Asal telah mengarahkan pejuang-pejuang Mandailing untuk membina sebuah kubu perang yang menghala ke negeri Pahang sebagai persediaan pertahanan menghadapi serangan balas tentera Pahang dalam jangkamasa panjang. Kubu yang terletak di Bukit Tabor di Ulu Kelang itu kemudiannya dinamakan Kota Permulas.
‘a fort “Permulas” held by Raja Asal’s Mandailing.’ (96) – Linehan 1973.

Di Kota Permulas inilah Tuanku Raja Asal menempatkan kaum keluarganya iaitu Wan Puteh, Wan Aman, Wan Da dan Wan Dollah serta lain-lain pengikut Tuanku Raja Asal seperti Malim Panjang, Tok Katin, Jamantiko dan Jakaloka yang terselamat dalam peperangan di Pahang itu. Oleh kerana panglima kanan Tuanku Raja Asal yang bernama Jabaringking telah terkorban di dalam peperangan tersebut, maka Tuanku Raja Asal telah melantik Malim Panjang dan Tok Katin sebagai panglima-panglima perang yang baru dengan gelaran Imam Perang Malim Panjang dan Imam Perang Tok Katin @ Panglima Katin. Imam Perang Malim Panjang dilantik atas jasanya menyelamatkan Wan Puteh semasa Perang Pahang. Oleh kerana Tuanku Raja Asal tinggal buat beberapa ketika di Ulu Kelang, beliau turut dikenali sebagai ketua orang-orang Mandailing di Ulu Kelang.
‘He had been head of the Mandailings in Ulu Klang.’ (148) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
Pada masa yang sama, Tuanku Raja Asal dan orng-orang Mandailing di Ulu Kelang membuka beberapa kawasan perlombongan bijih timah di sana.
‘...tin export from Ulu Klang.’ (244) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘He was an experienced miner, having once mined in the Kanching Hills in Ulu Selangor’ (364) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
EPISOD 8
KEDATANGAN TUANKU RAJA ASAL KE KUALA LUMPUR
‘The traditional seat of Malay authority in Kuala Lumpur was a stockade, originally built in 1860s, on Bukit Nanas.’
J.M. Gullick 1993
Tuanku Raja Asal @ Jaasai menerima undangan Sutan Naposo @ Sutan Puasa untuk menetap di Kuala Lumpur @ Muara Bustak. Beliau telah turun ke Kampung Lipat Kajang di Kelang untuk bertemu dan berbincang akan hal ini dengan Ketua Tertinggi saki-baki pasukan Padri iaitu Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi. Setelah mendapat restu, beliau pun bersiap-sedia untuk berpindah ke Kuala Lumpur.
‘Raja Asal, leader of the miners of Ulu Klang.’ (210) – Gullick 1955.
Tuanku Raja Asal telah diberikan pilihan oleh Sutan Naposo untuk tinggal di kaki Bukit Gombak. Beliau juga disyorkan untuk mengambilalih tempat mengutip cukai Sutan Naposo di Sungai Kelang. (I:3) – Adnan Haji Nawang. Lantaran itu, perkara pertama yang dilakukan oleh Tuanku Raja Asal adalah membina sebuah perkampungan orang-orang Mandailing serta dengan pondok-pondok pengajian agama Islam di kaki Bukit Gombak.
Seperti yang sering dilakukan oleh pembesar-pembesar dahulukala, Tuanku Raja Asal membina sebuah kubu perang di puncak Bukit Gombak untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan perang dan stor menyimpan hasil bijih timah. Tuanku Raja Asal mengarahkan pengikut-pengikutnya menanam pokok-pokok nenas di sekeliling lereng bukit tersebut. Oleh kerana banyaknya pokok-pokok nenas ditanam di sekeliling Bukit Gombak, maka itulah Bukit Gombak bertukar nama menjadi Bukit Nanas. Penanaman pokok-pokok nenas itu bertujuan untuk menghalang musuh-musuh daripada menyusup naik ke atas bukit tersebut yang merupakan kubu pertahanan dan juga gudang menyimpan bijih timah. Adalah difahamkan bahawa betapa kebal pun seseorang itu, kulitnya tetap akan ditembusi oleh duri nenas. Maka itu pokok nenas tersebut adalah satu benteng pertahanan di zaman dahulukala. Kampung tersebut akhirnya dinamakan Kampung Bukit Nanas sempena nama Kampung Bukit Nanas di Sungai Ujung yang pernah didiami oleh beliau.
Ini bertepatan dengan apa yang tercatat di dalam buku tulisan J.M. Gullick 1955 sebagai
‘The traditional seat of Malay authority in Kuala Lumpur was a stockade, originally built in 1860s, on Bukit Nanas.’ (15)
Pada masa inilah Tuanku Raja Asal berpindah ke Kuala Lumpur dan nama bukit tersebut bertukar dari Bukit Gombak kepada Bukit Nanas.
Catatan di atas sekaligus mengesahkan bahawa pusat pemerintahan Kuala Lumpur pada tahun 1860an adalah Bukit Nanas yang merupakan kubu orang-orang Mandailing dan bukannya Ampang walaupun pada masa itu Raja Abdullah bin Raja Jaafar telah dilantik sebagai Orang Besar Jajahan Kelang dan melombong di Ampang.
‘The center of Malay power of Kuala Lumpur, such as it was, lay in the stockade built on Bukit Nanas.’ (17) Sekali lagi J.M. Gullick 2000 menegaskan kedudukan Bukit Nanas dan kekuasaan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur.
Dengan terbinanya kubu perang di Bukit Nanas tersebut, Tuanku Raja Asal dan orang-orangnya mula melombong di Kuala Lumpur. Perkara ini ada dinyatakan oleh J.M. Gullick 2000 sebagai ‘The leading Malay miners, such as Raja Asal.’ (27) Tuanku Raja Asal menjadi terkenal dan kaya di dalam perusahaan dan perniagaan bijih timah di Kuala Lumpur. Sebahagian daripada keuntungan tersebut telah disalurkan ke dalam Dana Padri bagi meneruskan cita-cita dan perjuangan mereka untuk mengusir Belanda dari Tanah Besar Sumatera.
J.M. Gullick 1955 juga menambah bahawa
‘The Fort was probably the stockade on Bukit Nanas which, since the early years of Kuala Lumpur, had been the headquarters of senior Malay figure in the town.’ (154)
Perkataan ‘Malay’ di sini sebenarnya bermaksud orang-orang Mandailing kerana kubu Bukit Nanas adalah kubu orang-orang Mandailing.
Kenyataan tersebut membuktikan bahawa orang-orang Mandailing sangat berkuasa dan merupakan ‘de facto ruler’ di Kuala Lumpur pada masa itu. Walaupun Sutan Naposo merupakan Waris Negeri Kuala Lumpur yang berkuasa di dalam hal-ehwal tempatan, namun Tuanku Raja Asal merupakan pemimpin pasukan perang yang sangat dihormati di Kuala Lumpur. Justeru itu jelas bahawa ‘The Fort was probably the stockade on Bukit Nanas’ itu adalah kubu Bukit Nanas yang dibina oleh Tuanku Raja Asal sebagai pemimpin pasukan dana Padri yang terdiri daripada pelbagai kaum pendatang dari Sumatera seperti orang-orang Mandailing, Rawa, Bengkulu, Kerinci, Kampar, Tolu dan lain-lain. Fakta yang menyatakan kubu tersebut dibina pada sekitar 1860an bertepatan dengan waktu Tuanku Raja Asal berpindah ke Kuala Lumpur.
Ini berbeza dengan kedudukan Sutan Naposo yang merupakan ketua orang-orang Mandailing sahaja selain daripada merupakan Waris Negeri yang membuka Kuala Lumpur. Justeru itu ‘the senior Malay figure in town’ yang dimaksudkan oleh J.M. Gullick 1955 itu merupakan Tuanku Raja Asal dan bukan Sutan Naposo. Kedudukan Sutan Naposo lebih merupakan tokoh dan lambang ketuanan Mandailing di Kuala Lumpur tetapi Tuanku Raja Asal merupakan seorang pemimpin yang berkuasa pada masa itu.
Perkara yang menyentuh soal kepimpinan tersebut ada dinyatakan oleh Buyong Adil 1971 sebagai;
‘Orang-orang Melayu Mandailing dari Kuala Lumpur di bawah pimpinan Raja Asal ...’ (57)
Ini bermaksud pasukan perang Dana Padri yang majoritinya orang-orang Mandailing itu adalah diketuai oleh Tuanku Raja Asal dan bukannya Sutan Naposo.
Sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin masyarakat Mandailing dan panglima perang pasukan dana Padri, beliau telah membina sebuah Bagas Godang di atas Bukit Nanas bagi menerima tamu dan mengadakan rundingan perniagaannya. Bagas Godang inilah yang disalahertikan oleh sesetengah ahli sejarah sebagai istana lama Melayu di Bukit Nanas. (41) – Wood (15) – Gullick 1955.
Adalah tepat jika dinyatakan bahawa Tuanku Raja Asal merupakan orang yang membina kubu Bukit Nanas dan bukan Sutan Naposo kerana
a. Tuanku Raja Asal adalah pemimpin pasukan perang Dana Padri. Sebagai seorang panglima perang, sudah tentu beliau memerlukan sebuah kubu pertahanan.
b. Sutan Naposo adalah seorang Waris Negeri yang membuka Kuala Lumpur dan merupakan seorang ahli perniagaan. Walaupun beliau menjadi ketua orang-orang Mandailing di situ, namun beliau bukanlah seorang panglima perang yang memerlukan sebuah kubu pertahanan. Sutan Naposo telah membuka Kuala Lumpur sejak 1818 tetapi beliau tidak pernah disebut mendirikan sebarang kubu pertahanan perang di Kuala Lumpur
c. nama Tuanku Raja Asal seringkali disebut dan digambarkan sebagai pemimpin pasukan perang Mandailing di Kuala Lumpur.
d. Sutan Naposo kemudiannya disebut sebagai pemimpin Mandailing yang berpengaruh di Gombak
e. fakta-fakta mengenai kubu Bukit Nanas hanya timbul selepas 1860an setelah kedatangan Tuanku Raja Asal sedangkan Sutan Naposo telah wujud di Kuala Lumpur sejak 1818.
f. semasa pertempuran Bukit Nanas pada bulan Mac 1873 di dalam Perang Kuala Lumpur, Sutan Naposo langsung tidak disebut berada di dalam kubu Bukit Nanas untuk mempertahankannya. Tidak mungkin seorang yang begitu terkenal seperti Sutan Naposo langsung tidak disebut di dalam pertempuran di Bukit Nanas tersebut. Ini dengan sendirinya membuktikan bahawa kubu tersebut bukanlah milik beliau. (17) - Gullick 2000. Donald Tugby juga memperkukuhkan pendapat tersebut dengan menyatakan perkara yang sama. (148) Fakta ini sekali lagi disokong oleh Frank A. Swettenham di dalam Journal Harian beliau. (252) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham). Tidak syak lagi bahawa kubu Bukit Nanas adalah kubu pertahanan Tuanku Raja Asal. Itulah sebabnya Tuanku Raja Asal bermati-matian mempertahankan kubu Bukit Nanas walaupun telah dikepung selama hampir 5 bulan dan terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan untuk mempertahankannya. Hanya pemilik atau tuanpunya kubu tersebut sahaja yang sanggup berbuat demikian hingga ke saat yang terakhir kejatuhan kubu tersebut.
Pada masa yang sama, Tuanku Raja Asal turut berusaha menguatkan kedudukannya di Kuala Lumpur dengan mencari dan mengambil lebih ramai pendekar perkasa keturunan Mandailing untuk bekerja dengan beliau. Antaranya adalah Jabarumun bin Sutan Bangun yang diambil sebagai panglima perang di Kota Permulas di Ulu Kelang dengan gelaran Imam Perang Harimau Berantai @ Imam Perang Jabarumun, adiknya Japaruhum bin Sutan Bangun yang turut mendapat gelar Dato Kelana Japaruhum dan ditempatkan di Ulu Kelang, Pendekar Marusin @ Haji Husin orang Rawa yang turut ditempatkan di Kota Permulas dengan gelaran Dato Hulubalang Haji Marusin, dan beberapa pahlawan Mandailing yang lain seperti Jabaringin, Jabintang, Jamalintang, Jabalun, Jaboji, Jabinanga, Sutan Mogal yang digelar Sutan Mogal Babiat Jolma dan Jamangitung yang dipanggil Jamangitung Serigala Tonga.
Tuanku Raja Asal turut mengambil ramai pekerja dari kalangan orang-orang Jawa yang mula berhijrah ke Tanah Melayu. Pada masa itu terdapat beberapa kumpulan orang-orang Jawa yang berhijrah ke Kuala Lumpur akibat dari masalah kebuluran di Jawa Tengah pada tahun 1843–1848. (373) – Ibrahim Saad.
Orang-orang Jawa ini bekerja dengan Tuanku Raja Asal sebagai pembuka hutan dan ladang di kawasan Ulu Kelang. Itulah sebabnya Tuanku Raja Asal sering disalahanggapkan oleh orang-orang yang baru berhijrah ke Kuala Lumpur sebagai ‘seorang kepala Jawa.’ (III:2) – Adnan Haji Nawang.
Dengan sokongan dan bantuan Sutan Naposo, perniagaan bijih timah Tuanku Raja Asal bertambah maju. Sebab itulah tidak lama selepas itu Tuanku Raja Asal telah membuka sebuah gudang untuk menyimpan barang-barang untuk dijual ke Kelang di Kampung Damar Sara. Ternyata pada masa itu Tuanku Raja Asal sudah mula menguasai perniagaan penghantaran dan pengangkutan barang-barang dagangan dari Kuala Lumpur ke Kelang dan sebaliknya. Sutan Naposo menggalakkan kegiatan Tuanku Raja Asal di Kuala Lumpur bagi mengimbangi kekuatan pembesar-pembesar Bugis di sekitar Kuala Lumpur.
Tuanku Raja Asal menjadi bertambah kaya sehingga terpaksa melantik beberapa orang agen untuk menjual bijih timah di beberapa kawasan yang strategik bagi meningkatkan keuntungan perniagaan tersebut. Antaranya adalah Baginda Kolang dan orang-orangnya yang menjual bijih timah dan budak-budak Batak (hamba atau hatoban) yang ditangkap dan ditawan oleh pasukan Gerila Padri di Tanah Besar Sumatera dan dijual di pelabuhan-pelabuhan seperti Kelang, Kuala Bidor, Teluk Batak (Teluk Batik di Lumut), Melaka, Pulau Pinang dan Pulau Phuket.Pulau Phuket pada masa itu terkenal dengan hasil ikan yang banyak. Antaranya ialah ikan yang dipanggil dalam bahasa Mandailing sebagai ikan Patung.
‘Ikan Patong – small – deep-greenish stripes.’ (261) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Berdasarkan rangkaian urusniaga yang begitu besar dan mengambil jarak perjalanan yang jauh, Baginda Kolang dibantu oleh seorang saudara sepupunya yang bernama Sutan Kumala Porang sebagai agen yang menjalankan urusniaga bijih timah dan penjualan budak Batak di Pulau Pinang dan Pulau Phuket.
‘Tin mined in Selangor, Sungai Ujong and Perak found its way to Malacca.’ (xiv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Kegiatan menjual budak-budak Batak telah pun berlaku sejak tahun 1820an lagi oleh angkatan Padri yang begitu aktif berperang dengan negeri-negeri di Tanah Besar Sumatera yang tidak mahu tunduk dengan pemerintahan Islam pada masa itu. Di Pulau Pinang dan Melaka, budak-budak Batak ini dijual kepada orang-orang Inggeris dan saudagar-saudagar Cina dan India. Di Kelang, mereka dijual kepada raja-raja dan pembesar-pembesar Selangor. Di Kuala Bidor dan Teluk Batak, mereka diniagakan kepada raja-raja dan pembesar-pembesar Perak manakala di Pulau Phuket pula budak-budak Batak ini dijual kepada raja-raja dan orang-orang tempatan di sana. Penjualan budak-budak Batak oleh angkatan Padri ini adalah sebagai ganti barang dagangan untuk mendapatkan senjata dan ubat bedil. (85) – W.B. Sidjabat.
‘No doubt in Pulau Pinang there was a special house at which Mandailings could spend a comfortable and informative night of two. There is now no Mandailing community there.’ (148) – Tugby. Maka tidaklah menghairankan jika orang-orang Mandailing khususnya di bawah pimpinan Sutan Kumala Porang dikatakan pernah bermastautin di Pulau Pinang dan berulangalik ke Pulau Phuket.
Pada masa itu Pulau Pinang, Dinding, Melaka dan Singapura merupakan Negeri-Negeri Selat yang masih lagi ditadbir secara langsung oleh Inggeris melalui East India Company. Hanya pada tahun 1867, pentadbiran tersebut diambilalih oleh kerajaan Inggeris di London.
Dengan kedatangan Tuanku Raja Asal dan pasukan perang dana Padri ke Kuala Lumpur, maka perimbangan kuasa politik di Kuala Lumpur lebih memihak kepada orang-orang Mandailing. Oleh kerana itu Dato Bandar Yasih, Dato Manteri Sumun serta pegawai-pegawai mereka lebih menumpukan kegiatan mereka di kampung-kampung orang Melayu Batu Bara.
Pada masa itu telah terdapat 2 buah kubu perang yang dibina oleh Tuanku Raja Asal bagi mempertahankan Kuala Lumpur iaitu;
a. kubu besar Bukit Nanas di Kuala Lumpur
b. kubu Kota Permulas di Bukit Tabor di Ulu Kelang yang menghala ke Pahang
Oleh itu berdasarkan corak kubu pertahanan yang dibina oleh Tuanku Raja Asal, maka sistem pertahanan yang digunakan hanya menjangkakan serangan mengejut musuh yang datang dari Pahang melalui Ulu Kelang.
Sememangnya sebelum itu Tuanku Raja Asal tidak pernah bermusuh dengan Tengku Kudin dan Inggeris dan disebabkan itulah Tuanku Raja Asal tidak pernah menjangkakan serangan mengejut musuh dari Kelang.

N
Panduan:
- Kubu perang
Kuala Lumpur
Kubu
Ulu Kelang
ke Kelang Kubu Bukit Nanas ke Pahang
Panduan:
- Kubu perang
Kuala Lumpur
Kubu
Ulu Kelang
ke Kelang Kubu Bukit Nanas ke Pahang
Diagram 9 – Kubu yang Dibina oleh Tuanku Raja Asal
Pada masa itu kubu Ulu Kelang dikawal oleh Imam Perang Jabarumun sambil dibantu oleh adiknya Jabarungun dan kawan karibnya Haji Marusin manakala kubu Bukit Nanas dipimpin sendiri oleh Tuanku Raja Asal sambil dibantu oleh Imam Perang Malim Panjang, Imam Perang Katin, Jabaringin, Jabintang, Jaboji, Jabalun, Jamangitung Serigala Tonga dan Sutan Bangun Babiat Jolma.
KEWUJUDAN TAPAK ISTANA DI BUKIT NANAS
Di dalam peta Kuala Lumpur pada tahun 1889 yang dilakarkan oleh W.T. Wood dalam mukasurat 41, ada mencatatkan sebuah istana usang yang terletak di puncak Bukit Nanas. Pada tahun 1888 ada ura-ura dari Sultan Abdul Samad yang merupakan Sultan Selangor pada masa itu untuk menjadikan tapak runtuhan istana lama tersebut sebagai tapak istana baru negeri Selangor.
Ini dicatatkan oleh Thomas Braddell seperti berikut;
‘During the first ten years of colonial rule there was little money to spare, but by 1888 the dilapidated structure had been rebuilt as ‘an astana on a plan chosen by His Highness.’ But, by now the State Government had launched into a more ambitious building programme and the Bukit Nanas building was evidently deemed too small or otherwise unsuitable – it was later used as the state museum.’ (15) – Gullick 1955.
Pada masa itu hanya orang-orang Mandailing sahaja yang tinggal di sekitar Bukit Nanas. Kubu pertahanan di situ telah dibina oleh Tuanku Raja Asal yang merupakan pemimpin orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Oleh yang demikian logiknya ‘the dilapidated structure’ di atas tapak istana tersebut tentulah dimiliki oleh seorang pemimpin Mandailing yang berkubu di Bukit Nanas. Bangunan yang terdapat di atas tapak istana tersebut dikenali sebagai Bagas Godang Mandailing atau dalam bahasa Melayunya Istana Mandailing.
Yang lebih menarik lagi, terdapat satu peta lama dalam mukasurat 219 di dalam The Journals of Frank A. Swettenham yang melakarkan dengan jelas tapak istana yang dikenali sebagai Bagas Godang Mandailing atau dalam bahasa Melayunya Istana Mandailing. Lakaran itu mencata Istana Mandailing itu sebagai ‘Malay Rajah’s house on hill.’ – Burns.
Malahan Bukit Nanas yang merupakan kubu perang pasukan Dana Padri pimpinan Tuanku Raja Asal juga dihiasi dengan taman-taman bunga yang melengkapkan ciri-ciri sebuah Istana Mandailing. Perkara ini dinyatakan dengan jelas sebagai ‘high ground in gardens.’ Oleh Frank A. Swettenham di dalam Journal Harian beliau. (219) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
TUANKU RAJA LAUT MELAWAT TUANKU RAJA ASAL DI KELANG
Selepas berpindahnya Tuanku Raja Asal ke Kuala Lumpur, Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri pulang ke Kampung Lipat Kajang di Kelang bagi melawat kaum keluarga mereka di sana. Mereka disambut oleh Tuanku Raja Asal, Baginda Kolang dan beberapa orang penting di dalam perjuangan Padri.
Pada malam itu selepas mereka menunaikan Solat Isyak berjemaah, mereka mengadakan satu kenduri doa selamat. Di dalam pertemuan itu, Tuanku Raja Laut menasihati Tuanku Raja Asal;
Salah pertama pendapatan,
Kali kedua jangan diulang.
Tuanku Raja Laut berharap Tuanku Raja Asal dapat melupakan pembabitannya secara peribadi di dalam Perang Saudara Pahang 1857-1863 dan menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam usaha memperkukuhkan dana perjuangan Padri.

EPISOD 9
MANDAILING BERPERANG DI PAHANG
SEMASA PERANG KELANG
‘Zich niet Mandailingers van deze groep hebben gescheiden en gevoegd bij de zich tot een afzonderlijke groep onder den naam Batakkers gevormd hebbende Mohammedanen, uit gemelde afdeelingen Sipirok, Padang Lawas en Angkola afkomstig.’ Vonnis de Raad Van Justitie Te Medan No. 1/1926 Civ, 12 Feb 1926 Tidak lama selepas menetap di Kuala Lumpur @ Muara Bustak, isteri kepada Tuanku Raja Asal @ Jaasai iaitu Wan Puteh @ Cik Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali telah memujuk Tuanku Raja Asal untuk membantu anak-anak saudaranya iaitu Wan Aman @ Wan Abdul Rahman, Wan Da @ Wan Enda dan Wan Dollah @ Wan Abdullah untuk melancarkan serangan ke atas Pahang serta mengembalikan takhta kerajaan Pahang kepada keluarga Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir.
‘Isteri Raja Asal inilah yang memainkan peranan penting dalam pergolakan peperangan’ – Mingguan Malaysia, 2 Mac 1980.
Pada mulanya Tuanku Raja Asal tidak mahu melibatkan diri di dalam serangan ke atas Pahang. Tetapi oleh kerana terlalu sayang dan kasih kepada isterinya yang muda dan jelita itu, maka Tuanku Raja Asal tunduk kepada desakan Wan Puteh walaupun tindakannya menyerang Pahang itu bertentangan dengan nasihat Ketua Tertinggi saki-baki pasukan Padri iaitu Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi.
Tuanku Raja Asal telah mengarahkan pasukan perang dana Padri di bawah pimpinan Imam Perang Malim Panjang bersiap-sedia untuk melancarkan serangan ke atas Pahang. Maka pada tahun 1866 itu, Tuanku Raja Asal telah membawa pasukan dana Padri bersama-sama dengan Wan Aman, Wan Da, Wan Dollah, panglima Rawa iaitu Sutan Bengkulu, Engku Sutan dan Raja Ibrahim serta pengikut-pengikut mereka melancarkan serangan ke atas Pahang. Serangan ini bertujuan untuk melemahkan angkatan perang Pahang supaya lebih mudah bagi anak-anak Tun Mutahir merampas kuasa pada satu ketika nanti.
‘Bendahara Mutahir’s surviving sons Wan Aman (Abdul Rahman), Wan Da, and Wan Abdullah made an attempt to regain their father’s country about the year 1866.’ (92) - Linehan 1973. Tuanku Raja Asal berharap serangan tersebut dapat mengembalikan keyakinan pembesar-pembesar dan rakyat Pahang terhadap kemampuan anak-anak Tun Mutahir untuk berkuasa semula. Malangnya anak-anak Tun Mutahir tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk meraih sokongan pembesar dan rakyat Pahang bagi menyokong mereka.
‘The Mandailings and Rawas who revolted in Pahang, and had been driven into Selangor, were using that state as a base for lightning raids into Pahang.’ (95) - Linehan 1973. Adalah tidak tepat bagi kebanyakan penulis sejarah yang menyatakan bahawa orang-orang Mandailing dan orang-orang Rawa itu sebagai pemberontak dan penderhaka di dalam Perang Saudara Pahang 1857-1863. Sebenarnya orang-orang Mandailing dan orang-orang Rawa pada masa itu sekadar membantu mempertahankan hak pemerintah asal Pahang yang diwariskan oleh Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir kepada anak-anaknya.
‘Raja Asal was obliged to fight for Tun Mutahir.’ - The Sunday Star, 8 Feb 1983.
Pemberontak dan penderhaka yang sebenarnya adalah Wan Ahmad yang merampas takhta kerajaan Pahang dari abangnya Tun Mutahir. Wan Ahmad telah mendapatkan bantuan kerajaan Terengganu bagi mencapai matlamat tersebut. Sedangkan Tun Mutahir adalah Bendahara dan pemerintah yang sah dan yang sedang memerintah negeri Pahang pada masa itu. Orang-orang Mandailing dan Rawa di bawah pimpinan Tuanku Raja Asal ketika itu menyokong dan mempertahankan Tun Mutahir untuk menghapuskan pemberontakan dan perderhakaan Wan Ahmad. Jika orang-orang Mandailing dan Rawa berjuang untuk mengembalikan hak pemerintahan kepada yang berhak, maka tidak logik jika ahli-ahli sejarah menyatakan orang-orang Mandailing dan Rawa itu sebagai pemberontak dan penderhaka.
‘...Che Engku Abdul Rahman (Wan Aman) was nominated Bendahara designated by the Shahbandar.’ (88) - Linehan 1973. Adalah tidak tepat juga untuk menyatakan orang-orang Mandailing dan orang-orang Rawa itu sebagai pemberontak, pengacau dan perosak di dalam serangan-serangan mereka ke atas Pahang pada tahun 1866, 1868 dan 1870 kerana pada masa itu mereka berjuang untuk mengembalikan hak kepada yang berhak iaitu Wan Aman anak kepada Bendahara Tun Mutahir yang telah ditabalkan sebagai Bendahara Pahang oleh Dato Shahbandar semasa kemangkatan Tun Mutahir. Justeru itu Wan Aman adalah waris yang sah ke atas kerajaan Pahang. Perjuangan orang-orang Mandailing dan orang-orang Rawa membantu Wan Aman bukanlah satu pemberontakan atau penderhakaan, sebaliknya adalah satu perjuangan untuk menuntut hak dan keadilan.
‘Upon their (Tun Mutahir & Tun Koris) deaths, Wan Aman was nominated by the Shahbandar, as the Bendahara designate, but he was a ruler without a country.’ (29) – Aruna Gopinath 1991.
Maka jelas orang-orang Mandailing di Pahang di bawah pimpinan Tuanku Raja Asal sebenarnya merupakan kumpulan pejuang-pejuang yang membela kebenaran dengan mempertahankan pemerintah yang sedia ada iaitu Bendahara Tun Mutahir dan putera-putera baginda iaitu Tun Koris dan Wan Aman yang merupakan waris-waris yang sah kepada Bendahara Tun Mutahir. Namun perjuangan ini lebih bersifat perjuangan peribadi Tuanku Raja Asal kerana beliau melibatkan diri di dalam perjuangan tersebut di atas dasar membela dan mempertahankan keluarga isteri, keluarga mertua dan keluarga ipar beliau. Perjuangan tersebut bukan sahaja tidak pernah mendapat keizinan atau bantuan dari Ketua Tertinggi pasukan Padri Tuanku Raja Laut, malahan ianya bercanggah dengan pesanan yang telah diberikan oleh Tuanku Raja Laut kepada Tuanku Raja Asal. Justeru ini perjuangan orang-orang Mandailing di Pahang bukanlah satu perjuangan besar Padri atau perjuangan besar Mandailing yang boleh dibanggakan. Ianya tidak lebih dari perjuangan dan pembelaan ke atas keluarga isterinya sahaja.
Maka pada tahun 1866 itu, rombongan Tuanku Raja Asal ini telah memudiki Sungai Kelang dari Kuala Lumpur dan menuju ke pelabuhan Kelang. Dari Kelang, mereka bergerak ke Rembau lalu menuju ke Teriang. Tetapi kedatangan mereka telah dikesan oleh tentera Pahang. Di Teriang, sepasukan tentera Pahang di bawah pimpinan Haji Mat Tahir dari Ter yang dihantar oleh Wan Ahmad telah menunggu ketibaan rombongan Tuanku Raja Asal itu.
Tentera Pahang telah membina sebuah kubu di satu tempat yang dikenali sebagai Jerang di Ulu Teriang. Maka berlakulah satu pertempuran yang sengit. Dalam pertempuran tersebut, rombongan Tuanku Raja Asal mudah menewaskan tentera Pahang lalu menawan kubu Jerang tersebut. Haji Mat Tahir sempat melarikan diri.
Namun tidak lama selepas itu tibalah satu angkatan besar tentera Pahang dari Pekan yang diketuai oleh Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor @ Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Orang Kaya Indera Segara Temerloh dan Tuan Mandak Sayid Ali Al-Jafri serta adiknya Tuan Embong lalu menyerang rombongan Tuanku Raja Asal itu. Rombongan Tuanku Raja Asal yang kecil tidak dapat menahan serangan tersebut lalu terpaksa berundur pulang ke Kuala Lumpur melalui Kelang. Namun pertempuran tersebut memakan masa sebulan lamanya.
‘Segala orang-orang Rawa Mandailing yang telah menderhaka di Pahang, dihalaukan sekalian mereka itu duduk di Selangor, selalu datang ke Pahang membuat kacau dan rosak, kemudian lari balik ke Selangor.’ - Hikayat Pahang, Cetera 30.
PERANG KELANG MELETUS
‘This was the beginning of ten years warfare in the state, first between groups of Malays, ...’ (25) - S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick.
Setelah menjadi Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad menjadi semakin berkuasa. Pada 6 Mac 1866, baginda telah melantik seorang saudagar British yang bernama William Henry Read dan jutawan Cina Negeri-Ngeri Selat Tan Kim Ching untuk memungut cukai bagi pihak baginda di Kuala Kelang. Perlantikan tersebut dibuat kerana Raja Abdullah gagal melaksanakan tugas tersebut dengan baik. Kedua-dua mereka diberikan hak untuk mengutip cukai 10% setiap orang.
Pada 20 Mac 1866, Raja Abdullah bin Raja Jaafar telah menulis surat kepada Governor Cavenagh untuk memberitahu perkara yang sama. Pada masa itu Raja Abdullah memberi wang $500.00 setiap sebulan hasil dari cukai di Kelang kepada Sultan Abdul Samad. (19) – Winstedt 1934.
Tindakan Sultan Abdul Samad ini menaikkan kadar cukai di Kuala Kelang. Tidak lama selepas itu, secara kebetulan pula Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya telah membawa masuk barang-barang dagangan berbentuk candu mentah ke Kuala Kelang untuk dijualkan kepada Kapitan Cina Kedua Liew Ngim Kong dan orang-orang Cina di Kuala Lumpur. William Henry Read dan Tan Kim Ching yang dilantik sebagai pemungut cukai yang baru mahu mengenakan cukai sebanyak $100.00 ke atas barangan tersebut. Namun Raja Mahadi tidak mahu membayar walau satu sen pun. Ini ialah kerana sejak 1853 lagi, Raja Abdullah tidak pernah mengenakan cukai terhadap dirinya. Siapa pula William Henry Read dan Tan Kim Ching jika dibandingkan dengan Raja Abdullah sebagai Orang Besar Jajahan Kelang.
Lalu terjadilah pertengkaran dan pertelingkahan. Oleh kerana Raja Mahadi pada masa itu merasakan dirinya tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk berperang, maka beliau pun beralah dan membayar cukai tersebut. Namun jauh di dalam hatinya, beliau menyimpan dendam kesumat terhadap Raja Abdullah yang dianggap sengaja membawa masuk William Henry Read dan Tan Kim Ching sebagai alasan untuk mengenakan cukai terhadap dirinya.
Pada 17 Mac 1866, Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya bertindak menyekat Kuala Kelang dan menghalang kapal-kapal yang masuk berdagang di sana. Mereka juga menahan seorang peniaga Cina dari Negeri-Negeri Selat yang bernama Teong Pui. Akibat dari peristiwa itu, Raja Abdullah telah menghantar 2 ke 3 buah perahu panjang bersama dengan 6 ke 7 buah perahu Bugis untuk bertindakbalas. Dalam peristiwa itu, 2 ke 3 pahlawan Bugis terbunuh dan sebuah perahu kepunyaan Dato Aru ditembak. Sultan Abdul Samad hanya berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa. (20) – Winstedt 1934.
Namun peluang Raja Mahadi untuk membalas dendam terbuka luas apabila berlakunya pergaduhan di antara pegawai-pegawai Bugis Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun yang menindas orang-orang Melayu Batu Bara di kawasan Ampang di Kuala Lumpur.
Semasa pegawai-pegawai Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun datang mengutip cukai ke atas seorang Melayu Batu Bara yang bernama Panchik Rasul, maka terjadilah kekasaran yang disusuli dengan pergaduhan. Dalam pergaduhan tersebut, Panchik Rasul telah dibunuh oleh 4 orang pegawai Bugis Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun yang diketuai oleh pahlawan gagah Bugis Suliwatang Tok Sopok @ Tok Longkang dan Wak Si Galah. Berita pembunuhan itu merebak dengan pantas dan meluas sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan pemimpin orang-orang Melayu Batu Bara bernama Imam Perang Muhammad Akib bin Mahmud yang mahu menuntut ganti wang darah dari Raja Abdullah. Tetapi permintaan itu tidak dilayan oleh pembesar Bugis itu. (19) – Buyong Adil 1971.
‘Dan jangan kamu bunuh jiwa yang diharamkan bunuh oleh Allah s.w.t. melainkan dengan satu alasan yang benar. Dan barangsiapa yang dibunuh secara zalim, maka seseungguhnya Kami memberikan hak kepada warisnya untuk membalas-bunuh tetapi janganlah dia membunuh dengan melanggar batas. Dengan demikian tentu dia beroleh pertolongan.’ - Al-Quran, Surah Al-Isra’ 17:33.
IMAN KELIRU AKAN PERBEZAAN MELAYU BATU BARA DAN MARGA BATU BARA
Pada 13 haribulan Mei 2000, sebuah persatuan Mandailing yang mengaku nenek-moyang mereka berketurunan Batak iaitu Ikatan Kebajikan Mandailing Malaysia atau lebih dikenali sebagai IMAN telah melancarkan sebuah buku yang bertajuk ‘Majlis Pengkisahan Sejarah Masyarakat Mandailing di Malaysia’ yang diterbitkan oleh IMAN dan Arkib Negara. Di dalam buku tersebut, IMAN mendakwa bahawa Panchik Rasul yang dibunuh oleh pegawai-pegawai Bugis Dato Bandar Yasih itu adalah seorang Mandailing.
‘... pembunuhan seorang keturunan Mandailing oleh seorang yang keturunan Bugis.’ (18) Pada anggapan IMAN, orang-orang Melayu Batu Bara itu adalah orang-orang Mandailing marga Batu Bara. Jelas IMAN tidak membuat kajian dan hanya membuat andaian.
Pada masa yang sama, IMAN mendakwa orang-orang Mandailing adalah pemberontak-pemberontak di dalam Perang Kelang. ‘Imej negatif iaitu sebagai pemberontak (dalam Perang Kelang).’ (20) Ternyata IMAN tidak pernah membuat kajian terperinci mengenai Perang Kelang maka itu membuat pelbagai andaian yang mengelirukan.
Malahan yang lebih aneh lagi IMAN yang terlebih keliru itu secara sesuka hati menyenaraikan Nonggok @ Haji Muhammad Tahir bin Mahmud itu sebagai seorang tokoh Mandailing.
‘Antara tokoh-tokoh pemimpin orang-orang Mandailing ketika itu ialah ... dan Datuk Dagang Kuala Lumpur iaitu Haji Muhammad Tahir.’ (17)
Ini bermakna IMAN mensahihkan tuduhan bahawa Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing membabitkan diri secara besar-besaran di dalam Perang Kelang dengan menyokong pihak Raja Mahadi di atas punca pembunuhan seorang Melayu Batu Bara bernama Panchik Rasul yang didakwa oleh IMAN sebagai orang Mandailing marga Batu Bara. Banyak perkara yang didakwa oleh IMAN adalah tidak benar dan tidak berasas. Pemimpin IMAN suka membuat andaian dan main hentam keromo sahaja. Kedangkalan ini adalah bukti bahawa IMAN langsung tidak tahu sejarah dan asal-usul mereka dan perbezaan orang-orang Melayu Batu Bara dengan orang-orang Mandailing marga Batu Bara.
Jika asal-usul keturunan dan nenek-moyang mereka sendiri pun mereka tidak tahu, bagaimana pula IMAN mahu membezakan orang-orang Mandailing marga Batu Bara dan orang-orang Melayu Batu Bara. Kekeliruan ini berlaku kerana di dalam struktur masyarakat Mandailing yang terdiri dari 9 marga atau suku, terdapat satu marga yang bernama marga Batu Bara. Tanpa menyiasat dengan teliti serta mengambil mudah akan fakta-fakta sejarah, IMAN yang jahil itu telah menganggap Melayu Batu Bara itu sebagai Mandailing marga Batu Bara lalu mengistiharkan bahawa Panchik Rasul yang dibunuh oleh pegawai-pegawai Bugis Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun itu adalah seorang Mandailing. Itu sama sekali tidak benar dan merupakan satu penyelewengan fakta sejarah.
Orang-orang Mandailing dan orang-orang Bugis tidak pernah bertempur di dalam Perang Kelang kerana Perang Kelang itu berpunca dan membabitkan pegawai-pegawai Bugis Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun dengan orang-orang Melayu Batu Bara yang kemudiannya menyokong seorang putera raja Bugis yang bernama Raja Mahadi bin Raja Sulaiman.
Sebaliknya semasa Perang Kelang bergolak pada tahun 1866, Tuanku Raja Asal atas desakan keluarga isterinya telah membawa serombongan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur menyerang Pahang. Mustahil bagi Tuanku Raja Asal dan pejuang Mandailing yang begitu sedikit itu muncul dan berperang dengan 2 buah tentera besar seperti tentera Pahang dan tentera Bugis Selangor di 2 tempat yang berbeza dan begitu jauh jaraknya pada satu masa yang sama. Tambahan pula Tuanku Raja Asal tidak pernah bermusuhan secara serius dengan orang-orang Bugis di Kelang.
CUCU NONGGOK MENGAKU NONGGOK BUKAN MANDAILING
Yang lebih tepat dan lebih menarik lagi apabila cucu kepada Nonggok @ Haji Muhammad Tahir bin Mahmud yang bernama Haji Sulaiman bin Haji Muhammad Nur yang ditemui di Kampung Sungai Jati di Kelang bermati-matian menegaskan bahawa datuk beliau yang bernama Nonggok itu serta kaum-keluarga mereka sama sekali bukan orang-orang Mandailing. Sebaliknya mereka menegaskan bahawa mereka adalah orang-orang Melayu Batu Bara.
Beliau menegaskan bahawa orang-orang Melayu Batu Bara ini berasal dari kawasan Medan, Labuhan Ruku ke Tanjung Tiram dan Tanjung Balai di sepanjang persisiran pantai timur Tanah Besar Sumatera. Ini menurut beliau, sama sekali berbeza dengan orang-orang Mandailing bermarga Batu Bara, yang langsung tidak ada kena-mengena atau sangkut-paut dengan keturunan beliau. Pada hari ini orang-orang Melayu Batu Bara banyak terdapat di kawasan sekitar Tanjung Tiram, Kuala Tanjung, Lima Puluh, Kisaran, Simpang Ampat, Tanjung Balai dan Teluk Nibung di kawasan pantai Sumatera Timur.
Sebagai seorang Melayu Batu Bara, Haji Sulaiman turut mengakui dan menegaskan bahawa keturunan mereka memusuhi orang-orang Mandailing secara turun-temurun dan atas sebab itulah datuknya Nonggok telah mengetuai sekumpulan orang-orang Melayu Batu Bara untuk membantu Tengku Kudin dan orang-orang Inggeris dalam menjatuhkan kubu terakhir Mandailing di Bukit Nanas semasa Tragedi Berdarah Bukit Nanas pada Mac 1873.
MELAYU BATU BARA WUJUD SEBAGAI SEBUAH BANGSA MELAYU YANG TERSENDIRI Menurut seorang pakar sejarah, budaya dan tamadun bangsa-bangsa Indonesia yang terkenal di Nusantara, Dada Meuraxa, orang-orang Melayu Batu Bara telah lama wujud sebagai sebuah bangsa yang besar dengan tamadunnya sendiri.
Pada tahun 1030an, kerajaan Hindu Chola telah melancarkan ekspedisi penaklukan ke atas Pulau Sumatera. Pada masa inilah orang-orang Melayu dari Pagaruyung telah berhijrah beramai-ramai ke Sumatera Timur. Orang-orang Melayu ini kemudiannya menubuhkan sebuah kerajaan mereka sendiri yang dinamakan kerajaan Melayu Batu Bara yang berdiri di atas gabungan 5 buah daerah iaitu;
a. Daerah Tanjung Tiram yang berpusat di ibukota Tanjung Tiram
b. Daerah Talawi yang berpusat di ibukota Labuhan Ruku
c. Daerah Lima Puluh yang berpusat di ibukota Lima Puluh
d. Daerah Sungai Putih yang berpusat di ibukota Indrapura
e. Daerah Medang Deras yang berpusat di ibukota Nenas Siam
Dari kelima-lima daerah ini kemudiannya muncul beberapa buah kerajaan kecil yang membentuk kerajaan Melayu Batu Bara itu sendiri yang terdiri daripada;
a. Kerajaan Luhak Tanah Datar di Tanjung Balai
b. Kerajaan Luhak Pagurawan di Labuhan Ruku
c. Kerajaan Luhak Pesisiran juga di Labuhan Ruku
d. Kerajaan Luhak Lima Laras berpusat di Tanjung Tiram
e. Kerajaan Luhak Lima Puluh beribukota di Lima Puluh
(393 & 394) – Dada Meuraxa.
Orang-orang Melayu Batu Bara inilah yang terbabit di dalam Perang Kelang tetapi disalahertikan sebagai orang-orang Mandailing marga Batu Bara oleh sebuah persatuan yang menamakan persatuan mereka sebagai Ikatan Kebajikan Mandailing (IMAN) tetapi mendakwa nenek-moyang mereka adalah orang-orang Batak. Jelaslah mereka yang mendakwa orang-orang Melayu Batu Bara ini sebagai orang-orang Mandailing adalah kumpulan yang tidak menjalankan kajian dan siasatan yang rapi bersabit dengan sejarah Perang Kelang bahkan mereka sendiri tidak mengkaji asal-usul keturunan nenek-moyang mereka yang sebenarnya sehinggakan mereka membuat satu andaian bahawa orang-orang Mandailing itu termasuk dalam rumpun Batak. Andaian ini tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
FRANK ATHELSTANE SWETTENHAM MENYIMPULKAN KESEMUANYA DENGAN TEPAT
Seperti yang diceritakan dengan tepat oleh pakar sejarah, budaya dan tamadun bangsa-bangsa Indonesia yang terkenal di Nusantara, Dada Meuraxa, pada tahun 1030an orang-orang Melayu Batu Bara telah berhijrah beramai-ramai dari Pagaruyung ke Sumatera Timur dan kemudiannya menubuhkan sebuah kerajaan mereka sendiri yang dinamakan kerajaan Melayu Batu Bara.
Frank A. Swettenham menyimpulkan kajiannya ke atas asal-usul orang-orang Melayu Batu Bara dengan tepat sekali sebagai;
‘Batu Bara men – Menangkabaus from Central Sumatra.’ (166) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
MELAYU BATU BARA BERTEMPUR DENGAN BUGIS Berbalik kepada pergaduhan orang-orang Melayu Batu Bara dan orang-orang Bugis. Sememangnya orang-orang Melayu Batu Bara sudah lama menyimpan dendam membara terhadap orang-orang Bugis khususnya pegawai-pegawai Bugis Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun. Namun disebabkan orang-orang Melayu Batu Bara ketika itu tidak mempunyai kekuatan yang cukup, maka terpaksa mereka menahan sabar.
Tetapi peluang orang-orang Melayu Batu Bara untuk membalas kekejaman yang dilakukan oleh pegawai-pegawai Bugis Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun akhirnya menjelma apabila ramai pahlawan Melayu Batu Bara datang berhijrah ke Kuala Lumpur akibat dari peperangan di antara kerajaan Melayu Batu Bara Lima Luhak dengan penjajah Belanda.
Pada 20 Ogos 1865, seangkatan bala tentera Belanda telah bertolak daripada Batavia (Betawi/Jakarta) menuju ke Tanah Besar Sumatera untuk menyerang kerajaan Melayu Batu Bara Lima Luhak. Angkatan tentera Belanda itu terdiri daripada pasukan tentera darat dan pasukan tentera laut.
Pasukan tentera darat mempunyai kekuatan ½ batalion infantri seramai 379 tentera berketurunan Belanda yang dipimpin oleh General W.E.F. Van Heemskerck dan 227 tentera berbangsa Jawa dan Bugis di bawah pimpinan General Mandala Gugus, 1 platun unit artileri seramai 1 pegawai 25 tentera bersama dengan 2 pucuk meriam besar dan 2 pucuk mortar serta 2 orang pegawai kesihatan.
Manakala pasukan tentera laut terdiri daripada 1000 tentera terlatih yang diketuai oleh Lieutenant P.A. Van Rees menggunakan kapal-kapal perang seperti kapal Amsterdam, kapal Sindoro, kapal Djambi, kapal Montrado, kapal Delfzijl dan kapal Dassoon. Kesemua kapal perang ini dilengkapi dengan 49 pucuk meriam besar.
Keratan 1 – Buku bertajuk ‘Majlis Pengkisahan Sejarah Masyarakat Mandailing di Malaysia’ yang diterbitkan oleh
IMAN dan Arkib Negara
IMAN dan Arkib Negara
Tepat pada tanggal 12 Sep 1865, bala tentera Belanda ini menyerang kerajaan Melayu Batu Bara Lima Luhak yang terdiri daripada 5 buah kerajaan kecil iaitu;
a. Kerajaan Luhak Tanah Datar di Tanjung Balai
b. Kerajaan Luhak Pagurawan di Labuhan Ruku
c. Kerajaan Luhak Pesisiran juga di Labuhan Ruku
d. Kerajaan Luhak Lima Laras berpusat di Tanjung Tiram
e. Kerajaan Luhak Limapuluh beribukota di Limapuluh
Maka berlaku satu pertempuran hebat yang berlarutan selama 5 hari 5 malam. Akhirnya pada 17 Sep 1865, seluruh kerajaan Melayu Batu Bara jatuh ke tangan penjajah Belanda. Mulai tarikh itu juga, Belanda telah memperkenalkan pemerintahan baru dengan undang-undangnya sendiri di Tanah Melayu Batu Bara. (29) – Tengku Luckman Sinar SH.
Akibat dari peperangan itu, ramai pahlawan Melayu Batu Bara berhijrah ke Kuala Lumpur di mana pada masa itu sudah ada beberapa kumpulan orang-orang Melayu Batu Bara yang menetap di sana. Dengan kehadiran pahlawan-pahlawan Melayu Batu Bara itu, orang-orang Melayu Batu Bara yang tinggal di tepi Sungai Kelang dekat Ampang merasakan mereka sudah mempunyai kekuatan yang cukup untuk menentang orang-orang Bugis khususnya pegawai-pegawai Bugis Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun. Lantaran itu orang-orang Melayu Batu Bara telah berkumpul di Kampung Rawa (sekarang ini Kampung Jawa), Kampung Sungai Jati, Kampung Bukit Kemuning, Kampung Bukit Naga dan Kampung Bukit Badak.
Dengan dendam membara lagi meluap-luap, orang-orang Melayu Batu Bara di bawah pimpinan Imam Perang Muhammad Akib dan adik-adiknya Nonggok dan Shamsuddin serta sepupu mereka Mustafa telah bertolak dari Kelang ke Kuala Lumpur lalu menyerang pegawai-pegawai Bugis di dalam kubu Dato Bandar Yasih di Ampang. Dalam pertempuran ini, orang-orang Melayu Batu Bara telah tewas. Namun begitu, ramai pegawai Bugis telah cedera parah ditikam oleh Nonggok.
Selepas berundur pulang ke Kelang, Imam Perang Muhammad Akib dan Nonggok telah mengadap Raja Abdullah dan menuntut darah seorang Bugis sebagai ganti kematian anak buahnya Panchik Rasul. Tetapi tuntutan itu tidak dilayan oleh Raja Abdullah. Maka sakitlah hati Imam Perang Muhammad Akib dan Nonggok di atas kematian anak buah mereka tidak terbela.
Lalu Imam Perang Muhammad Akib dan Nonggok mengadap Raja Mahadi dan menawarkan diri jika Raja Mahadi mahu berperang dengan Raja Abdullah, maka orang-orang Melayu Batu Bara akan membantu habis-habisan Raja Mahadi walaupun ke titisan darah yang terakhir. Pucuk dicita ulam mendatang, Raja Mahadi sangat sukacita dan menerima sokongan orang-orang Melayu Batu Bara tersebut.
Pada masa yang sama, Raja Mahadi turut bersiap-sedia dengan kelengkapan perang di Kelang. Beliau telah membeli secara hutang senjata-senjata api dan ubat-ubat bedil dari seorang jutawan Cina dari Melaka yang bernama Chan Teik Chiang @ Baba Teik Cheng. Mengikut perjanjian hutang itu, jika Raja Mahadi kalah, beliau hendaklah membayar wang pokok dan bunganya sekali. Namun jika Raja Mahadi menang, Raja Mahadi hendaklah membenarkan Chan Teik Chiang mengambil seberapa luas tanah di Selangor yang dikehendakinya. (236 & 251) – Khoo Kay Kim.
‘This merchant gave finacial assisstance to Raja Mahdi during the civil war and by association he can be linked with Hai San interests.’ (241) Burns – (The Journals of F.A. Swettenham)
Raja Mahadi juga membina sebuah kubu yang kuat yang dinamakan kubu Raja Mahadi di Kelang. Kubu Raja Mahadi pada masa itu dipertahankan oleh Imam Perang Muhammad Akib, adik-adiknya Nonggok dan Shamsuddin, sepupunya Mustafa, Raja Hitam dari Ulu Bernam, Raja Ali dari Jeram serta orang-orang Melayu Batu Bara.
Melihatkan keadaan yang semakin meruncing itu, Raja Abdullah mengambil keputusan untuk menyerang kubu Raja Mahadi sebelum dia sendiri diserang oleh Raja Mahadi. Angkatan tentera Raja Abdullah yang dipimpin oleh anaknya sendiri Raja Ismail bin Raja Abdullah ini terdiri daripada Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun yang turut membawa pahlawan-pahlawan Bugis yang dibawa dari Ampang iaitu Tok Longkang, Wak Si Galah serta Dato Bandar Patok bersama orang-orangnya yang datang dari Cheras.
Sejurus sebelum serangan itu dilakukan, Raja Abdullah dan keluarganya telah meninggalkan Kelang dengan sebuah kapal roda lambung yang dinamakan Kimbul untuk menuju ke Melaka. Angkatan perang beliau di Kelang itu dipimpin oleh 2 orang anaknya iaitu Raja Ismail dan Raja Hasan bersama dengan 100 orang pengikut mereka. Pada masa itu Tengku Ampuan Basik turut berada di dalam kubu Raja Abdullah di Kelang.
Keesokan harinya meletuslah Perang Kelang. Raja Ismail dan Raja Hasan bersama dengan 100 orang pengikut mereka menyerang kubu Raja Mahadi. Apabila melihat tentera Bugis sudah tiba di luar kubu, Imam Perang Muhammad Akib telah memimpin orang-orang Melayu Batu Bara keluar menyerang dan bertarung dengan orang-orang Bugis pimpinan Raja Ismail dan Raja Hasan yang berada di luar kubu itu.
Akibatnya tentera Bugis pimpinan Raja Ismail dan Raja Hasan terpaksa berundur. Melihatkan musuh telah berundur, Imam Perang Muhammad Akib dan orang-orang Melayu Batu Bara berpatah balik menuju ke kubu Raja Mahadi. Semasa inilah, Imam Perang Muhammad Akib ditembak mati oleh tentera Bugis di luar kubu Raja Mahadi. Jenazah beliau dibawa masuk ke dalam kubu Raja Mahadi dan ditanam di dalam kubu. Pucuk pimpinan orang-orang Melayu Batu Bara terpaksa diambilalih oleh adiknya Nonggok.
Sejurus selepas itu, beberapa pertempuran hebat telah berlaku di luar kubu Raja Mahadi. Dalam beberapa pertempuran ini, Raja Hasan telah luka parah dan dibawa pulang ke Melaka. Raja Mahadi, Nonggok dan pengikut-pengikut mereka telah bertindak untuk mengepung kubu Raja Abdullah sehingga Raja Ismail dan tenteranya kehabisan makanan. Selama 3 bulan itu tentera Bugis dan Melayu Batu Bara berbalas-balas serangan dan bedilan. Maka pelbagai sekatan makanan telah dilakukan terhadap pihak musuh.
Akhirnya, tentera Raja Ismail yang bertahan di kubu Raja Abdullah mengalami kebuluran makanan. Mereka hampir-hampir lagi mati kebuluran jika tidak kerana datangnya bantuan makanan di saat akhir oleh Raja Abdullah. Raja Abdullah telah menghantar bekalan senjata api, ubat bedil serta makanan dari Melaka dengan menggunakan kapal-kapal Gajah Tunggal dan Kimbul serta 3 buah perahu besar yang lain. Namun masalah kekurangan bekalan makanan tetap menhantui Raja Ismail dan tenteranya.
Setelah bertempur dan dikepung selama 5 bulan, maka pada akhir tahun 1866 Raja Ismail dan tentera Bugis menghantar utusan kepada Raja Mahadi menyatakan bahawa beliau bersetuju untuk menyerah kalah dengan syarat beliau dan pengikutnya mestilah dibebaskan dengan aman. Raja Mahadi bersetuju. Lalu Raja Ismail, Tengku Ampuan Basik serta beberapa pengikut mereka pun berundur keluar dari Kelang menuju ke Lukut di mana mereka bertemu dengan sepupunya Raja Bot bin Raja Jumaat. Dari Lukut, mereka meneruskan perjalanan mereka sehingga tiba di Melaka.
Selepas tamatnya peperangan tersebut, Nonggok dan adiknya Shamsuddin serta sepupu mereka Mustafa memimpin orang-orang Melayu Batu Bara dari Kelang menyerang Kampung Cheras yang dipertahankan oleh Dato Bandar Cheras yang bernama Dato Bandar Patok. Dalam pertempuran tersebut, Nonggok dan orang-orang Melayu Batu Bara berjaya menawan dan mengbumihanguskan Kampung Cheras. Dato Bandar Patok sendiri cedera di tangan kanannya dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke dalam hutan. Orang-orang Melayu Batu Bara kemudiannya merampas segala harta-benda penduduk di Kampung Cheras termasuklah seorang janda yang bernama Che Halus untuk dibawa pulang ke Kelang. (III:4) – Adnan Haji Nawang.
Apabila mendapat tahu Nonggok dan orang-orang Melayu Batu Bara dari Kelang menawan dan mengbumihanguskan Kampung Cheras, Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun datang ke Kelang merayu-rayu agar mereka diampunkan oleh Raja Mahadi. Raja Mahadi bersetuju dan bersedia mengampunkan mereka. Tetapi atas desakan Nonggok dan orang-orang Melayu Batu Bara, Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun akhirnya ditangkap serta-merta dan dihukum bunuh di Kelang.
Justeru itu jelas Tuanku Raja Asal, Sutan Naposo @ Sutan Puasa dan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur tidak terlibat dalam Perang Kelang. Ini ialah kerana pada masa yang sama Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing telah terbabit di dalam serangan ke atas Pahang.
NONGGOK CUBA MENGUTIP CUKAI DI KUALA LUMPUR
Tidak lama selepas itu pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi telah mengarahkan Nonggok untuk pergi ke Kuala Lumpur dan diberikan hak untuk mengutip cukai di Kuala Lumpur. Lalu Nonggok tinggal di dalam kubu Dato Bandar Yasih di Ampang. Namun Nonggok tahu dia tidak akan dapat mengutip cukai tersebut dari Sutan Naposo sebagai Waris Negeri Kuala Lumpur serta orang-orang Mandailing yang begitu ramai di Kuala Lumpur.
Lantaran itu Nonggok mendesak Raja Mahadi agar melantiknya sebagai Dato Dagang Kuala Lumpur yang bererti ketua kepada seluruh masyarakat perantau Sumatera di Kuala Lumpur. Namun Raja Mahadi tidak setuju kerana ini akan menimbulkan satu perselisihan baru yang lebih besar dengan orang-orang Mandailing yang telah lama membuka Kuala Lumpur dan bermastautin di situ.
Perselisihan faham itu menjadi bertambah buruk apabila seorang Melayu Batu Bara telah dibunuh oleh salah seorang saudara kepada Raja Mahadi. Lalu diminta oleh Nonggok agar darah kematian anak buahnya digantikan dengan darah seorang pengikut Raja Mahadi. Raja Mahadi menolak.
Nonggok yang merasa menyesal kerana menolong Raja Mahadi pulang ke Kelang dan bersumpah bahawa orang-orang Melayu Batu Bara akan menyebelahi Raja Abdullah untuk menentang Raja Mahadi. Kepada Raja Abdullah, beliau menawarkan diri untuk menyeludup senjata dari Singapura ke Selangor untuk digunakan dalam peperangan menentang Raja Mahadi nanti.
Pada 29 Mei 1867, Tengku Ampuan Basik merayu kepada Governor Cavenagh agar membantu menyelesaikan perselisihan dan pergaduhan di antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah tetapi Governor Cavenagh memberitahu bahawa British hanya akan melindungi hak dan kepentingan rakyat mereka sahaja. Urusan perdamaian di antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah adalah urusan Sultan Selangor. (20) – Winstedt 1937.
MANDAILING MEMBUKA KAJANG
Apabila tercetusnya Perang Kelang pada tahun 1866-1867, pelabuhan Kelang dan kawasan persekitarannya sudah tidak selamat untuk diduduki. Ramai penduduk di Kelang mengambil keputusan untuk berpindah dari Kelang bagi mengelakkan diri menjadi mangsa peperangan tersebut.
‘Pada masa perang itu, sungguhpun ladang-ladang di sebelah Teluk Pulai membawa ke Teluk Gadong, padinya banyak yang masak, tetapi tuan-tuan punya ladang itu semuanya telah habis lari ke Langat, tinggallah ladang-ladang itu dan tiada siapa pun yang mahu menuai padi tersebut.’ (57) – Buyong Adil 1971.

Begitu juga dengan Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi dan pasukan Laut Padri yang mengambil keputusan untuk memindahkan keluarga mereka dari Kampung Lipat Kajang di Kelang dekat Teluk Gadung ke satu tempat baru di Ulu Sungai Langat. Kampung mereka itu dinamakan Kampung Lipat Kajang sempena nama kampung mereka yang terdahulu di Kelang. Kampung ini kemudiannya dikenali sebagai Kajang sahaja. Pada hari ini tapak perkampungan tersebut adalah di Jalan Mandailing di pekan Kajang. Pembukaan Kajang oleh orang-orang Mandailing ini telah dicatitkan sepintas lalu oleh Frank A. Swettenham sebagai;
‘... the place was originally theirs’ (252) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Tuanku Raja Laut telah memilih Kajang sebagai tempat persinggahan dan kampung keluarga saki-baki pasukan Padri berdasarkan beberapa perkara;
a. Kelang dilanda peperangan dan berada dalam keadaan yang tidak aman. Maka itu kaum keluarga pasukan laut Padri yang sering ditinggalkan itu memerlukan tempat tinggal yang lebih selamat.
b. Kajang lebih jauh ke ulu sungai maka itu jauh dari penguasaan pembesar Bugis.
c. Kajang lebih jauh dari kuala sungai dan pantai maka itu jejak pasukan laut Padri menjadi sukar untuk dikesan.
d. berlakunya Perang Kelang 1866-1867 yang membahayakan keselamatan kaum keluarga pasukan laut Padri.

EPISOD 10
MANDAILING MENYERANG PAHANG
KALI KEDUA
‘Dengan segala orang Rawa Mandailing,
maka sekalian angkatan itu sampai ke Raub.’
Hikayat Pahang Cetera 27
Pada bulan Ogos 1868 di Kuala Lumpur, Kapitan Cina Kedua Liew Ngim Kong yang sering jatuh sakit telah berunding dengan taukeh Yap Si @ Ah Sze dari Kanching untuk memilih pengganti beliau jikalau berlaku sesuatu perkara yang buruk ke atas beliau. Liew Ngim Kong mahukan Ah Sze mengambilalih jawatan Kapitan Cina jika berlaku sesuatu yang buruk ke atas dirinya.
Ini ialah untuk memastikan jawatan Kapitan Cina itu diwarisi kepada orang-orang Cina berketurunan Hakka suku Fei Chew. Tambahan pula Ah Sze yang menguasai kawasan perlombongan di Kanching itu turut menjadi majikan kepada orang-orang Hakka suku Kah Yeng Chew. Justeru itu Liew Ngim Kong berpendapat adalah baik jika Ah Sze menjadi Kapitan Cina yang seterusnya kerana ia dapat menyatukan orang-orang Cina berketurunan Hakka dari suku yang berbeza.
Tetapi Ah Sze sekali lagi menolak tawaran itu kerana dia merasakan dirinya tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin. Namun Ah Sze menyatakan dia bersedia untuk menjadi seorang penasihat. Setelah berbincang, mereka pun bersetuju untuk memilih Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy sebagai Kapitan Cina jika Liew Ngim Kong meninggal dunia. Pada masa itu Yap Ah Loy berada di Kelang menguruskan perniagaan Liew Ngim Kong. Pada ketika ini juga Yap Ah Loy dikatakan berkenalan dengan Raja Mahadi.
Selepas itu Liew Ngim Kong mengadap Sutan Naposo @ Sutan Puasa sebagai Waris Negeri Kuala Lumpur bagi meminta restu dan persetujuan untuk melantik Yap Ah Loy sebagai bakal pengganti beliau. Jelas sekali ini menunjukkan betapa pentingnya kedudukan Sutan Naposo bukan sahaja di kalangan orang-orang Mandailing dan pendatang orang-orang Sumatera, tetapi juga di kalangan orang-orang Cina yang memperakukan Sutan Naposo sebagai Waris Negeri di Kuala Lumpur yang membawa maksud penguasa tempatan.
‘Having reached their decision the next step was to get the support of Sutan Puasa, the leading Sumatran trader of Kuala Lumpur, and of the Waris Negri...’ (29) - Middlebrook dan Gullick.
Ini ialah kerana Sutan Naposo adalah Waris Negeri, pemilik tanah tempatan, peniaga Mandailing dan Sumatera yang sangat terkenal di Kuala Lumpur serta kepada beliaulah orang-orang Cina itu menyewa kawasan-kawasan perlombongan mereka. Seandainya Raja Abdullah bin Raja Jaafar yang membuka Kuala Lumpur atau Ampang serta menjadi orang yang dianggap berkuasa penuh di situ, tidak mungkin Liew Ngim Kong yang bijak itu akan merujuk kepada seorang manusia yang bernama Sutan Naposo sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pelantikan Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina yang ketiga di Kuala Lumpur.
Peristiwa di mana Liew Ngim Kong terpaksa merujuk kepada Sutan Naposo sebagai Waris Negeri terlebih dahulu bagi menyetujui pemilihan Yap Ah Loy sebagai bakal pengganti beliau adalah sama seperti beberapa peristiwa yang pernah berlaku di dalam sejarah Nusantara di mana raja-raja Melayu merujuk pelantikan dan pertabalan mereka kepada penguasa tempatan bagi mendapatkan restu.
Liew Ngim Kong kemudiannya memanggil Yap Ah Loy pulang dan berpesan agar jika dia mati, abu mayatnya hendaklah ditanam di Melaka dan segala urusan perniagaan dan kebajikan pekerja-pekerja lombong Cina hendaklah diambilalih oleh Yap Ah Loy sebagai penggantinya.
YAP AH LOY KAPITAN KETIGA CINA Pada akhir bulan itu juga Kapitan Cina Kedua Liew Ngim Kong meninggal dunia. Sebaik sahaja mendapat berita kematian Liew Ngim Kong, orang-orang Cina dari keluarga Liew, Kong dan Chong telah datang untuk menuntut jawatan Kapitan Cina dan harta-benda Liew Ngim Kong.
Yap Ah Loy terpaksa pulang segera ke Kuala Lumpur untuk menyempurnakan wasiat Liew Ngim Kong. Perbuatan Yap Ah Loy yang cuba menguruskan pengkebumian Liew Ngim Kong ini telah menimbulkan kemarahan ahli keluarga Liew Ngim Kong. Malahan Yap Ah Loy dikatakan telah mengambil harta-benda Liew Ngim Kong termasuklah perabot-perabot warisan Kapitan Cina yang terdahulu. Ini menyebabkan berlakunya perselisihan dan perbalahan yang berlarutan di antara ahli keluarga Liew Ngim Kong dan Yap Ah Loy.
Sutan Naposo sebagai Waris Negeri Kuala Lumpur telah diminta tampil ke hadapan untuk mengesahkan pelantikan Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina yang Ketiga. Manakala harta-benda Liew Ngim Kong, yang dirampas dari Hiew Siew dahulu, akan diwariskan kepada Yap Ah Loy. Justeru itu Sutan Naposo telah tampil ke hadapan untuk mengesahkan perlantikan Yap Ah Loy dan menyokong kedudukan Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina yang Ketiga. Mendengarkan pengesahan Sutan Naposo tersebut, keluarga Liew Ngim Kong akur dan patuh. Barulah keluarga-keluarga yang berbalah mendiamkan diri dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan. Begitulah besarnya pengaruh dan kekuasaan Sutan Naposo sebagai seorang Waris Negeri hinggakan permasalahan yang dianggap begitu rumit dan sulit oleh orang-orang Cina dapat diselesaikan dengan pengesahan beliau.
Pada bulan Sep 1868, Yap Ah Loy telah dilantik oleh Sutan Naposo sebagai Kapitan Cina yang ketiga di Kuala Lumpur dan menjadi ketua pekerja-pekerja Cina di sana. Namun pelantikan Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina yang ketiga di Kuala Lumpur itu telah menjadikan beberapa pihak di kalangan orang-orang Cina merasa tidak puas hati dan menyimpan dendam terhadap Yap Ah Loy.
‘There he became head of the Hai San secret society.’ (xxiv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Dengan pelantikan itu, Yap Ah Loy secara dengan sendirinya menjadi ketua kumpulan kongsi gelap Fei Chew di bawah perintah kumpulan kongsi gelap Hai San yang lebih besar. Dia juga mewarisi beberapa ladang penternakan babipeninggalan Liew Ngim Kong. Ladang-ladang penternakan babi Yap Ah Loy itu terletak di kawasan Pudu. Di kawasan Pudu juga Yap Ah Loy telah menubuhkan pusat-pusat pelacuran yang dikawal oleh ahli-ahli kumpulan kongsi gelap yang dibawa oleh Yap Ah Loy dari Melaka.
‘Yap was head of one secret society.’ – The Star, 22 Feb 2002.
Sejak itulah Sutan Naposo dan Yap Ah Loy menjadi sahabat baik. Mereka sering bermain judi dan mahjung di rumah Sutan Naposo di Gombak. Apabila pelombong-pelombong Cina di kawasan penempatan pekerja-pekerja lombong Sutan Naposo di Kuala Lumpur bertambah ramai, Yap Ah Loy telah membina sebuah penempatan baru di Bukit Pudu dan membawa pelombong-pelombong Cina ini berpindah ke sana (kini bukit berdekatan dengan stesen bas Puduraya). Di sana pelombong-pelombong Cina ini membuka kampung-kampung baru dan melantik kongsi gelap Fei Chew untuk menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang Cina di Kuala Lumpur.
MANDAILING MENYERANG PAHANG KALI KEDUA
‘The Mandailings and Rawas who revolted in Pahang, and had been driven into Selangor, were using that state as a base for raids into Pahang.’ (115) – Middlebrook dan Gullick.
Pada 1 Sep 1868, atas desakan keluarga isterinya, Tuanku Raja Asal @ Jaasai sekali lagi memimpin orang-orang Mandailing melancarkan serangan kedua ke atas Pahang. Sasaran mereka pada kali ini adalah Raub.
‘In 1868 Wan Da harassed Bendahara Ahmad by attacking Raub.’ (30) - Aruna Gopinath 1991.
‘In the following year, Wan Da, a son of Bendahara Mutahir, supported by Sayid Deraman, Imam Perang Mat Aris and Tuan Kechut launched an attack on Pahang at Raub. The invaders were helped by the turbulent Rawas.’ (92) – Linehan 1973.
Rombongan yang bertolak dari Ulu Kelang itu turut disertai oleh Imam Perang Malim Panjang, Wan Aman @ Wan Abdul Rahman, Wan Da @ Wan Enda, Wan Dollah @ Wan Abdullah, Sutan Bengkulu, Engku Sutan, Imam Perang Rawa Raja Ibrahim dan sekumpulan orang-orang Rawa. Setibanya di Raub, rombongan Tuanku Raja Asal ini turut dibantu oleh Sayid Deraman @ Abdul Rahman, Imam Perang Mat Aris, Panglima Kiri Tuan Kecut dan Tok Lubuk Setia Raja serta pengikut-pengikut mereka.
‘Dengan segala orang Rawa Mandailing, maka sekalian angkatan itu sampai ke Raub.’ - Hikayat Pahang, Cetera 27.
Sejurus sahaja mendapat tahu berita mengenai serangan itu, Wan Ahmad menghantar sepasukan besar tentera Pahang untuk mempertahankan Raub. Angkatan perang Pahang itu diketuai oleh Panglima Perang Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid dari Pekan, Orang Kaya Lipis Wan Daud bin Wan Pahang, Tok Kali Sega, Tok Mamat Budu, Tok Jebek bin Akil, Imam Perang Khatib Rasu @ Abdul Salam @ Tok Gajah, Imam Perang Rawa Baginda Musin dan Imam Perang Jembang.
Setibanya di Sega, maka pertempuran hebat pun berlaku. Pertempuran sengit itu berlarutan sehingga 5 hari 5 malam. Salah seorang panglima Rawa iaitu Imam Perang Rawa Raja Ibrahim telah ditembak mati oleh tentera Pahang.
‘kena satu kepalanya yang bernama Raja Ibrahim, tumbang.’ - Hikayat Pahang, Cetera 28.
Selain dari itu salah seorang panglima perang Pahang yang bernama Imam Perang Rawa Baginda Musin turut ditembak dan gugur di medan perang;
‘kena seorang Baginda Musin, orang Rawa.’ - Hikayat Pahang Cetera 28.
Angkatan besar tentera Pahang hampir pasti akan tertewas jika peperangan ini berpanjangan lagi. Ternyata pihak Wan Ahmad sekali lagi bernasib baik kerana pada hari kelima itu, Maharaja Perba Jelai Wan Idris dan anaknya Wan Muhammad dan Wan Daud tiba dengan membawa orang-orang Jelai untuk membantu angkatan tentera Pahang. Akibatnya rombongan Tuanku Raja Asal terpaksa berundur pulang ke Selangor.
‘Wan Ahmad, on the other hand, had gained the support of the Rawa men of the Raub district and the people of Jelai led by Wan Daud and Khatib Rasu.’ (27) – Aruna Gopinath 1991.
Namun ramai orang Rawa telah ditawan dan dibawa ke Pekan. Begitu juga dengan Tok Lubuk Setia Raja yang ditewaskan dan ditangkap oleh Imam Perang Khatib Rasu. Walaubagaimanapun orang-orang Rawa dan Tok Lubuk Setia Raja yang ditawan itu telah diampunkan oleh Wan Ahmad dan ditawarkan agar bermastautin di Raub dan Temerloh supaya mereka dapat membantu Wan Ahmad mempertahankan wilayah Pahang di sana. Namun begitu 3 orang panglima dan ketua orang-orang Rawa yang ditawan dijatuhkan hukuman bunuh. - Hikayat Pahang Cetera 27.
KEDATANGAN ORANG-ORANG BENGKULU DAN KERINCI KE KUALA LUMPUR Peperangan dan pemberontakan orang-orang Bengkulu ke atas Belanda pada tahun 1868 telah mengakibatkan ramai orang Bengkulu dan Kerinci berhijrah ke Tanah Melayu. Kali pertama penghijrahan beramai-ramai orang-orang Bengkulu dan Kerinci ke Tanah Melayu ialah pada tahun 1824 apabila Kota Bengkulu ditukarkan dengan Melaka oleh pihak Belanda dan British.
‘The people who live south-east of Lake Korinci were formerly head-hunters. It is said that more tiger people live here than in any other part of Sumatra.’ (132) – Schnitger 1939.
Seperti orang-orang Sumatera yang lain, kebanyakan orang-orang Bengkulu dan Kerinci masuk ke Tanah Melayu melalui pelabuhan Kelang. Di sana, mereka mendapat tahu bahawa terdapat ramai orang Sumatera khususnya orang-orang Mandailing yang bermastautin di Kuala Lumpur. Tambahan pula pada masa itu sentimen Perang Kelang yang baru selesai di antara orang-orang Raja Mahadi yang disokong oleh orang-orang Melayu Batu Bara dan Raja Ismail yang didokong oleh orang-orang Bugis telah menyebabkan orang-orang Bengkulu-Kerinci ini cuba mengelakkan diri dari orang-orang Bugis.
Orang-orang Bengkulu dan Kerinci yang datang ke Kuala Lumpur dipimpin oleh Dipati Rawang @ Dipati Muda Manggala Batarawang Lido yang dibantu oleh Pemangku Sukaramai. Kedatangan orang-orang Bengkulu dan Kerinci ini disambut dengan baik oleh orang-orang Mandailing. Mereka diberikan peluang untuk membuka kampung-kampung mereka sendiri dan mengusahakan lombong-lombong bijih timah. Antara kampung yang dibuka berdekatan dengan lombong bijih timah tidak jauh dari Kuala Lumpur adalah Kampung Sungai Air Jernih yang pada hari ini dikenali sebagai Bangsar dan Kampung Kerinci. Sebahagian daripada mereka pula berpindah dan tinggal di Kampung Bukit Nanas bersama-sama dengan orang-orang Mandailing. Manakala sesetengah daripada mereka berpindah-randah ke kawasan perlombongan bijih timah di Kuala Bandar, Kanching, Rawang, Sungai Chu (kini dikenali sebagai Sungai Choh), Serendah dan Kuala Kubu Lama.
Malahan Rawang atau nama lamanya Kuala Bandar di utara Kuala Lumpur itu sendiri mendapat nama sempena Kampung Rawang di Negeri Delapan Helai Kain di Tanah Kerinci. Kampung Rawang di Tanah Kerinci merupakan tempat kerapatan semua dipati atau raja-raja di Negeri Delapan Helai Kain di Tanah Kerinci. (148) – Datoek Toeah H.
Pada masa itu ramai orang Kerinci yang mengambil upah menggalas hasil timah dan beras dari Sungai Ujung (Seremban) ke Kuala Lumpur. (II:5) – Adnan Haji Nawang.
Oleh kerana kumpulan orang-orang Bengkulu dan Kerinci ini baru sahaja tiba dari Tanah Besar Sumatera, Tuanku Raja Asal telah melantik seorang ketua suku Mandailing yang bernama Jabintang untuk menjaga dan membantu kumpulan orang-orang Bengkulu dan Kerinci dari segi keselamatan mahupun kebajikan. Oleh kerana tugas Jabintang adalah untuk membantu dan menjaga kumpulan orang-orang Bengkulu dan Kerinci yang baru tiba ini, maka Jabintang terpaksa sering berulang-alik ke Rawang dan Sungai Chu untuk berjumpa dengan Dipati Rawang serta bergaul-rapat dengan orang-orang Bengkulu dan Kerinci yang membuka penempatan di sana.
PERGADUHAN SAMSENG KONGSI GELAP DI KUALA LUMPUR
Pada bulan Feb 1869, sekumpulan 20 samseng pekerja lombong Cina dari Lukut yang diketuai oleh Chong Chong telah datang berjumpa dengan Yap Ah Loy di Kuala Lumpur. Chong Chong adalah majikan lama Yap Ah Loy semasa di Lukut. Dia adalah seorang Cina berketurunan Hakka suku Fei Chew. Dalam suku Fei Chew, keluarga Chong dianggap sebagai saudara kepada keluarga Liew. Sebab itulah kedatangan Chong Chong ke Kuala Lumpur membimbangkan Yap Ah Loy. Ini ialah kerana Yap Ah Loy mengesyaki kedatangan Chong Chong itu adalah untuk membela nasib keluarga Liew Ngim Kong dan menuntut kembali harta-benda mereka yang dikatakan dirampas oleh Yap Ah Loy semasa pelantikan Yap Ah Loy menjadi Kapitan Cina yang baru.
Pada 16 Feb 1869, Chong Chong dan pengikut-pengikutnya bertolak ke Kampung Batu di Ulu Kelang. Tidak lama selepas itu, Chong Chong dan pengikut-pengikutnya kembali ke Kuala Lumpur. Di pertengahan jalan, mereka bergerak melalui kampung-kampung orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Semasa melalui rumah Sutan Naposo inilah, Chong Chong dan pengikut-pengikutnya telah membuat bising dengan menembak ke udara.
Ini menyebabkan kemarahan Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Pada masa itu Sutan Naposo tidak mengenali Chong Chong dan beliau menganggap orang-orang Cina itu adalah orang-orang Yap Ah Loy. Lalu dengan marahnya Sutan Naposo menceritakan kepada Yap Ah Loy tentang perbuatan orang-orang Cina itu; ‘Musang menunjuk lagak harimau.’ Sutan Naposo mengugut beliau akan mengambil tindakan untuk mengajar orang-orang Cina yang tidak tahu menghormati ketuanan beliau di Kuala Lumpur. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, Yap Ah Loy telah menghadiahkan seekor kerbau sebagaimana adat-istiadat orang-orang Mandailing untuk mencuci arang yang telah terconteng ke muka tanda memohon maaf dan persembahan gantirugi kepada Sutan Naposo. (34) - Middlebrook dan Gullick.
Chong Chong dan pengikut-pengikutnya telah pergi ke Kanching dan menerangkan tujuan kedatangannya kepada kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew di sana. Chong Chong bercadang mendapatkan bantuan kongsi gelap Kah Yeng Chew untuk menyingkirkan Yap Ah Loy daripada jawatan Kapitan Cina. Orang-orang Cina berketurunan Hakka suku Kah Yeng Chew di Kanching merasa sangat gembira dengan cadangan Chong Chong itu. Tindakan Chong Chong itu telah menakutkan Ah Sze yang merupakan seorang taukeh Cina yang menguasai kawasan perlombongan di Kanching.
Ah Sze merasakan kedudukannya di Kanching tidak lagi selamat. Maka pada 25 Feb 1869 dia pun menunggang kuda senyap-senyap menuju ke Kuala Lumpur. Tetapi malang bagi Ah Sze, orang-orang Chong Chong yang memerhatikan gerak-geri Ah Sze telah mengekori dan membunuhnya di pertengahan jalan.
Apabila Yap Ah Loy mendapat tahu berita kematian Ah Sze itu, dia mengumpulkan orang-orang Cina dari kongsi gelap Hakka Fei Chew untuk menyerang Kanching. Pada masa yang sama, Yap Ah Loy telah meminta pertolongan Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo untuk menyerang Kanching dan menangkap pembunuh-pembunuh Ah Sze. Ini ialah kerana Yap Ah Loy sedar bahawa dia dan pengikut-pengikutnya belum tentu dapat menandingi kekuatan Chong Chong dan pengikut-pengikutnya serta kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew di Kanching.
‘He was not even strong enough to move alone against the Kah Yeng Chews at Kanching, or to search out Chong Chong at Rawang.’ (44) - Middlebrook dan Gullick.
Tuanku Raja Asal bersetuju dengan syarat orang-orang Mandailing tidak akan memulakan serangan pertama. Orang-orang Mandailing akan bertindak sebagai pasukan bantuan yang bersedia untuk campurtangan jika keadaan memaksa.
Pada akhir bulan Feb 1869, Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing telah membantu Yap Ah Loy dan 700 orang-orang Cinamenangkap pembunuh-pembunuh Ah Sze di Kanching. Di pertengahan jalan mereka menjumpai mayat Ah Sze di hutan Bukit Kanching. Setibanya di kampung-kampung Cina di Kanching, Yap Ah Loy telah menyoal beberapa orang Cina Hakka suku Kah Yeng Chew. Seperti yang dijangkakan tidak ada seorang pun yang mengaku tahu tentang pembunuhan itu. Lalu Yap Ah Loy pun menghantar utusannya untuk menyoal Chong Chong.
Apabila Chong Chong menyedari sekumpulan orang-orang Yap Ah Loy sedang bersembunyi dan bergerak secara senyap-senyap ke arah rumahnya, Chong Chong dan pengikut-pengikutnya telah menembak ke arah orang-orang Yap Ah Loy itu. Lantas itu orang-orang Yap Ah Loy pun menyerang Chong Chong. Chong Chong dan pengikut-pengikutnya terpaksa melarikan diri ke sebuah kampung Cina di Rawang. Walaupun Chong Chong berjaya melarikan diri, isteri dan anaknya telah dijadikan tebusan oleh Yap Ah Loy. Lalu rombongan itu pun pulang ke Kuala Lumpur.
Raja Mahadi di Kelang mendapat tahu berita tersebut dan merasa sangat marah dengan perbuatan Chong Chong dalam penyiasatan kes pembunuhan Ah Sze. Dia pun memanggil Yap Ah Loy untuk datang ke Kelang dan menerangkan tentang apa yang berlaku.
Pada masa itu kedudukan Raja Mahadi di Kelang tidak lagi begitu kukuh. Apabila Yap Ah Loy mengadap Raja Mahadi, Yap Ah Loy menerangkan apa yang berlaku di Kanching. Raja Mahadi merasa puas hati dan meminta Yap Ah Loy dan orang-orang Cina bekerjasama dengannya.
Apabila melihatkan Raja Mahadi mencari jalan untuk berbaik dengan dirinya, Yap Ah Loy menyedari kedudukan Raja Mahadi semakin tergugat akibat dari Perang Kelang lalu memujuk Raja Mahadi supaya mengukuhkan kedudukan Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur dengan mengistiharkan kedudukannya sekali lagi. Ini perlu dilakukan untuk menguatkan pengaruh Yap Ah Loy di kalangan orang-orang Cina yang sesetengahnya semakin berani menentang dirinya secara terbuka.
Lantaran itu pada bulan Jun 1869, Raja Mahadi datang ke Kuala Lumpur untuk mengistiharkan sekali lagi pelantikan Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina yang ketiga di Kuala Lumpur. Seperti biasa mengikut kemestian adat yang perlu dilakukan oleh ketua-ketua orang Melayu pada zaman dahulu, Raja Mahadi terpaksa merujuk kepada Waris Negeri Kuala Lumpur iaitu Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal sebagai ketua pasukan perang dana Padri dan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur pada masa itu untuk mendapat restu dan kebenaran sebelum membuat apa-apa keputusan.
‘Accompanied by his bodyguard, he went to Kuala Lumpur to discuss the situation with the two local Malay chiefs, Sutan Puasa and Raja Asal.’ (38) - S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick.
Jelaslah di sini kehadiran Raja Mahadi di dalam upacara pengistiharan Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina yang ketiga di Kuala Lumpur bukanlah di atas dasar Raja Mahadi itu bersekutu dengan Tuanku Raja Asal atau Sutan Naposo, tetapi kehadiran Raja Mahadi tersebut adalah atas kehendak Yap Ah Loy sendiri bagi memperkukuhkan kedudukannya di kalangan masyarakat Cina. Raja Mahadi pula terpaksa merujuk dan berbincang perkara tersebut dengan Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo kerana mereka merupakan penguasa tempatan di Kuala Lumpur yang perlu dihormati. Mengikut adatnya pula Raja Mahadi tidak boleh campurtangan sebarangan di dalam apa-apa urusan di Kuala Lumpur tanpa persetujuan kedua-dua tokoh Mandailing tersebut. Ini adalah kelaziman pada masa itu setiap ketua tempatan perlu menghormati di antara satu sama lain. Keadaan ini sama sekali tidak boleh dianggap bahawa Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo itu sebagai sekutu kepada Raja Mahadi.
Satu majlis keramaian telah dianjurkan oleh Yap Ah Loy di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh semua lapisan masyarakat di Kuala Lumpur pada masa itu. Kelihatan orang ramai berasak-asak untuk melihat upacara pelantikan Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina yang ketiga. Raja Mahadi mendakwa beliau mewakili Sultan Selangor bagi mengesahkan pelantikan Yap Ah Loy. Dalam majlis itu, Yap Ah Loy telah memakai selengkap baju Melayu dengan tanjaknya sekali tanda bahawa Yap Ah Loy akur dan menerima adat-istiadat Melayu. Pada zaman itu, orang-orang Cina yang menerima gelar daripada raja-raja Melayu dikehendaki akur akan adat-istiadat Melayu.
EPISOD 11
MANDAILING BERNIAGA SEMASA PERANG KELANG
‘When rice rose to $1 a chupak, a senohong fish cost $2,
a coconut 30 or 40 cents, and a chupak of salt 25 to 30 cents.’
S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick Pada 10 Ogos 1866, satu akta untuk memindahakn pejabat pentadbiran Negeri-Negeri Selat British dari Pejabat East India Company di India ke Pejabat Tanah Jajahan di London, England. Telah diluluskan. Namun hanya pada 1 Apr 1867, pejabat pentadbiran Negeri-Negeri Selat British dipindahkan dari Pejabat East India Company di India ke Pejabat Tanah Jajahan di London, England.
Pada mulanya, pejabat pentadbiran Negeri-Negeri Selat British di London seperti mana yang terdahulu tidak mahu melibatkan diri di dalam pergolakan politik di Tanah Melayu. Namun apabila berlaku beberapa kes yang melibatkan pedagang-pedagang kaya lagi berpengaruh di Negeri-Negeri Selat, kerajaan British bertukar pendapat lalu menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkembangan politik di Tanah Melayu.
Pada awal 1867 yang lalu, pelabuhan Kelang ditawan oleh Raja Mahadi. William Henry Read dan Tan Kim Ching yang dilantik oleh Sultan Abdul Samad sebagai pemungut cukai di Kuala Kelangtelah dihalau keluar dari Kelang. Ini menyebabkan kedua-duanya menyimpan perasaan marah dan dendam terhadap Raja Mahadi. Perbuatan Raja Mahadi menghalau Tan Kim Cheng keluar dari Tanah Melayu bakal mengundang padah kerana pedangan-pedagang kaya Cina dari Negeri-Negeri Selat adalah agen-agen British serta kumpulan yang dilindungi oleh kerajaan British.
‘Chinese are British subjects overseas.’ - The Star, 22 Jan 2001.
Pada bulan Mei 1867, William Henry Read dan Tan Kim Ching telah mengadu kepada kerajaan British akan kegiatan rompakan, samun, rampas, bunuh dan lanun di Selangor. Akibat aduan itu, kerajaan British mendesak Sultan Abdul Samad menyelesaikan masalah itu. Oleh kerana Sultan Abdul Samad mengaku beliau tidak dapat mengatasi masalah tersebut, British menawarkan bantuan untuk Sultan Abdul Samad bagi mengatasi masalah tersebut. Lantaran itu kerajaan British menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat masalah lanun yang berleluasa di Selat Melaka.
Tambahan pula kuasa-kuasa Eropah pada masa itu sedang bersaing sengit untuk mendapatkan bekalan bijih timah dari negeri-negeri di Tanah Melayu. Maka orang-orang Inggeris sentiasa mencari alasan untuk memperkukuhkan cengkaman pengaruhnya ke atas negeri-negeri di Tanah Melayu.
Apabila British melihat peluang untuk memasukkan pengaruh terbuka luas pada masa itu, pihak British segera mencari seorang calon yang paling sesuai untuk memasukkan pengaruh mereka ke negeri Selangor. Calon terbaik pilihan mereka adalah Tengku Kudin @ Tengku Zainal Abidin @ Tengku Zia’u’ddin yang merupakan adik kepada Sultan Kedah ketika itu iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Sebagai adik Sultan Kedah, Tengku Kudin menerima elaun bulanan sebanyak $10,000.00 sebulan daripada kerajaan negeri Kedah. (xxiii) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Tengku Kudin merupakan seorang yang telah lama bersahabat dengan orang-orang Inggeris sejak di negeri Kedah dahulu. Beliau dianggap sebagai seorang yang boleh dibawa berunding dan mengikut telunjuk Inggeris. Kehidupannya juga banyak dipengaruhi oleh budaya barat. Cara hidupnya sama dengan abangnya yang menjadi Sultan Kedah. Dengan kata lain, Tengku Kudin merupakan anak didik Inggeris yang mengamalkan cara hidup Inggeris.
Tengku Kudin hanya memakai baju kot yang dibeli dari Barat. Rumahnya sentiasa dilengkapi dengan arak yang secukupnya supaya boleh diminum sepuas-puasnya. Dia juga membela beberapa ekor anjing besar yang dibiarkan berkeliaran di istananya. Anjing-anjing ini dijaga oleh orang kanannya yang bernama Panglima Perang Sayid Zain bin Sayid Mohammad Puteh Al-Habshi yang berketurunan Arab. Setiap bulan Tengku Kudin akan memesan dari Singapura 1 paip rokok Inggeris, tembakau yang bermutu tinggi, 2 kotak rokok ‘Havana Cigar’, berus gigi, ubat gigi, cermin mata emas, 12 kolar baju, 6 baju kot, 1 botol arak yang mahal, 1 pembuka botol, 1 mikroskop dan 1 bungkus keju. Hampir setiap hari juga beliau dikunjungi oleh sahabat-sahabat Inggerisnya khususnya Frank A. Swettenham dan William Bloomfield Douglas. Orang-orang Inggeris menganggap orang seperti ini sebagai orang yang bertamadun, maju serta boleh dibawa berunding. (216 & 225) – Gullick 1993.
Apabila Raja Mahadi berjaya menawan Kelang, Raja Mahadi tidak lagi memberi wang $500.00 setiap sebulan hasil dari cukai di Kelang sepertimana yang biasa diberikan oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar kepada Sultan Abdul Samad. Lantaran itu Sultan Abdul Samad tersangat murka dan bersumpah bahawa baginda tidak ada pertalian darah dengan Raja Mahadi. Bukan itu sahaja, Sultan Abdul Samad turut memutuskan pertunangan puterinya Raja Arfah dengan Raja Mahadi. Sebelum itu Raja Arfah telah putus tunang dengan anak Raja Jumaat yang bernama Raja Abdul Majid bin Raja Jumaat. (41) - Middlebrook dan Gullick.
‘While the Sultan lived at Klang Zia’u’ddin resided at Langat. However, in 1870 the Sultan returned to Langat and appears to have withdrawn his nominal support for Mahdi, possibly because the raja had ceased to pay a portion of the Klang revenues to him. ’ (xxiv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Raja Arfah was also once a fiancee of Raja Abdul Majid bin Raja Jumaat, the father of Raja Bot.’ (143) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
Pada mulanya Sultan Abdul Samad bercadang mengahwinkan Raja Arfah dengan Sultan Kedah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Namun Sultan Kedah mengusulkan agar puteri Selangor itu dikahwinkan sahaja dengan adik baginda Tengku Kudin. Tengku Kudin pun dikahwinkan dengan puteri Sultan Selangor iaitu Raja Arfah yang juga bekas tunang Raja Mahadi di bandar Termasa dengan penuh suasana meriah.
Cara hidup Tengku Kudin di dalam alam rumahtangganya pula benar-benar mengejutkan isterinya Raja Arfah yang dibesarkan secara tertib mengikut adat-istiadat dan hukum Islam. Raja Arfah ternyata tidak dapat menyesuaikan diri dengan anjing-anjing besar yang berkeliaran di seluruh istana dan botol-botol arak yang berselerakan di merata istana. Ini menyebabkan Tengku Kudin mengarahkan Raja Arfah agar tinggal sahaja dengan saudara-mara Raja Arfah sendiri. Pada masa ini semakin ramai orang Bugis Selangor yang mula membenci Tengku Kudin sehinggakan beliau sendiri merasakan lebih baik dia berundur dari Selangor.
Namun begitu Sultan Abdul Samad sangat sayangkan menantunya itu. Atas dasar itu, pihak British pula telah masuk daun dan memujuk Sultan Abdul Samad agar membuat satu pengistiharan. Lantaran itu pada 26 Jun 1868 selepas sebulan Tengku Kudin dikahwinkan, Sultan Abdul Samad mengistiharkan;
‘In the year 1285 of the Hegira of the Prophet on whom be the peace and blessing of God Most High, on the 5th day of the month Rabi’-al-awal, on Wednesday, - verily, We, Sultan Abdul Samad bin Tengku Abdullah, occupier of the throne of Selangor, at Bandar Termasa, do give declaration to Tengku Zia’uddin, son of the late Sultan Zain al-Rashid, who has become Our own son. We declare to all prices, nobles and subjects who live under Our government that We give up the country with its districts to Our son, Tengku Zia’uddin, to govern and to develop for Us and for Our sons, Raja Musa, Raja Kahar, and Raja Yaakob, and for all the inhabitants of the country also, so that they may receive justice in all things. And Our son, Tengku Zia’uddin is empowered to do whatever may be effectual towards fostering Our country and causing profit to us. No person may oppose Our son’s proceedings.
And now We confirm that this place, Langat, is a gift to Our son, Tengku Zia’uddin for his support while he on Our business as aforesaid. Such is Our proclamation.’ (21) – Winstedt 1934.
Terjemahannya adalah seperti berikut;
‘Pada Hijrah Nabi Shallallahu alaihi wassalam 1285, pada hari Arba’a, 5 Rabi’ul Awwal, beta Sultan Abdul Samad ibni Tengku Abdullah yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Selangor di bandar Termasa telah mengurniakan surat ini kepada Tengku Dhiauddin ibni almarhum Sultan Zainul Rashid iaitu yang telah menjadi anak kita. Kita menyatakan kepada sekalian rakyat yang diam dalam perintah kita bahawa kita telah menyerahkan negeri ini dan jajahan takluknya kepada anak kita Tengku Dhiauddin supaya diperintah dan dimajukannya bagi faedah kita dan putera-putera kita Raja Musa, Raja Kahar dan Raja Ya’akub dan juga bagi faedah sekalian rakyat negeri ini, supaya sekalian mereka itu menerima keadilan dalam serba perkara. Kita telah memberi kuasa kepada anak kita Tengku Dhiauddin boleh berbuat sebarang apa yang boleh memajukan negeri kita dan yang mendatangkan faedah kepada kita.
Tiadalah sesiapa boleh membantah apa-apa perbuatan anak kita itu. Dan sekarang kita sahkan adalah tempat yang bernama Langat ini, kita kurniakan kepada anak kita Tengku Dhiauddin jadi miliknya sendiri supaya ia mengambil hasil daripadanya untuk belanja dia menjalankan kerja kita seperti yang telah disebut di atas tadi. Demikianlah kenyataan kita.’ (61) – Buyong Adil 1971.
Begitulah pengistiharan Sultan Abdul Samad pada 26 Jun 1868 itu. Pelantikan Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor atau wakil sultan tidak disukai oleh putera-putera baginda iaitu Raja Musa, Raja Kahar dan Raja Yaakub. Mereka menganggap ipar mereka itu sebagai orang luar yang tamak yang sanggup menerima apa sahaja tugas bagi mencampuri hal-ehwal orang lain.
‘The title of Viceroy was a British creation.’ (213) – Gullick 1993.
Malahan gelaran Wizurai atau ‘Viceroy’ itu adalah satu gelaran yang direka dan diberikan oleh British. Ia merupakan salah satu cara dan taktik halus British untuk mengambilalih kekuasaan raja-raja Melayu menerusi penasihat yang dinamakan wakil sultan. Ini terbukti apabila James W.W. Birch kemudiannya datang ke Selangor dan berjumpa dengan Sultan Abdul Samad bagi memastikan Sultan Selangor telah pun menyerahkan kuasanya kepada Tengku Kudin seperti yang telah dijanjikan dan termaktub di dalam Pengistiharan 26 Jun 1868. (212) – Gullick 1993.
‘After pressure and interference by the Straits authorities he was established as Viceroy of Selangor.’ (235) – Gullick 1993.
Pada masa itu pihak British begitu yakin dengan kesetiaan Tengku Kudin kepada mereka. Kerajaan British menganggap Tengku Kudin mempunyai pandangan dan pendapat yang sama dan sentiasa bekerjasama dengan pihak mereka dalam semua hal. Pendek kata di mata orang-orang Inggeris, Tengku Kudin merupakan calon yang paling layak untuk memusnahkan kekuasaan raja-raja Melayu. Atas dasar itulah kerajaan British sanggup membuat apa sahaja bagi menjamin dan memastikan Tengku Kudin merampas kekuasaan raja-raja Melayu dari tangan Sultan Selangor.
‘He appears to me to have European ideas about his government. I have emphasized what seem to me the key words in the unspoken assumptions of British officials about Kudin. They needed and he supplied.’ (214) – Gullick 1993.
Pengistiharan itu juga bermakna Kuala Langat kini berpindah milik dari Sultan Abdul Samad kepada Tengku Kudin. Putera-putera baginda iaitu Raja Muda Musa, Raja Kahar dan Raja Yaakub merasa sangat sakit hati terhadap ipar mereka yang tidak semena-mena telah diberi satu kuasa yang begitu besar di negeri Selangor. Apakah muslihat Inggeris yang sebenarnya di sebalik pengistiharan ini? Adalah aneh bagi seorang sultan menyerahkan kawasan pegangannya serta negerinya untuk ditadbirkan oleh orang lain kecuali baginda sendiri terdesak atau dipaksa dan terpaksa berbuat sedemikian.
‘It was agreed between the sultan and Kudin that he would relinquish his local powers at Kuala Langat, under the sultan’s letter of 26 June 1868.’ (206) - Gullick 1993.
Pengistiharan ini aneh kerana dengan tidak semena-mena Sultan Selangor iaitu Sultan Abdul Samad telah menyerahkan segala kuasanya serta daerah pegangannya iaitu Langat kepada Tengku Kudin dan mengenepikan hak putera-puteranya di dalam negeri Selangor. Sesiapa pun akan tertanya-tanya kenapakah Sultan Abdul Samad telah membuat keputusan yang terburu-buru lagi mengejut itu. Putera-putera baginda sendiri tidak memahami atau menerima hakikat tersebut. Jelas pengistiharan itu telah diatur oleh pihak British terlebih dahulu bagi memulakan susupan pengaruh mereka ke dalam politik negeri Selangor.
Lantaran itu Raja Muda Musa yang menguruskan kawasan perlombongan bijih timah di Kanching telah menghasut pelombong-pelombong Cina di sana agar membenci Tengku Kudin. Ramai pembesar Selangor juga tidak bersetuju dengan pelantikan orang luar itu. Tetapi Dato Bandar Langat merupakan pembesar yang secara terang-terangan menentang perintah Tengku Kudin.
‘The sultan allowed himself to be influenced by a stronger will than his own and surrendered all true power into the hands of his son-in-law.’ (232) - Gullick 1993.
Ayat ‘a stronger will than his own’ membuktikan terdapatnya satu kuasa yang lebih kuat lagi berpengaruh dari pihak sultan. Siapakah kuasa yang kuat itu? Peristiwa ini membuktikan ada satu kuasa di belakang tabir sudah mula memainkan peranannya di dalam pentadbiran negeri Selangor. Kuasa itu adalah kuasa Inggeris.
‘The Sultan had been required under threats of the most serious and immediate consequences to appoint his suspected son-in-law, Tunku Kudin, to be his viceroy.’ (235) – Gullick 1993.
Raja Mahadi pula sememangnya bukan sahaja tidak bersetuju dengan campurtangan Inggeris dan Tengku Kudin, malahan dia juga tidak sebulu dengan Sultan Abdul Samad sendiri dianggap olehnya sebagai orang yang bertanggungjawab menyebabkan kedatangan campurtangan Inggeris di Kelang.
CAMPURTANGAN INGGERIS DALAM PERANG KELANG
Pada akhir tahun 1868, bonda Tengku Kudin iaitu Wan Mashiran mangkat dan Tengku Kudin pulang ke Kedah tanpa membawa isterinya. Dalam perjalanan pulang ke Kedah, Tengku Kudin sempat melencong ke Melaka dan berjumpa dengan seorang jutawan dan saudagar senjata Cina yang bernama Lim Teik Hee @ Baba Teik Hee untuk mendapatkan bekalan senjata apabila Tengku Kudin kembali ke Selangor kelak. Lim Teik Hee merupakan orang yang terkaya di Melaka pada masa itu. Dia banyak mewarisi harta dari bapanya yang merupakan seorang jutawan Cina yang terkenal di Melaka pada masa itu, Lim Leack. Lantas itu dia merupakan seorang rakan kongsi bersama dengan seorang lagi jutawan Cina yang juga saudaranya bernama Tan Chin Seng di dalam Syarikat Leack, Chin Seng & Co. ( 46 & 152) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
Pada masa yang sama, dia juga merupakan penaja utama senjata dan wang kepada Nonggok @ Haji Muhammad Tahir dan orang-orang Melayu Batu Bara yang dikatakan diupah olehnya untuk membuat kacau dan merampas Kelang secara kekerasan pada suatu hari nanti.
Lim Teik Hee bersetuju membantu Tengku Kudin dari segi bekalan senjata dan wang ringgit dengan syarat jika Tengku Kudin berjaya merampas Kelang, Tengku Kudin mestilah membayar balik hutang-hutang itu dengan tanah-tanah di pusat-pusat perniagaan di Kelang. Tengku Kudin bersetuju dan Lim Teik Hee pun berjanji membekalkan senjata-senjata api dan wang ringgit.
Di Kedah pula selepas upacara pengkebumian, Tengku Kudin telah mengumpulkan 500 tentera Kedah yang diketuai oleh Panglima Perang Sayid Zain, Panglima Hitam Kedah, Penghulu Hamzah dari Kampung Padang Terap dan Ali Mamat sebagai askar pengawal peribadi. Tengku Kudin juga berjaya mendapatkan wang $60,000.00 dari keluarganya di sana sebagai bekalan wang untuk mempertahankan dirinya dan harta-bendanya di negeri Selangor.
Pada masa yang sama Tengku Kudin berjaya meyakinkan pihak Inggeris di Pulau Pinang untuk membekalkan peralatan perang dan ketenteraan. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Pihak Inggeris bersetuju.
Dengan menggunakan satu kapal wap yang dinamakan Rembau dan 72 perahu kecil, Tengku Kudin membawa masuk 500 orang tentera Kedah ke Selangor bagi memperkuatkan dirinya dan barisan tenteranya. Mereka kemudiannya ditempatkan di Langat. Di sana mereka telah menerima kedatangan seorang pahlawan berketurunan Jawa yang sangat hebat dan terkenal di Melaka pada masa itu iaitu Sheikh Abdul Mohit Baktal. Mereka juga mendapatkan khidmat sepasukan askar upahan dari Perancis yang diketuai oleh de Fontaine yang merupakan bekas leftenan tentera laut Perancis. Atas arahan Sultan Abdul Samad, Tengku Kudin dan 500 tentera Kedah dan orang-orang Inggeris membina sebuah kubu batu di Kelang.
Pada akhir 1868, seluruh Kelang menjadi kecoh apabila Tengku Kudin tiba-tiba menghantar utusan kepada Raja Mahadi dan mengarahkan Raja Mahadi agar membubarkan tenteranya. Raja Mahadi menolak bulat-bulat ancaman itu. Beliau mendapat sokongan beberapa anak raja Bugis yang tidak sukakan kedudukan istimewa agen Inggeris Tengku Kudin. Tindakan dan campurtangan Tengku Kudin di Kelang telah menyebabkan semua pihak yang bermusuhan menjadi marah dan keadaan menjadi sangat tegang. Pada ketika inilah anak-anak raja Bugis di Selangor seperti Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut Selangor, Tengku Panglima Raja @ Raja Berkat @ Raja Mat Saman, Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Mat Saman, Raja Hitam dari Ulu Bernamdan Raja Ali dari Jeram, telah mula menyokong Raja Mahadi secara terang-terangan.
Raja Abdullah pula merasa tercabar kerana Sultan Abdul Samad telah membawa masuk agen Inggeris Tengku Kudin dari Kedah tanpa berbincang dengan kerabat-kerabat diraja Bugis terlebih dahulu. Beliau kemudiannya telah pulang ke Melaka pada awal tahun 1869 dan meminta bantuan seorang kenalannya yang merupakan salah seorang jutawan Cina terkaya di Melaka iaitu Lim Teik Hee bagi mendapatkan bekalan wang dan senjata. (236) – Khoo Kay Kim.
Dengan bantuan Lim Teik Hee ini, Raja Abdullah berjaya mengumpulkan tentera upahan Bugis dari Melaka dan Riau serta saki-baki tentera dari Ampang yang diketuai oleh anaknya sendiri Raja Ismail bin Raja Abdullah. Tetapi sayangnya pada awal 1869 itusemasa sibuk mempersiapkan pasukan perang untuk menawan kembali Kelang, Raja Abdullah meninggal dunia semasa dalam pelayarannya dari Melaka ke Singapura. Beliau kemudiannya dimakamkan di Kampung Ketapang di Melaka.
Raja Ismail mendesak Sultan Abdul Samad agar melantik beliau sebagai Orang Besar Jajahan Kelang yang baru bagi menggantikan bapanya. Oleh kerana bosan didesak oleh Raja Ismail, Sultan Abdul Samad menyarankan;
‘Engkau semua sama-sama muda bolehlah bertikam.’ (65) – Buyong Adil 1971.
Apabila mendapat jawapan sedemikian daripada Sultan Abdul Samad, maka Raja Ismail mengarahkan adiknya Raja Hasan mengumpulkan 60 lanun-lanun dan perompak-perompak laut dari Kepulauan Riau seperti Pulau Reteh, Pulau Igal, Pulau Manda dan Pulau Buru. Dalam tempoh masa 5 bulan, Raja Ismail berjaya mendapatkan bantuan ketenteraan dari orang-orang Laut di Siak dan orang-orang Kubu di Jambi. Mereka juga berjaya mendapatkan bantuan senjata dari sahabat lama Raja Abdullah iaitu Lim Teik Hee di Melaka dan Nonggok yang menyeludup senjata dari Melaka dan Singapura.
Jika dikaji dan dilihat dengan teliti, sama ada orang-orang Melayu Batu Bara yang dipimpin oleh Nonggok, atau Tengku Kudin dan orang-orang Kedah mahupun Raja Ismail dan orang-orang Bugis, kesemuanya mendapatkan bekalan senjata, wang dan ubat bedil daripada seorang jutawan Cina di Melaka yang bernama Lim Teik Hee dengan persetujuan apabila mereka berjaya, tanah yang seluas-luasnya yang dikehendaki oleh Lim Teik Hee mestikah diberikan kepadanya. Ini ialah sebagai ganti pembayaran hutang kepada Lim Teik Hee. Tanah sebagai ganti bantuan senjata, wang dan ubat bedil menjadi satu percaturan perniagaan kepada jutawan-jutawan Cina di Negeri-Negeri Selat.
Tuntutan tanah sebagai ganti bantuan mereka kepada pembesar-pembesar Melayu merupakan satu perancangan yang teliti untuk menguasai perdagangan dan politik di dalam Negeri-Negeri Melayu. Bagi pendatang-pendatang Cina yang sudah memiliki kekayaan di Negeri-Negeri Selat, penguasaan ke atas hak milik tanah-tanah di negeri-negeri Melayu merupakan satu rancangan besar untuk mereka bertapak dan bermastautin dalam ertikata membentuk koloni-koloni yang baru.
Bantuan senjata dan kewangan yang diberikan oleh jutawan-jutawan Cina kepada pembesar-pembesar Melayu yang bertelagah tersebut seolah-olah menggalakkan peperangan dan huru-hara berlaku di dalam negeri-negeri Melayu. Tidak salah jika diandaikan bahawa jutawan-jutawan Cina ini menggalakkan suasana huru-hara ini untuk menangguk di air yang keruh dan menahan lukah di pergentingan. Sekiranya dipandang secara menyeluruh, bantuan yang diberikan oleh jutawan-jutawan Cina ini tidak lebih daripada satu umpan bagi meruntuhkan ketuanan Melayu.
Maka jelas di sebalik tabir peperangan dan persengketaan yang berlaku di antara orang-orang Melayu di Tanah Melayu, wujudnya satu ‘The Grand Design’ atau satu rancangan besar untuk menguasai Tanah Melayu dalam aspek ekonomi dan politik secara sedikit demi sedikit yang diatur dan dirancang dengan rapi dan teliti oleh jutawan-jutawan Cina yang merupakan orang-orang yang berpengaruh serta memimpin orang-orang Cina di Negeri-Negeri Selat. Namun malangnya orang-orang Melayu pada ketika itu langsung tidak menyedari muslihat ini dan asyik bersengketa bagi merebut kuasa.
PERANG KELANG BERDARAH KEMBALI
Pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail telah mengetuai 100 orang pengikutnya bertolak dari Melaka dan menyerang kubu Raja Mahadi di Kuala Kelang. Setibanya mereka di Kelang pada Subuh hari, mereka pun menyerang secara mengejut orang-orang Raja Mahadi di kubu Kuala Kelang. Oleh kerana orang-orang Raja Mahadi tidak bersedia, maka kubu Kuala Kelang mudah sahaja ditewaskan. Dalam serangan itu, 30 pengikut-pengikut Raja Mahadi tidak dapat bertindak balas lalu melarikan diri ke seberang sungai dan menuju ke kubu Raja Mahadi. Dalam pertempuran itu, hanya seorang sahaja tentera Raja Ismail yang mati dicincang. Itu pun disebabkan kesilapan yang berlaku di dalam kegelapan Subuh di mana salah seorang pengikut Raja Ismail sendiri yang secara tidak sengaja mencincang adik kandungnya.
Sebaik sahaja menawan kubu Kuala Kelang, tentera Raja Ismail bertindak membedil kubu Raja Mahadi. Sejak hari itulah kubu Raja Mahadi di Kelang itudibedil hampir setiap hari dari kubu Kuala Kelang oleh tentera Raja Ismail. Tentera Raja Ismail turut membedil ke arah kapal Raja Mahadi yang bernama Seri Lingga yang dijaga oleh salah seorang ipar Raja Mahadi yang bernama Raja Abdullah bin Raja Abbas. Atas nasihat orang-orang Melayu Batu Bara yang menjaga kubu itu, Raja Abdullah bin Raja Abbas pun membawa Kapal Sri Lingga memudiki Sungai Kelang.
Sebaik sahaja Raja Abdullah bin Raja Abbas membawa Kapal Seri Lingga memudiki Sungai Kelang, orang-orang Melayu Batu Bara pun meninggalkan kubu Raja Mahadi. Akibatnya, tentera Raja Ismail mengambil kesempatan untuk menyerang kubu Raja Mahadi dan mengepungnya. Setelah bertempur selama beberapa minggu, Raja Ismail merasakan kubu Raja Mahadi itu amat sukar untuk ditewaskan. Lantas itu Raja Ismail pun menghantar utusan untuk berjumpa dengan Tengku Kudin di Langat dan meminta bantuannya.
CAMPURTANGAN TENGKU KUDIN
Pada Okt 1869, tentera Tengku Kudin di bawah pimpinan Panglima Perang Sayid Zain, Panglima Hitam Kedah, Sheikh Abdul Mohit Baktal, Penghulu Hamzah, Ali Mamat dan de Fontaine tiba di Kuala Kelang dengan 300 tentera Kedah. Sebelum itu 200 lagi tentera Kedah telah ditinggalkan di Langat untuk menjaga keselamatan keluarga Tengku Kudin. Di Kelang, Nonggok dan orang-orang Melayu Batu Bara sedia menanti untuk membantu Tengku Kudin.
Setibanya di Kelang, Tengku Kudin telah menghantar utusan ke dalam kubu Raja Mahadi untuk memberitahu bahawa kedatangannya adalah untuk mendamaikan pihak Raja Mahadi dengan pihak Raja Ismail. Namun Raja Mahadi bukan sahaja menolak mentah-mentah tawaran itu serta tidak membalasnya, malahan dia juga menghina utusan Tengku Kudin itu.
Ketika inilah seorang Inggeris yang bernama Edward Bacon di Pulau Pinang telah menghantar dan menjual beras, senapang pemuras dan ubat bedil kepada Raja Mahadi. Raja Mahadi kemudiannya membayar $30,000.00 kepada Edward Bacon.
Tengku Kudin telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan Raja Ismail. Dalam mesyuarat itu, mereka bersetuju bergabung tenaga untuk menentang Raja Mahadi. Setelah itu, Tengku Kudin pun menghantar utusan ke Langat untuk memberitahu Sultan Abdul Samad tentang keadaan yang telah berlaku. Sultan Selangor yang terkejut itu segera menghantar 200 tentera Bugis Selangor dari Langat untuk membantu Tengku Kudin.
Maka bertambah kukuhlah kepungan ke atas kubu Raja Mahadi. Mereka juga menyekat bekalan makanan dan barang-barang yang lain. Sesekali tentera Raja Mahadi menyerangbalas tentera Raja Ismail, Nonggok dan Tengku Kudin. Namun cubaan-cubaan itu dapat dipatahkan. Selain dari kepungan, de Fontaine dan Nonggok juga tidak berhenti-henti membedil kubu Raja Mahadi dengan meriam.
‘Upstream from the town of Klang at Bukit Kuda the river was closed by throwing an iron chain across from one bank to the other. Dato Dagang held this area from a stockade in the vicinity.’ (203) – Gullick 1993.
Di bahagian Sungai Kelang pula, Nonggok dan orang-orang Melayu Batu Bara telah merentangkan rantai besi supaya kapal-kapal bantuan baik dari segi makanan mahupun kelengkapan senjata perang tidak dapat melepasi ke kubu Raja Mahadi. Peperangan ini berlanjutan sehingga ke bulan Mac 1870.
MANDAILING MENGAUT KEUNTUNGAN DI KELANG
Semasa berlakunya Perang Kelang, orang-orang Mandailing tidak terlibat sama sekali di dalam peperangan tersebut sama ada di pihak Raja Mahadi mahupun di pihak Tengku Kudin. Pada masa itu harga makanan dan barangan keperluan harian naik berlipat ganda. Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya yang terkepung benar-benar merasa bahang kenaikan harga barang tersebut. Tambahan pula Nonggok dan orang-orang Melayu Baru Bara telah merentangkan rantai-rantai besi yang besar menghalang kemasukan sebarang kapal yang membawa bekalan makanan dan barangan keperluan harian ke arah kubu-kubu Raja Mahadi. Akibat itu banyak kapal-kapal dan perahu-perahu yang membawa bekalan makanan dan kelengkapan perang telah ditahan dan dirampas oleh orang-orang Melayu Batu Bara. Ini menjadikan harga barangan naik berlipat kali ganda.
‘Tambahan pula di Sungai Kelang, setentang dengan kubu Dato Dagang, yang menyebelahi Tengku Kudin, ada rantai besi yang direntang menyeberangi sungai itu, sehingga menyukarkan perahu sekunar Seri Lingga yang digunakan untuk membawa makanan beras dan lain-lain barang makanan dari Kuala Lumpur ke tempat Raja Mahadi hendak melintasi sungai kubu Dato Dagang itu.’ (69) – Buyong Adil 1971.
Memandangkan harga barang yang melambung tinggi dan perniagaan makanan ke kubu Raja Mahadi itu menjanjikan keuntungan yang sangat lumayan dan berlipat kali ganda, maka terdapat beberapa orang peniaga Mandailing di Kuala Lumpur mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tersebut walaupun kegiatan tersebut sangat merbahaya dan boleh mengakibatkan maut.
‘Hanya sedikit sahaja bekalan yang dapat sampai ke tempat Raja Mahadi itu, yang dibawa oleh orang-orang Mandailing dari Kuala Lumpur di waktu malam dengan menggunakan perahu kecil.’ (69) – Buyong Adil 1971.
Perahu-perahu yang membawa bekalan makanan dan barang-barang keperluan harian telah bergerak pada waktu malam dan kebanyakan perahu-perahu ini dibawa oleh pahlawan-pahlawan handalan Mandailing yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan upah yang lumayan dari peniaga-peniaga runcit. Hanya pahlawan-pahlawan Mandailing sahaja yang berjaya melepasi rantai besi sakti Nonggok dan orang-orang Melayu Batu Bara dan menghantar makanan dan barang-barang keperluan tersebut kepada orang-orang Raja Mahadi. (69) – Buyong Adil 1971.
Kepungan yang berterusan selama 5 bulan oleh tentera Tengku Kudin, Raja Ismail dan Nonggok ini membolehkan orang-orang Mandailing mengaut keuntungan yang lumayan secara berterusan dan yang menanggung sengsara dan derita adalah tentera Raja Mahadi yang terpaksa membayar harga yang mahal akibat kenaikan harga yang berlipat ganda ini. Beras dijual $1.00 secupak, garam secupak $0.25 ke $0.30, ikan senohong yang besar dijual $2.00 seekor, kelapa $0.30 ke $0.40 sebiji. (105) – Middlebrook dan Gullick.
Malahan di dalam beberapa percubaan yang lebih berani lagi, Raja Mahadi terpaksa menggunakan khidmat orang-orang Mandailing untuk menghantar bekalan senjata seperti meriam yang diperlukan oleh Raja Mahadi. Ini ialah kerana hanya orang-orang Mandailing sahaja yang tahu selok-belok laluan Sungai Kelang yang telah sebati dengan mereka sejak 1818 lagi. Kepungan orang-orang Melayu Batu Bara ke atas kubu Raja Mahadi tidak dapat menghalang sampan-sampan Mandailing untuk meneruskan kegiatan mereka.
‘Mandailing men built rafts on which Mahdi could move men and cannon up and down the length of the river.’ (203) – Gullick 1993.
Ternyata orang-orang Mandailing tidak terlibat di dalam peperangan ini. Orang-orang Mandailing hanya mengambil kesempatan untuk berniaga dan mengaut keuntungan yang lumayan. Kedua fakta ini, penglibatan dalam peperangan dan kegiatan dalam perniagaan hendaklah dibezakan kerana ianya tidak berkaitan sama sekali. Oleh itu adalah tidak tepat bagi ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa orang-orang Mandailing terlibat di dalam Perang Kelang dan menyokong Raja Mahadi.
Perlu difahamkan semasa Perang Kelang meletus, perniagaan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur telah teruk terjejas. Hampir sahaja tidak ada bekalan yang masuk dari Sungai Kelang. Perang Kelang telah menakutkan ramai peniaga yang menggunakan Sungai Kelang sebagai jalan perhubungan ke Kuala Lumpur. Tambahan pula ramai peniaga yang mengalami kerugian akibat dari dirompak, dirampas ataupun terkena tembakan dari pihak-pihak yang terbabit dalam Perang Kelang dan juga pihak-pihak lain yang cuba menangguk di air keruh. Perbuatan Nonggok dan orang-orang Melayu Batu Bara yang merentangkan rantai besi itu juga benar-benar menyusahkan peniaga-peniaga Mandailing untuk membawa keluar barang-barang dagangan mereka melalui Sungai Kelang. Ini telah menjejaskan seluruh pengangkutan dan perniagaan barang-barang di sepanjang Sungai Kelang ke Kuala Lumpur. Kuala Lumpur pada masa itu seolah-olah terputus hubungannya dengan dunia luar.
Orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari Kajang atau Sungai Ujung melalui jalan darat yang lebih sukar dan lambat. Ini mengakibatkan kenaikan harga barangan keperluan di Kuala Lumpur. Kegiatan perniagaan di Kuala Lumpur juga agak lembab dan tidak bermaya kerana dipengaruhi oleh suasana yang tidak menentu di kuala Sungai Kelang. Keadaan inilah yang memaksa peniaga-peniaga Mandailing untuk mengambil risiko yang sangat tinggi bahkan bergadai nyawa untuk membekalkan makanan dan barangan keperluan ke kubu Raja Mahadi.
Adalah tidak benar juga Tuanku Raja Asal @ Jaasai dan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur dituduh menyokong Raja Mahadi di dalam Perang Kelang tersebut. Sedangkan pada masa itu Tuanku Raja Asal bersama dengan orang-orang di Kuala Lumpur sedang bersiap-sedia untuk melancarkan serangan ketiga ke atas Pahang. Sebelum ini pun pada tahun 1866 dan 1868, Tuanku Raja Asal bersama dengan orang-orang Mandailing telah terlibat di dalam peperangan dan serangan ke atas negeri Pahang semasa berlakunya Perang Kelang. Oleh yang demikian, adalah sangat aneh jika ahli-ahli sejarah mendakwa Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing terlibat dalam Perang Kelang.

EPISOD 12
MANDAILING MENYERANG PAHANG
KALI KETIGA SEMASA PERANG KELANG
& PADANG LAWAS BERGOLAK
‘Segala orang-orang Rawa Mandailing yang telah menderhaka di Pahang,
dihalaukan sekalian mereka itu duduk di Selangor,
selalu datang ke Pahang membuat kacau dan rosak,
kemudian lari balik ke Selangor.’
Hikayat Pahang Cetera 30
Semasa pihak Tengku Kudin @ Tengku Zainal Abidin @ Tengku Zia’u’ddin, Raja Ismail bin Raja Abdullah, Nonggok @ Haji Muhammad Tahir bin Mahmud dan angkatan tentera Bugis Selangor dan orang-orang Melayu Batu Bara sibuk mengepung dan membedil kubu Raja Mahadi di Kelang, Tuanku Raja Asal @ Jaasai, Wan Aman @ Wan Abdul Rahman, Wan Da @ Wan Enda dan Wan Dollah @ Wan Abdullah dan orang-orang Mandailing pula sibuk menyerang Pahang buat kali ketiga pada awal Jan 1870. Ini adalah untuk menuntut hak kepada yang berhak bagi mengembalikan Wan Aman ke atas takhta kerajaan Pahang yang diwarisinya secara sah dari ayahandanya Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir. Ini sekaligus membuktikan bahawa Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing tidak pernah menyokong atau membantu Raja Mahadi di dalam Perang Kelang.
‘In early 1870 an attempt was made to invade Pahang.’ (30) – Aruna Gopinath 1991.
Dari Kota Permulas yang merupakan kubu Mandailing di Bukit Tabor, Ulu Kelang, pasukan Mandailing bergerak menuju ke Raub. Dalam serangan kali ini, Tuanku Raja Asal turut membawa beberapa ratus pejuang Mandailing seperti Imam Perang Harimau Berantai @ Imam Perang Jabarumun, Dato Kelana Japaruhum, Jamantiko, Jakaloka, Jabaringin, Jabintang, Jamalintang, Jabalun, Jaboji, Sutan Mogal Babiat Jolma dan Jamangitung Serigala Tonga serta pahlawan-pahlawan Rawa seperti Dato Hulubalang Pendekar Marusin @ Haji Husin, Haji Muhammad Taib dan Haji Zakaria. Manakala Wan Aman, Wan Da, Wan Dollah turut membawa 100 orang pengikutnya yang dipimpin oleh Sutan Bengkulu dan Engku Sutan.
‘Early in 1870 Che Engku Aman and Che Engku Da, the old Bendahara’s sons, invaded Pahang. They were joined by a thousand Rawas.’ (93) – Linehan 1973.
Dari Kota Permulas di Ulu Kelang, rombongan tersebut bergerak ke Genting Semangkok dan menuju ke Raub. Di Raub, mereka bertemu dan bergabung dengan orang-orang Pahang yang diketuai oleh Sayid Deraman @ Abdul Rahman, Imam Perang Mat Aris, Che’ Embok dan Panglima Kiri Tuan serta pengikut-pengikut mereka.
Tidak lama kemudian, pasukan Mandailing pun melancarkan serangan ke atas Raub dan menaklukinya. Sejurus sahaja mendapat tahu berita mengenai serangan itu, Wan Ahmad menghantar satu ketumbukan besar tentera Pahang lengkap dengan senjata api serta peluru untuk merampas kembali Raub. Angkatan perang Pahang itu diketuai oleh Panglima Perang Dato Bahaman, Tok Jebek bin Akil, Imam Perang Khatib Rasu @ Abdul Salam @ Tok Gajah, Orang Kaya Setia Lela Lipis @ Tok Teh dan anaknya Toh Muda Sentul.
‘There were contingents of Rawas fighting on both sides.’ (94) – Linehan 1973.
Setibanya di kawasan berdekatan Raub, angkatan Pahang itu membina 8 buah kubu di tebing Sungai Lipis. Apabila pasukan Mandailingdatang untuk menyerang Kuala Lipis dan melalui sebuah tempat yang dinamakan Kuala Pa dekat Temu, maka berlakulah satu pertempuran hebat yang berlangsung selama 3 hari 3 malam.
Akhirnya pasukan Mandailingberjaya menakluki kesemua 8 buah kubu itu. Angkatan perang Pahang yang begitu besar terpaksa berundur ke Ulu Tembeling. Imam Perang Khatib Rasu terpaksa pulang ke Pekan bersendirian untuk meminta bantuan ketenteraan.
Setelah menewaskan ketumbukan tentera Pahang yang begitu besar, maka Tuanku Raja Asal dan pejuang-pejuang Mandailing pun bertahan di Raub dan Kuala Lipis.
PERANG PANE DAN KOTA PINANG 1848-1879
Di dalam semua buku sejarah ada menyatakan bahawa pada bulan Feb 1870, Tuanku Raja Asal tiba-tiba muncul di Kanching mengutip hutang. Adalah aneh jika difikirkan mengapakah perlunya Tuanku Raja Asal pulang ke Kanching secara tergesa-gesa sedangkan orang-orang Mandailing telah berjaya menakluki Pahang Barat dan sedang sibuk mempertahankannya. Belum ada ahli sejarah yang boleh memberikan jawapan kepada soalan ini? Ini ialah kerana mereka tidak mengkaji sejarah pergerakan orang-orang Mandailing dan pasukan perang saki-baki Padri secara keseluruhan di Nusantara.
Pada tahun 1848 apabila keadaan menjadi tenang, tentera Belanda mengambil keputusan berundur keluar dari kubu Tanjung Kopiah. Raja Pane Sutan Mengedar Alam mengambil kesempatan untuk pulang ke Kota Labuhanbilik setelah 5 tahun tinggal menumpang di Asahan. Sebaik sahaja mendapat tahu berita tersebut, Tunku Mustafa menjadi murka. Baginda mengerahkan angkatan tentera Kota Pinang untuk menyerang Pane. Maka perang pun berlaku.
Askar Harajaon Nasution Pane dan pasukan Laut Padri gagal mempertahankan Kota Labuhan Bilik dari serangan Kota Pinang. Pane telah ditakluki oleh Kota Pinang. Sutan Mengedar Alam dan Tuanku Janawi berundur ke Asahan buat kali kedua dan berlindung di bawah kerajaan Asahan.
Lantaran itu Yang Dipertuan Asahan pada masa itu bertindak untuk menjadi orang tengah dalam proses mendamaikan peperangan di antara 2 buah negara ini. Kota Pinang bersetuju. Lantas itu Sutan Mengedar Alam kembali semula ke Kota Labuhan Bilik lalu membina semula Harajaon Nasution Pane.
Namun sebagai upah jasa Yang Dipertuan Asahan yang menjadi juru damai, Kampung Kualoh yang merupakan sebahagian dari kawasan jajahan Pane diserahkan kepada kerajaan Asahan.
Sejak tahun 1850an lagi, beberapa sultan dan putera-putera raja dari beberapa buah kerajaan di Tanah Besar Sumatera telah bekerjasama secara rahsia dengan pasukan Gerila Padri dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Besar Sumatera dari penjajahan Belanda. Antaranya adalah putera-putera Harajaon Nasution Kampung Raja di Sungai Toras iaitu Tengku Sulung dan adik tiri satu bapa lain ibu Jamarnindi Mata Merah.
Tengku Sulung adalah abang kepada Sultan Kampung Raja pada masa itu iaitu Almarhum Sutan Mangkat di Hotan Momok manakala Jamarnindi adalah adik tiri satu bapa lain ibu dengan Almarhum Sutan Mangkat di Hotan Momok. Dengan kata lain, Jamarnindi adalah putera kerajaan Nasution Kampung Raja manakala Tengku Sulung adalah salah seorang kerabat terdekat Kampung Raja.
Tengku Sulung beribukan Melayu, lantaran itu bergelar Tengku manakala Jamarnindi beribukan Mandailing marga Lubis lantas bernamakan Mandailing. Tengku Sulung kemudiannya dikahwinkan dengan seorang puteri raja Sultan Kota Pinang pada masa itu.
Perkahwinan diraja berbau politik itu diharapkan akan mengubah pendirian Harajaon Nasution Kota Pinang agar tidak lagi bersekutu dan bersubahat dengan penjajah Belanda. Namun perkara itu tidak berlaku. Sebaliknya Kota Pinang terus menjadi sekutu kuat penjajah Belanda sehingga ke Perang Dunia Kedua.
‘Swettenham thought he was exceptionally clever and enlightened for a Malay.’ (97) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
ACHEH DAN BELANDA MULA BERSAING KUASA
Melihatkan keadaan di Tanah Adik Mandailing menjadi kucar-kacir dengan peperangan, kerajaan Acheh Darussalam di bawah pemerintahan Sultan Alaiddin Ibrahim Mansurshah telah mengerahkan 1000 tentera Acheh pimpinan Tengku Pangeran Husain menaiki 200 perahu perang bergerak ke kerajaan-kerajaan Asahan, Pane, Sri Bilah, Kampung Raja dan Kota Pinang untuk mengingatkan mereka bahawa wilayah-wilayah kerajaan itu adalah di bawah takluk kerajaan Acheh Darussalam sejak 1612 lagi. (9) – Tgk. Lamkaruna Putra.
Akibatnya kerajaan Belanda menjadi cemas. Mereka perlu bertindak segera atau menghadapi ancaman campurtangan Acheh Darussalam. Maka pada tahun 1858, penjajah Belanda telah menandatangani perjanjian ‘Traktak Siak’ bersama dengan kerajaan Melayu Siak Sri Inderapura untuk meletakkan Siak di bawah penjajahan Belanda. Dalam perjanjian itu, Belanda telah memaksa raja Siak untuk memasukkan nama-nama kerajaan seperti Asahan, Pane, Sri Bilah, Deli, Langkat dan Tamiang di Sumatera Timur sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan Siak.
Dengan itu Belanda secara automatiknya mengistiharkan semua kerajaan yakni Siak, Pane, Sri Bilah, Asahan, Deli, Langkat dan Tamiang adalah jajahan Belanda. Belanda bercadang untuk melancarkan gerakan tentera untuk menundukkan kerajaan-kerajaan tersebut.
Rentetan dari tindakan Belanda itu, maka pada akhir 1858 Sultan Alaiddin Ibrahim Mansurshah segera melantik Tengku Hashim Banta Muda sebagai pemerintah kepada semua jajahan Acheh di Sumatera Timur seperti Melayu Deli, Langkat, Tamiang, Sri Serdang, Padang Bedagei, Asahan, Pane, Sri Bilah, Kampung Raja, Kota Pinang dan Tanah Putih Ayam Denak. Namun pemerintah tersebut masih tertakluk di bawah kuasa Sultan Acheh. Dengan itu Sultan Acheh membenarkan Tengku Hashim Banta Muda untuk mengerahkan segala bala tentera Acheh untuk memastikan semua jajahan tersebut tunduk di bawah kekuasaan Acheh Darussalam. Pada masa yang sama, Tengku Hashim Banta Muda telah melantik seorang pahlawan yang sangat terkenal di Acheh yang bernama Teuku Nyak Makam sebagai panglima perangnya. Manakala Raja Muda Meureudu Teuku Cut Lateh dilantik sebagai Laksamana tentera laut Acheh bagi menundukkan semua jajahan Acheh Darussalam. (10-11) - Tgk. Lamkaruna Putra.
Pada masa yang sama Harajaon Nasution Kota Pinang telah meminta bantuan ketenteraan dari Belanda akibat dari serangan gerila yang bertali-arus dari pasukan Gerila Padri. Serangan-serangan ini telah menyebabkan usaha Belanda untuk menguasai Tanah Adik Mandailing terhenti. (11) - Tgk. Lamkaruna Putra.
‘Raja Kota Pinang minta bantuan militer untuk menyangga bekas-bekas kekuatan Padri yang mau menyerang negerinya dari arah Padang Lawas.’ (28) - Tengku Luckman Sinar SH.
Pada bulan Jul 1862, Residen Belanda di Riau pada masa itu E. Netscher dan Penolong Residen Belanda di Siak iaitu Arnold bersama-sama dengan beberapa orang pembesar kerajaan Melayu Siak Sri Inderapura telah berangkat ke Harajaon Nasution Pane dan Sri Bilah di mana raja-raja Mandailing di sana dipaksa untuk bekerjasama dan tunduk kepada Belanda. Belanda berjanji akan melindungi Pane dan Sri Bilah dari segala ancaman musuh mereka. Pada 2 Ogos 1862, E. Netscher dan Arnold tiba di Kota Pinang untuk mengadap Patuan Besar Kota Pinang.
Urutan dari pertemuan 2 Ogos 1862 itu, Tengku Sulung telah ditangkap oleh Kota Pinang dan Belanda atas arahan bapa mertuanya sendiri iaitu Sultan Kota Pinang atas tuduhan bersubahat dengan pasukan Gerila Padri. Tengku Sulung kemudiannya dipaksa menceraikan isterinya yang juga puteri Sultan Kota Pinang lalu dibuang negeri di Betawi. (97) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
‘He had been exiled from Kota Pinang in Sumatra after trying to overthrow his Dutch-supported father-in-law. He spent some time traveling in the Johore, Selangor and Perak before settling in Langat in 1874 where he met Swettenham.’ (329) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Beliau kemudiannya dibuang negeri ke Kepulauan Riau. Dari Riau, beliau kemudiannya melarikan diri ke Johor. Dari Johor, beliau berhijrah ke Selangor dan tinggal di sana selama 6 bulan. Dari Selangor beliau sekali lagi berpindah ke Larut selama 4 bulan lalu berkhidmat di bawah Raja Yusuf dari Perak selama 1 tahun. Pada Jul 1874, Tengku Sulung inilah berpindah ke Langat dan berkhidmat di bawah Frank A. Swettenham. Beliau kemudiannya menjadi pengawal peribadi Frank A. Swettenham dan diakui sebagai pengawal yang paling handal dan paling setia.
‘All these people know Tunku Sulong who goes about with me everywhere and is most useful.’ (116) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
PEMBERONTAKAN KUALOH AND KOTA PINANG MENYERANG PANE Yang Dipertuan Asahan pula mengambil pendirian untuk tidak menyokong Belanda. Sebaik sahaja Yang Dipertuan Asahan mengistiharkan bahawa kerajaan Asahan tidak mahu tunduk kepada Belanda, seorang pahlawan Bugis yang pernah menjadi tentera upahan Belanda bernama Wan Tanolo telah memimpin penduduk-penduduk Kampung Kualoh yang asalnya merupakan sebahagian dari kawasan jajahan Pane yang diserahkan kepada kerajaan Asahan pada 1848 melakukan satu pemberontakan besar.
Lantas kerajaan Asahan menghantar tenteranya yang dipimpin oleh Nakhoda Naim untuk memadamkan pemberontakan tersebut. Apabila mendapat tahu kedatangan tentera Asahan, maka Wan Tanolo meminta bantuan Harajaon Nasution Kota Pinang.
Pucuk dicita ulam mendatang. Bagaikan mengantuk disorong bantal, Harajaon Nasution Kota Pinang segera melancarkan kilat, bukan ke atas Asahan, sebaliknya ke atas Pane yang tidak bersedia itu. Maka berlakulah satu peperangan yang baru di antara Kota Pinang dan Pane. Akibatnya pasukan Gerila Padri pimpinan Tuanku Janawi yang pada masa ini lebih dikenali sebagai Tuanku Raja Laut dan Tuanku Jamin Harahap terpaksa membabitkan diri dalam peperangan tersebut bagi mempertahankan kerajaan Pane.
Itulah kali terakhir Tuanku Jamin Harahap memimpin pasukan Gerila Padri di Tanah Besar Sumatera. Beliau telah terbunuh dalam satu serangan balas ke atas tentera Kota Pinang semasa mempertahankan Pane dari serangan Kota Pinang. Akibatnya Tuanku Raja Laut terpaksa memimpin kedua-dua pasukan Padri dalam menegakkan perjuangan Padri di Tanah Besar Sumatera.
Harajaon Nasution Kota Pinang sebenarnya tidak berani melancarkan serangan ke atas Asahan kerana kerajaan Asahan pada masa itu mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan Acheh Darussalam.
Melihatkan serangan yang bertali arus ke atas Pane, Raja Pane segera menghubungi Belanda di Pulau Bengkalis bagi mengingatkan perlindungan yang dijanjikan oleh Belanda semasa kedatangan Residen E. Netscher dan Penolong Residen Arnold pada Jul 1862 yang lalu di mana Belanda berjanji akan melindungi Pane dan Sri Bilah dari segala ancaman musuh mereka. Belanda segera bertindak menghantar utusannya Raja Burhanuddin seorang pembesar Minangkabau untuk berunding dengan kedua-dua pihak.
Pada tahun 1863, Tengku Hashim Banta Muda yang merupakan pemerintahan negeri-negeri jajahan Acheh telah mendapat tahu keadaan kucar kacir di Asahan dan Pane. Beliau segera menghantar Raja Muda Meureudu Teuku Cut Lateh selaku Laksamana tentera laut Acheh untuk memimpin sebuah bala tentera Acheh ke Asahan. Ini bagi memperkukuhkan kedudukan Acheh di Asahan. Kedatangan tentera Acheh ke Asahan menyebabkan Yang Dipertuan Ahmadshah merasa bangga dan semakin berkeras terhadap Belanda. (12) - Tgk. Lamkaruna Putra.
Selepas ke Asahan, Raja Muda Meureudu Teuku Cut Lateh dan tentera Acheh telah bergerak ke Langkat. Di sana mereka telah memaksa Sultan Musa Naqsabandiah Muazamshah Al-Haj yang sebelum ini merupakan sekutu Belanda untuk tunduk kepada Acheh Darussalam. Ini bagi memperkukuhkan kedudukan Acheh di Langkat.
Namun Raja Muda Meureudu Teuku Cut Lateh dan tentera Acheh tidak berani ke Kota Pinang bagi memaksa Raja Kota Pinang Patuan Besar Mustafa untuk untuk kepada Acheh Darussalam kerana pada masa itu kerajaan Kota Pinang merupakan sekutu yang sangat rapat dengan Belanda dan Kota Pinang sendiri mempunyai satu angkatan tentera yang kuat dan disegani.
Sepulangnya Raja Muda Meureudu Teuku Cut Lateh dan tentera Acheh ke Acheh Darussalam, Tengku Hashim Banta Muda telah mengerahkan Panglima Perang Teuku Nyak Makam dan Laksamana Teuku Cut Lateh untuk membina kubu-kubu perang di tempat-tempat strategik di seluruh Acheh bagi bersiap-sedia untuk menghadapi serangan balas tentera Belanda. Maka berpuluh-puluh kubu telah dibina di Teluk Aru, Pulau Kampai, Pulau Sembilan, Kuala Gebang, Pangkalan Siantar, Bogak, Tualang Cut dan lain-lain lagi.
Sebaik sahaja mendapat tahu Acheh Darussalam sedang bersiap untuk berperang, maka Residen E. Netscher dan Arnold telah memimpin satu pasukan tentera laut Belanda untuk menyerang Pulau Sembilan dan Pulau Kampai. Di sana mereka telah berentap dengan tentera laut Acheh pimpinan Panglima Perang Teuku Nyak Makam dan Laksamana Teuku Cut Lateh. Apabila mendapat tentangan yang sengit dari Acheh, tentera laut Belanda terpaksa berundur pulang ke Riau. Beberapa bulan selepas itu, tentera Belanda telah melancarkan beberapa serangan ke atas wilayah-wilayah Acheh di Teluk Aru, Pulau Sembilan dan Teluk Kampai tetapi semuanya gagal.
Pada 23 Mei 1863, Residen E. Netscher telah menghantar utusan menyampaikan surat amaran terakhir kepada Sultan Sri Serdang iaitu Sultan Basyaruddin Saiful Alamshah untuk tunduk kepada Belanda. Tetapi Sultan Sri Serdang itu menolak bulat-bulat ugutan tersebut.
Selepas itu utusan Residen E. Netscher turut menyampaikan surat amaran terakhir kepada kerajaan Asahan dan kerajaan Melayu Batu Bara Lima Luhak untuk tunduk kepada Belanda tetapi turut ditolak.
PERJANJIAN DAMAI PANE-KOTA PINANG APR 1864
Maka pada bulan Apr 1864, bertemulah raja Pane, Patuan Besar Mustafa raja Kota Pinang dan Teuku Komando @ Raja Burhanuddin sebagai wakil Belanda di Kumbul, Sri Bilah. Dalam perbincangan tersebut, sebahagian dari sempadan di antara Harajaon Nasution Pane dan Kota Pinang akan dijadikan kawasan bebas dari pemerintahan kedua-dua buah negara. Kawasan dari Si Badungkong ke Si Langsal Iratang itu akan diletakkan di bawah pemerintah Belanda bagi meleraikan persengketaan di antara Pane dan Kota Pinang. Kawasan tersebut dinamakan Labuhan Batu.
Manakala seluruh jajahan Harajaon Nasution Kampung Raja yang luas itu akan diletakkan di bawah pemerintahan Harajaon Nasution Kota Pinang dengan raja-raja Kampung Raja akan menjadi Raja Muda kepada Patuan Besar Kota Pinang. Ini bermakna bermula dari Apr 1864, raja-raja Kampung Raja akan memerintah Kampung Raja di bawah pengawasan kerajaan Kota Pinang.
Pada perjumpaan inilah Tuanku Raja Laut, Fakeh Maulana dan Haji Ali Nasution telah dilihat menunggang kuda mengiringi pemergian raja Pane ke Kumbul. Selepas pulang dari Kumbul, Tuanku Raja Laut melantik Jamarnindi Mata Merah, adik tiri Tengku Sulung dan Almarhum Sutan Mangkat di Hotan Momok pemerintah Harajaon Nasution Kampung Raja, sebagai ketua pasukan Gerila Padri di Tanah Besar Sumatera.
Pada awalnya, Jamarnindi Mata Merah menyertai pasukan Gerila Padri sebagai ahli biasa. Namun bakatnya di dalam bidang ketenteraan dan kepahlawanan telah dikesan dan diperhatikan oleh Tuanku Raja Laut dan orang-orang kanan pasukan Gerila Padri.
Sebaik sahaja Tuanku Jamin Harahap disemadikan, Tuanku Raja Laut terus memikirkan penggantinya. Namun apabila mendapat tahu Jamarnindi Mata Merah merupakan adik satu bapa kepada Tengku Sulung dan Almarhum Sutan Mangkat di Hotan Momok pemerintah Harajaon Nasution Kampung Raja, Tuanku Raja Laut terus melantik Jamarnindi sebagai ketua pasukan Gerila Padri yang baru.
Jamarnindi digelar Jamarnindi Mata Merah kerana beliau mempunyai mata yang garang dan kemerah-merahan. Malahan tubuh badannya juga dikatakan kemerah-merahan. Ini sesuai dengan sikapnya yang berani secara gila-gila dan dikatakan seorang yang sangat pemarah dan panas baran. Menurut cerita orang tua-tua, Jamarnindi Mata Merah dikatakan mempunyai ilmu kebatinan dan ilmu seni mempertahankan yang sangat handal. Kehandalan Jamarnindi Mata Merah ini menyebabkan beliau lebih terkenal dengan gelaran ‘Pendekar Tambusai’ di kalangan anggota-anggota pasukan Gerila Padri dan di kalangan tentera upahan Belanda. Beliau juga dikatakan sangat pandai bermain ilmu halimunan yang mengelirukan musuh-musuhnya serta mempunyai badan yang kenyal seperti getah.
Terdapat satu peristiwa di mana tentera Belanda telah membedil sebuah masjid di Padang Lawas hingga terbakar dengan maraknya. Maka ditakdirkan oleh Allah s.w.t. dengan satu hembusan mulut dari Jamarnindi Mata Merah, api yang panas menjulang padam dengan serta-merta.
Keputusan pelantikan Jamarnindi ini dianggap satu keputusan yang bijak lagi strategik kerana secara tidak langsung pasukan Gerila Padri akan mengheret Harajaon Nasution Kampung Raja untuk bangkit menentang Harajaon Nasution Kota Pinang.
Ternyata perundingan tersebut hanya menguntungkan Belanda yang ingin memecah-belahkan kerajaan-kerajaan yang asalnya sama iaitu Harajaon Nasution Pinang Di Awan.
RAPAT BESAR PADANG LAWAS 7 DIS 1864
Pada 7 Dis 1864, penjajah Belanda telah mengumpulkan semua raja Huta atau raja kampung di seluruh Padang Lawas untuk berkumpul di Padang Si Dempuan bagi menentukan semula sempadan serta membahagi-bahagikan wilayah kerajaan di Padang Lawas.
Dalam perjumpaan selama 7 hari berturut-turut itu, Belanda telah menggabungkan 88 kerajaan kecil bagi membentuk 16 buah kerajaan baru dengan wilayah sempadan masing-masing. Maka ramailah raja Huta atau raja kampung yang terpaksa berkongsi kuasa dan giliran bagi memerintah sesebuah kerajaan.
Maka ramailah raja Huta atau raja kampung yang tidak berpuas hati dengan pembahagian tersebut lantas meninggalkan istana masing-masing dengan membawa keluarga mereka berhijrah ke Kuala Lumpur di Tanah Melayu. Ini termasuklah Jabarumun dan Japaruhum berhijrah ke Tanah Melayu.
Pada tahun 1864 itu juga, Tuanku Imam Bonjol @ Peto Sharif @ Muhammad Shahab bin Rajanudin yang berumur 93 tahunmeninggal dunia di Kampung Lotta, Desa Pineleng di Manado, Sulawesi Utara akibat demam malaria. Beliau telah dibuang ke Sulawesi selama 23 tahun. Namun begitu perjuangan gerila Jihad Padri masih kental diteruskan di persisiran pantai Sumatera timur di Labuhanbilik.
BELANDA MENYERANG BATU BARA DAN ASAHAN
Pada 20 Ogos 1865, seangkatan bala tentera Belanda telah bertolak daripada Batavia (Betawi/Jakarta) menuju ke Tanah Besar Sumatera untuk menyerang kerajaan Melayu Batu Bara Lima Luhak, Asahan dan Sri Serdang. Angkatan tentera Belanda itu terdiri daripada pasukan tentera darat dan pasukan tentera laut.
Pasukan tentera darat mempunyai kekuatan ½ batalion infantri seramai 379 tentera berketurunan Belanda yang dipimpin oleh General W.E.F. Van Heemskerck dan 227 tentera berbangsa Jawa dan Bugis di bawah pimpinan General Mandala Gugus, 1 platun unit artileri seramai 1 pegawai 25 tentera bersama dengan 2 pucuk meriam besar dan 2 pucuk mortar serta 2 orang pegawai kesihatan.
Manakala pasukan tentera laut terdiri daripada 1000 tentera terlatih yang diketuai oleh Lieutenant P.A. Van Rees menggunakan 6 buah kapal perang seperti kapal Amsterdam, kapal Sindoro, kapal Djambi, kapal Montrado, kapal Delfzijl dan kapal Dassoon. Kesemua kapal perang ini dilengkapi dengan 49 pucuk meriam besar.
Pada tanggal 12 Sep 1865, kapal Djambi tiba di Asahan dan Residen E. Netscher sendiri menyampaikan surat ‘ultimatum’ perang kepada Yang Dipertuan Asahan untuk memilih sama ada tunduk atau perang. Asahan memilih untuk tidak tunduk.
Pada hari yang sama bala tentera Belanda menyerang kerajaan Melayu Batu Bara Lima Luhak yang terdiri daripada 5 buah kerajaan kecil iaitu;
a. Kerajaan Luhak Tanah Datar di Tanjung Balai
b. Kerajaan Luhak Pagurawan di Labuhan Ruku
c. Kerajaan Luhak Pesisiran juga di Labuhan Ruku
d. Kerajaan Luhak Lima Laras berpusat di Tanjung Tiram
e. Kerajaan Luhak Limapuluh beribukota di Limapuluh
Maka berlaku satu pertempuran hebat yang berlarutan selama 5 hari 5 malam. Akhirnya pada 17 Sep 1865, seluruh kerajaan Melayu Batu Bara jatuh ke tangan penjajah Belanda. Pada hari yang sama, tentera Belanda mendarat di Kampung Rawa di Asahan. Maka tercetuslah satu lagi pertempuran sengit di antara pejuang Asahan dan tentera Belanda.
Kemaraan tentera Belanda tidak dapat dibendung lagi oleh pejuang Asahan. Akibatnya Istana Asahan ditawan dan Yang Dipertuan Ahmadshah dan kedua-dua adiknya ditangkap dan dibuang negeri ke Tanjung Pinang. Mulai itulah, Belanda telah memperkenalkan pemerintahan baru dengan undang-undangnya sendiri di Tanah Melayu Batu Bara dan Asahan.
BELANDA MENYERANG ACHEH PADA 8 OKT 1865
Pada 8 Okt 1865, Residen E. Netscher telah mengetuai seangkatan bala tentera Belanda yang terdiri daripada pasukan infantri pimpinan Captain Cattenberg dan pasukan tentera laut pimpinan Lieutenant Van Thiel ke Pulau Kampai dan Pulau Sembilan. Di sana Teuku Komando @ Raja Burhanuddin sebagai wakil Belanda telah dihantar ke Pulau Kampai untuk memujuk agar tentera Acheh menyerah diri.
Maka bertemulah Raja Burhanuddin dan Tengku Hitam yang merupakan adik kepada Tengku Hashim Banta Muda. Sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Tengku Hitam merupakan adik kepada Tengku Hashim Banta Muda, Raja Burhanuddin terus mengajak Tengku Hitam untuk berunding di atas kapal Djambi. Tetapi Tengku Hitam menolak. Maka berbincanglah mereka di Pulau Kampai. Di sana Tengku Hitam menegaskan bahawa Acheh Darussalam tidak akan tunduk kepada Belanda. Raja Burhanuddin pun pulang dengan kecewanya ke kapal Djambi.
Sebaik sahaja berita tersebut disampaikan Residen E. Netscher, dia mengarahkan tentera laut Belanda untuk menyerang Pulau Kampei. Perang pun bermula. Dalam suasana hingar-bingar pertempuran itu, dengan tidak semena-mena muncul Sultan Musa Naqsabandiah Muazamshah Al-Haj dan tentera laut Langkat yang datang membantu tentera Belanda.
Apabila mendapat tahu tentera Belanda menyerang Pulau Kampei, Panglima Perang Teuku Nyak Makam dan Laksamana Raja Muda Meureudu Teuku Cut Lateh segera bergegas membantu Tengku Hitam.
Setelah bertempur hebat selama 7 hari 7 malam, maka pada 14 Okt 1865 kubu Acheh di Pulau Kampei gugur ke tangan Belanda. Tengku Hitam, Teuku Nyak Makam dan Teuku Cut Lateh terpaksa berundur ke kubu Acheh di Manyak Pait dekat Langsa.
Pada hari yang sama, Residen E. Netscher, Sultan Musa Naqsabandiah Muazamshah Al-Haj dan angkatan perang mereka bergerak memudiki Sungai Korok dan Sungai Temiang untuk menyerang Seuruwai. Pada 18 Okt 1865, mereka tiba di Seuruwai dalam keadaan terkejut apabila mendapati tidak ada kubu atau tentera Acheh di Seuruwai. Lalu mereka melantik Teuku Sulung Laut iaitu adik kepada Sultan Musa Langkat sebagai ‘Viceroy’ atau wakil sultan di Seuruwai.
Tidak lama selepas itu, Residen E. Netscher, Sultan Musa Naqsabandiah Muazamshah Al-Haj dan angkatan perang mereka bergerak untuk menyerang Sungai Yu. Mereka dibantu oleh Maharaja Lubuk seorang pembesar Acheh Darussalam di Sungai Yu yang berpaling tadah.
Kebetulan pula di Sungai Yu terdapat sepasukan tentera Acheh pimpinan Datuk Panglima Muda Dalam Mouhammad Saleh. Maka berlakulah satu pertempuran kecil. Sebuah perahu perang Belanda telah ditembak dan ditenggelamkan oleh tentera Acheh. Namun tentera Acheh tersebut tidak dapat menahan serangan hebat tentera Belanda lalu berundur pulang ke Acheh.
Residen E. Netscher, Sultan Musa Naqsabandiah Muazamshah Al-Haj dan angkatan perang mereka kemudiannya menyerang dan menawan beberapa wilayah jajahan Acheh seperti Pulau Sembilan, Pangkalan Siantar, Air Twar, Air Masin dan Teluk Aru. Tengku Hashim Banta Muda, Tengku Hitam, Teuku Nyak Makam dan Teuku Cut Lateh terpaksa berundur ke Manyak Pait yang merupakan kubu besar dan kuat tentera Acheh. Akibat dari kegagalannya mempertahankan wilayah-wilayah Acheh yang tergadai, Teuku Nyak Makam dilucutkan jawatannya sebagai panglima perang. Teuku Nyak Makam kemudiannya mula berniaga di Pulau Pinang dan sesekali pulang ke kampung halamannya di Lamnga, Acheh. Kemaraan Residen E. Netscher dan angkatan perang Belanda terhenti apabila masalah baru timbul di Kota Pinang.
PEMBERONTAKAN RAJA-RAJA HARAHAP DI PADANG LAWAS
Apabila mendapat tahu Residen E. Netscher, dan tentera Belanda sedang sibuk berperang di Acheh, Jamarnindi Mata Merah dan pasukan Gerila Pari bersiap-sedia menunggu masa yang tepat untuk menyerang sekutu kuat Belanda di Tanah Adik Mandailing iaitu Kota Pinang.
Pada akhir tahun 1869, pasukan Gerila Padri pimpinan Jamarnindi Mata Merah menyerang Kota Rumbia dan beberapa kampung di wilayah Harajaon Nasution Kota Pinang. Lantaran dari itu, kubu perang yang mengelilingi Kota Rumbia itu telah dibina 3 lapis bagi memastikan kubu Kota Rumbia itu benar-benar kuat dan teguh dalam menghadapi serangan luar. Oleh kerana kubu tersebut dperkuatkan dengan 3 lapisan tembok, maka Jamarnindi Mata Merah dan pasukan Gerila Padri telah mengubah strategi dengan telah menyamar sebagai orang awam lalu merusuh di Kota Rumbia, ibu negeri Harajaon Nasution Kota Pinang.
‘Dibentenginya dengan kubu tiga lapis.’ (22) – Mohd. Said.
Patuan Besar Sultan Mustafa yang merupakan raja Kota Pinang menyangkakan serangan itu dilakukan oleh Raja Pamusuk Huta Handundung yang bernama Jamambalei dan pengikut-pengikutnya. Lalu baginda memerintahkan tenteranya menangkap Jamambalei. Jamambalei yang diancam bahaya itu melarikan diri ke salah sebuah dari 16 kerajaan baru di Padang Lawas yang bernama Hajoran. Akibatnya tentera Kota Pinang telah menyerang dan memusnahkan Istana Hajoran.
Akibatnya kerajaan-kerajaan baru yang lain bangkit membantu kerajaan Hajoran. Antaranya adalah kerajaan Gunung Tua, Ujung Padang, Batang Onang dan Gunung Tinggi. Manakala semua ketua kampung di Kota Pinang seperti Kampung Utaraja, Kampung Baru, Rasau, Mataniari, Si Mongi dan Padang Ri membawa pengikut-pengikut masing-masing untuk tampil membantu tentera Kota Pinang.
Pada 18 Jul 1871, Patuan Nan Lobi dan adiknya Baginda Nan Lobi dari Gunung Tinggi mempimpin angkatan tentera 16 kerajaan baru Padang Lawas menyerang Kota Pinang. Tentera Kota Pinang tidak dapat menahan asakan hebat tentera lawan dan terpaksa berkubu di dalam kubu Kota Rumbia. Kota Pinang terpaksa meminta bantuan ketenteraan daripada pihak Belanda di Pulau Bengkalis. (25) – Mohd. Said.
‘Ter bestraffing van de door het hoofd van Goenoeng Tinggi (noordoostkust van Sumatra) pertoean Nan Lobeh in de maand Julij 1871 gepleegde gewelddadigheden tegen het aan de Nederlandsche souvereiniteit onderworpen landschap Kota Pinang.’ (II) – Koloniaal Verslag 1872.
Maksud ayat di atas adalah bagi menghukum pemberontakan dan kekacauan yang dilakukan oleh raja Gunung Tinggi (Sumatera Timur Laut) Patuan Nan Lobi pada bulan Jul 1971 terhadap kerajaan Kota Pinang yang dilindungi oleh Belanda.
Pada bulan Sep 1871, Penolong Residen Locker de Bruyne dan sepasukan tentera Belanda tiba di Labuhan Bilik bagi menyiasat kejadian yang berlaku. Namun mereka tidak berani untuk menghulu Sungai Bilah kerana mendapat tahu seluruh rakyat Padang Lawas telah memberontak menentang Belanda.
Hanya pada bulan 28 Dis 1871, tentera Belanda yang dipimpin oleh Captain F.A.J. Perie dan H.C.V.A. Demneri melancarkan serangan ke atas kerajaan Gunung Tinggi di Padang Lawas. Mereka menaiki kapal N.I. Stoomvaartmij bertolak dari Betawi dan menjalani latihan perang selama 2 minggu di Riau. Dari Riau, 5 buah kapal perang iaitu GG Mijer, Marnix, Banka, De Briel dan Kapuas bertolak ke Padang Lawas.
Setibanya di Labuhan Batu, mereka disertai pula oleh tentera Belanda dari Labuhan Batu yang dipimpin oleh d’Engelbronner dan tentera Belanda dari Asahan yang dipimpin oleh Kaathoven. Dari Labuhan Batu, angkatan ini menaiki 70 perahu besar lalu menghulu ke arah Gunung Tinggi.
’18 den Februarij 1872 het doet van den togt, Goenoeng Tinggi bereikte.’ (II) – Koloniaal Verslag 1872.
Pada 18 Feb 1872, tentera Belanda mendarat dan menyerang Kampung Gunung Tinggi. Melihatkan kedatangan tentera yang begitu ramai, Patuan Nan Lobi dan Baginda Nan Lobi melarikan diri meninggalkan rakyatnya yang menyerah diri tanpa melawan. Patuan Nan Lobi dan Baginda Nan Lobi kemudiannya menyerah diri kepada Penolong Residen Belanda di Padangsidempuan lalu kemudinnya dibuang daerah ke Betawi. Manakala Jamambalei dan Jahuala menyerah diri dan kemudiannya dibicarakan di Kota Pinang.
25 ahli keluarga Patuan Nan Lobi termasuklah raja Gunung Tinggi iaitu Pa Humala Panjang telah ditangkap dan dibawa ke Betawi. Seluruh Kampung Gunung Tinggi dibakar sampai hangus dan lenyap sama sekali.
‘Dalam catatan Belanda dikatakannya seolah-olah tidak ada perang ketika ia mematahkan setiap perlawanan kita.’ (29) – Mohd. Said.
GERILA PADRI & PANE MENAWAN KOTA PINANG
Melihatkan tentera Belanda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pemberontakan di Padang Lawas, pasukan Laut Padri pimpinan Tuanku Raja Laut, pasukan Gerila Padri pimpinan Jamarnindi Mata Merah dan askar Harajaon Nasution Pane yang kesemuanya berjumlah lebih 1500 orang melancarkan serangan mengejut ke atas Harajaon Nasution Kota Pinang.
Pada bulan Jul 1872, pasukan Padri dan Pane telah berjaya menawan Kota Rumbia yang merupakan ibu negeri Kota Pinang. Dalam serangan kali ini, Raja Kota Pinang Patuan Besar Sultan Mustafa dibunuh oleh Jamarnindi dalam satu pertempuran hebat di Istana Besar Kota Pinang di Kota Rumbia. Tentera Kota Pinang terpaksa berundur jauh ke dalam hutan.
‘Raja Kota Pinang yang dibenci kesewenang-wenangnya, telah diserang dan tewas pada bulan Juli 1872 di kampung sendiri.’ (32) - Mohd. Said.
Serta-merta raja muda Kota Pinang diangkat menjadi raja Kota Pinang yang bergelar Patuan Sakti Sultan Ismail. Atas ancaman serangan pasukan Gerila Padri itu, Patuan Sakti Sultan Ismail telah menandatangani Akte Van Verband pada 4 Sep 1872 untuk mendapatkan perlindungan tentera Belanda bagi menghadapi serangan pasukan Gerila Padri.
Pertempuran-pertempuran ini kemudiannya berlarutan menjadi Perang Padang Lawas 1870–1879.
Lantaran itu sumber kewangan yang besar diperlukan bagi membekalkan senjata-senjata baru, ubat bedil, makanan serta ubat-ubatan kepada pasukan Gerila Padri tersebut. Namun begitu apabila pasukan Dana Padri dan orang-orang Mandailing di Tanah Melayu pimpinan Tuanku Raja Asal yang ditugaskan untuk mencari dana untuk perjuangan Padri terbabit dalam peperangan demi peperangan serta perselisihan di dalam kancah politik di Tanah Melayu, dana Padri menjadi semakin susut dan terjejas.
Pernah satu ketika dana Padri langsung tidak berupaya untuk menaja perjuangan Gerila Padri di Tanah Besar Sumatera. Peperangan demi peperangan yang melibatkan Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing di Tanah Melayu menelan kos yang banyak dan perbelanjaan yang besar sehingga menjejaskan dana Padri. Ini sekaligus mengganggu operasi Gerila Padri di Tanah Besar Sumatera
Itulah sebabnya Tuanku Raja Asal terpaksa pulang ke Kuala Lumpur secara tergesa-gesa untuk mengutip hutang pelaburan perdagangan dana Padri di Kanching walhal orang-orang Mandailing pada masa itu telah berjaya menakluki Pahang Barat.
Semasa Tuanku Raja Asal berada di Kuala Lipis inilah, beliau dikatakan menerima utusan Tuanku Raja Laut yang bernama Jalumat yang mengarahkan Tuanku Raja Asal segera menghantar bekalan makanan, ubat bedil dan ubat-ubatan yang secukupnya bagi menghadapi Perang Padang Lawas yang meletus di Daerah Padang Lawas di Tanah Besar Sumatera.
TUANKU RAJA ASAL PULANG MENGEJUT KE KUALA LUMPUR
Apabila mendapat berita tersebut, Tuanku Raja Asal mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur bersama dengan Jalumat dan sepasukan kecil pejuang Dana Padri. Beliau terpaksa menyerahkan pucuk pimpinan orang-orang Mandailing yang sedang bertahan di Pahang Barat kepada Imam Perang Jabarumun. Lantas Tuanku Raja Asal dan sekumpulan pejuang-pejuang dana Padri pulang ke Kuala Lumpur.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, bekalan bijih timah di Kuala Lumpur dan Selangor tidak mencukupi untuk menampung permintaan pasaran yang naik mendadak. Tambahan pula berlakunya Perang Kelang yang berterusan yang sedikit-sebanyak mengganggu urusan penjualan dan perniagaan bijih timah di pelabuhan Kelang dan di sepanjang Sungai Kelang. Justeru itu bagi mendapatkan bekalan bijih timah tambahan yang tetap dan konsisten demi memelihara kepercayaan serta memenuhi permintaan pelanggan, Tuanku Raja Asal telah memesan dan membayar terlebih dahulu bekalan bijih timah daripada Yap Si @ Ah Sze yang menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di Kanching setahun yang lalu. Lombong-lombong di Kanching itu sebenarnya adalah kepunyaan bersama Ah Sze dan rakan kongsinya Sultan Abdul Samad. (48) – Middlebrook dan Gullick.
Tambahan pula harga bijih timah di Kuala Lumpur pada masa itu turun naik mengikut harga pasaran antarabangsa komoditi dunia. Ini menyebabkan peniaga-peniaga bijih timah yang kaya seperti Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo membeli stok bijih timah masa hadapan atau ‘future stock’ dan membayar harga bijih timah tersebut sebelum menerima barangan yang sebenarnya. Ini membolehkan Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo bersaing dalam perniagaan bijih timah dengan lebih kompetitif. Hanya dengan pembayaran awal stok masa hadapan dapat menjamin bekalan bijih timah pada harga yang lebih rendah.
‘Cash would allow him to continue business transaction without relying on market fluctuations.’ (11) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
Walaupun sudah tiba masanya Tuanku Raja Asal mengutip bekalan bijih timah tersebut untuk dijual di Melaka kepada seorang pelanggan yang telah dijanjikan, namun Tuanku Raja Asal pada mulanya tidak merasa terburu-buru untuk mengutip bekalan bijih timah itu. Apabila Ah Sze dibunuh oleh Chong Chong dan orang-orangnya, maka kawasan perlombongan bijih timah di Kanching itu telah dikuasai oleh Chong Chong yang disokong oleh kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew.
Namun kiniatas keperluan dan desakan kewangan yang mendadak, Tuanku Raja Asal terpaksa mengutip bekalan bijih timah tersebut daripada Chong Chong dan kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew yang kini menguasai seluruh kawasan perlombongan bijih timah di Kanching. Beliau menjangkakan akan berlaku kesukaran untuk mendapatkan bekalan bijih timah itu kerana perjanjian dan pesanan tersebut dibuat setahun yang lalu semasa Ah Sze masih hidup dan menguasai kawasan perlombongan tersebut. Sudah pasti Chong Chong tidak akan melayan perjanjian dan pesanan Tuanku Raja Asal yang dibuat semasa Ah Sze masih hidup.
Di satu pihak lagi, Tuanku Raja Asal merasa terdesak apabila menerima utusan dan perintah Tuanku Raja Laut yang meminta bekalan perang dihantar seberapa segera ke Padang Lawas bagi menghadapi situasi yang sangat genting. Ini bererti bekalan tersebut mesti dihantar dan tidak boleh dilengahkan lagi.
Berdasarkan keadaan inilah maka Tuanku Raja Asal telah pergi ke Kanching dengan persediaan untuk mendapatkan bekalan bijih timah yang telah dipesan walau dengan apa cara sekalipun.
Oleh kerana beliau hanya membawa 30 pejuang dana Padri dan meninggalkan yang lain di Pahang, maka Tuanku Raja Asal terpaksa meminta bantuan dari Sutan Naposo @ Sutan Puasa untuk memberikan bantuan ketenteraan jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Tuanku Raja Asal turut menjangkakan akan berlaku kebuntuan di dalam perundingan dengan orang-orang Cina dari kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew, maka beliau telah meminta bantuan daripada Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy bagi memudahkan perundingan tersebut. Oleh kerana kawasan perlombongan di Kanching itu adalah kepunyaan Sultan Abdul Samad, Yap Ah Loy mencadangkan ada baiknya mereka bersama-sama mengadap Sultan Abdul Samad di Langat terlebih dahulu bagi mendapatkan restu.
YAP AH LOY DAN TUANKU RAJA ASAL BERTEMU DENGAN TENGKU KUDIN SERTA MENGADAP SULTAN SELANGOR
‘The visit to the Sultan at Langat must have taken place some time between November 1869 and March 1870.’ (46) – Middlebrook dan Gullick.
Pada bulan Feb 1870, Tuanku Raja Asal dan Yap Ah Loy bertolak ke Langat untuk mengadap Sultan Abdul Samad bagi meminta restu dan izin bagi mengutip hutang di Kanching yang merupakan kawasan perlombongan kepunyaan Sultan Abdul Samad dan rakan-rakan kongsi baginda.
‘From internal evidence the journey was clearly made some time before, not during, the fighting at Ampang.’ (45) – Middlebrook dan Gullick.
Rombongan tersebut terdiri daripada 80 orang termasuklah pengikut-pengikut setia Yap Ah Loy iaitu Chung Piang, Hiew Fatt, Voon Siew, Teng Sam dan Tung Khoon.
‘Raja Asal went with them.’ (45) – Middlebrook dan Gullick.
Walaupun Tuanku Raja Asal dan Yap Ah Loy tiba di Sungai Langat pada pagi tersebut, mereka tidak dibenarkan untuk naik ke daratan. Maka mereka pun menunggu di dalam sampan sambil menanti panggilan dari pengawal-pengawal istana Sultan Abdul Samad.
‘The Viceroy was visiting Langat.’ (45) – Middlebrook dan Gullick.
Semasa menanti panggilan dari pengawal-pengawal istana Sultan Abdul Samad, mereka secara kebetulan bertemu dan berjumpa dengan Tengku Kudin yang turut melawat Sultan Abdul Samad di Langat. Lalu mereka pun beramah mesra sambil memberi pengakuan bahawa mereka akan sentiasa menyokong Tengku Kudin. Walaupun ini merupakan satu pakatan tidak rasmi, namun ianya membuktikan bahawa Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing ketika itu memihak kepada Tengku Kudin.
‘With this they were committed to at least a nominal associaton with his party.’ (45) – Middlebrook dan Gullick.
Pertemuan mesra Tuanku Raja Asal dan Tengku Kudin pada Feb 1870 itu semasa Perang Kelang sedang bergolak hebat membuktikan bahawa orang-orang Mandailing tidak pernah bermusuh dengan Tengku Kudin dan tidak pernah memihak kepada Raja Mahadi.
Malahan orang-orang Mandailing merupakan rakan sekutu kepada Tengku Kudin walaupun tidak menyertai beliau di dalam Perang Kelang. Perkara ini disebutkan dengan jelas bahawa;
‘Kuala Lumpur dan daerah sekitarnya di bawah kuasa sekutu Tengku Kudin di sana pula, iaitu Kapitan Yap Ah Loy dan sekutunya Raja Asal dan Sutan Puasa.’ (90) – Buyong Adil 1971.
Ini sekaligus membuktikan bahawa Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing tidak pernah melibatkan diri mereka di dalam Perang Kelang kerana yang terbabit di dalam Perang Kelang itu adalah orang-orang Melayu Batu Bara dan orang-orang Bugis.
Seandainya Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing terbabit di dalam Perang Kelang dengan menyokong Raja Mahadi, sudah pasti Tuanku Raja Asal akan ditangkap serta-merta sebagai seorang penderhaka sewaktu pertemuan di Langat tersebut.
Selepas pertemuan mesra dengan Tengku Kudin itu, mereka pun dipanggil untuk mengadap Sultan Abdul Samad. Dalam pertemuan itu, Yap Ah Loy menerangkan kepada Sultan Abdul Samad kejadian pembunuhan Ah Sze serta kekacauan yang ditimbulkan oleh Chong Chong yang kini berlindung di Kanching. Sebagai usaha untuk menangani masalah tersebut, Yap Ah Loy turut meminta bantuan senjata daripada Sultan Abdul Samad.
Sultan Abdul Samad bersetuju dan memberikan bantuan sebanyak 4 peti peluru, 25 tong ubat bedil, setengah kotak ganja dan wang sebanyak $2000.00. Keesokkan harinya barang-barang tersebut pun disampaikan kepada rombongan tersebut. (46) – Middlebrook dan Gullick.
Lalu rombongan tersebut pun pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan itu, mereka bertemu dengan Tengku Aman dari Lukut yang turut memberikan bantuan sebanyak 25 tong ubat bedil kepada mereka.
‘Some time during the siege of Klang, Ah Loy went to see the Sultan at Langat to ask him for help.’ (44) – Middlebrook dan Gullick.
TUANKU RAJA ASAL DALAM PERTEMPURAN KANCHING
Pada akhir bulan Feb 1870, Tuanku Raja Asal dan rombongan beliau yang terdiri daripada 200 orang Mandailing dan 400 orang Cina di bawah pimpinan Chung Piang, Hiew Fatt, Voon Siew, Ting Sam dan Tung Khoon telah bergerak ke Kanching.
‘400 Chinese to take up a position at Parit Tengah, near Kanching, in case their help was needed. Then Asal and Puasa led 200 Malays into the settlement and demanded the ore owing to them.’ (49) – Middlebrook dan Gullick.
400 orang-orang Cina tersebut telah ditempatkan di sebuah kawasan yang bernama Parit Tengah dekat Kanching. Ini ialah kerana orang-orang Cina hanya akan campurtangan jika bantuan mereka diperlukan oleh Tuanku Raja Asal. Manakala Tuanku Raja Asal bersama Sutan Naposo dan 200 orang-orang Mandailing telah masuk ke perkampungan Cina di Kanching dan menuntut bijih timah yang telah dijanjikan dan telah dibayar terlebih dahulu kepada Ah Sze.
Setibanya rombongan 200 orang Mandailing di Kampung Bukit Kanching, pelombong-pelombong Cina di Kanching yang merupakan ahli-ahli kongsi gelap Kah Yeng Chew merasa terkejut dengan kedatangan angkatan bersenjata yang begitu besar. Lantas mereka mengangkat senjata masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku dan bersedia untuk bertindakbalas jika mereka diserang.
Perundingan pun berlangsung. Namun kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew yang dihasut oleh Chong Chong itu tidak mahu memberikan bekalan bijih timah yang telah dijanjikan oleh Ah Sze dahulu. Kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew mendakwa mereka tidak tahu-menahu dan tidak mahu bertanggungjawab akan pesanan dan perjanjian yang dibuat oleh Tuanku Raja Asal dengan Ah Sze. Mereka mendakwa pesanan dan perjanjian perniagaan itu langsung tidak berkaitan dengan pihak mereka. Tambahan pula mereka mendakwa ‘tidak ada bijih di sini’ yang merupakan satu jawapan yang agak kasar dan tidak logik.
Di dalam perundingan tersebut, salah sebuah pihak telah berkeras dan menyinggung perasaan pihak yang lain. Akibatnya berlaku satu pertengkaran hangat. Pertengkaran itu mengakibatkan pergaduhan dan pertempuran.
Melihatkan semangat musuh yang begitu kental lagi berkobar-kobar, pahlawan-pahlawan Mandailing yang gagah perkasa seperti Jalumat, Imam Perang Malim Panjang, Imam Perang Tok Katin @ Panglima Katin, Jabinanga dan lain-lain merasa tercabar serta tersirap darah pahlawan lalu mengamuk habis-habisan di Bukit Kanching.
Apabila Voon Siew, Chung Piang dan Hiew Fatt yang terdengar bunyi meriam dan senapang, 400 orang-orang Cina di Parit Tengah tersebut meluru dan menyerbu ke Kampung Kanching untuk menyertai pertempuran tersebut.
‘...the attack was instigated by Yap Ah Loy’ (50) - Pasqual.
Dalam pertempuran sengit itu, 136 pekerja-pekerja lombong Cina terbunuh manakala 8 orang Mandailing dan 12 anak-buah Yap Ah Loy turut terkorban. Chong Chong dan beberapa orang kanannya berjaya melarikan diri ke dalam hutan. Tuanku Raja Asal dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang Cina pun menggelidah lombong-lombong dan rumah-rumah orang Cina di Kanching lalu merampas segala bekalan bijih timah yang ada dan membahagikan harta rampasan tersebut sesama mereka.
‘A search was made in this kongsi and tin bars were discovered and taken away for distribution.’ (50) – Middlebrook dan Gullick.
Kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew yang tidak dapat menahan serangan tersebut dan melarikan diri ke Langat di mana mereka kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada Sultan Abdul Samad.
Tindakan Tuanku Raja Asal di dalam pertempuran tersebut adalah agak merugikan memandangkan beliau telah membayar penuh harga bijih timah yang dipesan oleh beliau lebih kurang setahun yang lalu dan harta rampasan yang didapati secara logiknya adalah kurang dari jumlah bekalan yang telah dibayar. Namun begitu Tuanku Raja Asal tidak mempunyai banyak pilihan jika kumpulan kongsi gelap Kah Yeng Chew benar-benar enggan memberikan bekalan bijih timah yang dijanjikan itu.
Beberapa orang Cina yang merupakan anggota kongsi gelap Kah Yeng Chew berjaya melarikan diri dari medan pertempuran di Kanching dan mengadu kepada Sultan Abdul Samad di Langat. Pertempuran dahsyat yang mengorbankan 136 pekerja lombong di Kanching yang berpunca dari kutipan hutang itu menyebabkan Sultan Abdul Samad tersangat murka.
YAP AH LOY SEKALI LAGI MENGADAP SULTAN ABDUL SAMAD 2 minggu selepas peristiwa pertempuran di Kanching itu, Yap Ah Loy dan beberapa orang pengikutnya seperti Voon Siew telah mengambil keputusan untuk bertolak ke Langat bagi mengadap Sultan Abdul Samad. Sebelum sampai ke Langat, mereka sempat singgah ke Kelang untuk bertemu dengan Tengku Kudin.Selepas itu barulah mereka bergerak ke Langat. (51) – Middlebrook dan Gullick.
Sejurus sahaja mengadap Sultan Abdul Samad, Sultan Abdul Samad telah memarahi Yap Ah Loy ke atas kematian lebih 100 pekerja-pekerja baginda di Kanching hanya atas dasar mengutip hutang dan baginda mahu tahu apakah tujuan Yap Ah Loy datang mengadap baginda. Melihatkan Yap Ah Loy yang terketar-ketar dan hanya mendiamkan diri, Voon Siew pun mengaku salah dan memohon ampun bagi pihak Yap Ah Loy. Pada masa yang sama, Voon Siew merayu belas kasihan dan menyatakan mereka sanggup menerima apa juga keputusan dan hukuman yang ditetapkan oleh Sultan Abdul Samad. Baginda bersetuju memikirkan hukuman yang sesuai kepada Yap Ah Loy tetapi memerlukan sedikit masa untuk menimbangkannya.
Keesokkan harinya Yap Ah Loy dan Voon Siew cuba mendapatkan keizinan untuk mengadap Sultan Abdul Samad tetapi ditolak oleh pengawal-pengawal istana. Setelah permintaan mereka ditolak 3 kali, maka Voon Siew bercadang untuk mengadap baginda di bilik baginda sendiri.
Lalu Voon Siew pun cuba memasuki kawasan istana melalui pintu belakang tetapi dia kemudiannya ditahan oleh pengawal-pengawal istana. Maka Voon Siew menerangkan tujuan dia untuk mengadap Sultan Abdul Samad. Sultan Abdul Samad yang secara kebetulan sedang berehat di kawasan berdekatan terdengar bunyi bising perbincangan di antara Voon Siew dan pengawal-pengawal istana lalu mengarahkan Voon Siew dipanggil masuk. Voon Siew menerangkan bagaimana mereka cuba masuk sebanyak 3 kali tetapi gagal dan Yap Ah Loy masih tertunggu-tunggu di luar istana. Lalu baginda pun memanggil masuk Yap Ah Loy.
Sekali lagi Voon Siew dan Yap Ah Loy memohon ampun berkali-kali kepada Sultan Abdul Samad. Akhirnya baginda mengampunkan mereka sambil bertitah agar mereka tidak mengulangi perbuatan itu. Baginda kemudiannya memerintahkan mereka agar tinggalkan kawasan Langat dalam tempoh masa 3 hari. Maka selesailah masalah pertempuran di Kanching.
EPISOD 13
MANDAILING MENGUASAI PAHANG BARAT
9 BULAN SEBELUM BERUNDUR KE KUALA LUMPUR
‘The war in western Pahang lasted for nine months.’ S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick Setelah Tuanku Raja Asal @ Jaasai dan sepasukan kecil pejuang dana Padri pulang ke Kuala Lumpur @ Muara Bustak, 2 ketumbukan angkatan tentera bantuan Pahang dari Pekan tiba di Raub. Angkatan pertama yang tiba lebih awal diketuai oleh Imam Perang Khatib Rasu @ Abdul Salam @ Tok Gajah, Panglima Perang Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid, Tok Jebek bin Akil, Imam Perang Yusuf, Tengku Abdul Samad Gali dan Tok Uteh Gali. Manakala angkatan kedua yang menyusuri angkatan pertama itu digelapai oleh Imam Perang Raja Gendut.
‘The Pahang forces determined to attack Raub, the head-quarters of the insurgents’ (94) – Linehan 1973.
Maka berlakulah satu pertempuran yang sangat hebat. Dalam pertempuran itu, Imam Perang Harimau Berantai @ Imam Perang Jabarumun telah beberapa kali bertarung bersilih ganti dengan beberapa pahlawan Pahang yang terkenal seperti Imam Perang Khatib Rasu, Panglima Perang Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid, Tok Jebek bin Akil, Imam Perang Yusuf dan Imam Perang Raja Gendut.
‘Most of the fighting took place at Gali in Raub district.’ (94) – Linehan 1973.
Dalam pertarungan-pertarungan jurus tinggi di antara Jabarumun dan pahlawan-pahlawan Pahang yang terkenal itu, semuanya berakhir dengan kemenangan kepada Jabarumun. Ini menyebabkan pahlawan Pahang khususnya Imam Perang Khatib Rasu merasa tidak puas hati namun tidak berputus asa. Khatib Rasu sentiasa mencari peluang untuk berdepan dan bertarung dengan Jabarumun. Pertarungan di antara kedua-dua pahlawan yang hebat, handal lagi terbilang ini sentiasa menjanjikan aksi-aksi pertarungan yang menarik, sengit lagi mendebarkan. Sejak dari saat itulah, Imam Perang Jabarumun dan Imam Perang Khatib Rasu sentiasa berdendam di antara satu sama lain dan sentiasa mencari peluang untuk bertemu, berhadapan dan menyerang lawan masing-masing. Dalam peperangan dan permusuhan yang berpanjangan ini, Imam Perang Jabarumun sentiasa dibantu dan disokong oleh adiknya Dato Kelana Japaruhum, Dato Hulubalang Pendekar Marusin @ Haji Husin dan lain-lain lagi. Dendam kesumat di antara orang-orang Pahang dan orang-orang Mandailing inilah yang berterusan dan berpanjangan sehingga ke zaman campurtangan orang-orang Inggeris di Tanah Melayu pada awal kurun ke 20.
‘But the latter failed to capture Raub because of the heavy resistance put up by the Rawas.’ (30) – Aruna Gopinath 1991.
PERISTIWA PASIR RAWA Tersebutlah kisah serombongan pahlawan-pahlawan Rawa dari pasukan Wan Aman @ Wan Abdul Rahman, Wan Da @ Wan Enda, Wan Dollah @ Wan Abdullah sekuat 100 orang yang dipimpin oleh Sutan Bengkulu dan Engku Sutan sedang meronda di sepanjang Sungai Semantan menuju ke muara Sungai Semantan dekat Kampung Tualang di Pahang. Ketika itu air Sungai Semantan sedang surut. Setelah sehari suntuk mereka meronda dari Raub di sepanjang Sungai Semantan, mereka tiba di sebuah tempat di tepi Sungai Semantan dekat Kampung Tualang. Di sana mereka ternampak sekumpulan tentera Pahang yang sedang berkhemah dan masak-memasak di tepi sungai.
Apabila tentera Pahang itu ternampak kedatangan pasukan Rawa, mereka segera melarikan diri ke dalam hutan. Kumpulan tentera Pahang yang melarikan diri itu dipimpin oleh Panglima Perang Dato Bahaman. Maka orang-orang Rawa itu pun segera meluru ke arah khemah tentera Pahang yang ditinggalkan itu. Sebenarnya itu adalah satu perangkap yang telah diatur oleh Panglima Perang Dato Bahaman. Semasa mereka melarikan diri, Bahaman telah mengarahkan tentera Pahang memasukkan buah kecubung yang banyak di dalam masakan itu.
Akibatnya pejuang-pejuang Rawa yang sedang kelaparan selepas meronda sehari suntuk di sepanjang Sungai Semantan terus memakan masakan yang ada itu dengan lahap sekali lalu merasa mengantuk dan tertidur beramai-ramai di atas pasir Sungai Semantan yang surut itu. Apabila air sungai pasang dengan cepatnya, air Sungai Semantan telah menghanyutkan dan melemaskan ramai pahlawan Rawa yang tidak sedarkan diri.
Maka kecohlah penduduk-penduduk kampung berhampiran yang menemui mayat-mayat pejuang Rawa yang mati kelemasan. Tempat kejadian itu dinamakan Pasir Rawa. Kini Pasir Rawa telah pun bertukar nama kepada Mentakab.
PERANG KELANG TAMAT
Kubu Raja Mahadi yang telah dikepung selama 5 bulan telah mengakibatkan ramai tentera Raja Mahadi mengalami kebuluran. Pada suatu malam yang gelap-gulita, Raja Mahadi dan beberapa orang kanannya telah keluar senyap-senyap melarikan diri dari kubu mereka di Kuala Kelang tanpa disedari oleh tentera-tenteranya lain. Raja Mahadi dan beberapa pengikutnya itu melarikan diri dari Kuala Kelang ke Sungai Buloh lalu berlindung di bawah Raja Ali dari Jeram yang juga merupakan salah seorang penyokong kuat perjuangan Raja Mahadi dan sangat bencikan Tengku Kudin @ Tengku Zainal Abidin @ Tengku Zia’u’ddin.
Manakala tentera Raja Mahadi yang masih bertahan di dalam kubu tersebut mengalami kebuluran makanan yang teruk dan tidak terdaya lagi untuk menahan serangan bertubi-tubi tentera Tengku Kudin, Raja Ismail bin Raja Abdullah dan Nonggok @ Haji Muhammad Tahir bin Mahmud. Akibatnya pada bulan Mac 1870, tentera Raja Mahadi bersetuju untuk menyerah kalah dengan syarat mereka tidak akan diapa-apakan oleh pihak musuh. Tengku Kudin dan lain-lain bersetuju. Akhirnya jatuhlah kubu Raja Mahadi di Kelang ke tangan tentera Selangor yang diketuai oleh Tengku Kudin, Raja Ismail dan Nonggok.
Sejurus menerima berita kemenangan itu, Sultan Abdul Samad menyerahkan Jajahan Kelang kepada Tengku Kudin dan kembali menguasai Langat. Maka berpindahlah Tengku Kudin sekeluarga dan tentera-tenteranya ke kubu Pangkalan Batu. Selepas Perang Kelang inilah sebahagian besar dari tentera Kedah yang dibawa oleh Tengku Kudin ke Kelang berpindah ke Muar di Johor dan sebahagian dari mereka pulang ke Kedah. Ramai di antara mereka yang berpindah ke Muar kemudiannya menjadi peniaga-peniaga di Muar. Sesetengah daripada mereka mendakwa mereka berketurunan Siam.
PERANG KELANG – KEMENANGAN ORANG-ORANG CINA
Setelah berakhirnya Perang Kelang, maka barulah terdedah mereka yang mengaut keuntungan dari peperangan tersebut. Walaupun pihak Tengku Kudin, Raja Ismail dan Nonggok telah memenangi peperangan tersebut, namun mereka terpaksa menanggung hutang yang bertimbun-timbun. Manakala Raja Mahadi sudah pastinya mengalami kekalahan dan kerugian. Banyak harta-benda mereka telah tergadai.
Yang menangguk di air keruh ini adalah mereka yang memainkan catur politik di belakang tabir. Mengikut syarat perjanjian yang telah dipersetujui, Tengku Kudin yang meminjam bekalan senjata dan wang ringgit daripada jutawan Cina Lim Teik Hee @ Baba Teik Hee untuk merampas kembali Kelang terpaksa membayar balik hutang-hutang tersebut dengan tanah-tanah di pusat-pusat perniagaan di Kelang. Ini bermakna jauh sebelum kedatangan penjajah British, Lim Teik Hee awal-awal lagi telah pun menguasai hampir seluruh tanah-tanah penting di Kelang yang merupakan pusat-pusat perniagaan yang sangat maju.
Raja Ismail turut menanggung beban hutang yang banyak walaupun berjaya menewaskan pihak musuh di Kelang. Hutang bapanya Raja Abdullah telah meminjam daripada Lim Teik Hee bekalan wang dan senjata bagi mendapatkan khidmat tentera upahan Bugis dari Melaka dan Riau, kini ditanggung oleh Raja Ismail.Dengan pinjaman ini jugalah, Raja Ismail telah mengumpulkan 60 lanun-lanun dan perompak-perompak laut dari Kepulauan Riau seperti Pulau Reteh, Pulau Igal, Pulau Manda dan Pulau Buru. Raja Ismail juga mendapatkan khidmat ketenteraan dari orang-orang Laut di Siak dan orang-orang Kubu di Jambi.
Manakala Nonggok dan orang-orang Melayu Batu Bara yang meminjam senjata dan wang dari Lim Teik Hee juga terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak kepada Lim Teik Hee.
Raja Mahadi telah mengalami kerugian dan bebanan hutang yang besar kepada seorang jutawan Cina dari Melaka yang bernama Chan Teik Chiang @ Baba Teik Cheng. Raja Mahadi telah membeli secara hutang senjata-senjata api dan ubat-ubat bedil daripada Chan Teik Chiang. Mengikut perjanjian hutang itu, jika Raja Mahadi kalah, beliau hendaklah membayar wang pokok dan bunganya sekali. Manakala jika Raja Mahadi menang, Raja Mahadi hendaklah membenarkan Chan Teik Chiang mengambil seberapa luas tanah di Selangor yang dikehendakinya. (236 & 251) – Khoo Kay Kim. Dengan wang yang dipinjam, Raja Mahadi juga membina sebuah kubu yang kuat yang dinamakan kubu Raja Mahadi di Kelang.
Pada masa yang sama, seorang Inggeris yang bernama Edward Bacon dari Pulau Pinang telah mengambil kesempatan untuk menjual beras, senapang pemuras dan ubat bedil kepada Raja Mahadi. Oleh kerana terdesak, Raja Mahadi terpaksa membayar $30,000.00 kepada Edward Bacon.
Namun penanggung hutang yang terbesar adalah Tengku Kudin sendiri. Pada akhir Perang Kelang, dia dikatakan berhutang sebanyak $400,000.00 kepada saudagar-saudagar Cina. Daripada jumlah hutang ini, $300,000.00 adalah hutang kepada Lim Teik Hee manakala $100,000.00 lagi kepada seorang jutawan Cina yang bernama Tan Chin Seng. (236) Semua urusan pinjaman tersebut dilakukan menerusi Syarikat Leack Chin Seng yang dipunyai oleh Lim Teik Hee dan Tan Chin Seng pada masa itu. (251) – Khoo Kay Kim.
Tengku Kudin juga terpaksa membayar balik wang $60,000.00 yang dipinjam dari keluarganya di Kedah. Tengku Kudin telah berhutang kepada pihak British di Pulau Pinang yang membekalkan peralatan perang seperti kapal wap yang dinamakan Rembau, 72 perahu kecil, kos untuk membawa masuk 500 tentera Kedah ke Selangor serta perbelanjaan untuk mendapatkan khidmat sepasukan askar upahan dari Perancis yang diketuai oleh de Fontaine. Hutang-hutang itu belum termasuk kos untuk membina sebuah kubu batu di Kelang.
Maka jelaslah di sebalik peperangan dan persengketaan yang berlaku di antara orang-orang Melayu, hanya satu pihak sahaja yang mendapat keuntungan yang besar iaitu jutawan-jutawan Cina di Negeri-Negeri Selat khususnya Lim Teik Hee, Tan Chin Seng dan Chan Teik Chiang. Mereka ini mempunyai satu matlamat yang besar iaitu untuk menguasai seberapa banyak tanah yang diperlukan bagi mewujudkan koloni-koloni orang-orang Cina di Tanah Melayu. Begitulah malangnya orang-orang Melayu ketika itu yang bukan sahaja mengalami banyak kemalangan jiwa, malahan tanahair sendiri kini menjadi milik orang.
ORANG-ORANG KEDAH DAN MELAYU BATU BARA MENCURI KAPAL
Tidak lama selepas tamatnya Perang Kelang, berlaku satu kejadian curi di mana sekumpulan orang-orang Melayu Batu Bara dan orang-orang Kedah telah mencuri dan melarikan kapal-kapal Tengku Kudin. Akibatnya sebuah kapal perang British, Algerine, telah mengejar dan memintas kapal-kapal tersebut dekat Pulau Sembilan di Perak. (209) – Gullick 1993.
Orang-orang Melayu Batu Bara dan orang-orang Kedah tersebut menyerah diri tanpa memberi sebarang tentangan. Dalam penjelasan mereka, mereka mendakwa orang-orang Melayu Batu Bara telah bertembung dengan sekumpulan orang-orang Raja Mahadi yang sedang melarikan kapal-kapal tersebut, lalu orang-orang Melayu Batu Bara itu kemudiannya mengajak orang-orang Kedah untuk bersama-sama merampas kapal-kapal yang dilarikan oleh orang-orang Raja Mahadi tersebut. Ini dilakukan supaya orang-orang Melayu Batu Bara itu tidak dituduh melarikan kapal-kapal itu.
Kesemua mereka ditangkap dan dibicarakan di Melaka pada pertengahan 1871 oleh Chief Justice Sir Peter Benson. Orang-orang Melayu Batu Bara dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara manakala orang-orang Kedah hanya dikenakan 3 tahun.
WAN AMAN PULANG KE KUALA LUMPUR
‘Sangatlah azabnya sekalian orang-orang, kerana makanan kurang.’ – Hikayat Pahang, Cetera 28.
Setelah berperang selama 4 bulan, pejuang-pejuang Mandailing di Pahang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan. Lantaran itu Wan Aman dan Wan Da pulang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan bekalan bantuan kewangan, makanan dan senjata daripada Tuanku Raja Asal. Namun Tuanku Raja Asal tidak dapat memenuhi permintaan Wan Aman kerana dana Padri pada masa itu semakin susut dan beliau sendiri mahu menumpukan perhatian untuk mencari sumber kewangan bagi mengisi dana Padri. Kegagalan Tuanku Raja Asal dalam mengutip hutang penuh pelaburan dana Padri di Kanching pada Feb 1870 telah menambahkan beban beliau. Dalam perkara ini kepentingan perjuangan Padri lebih diutamakan oleh Tuanku Raja Asal kerana ianya merupakan tanggungjawab langsung ke atas dirinya sebagai ketua pasukan dana Padri. ‘They soon quarrelled with him, and went over to Raja Mahdi’s side, in return for a promise that he would help them to conquer Pahang.’ (93) – Linehan 1973.
Wan Aman berkecil hati lalu bertolak ke Sungai Buloh untuk meminta bantuan Raja Mahadi. Raja Mahadi yang baru sahaja tumpas dalam Perang Kelang pada Mac 1870 yang lalu bersetuju membantu Wan Aman dalam melancarkan peperangan ke atas Pahang dengan syarat Wan Aman mestilah menolongnya kembali dalam usaha menawan Kelang. Wan Aman bersetuju. Inilah pakatan pertama di antara Wan Aman dan Raja Mahadi di dalam usaha mereka untuk membantu antara satu sama lain. Ini juga membuktikan bahawa Wan Aman dan adik-adiknya tidak pernah terbabit di dalam Perang Kelang sebelumnya.
Pada bulan Mei 1870, Wan Aman, Wan Da dan Raja Mahadi serta 150 pengikut-pengikut mereka yang dipimpin oleh Tengku Panglima Raja @ Raja Berkat @ Raja Mat Saman dan anaknya Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Berkat bertolak dari Kuala Kubu Lama ke Raub untuk bergabung dengan pasukan pejuang Mandailing pimpinan Imam Perang Jabarumun. (71) – Buyong Adil 1971.
Tidak sampai sebulan Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya berada di Pahang, Raja Mahadi mengambil keputusan mengejut untuk pulang semula ke Selangor. Ini ialah kerana dia telah dimaklumkan oleh orang-orang kanannya bahawa masanya telah tiba dan sangat sesuai untuk menawan kubu Bukit Melawati di Kuala Selangor. Rancangan tersebut adalah bertujuan untuk memulihkan kedudukan dan pengaruh Raja Mahadi di dalam kancah politik negeri Selangor. Tindakan Raja Mahadi itu tidak difahami dan tidak dipersetujui oleh Wan Aman kerana tugas mereka di dalam perjanjian sebelum itu masih belum selesai. Maka berlakulah perselisihan faham di antara Wan Aman dan Raja Mahadi. (30) – Aruna Gopinath 1991.
Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya pulang ke Selangor. Setibanya di Selangor pada bulan Jul 1870, Raja Mahadi, Raja Berkat, Raja Mahmud, Raja Hitam dari Ulu Bernam dan Raja Ali dari Jeram serta 200 pengikut-pengikut mereka menyerang dan menumpaskan tentera diraja Bugis Selangor yang dipimpin oleh Raja Muda Musa lalu menakluki Kota Bukit Melawati di Kuala Selangor. (47) - Middllebrook dan Gullick.
Raja Musa tidak diapa-apakan lalu dibebaskan. Beliaudan tentera Bugis yang lain kemudiannya melarikan diri ke Langat. Walaupun Raja Musa mengadu tentang apa yang berlaku kepada bapanya Sultan Abdul Samad, namun Sultan Abdul Samad tidak ambil endah dan mengarahkan beliau supaya mengadu kepada Tengku Kudin.
Sikap Sultan Abdul Samad yang tidak mahu terlibat secara langsung di dalam pertikaian daerah-daerah di dalam negeri Selangor mencerminkan bahawa tidak wujud sebuah kerajaan Selangor yang bersatu pada masa itu. Kerajaan Selangor pada masa itu hanyalah terdiri daripada gabungan 5 buah daerah di kuala-kuala sungai di persisiran pantai iaitu Kuala Bernam, Kuala Selangor, Kuala Jeram, Kuala Kelang dan Kuala Langat. (5) – Middlebrook dan Gullick.
Raja Musa dan keluarganya berkecil hati dengan bapanya lalu merajuk ke Singapura. Sejak itulah Raja Mahadi menguasai Kuala Selangor dan mengambilalih hak mengutip cukai di sana.
‘Mahdi had a second interest in the Selangor River after he had been driven from Klang.’ (47) – Middlebrook dan Gullick.
Tindakan Raja Mahadi yang meninggalkan Wan Aman di Pahang serta menakluki Kuala Selangor itu membuktikan bahawa perjuangan Raja Mahadi hanya berlandaskan motif untuk mendapatkan hak mengutip cukai sama ada di Kuala Kelang atau di Kuala Selangor dan tidak lebih daripada itu. Ini ialah kerana hasil cukai di Kuala Kelang dan Kuala Selangor adalah lebih tinggi dan lebih lumayan daripada kuala-kuala sungai yang lain di negeri Selangor. Raja Mahadi bukan sekali-kali seorang pejuang tulin menentang penjajah asing. Motif perjuangannya adalah bersifat peribadi dan berlandaskan keuntungan sahaja.
‘At the outset the struggle is for the river mouths by which the tin was exported.’ (6) – Middlebrook dan Gullick. MANDAILING BERUNDUR KE KUALA LUMPUR
‘The war in western Pahang lasted for nine months.’ (47) – Middlebrook dan Gullick. Peperangan yang tidak berkesudahan di antara orang-orang Mandailing dan tentera Pahang telah berlangsung selama 9 bulan dan menelan kos perbelanjaan yang besar. Selama 9 bulan itu, hampir setiap minggu Imam Perang Jabarumun dan orang-orang Mandailing telah melancarkan serangan gerila bertubi-tubi ke atas tempat-tempat strategik dan penting di seluruh negeri Pahang khususnya Pekan. Ramai rakyat dan tentera Pahang yang terkorban dalam serangan-serangan ini.
‘Haji Muhammad Nor lost many of his men in an ambush.’ (94) – Linehan 1973.
Serangan yang dilancarkan oleh Imam Perang Jabarumun dan orang-orang Mandailing itu telah disebut sebagai;
‘Tetapi kesusahan sangat, kerana tiada berhenti peperangannya, waktu siang berkelahi, tiada boleh mencari apa-apa sebab perbuatan orang Rawa Mandailing berpintas-pintas.’ – Hikayat Pahang, Cetera 28.
Dalam tempoh itulah Imam Perang Jabarumun dan orang-orang Mandailing telah berjaya menakluki Raub, Kuala Lipis, Bukit Kepong (Bentong) di barat Pahang. Pasukan Mandailing juga menjadikan Gali sebagai kubu utama mereka selama 9 bulan mereka berperang di Pahang.
‘After a conflict which had lasted for nine months.’ (94) – Linehan 1973. Peperangan yang tidak berkesudahan menelan kos perbelanjaan yang besar. Dana Padri tidak lagi dapat menanggung kos peperangan yang begitu tinggi di antara pejuang-pejuang Mandailing dan tentera Pahang. Tambahan pula di Tanah Besar Sumatera, pertempuran-pertempuran hebat semakin kerap berlaku di antara pasukan Gerila Padri pimpinan Jamarnindi Mata Merah dengan tentera Harajaon Nasution Kota Pinang yang merupakan sekutu Belanda. Ini menyebabkan kos dan perbelanjaan peperangan semakin meningkat. Kegagalan Tuanku Raja Asal dalam mengutip hutang pelaburan di Kanching pada Feb 1870 telah menambahkan beban terhadap pasukan Gerila Padri dan menjejaskan operasi menentang penjajah Belanda di Tanah Besar Sumatera.
Apabila masalah bekalan makanan dan senjata berlarutan dan tidak dapat diatasi, Imam Perang Jabarumun mengarahkan pejuang-pejuang Mandailing berundur dari Pahang dan berkumpul di Kota Permulas di Ulu Kelang. Walaupun Wan Aman dan panglima-panglimanya seperti Sutan Bengkulu dan Engku Sutan tidak setuju dengan pengunduran itu, tetapi mereka tidak ada pilihan kerana masalah kekurangan bekalan makanan dan senjata tidak dapat diatasi dan terus berlaku. Ini amat merugikan Wan Aman kerana pejuang-pejuang Mandailing pada masa itu telah pun menguasai hampir seluruh barat Pahang dan dengan hanya sedikit kekuatan lagi mereka mungkin dapat menawan seluruh negeri Pahang. Ramai orang tidak dapat memahami sikap dan tindakan pejuang-pejuang Mandailing yang meninggalkan Pahang Barat sewaktu mereka berada di atas kemuncak kemenangan. Ternyata impian Wan Aman untuk menjadi Bendahara Sri Wak Raja Pahang tidak kesampaian. Di sini mulalah tersemat di hati sanubari perasaan tidak senang Wan Aman terhadap orang-orang Mandailing.
Imam Perang Jabarumun, adiknya Dato Kelana Japaruhum dan Dato Hulubalang Pendekar Marusin membawa pejuang-pejuang Mandailing dan Rawa pulang secara berperingkat-peringkat untuk mengelakkan dari dikesan dan diserang hendap oleh tentera Pahang. Setibanya di Selangor, pejuang-pejuang Mandailing dan Rawa yang pulang dari Pahang berkumpul di Kota Permulas, Ulu Kelang.
‘Pukul tiga malam, sampai ke Raub. Maka Imam Perang Rasu pun mengaturkan sekalian askarnya.’ – Hikayat Pahang, Cetera 28.
Namun itu berita pengunduran secara berperingkat-peringkat itu diketahui oleh pahlawan-pahlawan Pahang. Pada suatu malam pada bulan Sep 1870 lebih kurang pada pukul 5 pagi semasa Imam Perang Jabarumun bertungkus-lumus memindahkan satu pasukan pahlawan-pahlawan Mandailing dan Rawa pulang ke Ulu Kelang, 200 pahlawan pilihan Pahang pimpinan Imam Perang Khatib Rasu telah menyerang pahlawan-pahlawan Mandailing dan Rawa di kubu Sempalit yang menjadi kubu utama orang-orang Mandailing. – Hikayat Pahang, Cetera 28.
Maka berlakulah satu pertempuran hebat di Sempalit. Pertempuran itu berlarutan dan merebak hingga ke Raub. Banyaklah kedai-kedai di Raub yang dibakar oleh tentera Pahang pada masa itu. (94) – Linehan 1973.
‘Pukul lima pagi, dipukullah. Sekalian kedai di dalam Raub itu dibakar habis semuanya. Maka kubu Sempalit pun pecah.’ – Hikayat Pahang, Cetera 28.
Panglima Perang Dato Bahaman dan angkatan perang Pahang telah bertindak menutup semua jalan genting yang boleh dilalui oleh manusia mahupun haiwan untuk ke Selangor. Dia juga menempatkan pahlawan-pahlawannya untuk bersembunyi menantikan musuh di jalan-jalan genting ke Selangor itu. Dalam suasana yang begitu mencemaskan itu, Imam Perang Jabarumun, Dato Hulubalang Pendekar Marusin, Sutan Bengkulu, Engku Sutan dan sepasukan pejuang Mandailing dan Rawaberjaya meloloskan diri untuk pulang ke Ulu Kelang. Namun Wan Aman dan Wan Da telah ditangkap oleh musuh. Mereka kemudiannya dilepaskan atas belas kasihan dan atas rasa hormat tentera Pahang terhadap putera-putera Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir itu. – Hikayat Pahang, Cetera 28.
‘Maka peperangan itu sembilan bulan genap.’ – Hikayat Pahang, Cetera 28.
Setibanya di Kuala Lumpur, Wan Aman dan Wan Da telah bertemu dengan Tuanku Raja Asal. Di sana, Wan Aman telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Tuanku Raja Asal dan Raja Mahadi yang pada pandangannya tidak bersungguh-sungguh dalam membantu dirinya dalam serangan ke atas Pahang itu. Wan Aman sekali lagi memujuk bapa saudara iparnya Tuanku Raja Asal untuk membantu dalam melancarkan serangan baru ke atas Pahang. Permintaan itu terpaksa ditolak oleh Tuanku Raja Asal yang mahu menumpukan usaha untuk mencari sumber kewangan bagi membantu operasi pasukan gerila Padri di Padang Lawas di Tanah Besar Sumatera. Justeru itu Tuanku Raja Asal tidak mahu menggunakan dana Padri yang semakin susut itu untuk satu agenda yang kurang penting jika dibandingkan dengan matlamat perjuangan Padri untuk mengusir keluar Belanda dan agama Kristian dari Tanah Besar Sumatera.
Raja Mahadi pula merasa begitu selesa di Kuala Selangor dan tidak mahu lagi terlibat menyokong Wan Aman di dalam usahanya untuk merampas kembali takhta kerajaan negeri Pahang.
‘Wan Aman, dissatisfied with Raja Mahadi’s efforts to restore him to the throne of Pahang switched sides and supported Tunku Dziaudin (Kudin).’ (30) – Aruna Gopinath 1991.
Wan Aman merasa sangat marah dan kecewa. Maka Wan Aman, Wan Da, Sutan Bengkulu, Engku Sutan dan pengikut-pengikut mereka meninggalkan Tuanku Raja Asal di Kuala Lumpur dan mengambil keputusan untuk menyebelahi Tengku Kudin di Kelang.
‘In 1870 he quarrelled with Raja Mahdi and took his followers over to Tengku Zia’u’ddin’s side. At the same time he recognized Wan Ahmad as Bendahara.’ (228) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah Tengku Kudin menerima Wan Aman, Wan Da, Sutan Bengkulu, Engku Sutan dan pengikut-pengikut mereka, Tengku Kudin kemudiannya mengarahkan Wan Aman dan pengikut-pengikutnya untuk mengawal sebuah kubu yang dibina di Ulu Yam.

EPISOD 14
KUALA LUMPUR DI AMBANG PERANG ‘Tungku returned word bidding the Capitan
to make full preparations to punish the enemy.’
S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick Ungkapan di atas membawa seribu maksud. Namun pengertiannya yang sebenar adalah kuasa-kuasa luar sudah mula mencampuri urusan Kuala Lumpur. Masa depan Kuala Lumpur tidak lagi ditentukan oleh orang-orang Mandailing sepenuhnya. Tetamu-tetamu yang tidak diundang sudah mula memainkan peranan di dalam menentukan percaturan politik Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur pada masa itu yang telah menjadi sebuah bandar yang makmur lagi mashur telah menjadi idaman dan rebutan pelbagai pihak untuk menguasainya secara langsung. Kepentingan-kepentingan orang luar telah mula mencengkam nadi kehidupan di Kuala Lumpur.
Orang-orang Mandailing yang merupakan pembuka dan tuan tanah di Kuala Lumpur sudah tidak lagi dapat mengawal gelombang perubahan masyarakat Kuala Lumpur. Kehadiran orang-orang Cina yang begitu ramai membanjiri Kuala Lumpur telah merubah struktur masyarakat tempatan pada masa itu. Orang-orang Cina pada masa itu sudah pun mengimbangi bilangan penduduk tempatan di Kuala Lumpur. Keadaan ini telah memberi kesan politik yang sangat besar terhadap masa depan orang-orang Mandailing.
‘In those districts where large numbers of Chinese miners had been introduced, the authority of the Malay chief was occasionally destroyed or remained at the best nominal; this was the case in Larut in Perak and true of the area around Kuala Lumpur from the beginning of the 1870s.’ (xv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Sikap kebanyakan pemimpin-pemimpin Mandailing di Kuala Lumpur yang sudah mula alpa diuliti kemewahan menampakkan kesan. Ramai pengusaha-pengusaha perusahaan bijih timah di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya sudah mula menyewakan tanah perlombongan masing-masing dan hanya mahu menjadi rakan kongsi tanpa mahu bekerja keras untuk mengaut keuntungan yang maksimum.
Sebaliknya orang-orang Cina pada masa itu bekerja keras, rajin dan gigih untuk mengusahakan sebanyak mungkin perlombongan bijih timah bagi memaksimakan pengeluaran dan membayar sedikit yang mungkin cukai, sewa dan komisen kepada ketua-ketua Mandailing. Jelas pemimpin-pemimpin Mandailing pada masa itu sudah mula menjadi ‘sleeping partner’ kepada perniagaan yang mereka bina sendiri daripada mula.
‘...the district chief had become little more than a sleeping partner receiving a royalty for the tin exported but remaining outside the day to day operations. Nevertheless, he was quick to exploit the development of the industry through other taxes especially on all sorts of goods imported and exported from his district.’ (xiv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Malahan berlaku beberapa insiden perbalahan di antara ketua-ketua Mandailing ini di dalam perebutan mencari kekayaan dan hasil bijh timah di Kuala Lumpur. Sifat dengki-mendengki semakin merebak di dalam usaha peniaga-peniaga Mandailing mengejar kekayaan di Kuala Lumpur.
‘One of the great difficulties is in getting any co-operation amongst the Chiefs,as every one is jealous or suspicious of the other.’ (392) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
‘Chong Chong dan pengikut-pengikutnya telah turun ke Kuala Lumpur dengan membuat bising menembak ke udara sesuka-hati di hadapan Bagas Godang Sutan Naposo yang merupakan Waris Negeri, tuan tanah dan penguasa di Kuala Lumpur, di tengah-tengah perkampungan orang-orang Mandailing, seolah-olah tanah yang dipijak itu tidak bertuan.’ Itulah cabaran terbuka pertama ke atas ketuanan Melayu di Kuala Lumpur.
Perbuatan biadap ini tidak seharusnya berlaku seandainya mereka masih mempunyai rasa hormat terhadap tuan tanah yang memberikan tempat perlindungan dan tapak kehidupan yang baru kepada mereka. Percubaan Yap Ah Loy yang cuba menutup dan meredakan perkara ini dengan menghadiahkan seekor kerbau kepada Sutan Naposo dengan alasan kononnya Chong Chong telah meminta maaf bukanlah satu perbuatan yang boleh diterima dengan begitu sahaja. Namun sifat semulajadi Melayu yang terlalu mudah memaafkan orang lain telah menyebabkan ianya dilihat sebagai satu kelemahan.
Walaupun Sutan Naposo pada mulanya begitu marah dan mengugut Yap Ah Loy tentang perbuatan orang-orang Cina itu dengan menyatakan;
‘Musang menunjuk lagak harimau.’
Namun ugutan tanpa tindakan susulan akan dilihat sebagai kelemahan dan tidak akan memberi sebarang kesan.
Cabaran ini merupakan ujian pertama terhadap kemampuan orang-orang Mandailing menjaga maruah dan martabat ketuanan mereka di Kuala Lumpur. Peristiwa itu telah menjadi kayu pengukur kepada orang-orang Mandailing dalam menentukan masa depan Kuala Lumpur.
CHONG CHONG BERSIAP SEDIA MENGHURU-HARAKAN KUALA LUMPUR
Chong Chong mendapat tahu bahawa Tuanku Raja Asal @ Jaasai, Sutan Naposo @ Sutan Puasa dan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy bukan sahaja tidak dihukum atas kesalahan menyerang lombong-lombong di Kanching, malahan diampunkan kesalahan mereka oleh Sultan Abdul Samad. Dia merasa tidak puas hati lalu meninggalkan Kanching dan pergi ke Kuala Langat. Di sana Chong Chong telah bertemu secara tidak sengaja dan berkenalan dengan Sayid Mashur bin Muhammad Ash-Shahab @ Che Soho.
Sayid Mashur merupakan seorang hulubalang di bawah angkatan tentera Raja Muda Musa di Kuala Selangor. Namun setelah adiknya Sayid Abdullah dikatakan dibunuh oleh putera Sultan Abdul Samad yang bernama Raja Yaakub di Langat, Sayid Mashur meninggalkan kubunya dan mula membenci keluarga Sultan Abdul Samad dan bersumpah akan membalas dendam terhadap mereka.
Chong Chong menceritakan kepada Sayid Mashur akan perasaan tidak puas hatinya terhadap keputusan Sultan Abdul Samad yang mengampunkan Yap Ah Loy yang dianggap oleh Chong Chong sebagai musuh peribadinya yang bertanggungjawab ke atas pertempuran di Kanching itu. Lantaran itu Chong Chong dan Sayid Mashur bersepakat untuk sama-sama menentang Yap Ah Loy yang dianggap sebagai sekutu Sultan Abdul Samad. Mereka kemudiannya menjadi rapat dan berkawan baik. Mereka pun sama-sama bergerak ke Ulu Selangor.
‘These two persons joined forces and collected men and materials ...’ (107) - Middlebrook dan Gullick. Setibanya mereka di Ulu Selangor, Chong Chong mahukan Sayid Mashur mengumpulkan seberapa ramai tentera dari kalangan orang-orang Melayu dan Chong Chong sendiri akan mengumpulkan orang-orang Cina. Tentera yang dikumpulkan itu akan dibiayai penuh oleh Chong Chong dari segi kos makanan, perubatan, senjata dan ubat bedil.
Persoalan yang timbul di sini adalah bagaimana Chong Chong mempunyai wang yang sebegitu banyak bagi menampung kos yang sedemikian? Siapakah yang memainkan peranan di sebalik gerakan Chong Chong ini? Apakah ianya berkaitan dengan ‘The Grand Design’ yang telah disebutkan terdahulu?
Untuk pengetahuan semua, Chong Chong dan Yap Ah Loy adalah dari kumpulan kongsi gelap yang sama iaitu kumpulan kongsi gelap Fei Chew. Di bawah struktur kepimpinan sebuah kongsi gelap, sebarang tindakan mereka mestilah direstui oleh pimpinan atasan kumpulan kongsi gelap tersebut. Justeru itu mengapakah perlunya Chong Chong menyerang Yap Ah Loy secara besar-besaran sedangkan mereka dari kumpulan kongsi gelap yang sama?
‘They set about collecting men, provisions and materials for the purpose of attacking Kuala Lumpur. (52) - Middlebrook dan Gullick. Hiew Siew, Liew Ngim Kong, Ah Sze, Chong Chong dan Yap Ah Loy adalah dari kumpulan kongsi gelap Fei Chew di bawah kumpulan kongsi gelap Hai San yang lebih besar. Di dalam struktur kongsi gelap tersebut, mereka ini dianggap sebagai pemimpin-pemimpin daerah yang dihantar ke Kuala Lumpur. Keputusan Chong Chong untuk menyerang Yap Ah Loy di Kuala Lumpur sudah tentulah mendapat restu, sokongan dan bantuan dari pemimpin-pemimpin atasan mereka yang berpusat di Negeri-Negeri Selat. Biasanya pemimpin-pemimpin atasan kumpulan kongsi gelap ini merupakan jutawan-jutawan Cina yang sangat berpengaruh bukan sahaja di kalangan masyarakat Cina, tetapi juga di kalangan pegawai-pegawai Inggeris di Negeri-Negeri Selat.
‘It was these secret societies, with their headquarters in the Straits Settlements...’ (xv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘However, rivalries between these societyies led after 1860 to frequent outbreaks of violence in the mining area which further contributed to the dislocation of order in the Malay States.’ (xv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Apakah mungkin serangan Chong Chong ke atas Kuala Lumpur merupakan salah satu rancangan besar kumpulan kongsi gelap Fei Chew untuk menghuru-harakan keadaan di Kuala Lumpur sebelum mereka dapat bertapak dan mencengkam seluruh kegiatan ekonomi di bandar Kuala Lumpur yang menjadi idaman mereka? Ataupun Chong Chong tanpa disedari oleh dirinya telah diperalatkan untuk menghuru-harakan keadaan di Kuala Lumpur. Sengketa di antara Chong Chong dan Yap Ah Loy telah digunakan sebagai sasaran dan alasan campurtangan orang-orang Cina di Kuala Lumpur. Ini ialah kerana jika Kuala Lumpur diserang dan menjadi huru-hara, segala kegiatan ekonomi khususnya pengeluaran dan perniagaan bijih timah akan terhenti sama sekali.
Orang-orang Inggeris yang memerlukan bekalan bijih timah yang konsisten itu pasti akan campurtangan di dalam politik Kuala Lumpur bagi memastikan bekalan bijih timah tersebut akan berterusan. Dengan cara ini, kekuasaan dan ketuanan Mandailing akan runtuh sama sekali. Orang-orang Cina yang merupakan rakyat British di Negeri-Negeri Selat tidak lagi perlu berurusan dengan penguasa tempatan yang terdiri daripada orang-orang Mandailing. Pemimpin-pemimpin Cina yang sudah bermastautin di Negeri-Negeri Selat merasakan adalah lebih mudah berurusan dengan pegawai-pegawai Inggeris yang sama-sama mempunyai motif untuk mengeksploitasikan seluruh khazanah hasil yang terdapat di negeri-negeri Melayu. Jutawan-jutawan Cina ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang sangat besar untuk mengawal dari jauh segala kegiatan kumpulan-kumpulan kongsi gelap mereka yang bergerak di negeri-negeri Melayu.
Pada mulanya Chong Chong dan Sayid Mashur hanya dapat mengumpulkan 200 orang pejuang yang terdiri daripada orang-orang Melayu dan Cina. Beberapa bulan selepas itu Sayid Mashur berjaya mengumpulkan 1000 pahlawan Melayu manakala Chong Chong berjaya mengumpulkan 1500 orang-orang Cina. Mereka kemudiannya berkumpul di Ulu Selangor dan menantikan masa yang sesuai untuk menyerang Kuala Lumpur. Selain daripada membalas dendam terhadap Yap Ah Loy, mereka juga ingin merampas harta kekayaan bijih timah di Kuala Lumpur.
TENGKU KUDIN DAN YAP AH LOY BERSIAP SEDIA UNTUK PERANG KUALA LUMPUR
Pada bulan Jun 1870, Yap Ah Loy mendapat tahu yang musuhnya Chong Chong telah bersekutu dengan Sayid Mashur. Lantaran itu Yap Ah Loy telah meminta bantuan ketenteraan, bukannya dari Sutan Naposo @ Sutan Puasa sebagai Waris Negeri di Kuala Lumpur atau Tuanku Raja Asal sebagai ketua orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur, tetapi sebaliknya dari Tengku Kudin di luar pengetahuan Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal. Tengku Kudin bersetuju untuk membantu Yap Ah Loy tetapi meminta sedikit tempoh masa. (75) – Buyong Adil 1971. Di sini jelas telah wujud satu pakatan di antara Yap Ah Loy dengan Tengku Kudin. Agenda sebenar mereka akan didedahkan kemudian nanti.
‘He immediately got in touch with the Viceroy at Klang, asking for help and instructions.’ (53) - Middlebrook dan Gullick. Pada masa yang sama Tengku Kudin telah meminta Yap Ah Loy untuk mempersiapkan kelengkapan perang untuk berperang dengan musuh-musuhnya itu. Lantaran itu Yap Ah Loy menghantar adiknya Yap Tet Fong ke Singapura untuk membeli senjata dan ubat-ubat bedil. Yap Ah Loy juga telah membesarkan kekuatan tenteranya kepada 1000 orang anggota.
Setelah tercapainya satu persefahaman dan persetujuan di antara Yap Ah Loy dengan Tengku Kudin, barulah Yap Ah Loy telah berunding dengan Sutan Naposo untuk membina sebuah kubu di atas Bukit Pudu (kini dikenali sebagai Bukit Mahkamah atau Bukit Kewangan yang merupakan tapak Menara Maybank). Ini disebut oleh Haji Abdullah Hukum sebagai;
‘Kubu yang kami siapkan itu iaitu di kemuncak Bukit Mahkamah sekarang.’ (II:3) - Adnan Haji Nawang.
Suasana Kuala Lumpur pada masa itu sudah menjadi tegang. Namun ianya adalah di luar kawalan Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal kerana pertelingkahan tersebut adalah di antara 2 orang ketua kongsi gelap Cina yang mempunyai dendam kesumat di antara satu sama lain. Walaupun Kuala Lumpur adalah di bawah naungan Sutan Naposo dan kepimpinan orang-orang Mandailing, namun kerana bilangan penduduk orang-orang Cina sudah mengimbangi jumlah penduduk masyarakat tempatan, maka itu gelombang perubahan yang datang itu tidak dapat dikawal oleh orang-orang Mandailing. Ini adalah masalah orang-orang pendatang yang bakal mengheret penduduk tempatan di dalam kancah peperangan yang tidak ada kaitan dengan orang-orang Mandailing.
Kuala Lumpur yang dibuka dan diasaskan oleh Sutan Naposo telah menjadi sebuah bandar yang berbilang bangsa. Walaupun orang-orang Mandailing masih lagi dominan di sana, namun mereka sudah tidak dapat mengatasi permainan politik yang dikawal dari jauh khasnya dari Negeri-Negeri Selat. Ketuanan Mandailing di Kuala Lumpur kini hanya tinggal pada nama sahaja. Pengaruh asing telah memulakan percaturan politik mereka yang akan menentukan masa depan Kuala Lumpur. Inilah akibatnya apabila kuasa ekonomi berada di tangan orang. Kita meletakkan pergantungan dan harapan kepada sahabat yang diibaratkan sokong membawa rebah. Asalnya mereka menumpang akhirnya mereka hendak menjadi tuan. Inilah yang dikatakan tumpang kayu ara, hak orang mereka punya.
Tindakan Chong Chong dan Sayid Mashur yang bersungguh-sungguh mengumpulkan pejuang-pejuang untuk menyerang Kuala Lumpur merupakan detik mula satu lembaran baru di dalam sejarah Kuala Lumpur iaitu Perang Kuala Lumpur. Perang Kuala Lumpur akan mengubah sejarah ketuanan orang-orang Melayu serta merombak sejarah hidup orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur.
EPISOD 15
PENGISTIHARAN PENGHAPUSAN BANGSA MANDAILING ‘... that we have granted our son Tengku Kudin this letter
under our seal, and he has undertaken
to vanquish the Mandilings ...’
Sultan Abdul Samad, 25 Ogos 1870
‘We, Sultan ‘Abdu’l-Samad, Yang di-pertuan of Selangor, announce to Tengku Sutan, Raja Layang, Tengku Raja, Raja Muhammad Yusuf, Raja Perempuan, Raja Budul, Sutan Maharaja Lela, Sutan Jenaga, Sutan Besar, Mantri Gedong, To’ Maharaja, To’ Stia Raja, To’ Maharaja Sudali, Haji Muhammad Salleh, Imam Prang Puriok, Imam Prang Malim, that we have granted our son Tengku Kudin this letter under our seal, and he has undertaken to vanquish the Mandilings and their allies. Now, therefore, the above will obey our son who is also appointed leader of all foreigners, and whosoever does not obey his orders will be treated as a rebel according to the law. All Chinese and Malays engaged in commerce in the interior shall assist Tengku Kudin and his adherents with gunpowder and weapons. No Towkay shall assist the Mandilings people and if by Allah’s grace the disturbance are settled, the possessions of the Mandilings shall be divided among such of the aforesaid as assist Tengku Kudin.’
Sultan Abdul Samad, 25 Ogos 1870.
Sultan Abdul Samad, 25 Ogos 1870.
(23) – Winstedt 1934.
Terjemahannya di dalam bahasa Melayu:
‘Beta Sultan Abdul Samad, Yang Dipertuan Negeri Selangor memberitahu kepada Tengku Sultan, Raja Layang, Tengku Raja, Raja Muhammad Yusuf, Raja Perempuan, Raja Budul, Sutan Maharaja Lela, Sutan Jenaga, Sutan Besar, Menteri Gedong, Tok Maharaja, Tok Setia Raja, Tok Maharaja Sudali, Haji Muhammad Saleh, Imam Perang Periok, Imam Perang Malim, bahawa kita telah mengurniakan surat ini di bawah capmohor beta kepada anak kita Tengku Kudin yang merupakan wakil orang-orang luar yang dilantik, akan bertanggungjawab untuk menghapuskan bangsa Mandailing dan sekutu-sekutu mereka. Oleh itu nama-nama yang telah disebutkan di atas hendaklah mengikut perintah anak kita itu yang telah diangkat sebagai ketua kepada semua orang luar yang masuk ke negeri kita ini, dan barangsiapa yang tiada mengikut hukumnya, maka akan dianggapkan sebagai pemberontak. Semua orang Cina dan Melayu yang berniaga di pendalaman negeri Selangor ini hendaklah membantu Tengku Kudin dan orang-orangnya dengan memberi bekalan ubat bedil dan senjata. Tiadalah dibenarkan taukeh-taukeh Cina menolong orang-orang Mandailing itu dan jikalau dengan pertolongan Allah s.w.t. kekacauan ini dapat diselesaikan, maka semua harta-benda orang-orang Mandailing itu akan dibahagikan kepada mereka yang tersebut itu kerana membantu Tengku Kudin.’ (76) – Buyong Adil 1971.
Di dalam kamus The New Collins Dictionary & Theasaurus in One Volume terbitan William Collins Sons & Co Ltd di London, perkataan ‘vanquish’ ini mempunyai 2 maksud. Yang pertama ‘vanquish’ yang sering digunakan di dalam Bahasa Inggeris moden yang bermaksud menghalau keluar atau ‘to rout, to drive out.’ Namun maksud yang kedua ‘vanquish’ yang sering digunakan di dalam sastera Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris lama ditafsirkan sebagai meghapuskan, melenyapkan, memusnahkan sama sekali atau ‘to destroy, to wipe out.’ Lantaran itu berdasarkan teks titah Sultan Abdul Samad di atas, jelas ia merupakan pengistiharan penghapusan bangsa Mandailing atau lebih tepat lagi pengistiharan pembunuhanberamai-ramai ke atas orang-orang Mandailing atau ‘The Massacre of The Mandailings.’
Begitulah titah surat kuasa yang diberikan oleh Governor Sir Harry Ord iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura untuk ditangani oleh Sultan Abdul Samad supaya diberikan kuasa kepada Tengku Kudin @ Tengku Zainal Abidin @ Tengku Dhiauddin atau ‘who is also appointed leader of all foreigners’ dan pembesar-pembesar Selangor yang nama mereka disebutkan satu-persatu di dalam titah tersebut agar dapat melaksanakan rancangan Inggeris untuk menghapuskan bangsa Mandailing.
Maka bermulalah permusuhan rasmi di antara pakatan Inggeris dan Bugis Selangor dengan orang-orang Mandailing. Ini menjadi satu bukti yang jelas dan tepat bahawa Perang Kuala Lumpur itu sebenarnya membabitkan 2 buah pihak yang utama iaitu Inggeris dan Mandailing.
Apakah yang sebenarnya berlaku sehingga Sultan Abdul Samad menjadi begitu murka dan memerintahkan agar Mandailing itu dihapuskan sama sekali? Malahan perintah yang diberi adalah begitu jelas;
Mandailing itu hendaklah
a. dihapuskan sama sekali atau ‘to be vanquished’
b. dirampas harta-benda mereka untuk dibahagi-bahagikan atau ‘the possessions of the Mandilings shall be divided’
Berdasarkan kandungan titah tersebut, orang-orang Mandailing seolah-olah telah melakukan satu kesalahan yang amat besar sehinggakan Sultan Abdul Samad menjadi terlalu murka. Namun berlandaskan 2 peintah yang jelas iaitu menghapuskan dan merampas, tindakan Sultan Abdul Samad itu mungkin berasaskan kemurkaan baginda yang disebabkan oleh perkara-perkara berikut;
a. orang-orang Mandailing yang mengasaskan Kuala Lumpur @ Muara Bustak menjadi sangat kaya disebabkan kawasan perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur merupakan kawasan perlombongan yang sangat produktif. Ini menimbulkan rasa iri hati dan dengki di kalangan raja-raja, pembesar-pembesar dan orang-orang Bugis di Selangor
b. orang-orang Mandailing dituduh terlibat dalam Perang Kelang kerana menjual makanan kepada pihak Raja Mahadi
c. orang-orang Mandailing yang mendesak agar hukuman bunuh dijatuhkan ke atas Dato Bandar Yasih dan Dato Manteri Sumun yang merupakan 2 orang pembesar Sultan Abdul Samad yang ditugaskan untuk mengutip cukai di Kuala Lumpur
d. orang-orang Mandailing pimpinan Tuanku Raja Asal @ Jaasai terbabit di dalam serangan ke atas kawasan perlombongan Kanching kepunyaan Sultan Abdul Samad yang diuruskan oleh Chong Chong
e. orang-orang Mandailing pimpinan Tuanku Raja Asal menjadikan Selangor sebagai pengkalan untuk melancarkan serangan berterusan ke atas Pahang bagi membantu Wan Aman @ Abdul Rahman bin Tun Mutahir dan Wan Enda @ Wan Da bin Tun Mutahir melemahkan kekuatan angkatan tentera Pahang
Namun pada masa itu tidak ada sesiapa yang tahu siapakah sebenarnya di belakang tabir yang memberi perintah penghapusan bangsa Mandailing itu dan apakah punca sebenar yang menyebabkan Mandailing di Kuala Lumpur itu perlu dihapuskan? Lebih malang dan menyedihkan lagi, Tuanku Raja Asal, Sutan Naposo @ Sutan Puasa dan orang-orang Mandailing yang lain di Kuala Lumpur pada masa itu langsung tidak tahu-menahu mengenai pengistiharan perang ke atas Mandailing itu.
PUNCA SEBENAR PENGISTIHARAN PENGHAPUSAN MANDAILING Perkara pertama yang perlu kita ketahui ialah titah surat kuasa pengistiharan penghapusan bangsa Mandailing itu dibuat atas permintaan agen Inggeris Tengku Kudin atau ‘who is also appointed leader of all foreigners’. Maka timbullah persoalan tentang kenapa dan mengapa agen Inggeris Tengku Kudin perlu meminta surat kuasa pengistiharan penghapusan ke atas orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur sedangkan Tengku Kudin pada masa itu tidak pernah bermusuh dengan orang-orang Mandailing.
Justeru itu siapakah di belakang tabir yang menjadi dalang dalam menghasut agen Inggeris Tengku Kudin untuk memujuk Sultan Abdul Samad untuk mengistiharkan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Mandailing? Pihak itu adalah Inggeris.
‘In 1870 on the eve of British intervention into the Malay States. (Preface) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pengistiharan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Mandailing ini sebenarnya telah dirancang dengan teliti, dengan rapi serta berhati-hati oleh British. Sebab itulah 1870 disebut sebagai ‘the eve of British intervention’ walaupun serangan pertama ke atas Kuala Lumpur dilancarkan pada bulan Mei 1872.
Pada 1 Apr 1867 yang lalu, pejabat pentadbiran Negeri-Negeri Selat British telah dipindahkan dari Pejabat East India Company di India ke Pejabat Tanah Jajahan di London, England. Pada mulanya, pejabat pentadbiran Negeri-Negeri Selat British di London tidak mahu melibatkan diri di dalam pergolakan politik di Tanah Melayu. Namun apabila berlaku beberapa kes yang melibatkan pedagang-pedagang kaya lagi berpengaruh di Negeri-Negeri Selat, kerajaan British mula menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkembangan politik di Tanah Melayu. Antara perkara yang diambil perhatian serius adalah masalah lanun. (18) – Ibrahim Saad.
Pada awal 1867 apabila pelabuhan Kelang ditawan oleh Raja Mahadi. William Henry Read dan Tan Kim Ching yang dilantik oleh Sultan Abdul Samad sebagai pemungut cukai di Kuala Kelangtelah dihalau keluar dari Kelang. Ini menyebabkan kedua-duanya menyimpan perasaan marah dan dendam terhadap Raja Mahadi.
Pada masa yang sama dunia pada masa itu dilanda satu krisis kemelesetan ekonomi dunia yang teruk. Ekonomi British teruk terjejas dengan krisis ekonomi dunia tersebut. Maka apabila William Henry Read dan Tan Kim Ching telah mengadu kepada kerajaan British akan kegiatan rompakan, samun, rampas, bunuh dan lanun di Selangor Pada bulan Mei 1867, kerajaan British mendesak Sultan Abdul Samad menyelesaikan masalah itu. Oleh kerana Sultan Abdul Samad mengaku beliau tidak dapat mengatasi masalah tersebut, British menawarkan bantuan untuk Sultan Abdul Samad bagi mengatasi masalah tersebut. Lantaran itu kerajaan British menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat masalah lanun yang berleluasa di Selat Melaka.
‘...the pressure of the Straits merchants...’ (xvi) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Kebetulan pula pada masa yang sama kuasa-kuasa Eropah yang lain seperti Jerman, Perancis, Sepanyol dan lain-lain lagi sudah mula melanda Nusantara Melayu. Perancis sudah mula menerapkan pengaruh mereka di Indo-China manakala Sepanyol menerapkan kekuatan mereka di Filipina.
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1868 yang menyambungkan Laut Merah dan Laut Mediterranean merancakkan lagi kedatangan negara-negara Eropah yang lain untuk berkunjung ke Nusantara Melayu. Pelabuhan Singapura sering didatangi oleh banyak kapal-kapal dari Eropah yang membimbangkan kerajaan British.
‘...and fear of foreign intervention...’ (xvi) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Apabila kerajaan Belanda melancarkan serangan ke atas Acheh pada 8 Okt 1865 yang menyebabkan kubu Acheh di Pulau Kampei gugur ke tangan Belanda pada 14 Okt 1865 kerajaan British menjadi cemas. Tambahan pula kerajaan Jerman sedang mencari-cari negara yang sesuai di Nusantara Melayu untuk mereka bertapak. Atas dasar itulah Earl of Kimberley merasakan adalah satu kemestian kepada British untuk menerapkan pengaruh politik mereka seberapa segera di Tanah Melayu. Justeru itu, alang-alang campur tangan, biarlah di tempat yang paling kaya di Tanah Melayu iaitu Kuala Lumpur. (56) – Ibrahim Saad.
Namun pengistiharan ini berkait rapat dengan peristiwa pertemuan pada bulan Mei 1870di antara Governor Sir Harry dan Sultan Abdul Samad di Langat. Governor Sir Harry atau Major-General Sir Harry Ord, RE, CB, GCMG adalah Gabenor Negeri-Negeri Selat yang baru dilantik pada 1867.
‘Sir Harry Ord (the first Governor of the Colony after the Straits Settlements was transferred to the Colonial Office in 1867).’ (xvi) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pada bulan Mei 1870, Governor Sir Harry Ord iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura telah datang ke Kelang untuk bertemu dengan Tengku Kudin bagi membincangkan beberapa perkara penting mengenai rancangan Inggeris. Selepas itu Governor Sir Harry Ord dan Tengku Kudin telah bertolak ke Langat untuk bertemu dengan Sultan Abdul Samad.
Di Langat, Governor Sir Harry Ord menyatakan bahawa keadaan kucar-kacir di Selangor adalah berpunca dari Perang Kelang yang ditimbulkan oleh Raja Mahadi. Namun menurut Governor Sir Harry Ord,yang lebih membimbangkan Inggeris ialah tentang kegiatan lanun-lanun di Selat Melaka yang menjejaskan kepentingan Inggeris secara serius.
Dalam pertemuan itu Governor Sir Harry Ord menyatakan terdapat satu kumpulan lanun yang bergerak aktif dan agresif di Selat Melaka dengan menggunakan Selangor sebagai pengkalan untuk melancarkan serangan dan rompakan ke atas kapal-kapal perdagangan Inggeris dan kapal-kapal lain yang berurusan dengannya. Ini mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan Inggeris dan menjejaskan kepetingan mereka di Selat Melaka.
Yang lebih menggemparkan lagi ialah apabila Governor Sir Harry Ord mendedahkan bahawa lanun-lanun ini ditaja oleh sekumpulan pedagang-pedagang Mandailing di Kuala Lumpur dan dia mahukan Sultan Abdul Samad untuk sama-sama bertindak ke atas kumpulan orang-orang Mandailing yang menjadi penaja aktiviti lanun di Selat Melaka itu. Atas desakan untuk mengurangkan aktiviti lanun dan kekacauan di perairan Selangor, Sultan Abdul Samad terpaksa tunduk kepada permintaan Inggeris.
‘A great enemy of the orang puteh is a rigid Mohamedan who is known to have said that when he becomes sultan he will drive the white men into the sea.’ (230) – Gullick 1993.
Pada masa yang sama Sir Harry Ord juga memujuk Sultan Abdul Samad agar memberikan kerjasama penuh dan terus menyokong agen Inggeris iaitu Tengku Kudin. Inggeris meyakinkan Sultan Abdul Samad bahawa hanya Tengku Kudin yang dapat menyelamatkan dan membangunkan semula negeri Selangor. Justeru itu Inggeris menasihatkan Sultan Abdul Samad agar menyerahkan tugas untuk mengamankan Selangor kepada Tengku Kudin. Lantas Tengku Kudin mendesak Sultan Abdul Samad mengeluarkan surat titah kuasa kepadanya bagi melaksanakan gerakan penghapusan penaja aktiviti lanun yang dimaksudkan itu.
Pada bulan Jul 1870, Sultan Abdul Samad menghantar utusan kepada Governor Sir Harry Ord untuk menyatakan persetujuan baginda untuk menolong Inggeris dalam membasmi kegiatan lanun di Selat Melaka dan pada masa yang sama meminta Inggeris menghantar kapal-kapal perang dan bantuan tentera yang diperlukan untuk mengawal kuala-kuala sungai di Sungai Selangor, Sungai Jeram dan Sungai Bernam.
Pada masa yang sama Sultan Abdul Samad menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama penuh kepada agen Inggeris iaitu Tengku Kudin dan bersedia untukmenyerahkan tugas untuk mengamankan Selangor kepada Tengku Kudin. Akhirnya terbukalah peluang keemasan yang seluas-luasnya untuk British campurtangan dalam urusan pemerintahan di negeri Selangor.
Ada pihak yang mendakwa permintaan Sultan Abdul Samad meminta Inggeris untuk menghantar kapal-kapal perang untuk mengawal kuala-kuala sungai di Sungai Selangor, Sungai Jeram dan Sungai Bernam adalah bertujuan untuk memastikan Raja Mahadi dan orang-orangnya tidak dapat membawa masuk bekalan makanan, senjata dan tentera masuk ke Selangor melalui kuala-kuala sungai itu. Namun muslihat itu tersingkap apabila Inggeris mengambil tindakan yang berlainan dari apa yang diminta oleh Sultan Abdul Samad.
MUSLIHAT INGGERIS TERSINGKAP
Anehnya Inggeris tidak menghantar kapal-kapal perang dan bantuan ketenteraan seperti yang diminta oleh Sultan Abdul Samad untuk mengawal kuala-kuala sungai di Sungai Selangor, Sungai Jeram dan Sungai Bernam. Sebaliknya pada akhir bulan Jul 1870, Sir Harry Ord memberikan sebuah titah surat kuasa yang ditulis dalam bahasa Inggeris untuk ditandatangani oleh Sultan Abdul Samad yang mengarahkan agen Inggeris Tengku Kudin untuk menghapuskan sama sekali orang-orang Mandailing.
Ini membuktikan bahawa musuh yang diburu oleh Inggeris itu bukannya Raja Mahadi di Kuala Selangor, Raja Hitam di Bernam, mahupun Raja Ali di Jeram, ataupun mana-mana raja di kuala-kuala sungai di Selangor. Pihak-pihak tersebut tidak pernah terlibat di dalam apa-apa aktiviti yang boleh menjejaskan kepentingan Inggeris dengan serius. Inggeris hanya akan campurtangan jika ada mana-mana pihak yang cuba menjejaskan kepentingannya dengan serius.
Oleh kerana Inggeris, Sultan Abdul Samad, dan Tengku Kudin tidak tahu dengan tepat nama-nama pedagang-pedagang Mandailing yang menjadi penaja aktiviti lanun di Selat Melaka yang dimaksudkan itu, maka pengistiharan perang itu dilancarkan ke atas ‘orang-orang Mandailing’ walaupun ianya ditujukan dan dimaksudkan kepada kumpulan pedagang-pedagang Mandailing yang menjadi penaja-penaja aktiviti kumpulan lanun itu sahaja.
Ternyata di dalam pertemuan di antara Governor Sir Harry dan Sultan Abdul Samad di Langat itu, Sultan Abdul Samad ada menyatakan perasaan iri hati baginda dan orang-orang Bugis terhadap kekayaan dan kemewahan orang-orang Mandailing yang begitu berjaya dengan perniagaan dan perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur. Ini jelas apabila baginda menyebut;
‘... the possessions of the Mandilings shall be divided among such of the aforesaid as assist Tengku Kudin.’
Terjemahannya;
‘Maka semua harta-benda orang-orang Mandailing itu akan dibahagikan kepada mereka yang tersebut itu kerana membantu Tengku Kudin.’
Jikalau perintah itu adalah Inggeris semata-mata, sudah pasti pengistiharan itu adalah hanya untuk menghapuskan bangsa Mandailing. Sudah tentu ia mencakupi perbuatan-perbuatan yang lain seperti merampas harta-benda, menculik dan memperkosa kaum wanita dan sebagainya atas nama menghapuskan bangsa Mandailing. Jadi kenapakah pengistiharan itu masih perlu menekankan agar semua harta-benda orang-orang Mandailing itu akan dibahagi-bahagikan? Ini membuktikan ada unsur hasutan dan perasaan iri hati Sultan Abdul Samad dan pembesar-pembesar Selangor terhadap orang-orang Mandailing yang sangat kaya dan mewah dengan harta-benda mereka sehinggakan Sultan Abdul Samad tidak lupa untuk mengingatkan pembesar-pembesarnya untuk merampas dan membahagi-bahagikan harta-benda mereka di kalangan mereka.
Apakah lanun-lanun yang dimaksudkan oleh Inggeris itu merompak dan membunuh di atas darat? Jikalau wujudnya ‘lanun’ di atas darat, sudah pasti pihak yang melanun itu sudah lama dibasmi dan dihapuskan kerana tidak mudah pihak yang ‘melanun’ di atas darat menyembunyikan identiti mereka serta melarikan diri dengan pantas seperti di laut.
Andaikata orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur telah melakukan sesuatu yang menjejaskan kepentingan Inggeris dengan serius, apakah kesalahan besar itu sehingga Inggeris sanggup memberikan sebuah titah surat kuasa untuk menghapuskan orang-orang Mandailing? Sedangkan Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal telah wujud sebagai usahawan-usahawan yang kaya dan berjaya yang menguasai perniagaan dan perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur sejak 1820an lagi tanpa dipersoalkan atau dipertikaikan oleh Inggeris akan kehadiran mereka.
Maka punca utama dan sebenar pengistiharan pembunuhan beramai-ramai ke astas orangorang Mandailing ini adalah ‘lanun’ Mandailing di laut. Bukan sahaja kerana lanun hanya wujud di laut dan bukan di darat, malahan pasukan Laut Padri pimpinan Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi telah melancarkan serangan demi serangan ke atas kapal-kapal perdaganagn Inggeris di Selat Melaka sehingga menjejaskan kepentingan Inggeris di Selat Melaka secara serius.
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, sejak tahun 1839 lagi Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri sentiasa bergerak untuk menyerang kapal-kapal pedagang bukan Islam atau kapal-kapal lain yang berurusan dengan Belanda dan Inggeris serta kawasan-kawasan berkepentingan Belanda di persisiran pantai Tanah Besar Sumatera. Kebanyakan mangsa mereka adalah kapal-kapal Inggeris, Belanda, Cina dan India. Serangan lanun-lanun itu turut mengakibatkan banyak kematian di kalangan pendakwah-pendakwah Kristian yang dibawa masuk oleh Inggeris dan Belanda ke Nusantara melalui Selat Melaka.
Pihak Inggeris dan Belanda telah lama menyenaraikan Kapal Helang Laut dan Kapal Jalang Laut yang digunakan oleh Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri sebagai musuh bersama atau ‘common enemy’ di Selat Melaka namun oleh kerana kegiatan itu tidak begitu menjejaskan kepentingan mereka, maka pihak Inggeris hanya membiarkan sahaja. Sudah pastinya penjajah seperti Inggeris dan Belanda menggelar pasukan Laut Padri ini sebagai lanun.
Pendapat ini disokong oleh L.P. Hasibuan di dalam bukunya yang bertajuk Perang Padang Lawas. Mengikut L.P. Hasibuan, British telah beberapa lama terhidu kegiatan dan perancangan pasukan Padri namun mereka hanya membiarkannya pada peringkat awal kerana tidak mengancam kedudukan mereka pada masa itu. Namun apabila saki-baki pasukan Padri ini merompak kapal-kapal dagang rakyat British di Selat Melaka dan menggugat kepentingannya, British kemudiannya menjadi cemas lalu bertindakbalas. (1) – L.P. Hasibuan.
Dalam siasatan yang dilakukan oleh kerajaan British, mereka mendapati ‘lanun’ atau pasukan Laut Padri yang mereka maksudkan itu mendapat biayaan bekalan wang, makanan, ubat-ubatan, senjata dan ubat bedil dari sekumpulan pedagang-pedagang Mandailing yang kaya di Kuala Lumpur. Sebab itulah Inggeris yang diwakili oleh Governor Sir Harry Ord bersungguh-sungguh dan bersusah–payah mendesak Sultan Abdul Samad untuk bekerjasama dengan Inggeris bagi menghapuskan sama sekali orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur.
Inggeris yakin dengan terhapusnya kumpulan pedagang kaya yang beroperasi di Kuala Lumpur itu, maka bekalan wang, makanan, ubat-ubatan, senjata dan ubat bedil kepada Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri akan terputus sama sekali.
Tepatlah pendapat ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan, K.G. Tregonning dan J.F. Cady yang menyatakan bahawa faktor utama campurtangan British di tanah Melayu adalah kerana satu; iaitu melindungi kapal-kapal dan jalan perdagangan dari India ke negeri Cina. (24) – Ranjit Singh Malhi.
Maka tarikh 25 Ogos 1870 menyaksikan bagaimana Sultan Abdul Samad atas desakan dan sokongan Inggeris mengistiharkan beribu-ribu nyawa orang-orang Mandailing akan dihapuskan sama sekali.

EPISOD 16
TUANKU RAJA ASAL DIFITNAH YAP AH LOY ‘... aggrieved by the action of the Capitan in connection with
the reduction of some taxes in his charge’
S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick
Pada awal bulan Sep 1870 Tuanku Raja Asal @ Jaasai dan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy bertolak ke Langat setelah dipanggil mengadap Sultan Abdul Samad bagi menjelaskan kedudukan sebenar Yap Ah Loy selepas peristiwa Yap Ah Loy dilantik oleh Raja Mahadi sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur pada Jun 1869. Pertemuan ini penting bagi menerangkan apa yang sebenarnya berlaku setelah Tuanku Raja Asal dan Yap Ah Loy dituduh menyokong dan menyebelahi Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Yap Ah Loy turut membawa orang kepercayaannya Voon Siew dalam pengadapan tersebut. (45) – Middlebrook dan Gullick.
‘Raja Asal went with them.’ (45) – Middlebrook dan Gullick.
Setibanya Tuanku Raja Asal dan Yap Ah Loy di Sungai Langat, maka mereka pun menunggu di dalam sampan sambil menanti panggilan dari pengawal-pengawal istana untuk mengadap Sultan Abdul Samad.
Sebelum mereka dipanggil oleh pengawal istana, secara kebetulan mereka bertemu dan berjumpa dengan Tengku Kudin @ Tengku Zainal Abidin @ Tengku Zia’u’ddin. Mereka beramah mesra dengan Tengku Kudin sambil menerangkan bahawa orang-orang Mandailing dan orang-orang Cina tidak terbabit di dalam Perang Kelang. Yap Ah Loy mengaku bahawa dirinya diiktirafkan oleh Raja Mahadi sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur tetapi itu tidak bermakna dia menyokong Raja Mahadi di dalam Perang Kelang.
Mengenai pembabitan Tuanku Raja Asal dan Yap Ah Loy di dalam pertempuran Kanching pula adalah bertujuan untuk menangkap pembunuh-pembunuh Ah Sze di Kanching tetapi telah disalahanggap dan ditentang oleh Chong Chong dan pengikut-pengikutnya.
Manakala Tuanku Raja Asal pula menyatakan bahawa orang-orang Mandailing tidak terbabit sama sekali di dalam serangan ke atas Kelang. Sebaliknya orang-orang Mandailing hanya menjual makanan kepada orang-orang Raja Mahadi seperti yang biasa dilakukan sebelum tercetusnya Perang Kelang. Tengku Kudin hanya mendiamkan diri dan tampak berpuas hati dengan jawapan tersebut.
Pertemuan mesra Tuanku Raja Asal dan Tengku Kudin pada Sep 1870 itu membuktikan bahawa orang-orang Mandailing tidak pernah bermusuh dengan Tengku Kudin dan begitu juga sebaliknya. Orang-orang Mandailing juga tidak pernah menyebelahi Tengku Kudin dalam mana-mana pertempuran atau persengketaan yang berlaku di Selangor.
Ini juga merupakan bukti kukuh bahawa Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing tidak pernah melibatkan diri mereka di dalam Perang Kelang kerana yang terbabit di dalam Perang Kelang itu adalah orang-orang Melayu Batu Bara dan orang-orang Bugis. Seandainya Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing terbabait di dalam Perang Kelang, nescaya Tuanku Raja Asal akan diberkas oleh Tengku Kudin serta-merta.
Ia juga menunjukkan bahawa Tuanku Raja Asal pada masa itu langsung tidak tahu-menahu mengenai pengistiharan penghapusan etnik Mandailing yang telah diistiharkan pada 25 Ogos 1870 iaitu kira-kira seminggu yang lepas.
TUANKU RAJA ASAL DIFITNAH
‘After a short talk with Tunku Kudin, Ah Loy and Voon Siew went to see the sultan.’ (46) – Middlebrook dan Gullick.
Perbualan mereka dengan Tengku Kudin terhenti apabila pengawal-pengawal istana menyatakan Sultan Abdul Samad tidak mahu menerima sebarang pengadapan pada hari itu. Tuanku Raja Asal dan Yap Ah Loy merasa kecewa dan bersedia untuk pulang ke Kuala Lumpur. Namun Voon Siew pergi berjumpa dengan pengawal istana dan cuba menerangkan tujuan mereka datang ke istana Sultan Abdul Samad itu.
Semasa Voon Siew sedang menerangkan kepada pengawal istana, Sultan Abdul Samad yang secara kebetulan lalu di situ telah mengarahkan pengawal-pengawalnya membiarkan Voon Siew masuk. Voon Siew pun menyatakan niat mereka untuk datang mengadap kepada Sultan Abdul Samad. Sultan Abdul Samad mengarahkan supaya Yap Ah Loy dipanggil masuk tetapi baginda tidak mahu menerima pengadapan Tuanku Raja Asal atas sebab tertentu. Lalu Yap Ah Loy sahaja yang dipanggil untuk mengadap. Manakala Tuanku Raja Asal menunggu Yap Ah Loy di dalam sampan.
Malang sekali Tuanku Raja Asal masih tidak dapat membaca perubahan yang berlaku di dalam tindakan Sultan Abdul Samad. Tindakan Sultan Abdul Samad mengarahkan supaya Yap Ah Loy dipanggil masuk tetapi tidak mahu menerima pengadapan Tuanku Raja Asal menunjukkan sesuatu yang tidak baik telah pun berlaku di mana pada masa itu pengistiharan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Mandailing telah pun dilakukan dan Tuanku Raja Asal langsung tidak mengetahuinya.
Pemimpin-pemimpin orang-orang Cina diberitahu akan pengistiharan tersebut. Ini jelas kerana di dalam surat titah kuasa tersebut menyatakan;
‘All Chinese and Malays engaged in commerce in the interior shall assist Tengku Kudin and his adherents with gunpowder and weapons. No Towkay shall assist the Mandilings people.’ (23) – Winstedt 1934.
Sebaik sahaja menapat berita itu, mata Yap Ah Loy menjadi bersinar-sinar. Dia telah nampak satu peluang atau ‘opportunity’ di sebalik satu bahaya atau bala yang besar yang bakal menimpa Kuala Lumpur. Peluang ini digunakan sebaik-baiknya oleh Yap Ah Loy dan Voon Siew.
Voon Siew yang pandai berkata-kata itu telah bercakap bagi pihak Yap Ah Loy. Mereka menerangkan bahawa
a. Yap Ah Loy dan orang-orang Cina tidak menyerang Chong Chong yang merupakan rakan kongsi baginda di Kanching kerana mereka tahu bahawa lombong-lombong di Kanching itu adalah kepunyaan baginda. Namun tujuan mereka untuk menangkap pembunuh-pembunuh Ah Sze di Kanching itu telah disalahanggap dan ditentang oleh Chong Chong dan pengikut-pengikutnya akibat dari Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing yang didakwa memulakan serangan pertama yang mengakibatkan berlakunya pertempuran tersebut.
b. Yap Ah Loy juga menekankan bahawa walaupun dirinya disahkan oleh Raja Mahadi sebagai Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga, dia tidak pernah menyokong perjuangan Raja Mahadi dalam Perang Kelang.
Segala yang difitnahkan oleh Yap Ah Loy kepada Sultan Abdul Samad itu kemudiannya diceritakan oleh utusan-utusan Sayid Mashur @ Che Soho kepada Tuanku Raja Asal di dalam satu pertemuan di Kampung Damar Sara pada Nov 1871 kemudiannya. (69) - Middlebrook dan Gullick.
Seperti yang dijangkakan, itulah kali terakhir Yap Ah Loy berjumpa dengan Sultan Abdul Samad bersama-sama dengan orang-orang Mandailing. Sudah tentu Yap Ah Loy tidak mahu dirinya dilihat terlalu rapat dengan Tuanku Raja Asal oleh kerajaan Bugis Selangor dan Inggeris selepas pengistiharan penghapusan ke atas Mandailing dibuat.
Sultan Abdul Samad yang gemar membuat kesimpulan tanpa usul periksa itu merasa sangat murka akan Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing. Baginda semakin yakin bahawa Tuanku Raja Asal adalah salah seorang pedagang Mandailing yang dimaksudkan oleh Sir Harry Ord sebagai penaja aktiviti lanun di Selat Melaka. Baginda berazam akan mengambil tindakan yang tegas dan keras ke atas Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing itu.
Berikutan dari itu, Sultan Abdul Samad melantik dan memberi surat kuasa kepada Yap Ah Loy sebagai pengutip cukai di Kuala Lumpur.
‘The right to collect the Klang and Kuala Lumpur revenues was conferred on him by the sultan at this time.’ (40) - Middlebrook dan Gullick.
Yap Ah Loy merasa gembira tidak terhingga namun dia cuba mengawal diri di hadapan Sultan Adul Samad. Sebelum dia meninggalkan istana, Yap Ah Loy dan Voon Siew telah memohon jasa baik Sultan Abdul Samad untuk membekalkan peluru dan ubat bedil bagi memperkuatkan usaha untuk menangkap pembunuh-pembunuh Ah Sze. Maka Sultan Abdul Samad pun memberikan 4 peti peluru, 25 tong kecil ubat bedil, setengah tong kecil candu kepada Yap Ah Loy dan Voon Siew. Atas arahan Sultan Abdul Samad, Yap Ah Loy dan Voon Siew turut mendapat 25 lagi tong kecil ubat bedil daripada Engku Aman dari Lukut sebelum mereka mengundur diri.
Setelah itu Yap Ah Loy dan Voon Siew meminta ampun dan meminta izin untuk berundur diri. Sultan Abdul Samad memberi keizinan sambil bertitah agar orang-orang Cina mestilah sentiasa menyokong Sultan Abdul Samad dan Tengku Kudin. Selepas pertemuan tersebut maka pulanglah Tuanku Raja Asal, Yap Ah Loy dan Voon Siew ke Kuala Lumpur.
Sejak itulah Sultan Abdul Samad menjadi bertambah murka dengan Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing yang dianggap oleh Sultan Abdul Samad sebagai duri dalam daging di dalam pemerintahan baginda.
YAP AH LOY DENGAN TUGAS BARUNYA
Setelah dilantik sebagai pengutip cukai di Kuala Lumpur, Setelah dilantik oleh Sultan Abdul Samad untuk mengutip cukai di Muara Bustak, Yap Ah Loy pun memulakan tugasnya.
Sebelum pelantikan tersebut, Yap Ah Loy sememangnya terpaksa membayar kepada Sutan Naposo @ Sutan Puasa dan Tuanku Raja Asal sejumlah wang yang merupakan sebahagian dari hasil kutipan cukai ke atas lombong-lombong Cina yang dipajak dari Waris Negeri Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal.
‘... aggrieved by the action of the Capitan in connection with the reduction of some taxes in his charge, ...’ (69) - Middlebrook dan Gullick.
Tetapi selepas pelantikan tersebut, Yap Ah Loy telah mengurangkan bayaran bulanannya kepada Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal yang merupakan sebahagian dari hasil kutipan cukai ke atas lombong-lombong Cina yang dipajak dari Waris Negeri Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal di Kuala Lumpur. Ini menyebabkan Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal merasa sangat tersinggung. Maka bermulalah retak mencari belah.
EPISOD 17
YAP AH LOY MEMPERALATKAN TUANKU RAJA ASAL DALAM PERGADUHAN KONGSI GELAP DI AMPANG ‘... they were members of the same tribe,
but they belonged to different secret societies.’
S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick
Pada 8 Sep 1870, Chong Chong yang telah mengumpulkan 1500 orang-orang Cina khususnya ahli kongsi gelap Hakka Kah Yeng Chew telah berkumpul di Ampang bersama-sama dengan Sayid Mashur @ Che Soho yang telah mengumpulkan 1000 orang-orang Melayu di Ulu Kelang. Mereka merancang untuk bergerak ke Bukit Pudu di Kuala Lumpur @ Muara Bustak dan menyerang Kapitan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy dan kongsi gelap Hakka Fei Chew.
Sebaik sahaja mendapat tahu tentang kedatangan angkatan perang Chong Chong yang mahu memusnahkan dirinya dan kongsi gelap Hakka Fei Chew, maka Yap Ah Loy pun menyiapkan kelengkapan 600 orang tentera Cina di bawah pimpinan Hiew Fatt dan Tung Khun untuk menyerang rombongan Chong Chong itu. Akan tetapi apabila mendapat tahu Sayid Mashur dan 1000 orang-orang Melayu telah berkumpul di Ulu Kelang, maka Yap Ah Loy pun mengarahkan 600 orang tentera di bawah pimpinan Hiew Fatt dan Tung Khun bertolak ke Ulu Kelang dan menyerang Sayid Mashur dan 1000 orang-orang Melayu di sana.
Dalam pertempuran ini, pihak Sayid Mashur telah kalah teruk. Sayid Mashur pun membawa orang-orangnya berundur ke Ampang dan bersatu dengan tentera Chong Chong. Di sana mereka merancang melakukan serangan balas ke atas Hiew Fatt, Tung Khun dan 600 orang tentera Yap Ah Loy di Ulu Kelang. Lalu tentera Chong Chong dan Sayid Mashur pun bergerak ke Ulu Kelang melalui jalan yang berasingan.
Setibanya waktu tengah malam, tentera pimpinan Sayid Mashur telah melakukan serangan hendap ke atas Hiew Fatt, Tung Khun dan 600 orang tentera pimpinan mereka. Semasa Hiew Fatt, Tung Khun dan 600 orang tentera pimpinan mereka asyik bertempur mempertahankan diri menentang tentera Sayid Mashur, mereka tiba-tiba diserang oleh tentera Chong Chong yang berjumlah 1500 orang.
Kebetulan pula pada petang sebelum berlakunya pertempuran itu, Yap Ah Loy telah terdetik hati untuk menghantar 400 orang tentera di bawah pucuk pimpinan Chung Piang untuk membantu Hiew Fatt dan Tung Khun di Ulu Kelang. Lantaran itu setibanya Chung Piang dan 400 tenteranya semasa pertempuran hebat di antara tentera Yap Ah Loy pimpinan Hiew Fatt dan Tung Khun dengan tentera Sayid Mashur dan Chong Chong, maka dengan tidak membuang masa lagi Chung Piang dan 400 tenteranya pun membantu tentera Yap Ah Loy menyerang pihak musuh. Akhirnya tentera Sayid Mashur dan Chong Chong terpaksa berundur ke Ampang.
YAP AH LOY MEMINTA BANTUAN TUANKU RAJA ASAL Yap Ah Loy merasakan tentera 1000 orang Cina pimpinan Chung Piang, Hiew Fatt dan Tung Khun itu tidak cukup kuat untuk menewaskan tentera Sayid Mashur dan Chong Chong. Lalu Yap Ah Loy pun menghantar utusan untuk meminta bantuan dari Tuanku Raja Asal @ Jaasai yang pada ketika itu berada di Kampung Damar Sara menguruskan perniagaan bijih timah.
Tuanku Raja Asal pada masa itu masih tidak mengetahui pengistiharan penghapusan Mandailing pada 25 Ogos 1870 itu. Beliau bersetuju untuk membantu Yap Ah Loy atas dasar setia-kawan dan persahabatan suci yang telah lama terjalin.
Tuanku Raja Asal mengarahkan Imam Perang Berantai @ Imam Perang Jabarumun memimpin sepasukan pejuang Mandailing yang berkubu di Bukit Tabor di Ulu Kelang untuk bergerak bersama tentera Yap Ah Loy menyerang Ampang. Setibanya di Ampang, maka berlakulah beberapa pertempuran hebat di antara kedua-dua pasukan. Pertempuran demi pertempuran itu telah berlarutan selama sebulan.
Dalam beberapa pertempuran itu, Imam Perang Jabarumun yang gagah perkasa telah berkesempatan untuk bertarung maut satu lawan satu dengan Sayid Mashur yang dikatakan tersangat gagah, pantas lagi sakti. Dalam setiap pertemuan mereka, kedua-dua pahlawan itu telah bertarung sama hebat dan sama mantap, tidak kesudahan, seolah-olah tidak ada pemenang di antara mereka.
TUANKU RAJA ASAL DAN SUTAN NAPOSO BERTINDAK
‘The mission was discovered by a spy of Raja Asal who at once sent for assistance from Kuala Lumpur to drive away the intruders before they could settle themselves down.’ (109) - Middlebrook dan Gullick.
Setelah berperang selama sebulan, Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo merancang untuk menamatkan peperangan ini seberapa segera. Lalu Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo memanggil Yap Ah Loy ke Kuala Lumpur @ Muara Bustak untuk membincangkan hal tersebut.
Pada suatu Subuh yang hening, Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo telah membawa;
a. Jalumat dan 100 anggota pasukan Dana Padri
b. Imam Perang Jabarumun, Imam Perang Malim Panjang, Dato Kelana Jabarungun, Jabaringin, Jabintang, Jabalun, Jamangitung Serigala Tonga, Sutan Bangun Babiat Jolma dan 500 pejuang-pejuang Mandailing
c. Dato Hulubalang Haji Marusin, Haji Muhammad Taib dan Haji Zakaria dan sekumpulan orang-orang Rawa
d. Lanah, Manda Usman, Abdul Wahab Tolu dan sekumpulan orang-orang Kampar dan Tolu
e. Yap Ah Loy, Chung Piang, Hiew Fatt, Tung Khun dan 1000 orang Cina
menyerang tentera Sayid Mashur dan Chong Chong di Ampang.
Maka berlakulah satu pertempuran yang dahsyat dan ngeri yang berlarutan sampai ke senja. Ramai yang terkorban dalam pertempuran ini khususnya dari kalangan tentera Sayid Mashur dan Chong Chong. Akhirnya menjelang Maghrib, Sayid Mashur dan Chong Chong pun membawa saki-baki tenteranya berundur melalui Gombak ke Batu Caves. Dari Batu Caves, mereka berundur lagi ke Ulu Selangor.
Keesokkan harinya Kapitan Yap Ah Loy dan pengikut-pengikutnya pun mengadakan perarakan dan keramaian menyambut kemenangan tersebut. Namun kemenangan tersebut sebenarnya adalah hak mutlak Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo yang memainkan peranan utama dalam merencanakan kemenangan itu.
‘The battle was won by Raja Asal who lost only two men’ (109) - Middlebrook dan Gullick.
Selama setahun keadaan menjadi reda. Keamanan semakin menjelma di Kuala Lumpur. Namun dalam tempoh tersebut, Chong Chong dan Sayid Mashur telah berjaya mengumpulkan kembali kekuatan tentera yang baru. Sayid Mashur telah berjaya mengumpulkan 1000 pahlawan Melayu dan Chong Chong pula mengumpulkan 1000 orang tentera Cina. Mereka berhimpun di Ulu Selangor menantikan masa untuk menyerang Yap Ah Loy dan kongsi gelap Hakka Fei Chew. Yap Ah Loy pula tidak berdiam diri. Dia telah mengarahkan 500 tentera di bawah arahan adiknya Yap Voon Lung berkubu di Rawang.
Pada bulan Mei 1871, tentera Chong Chong dan Sayid Mashur telah bergerak mengikut jalan berasingan dari Ulu Selangor untuk menyerang Kapitan Yap Ah Loy dan kongsi gelap Hakka Fei Chew di Bukit Pudu dekat Muara Bustak. Setibanya di Rawang, tentera pimpinan Sayid Mashur seramai 1000 orang itu telah bertembung dengan 500 ahli kumpulan kongsi gelap Hakka Fei Chew pimpinan Yap Voon Lung. Apabila melihat tentera Sayid Mashur yang begitu ramai itu, Yap Voon Lung segera membawa tenteranya berundur ke Pudu.
Semasa pengunduran ke Pudu itulah, tentera pimpinan Chong Chong tiba dan menyerang Yap Voon Lung dan 500 tentera bawahannya. Maka berlakulah satu pertempuran yang sengit. Dalam pertempuran itu, kumpulan kongsi gelap Yap Voon Lung tewas dan terpaksa berundur ke Bukit Pudu. 40 tenteranya terkorban dan 40 lagi cedera parah.
Sebaik sahaja diberitahu oleh Yap Voon Lung tentang kekalahannya, Kapitan Yap Ah Loy telah mengarahkan panglimanya Hiew Fatt membawa 500 anggota kongsi gelap Hakka Fei Chew menyerang tentera Chong Chong dan Sayid Mashur di Rawang. Lalu tentera pimpinan Hiew Fatt pun bergabung dengan tentera pimpinan Yap Voon Lung.
Di pertengahan jalan, kumpulan kongsi gelap Hakka Fei Chew pimpinan Hiew Fatt dan Yap Voon Lung telah merancang untuk melakukan serangan hendap ke atas tentera musuh. Dalam rancangan itu, tentera Hiew Fatt akan menyerang tentera musuh yang pertama melalui jalan tersebut dan tentera Yap Voon Lung pula akan menyekat tentera musuh yang lain dari datang memberikan bantuan.
Malang tidak berbau. Sayid Mashur telah memimpin tenteranya untuk bergerak lebih awal ke Bukit Pudu sedangkan Chong Chong dan tenteranya masih berada di Rawang. Akibatnya tentera Hiew Fatt telah menyerang hendap tentera Sayid Mashur dan berlakulah satu pertempuran hebat. Tentera Sayid Mashur kalah teruk dan terpaksa berundur ke Rawang.
Setelah diberitahu tentang kekalahan Sayid Mashur, Chong Chong pun bersiap sedia untuk bertolak ke Bukit Pudu. Namun Sayid Mashur telah berpesan kepada Chong Chong agar tidak membawa kumpulan kongsi gelap Hakka Kah Yeng Chew keluar dari Rawang sehingga dia datang membawa tentera tambahan. Lalu Sayid Mashur pun pulang ke Ulu Selangor. Sayid Mashur mahukan Chong Chong menunggu di Rawang sehingga Sayid Mashur dapat membawa tentera tambahan dan menyusun semula tenteranya yang kalah itu.
Apabila Yap Ah Loy mendapat tahu kemenangan tersebut, dia pun mengarahkan Chung Piang dan Yap Voon Lung untuk membawa 1000 anggota kongsi gelap Hakka Fei Chew untuk menyerang dan menawan Rawang. Setibanya Chung Piang, Yap Voon Lung dan 1000 anggota kongsi gelap Hakka Fei Chew di Rawang, mereka pun bertempur dengan tentera Chong Chong yang bertahan di sana.
Belum sempat Sayid Mashur dan Chong Chong menyusun semula barisan mereka, mereka terpaksa bertempur dengan 1000 anggota kongsi gelap Hakka Fei Chew pimpinan Chung Piang dan Yap Voon Lung. Setelah beberapa hari bertempur, tentera Chong Chong telah dikalahkan dan terpaksa berundur ke Serendah. Ramai tentera Chong Chong yang terkorban dalam peperangan ini. Hanya Chong Chong dan 90 orang anggota kumpulan kongsi gelap Hakka Kah Yeng Chew sahaja yang terselamat dan yang lain semuanya terbunuh. Manakala di pihak tentera Chung Piang, 70 anggota telah terbunuh. Lalu tentera Chung Piang dan Yap Voon Lung telah memburu tentera Chong Chong hingga ke Serendah tetapi gagal membunuh Chong Chong. Dalam peperangan kali ini, tentera Chong Chong dan Sayid Mashur benar-benar kalah teruk.
Sejak hari itulah kelibat Chong Chong langsung tidak kelihatan lagi. Ini membuktikan bahawa perjuangan Yap Ah Loy dan musuhnya Chong Chong itu adalah bermotifkan kepentingan perniagaan mereka sendiri dan kepentingan kumpulan kongsi gelap dan tidak lebih dari itu. Perjuangan mereka langsung tidak mengambil kira mana-mana pihak yang bertelagah atau mana-mana pihak yang memerintah.
SAYID MASHUR BERALIH PIHAK
Sebaik sahaja mendapat berita kekalahan Chong Chong itu, Sayid Mashur yang tinggal berseorangan itu pun berjalan kaki seorang diri menuju ke kubu Bukit Melawati yang telah ditawan oleh Raja Mahadi sambil menyumpah-nyumpah akan Sultan Abdul Samad dan kerabatnya serta bersumpah untuk membela kematian adiknya habis-habisan. Setibanya Sayid Mashur di sana, beliau mengistiharkan bahawa akan menyokong dan berjuang habis-habisan untuk Raja Mahadi dan menentang kezaliman kerajaan negeri Selangor.
Agak aneh juga apabila Sayid Mashur yang tumpas kepada Yap Ah Loy tiba-tiba menyumpah seranah Sultan Abdul Samad, Tengku Kudin dan kerabat mereka. Maka jelaslah di sini Sayid Mashur tahu bahawa Yap Ah Loy itu adalah sekutu di sebalik tabir Sultan Abdul Samad dan Tengku Kudin kerana peperangan di Rawang ini hanya membabitkan tentera Cina Yap Ah Loy dengan tentera Sayid Mashur dan langsung tidak membabitkan tentera Tengku Kudin.
Perbuatan Sayid Mashur yang mengistiharkan bahawa beliau akan menyokong dan berjuang habis-habisan untuk Raja Mahadi setelah berjuang bersama Chong Chong setahun yang lalu dan menentang kezaliman kerajaan negeri Selangor membuktikan bahawa perjuangan Sayid Mashur itu hanya bermotifkan dendam terhadap kematian adiknya Sayid Abdullah dan tidak lebih dari itu.
KESAN PERANG BERLARUTAN KE ATAS PERJUANGAN PASUKAN GERILA PADRI
DI TANAH BESAR SUMATERA Pembabitan semula Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing di dalam peperangan demi peperangan dan hal-ehwal politik tempatan di Tanah Melayu khususnya dalam serangan gerila ke atas Pahang serta pergaduhan kongsi gelap di Ampang telah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas Dana Padri yang semakin susut. Peperangan demi peperangan ini banyak menelan kos dan perbelanjaan sehinggakan Dana Padri teruk terjejas. Apabila Dana Padri bertambah kurang, urusan perjuangan pasukan Gerila Padri di Tanah Besar Sumatera turut terganggu. Tanpa dana yang cukup, pembelian makanan, ubat-ubatan, senjata-senjata baru serta ubat bedil tidak dapat dilakukan dengan lancar.
Semasa Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing mula-mula melabur dan berdagang bijih timah di Pahang, Dana Padri menjadi begitu kukuh dengan jumlah wang yang semakin bertambah. Namun Perang Saudara Pahang yang berlangsung dari tahun 1857–1863 sedikit sebanyak telah menyusutkan Dana Padri. Akibatnya, perjuangan Gerila Padri di Tanah Besar Sumatera turut pasang surut mengikut jumlah dana yang ada.
Namun begitu Dana Padri kembali pulih apabila Tuanku Raja Asal telah mengambil keputusan tepat membeli kebanyakan lombong-lombong bijih timah di Kuala Lumpur yang membawa hasil yang lumayan kepada perjuangan Padri. Tuanku Raja Asal turut menjadi salah seorang Mandailing yang paling kaya di Tanah Melayu ketika itu.
Tetapi seperti juga kancah politik tempatan di Tanah Melayu, kekukuhan dana perjuangan Padri ini pasang surut tidak bertahan lama. Perang Kelang yang bermula pada tahun 1866 telah menyebabkan semua urusan perniagaan khususnya bijih timah di Kuala Lumpur yang kebanyakannya menggunakan Sungai Kelang dan pelabuhan Kelang turut terganggu dan terjejas.
Sikap Tuanku Raja Asal yang terlalu terpengaruh dengan pujukan Wan Puteh @ Wan Teh @ Che Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali dalam cubaan demi cubaan untuk merampas kembali takhta pemerintahan Pahang telah menyebabkan banyak wang Dana Padri telah dipersia-siakan begitu sahaja dalam satu perjuangan yang tidak ada kaitannya dengan perjuangan Padri yang mahu membebaskan Mandailing dari Belanda.
Kegagalan Tuanku Raja Asal mengutip hutang dalam bentuk bekalan bijih timah daripada Chong Chong di Kanching pada bulan Feb 1870 juga telah menyebabkan Dana Padri semakin teruk terjejas. Jumlah hutang yang bukan sedikit itu telah merugikan Tuanku Raja Asal. Ini ialah kerana jumlah wang yang dilaburkan di lombong-lombong Kanching itu adalah satu pelaburan yang agak besar dan ini telah menjejaskan Dana Padri sehingga mengganggu perjuangan Gerila Padri di Tanah Besar Sumatera.
Pengistiharan penghapusan bangsa Mandailing yang diumumkan oleh Sultan Abdul Samad pada 25 Ogos 1970 telah mengakibatkan pemulauan terhadap kegiatan perdagangan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Ini menyukarkan semua aktiviti perdagangan orang-orang Mandailing dengan dunia luar. Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing kini menghadapi masalah untuk menjual bijih timah mereka kerana sebahagian besar pembesar-pembesar Selangor di Kelang dan wakil-wakil Inggeris di Melaka dan Pulau Pinang telah mendapat tahu tentang pengistiharan penghapusan etnik Mandailing itu.
Ternyata Tuanku Raja Asal merasa terpukul dengan pengistiharan penghapusan etnik dan pemulauan terhadap kegiatan perdagangan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Serentak dengan keadaan kewangan Dana Padri yang begitu tenat itu, Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing merasa terancam terhadap kemungkinan menghadapi serangan besar-besaran dari dari Tengku Kudin, Inggeris dan Selangor.
PERANG PADANG LAWAS MENGANCAM DANA PADRI
Pada awal 1872, pasukan Laut Padri dan pasukan Gerila Padri pimpinan Tuanku Raja Laut dan Jamarnindi Mata Merah bersama dengan askar Harajaon Nasution Pane melancarkan serangan ke atas Harajaon Nasution Kota Pinang. Maka bermulalah apa yang dikatakan sebagai Perang Padang Lawas yang berlarutan menjadi Perang Padang Lawas 1871–1879.
Lantaran itu sumber kewangan yang lebih besar diperlukan bagi membekalkan senjata-senjata baru, ubat bedil, makanan serta ubat-ubatan kepada pasukan Padri tersebut. Namun begitu apabila pasukan Dana Padri dan orang-orang Mandailing di Tanah Melayu pimpinan Tuanku Raja Asal yang ditugaskan untuk mencari dana terbabit dalam peperangan demi peperangan serta perselisihan di dalam kancah politik di Tanah Melayu, dana Padri menjadi semakin susut dan terjejas.
Itulah sebabnya Tuanku Raja Asal terpaksa pulang ke Kuala Lumpur secara tergesa-gesa untuk mengutip hutang pelaburan perdagangan Dana Padri di Kanching walhal orang-orang Mandailing pada masa itu telah berjaya menakluki Pahang Barat. Semasa Tuanku Raja Asal berada di Kuala Lipis inilah, beliau dikatakan menerima utusan Tuanku Raja Laut yang bernama Jalumat yang mengarahkan Tuanku Raja Asal segera menghantar bekalan makanan, ubat bedil dan ubat-ubatan yang secukupnya bagi menghadapi Perang Padang Lawas yang meletus di Tanah Besar Sumatera.
EPISOD 18
INGGERIS MENYERANG KUALA SELANGOR Pada pertengahan Jun 1871 di Kuala Selangor, sekumpulan 15 lanun Cina telah merompak dan menenggelamkan sebuah tongkang pedagang Cina kepunyaan Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang. Kesemua 25 orang penumpang dan 9 anak kapal disembelih hidup-hidup. Barang dagangan sejumlah lebih kurang $7000.00 turut dirampas. Malangnya kesemua pedagang ini adalah rakan perniagaan orang-orang British. Lantaran itu, Kim Seng Cheong melapurkan perkara itu kepada Lieutenant Governor Arthur Birch di Pulau Pinang.
Arthur Birch kemudiannya mengutus surat kepada pegawai tadbir British iaitu Colonel A.E.H. Anson. Pada masa itu Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura Governor Sir Harry Ord sedang bercuti. Tidak lama kemudian Governor Sir Harry Ord pun mengutus surat ke London.
Kerajaan British mengambil keputusan untuk menghantar satu pasukan London Scotland Yard ke Selangor bagi membantu Colonel A.E.H. Anson menyiasat kes rompakan tersebut. Mereka diketuai oleh Captain Bred Barry menaiki kapal yang terkenal di Britain iaitu Pluto Prince yang juga kapal kerajaan Negeri-negeri Selat. Sebelum ke Kuala Selangor, Kapal Pluto Prince telah singgah di Melaka untuk membawa Inspector George Cox dan sepasukan polis sepoi Punjabi di sana. Kapal itu kemudiannya singgah di Klang dan Langat untuk bertemu dengan Sultan Abdul Samad dan membawa Raja Musa, Kapal Pluto Prince pun bergerak ke Kuala Selangor.
Pada 28 Jun 1871 di Kuala Selangor, Captain Bredbarry dan pasukannya, Raja Musa bin Sultan Abdul Samad dan Inspector George Cox yang mengetuai sepasukan polis sepoi Punjabi telah menangkap 6 orang lanun Cina di sebuah tongkang yang baru dirompak. Lalu Captain Bredbarry, Inspector George Cox dan beberapa anggota pasukannya, Raja Musa dan pengikut-pengikutnya telah naik ke atas darat untuk mencari barang-barang yang dirompak. Dengan bantuan Raja Musa, 3 lagi lanun Cina juga ditangkap selepas itu dan banyak harta rampasan termasuklah barang-barang yang dipercayai dirompak dari beberapa buah kedai Cina di Kuala Selangor berjaya dirampas kembali.
Semasa pasukan polis yang diketuai oleh Inspector George Cox sedang mengejar seorang lanun Cina yang disyaki menjadi ketua segala lanun Cina di Kuala Selangor, Sayid Mashur @ Che Soho, Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Mat Saman @ Raja Berkat dan orang-orang mereka muncul dan mengepung pasukan polis. Ketua lanun Cina itu pun meloloskan diri di celah-celah Sayid Mashur, Raja Mahmud dan orang-orang mereka tetapi pasukan polis terus mengejar dan mahu melanggar Sayid Mashur, Raja Mahmud dan orang-orang mereka. Akibatnya Sayid Mashur dan Raja Mahmud mengeluarkan senjata dan mengamuk. Pasukan polis kemudiannya lari lintang-pukang ke kapal wap mereka sambil dikejar oleh Sayid Mashur, Raja Mahmud dan orang-orang mereka.
29 Jun 1871. Raja Musa bertemu dengan Inspector George Cox dan Captain Bredbarry bagi meminta bantuan Inggeris bagi menghapuskan Raja Mahadi, Raja Berkat, Sayid Mashur dan Raja Mahmud yang pada masa itu berada di kubu Bukit Melawati itu. Secara kebetulan pada petang itu, Kapal Pluto Princesedang menunda kapal kepunyaan Kim Seng Cheong yang baru ditemui itu ke Pulau Pinang. Kedua-dua kapal itu telah dibedil dengan meriam dari kubu Bukit Melawati. Namun Kapal Pluto Prince itu berjaya menunda keluar tongkang dagang kepunyaan Kim Seng Cheong dari Sungai Selangor dengan selamatnya.
Setelah menyaksikan peristiwa itu dengan mata mereka sendiri, maka Inspector George Cox dan Captain Bredbarry telah menghantar laporan ke Lieutenant Governor Arthur Birch di Pulau Pinang. Arthur Birch kemudiannya mengutus surat ke Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura iaitu Governor Sir Harry Ord.
Atas arahan Raja Mahadi, Sayid Mashur dan orang-orangnya telah menyerang Raja Musa, Inspector George Cox, Captain Bredbarry dan tentera Inggeris dan mengusir mereka keluar dari Kuala Selangor pada 1 Jul 1871.
Pada Subuh 3 Jul 1871, Lieutenant Governor Anson dari Singapura mengarahkan agar tentera British menyerang Bukit Melawati. Serangan itu digelapai oleh kapal perang laut H.M.S. Rinaldo di bawah pimpinan Captain Robinson dan kapal Pluto Prince di bawah pimpinan Lieutenant Monde dan Lieutenant Stapford. Tujuan mereka ialah untuk menangkap ketua lanun dan beberapa lanun Cina yang disyaki terbabit dalam rompakan itu.
Apabila kedua-dua kapal ini sampai ke Kuala Selangor, mereka pun mencari Raja Musa yang pada sangkaan mereka masih ada di Kuala Selangor. Memandangkan mereka gagal mendapatkan Raja Musa, mereka pun pergi berjumpa dengan Sayid Mashur dan meminta pertolongannya untuk menangkap ketua lanun Cina tersebut. Sedangkan beberapa hari sebelum itu Raja Musa telah lari dari Kuala Selangor kerana takut diancam oleh orang-orang Sayid Mashur dan Raja Mahmud.
Sayid Mashur dengan tiba-tiba menjadi marah dan menengking kedua-dua Lieutenant Monde dan Lieutenant Stapford itu dan mengatakan itu bukan urusan dirinya. Maka Lieutenant Stapford dan sepasukan tentera Inggeris pun menyerbu masuk ke kubu Bukit Melawati untuk berjumpa dengan Raja Mahmud manakala Lieutenant Monde dan pasukannya bersiap sedia di tepi pantai. Selepas berjumpa dan berbincang dengan Raja Mahmud, Lieutenant Stapford pun memujuk Raja Mahmud untuk berbincang di tepi pantai yang lebih indah pemandangannya dan lebih sunyi dan nyaman suasananya. Raja Mahmud yang tidak mengetahui bahawa Lieutenant Monde dan pasukannya telah menanti di tepi pantai pun bersetuju.
Apabila tiba di tepi pantai, Lieutenant Stapford mengarahkan Raja Mahmud untuk naik ke atas Kapal Pluto Prince. Raja Mahmud enggan. Maka Lieutenant Monde dan orang-orangnya pun muncul dan memaksa Raja Mahmud untuk naik ke atas kapal. Mujurlah dari jauh Sayid Mashur telah lama memerhatikan gerak-geri tentera Inggeris ini dan melepaskan tembakan jarak dekat dari semak-samun berhampiran. Seorang tentera British terbunuh. Lieutenant Monde dan 5 yang lain cedera parah. Tentera laut British berundur ke kapal mereka dan melarikan diri ke Pulau Pinang.
INGGERIS MENYERANG BUKIT MELAWATI Pada pukul 4.45 Subuh 4 Jul 1871, kapal perang laut H.M.S. Rinaldo di bawah pimpinan Captain Robinson menyerang dan membedil kubu Bukit Melawati. Tetapi Sayid Mashur dan orang-orangnya menyerangbalas dan menembak ke arah Kapal H.M.S. Rinaldo. Akibatnya, 3 tentera British cedera parah dan Kapal H.M.S. Rinaldo berundur ke tengah laut. Keesokkan harinya kapal perang Pluto Prince di bawah pimpinan Lieutenant Colonel V. Shortland tiba di muara Sungai Selangor pada 5 Jul 1871 dan bersiap sedia untuk menyerang kubu Bukit Melawati.
Pada 6 Jul 1871, kapal perang laut H.M.S. Rinaldo di bawah pimpinan Captain Robinson dan kapal perang Pluto Prince di bawah pimpinan Lieutenant Monde dan Lieutenant Stapford menyerang kubu Bukit Melawati. Tetapi kubu itu telah dikosongkan. Dengan itu tentera British yang masuk ke dalam kubu itu merampas dan memusnahkan semua meriam yang ada. Meriam-meriam yang ada juga disumbat dengan kayu dan kubu yang ada juga dimusnahkan. Mereka juga membakar 5 buah perahu yang penuh dengan senjata di tepi sungai. Sebuah meriam tembaga yang besar yang dinamakan Seri Rambai di dalam Kota Melawati itu telah diambil oleh orang-orang Inggeris dan dibawa ke Pulau Pinang. Meriam itu adalah hadiah daripada Sultan Acheh kepada almarhum Sultan Ibrahim Shah.
Kemudian pada 18 Jul 1871 angkatan British yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Selat iaitu J.W.W. Birch dan C.J. Irving bergerak dengan menaiki Kapal Pluto Prince sambil diiringi oleh kapal perang H.M.S. Teazer menuju ke pekan Kuala Selangor untuk menyerang Sayid Mashur, Raja Mahmud dan orang-orang mereka. Tetapi pekan Kuala Selangor juga telah dikosongkan.
Tidak lama kemudian agen Inggeris Tengku Kudin, Panglima Perang Sayid Zain bin Sayid Mohammad Puteh Al-Habshi, Panglima Hitam Kedah, Penghulu Hamzah, Sheikh Abdul Mohit Baktal dan Ali Mamat serta orang-orangnya yang menaiki Kapal Pelangi tiba. Di sana, mereka membincangkan bagaimana hendak menguasai dan mempertahankan tempat-tempat yang telah ditakluki itu. Tidak lama kemudian tentera British dengan marahnya membakar hangus semua kedai-kedai dan rumah-rumah di Kuala Selangor. Pada masa itu Raja Mahadi dan Tengku Panglima Raja @ Raja Berkat telah lari ke Tanjung Karang, ke Sungai Buloh, lalu bersembunyi di Bernam.
Sayid Mashur, Raja Mahmud bin Raja Mat Saman, Raja Endut serta pengikut-pengikut mereka pula telah melarikan diri ke Kuala Kubu Lama di Ulu Selangor dan bersembunyi di sana. Tentera-tentera Raja Mahadi di Kuala Selangor turut dipindahkan ke Kuala Kubu Lama, Kerling dan Rawang. Di sana mereka dipimpin oleh Sayid Mashur, Raja Mahmud dan Raja Endut. Manakala bantuan makanan disediakan oleh Raja Hitam dari Ulu Bernam dan Raja Ali dari Jeram.
SULTAN ABDUL SAMAD TUNDUK KEPADA INGGERIS
Pada 20 Jul 1871, agen Inggeris Tengku Kudin telah membawa J.W.W. Birch dan C.J. Irving untuk berjumpa dengan Raja Ismail bin Raja Abdullah yang menjaga Klang pada masa itu. Esoknya pada 21 Jul 1871, mereka pun pergi ke bandar Termasa. Raja Yaakub putera Sultan Abdul Samad juga berada di jeti bandar Termasa itu. Di sana kapal perang H.M.S. Teazer berlabuh supaya meriam-meriamnya diisi peluru lalu meriam-meriam itu dihalakan ke istana Sultan Abdul Samad.
J.W.W. Birch dan Tengku Kudin pun masuk mengadap Sultan Abdul Samad. Raja Yaakub juga berada di dalam istana Jugra itu menerima pengadapan. J.W.W. Birch pun membacakan surat dari Governor Sir Harry Ord yang ditujukan kepada Sultan Abdul Samad. Birch telah meminta Sultan Abdul Samad mengesahkan surat titah kuasa yang baginda beri semasa melantik Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor atau wakil mutlak sultan yang berhak dalam mentadbir semua hal-ehwal pemerintahan Selangor dan mencapmohorkan surat pelantikan dengan cap mohor Sultan Selangor. Ini ialah kerana Birch mendakwa surat yang dikeluarkan oleh Sultan Abdul Samad sebelumnya adalah palsu.
‘Viceroy means “wakil mutlak” or agent with plenipotentiary powers.’ (232) – Irving.
J.W.W. Birch mendesak supaya Sultan Abdul Samad memberikan jawapannya pada ketika itu juga. Sebelum baginda menjawabnya, Birch dengan sombongnya menyatakan bahawa dia mahu jawapan itu pada hari esok sebelum pukul 5 petang. Lalu rombongan Birch dan Tengku Kudin pun pulang ke kapal masing-masing.
Pada 22 Jul 1871, J.W.W. Birch sekali lagi memaksa dan mengugut Sultan Abdul Samad untuk mengesahkan surat titah kuasa yang baginda beri semasa melantik Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor dan mencapmohorkan surat pelantikan dengan cap mohor Sultan Selangor. Pada masa yang sama Birch mahukan Sultan Abdul Samad bertanggungjawab untuk menyerahkan perompak-perompak yang telah merompak kapal kepunyaan Kim Seng Cheong itu diserahkan segera.
Pada pukul 3.00 petang, Sultan Abdul Samad pun memberikan jawapannya. Yang pertama, baginda bersetuju untuk menangkap perompak-perompak yang dimaksudkan. Yang keduanya, baginda mencadangkan perwakilan sultan itu diserahkan kepada satu badan yang terdiri daripada Tengku Kudin sendiri, Raja Bot bin Raja Jumaat, Raja Yahya bin Raja Jumaat. Apabila J.W.W. Birch menanyakan hal ini kepada Tengku Kudin, Tengku Kudin menyatakan bahawa jawapan tersebut adalah tidak munasabah. Lalu Birch mendesak supaya Sultan Abdul Samad menerima Tengku Kudin sebagai wakil sultan. Baginda pun bersetuju dan menerima pelantikan semula Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor atau wakil sultan dan mencapmohorkan surat pelantikan dengan cap mohor Sultan Selangor.
Keesokan harinya pada 23 Jul 1871, pegawai-pegawai Inggeris itu pun pulang ke Singapura dengan Kapal Pluto Prince tetapi kapal perang H.M.S. Teazer ditinggalkan untuk mengawal negeri Selangor. Ini sebenarnya bertujuan untuk mempertahankan agen Inggeris Tengku Kudin dalam usaha memasukkan pengaruh British ke dalam politik Tanah Melayu.
SULTAN ABDUL SAMAD MULA SEDAR RANCANGAN KEJI TENGKU KUDIN
Selepas peristiwa J.W.W. Birch memaksa dan mengugut Sultan Abdul Samad melantik semula agen Inggeris Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor atau wakil sultan pada 22 Jul 1871, Sultan Abdul Samad telah menghantar surat kepada Tok Engku Klang yang mengarahkan TokEngku Klangpergi membantu pihak Raja Mahadi.
EPISOD 19
YAP AH LOY MEMBAWA MASUK TENTERA INGGERIS KE KUALA LUMPUR & TUANKU RAJA ASAL MENDAPAT TAHU PENGISTIHARAN PENGHAPUSAN MANDAILING ‘Mereka masuk begitu sahaja umpama lebah pulang ke sarang.’
Haji Abdullah Hukum
Pada bulan Jun 1870 yang lalu, Kapitan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy telah meminta bantuan ketenteraan dari Tengku Kudin di luar pengetahuan Sutan Naposo @ Sutan Puasa atau Tuanku Raja Asal tanpa menghormati atau mengendahkan kedudukan Sutan Naposo pada masa itu sebagai Waris Negeri di Kuala Lumpur @ Muara Bustak dan merupakan bekas majikannya atau Tuanku Raja Asal sebagai ketua orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Tengku Kudin pada dasarnya bersetuju untuk membantu Yap Ah Loy tetapi meminta sedikit tempoh masa.
Ini menunjukkan Yap Ah Loy cuba merapatkan diri dengan pihak Inggeris dan Tengku Kudin bagi memperkukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu kerana Yap Ah Loy telah lama mendapat tahu akan pengistiharan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Tengku Kudin bersetuju untuk membantu Yap Ah Loy tetapi meminta sedikit tempoh masa.
Pada masa yang sama Tengku Kudin telah meminta Yap Ah Loy untuk mempersiapkan kelengkapan perang untuk berperang dengan musuh-musuhnya itu. Lantaran itu pada masa itu Yap Ah Loy menghantar adiknya Yap Tet Fong ke Singapura untuk membeli senjata dan ubat-ubat bedilan. Yap Ah Loy juga telah membesarkan kekuatan angkatan tenteranya kepada 1000 orang anggota.
Setelah lebih setahun Yap Ah Loy menunggu, akhirnya pada bulan Ogos 1871, bantuan ketenteraan dari British berupa 180 tentera Punjabi yang diketuai oleh Captain Van Hagen dari Belanda, Captain Cavalieri dari Itali, Captain Pennefather dari Britain serta 15 orang Eropah yang menjadi pegawai rendah pasukan itu telah tiba di Kelang.
Setelah berehat beberapa hari di Kelang, lebih kurang 100 tentera British British pimpinan Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri itu bergerak ke Pudu dan berkhemah di dalam kubu Yap Ah Loy di Bukit Pudu tanpa memperdulikan pandangan atau kedudukan Sutan Naposo sebagai Waris Negeri di Kuala Lumpur dan Tuanku Raja Asal sebagai ketua orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Kehadiran tentera British pimpinan Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri itu turut disertai oleh seorang pembesar Selangor yang juga merupakan seorang pahlawan terkenal berketurunan Minangkabau iaitu Raja Layang. Raja Layang juga bertindak sebagai pembawa jalan untuk tentera Inggeris itu.
KEDATANGAN PERTAMA ORANG-ORANG PUNJAB KE KUALA LUMPUR Kedatangan tentera Punjabi di bawah arahan Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri merupakan kedatangan pertama orang-orang Punjabi di Kuala Lumpur.
Orang-orang Punjabi berbeza dengan orang-orang Hindu. Dari segi keagamaan, orang-orang Punjab menganut agama Sikh yang diasaskan oleh Sri Guru Nanak Dev Ji 500 tahun yang lalu. Penglibatan orang-orang Punjab dalam sebagai tentera British bermula apabila setengah daripada negeri Punjab telah ditawan oleh British pada 1849 setelah tercetusnya Perang Sikh 1845 dan Perang Sikh 1849. Semuanya berakhir dengan kemenangan British yang menakluk separuh dari Punjab.
Walaupun peperangan itu diakhiri dengan Perjanjian Damai Lahore pada Mac 1846 dan Mac 1849, keadaan di mana separuh negeri Punjab yang dijajah oleh British membolehkan British membesarkan nagkatan tenteranya dari 2500 anggota kepada 32,000 anggota dengan mengambil rekrut-rekrut baru di kalangan orang-orang Punjab sendiri. Mereka kemudiannya diberi latihan yang secukupnya untuk menjadi tentera yang mahir.
‘In Malaya during the period of the British Residential system the word police was almost synonymous with the Sikhs. Looking back, it seems the Sikhs had almost the sole monolpoly on the police services on the Straits Settlements and the Federation on Malaya.’ (25) - Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu.
Kebanyakan orang-orang Punjab yang datang bertugas sebagai tentera British di Tanah Melayu berasal dari 5 buah wilayah besar di Punjab iaitu Malwa, Mahja, Main Doabia, Doabia dan Potholar Sikh. Setiap wilayah ini pula mengandugi beberapa buah daerah di bawahnya seperti;
a. Malwa – Ferozpur, Faridkot, Ludhiana, Bhatinda, Patiala, Sangrur, Nalho dan Malerkotla.
b. Mahja – Lahore, Amritsar, Gurdaspur
c. Main Doabia – Ambola
d. Doabia – Jullundur, Hoshiapur, Kapurthala
e. Potholar Sikh – Rawalpindi, Sheikhpura, Gujranwala
(31-42) - Sarjit Singh a/l Darshan Singh Gill.
Berbalik di Kelang, Pada masa yang sama lebih kurang 80 tentera Punjabi British pimpinan Captain Pennefather bertolak ke Kuala Selangor bersama dengan 50 orang pengikut Tengku Kudin yang diketuai oleh tentera upahan dari Minangkabau Sheikh Muhammad Taib, Sheikh Muhammad Ali dan seorang pendekar yang bernama Tengku Chik yang berasal dari Siak.
TENGKU KUDIN BERSEDIA MENGANCAM MANDAILING Kedatangan 80 tentera Punjabi yang diketuai oleh Captain Van Hagen dari Belanda dan Captain Cavalieri dari Itali serta 15 orang Eropah pegawai rendah ke kubu Yap Ah Loy di Bukit Pudu sudah pastinya akan mengancam Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing. Ini ialah kerana tentera seramai lebih kurang 95 orang itu adalah sebahagian daripada persediaan Tengku Kudin untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Sultan Abdul Samad dan Inggeris untuk menghapuskan orang-orang Mandailing.
Apabila Tengku Kudin berjaya mengumpulkan 80 tentera Punjabi yang diketuai oleh Captain Van Hagen dari Belanda dan Captain Cavalieri dari Itali serta 15 pegawai rendah Eropah, ini bermakna Tengku Kudin sudah menyiapkan satu bala tentera yang kuat untuk melaksanakan tugas memerangi orang-orang Mandailing. Namun yang paling malang sekali Tuanku Raja Asal bukan sahaja tidak tahu menahu tentang pengistiharan penghapusan etnik Mandailing perang pada 25 Ogos 1870 yang lalu, malahan beliau juga tidak menyedari kedatangan tentera British di Kelang itu.
Ketibaan Captain Van Hagen, Captain Cavalieri, Raja Layang dan 100 tentera British di kubu Yap Ah Loy di Kuala Lumpur benar-benar mengejutkan Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo serta orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Perkara ini turut disebut oleh Haji Abdullah Hukum sebagai;
‘Mereka masuk begitu sahaja umpama lebah pulang ke sarang.’ (II:2) – Adnan Haji Nawang.
Namun Yap Ah Loy telah berjumpa dengan Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo untuk menjelaskan bahawa kedatangan Captain Van Hagen, Captain Cavalieri, Raja Layang dan 100 tentera British di kubu Yap Ah Loy di Kuala Lumpur itu hanyalah untuk sementara sahaja dan bertujuan untuk menyerang kedudukan Sayid Mashur @ Che Soho di Ulu Selangor. (90) – Buyong Adil 1971.
Yap Ah Loy mendakwa Sayid Mashur ketika itu sedang bersiap-sedia mengumpulkan kelengkapan perang di Ulu Selangor untuk menyerang Kuala Lumpur. Namun tindakan Yap Ah Loy itu tetap menyinggung perasaan Sutan Naposo sebagai Waris Negeri di Kuala Lumpur dan perasaan Tuanku Raja Asal sebagai ketua pasukan perang Mandailing di Kuala Lumpur serta perasaan orang-orang Mandailing sendiri.
Orang-orang Mandailing telah lama membuka dan menghuni Kuala Lumpur sejak tahun 1818 lagi sedangkan Yap Ah Loy dan orang-orang Cina itu hanya datang ke Kuala Lumpur pada sekitar tahun 1857-1862. Perbuatan Yap Ah Loy dan orang-orang Cina itu dianggap sebagai biadab dan kurang ajar. Memang sepatutnya Yap Ah Loy meminta izin, pandangan dan berbincang dengan Tuanku Raja Asal, Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing terlebih dahulu sebelum bertindak sesuka hati dengan membawa 100 tentera British untuk ditempatkan di Kuala Lumpur.
Ternyata Yap Ah Loy dan orang-orang Cina pada masa itu sudah mula lupa bahawa Sutan Naposo dan orang-orang Mandailinglah yang membenarkan mereka berpindah dari Lukut untuk tinggal dan berniaga di Kuala Lumpur dengan aman damai. Ini menunjukkan bahawa Yap Ah Loy dan orang-orang Cina pada masa itu sudah mula tamak membuak-buak sehingga bersedia untuk bersaing kuasa dengan Sutan Naposo, Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing sebagai penduduk asal yang membuka, mengasas dan membangunkan Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama, agen Inggeris Tengku Kudin dengan persetujuan Inggeris menghantar orang-orangnya dari Kelang ke Kuala Selangor untuk menduduki kota Bukit Melawati. 50 orang-orang Tengku Kudin diketuai oleh Sheikh Muhammad Taib dan adiknya Sheikh Muhammad Ali yang berketurunan Minangkabau, Tengku Chik serta 100 orang mata-mata Punjabi pula diketuai oleh seorang Inggeris yang telah memeluk agama Islam yang bernama Captain Pennefather. Sheikh Muhammad Taib dan adiknya Sheikh Muhammad Ali adalah pahlawan-pahlawan Minangkabau dan tentera upahan yang telah membabitkan diri di dalam Perang Larut Perak dan Perang Saudara Pahang.
Di sana British telah melantik Captain Pennefather dan Sheikh Muhammad Taib untuk memerintah dan membangunkan semula pekan Kuala Selangor dan kubu Bukit Melawati. Maka dengan sendiri Kuala Selangor jatuh ke tangan Tengku Kudin.
RAJA MUSA BERTELAGAH DENGAN TENGKU KUDIN DI KUALA SELANGOR
Pada masa yang sama di Kuala Selangor agen Inggeris Tengku Kudin telah memberi kuasa kepada Raja Musa untuk memungut cukai di Sungai Selangor dengan syarat Raja Musa terpaksa menanggung kos pemerintahan Tengku Kudin di sana. Tetapi Raja Musa mendakwa bapanya Sultan Abdul Samad telah pun menyerahkan hak milik tanah di kawasan Kuala Selangor itu kepadanya. Malahan Raja Musa telah meminta Tengku Kudin untuk membayar segala ganti rugi kerosakan di daerah itu akibat dari peperangan.
Pada akhir bulan itu juga, Raja Musa kembali ke Kuala Selangor dan mendirikan sebuah kota di Kampung Permatang sebagai kubu dengan alasan sebagai persediaan perang dengan pihak Raja Mahadi. Lantas itu, Tengku Kudin telah mengirim sepucuk surat kepada Governor Sir Harry Ord yang menyatakan bahawa Tengku Kudin mahu Raja Musa itu digantikan dengan adiknya Raja Yaakub dengan alasan Raja Musa itu kurang jujur. Tengku Kudin juga meminta Governor Sir Harry Ord untuk menghantar seorang pegawai lain untuk berbincang mengenai perkara sensitif ini dengan Sultan Selangor dan pembesar-pembesar baginda.
YAP AH LOY DAN INGGERIS MENYERANG SAYID MASHUR DI KUALA KUBU LAMA
Setelah Sayid Mashur @ Che Soho dan Chong Chong kalah teruk di tangan tentera Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy pada Mei 1871 yang lepas dan tentera Raja Mahadi tumpas di tangan tentera Inggeris di Kuala Selangor pada Jul 1871, Sayid Mashur yang melarikan diri ke Ulu Selangor cuba mengumpulkan kembali kekuatan tentera yang baru. Tambahan pula beliau kini tidak lagi bersama dengan Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya yang menyembunyikan diri di Bernam. Sayid Mashur telah berjaya mengumpulkan 1000 pahlawan Melayu dan membina sebuah kubu perang di Kuala Kubu Lama. Pada masa itu angkatan tentera Yap Ah Loy seramai 500 orang pimpinan Chung Piang masih berada di Rawang selepas menewaskan tentera Sayid Mashur dan Chong Chong.
Seperti yang diketahui, Yap Ah Loy telah berjumpa dengan Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo untuk menjelaskan bahawa kedatangan Captain Van Hagen, Captain Cavalieri, Raja Layang dan 100 tentera British di kubu Yap Ah Loy di Kuala Lumpur itu hanyalah untuk sementara sahaja dan bertujuan untuk menyerang kedudukan Sayid Mashur @ Che Soho di Ulu Selangor.
Tetapi apabila Yap Ah Loy mengkhabarkan berita tentang tindakan Sayid Mashur yang mengumpulkan angkatan tentera yang baru di Ulu Selangor untuk menyerang Kuala Lumpur pada akhir bulan Ogos 1871, Tengku Kudin segera menghantar seangkatan tentera ke Ulu Selangor untuk membantu tentera Yap Ah Loy, bukannya dari pasukan Captain Van Hagen, Captain Cavalieri, Raja Layang dan 100 tentera British di Kuala Lumpur, sebaliknya pasukan lain sekuat yang dipimpin oleh 1000 orang tentera Bugis dan orang-orang Melayu Batu Bara yang dipimpin oleh Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Imam Perang Haji Husin, Nonggok, Shamsuddin dan Mustafa untuk bergerak dan bergabung dengan Wan Aman bin Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir, adiknya Wan Enda bin Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir, Sutan Bengkulu dan Engku Sutan di kubu Ulu Yam Lama yang terletak hanya 8 batu dari Kuala Kubu Lama.
Tindakan Tengku Kudin dan British tidak menghantar pasukan Captain Van Hagen, Captain Cavalieri, Raja Layang dan 100 tentera British di Kuala Lumpur jelas membuktikan bahawa pasukan tersebut ditempatkan di kubu Yap Ah Loy dengan tujuan untuk menghapuskan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur.
Ini membuktikan Yap Ah Loy telah berlaku khianat terhadap orang-orang Mandailing yang membenarkan Yap Ah Loy datang menumpang di Kuala Lumpur.
Yap Ah Loy kemudiannya menghantar 500 orang pimpinan Chung Piang dari Rawang untuk bergabung dengan tentera Tengku Kudin di kubu Ulu Yam Lama. Dari sana, tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy telah menyerang kubu Kuala Kubu Lama. Berlakulah pertempuran hebat yang berterusan selama beberapa hari. Walaupun beberapa kali mencuba, kubu Sayid Mashur masih terlalu kuat untuk ditembusi. Lantaran itu tentera Tengku Kudin pimpinan Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Wan Aman dan Chung Piang terpaksa pulang ke kubu mereka di kubu Ulu Yam Lama. Mereka tahu bahawa kubu Sayid Mashur di Kuala Kubu Lama itu sangat sukar untuk ditembusi.
Chung Piang dan rakan-rakannya cuba memancing Sayid Mashur dan orang-orangnya agar keluar dari kubu mereka dan bertempur secara terbuka. Tetapi Sayid Mashur yang lebih bijak itu tetap bertahan di dalam kubu. Setelah berkubu di Ulu Yam Lama selama 3 bulan, maka pada Nov 1871 seluruh angkatan tentera Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Wan Aman dan Chung Piang menghadapi masalah kekurangan makanan. Lalu Imam Perang Bugis Muhammad Akil menghantar utusan kepada Tengku Kudin di Kelang bagi meminta bekalan makanan dan bantuan ketenteraan. Pada masa yang sama Chung Piang turut menghantar utusan kepada Yap Ah Loy untuk meminta bantuan makanan dan ketenteraan.
Keadaan kekurangan makanan yang dialami oleh angkatan tentera pimpinan Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Wan Aman dan Chung Piang ini telah diketahui oleh Sayid Mashur dan perisik-perisiknya. Sayid Mashur dan panglima-panglimanya merancang untuk melakukan sesuatu ke atas pihak musuh. Sayid Mashur dan panglima-panglimanya telah bertemu secara rahsia dengan panglima Wan Aman yang bernama Sutan Bengkulu. Dalam pertemuan itu, Sutan Bengkulu bersetuju untuk bekerjasama dengan Sayid Mashur dan sekaligus membelot kepada Wan Aman.
BANTUAN MAKANAN OLEH TENGKU KUDIN Tidak lama selepas itu Tengku Kudin mengarahkan Raja Kahar yang juga putera Sultan Abdul Samad untuk menghantar bantuan makanan dan lain-lain kelengkapan perang kepada tentera pimpinan Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Wan Aman dan Chung Piang di kubu Ulu Yam Lama. Di di pertengahan jalan seperti yang didedahkan oleh Sutan Bengkulu kepada Sayid Mashur, Sayid Mashur dan pengikut-pengikutnya sedang menunggu kedatangan Raja Kahar dan tentera bantuan yang turut membawa bekalan makanan, senjata api dan ubat bedil serta gerak-geri Wan Aman yang sepatutnya menerima bekalan tersebut.
Pada masa yang sama Sutan Bengkulu akan memastikan Wan Aman tidak akan bergerak ke mana-mana dan akan tetap menunggu di tempat yang dijanjikan. Apabila Raja Kahar dan tentera bantuan melalui tempat yang telah dinantikan oleh Sayid Mashur dan pengikut-pengikutnya, Sayid Mashur dan pengikut-pengikutnya telah keluar secara tiba-tiba menahan Raja Kahar dan merampas segala bekalan makanan dan kelengkapan perang yang lain. Mereka juga berjaya merampas sepucuk surat yang diberikan oleh Tengku Kudin untuk disampaikan kepada Wan Aman.
Lalu Raja Kahar dipaksa untuk membawa Sayid Mashur dan pengikut-pengikutnya untuk pergi ke tempat pertemuan yang dijanjikan. Wan Aman yang sedang menunggu di tempat yang dijanjikan itu telah terperangkap dengan muslihat Sayid Mashur. Lantas Wan Aman ditangkap oleh Sayid Mashur dan orang-orangnya. Wan Aman kemudiannya dikurung, disiksa dan hanya diberi makan bubur nasi oleh Sayid Mashur dan pengikut-pengikutnya selama beberapa minggu sebelum perkara itu diketahui oleh Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad yang begitu marah akan perbuatan Sayid Mashur ke atas anak saudaranya itu. Sejak itulah Sutan Bengkulu menyertai angkatan Sayid Mashur.
TUANKU RAJA ASAL MENDAPAT TAHU PENGISTIHARAN PENGHAPUSAN MANDAILING Pada masa yang sama Yap Ah Loy telah datang berjumpa dengan Tuanku Raja Asal di Kuala Lumpur dan meminta bantuan orang-orang Mandailing untuk menghantar bekalan makanan kepada tentera Cina pimpinan Chung Piang yang telah kehabisan bekalan makanan. Ini ialah kerana perjalanan ke kubu Ulu Yam Lama itu sangatlah bahaya dan sering sering diserang hendap oleh Sayid Mashur dan orang-orangnya.
Ini sekaligus menunjukkan sikap Yap Ah Loy dan orang-orang Cina pada masa itu yang sanggup menyusahkan dan memperalatkan orang-orang Mandailing semata-mata demi kepentingan diri.
Apabila Sayid Mashur mendapat tahu bahawa Yap Ah Loy meminta bantuan Tuanku Raja Asal untuk membantu menghantar makanan ke kubu Ulu Yam Lama, Sayid Mashur melihat satu peluang keemasan untuk memecah kekuatan dan sekaligus mengekang pergerakan musuh. Ini ialah kerana Sayid Mashur berpendapat kekuatan tentera Tengku Kudin itu sebenarnya bergantung kepada bantuan ketenteraan orang-orang Mandailing pimpinan Tuanku Raja Asal dari Kuala Lumpur.
‘... He pointed out that his enemy’s position was strongly defended because of the assistance rendered by Raja Asal and Sutan Puasa, and in order to achieve a better result in a further attack, a plan should be devised to win both of them to his side ...’ (70) - Middlebrook dan Gullick.
Lalu Sayid Mashur menghantar 3 orang utusan untuk bertemu dengan Tuanku Raja Asal sebelum penghantaran makanan itu dibuat. Ketiga-tiga utusan itu bertolak dan bertemu dengan Tuanku Raja Asal yang pada masa itu berada di Gudang Tuanku Raja Asal di Kampung Damar Sara. Pada masa itu bekalan makanan untuk Yap Ah Loy itu sedang menunggu untuk dipunggah dengan perahu-perahu kecil untuk dibawa ke Ulu Selangor.
Sayid Mashur adalah sepupu kepada Sultan Abdul Samad dan pernah menjadi hulubalang kiri istana Sultan Abdul Samad di Langat pada Feb 1870. Maka tidak hairanlah jika Sayid Mashur mempunyai ramai saudara-mara dan kenalan di dalam istana yang sentiasa berhubung dengan beliau serta memberitahu tentang perkembangan terbaru di dalam istana. Dari saudara-mara dan kenalan-kenalan inilah Sayid Mashur mendapat tahu tentang pengistiharan penghapusan bangsa Mandailing pada 25 Ogos 1870. Apabila mendapat tahu tentang kedatangan 100 orang tentera Inggeris pimpinan Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri pada Ogos 1871, Sayid Mashur merasakan Tengku Kudin sedang giat mempersiapkan angkatan perangnya untuk menghapuskan Mandailing.
‘His mother was a sister of Sultan Abdul Samad’s mother’ (53) – P.L. Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
Apabila Yap Ah Loy meminta bantuan Tuanku Raja Asal untuk menghantar bekalan makanan ke Ulu Selangor, Sayid Mashur merasakan ini adalah peluang keemasan untuk menghalang pergerakan musuh di samping mendapatkan satu lagi sekutu dalam perjuangannya menentang Sultan Abdul Samad. Lantaran itu 3 utusan Sayid Mashur pun bertemu dengan Tuanku Raja Asal di Kampung Damar Sara.
Setibanya di Kampung Damar Sara, 3 utusan Sayid Mashur meminta izin untuk bertemu dengan Tuanku Raja Asal secara tertutup. Lalu mereka pun dijemput oleh Tuanku Raja Asal untuk berbincang di dalam sebuah perahu kepunyaan Tuanku Raja Asal. Maka ketua utusan Sayid Mashur pun masuk ke dalam perahu Tuanku Raja Asal lalu mereka pun memulakan perbincangan masing-masing.
Ini tercatit di dalam catatan S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick yang menyatakan,
‘... a representative from Che Soho had requested an interview, he invited him to his boat.’ (69)
Dalam pertemuan itu, ketua utusan Sayid Mashur telah mendedahkan beberapa perkara penting yang berlaku di dalam istana Sultan Abdul Samad di bandar Termasa. Antaranya ialah pengistiharan penghapusan etnik Mandailing pada 25 Ogos 1870 dan orang yang dilantik untuk menjalankan tugas tersebut adalah Tengku Kudin.
‘We are told that Asal was moving along the river and that his interview with Mashor’s envoy took place in a boat.’ (73) - Middlebrook dan Gullick
Tengku Kudin juga sedang giat mempersiapkan angkatan perang untuk menentang orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Kedatangan 100 tentera Inggeris yang diketuai oleh Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri pada bulan Ogos 1871 adalah satu bukti usaha Tengku Kudin dalam memperkuatkan angkatan tenteranya untuk menghapuskan Mandailing.
Ketua utusan Sayid Mashur juga telah mendedahkan bahawa Yap Ah Loy telah menfitnah Tuanku Raja Asal kepada Sultan Abdul Samad pada Sep 1870 mengenai pertempuran Kanching yang berlaku pada Feb 1870 di mana Yap Ah Loy telah mendakwa Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing itulah yang memulakan serangan pertama yang mengakibatkan berlakunya pertempuran dahsyat di Bukit Kanching itu. Yap Ah Loy juga memberitahu Sultan Abdul Samad pada Sep 1870 bahawa Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing itu ada membantu Raja Mahadi dengan menjual makanan secara aktif di dalam Perang Kelang. Fitnah Yap Ah Loy itu menyebabkan Sultan Abdul Samad sanggup memberikan 4 peti peluru, 25 tong kecil ubat bedil, setengah tong kecil candu kepada Yap Ah Loy dan Voon Siew pada Sep 1870.
Ketua utusan Sayid Mashur juga mendakwa Yap Ah Loy juga agak rapat dengan Sultan Abdul Samad dan Tengku Kudin. Disebabkan fitnah-fitnah yang ditaburkan ke atas Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur, Yap Ah Loy telah dilantik sebagai pengutip mengutip cukai di Kuala Lumpur dan menidakkan hak mengutip cukai Sutan Naposo sebagai Waris Negeri dan hak mengutip cukai Tuanku Raja Asal sebagai tuan punya kawasan perlombongan di Kuala Lumpur serta tidak perlu lagi membayar cukai kepada Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal. Sebaliknya Yap Ah Loy diarahkan membayar cukainya terus kepada Sultan Abdul Samad.
Sayid Mashur turut mendedahkan bahawa Yap Ah Loy sudah beberapa kali meminta bantuan Tengku Kudin dalam beberapa serangan ke atas musuh-musuh Yap Ah Loy. Ini membuktikan bahawa Yap Ah Loy awal-awal lagi telah merapatkan diri kepada Tengku Kudin kerana telah mendapat tahu tentang pengistiharan penghapusan etnik Mandailing tetapi cuba merahsiakannya dari pengetahuan rakan-rakannya di Kuala Lumpur iaitu Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal yang sebelum itu banyak menolongnya dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang berlaku di Kuala Lumpur.
Sebagai buktinya pada Jun 1870 Yap Ah Loy telah meminta bantuan ketenteraan dari Tengku Kudin di luar pengetahuan Sutan Naposo atau Tuanku Raja Asal untuk menentang Sayid Mashur serta pengikut-pengikutnya seramai 1000 orang-orang Melayu di Ulu Klang dan Chong Chong dan 1500 orang-orang Cina di Ampang. Ini sekaligus menunjukkan Yap Ah Loy sengaja cuba merapatkan diri dengan Tengku Kudin, Sultan Abdul Samad dan pihak Inggeris dan bagi memperkukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu.
Perkara ini sebenarnya tidaklah menghairankan kerana Yap Ah Loy adalah seorang pedagang bijih timah yang sering pergi ke Pulau Pinang dan Melaka untuk berdagang timah. Justeru itu dia amat tahu sejauh mana kekuatan dan kekuasaan orang-orang Inggeris itu. Sebab itulah Yap Ah Loy percaya untuk memperkuatkan kedudukan dirinya dan orang-orang Cina di Tanah Melayu, beliau terpaksa menyokong Tengku Kudin dan pihak Inggeris walaupun dia terpaksa mengkhianati kawan-kawannya seperti Tuanku Raja Asal, Sutan Naposo ataupun Raja Mahadi.
Malahan dalam urusan perdagangan bijih timah di Pulau Pinang dan Melaka inilah, Yap Ah Loy mendapat tahu tentang pemulauan terhadap kegiatan perdagangan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur berpunca dari pengistiharan penghapusan bangsa Mandailing yang diumumkan oleh Sultan Abdul Samad pada 25 Ogos 1970. Ini ialah kerana sebahagian besar pembesar-pembesar Selangor di Kelang dan wakil-wakil Inggeris di Melaka dan Pulau Pinang telah mendapat tahu tentang pengistiharan penghapusan etnik Mandailing itu.
Tetapi bagi Yap Ah Loy tidak ada sebab untuk dia memberitahu Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo mengenai perkara tersebut. Ini ialah kerana perkembangan ini sebenarnya lebih menguntungkan dirinya khususnya dari aspek hak mengutip cukai serta perniagaan bijih timah di Kuala Lumpur.
Ini ialah kerana Tuanku Raja Asal, Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing itu adalah pesaing hebat perniagaan bijih timahnya di Kuala Lumpur. Adalah lebih baik pesaing perniagaannya itu dilenyapkan sama sekali walaupun pesainnya itu adalah rakan-rakan yang banyak menolongnya dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Kuala Lumpur.
Ternyata Yap Ah Loy dan orang-orang Cina cepat menangkap perubahan politik yang berlaku di Tanah Melayu khususnya di Kuala Lumpur dan mengambil keputusan yang hanya akan menguntungkan diri mereka sahaja. Itulah sebabnya Yap Ah Loy dan orang-orang Cina tersebut mengambil keputusan untuk menyebelahi Tengku Kudin yang didokong oleh British secara terbuka.
Tuanku Raja Asal amat terkejut mendengar penjelasan dan bukti-bukti yang ditunjukkan oleh Sayid Mashur. Beliau merasa sangat terancam dan marah. Utusan-utusan Sayid Mashur turut mengambil kesempatan menyatakan pendiriannya untuk menyokong perjuangan Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing habis-habisan. Pada masa yang sama, Sayid Mashur mahukan Tuanku Raja Asal menyokong perjuangannya untuk menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Samad. Tuanku Raja Asal bersetuju akan membantu Sayid Mashur dalam sebarang pertempuran dan peperangan.
TUANKU RAJA ASAL BEKERJASAMA DENGAN SAYID MASHUR
Pada masa itu Yap Ah Loy masih tidak menyedari bahawa Tuanku Raja Asal telah mengambil keputusan untuk membantu Sayid Mashur. Tuanku Raja Asal tetap meneruskan rancangannya untuk menolong menghantar bantuan bekalan makanan yang telah pun disediakan oleh Yap Ah Loy kepada Chung Piang dan orang-orangnya di kubu Ulu Yam Lama. Lalu diarahkan Imam Perang Berantai @ Imam Perang Jabarumun, Datu Kelana Japaruhum, Jaboji, Jabalun, Jabintang, Jamangitung Serigala Tonga, Sutan Bangun Babiat Jolma serta yang lain-lain menghantar bantuan makanan yang disediakan.
Setibanya di Ulu Selangor, makanan yang dibawa rombongan pahlawan-pahlawan Mandailing itu tidak sampai ke tangan Chung Piang di kubu Ulu Yam Lama. Sebaliknya makanan itu dilencongkan kesemuanya ke kubu Sayid Mashur di Kuala Kubu Lama. Akibatnya selepas itu ramai orang-orang Cina di bawah arahan Chung Piang mati kelaparan.
Sayid Mashur merasa sangat gembira dengan kerjasama Tuanku Raja Asal itu. Beliau turut memperakui hak-hak orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur khususnya hak Sutan Naposo sebagai Waris Negeri dan Tuanku Raja Asal sebagai tuan punya kawasan perlombongan Kuala Lumpur.
Namun kepungan Chung Piang yang memimpin 500 tentera Yap Ah Loy serta 1000 tentera Bugis dan orang-orang Melayu Batu Bara yang dipimpin oleh Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Imam Perang Haji Husin, Nonggok, Shamsuddin dan Mustafa ke atas Kuala Kubu Lama yang dipertahankan oleh Sayid Mashur diteruskan sehingga beberapa bulan.
RAJA MAHADI BERTOLAK DARI KUALA BERNAM KE SIAK
Pada masa yang sama setelah Kuala Selangor ditawan oleh Inggeris pada 6 Jul 1871, Raja Mahadi merasakan beliau perlu menguatkan bala tenteranya untuk merampas kembali Kuala Selangor dan Kuala Kelang. Raja Mahadi sedar beliau tidak boleh menentang secara bersendirian pihak kesultanan Selangor yang dibantu oleh British. Raja Mahadi pun mendiamkan diri menunggu saat yang sesuai untuk bertindak.
Lantaran itu pada bulan Nov 1871, Raja Mahadi telah bertolak dari Kuala Bernam ke Pulau Bengkalis di Siak. Di sana beliau sedang cuba mendapatkan kelengkapan perang untuk digunakan dalam peperangan yang akan datang di Kuala Kelang dan Kuala Selangor.
INGGERIS PECAT RAJA MUSA DI KUALA SELANGOR Pada 20 Nov 1871, Captain Pennefather iaitu seorang Inggeris yang telah memeluk agama Islam dan Sheikh Muhammad Taib yang ditugaskan untuk memerintah dan membangunkan semula pekan Kuala Selangor dan kubu Bukit Melawati telah mengadu kepada agen Inggeris Tengku Kudin bahawa Raja Musa telah membolot semua cukai yang dikenakan ke atas perdagangan yang berlangsung di Sungai Selangor. Lantas Tengku Kudin memberi amaran kepada Raja Musa agar mematuhi syarat yang dikenakan jikalau beliau masih mahu diberikan peluang untuk memerintah kawasan Kuala Selangor. Tetapi Raja Musa enggan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tengku Kudin. Lalu Tengku Kudin pun meminta Sultan Abdul Samad memberhentikan Raja Musa sebagai pemerintah di Kuala Selangor.
Permintaan Tengku Kudin itu diperkenankan. Lalu Raja Musa digantikan dengan Raja Yaakub. Namun Raja Yaakub yang menggantikan tempat Raja Musa itu juga tidak sukakan Tengku Kudin. Kebencian putera-putera Sultan Abdul Samad terhadap Tengku Kudin kini semakin meluap-luap.
EPISOD 20
KUALA LUMPUR TEGANG DI AMBANG PERANG
‘Tersebutlah kisah Tengku Kudin dilanggar oleh
Raja Asal dan Rawa Mandailing.’
Hikayat Pahang Cetera 30.
Perang Kuala Lumpur atau lebih disalahertikan sebagai Perang Selangor itu merupakan sebuah peperangan besar yang menyusuri selepas tamatnya Perang Kelang. Berbanding dengan Perang Kelang, Perang Kuala Lumpur lebih banyak mengorbankan nyawa di kalangan semua pihak yang terbabit.
Tidak seperti Perang Kelang yang hanya membabitkan 2 buah pihak yang bertelagah untuk merebut hak untuk mengutip cukai yang lumayan di kuala Sungai Kelang, Perang Kuala Lumpur sebenarnya adalah peperangan di antara 2 pihak yang utama iaitu British dan Mandailing yang didokong oleh pejuang-pejuang Padri. Orang-orang Mandailing sebenarnya mempertahankan kawasan pelaburan, perniagaan dan perlombongan bijih timah kepunyaan Dana Padri di Kuala Lumpur.
‘The other was the long and bitter struggle for control of the important mining district of Kuala Lumpur in 1872–1873.’ (204) - Gullick 1993.
Perang Kuala Lumpur adalah satu peperangan yang berlaku di antara orang-orang Mandailing dan Inggeris. Ini terbukti apabila J.M. Gullick menyatakan bahawa Perang Kuala Lumpur di antara tahun 1872 sehingga 1873 itu ialah mengenai perebutan kawasan perlombongan utama bijih timah di Kuala Lumpur. Pada masa itu, Kuala Lumpur dikuasai sepenuhnya oleh orang-orang Mandailing. Justeru itu salah sebuah pihak utama yang berperang di dalam Perang Kuala Lumpur itu sudah pastinya orang-orang Mandailing.
‘Mengikut kehendak Gabenor supaya Pahang membantu Tengku Kudin melawan pemberontak di Selangor itu, sudahlah orang Pahang mengalahkan pemberontak Mandailing di Ulu Klang dan menghalau mereka ke Ulu Selangor pada 23 Mac 1873.’ (117) – Buyong Adil 1971. Kata-kata Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad di dalam buku Buyong Adil ini sekaligus mengukuhkan fakta bahawa Perang Kuala Lumpur 1872–1873 itu membabitkan orang-orang Mandailing sebagai salah satu pihak utama yang mempertahankan Kuala Lumpur yang menentang British dan sekutu-sekutunya seperti Bugis Selangor, Pahang, Kedah, Yap Ah Loy dan lain-lain lagi yang dipimpin oleh Tengku Kudin.
Wan Ahmad bersetuju membantu Tengku Kudin untuk menentang apa yang didakwa sebagai ‘pemberontak-pemberontak Mandailing’ di Kuala Lumpur itu. Justeru jelas bahwa Perang Kuala Lumpur itu hanya membabitkan 2 buah pihak utama iaitu orang-orang Mandailing yang didokong oleh pasukan Padri dengan British yang dibantu oleh kuncu-kuncunya.
HIKAYAT PAHANG MENCERITAKAN ORANG-ORANG MANDAILING PIHAK UTAMA PERANG KUALA LUMPUR
‘Tersebutlah kisah Tengku Kudin dilanggar oleh Raja Asal dan Rawa Mandailing.’ (111) - Hikayat Pahang, Cetera 30.
Di dalam Hikayat Pahang Cetera 30 yang menceritakan dengan jelas peristiwa Perang Kuala Lumpur telah menyatakan bahawa pihak utama yang mempertahankan Kuala Lumpur dengan menentang sekutu Inggeris yang dipimpin oleh Tengku Kudin itu ialah orang-orang Mandailing yang dipimpin oleh Tuanku Raja Asal.
Pahang sebagai sekutu Inggeris yang utama lagi penting di dalam Perang Kuala Lumpur ini sudah semestinya lebih memahami dan menceritakan keadaan dan situasi sebenar peperangan tersebut daripada Inggeris yang cuba menutup perkara sebenar yang berlaku atas motif politik dan keselamatan.
Hikayat Pahang Cetera 30 telah menceritakan dengan ringkas dan menarik tentang peristiwa Perang Kuala Lumpur;
‘Orang-orang Mandailing dan anak-anak Selangor, terlalu keras pukulnya.’ (117)
Ayat di atas sekali lagi menceritakan bahawa pihak utama yang menjadi musuh sekutu Inggeris adalah orang-orang Mandailing pimpinan Tuanku Raja Asal yang pada masa itu menguasai Kuala Lumpur.
HIKAYAT PAHANG MENCERITAKAN TENGKU KUDIN MENGAKUI ORANG-ORANG MANDAILING SEBAGAI MUSUH UTAMANYA
‘Jika tidak ayahanda menolong, tentulah tidak tertahan anakanda kerana dia orang tersangat kuat. Sekalian orang-orang Mandailing dan Selangor satu pakatan. Inilah anakanda datang menghadap ayahanda sendiri dan berkenal-kenalan.’ (111) – Hikayat Pahang, Cetera 30.
Begitulah kata-kata Tengku Kudin semasa dia mengadap Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad di Pahang. Di dalam pertemuan itu, Tengku Kudin mengakui bahwa orang-orang Mandailing yang turut disertai oleh beberapa pihak dari Selangor (Raja Mahmud dan Sayid Mashur) merupakan satu musuh yang sangat kuat yang perlu dia hadapi. Ayat di atas menerangkan bahawa pihak utama yang dihadapi Tengku Kudin adalah Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing dan bukannya Raja Mahadi.
Maka jelas bahawa pihak utama yang dihadapi oleh Tengku Kudin di Selangor itu adalah Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing dan bukannya Raja Mahadi atau lain-lain seperti yang telah dimomokkan oleh Inggeris dalam buku-buku sejarah negara.
HAJI ABDULLAH HUKUM MENGESAHKAN BAHAWA PERANG KUALA LUMPUR ADALAH ANTARA MANDAILING DAN INGGERIS
Haji Abdullah Hukum @ Arya Jaya bin Haji Abdul Rahim @ Tok Pangku atau nama sebenarnya Muhammad Rukun bin Sekancing yang merupakan seorang Melayu berketurunan Kerinci yang datang ke Kuala Lumpur semasa Kuala Lumpur diperintah oleh orang-orang Mandailing dan bekerja dengan Sutan Naposo. Sebelum meninggal dunia, beliau sempat memberikan gambaran tentang keadaan Kuala Lumpur kepada seorang penulis yang bernama Dr. Adnan Haji Nawang.
Bukan sahaja Haji Abdullah Hukum menceritakan bahawa dia bekerja dengan majikannya Sutan Naposo, malahan beliau kemudiannya terbabit di dalam pertempuran di Bukit Nanas di bawah panji pejuang Mandailing menentang British dan sekutu-sekutunya.
PIHAK-PIHAK YANG TERBABIT DALAM PERANG KUALA LUMPUR
Seperti mana-mana peperangan di atas muka bumi ini, setiap peperangan selalunya dimulakan dengan bibit-bibit peperangan atau peristiwa-peristiwa yang menjurus kepada peperangan yang sebenarnya. Dalam konteks Perang Kuala Lumpur, walaupun peperangan sebenar Perang Kuala Lumpur itu hanya membabitkan 2 pihak yang paling utama iaitu Mandailing dan British, namun bibit-bibit Perang Kuala Lumpur diwarnai oleh 8 buah pihak yang berasingan yang masing-masing cuba menegakkan motif dan hasrat tersendiri.
Pihak yang terbabit dalam bibit-bibit Perang Kuala Lumpur adalah;
a. Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi, Tuanku Raja Asal @ Jaasai dan orang-orang Mandailing yang didokong oleh pasukan Padri. Mereka turut disokong dan disertai oleh orang-orang Rawa, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci yang sebahagian daripada mereka merupakan anggota-anggota pasukan Padri.
b. Tengku Kudin yang didokong oleh Inggeris. Mereka kemudiannya turut dibantu oleh orang-orang Bugis Sultan Abdul Samad, orang-orang Melayu Batu Bara pimpinan Nonggok dan lain-lain lagi. Cuma pada saat akhir mereka juga berjaya mendapat bantuan dari tentera Pahang.
c. Raja Mahadi bin Raja Sulaiman yang perjuangannya hanya bermotifkan untuk mendapatkan Kuala Kelang atau mana-mana kuala sungai yang boleh mendatangkan keuntungan kutipan cukai yang lumayan seperti Kuala Selangor dan seterusnya memegang hak untuk mengutip cukai yang lumayan di sana. Beliau kemudiannya telah dibantu oleh Tengku Panglima Raja @ Raja Berkat @ Raja Mat Saman, Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Berkat dan lain-lain lagi yang menyokongnya selepas kedatangan Tengku Kudin yang menimbulkan kebencian di kalangan kerabat-kerabat raja Bugis.
d. Sultan Abdul Samad dan pembesar-pembesar baginda tidak menyebelahi mana-mana pihak sehinggalah Ogos 1872 di mana baginda dan pembesar-pembesar baginda terpaksa menyebelahi Tengku Kudin dan Inggeris untuk membasmi kebangkitan orang-orang Mandailing di Bukit Nanas.
e. Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut Selangor yang merupakan seorang anak luar nikah Sultan Muhammad Shah yang turut campurtangan untuk merebut takhta kesultanan Selangor daripada Sultan Abdul Samad. Oleh kerana beliau tidak mempunyai ramai penyokong, maka beliau terpaksa memulakan perjuangannya pada Jul 1872 bersama-sama dengan pihak Raja Mahadi yang diketuai oleh Raja Mahmud bin Raja Berkat@ Tok Kapak Cina bin Raja Berkat walaupun mereka mempunyai matlamat perjuangan yang berbeza.
f. Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy bersama-sama dengan anggota-anggota kongsi gelap Hakka Fei Chew yang tidak mempedulikan mana-mana pihak yang bertelagah sebaliknya menyokong mana-mana pihak yang memerintah. Mereka ini hanya mahu melakukan sesuatu untuk kepentingan mereka sendiri khususnya untuk kepentingan perniagaan mereka.
g. Chong Chong yang merupakan seorang Fei Chew bersama-sama dengan anggota-anggota kongsi gelap Hakka Kah Yeng Chew yang mahu membalas dendam terhadap Yap Ah Loy dan kongsi gelap Fei Chew. Chong Chong sendiri mahu mendapatkan kembali harta-benda warisan keluarga Kapitan Cina Kedua Liew Ngim Kong yang dirampas oleh Yap Ah Loy. Mereka juga tidak mempedulikan mana-mana pihak yang bertelagah dan tidak juga menyokong mana-mana pihak yang memerintah. Mereka hanya mahu melakukan sesuatu untuk kepentingan mereka sendiri khususnya untuk kepentingan kongsi gelap dan perniagaan mereka. Mereka kemudiannya mempergunakan Sayid Mashur @ Che Soho untuk memperkuatkan serangan mereka ke atas Yap Ah Loy dan kongsi gelap Fei Chew.
h. Sayid Mashur @ Tok Soho yang menyimpan dendam ke atas keluarga Sultan Abdul Samad telah menubuhkan kekuatan tenteranya sendiri atas biayaan Chong Chong dan bersepakat dengan Chong Chong untuk menyerang Yap Ah Loy dan kongsi gelap Fei Chew.
i. Wan Abdul Rahman @ Wan Aman bin Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir, adiknya Wan Da @ Wan Enda dan pengikut-pengikut mereka yang bercita-cita untuk merampas kembali Pahang dari Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad. Mereka menyokong Raja Mahadi dengan perjanjian Raja Mahadi akan memberi bantuan ketenteraan kepada mereka semasa serangan ke atas Pahang.
Cuma dalam beberapa pertempuran yang berlaku, beberapa buah pihak secara kebetulan telah bersekutu untuk menentang pihak yang lain. Sebelum berlakunya Perang Kuala Lumpur pada Jul 1872, beberapa peperangan dan pertempuran kecil telah berlaku yang menandakan bibit-bibit bermulanya Perang Kuala Lumpur.
TUANKU RAJA ASAL MINTA BANTUAN TUANKU RAJA LAUT Sebaik sahaja mendapat tahu dari Sayid Mashur tentang pengistiharan penghapusan bangsa Mandailing oleh Sultan Abdul Samad, Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur menjadi sangat gempar. Tuanku Raja Asal segera utusan untuk memberitahu Tuanku Raja Laut mengenai titah surat kuasa pengistiharan penghapusan etnik Mandailing tersebut. Pada masa yang sama, Tuanku Raja Asal pun segera mempersiapkan dan memperkuatkan kubu perang di Bukit Nanas dan Ulu Klang bagi menghadapi serangan Tengku Kudin, Yap Ah Loy dan Inggeris. Segala persediaan menghadapi peperangan tersebut dilakukan dengan senyap dan rahsia agar ianya tidak dihidu oleh Inggeris dan sekutu-sekutunya seperti Yap Ah Loy dan orang-orang Cina.
Dalam keadaan di mana Tuanku Raja Asal, Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing yang telah mendapat tahu pengistiharan perang dan penghapusan etnik ke atas Mandailing tersebut, orang-orang Mandailing tidak begitu menghiraukan Tengku Kudin yang sememangnya menjadi kuda tunggangan Inggeris. Tetapi orang-orang Mandailing cukup marah dan dendamkan Yap Ah Loy dan orang-orang Cina.
Tindakan dan perbuatan Yap Ah Loy yang mngetahui pengistiharan penghapusan etnik ke atas Mandailing dan pada masa yang sama membenarkan British berkubu di Kuala Lumpur itu benar-benar mengkhianati perasaan orang-orang Mandailing yang telah lama membuka dan membangunkan Kuala Lumpur sejak tahun 1818 lagi sedangkan Yap Ah Loy dan orang-orang Cina itu mula menumpang di Kuala Lumpur pada sekitar tahun 1857-1862. Perbuatan Yap Ah Loy dan orang-orang Cina tidak ubah seperti seorang tetamu atau penyewa yang menumpang di sebuah rumah membawa masuk seorang tetamu lain yang sebenarnya berniat jahat untuk membunuh tuanrumah tanpa meminta izin, memberitahu atau mempedulikan tuanrumah tersebut.
Tindakan dan perbuatan itu dianggap sebagai biadab dan kurang ajar terhadap Sutan Naposo sebagai Waris Negeri Kuala Lumpur, Tuanku Raja Asal sebagai ketua pasukan perang Mandailing di Kuala Lumpur serta terhadap orang-orang Mandailing sendiri. Diberi betis, hendakkan paha. Diberi muka, naik atas kepala. Menumpang buat cara menumpang. Jikalau tidak, Mandailing akan hantar dia pulang dan jangan datang.
Sikap Yap Ah Loy dan orang-orang Cina pada masa itu yang sanggup membuat apa sahaja termasuklah menjual semangat setiakawan dan budi baik tuan rumah di Kuala Lumpur semata-mata demi kepentingan diri sendiri telah menimbulkan benci orang-orang Mandailing terhadap orang-orang Cina pada masa itu. Tidakkah mereka sedar bahawa tidak sedar diri bahawa Sutan Naposo dan orang-orang Mandailinglah yang mengundang dan membenarkan Yap Ah Loy dan orang-orang Cina pada masa itu berhijrah dari Lukut dan tinggal di Kuala Lumpur dengan aman damai lalu dibenarkan untuk berniaga di sini. Ini menunjukkan perasaan tamak haloba Yap Ah Loy dan orang-orang Cina pada masa itu telah membuak-buak hingga bersedia untuk bersaing kuasa dengan kedudukan Sutan Naposo, Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing sebagai penduduk asal yang membuka dan mengasaskan Kuala Lumpur.
Jika tidak kerana kebijaksanaan Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal yang berjaya mengawal dan meredakan perasaan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur pada masa itu, nescaya akan berlaku peperangan di antara orang-orang Mandailing dan orang-orang Cina pimpinan Yap Ah Loy.
Perkara ini turut disebut oleh Haji Abdullah Hukum sebagai;
‘Mereka masuk begitu sahaja umpama lebah pulang ke sarang. Saya pun hairan dan saya syak hati barangkali ada orang belot pada masa itu. Sebenarnya ada orang berkata bangsa Cina telah belot.’ (II:2) – Adnan Haji Nawang.
Tindakan Sutan Naposo dan Tuanku Raja Asal yang mengawal dan meredakan perasaan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur pada masa itu ialah untuk mengelakkan campurtangan British seawal itu kerana orang-orang Mandailing masih belum bersedia untuk menghadapi satu peperangan yang besar khususnya menentang Inggeris. Orang-orang Mandaiiling tidak mahu pergaduhan di antara orang-orang Mandailing dan orang-orang Cina pimpinan Yap Ah Loy ini dijadikan alasan kepada British untuk memulakan peperangan atau campurtangan.
PAHANG BERSIAP-SEDIA BANTU INGGERIS HAPUSKAN MANDAILING Wan Enda @ Wan Da bin Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir yang sempat menyelamatkan diri ke Kelang telah berlindung dengan Tengku Kudin. Tengku Kudin melihat peristiwa ini sebagai satu peluang untuk berhubung dengan Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad. Lalu Wan Enda pun diarahkan oleh Tengku Kudin untuk pergi ke Pahang dan membawa sepucuk surat untuk disampaikan kepada Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad. Tujuan surat itu ialah untuk meminta bantuan ketenteraan daripada Pahang untuk menewaskan apa yang didakwa ‘pemberontak-pemberontak Mandailing’ di Kuala Lumpur.
Beberapa minggu kemudian pada bulan Dis 1871 apabila sampai ke Pahang, Wan Enda telah mengadap dan meminta ampun dari bapa saudaranya Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad yang ditentangnya dahulu. Setelah diterima dan diampunkan oleh Wan Ahmad, barulah Wan Enda menyampaikan warkah itu.
Wan Ahmad bersetuju membantu Tengku Kudin untuk menentang apa yang didakwa ‘pemberontak-pemberontak Mandailing’ di Kuala Lumpur itu. Orang-orang Mandailinglah yang menjadi dalang serangan bertalu-talu ke atas Pahang pada tahun 1866, 1868 serta Perang Pahang Barat dari bulan Nov 1869 hingga ke Jul 1870. (117) – Buyong Adil.
‘The invading Pahang forces had waged a war of revenge the Mandailing and Rawa men.’ (95) – Linehan 1973.
Tambahan pula Wan Ahmad sangat marah dengan perbuatan Sayid Mashur yang menahan dan menyiksa anak saudaranya yang juga abang kepada Wan Enda iaitu Wan Aman. Namun bantuan Pahang itu mestilah mendapat keizinan daripada pihak British. Proses perbincangan Wan Ahmad dan pembesar-pembesar Pahang serta proses untuk mendapatkan keizinan daripada pihak British itu telah mengambil masa 4 bulan bagi mendapat satu keputusan yang mutlak.
EPISOD 21
TUANKU RAJA LAUT BERTOLAK KE TANAH MELAYU
SEMASA PERANG PADANG LAWAS BERKECAMUK
Sebaik sahaja menerima warkah utusan dari Tuanku Raja Asal @ Jaasai pada awal tahun 1872, Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi merasa sangat terkejut akan perkembangan bahaya yang berlaku di Kuala Lumpur. Baginda segera mengadakan perbincangan dengan beberapa orang kanan baginda dalam pasukan Jihad Padri seperti Jamarnindi Mata Merah, Jabunus @ Tok Bunus, Jamogek, Jalumat, Nakhoda Kuning dan Nakhoda Hitam.
Semasa menerima berita buruk itu, Tuanku Raja Laut, Jamarnindi Mata Merah dan pasukan Padri sedang berperang hebat dengan tentera Harajaon Nasution Kota Pinang yang merupakan sekutu kuat Belanda di Tanah Besar Sumatera. Peperangan yang baru bermula pada awal 1872 yang dikenali sebagai Perang Padang Lawas itu telah mengorbankan banyak nyawa.
Namun Tuanku Raja Laut tidak mempunyai banyak pilihan. Dalam suasana genting perang di Padang Lawas itu, baginda terpaksa membuat keputusan sama ada terus bertahan dan membantu Jamarnindi Mata Merah dan pasukan Gerila Padri atau bertolak ke Tanah Melayu bagi membantu Tuanku Raja Asal dan pasukan Dana Padri menyelesaikan masalah mereka. Setelah berbincang, Tuanku Raja Laut mengambil keputusan bertolak ke Tanah Melayu bagi membantu Tuanku Raja Asal menyelesaikan permasalahan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, beliau yakin pasukan Gerila Padri yang dipimpin oleh Jamarnindi Mata Merah akan dapat bertahan sementara pemergian baginda ke Tanah Melayu. Jalumat segera bertolak lebih awal untuk memberitahu Tuanku Raja Asal mengenai kedatangan Tuanku Raja Laut ke Tanah Melayu.
Lantas itu baginda mengarahkan Jabunus, Jamogek dan Nakhoda Kuning untuk bersiap membawa 50 pejuang Laut Padri untuk ke Tanah Melayu dengan Kapal Helang Laut. Manakala yang lain akan tinggal di Pane bagi membantu Jamarnindi Mata Merah untuk berperang menentang Belanda. Tuanku Raja Laut membawa hanya 50 orang pejuang Padri kerana baginda yakin akan dapat menyelesaikan masalah tersebut secara aman dengan Sultan Abdul Samad. Tidak terlintas di hati baginda bahawa pemergian baginda dan 50 orang pejuang Padri itu akan menempa satu sejarah yang besar di Tanah Melayu. Maka pada sekitar bulan Mac 1872, Tuanku Raja Laut dan lebih kurang 50 orang anggota pasukan Laut Padri bertolak ke Kelang dengan Kapal Helang Laut untuk bertemu dengan Tuanku Raja Asal di sana.
TUANKU RAJA LAUT BERTEMU DENGAN TUANKU RAJA ASAL DI KELANG
Sebaik sahaja tiba di Teluk Gadung pada awal bulan Apr 1872, Tuanku Raja Laut bersama-sama dengan 50 anggota pasukan Laut Padri telah disambut oleh Tuanku Raja Asal dan beberapa lagi pejuang Dana Padri yang sedia menunggu di tepi Sungai Kelang untuk menyambut kedatangan Tuanku Raja Laut.
‘Raja Asal diverted his raiats and supplies to Klang where he was joined by Raja Laut.’ (69) – Middlebrook dan Gullick.
Di sana mereka membincangkan permasalahan pasukan Dana Padri dan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Tuanku Raja Asal menerangkan lebih lanjut tentang pengistiharan penghapusan etnik Mandailing yang dititahkan oleh Sultan Abdul Samad pada 25 Ogos 1870 itu.
Dalam perbincangan itu, Tuanku Raja Laut mendapati keselamatan Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing berada dalam keadaan yang amat bahaya. Bagindaberpendapat keadaan sedemikian tidak akan membawa manfaat kepada perjuangan Padri yang memerlukan sumber kewangan yang besar dan tidak putus. Baginda bimbang akan pendapatan Dana Padri yang bakal terjejas dan ia pasti akan merosakkan keseluruhan perjuangan Gerila Padri di Sumatera.
Dalam perbincangan itu Tuanku Raja Laut mengambil keputusan untuk mengadap Sultan Abdul Samad di Langat bagi meminta keampunan dari Sultan Abdul Samad ke atas seluruh orang-orang Mandailing di Selangor walaupun Tuanku Raja Laut sendiri tidak tahu dengan jelas punca utama yang menyebabkan Sultan Abdul Samad tergamak membuat pengistiharan penghapusan etnik Mandailing itu.
Jika Sultan Abdul Samad memberi pengampunan ke atas orang-orang Mandailing, maka Tuanku Raja Laut merancang untuk pulang segera ke Tanah Besar Sumatera bagi membantu Jamarnindi Mata Merah dan pasukan Gerila Padri yang sedang berjuang hebat menentang tentera Kota Pinang. Namun begitu jika Sultan Abdul Samad menolak pengampunan itu, maka Tuanku Raja Laut mempunyai rancangan baginda tersendiri.
Dari Teluk Gadung, Tuanku Raja Laut dan 20 pejuang Laut Padri termasuklah Jabunus, Jamogek dan Jalumat bertolak ke Langat dengan beberapa perahu kecil untuk mengadap Sultan Abdul Samad. Manakala Nakhoda Kuning dan 30 lagi pejuang Padri telah ditinggalkan di Teluk Gadung bagi mengawasi Kapal Helang Laut yang disembunyikan di sana.
Pada masa yang sama, Tuanku Raja Asal dan pasukan Dana Padri bertolak pulang ke Kuala Lumpur untuk mengumpulkan kekuatan perang di sana sementara menantikan utusan dari Tuanku Raja Laut mengenai keputusan pengadapan itu.
Setelah selesai berbincang dengan Tuanku Raja Laut di Kelang, Tuanku Raja Asal dan beberapa orang pengiring telah pergi ke Kelang untuk meninjau persiapan Tengku Kudin dan British dalam persediaan mereka untuk menyerang orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Semasa berjalan-jalan di Kelang inilah mereka bertembung dengan panglima perang Pahang yang terkenal Haji Muhammad Nur @ Encik Gaduh bin Haji Abdul Hamid dan Wan Enda @ Wan Da bin Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir yang merupakan sahabat lama Tuanku Raja Asal yang sangat dipercayai semasa sama-sama terlibat dalam Perang Saudara di Pahang 14 tahun dulu.
Pada masa itu Haji Muhammad Nur dan Wan Da datang ke Kelang untuk berjumpa dengan Tengku Kudin dan membawa warkah yang menyatakan persetujuan Pahang membantu Tengku Kudin dalam Perang Kuala Lumpur. Tetapi Tengku Kudin pada masa itu sudah berada di Singapura. Namun Haji Muhammad Nur dan Wan Da sempat berjumpa dengan Imam Perang Mat Akil Selangor dan Imam Perang Muhammad Saman.
Ini tercatit di dalam Hikayat Pahang Cetera 30 ada menyatakan bahawa;
‘... balik berhenti di Klang, berjumpa dengan Raja Asal, kepala orang Mandailing.’
Tanpa berbincang atau merujuk kepada Tuanku Raja Laut terlebih dahulu, Tuanku Raja Asal telah memujuk Haji Muhammad Nur agar membawa tentera Pahang untuk berjuang menyokong orang-orang Mandailing. Jika ini dapat dilakukan, Tuanku Raja Asal akan memberikan wang imbuhan sebanyak $30,000.00 tunai kepada Haji Muhammad Nur sebagai bayaran pertama. Jika orang-orang Mandailing menang dan berjaya mempertahankan Kuala Lumpur, Tuanku Raja Asal akan memberikan lagi wang hadiah sebanyak $1000.00 setiap bulan selama-lamanya sehingga ke akhir hayat kepada Haji Muhammad Nur. Sebagai seorang rakan karib lama, Haji Muhammad Nur berjanji akan membantu Tuanku Raja Asal.
Persetujuan Haji Muhammad Nur ini disebut di dalam Hikayat Pahang Cetera 30 yang berbunyi;
‘Maka berjanjilah Encik Gaduh dengan Raja Asal itu.’
Secara kebetulan Tuanku Raja Asal telah melakukan kesilapan strategi perang yang paling besar dalam sejarah orang-orang Mandailing di Tanah Melayu. Beliau tidak tahu bahawa kedatangan Haji Muhammad Nur dan Wan Da ke Kelang inilah adalah untuk menyampaikan persetujuan Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad dan Pahang untuk menolong Tengku Kudin bagi membasmi dan menghapuskan orang-orang Mandailing.
Setelah beberapa hari berada di Kelang, Haji Muhammad Nur dan Wan Da bertolak ke Singapura dan berjumpa dengan Governor Sir Harry Ord dan Tengku Kudin. Di sana Haji Muhammad Nur menyampaikan surat daripada Wan Ahmad kepada Tengku Kudin lalu diceritakan kepada Tengku Kudin tentang permintaan Tuanku Raja Asal itu. Haji Muhammad Nur juga menjelaskan pendirian dan kedudukan kerajaan Pahang kepada Tengku Kudin.
Tengku Kudin merasa begitu cemas dengan permintaan Tuanku Raja Asal itu. Beliau sangat bimbang dengan kekuatan kewangan yang dimiliki oleh orang-orang Mandailing sehingga sanggup menawarkan wang sebanyak $30,000.00 kepada Haji Muhammad Nur. Dengan kekuatan wang sebanyak itu, pada bila-bila masa orang-orang Mandailing boleh membeli bekalan senjata yang banyak dan menewaskan tentera lawan dengan mudah.
Namun persetujuan Wan Ahmad untuk membantu Tengku Kudin benar-benar melegakannya.Ini ialah kerana seandainya pihak Pahang enggan membantunya, Tengku Kudin terpaksa mengharapkan kekuatan tentera Inggeris, tentera Cina dan tentera Kedah sahaja dalam melaksanakan titah pengistiharan penghapusan etnik Mandailing itu.
Persetujuan Pahang dalam membantu Tengku Kudin dan Inggeris adalah sesuatu yang tidak menghairankan. Berdasarkan sejarah, hubungan rapat kerajaan Bugis Selangor dan Pahang serta hubungan Selangor dan Inggeris bukanlah sesuatu yang baru.
HUBUNGAN RAPAT SELANGOR DAN PAHANG
Pada 13 Jul 1784 atas arahan Governor Jacob Peter Van Braam iaitu Gabenor Belanda di Melaka, satu angkatan tentera Belanda, Siak dan Minangkabau dipimpin oleh Raja Muhammad Ali bin Raja Alam dan Sayid Ali bin Sayid Usman Ash-Shahab yang mengandungi 11 buah kapal dan beberapa buah perahu telah menyerang kota Sultan Ibrahim di Kuala Selangor. Sultan Ibrahim, adiknya Raja Muda Selangor Raja Nala, Panglima Perang Sayid Jaafar, Panglima Hitam Inderaguru dan lain-lain telah memimpin pasukan perang Bugis Selangor untuk mempertahankan Selangor dari serangan musuh.
Setelah bertempur selama 2 minggu, maka pada 2 Ogos 1784 kota Sultan Ibrahim di Kuala Selangor jatuh ke tangan Belanda. Sultan Ibrahim, adiknya Raja Nala, Sayid Jaafar, Panglima Hitam Inderaguru dan lain-lain telah melarikan diri ke Ulu Selangor. Semasa Belanda memerintah Kuala Selangor, mereka telah melantik Raja Muhammad Ali dari Siak sebagai Pemangku Yang Dipertuan Selangor sambil dibantu oleh anak saudara beliau Sayid Ali.
Namun kemudiannya Raja Muhammad Ali telah dihalau pulang ke Siak oleh Belanda setelah berselisih pendapat dengan Belanda. Lantaran itu Sayid Ali mengangkat dirinya sebagai Yang Dipertuan Selangor yang baru dengan sokongan Belanda. Namun ramai pembesar-pembesar Selangor pada masa itu tidak mahu mengiktirafkan kedudukan Sayid Ali sebagai Yang Dipertuan Selangor.
Pada awal bulan Okt 1784, Governor Jacob Peter Van Braam dan sebahagian besar tentera Belanda di Kuala Selangor bertolak pulang ke Melaka bagi mempersiapkan kelengkapan perang untuk menyerang kerajaan Bugis Riau.
Pada Mei 1785 apabila perkampungan Bugis di Permatang Pasir yang dipimpin oleh Dato Penggawa Mahabijaya dekat Kuala Selangor turut dibedil dan mengakibatkan ramai penduduk-penduduk kampung terkorban, Sultan Ibrahim, adiknya Raja Nala (Raja Muda Selangor), Panglima Perang Sayid Jaafar, Panglima Hitam Inderaguru dan lain-lain keluarga diraja Selangor terpaksa melarikan diri ke Ulu Bernam sambil diburu oleh tentera Belanda.
Dari Ulu Bernam, Sultan Ibrahim dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dan berlindung kepada Bendahara Tun Abdul Majid yang merupakan pemerintah Pahang pada masa itu. Di sana Sultan Ibrahim dan pengikut-pengikutnya telah meminta bantuan ketenteraan daripada Bendahara Tun Abdul Majid. Bendahara Tun Abdul Majid bersetuju. Lantaran itu, Sultan Ibrahim juga telah dikahwinkan dengan Tun Selamah, anak kepada Bendahara Tun Abdul Majid. Justeru itu Pahang dan Selangor itu sebenarnya bersaudara.
Pada 27 Jun 1785, 2000 tentera Pahang yang diketuai oleh Sultan Ibrahim, Raja Nala, Panglima Perang Sayid Jaafar, Panglima Hitam Inderaguru dan Dato Penggawa Mahabijaya telah mendarat di Tiram Buruk lalu menyerang dan menewaskan Belanda dalam sehari pertempuran di Kuala Selangor. Sayid Ali sendiri terpaksa melarikan diri ke Siak.
Tetapi tidak berapa lama selepas itu 3 buah kapal perang dan 14 buah perahu kecil Belanda datang dan menyekat kemasukan kapal-kapal dagang di luar pantai Kuala Selangor. Ini menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan makanan di Selangor.
Setelah hampir setahun Kuala Selangor dikepung, akhirnya pada 29 Jun 1786 Sultan Ibrahim mengalah lalu berdamai dengan pihak Belanda. Mereka telah menandatangani perjanjian damai yang antaranya menyatakan bahawa Selangor akan menjual hasil bijih timahnya kepada pihak Belanda. Malahan pada 29 Jul 1790, Sultan Ibrahim telah memperbaharui perjanjian dengan pihak Belanda yang dibuat 4 tahun lepas.
Semenjak peristiwa 27 Jun 1785 itulah hubungan Pahang dan Selangor menjadi cukup akrab. Ini juga bermakna apabila orang-orang Mandailing menyentuh hal-ehwal negeri Selangor, orang-orang Mandailing juga sebenarnya telah mengundang campurtangan dari negeri Pahang.
HUBUNGAN RAPAT SELANGOR DAN INGGERIS
Hubungan rapat kerajaan Bugis Selangor dan Inggeris juga bukanlah sesuatu yang baru. Pada tahun 1782, Captain Francis Light dan orang-orang British sering datang ke Kuala Selangor dan berdagang di sana. Mereka juga berkenalan dan bersahabat baik dengan Sultan Ibrahim yang baru ditabalkan pada masa itu. Namun peperangan di antara Selangor dan Belanda pada tahun 1784 hingga ke tahun 1786 telah menghalang orang-orang British datang berdagang di Kuala Selangor.
Pada awal tahun 1795, apabila Sultan Aceh Sultan Alauddin Muhammad Shah meminta bantuan ketenteraan daripada kerajaan Bugis Selangor untuk membantu memadamkan pemberontakan orang-orang Dusun di Aceh, Sultan Ibrahim telah menghantar Raja Nala bersama-sama dengan 2 orang penggawa sultan iaitu Arung Temujung dan Pematang serta 80 orang pahlawan yang menaiki 16 kapal bertolak ke Acheh pada Jun 1795. Pihak British pada masa itu yang diwakili oleh Captain Francis Light telah menasihatkan Sultan Ibrahim agar tidak membabitkan diri dalam peperangan di Aceh itu.
Pada tahun 1816, Raja Rama I @ Chakri yang baru menguasai kerajaan Siam telah memerintahkan kerajaan Kedah menyerang negeri Perak disebabkan kerajaan Perak tidak mahu lagi menghantar Bunga Mas kepada kerajaan Siam.
2 tahun kemudian pada tahun 1818, Sultan Ibrahim telah menandatangani perjanjian untuk menjual semua bijih timah di Selangor kepada orang-orang British. Perjanjian itu selaras dengan penyerahan Melaka kepada British oleh pihak Belanda pada tahun yang sama.
Pada 23 Ogos 1818, pihak Inggeris di Pulau Pinang telah menghantar W.S. Cracroft untuk pergi mengadap Sultan Ibrahim. Dalam pertemuan itu, pihak Inggeris telah membuat perjanjian dengan Sultan Ibrahim bahawa
a. semua rakyat Inggeris atau mana-mana pihak di bawah perlindungan Inggeris mesti dibenarkan untuk berniaga di negeri Selangor dan jajahan takluknya dan begitu juga sebaliknya
b. semua hak untuk memborong dan memajak perdagangan di Selangor tidak boleh diberikan kepada kuasa asing selain daripada Inggeris
c. negeri Selangor tidak dibenarkan membuat sebarang perjajian dengan kuasa asing selain daripada Inggeris. Jika ada perjanjian sebelum itu, maka ia dianggap sebagai batal
Pada masa yang sama, Inggeris juga berjanji akan membeli hasil bijih timah di Selangor sekurang-kurangnya 1500 pikul setahun dengan harga $43.00 sebahara. Sejak itulah Inggeris dan Sultan Ibrahim sering bertukar-tukar utusan dan hadiah. Perjanjian yang serupa juga telah dibuat oleh pihak Inggeris dengan Sultan Perak pada 30 Jul 1818. Ini menunjukkan sejak awal kurun ke 19 lagi, Inggeris telah berjaya menundukkan serta mempengaruhi sultan-sultan dan negeri-negeri Melayu serta memonopoli perdagangan bijih timah di sana.
Pada awal tahun 1819 apabila Gabenor Belanda di Melaka yang bernama Timmerman Thyssen menghantar utusan untuk mendesak Sultan Ibrahim untuk memperbaharui perjanjian baginda dengan Belanda pada 29 Jul 1790 dahulu serta tidak mengiktirafkan perjanjian baginda dengan Inggeris pada 23 Ogos 1818, Sultan Ibrahim merasa tersepit dan meminta bantuan Inggeris untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pada tahun 1821, kerajaan Ligor di bawah telunjuk Siam telah menyerang Perak. Oleh kerana Sultan Ibrahim merasa terancam akan serangan orang-orang Siam ke atas Perak itu, baginda telah menghantar tentera Selangor untuk menyerang dan menewaskan orang-orang Siam di Perak pada tahun 1822. Tetapi setelah menakluki Perak, Sultan Ibrahim telah berselisihan faham dengan Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang merupakan Sultan Perak pada masa itu atas sebab jumlah pampasan dan ufti yang perlu dibayar oleh Sultan Perak kepada Sultan Ibrahim.
Pada 11 Jul 1823, Sultan Ibrahim dari Selangor dan Sultan Abdul Malik Mansur Shah dari Perak sekali lagi berbalah mengenai syarat perjanjian yang dibuat oleh Selangor yang akan ditandatangani iaitu;
a. semua cukai ke atas hasil timah yang dipungut di negeri Perak hendaklah dibahagikan dua kepada kerajaan Perak dan kerajaan Selangor dan cukai itu dikenakan sebanyak $12.00 setiap bahara
b. semua peniaga Selangor mestilah dibenarkan berniaga secara bebas di negeri Perak kecuali di dalam perniagaan bijih timah
c. jikalau terdapat rakyat Perak yang melarikan diri ke Selangor atau sebaliknya, maka untuk menebus kembali orang itu hendaklah membayar $10.00 setiap tebusan kecuali kerabat-kerabat Sultan Perak dan Selangor.
Tidak lama kemudian Perak telah diserang dan ditakluki oleh Siam. Pada tahun 1824, Sultan Ibrahim telah menyerang dan menakluki Perak dan menghalau orang-orang Siam dari Perak. Mereka juga merampas 40 perahu Siam yang membawa 205 bahara bijih timah dari kerajaan Perak sebagai ufti ke negeri Siam. Namun kerajaan Perak yang tidak suka cara Sultan Ibrahim mengatasi masalah serangan Siam di Perak itu telah meminta bantuan dari Siam pada Jan 1825 untuk menyerang Selangor.
Pada 28 Apr 1825, Governor Robert Fullerton di Pulau Pinang telah mengutus surat kepada Siam agar jangan melancarkan sebarang serangan ke atas Selangor. Pada 31 Jul 1825, Captain Henry Burney telah datang ke Ligor untuk berunding dan menandatangani perjanjian sementara dengan Raja Ligor agar tidak lagi menyerang Selangor pada masa hadapan.
Di dalam perjanjian itu telah dinyatakan bahawa
a. Raja Ligor tidak dibenarkan menyerang Selangor dan Perak
b. Inggeris hendaklah menghalau Raja Hasan dari Selangor yang diarahkan untuk mengutip cukai oleh Sultan Ibrahim di Kuala Bidor di Perak
c. Sultan Ibrahim tidak dibenarkan untuk mengancam atau menyerang Perak
Pada 10 Ogos 1825, Governor Robert Fullerton di Pulau Pinang telah menghantar seorang pegawainya yang bernama John Anderson untuk berunding dengan Sultan Ibrahim di Kuala Selangor bagi menyelesaikan perbalahan di antara negeri Selangor dan negeri Perak. 10 hari selepas itu pada 20 Ogos 1825, John Anderson berjaya membuat satu perjanjian dengan Sultan Ibrahim bagi pihak kerajaan Perak dan menetapkan Sungai Bernam sebagai sempadan di antara negeri Selangor dan Perak.
‘Anderson’s Treaties with Seangor (20 Aug 1825) and with Perak (6 Sep 1825) fixed the boundary between Perak and Selangor at the Bernam River.’ (61) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘The agreement with Holland also recognized Dutch political supremacy in Sumatra and British control of Singapore and formally, at least, preserved the right of British subjects to trade in those areas of the Archipelago under Dutch control.’ (Introduction ) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Dalam perjanjian itu juga Sultan Ibrahim telah berjanji tidak akan mengancam atau menyerang negeri Perak dan tidak akan campurtangan hal-ehwal dan urusan pemerintahan negeri Perak dan Raja Hasan akan dipanggil balik dengan segera. Pada 6 Sep 1825, John Anderson telah pergi ke Perak dan melakukan perkara yang sama dengan Sultan Perak.
Namun tidak lama selepas itu Sultan Ibrahim telah menyuarakan ketidakpuashatinya kepada Governor Robert Fullerton di Pulau Pinang terhadap perjanjian dengan John Anderson itu. Baginda menyatakan bahawa dia tidak akan menyetujui perjanjian itu selagi Sultan Perak tidak membayar hasil cukai ke atas hasil timah seperti yang telah dipersetujui di dalam perjanjian pada 11 Jul 1823 yang lalu. Jumlah cukai itu adalah separuh daripada nilai cukai yang dikenakan iaitu sebanyak $12.00 setiap bahara.
Namun pada masa yang sama Governor Robert Fullerton mahukan Sultan Ibrahim membayar gantirugi sebanyak $2000.00 kepada kerajaan Siam terhadap rampasan 40 perahu Siam yang membawa bersama 205 bahara bijih timah sebagai ufti kerajaan Perak ke negeri Siam pada tahun 1824 yang lalu. Sultan Ibrahim membantah dan menolak kemahuan Inggeris itu. Lalu Governor Robert Fullerton pun menyuruh Sultan Ibrahim agar tidak membuat kecoh dan patuh kepada perjanjian yang telah dibuat.
Pada 20 Jun 1826, pihak British yang diwakili oleh Captain Henry Burney telah menandatangani satu perjanjian bagi pihak Sultan Ibrahim dan Sultan Perak dengan orang-orang Siam di Bangkok. Dalam perjanjian itu, kerajaan Siam tidak dibenarkan melakukan sebarang ancaman ke atas Perak dan Selangor. Tidak lama selepas itu pada 27 Okt 1826, Sultan Ibrahim pun mangkat di Kuala Selangor.
Rentetan-rentetan sejarah di atas menunjukkan betapa rapatnya Inggeris dan Selangor yang kemudiannya sekali lagi bekerjasama di dalam usaha menghalang kebangkitan orang-orang Mandailing di Selangor. Ia juga menunjukkan sultan-sultan yang memerintah Perak dan Selangor ketika itu telah pun dipermain-mainkan dan dijadikan alat untuk mengembangkan pengaruh dan kuasa Inggeris.
BRITISH BERSEDIA UNTUK BERPERANG
Pada awal bulan Apr 1872, James Guthrie Davidson yang merupakan seorang peguam dan seorang peniaga yang kaya tiba di Kelang dan bertemu dengan Tengku Kudin yang telah mempelawanya untuk datang ke sana. Dia ditemani oleh seorang rakannya iaitu Frank A. Swettenham. Pada masa itu J.G. Davidson ada berurusan dan berhubungan dengan Syarikat Guthrie & Co. Malahan dia merupakan cucu kepada Alexander Guthrie yang merupakan pengasas empayar perniagaan Guthrie yang terkenal di seluruh dunia. Ibunya merupakan anak perempuan kepada Alexander Guthrie.
‘He came to Singapore in 1861 where his uncle James Guthrie owned the commercial firm of Guthrie & Co. He was admitted to the bar and entered into partnership with R.C. Woods.’ (xxiv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘It was Davidson who first took Swettenham to Selangor on a sight-seeing trip in 1872.’ (59) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Dari Kelang, mereka bertolak untuk melawat Kuala Lumpur. Lawatan itu bukan satu lawatan biasa. Lawatan itu adalah untuk meninjau sejauh mana potensi Kuala Lumpur dari segi nilai ekonomi. Selepas lawatan itu mereka berbincang tentang permintaan Tengku Kudin untuk mendapatkan bekalan wang dan bantuan senjata api daripada James G. Davidson. Pada dasarnya James G. Davidson bersetuju untuk menolong Tengku Kudin. Ini ialah kerana dia melihat potensi perniagaan bijih timah yang lumayan di Kuala Lumpur sebagai ganjaran pertolongannya kepada Tengku Kudin.
Pada 20 Apr 1872, kapal perang Pluto Prince telah tiba ke Kelang dengan membawa C.J. Irving dan Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munsyi untuk bertemu Tengku Kudin. Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi adalah seorang jurubahasa yang dipinjamkan oleh Maharaja Abu Bakar dari Johor kepada pihak Inggeris.
Dalam pertemuan itu, Tengku Kudin telah meminta bantuan C.J. Irving untuk memujuk Sultan Abdul Samad yang bersemayam di bandar Termasa supaya menyerahkan seluruh kerajaan Bugis Selangor untuk dijaga oleh Tengku Kudin dan segala hak dan hasil pungutan cukai akan dikendalikan oleh Tengku Kudin. Dalam hal ini, segala kos pentadbiran kerajaan Bugis Selangor akan ditanggung oleh Tengku Kudin. Sebagai balasannya, Tengku Kudin akan membayar balik wang pungutan cukai yang selebihnya kepada Sultan Abdul Samad atau lain-lain individu yang dikehendaki oleh Sultan Abdul Samad.
Tengku Kudin juga menghasut C.J. Irving dengan mengatakan putera-putera Sultan Abdul Samad di bandar Termasa itu malas-malas belaka, menghisap candu dan bergaul dengan orang-orang jahat. Ini akan mengakibatkan berlakunya kekacauan dan pergaduhan yang akhirnya menjejaskan kegiatan ekonomi. Tambahan pula menurutnya, putera-putera Sultan Abdul Samad itu suka mendengar dan mempercayai khabar-khabar angin dan berita-berita palsu. Mereka juga dikatakan kurang pintar dan kurang matang. Keadaan ini boleh mengakibatkan ketidakstabilan dan kemerosotan perniagaan bijih timah yang akan memberi kesan buruk kepada Inggeris. Pada masa yang sama menurut Tengku Kudin, Raja Yaakob, Raja Kahar dan Raja Musa itu menyebelahi Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur dan memusuhi Inggeris.
Tengku Kudin memujuk C.J. Irving agar melapurkan perkara itu kepada Sultan Abdul Samad dengan syarat C.J. Irving hendaklah menyatakan bahawa segala hasutan tadi bukannya datang dari dirinya tetapi adalah pendapat C.J. Irving sendiri atau pendapat pihak Inggeris. Ini dilakukan supaya Sultan Abdul Samad tidak menjadi murka dan merosakkan rancangan sulit dirinya. Namun dalam hal ini ternyata Tengku Kudin cuba melaga-lagakan, mengadu-domba dan menimbulkan perpecahan di antara Sultan Abdul Samad dan putera-puteranya. Tengku Kudin juga ingin menjatuhkan putera-putera Sultan Abdul Samad supaya dia sendiri akan berkuasa sepenuhnya dan dapat memerintah Selangor secara mutlak.
Di dalam perbincangan itu juga dapat diketahui bahawa Tengku Kudin pada masa itu telah pun berhutang kepada Lim Teik Yee dari Melaka sebanyak $70,000.00. Hasil pungutan cukai Tengku Kudin di Kelang pada masa itu hanyalah berjumlah lebih kurang $30,000.00 setahun. Semua urusan pengurusan wang itu dilakukan oleh panglima perang Tengku Kudin yang bernama Sayid Zain.
Pada masa itu Tengku Kudin tinggal di sebuah rumah di kubu Pangkalan Batu. Kubu Pangkalan Batu di atas Bukit Pangkalan Batu di Kelang itu pernah diduduki oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar dan pernah juga ditakluki oleh pihak Raja Mahadi. Kini Tengku Kudin telah menguasai kubu tersebut dan menjadi pemerintah di sana.
Kubu yang berupakan kota batu yang berbentuk 4 segi itu adalah sepanjang 300 kaki. Kota itu pernah rosak teruk semasa Perang Kelang dan kini sedang diperbaiki untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan tercetusnya peperangan yang baru. Di sekeliling kawasan luar kubu itu terdapat rumah-rumah atap yang kecil tempat tinggal askar-askar Punjabi Inggeris.
Di dalam kota terdapat sebuah rumah atap yang menjadi pejabat Tengku Kudin dan pengikut-pengikutnya. Di situ juga terletaknya pejabat Raja Ismail anak kepada Raja Abdullah bin Raja Jaafar. Di tengah-tengah kota itu, terdapat sebuah rumah atap besar berdinding papan yang merupakan tempat tinggal Tengku Kudin dan anak-isterinya. Di dalam rumah itu terdapat 2 ekor anjing besar jenis anjing Inggeris. Seekor berwarna perang lembut yang diikat di bahagian belakang rumah dan seekor lagi anjing besar berwarna hitam diikat di kaki meja makan. (97) – Buyong Adil.
Semasa C.J. Irving dan Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munsyi bertemu dengan Tengku Kudin, mereka telah dijamu oleh Tengku Kudin dengan masakan-masakan barat yang dilengkapi dengan jamuan minuman keras yang berjenama Sherry. Semasa Sayid Zain membuka ikatan rantai besi pada anjing-anjing itu, anjing-anjing itu pun berkeliaran dan terus menuju ke tuan mereka iaitu Tengku Kudin. Anjing-anjing itu pun menjilat dan mencium Tengku Kudin.
Tidak jauh dari rumah Tengku Kudin itu, terdapat sebuah tempat menyimpan ubat bedil yang digali di dalam tanah dan diikat dengan batu. Terdapat sebatang tiang bendera yang mengibarkan bendera Selangor pada masa itu yang berjalur merah-putih dan mempunyai 1 bintang putih di penjuru sebelah kiri bendera itu. Di sini juga terdapat beberapa pucuk meriam besi dan sepucuk meriam tembaga.
Kelang pada masa itu mempunyai 3000 penduduk yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Arab, Inggeris, Cina, Punjabi, India dan lain-lain lagi. Di sana, Tengku Kudin telah menempatkan sepasukan askar Melayu dari Kedah pimpinan Panglima Perang Sayid Zain bin Sayid Mohammad Puteh Al-Habshi, Panglima Hitam Kedah, Sheikh Abdul Mohit Baktal, Penghulu Hamzah Padang Terap, Ali Mamat dan de Fontaine serta sepasukan askar Punjabi Inggeris.
Terdapat 400 buah rumah di Kelang yang hampir kesemuanya diperbuat daripada atap daun. Di sini terdapat sebuah stesyen pengangkutan, jambatan, surau, penjara, balai polis serta rumah sakit (hospital). Kesemuanya merupakan rumah atap. Di sini juga terdapat sebuah rumah atap limas yang agak besar, berdinding separuh batu dan separuh papan. Ia adalah rumah yang baru sahaja diperbaiki pada ketika itu. Tingkat atas adalah sebuah pejabat manakala di tingkat bawah yang sangat kotor itu adalah tempat menyimpan bijih-bijih timah yang dicukai.
Terdapat banyak rumah atap yang baru didirikan secara berderet di kiri kanan jalan. Kebanyakan rumah-rumah atap itu merupakan kedai-kedai yang dimiliki oleh orang-orang Cina dan Melayu. Banyak rumah-rumah atap itu disewakan kepada orang luar dengan kadar sewa yang agak mahal pada ketika itu iaitu $3.00 ke $6.00 untuk sebuah rumah.
Pada masa itu terdapat 8 buah jalan yang telah dibina. Tengku Kudin menamakan jalan-jalan itu dengan nama Inggeris seperti berikut;
a. King Street
b. China Street
c. Beach Street
d. Market Street
e. Wharf Street
f. Chulia Street
g. Hospital Street
h. Mosque Street
Jalan-jalan baru juga sedang dibina dengan menggunakan 16 banduan yang dikerah untuk membina jalan. Pada masa itu tidak terdapat sebarang kereta kuda. Yang ada cuma 90 buah kereta lembu. Malahan Kelang dikelilingi oleh hutan rimba yang padat dan banat. Tidak ada orang yang mengusahakan kebun atau dusun dan tidak ada sebarang aktiviti penanaman padi. Yang ada hanyalah tanaman tebu dan pisang di halaman rumah di sekitar Kampung Rawa. Segala makanan dan barang-barang keperluan adalah dibeli dari Melaka.
Pada 21 Apr 1872, rombongan C.J. Irving telah bertolak ke bandar Termasa untuk bertemu dengan Sultan Abdul Samad. Kedatangan mereka disambut baik oleh Sultan Abdul Samad. Dalam pertemuan itu, C.J. Irving telah menghasut Sultan Abdul Samad seperti yang dirancangkan oleh Tengku Kudin untuk menyingkirkan Raja Musa dan Raja Yaakub. Sultan Abdul Samad bersetuju. Lalu C.J. Irving pun mendesak agar Sultan Abdul Samad memberikannya sepucuk surat yang mengarahkan Raja Musa dan Raja Yaakub segera pulang ke bandar Termasa. Setelah menerima surat itu, C.J. Irving pun bertolak ke Kuala Selangor.
Dalam perjalanan ke Kuala Selangor, C.J. Irving singgah ke Klang. Tengku Kudin dan Sayid Zain pun datang bertemu dengan C.J. Irving. Dalam perbualan itu, Tengku Kudin juga menyatakan bahawa Wan Aman anak saudara kepada Bendahara Wan Ahmad yang kini ditahan oleh orang-orang Sayid Mashur di kubu Ulu Yam Lama seelok-eloknya disingkirkan juga.
Keesokan harinya pada 22 Apr 1872, kapal perang Pluto Prince yang merupakan kenaikan C.J. Irving dan Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munsyi telah bertolak dan tiba di Kuala Selangor dengan dinaiki oleh tentera Tengku Kudin pimpinan Sayid Zain, Panglima Hitam Kedah, Sheikh Abdul Mohit Baktal, Penghulu Hamzah, Ali Mamat dan de Fontaine serta menunda 2 buah tongkang yang lain.
Di sana putera Sultan Abdul Samad, Raja Yaakub, telah menyambut rombongan C.J. Irving itu. Manakala Raja Musa pula langsung tidak mahu bertemu dengan C.J. Irving. Selepas menjemput Raja Yaakub naik di atas kapal perang Pluto Prince, C.J. Irving menunjukkan surat dari Sultan Abdul Samad yang memerintahkan Raja Musa dan Raja Yaakub pulang segera ke bandar Termasa. C.J. Irving juga memaksa Raja Yaakub supaya menandatangani sebuah lagi surat yang disediakan oleh Tengku Kudin yang menyatakan bahawa Raja Yaakub bersetuju menyerahkan seluruh Kuala Selangor kepada Tengku Kudin melalui wakilnya de Fontaine. Setelah menandatangani surat tersebut dan ditipu oleh C.J. Irving, Raja Yaakub terus meninggalkan kapal perang Pluto Prince dan pulang ke Kuala Selangor.
De Fontaine dan tentera Tengku Kudin pun memasuki Kota Bukit Melawati dan mengambilalih pemerintahan di seluruh Kuala Selangor daripada Raja Yaakub. Raja Musa kemudiannya turut meninggalkan Kuala Selangor dan berpindah ke Kuala Langat. Selepas itu, C.J. Irving dan Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munsyi pun bertolak ke Pulau Pinang dengan kapal perang Pluto Prince.
EPISOD 22
TUANKU RAJA LAUT BERSEDIA
PERTAHANKAN KUALA LUMPUR
Pada awal bulan Mei 1872, Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi bersama-sama dengan Jabunus @ Tok Bunus, Jamogek, Jalumat, Nakhoda Kuning dan 50 anggota pasukan Laut Padri bertolak ke Bandar Termasa untuk mengadap Sultan Abdul Samad bagi memohon keampunan bagi orang-orang Mandailing dan meminta Sultan Abdul Samad menarik balik pengistiharan penghapusan bangsa Mandailing yang dibuat pada 25 Ogos 1870 yang lalu.
Namun sebelum perahu Tuanku Raja Laut tiba di Istana Jugra, Jamogek ketua peninjau baginda tergopoh-gapah mengayuh sampan ke arah kapal baginda dan menyatakan bahawa terdapat beberapa orang Inggeris di dalam kawasan Istana Sultan Abdul Samad. Tuanku Raja Laut tidak boleh menunjukkan diri di hadapan pegawai-pegawai British kerana pihak British sudah lama memburu baginda.
Tuanku Raja Laut merasa cemas. Di dalam peperangan masa itu lebih berharga dari emas. Sebarang kelambatan akan menyebabkan kehancuran yang dahsyat. Lantas Tuanku Raja Laut membawa semua anggota pasukan Laut Padri baginda pulang ke Kampung Kajang kerana tidak ada gunanya menanti bulan jatuh ke riba. Adalah lebih baik baginda pulang ke Kajang dan membina pasukan perang daripada membuang masa ke atas satu usaha yang belum tentu hasilnya.
Yang bermain di fikiran Tuanku Raja Laut pada masa itu hanyalah satu. Sama ada
membawa orang-orang Mandailing dan pasukan Dana Padri keluar dari Kuala Lumpur
atau berkubu dan terus mempertahankan Kuala Lumpur hingga ke titisan darah yang terakhir
TUANKU RAJA LAUT MENGUMPULKAN PEJUANG MANDAILING DI KAJANG
Setibanya Tuanku Raja Laut dan pengikut-pengikut baginda di Kajang (Kampung Lipat Kajang di Ulu Langat), baginda berbincang dengan beberapa orang kanan baginda mengenai masa depan perjuangan Padri di Tanah Melayu. Dalam perbincangan itu, Tuanku Raja Laut bertegas untuk mempertahankan pelaburan Dana Padri di Kuala Lumpur. Ini ialah kerana baginda melihatkan
a. keadaan Perang Padang Lawas yang sangat genting di Tanah Besar Sumatera yang memerlukan bantuan kewangan yang banyak dan tidak putus tidak memungkinkan pasukan Dana Padri untuk memulakan pelaburan baru di tempat lain di luar Kuala Lumpur yang semestinya akan mengambil masa yang panjang bagi memastikan pulangan yang lumayan
b. pelaburan baru Dana Padri itu pula tidak menjamin keuntungan dan hasil yang lumayan seperti yang dikecapi oleh pasukan Dana Padri di Kuala Lumpur
c. berdasarkan kekuatan tentera di Bandar Termasa, Tuanku Raja Laut yakin pertahanan dan kekuatan tentera Bugis Selangor tidaklah sekuat yang disangkakan
d. keadaan politik negeri Selangor yang masih kucar-kacir dan tidak menentu
Keesokkan harinya baginda memulakan pencarian dan pengambilan seberapa banyak pejuang yang mampu bertempur di sekitar Kajang. Ini ialah kerana Tuanku Raja Laut hanya membawa 50 orang pejuang pasukan Laut Padri ke Tanah Melayu.
PASUKAN LAUT PADRI MEMBINA KUBU PETALING BATU
Setelah mengumpulkan 200 pejuang dari Kajang, Tuanku Raja Laut membawa 50 pejuang pasukan Laut Padri bersama dengan 200 pejuang tersebut bergerak dari Kajang ke Kuala Lumpur pada akhir bulan Mei 1872.
‘... Raja Laut at Kajang and approaches Kuala Lumpur from the south and arriving at Petaling Batu.’ (73) – Middlebrook dan Gullick.
Pada hari yang sama Tuanku Raja Asal telah membawa 100 anggota pasukan Dana Padri dan 500 pejuang Mandailing yang diketuai oleh Imam Perang Malim Panjang dan Imam Perang Jabarumun bergerak ke arah Kajang.
‘Raja Asal and Raja Laut must have reached Petaling Batu about the beginning of May ... it may have been a little earlier or a little later, but it can scarcely have been before the middle of April or after the middle of May.’ (73) – Middlebrook dan Gullick.
Setibanya di satu tempat di pertengahan jalan dekat Sungai Besi, pejuang-pejuang Mandailing ini bertemu dan berkumpul. Di sana, Tuanku Raja Laut bersumpah akan berjuang habis-habisan mempertahankan pelaburan Dana Padri di Kuala Lumpur hingga ke titisan darah yang terakhir. Lalu baginda menggabungkan semua pejuang yang ada menjadi satu iaitu pasukan Padri. Jelaslah bahawa Tuanku Raja Laut telah mengambilalih pucuk pimpinan pasukan Padri dan orang-orang Mandailing di Tanah Melayu.
‘At the spot where they camped, and hastily built defensive stockades, they were only 3 miles from Kuala Lumpur.’ (74) – Middlebrook dan Gullick.
Tanpa membuang masa lagi, Tuanku Raja Laut mengarahkan pejuang-pejuang Mandailing segera membina sebuah kubu perang di satu tempat yang dikenali sebagai Petaling Batu lebih kurang 3km dari Kuala Lumpur. Lantaran itu kubu tersebut turut dipanggil kubu Petaling Batu. Kubu Petaling Batu dikelilingi oleh parit yang dalam yang terdapat ranjau-ranjau yang tajam dan boleh membunuh jika ada yang terjatuh ke dalam parit atau tidak sengaja terpijakkan ranjau tersebut semasa mengharungi parit berkenaan.
Kubu Petaling Batu dianggap penting dan strategik kerana ianya menghala ke arah Kelang yang merupakan pusat pentadbiran British dan Tengku Kudin. Ia juga terletak di tengah-tengah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kajang di Ulu Langat yang merupakan perkampungan rahsia dan tersembunyi keluarga anggota pasukan Laut Padri.
‘The place where the two Rajas camped must have been about half way between Salak South and Pudu, close to north end of the present Kuala Lumpur Airfield.’ (69) – S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick.
- Kubu perang
Kuala Lumpur
Kubu Petaling Batu
Kubu
Kota
Permulas
Kubu Bukit Nanas
ke Kelang ke Pahang
Semasa berehat dari kerja pembinaan kubu tersebut, Tuanku Raja Laut menegaskan kepada semua pejuang Mandailing bahawa baginda dan pasukan Padri tidak sekali-kali berniat untuk melancarkan sebarang permusuhan terhadap British, Tengku Kudin ataupun Sultan Abdul Samad. Namun apabila British, Tengku Kudin dan Sultan Abdul Samad mengistiharkan pembunuhan beramai-ramai ke atas bangsa Mandailing pada 25 Ogos 1870 yang lalu, baginda merasakan orang-orang Mandailing tidak ada pilihan yang lain kecuali terus berjuang mempertahankan Mandailing hingga ke titisan darah terakhir.
Tuanku Raja Laut adalah seorang pakar strategi peperangan yang telah terlibat dalam peperangan demi peperangan sejak 1816 lagi apabila Tanah Mandailing telah ditakluki oleh angkatan Jihad Padri dari Minangkabau. Dengan pengalaman yang sebegitu luas, Tuanku Raja Laut menganggap Perang Kuala Lumpur sebagai salah satu peperangan yang lain yang biasa diharungi oleh baginda. Namun baginda hanya mempunyai masa yang singkat sebelum Kuala Lumpur dan Mandailing diserang musuh.
Berdasarkan sistem pertahanan yang dibina oleh Tuanku Raja Laut, pihak musuh yang datang dari Kelang akan berhadapan dengan pejuang Mandailing di kubu Petaling Batu. Tambahan pula berdekatan dengan Cheras, terdapat sebuah lombong kepunyaan Tuanku Raja Asal yang mengeluarkan hasil yang agak lumayan dan penting untuk sumber kewangan Dana Padri. Lantaran itu sebuah kubu perang adalah perlu bagi mempertahankan dana pelaburan Padri di lombong bijih itu. Di kubu Petaling Batu, Tuanku Raja Laut akan menempatkan pasukan Laut Padri untuk menjaga dan mempertahankan kubu tersebut.

EPISOD 23
PERANG KUALA LUMPUR
‘... defeating the enemy before they could become
firmly established there.’
S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick.
Apabila Britishdan Tengku Kudin @ Tengku Zia’u’ddin mendapat tahu bahawa terdapat sekumpulan pejuang Melayu yang merupakan pejuang Jihad Padri dari Tanah Besar Sumatera sedang membina sebuah kubu perang di Petaling Batu, Tengku Kudin yang berada di Kelang segera mengarahkan angkatan perang British, Cina dan Kedah untuk bersiap-sedia menyerang kubu Petaling Batu. Ini ialah kerana Britishdan Tengku Kudin merasakan kehadiran Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi dan pasukan Laut Padri merupakan satu ancaman besar bagi British.
‘...defeating the enemy before they could become firmly established there.’ (74) - Middlebrook dan Gullick.
Agak aneh siapakah ‘the enemy’ yang dimaksudkan di sini sedangkan ‘Raja Laut’ yang membina kubu Petaling Batu itu tidak pernah terbabit di dalam urusan politik di Tanah Melayu. Manakala rakannya Tuanku Raja Asal @ Jaasai pada ketika itumasih dianggap sebagai sekutu Inggeris dan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy.
Namun gelaran ‘the enemy’ itu tepat kerana pasukan Laut Padri pimpinan Tuanku Raja Laut telah banyak merampas dan memusnahkan harta-benda Inggeris di Selat Melaka. Ini bersesuaian dengan lawatan Gabenor Negeri-Negeri Selat pada masa itu iaitu Governor Sir Harry Ord ke Kuala Langat untuk bertemu dengan Sultan Abdul Samad bagi membincangkan masalah lanun yang kemudiannya disusuli oleh pengistiharan penghapusan bangsa Mandailing pada 25 Ogos 1870.
Sebenarnya British telah mendapat maklumat dan mengesan kedatangan sebuah kumpulan ‘lanun’ yang telah lama mereka buru. Malahan musuh mereka yang bahaya itu sedang membina sebuah kubu perang di Bukit Petaling Batu. Ini disebut sebagai
‘All the troops were place under the command of Van Hagen, and as soon as possible he advanced to Petaling Batu, with the object of defeating the enemy...’ (74) - Middlebrook dan Gullick.
Lantaran itu Tengku Kudin segera mengarahkan angkatan perang Inggeris, Cina dan Kedah untuk bersiap-sedia menyerang kubu Bukit Petaling Batu itu. Ini ialah kerana Britishdan Tengku Kudin merasakan pembinaan kubu perang tersebut merupakan satu ancaman besar bagi British.
Pada akhir bulan Jun 1872 sebelum sempat kubu Petaling Batu siap dibina sepenuhnya, seketumbukan besar 2300 tentera yang terdiri daripada
a. Captain Van Hagen, Captain Cavalieri, Raja Layang dan 100 tentera British
b. Panglima Perang Sayid Zain bin Sayid Mohammad Puteh Al-Habshi, Panglima Hitam Kedah, Sheikh Abdul Mohit Baktal, Penghulu Hamzah Padang Terap, Ali Mamat dan de Fontaine dan 200 tentera Kedah dari Kelang
c. Yap Ah Loy, Chung Piang dan 2000 tentera Cina dari Bukit Pudu
bergerak dari Kelang dan tiba di luar kubu Petaling Batu. Lalu mereka membina sebuah perkhemahan perang serta beberapa buah kubu kecil bertentangan dengan kubu Petaling Batu.
‘He camped opposite their stockades, and the following morning began an attack on their positions.’ (74) – Middlebrook dan Gullick.
‘Syed Zin bin Syed Puteh Al-Habshi, a Penang Malay of Arab descent, was Tengku Zia’u’ddin’s agent and right hand man.’ (127) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Yap Ah Loy dan orang-orang Cina menyertai angkatan perang Tengku Kudin dan British itu tanpa mengetahui bahawa dia akan berhadapan dengan kawan karib yang dikhianati olehnya iaitu Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing. Ini ialah kerana dia diberitahu oleh Britishdan Tengku Kudin bahawa sekumpulan musuh atau ‘lanun’ dari Tanah Besar Sumatera sedang membina sebuah kubu perang di Petaling Batu.
100 tentera British yang terlatih dan dilengkapi dengan senjata yang paling canggih ketika itu dan dipimpin oleh 2 orang kapten berbangsa Eropah pada awal kurun ke 19 dianggap sebagai satu bala tentera yang besar dan kuat yang mampu melancarkan serangan dan menakluki sesebuah negeri di Tanah Melayu. Sudah pasti jaguh-jaguh kampung dari Mandailing tidak akan mampu menghadapi serangan peluru istinggar dan meriam Inggeris yang dianggap sebagai senjata paling moden dan canggih pada masa itu. Tambahan pula tentera-tentera Punjab yang dilatih oleh British itu sangat gagah lagi berani. Ternyata Britishdan Tengku Kudin benar-benar mahu menghancurkan kedudukan orang-orang Mandailing di Selangor.
Awal-awal pagi lagi, Tuanku Raja Laut dan 800 pejuang-pejuang Mandailing sudah sedia berbaris bukan di dalam kubu perang Petaling Batu, sebaliknya di lur kubu betul-betul di hadapan perkhemahan angkatan perang British, Tengku Kudin dan Yap Ah Loy.
Pejuang-pejuang Mandailing ini turut diperkuatkan oleh pahlawan-pahlawan terbilang seperti Tuanku Raja Asal, Jabunus @ Tok Bunus, Jamoget, Jalumat, Jaakub, Nakhoda Kuning, Imam Perang Berantai @ Imam Perang Jabarumun, Imam Perang Malim Panjang, Dato Kelana Japaruhum, Jabintang, Jabaringin, Jabalun, Jaboji, Jamalintang, Jamangitung Serigala Tonga, Sutan Mogal Babiat Jolma dan lain-lain lagi.
Begitu juga dengan pahlawan-pahlawan Rawa seperti Dato Hulubalang Haji Marusin, Haji Muhammad Taib dan Haji Zakaria, pahlawan-pahlawan Kampar seperti Manda Usman, Lanah, pahlawan-pahlawan Bengkulu seperti dan Kerinci iaitu Dipati Rawang, Imam Perang Mangku dan Imam Perang Alam, pahlawan Tolu Abdul Wahab Tolu serta Sayid Kenang dan keluarga seperti Sayid Yusuf, Siti Sari dan Siti Puteh.
Jika dibandingkan dengan pejuang-pejuang Mandailing yang lain, ternyata anggota-anggota pasukan Padri adalah pejuang-pejuang yang sangat disegani disebabkan disiplin pasukan yang begitu tinggi, latihan ketenteraannya yang sistematik, pengalaman perang yang begitu luas serta matlamat dan fokus perjuangan yang jelas, tetap dan satu.
Manakala pejuang-pejuang Mandailing yang lain lebih kepada pahlawan-pahlawan suku kaum yang sering berperang mengikut perasaan, kekuatan serta kegagahan masing-masing. Mereka tidak begitu teratur, suka bertindak sendirian, menunjukkan kegagahan dan kadangkala menggunakan strategi berperang secara amuk. Mereka juga tidak boleh diharapkan sepenuhnya ke atas suatu tanggungjawab yang telah diberikan.
Belum sempat Tuanku Raja Laut dan orang-orang Mandailing melancarkan serangan pertama, Captain Van Hagen, Captain Cavalieri, Raja Layang serta 2300 tentera menembak dan menyerang barisan hadapan pejuang-pejuang Mandailing. Tuanku Raja Laut segera menjerit dan memimpin barisan hadapan yang merupakan pasukan Padri menerkam ke medan perang.
Alangkah terperanjatnya Yap Ah Loy apabila mendapati sebahagian daripada pasukan perang yang menunggu dan menentang mereka itu tidak lain dan tidak bukan adalah rakan-rakan karib yang telah dikhianatinya iaitu Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing. Ini ialah kerana dia telah diberitahu oleh British dan Tengku Kudin bahawa mereka akan menyerang sebuah kubu yang sedang dibina dan dipertahankan oleh sekumpulan musuh atau ‘lanun’ yang datang dari Tanah Besar Sumatera.
‘Only when Raja Asal appeared at Petaling Batu was his treachery revealed to Ah Loy and his allies.’ (73) – Middlebrook dan Gullick.
Ini menunjukkan bahawa tentera British dan Yap Ah Loy pada masa itu tidak mengetahui atau menyangka Tuanku Raja Asal merupakan sebahagian daripada pasukan Padri atau ‘the enemy’ yang diburu oleh British selama ini.
Berlakulah satu pertempuran yang amat dahsyat. Jerit-pekik riuh-rendah kedengaran di tengah-tengah medan pertempuran itu. Parit yang mengelilingi kubu Petaling Batu bertukar menjadi merah bermandikan darah. Pertempuran itu berlarutan selama 3 hari 3 malam berturut-turut.
‘The battle was fought just beyond the Chinese cemetery, that is at a point about a mile south of Pudu and near what is now the main road to Kajang. The battle lasted for three days.’ (74) – Middlebrook dan Gullick.
Setelah bertempur selama 3 hari berturut-turut, Captain Van Hagen, Captain Cavalieri dan 1570 anggota angkatan perang British, Cina dan Kedah tidak dapat lagi menahan serangan balas Tuanku raja Laut dan orang-orang Mandailing. Mereka segera berundur ke arah Pudu. Pada masa yang sama Tuanku Raja Laut dan orang-orang Mandailing memburu musuh yang berundur itu. 730 tentera Inggeris, Cina dan Kedah terbunuh.
Setiba di Bukit Pudu, Captain Van Hagen, Captain Cavalieri, Yap Ah Loy dan anggota angkatan perang British dan Cina termasuklah Yap Ah Loy, Van Hagen, Cavalieri dan Raja Layang segera berlindung di dalam ke kubu Yap Ah Loy di Bukit Pudu. Manakala tentera Kedah pimpinan Panglima Perang Sayid Zain bin Sayid Mohammad Puteh Al-Habshi dan Panglima Hitam Kedah pula berundur ke Kelang.
Walaupun bilangan pejuang-pejuang Mandailing itu jauh lebih kecil daripada angkatan perang British, Cina dan Kedah, namun mereka berjaya menewaskan lawan yang jauh lebih ramai. Kubu Petaling Batu berjaya dipertahankan oleh Tuanku Raja Laut dan pejuang-pejuang Mandailing. Kini British, Tengku Kudin, Yap Ah Loy dan kerajaan Bugis Selangor benar-benar tercabar dan terancam.
Tuanku Raja Laut segera mengarahkan orang-orang Mandailing memperbaiki kerosakan yang berlaku ke atas kubu di Petaling Batu bagi bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan melanda orang-orang Mandailing selepas ini. Manakala Tuanku Raja Asal dan pejuang-pejuang Mandailing yang lain pulang ke Kuala Lumpur bagi mempertahankan kubu orang-orang Mandailing di Bukit Nanas dan di Bukit Tabor.
Apabila mendapat tahu Tuanku Raja Laut berjaya melanyak angkatan perang musuh di Bukit Petaling Batu, Sutan Naposo @ Sutan Puasa dan 300 pengikut-pengikutnya datang ke Bukit Pudu bagi membantu pejuang-pejuang Mandailing di sana.
Pasukan Sutan Naposo ini termasuklah beberapa pahlawan yang handal seperti Sutan Bandero Raja @ Jamarilun, Jabarita, Jabolga, Jabanding, Jabernang, Jalaungan, Jabangunan, Japayung dan sebagainya.
Setelah mengalami kekalahan teruk di Petaling Batu itu, Tengku Kudin dan Yap Ah Loy telah memanggil pulang Imam Perang Bugis Muhammad Akil dan Nonggok @ Dato Dagang Haji Muhammad Tahir yang sedang memimpin 1000 tentera Bugis dan Melayu Batu Bara serta Chung Piang yang mengelapai 500 orang-orang Cina berkubu di Ulu Yam Lama dan mengepung selama 3 bulan kubu Sayid Mashur @ Che Soho di Kuala Kubu Lama. Maka terpaksalah Imam Perang Bugis Muhammad Akil dan Nonggok membawa 1000 tentera Bugis dan Melayu Batu Bara pulang ke Kelang.
Manakala Chung Piang membawa 500 orang-orang Cina berundur ke Bukit Pudu. Setibanya di pertengahan jalan di Rawang, Chung Piang dan 500 orang-orangnya diserang oleh Sayid Mashur dan orang-orangnya. Ramai orang-orang Cina terbunuh. Chung Piang dan orang-orangnya terpaksa bersusah-payah berundur secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat untuk mengelakkan korban yang lebih besar. Sayid Mashur telah membawa orang-orangnya termasuklah Sutan Bengkulu yang pada masa itu telah menyebelahi Sayid Mashur memburu Chung Piang dan orang-orang Cina yang cuba berundur kubu Bukit Pudu.
Akhirnya Chung Piang dan orang-orang Cina selamat sampai ke kubu Bukit Pudu dan bergabung semula dengan saki-baki tentera Yap Ah Loy yang kalah teruk dalam pertempuran di Bukit Petaling Batu.
Pada masa yang sama, Sutan Naposo dan 300 pengikut-pengikutnya tiba di luar kubu Bukit Pudu lalu mengepung kubu tersebut. Mereka kemudiannya disertai oleh Sayid Mashur, Sutan Bengkulu dan 400 pengikut-pengikutnya yang datang dari Rawang. Mereka segera melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas kubu Yap Ah Loy di Bukit Pudu. Pada masa yang sama, mereka menerima kedatangan Raja Amin bin Engku Sutan dan 100 orang Rawa dari Semenyih dan Raja Dolah seorang kerabat diraja Bugis dari Kelang.
‘Sayid Mashor with Mandailing and Rawa forces had cut off from the coast and all supplies the Kuala Lumpur garrison, consisting of two European officers, Van Hagen and Cavalieri and more than 80 sepoys.’ (28) – Winstedt 1934.
‘Raja Dolah was married to Raja Mahdi’s sister.’ (271) – Burns (The Journlas of F.A. Swettenham)
‘...like Syed Mashor and Raja Asal, moved north to the Perak border after being driven out of the Klang and Selangor districts. Dolah lived near Kuala Bernam.’ (271) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham.)
‘As soon as Sutan Puasa joined him, Mashor lead his combined forces in an attack on Yap Ah Loy’s positions.’ (74) – Middlebrook dan Gullick.
Oleh kerana pertahanan musuh di Bukit Pudu masih kukuh, maka Sayid Mashur, Sutan Naposo, Sutan Bengkulu, Raja Amin dan 800 pengikut-pengikut mengepung kubu Bukit Pudu dan menantikan pihak Inggeris dan Cina kehabisan makanan.Dari masa ke semasa, mereka melancarkan serangan bertalu-talu ke atas kubu Bukit Pudu. Pada waktu malam pula, Sayid Mashur telah membawa orang-orangnya melancarkan serangan waktu malam ke atas rumah-rumah orang Cina di Pudu.
‘... while Mashor and Raja Laut (Tuanku Raja Laut) kept the defender’s troop fully engaged ...’ (75) – S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick.
Sayid Mashur juga beberapa kali melakukan serangan hendap ke atas tentera British pimpinan Captain Van Hagen Captain Cavalieri dan Raja Layang yang berlindung di kubu Bukit Pudu namun serangan-serangan tersebut dapat ditangani oleh Van Hagen, Cavalieri, Raja Layang dan tentera Inggeris di bawah pimpinannya.
Melihatkan keadaan yang semakin bahaya dan semakin genting, Yap Ah Loy segera menghantar anak isterinya, sanak-saudaranya dan beberapa orang pembantu perempuan menyusup keluar dari kubu Bukit Pudu lalu bergerak pantas ke kubu Pengkalan Batu di Kelang. Rombongan ini diiringi oleh Yap Voon Lung, Tung Khun dansepasukan tentera khas yang lengkap dengan senjata.
Di Kelang pula, Tengku Kudin yang cemas melihatkan kejayaan orang-orang Mandailing bertolak ke Pekan, Pahang untuk berjumpa dengan Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad dan memohon agar bantuan ketenteraan yang dijanjikan oleh Wan Ahmad dapat disegerakan. Ini ialah kerana Tengku Kudin merasakan jika tentera Pahang tidak datang segera membantu tentera British, Cina, Kedah dan Bugis Selangor, seluruh Selangor akan jatuh ke tangan orang-orang Mandailing.
Setelah melanyak angkatan perang British, Cina dan Kedah pimpinan Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri di luar kubu Petaling Batu, Tuanku Raja Laut mengarahkan skuad peninjau Laut Padri yang dipimpin oleh Jamogek dan Jalumat untuk meninjau dan menjejaki pergerakan musuh di Bukit Pudu. Mereka mengawasi segala pergerakan tentera musuh yang sedang berlindung di dalam kubu Bukit Pudu dari jauh.

EPISOD 24
KEDATANGAN ENGKU RAHMAT DAN RAJA MAHMUD
DI KUALA LUMPUR
‘...while Mashor and Raja Laut (Tuanku Raja Laut) kept
the defender’s troop fully engaged ...
It was about this time Raja Mahdi, Mahmud and several of the other
Selangor chiefs (Engku Rahmat @ Raja Laut, Raja Berkat, Raja Endut)
came up from Lukut ...’
S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick.
Serangan ke atas kubu Petaling Batu ini berlaku semasa Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut, Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Berkat dan Raja Endut sedang berada di Sungai Ujung berlindung dengan Dato Bandar Tunggal Abdullah bin Ahmad. Malahan Engku Rahmat, Raja Mahmud dan Raja Endut berada di Sungai Ujung sehingga ke bulan Jul 1872.
Perkara ini dinyatakan oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick;
‘He (Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut) was in Lukut sheltering with the Dato Bandar, during the early part of 1872’ (113)
‘... where many of his followers such as Raja Laut (Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut) and Raja Mahmud were enjoying the Klana’s hospitality ...’ (128) - Wilkinson.
KEDATANGAN ROMBONGAN RAJA MAHMUD DAN ENGKU RAHMAT @ RAJA LAUT KE GOMBAK
‘At the beginning of July ... It was about this time Raja Mahdi, Mahmud and several of the other Selangor chiefs (Engku Rahmat @ Raja Laut, Raja Berkat, Raja Endut) came up from Lukut ...’ (75) - Middlebrook dan Gullick
Engku Rahmat, Raja Mahmud, Raja Berkat dan Raja Endut hanya muncul di Selangor pada 17 Jul 1872. Ini disebutkan dengan jelas oleh R.O. Winstedt;
‘On 17 July Mahmud, together with Raja Laut (Engku Rahmat @ Raja Laut, Raja Berkat, Raja Indut and a Chinese headman named Teoh Ah Chong, attacked Batu and Gombak with a force of 300 men. The villages were burnt and 4 Chinese killed and 18 wounded.’ (27)
‘Raja Laut’ yang berada di Sungai Ujung dan Lukut itu adalah Engku Rahmat anak luar nikah kepada Sultan Selangor terdahulu iaitu Sultan Muhammad Shah yang mangkat pada 1857 yang lalu. Dia menggunakan gelaran ‘Raja Laut’ walaupun dia bukan seorang lanun yang terkenal. Rombongan ‘Raja Laut’ yang menyerang Batu dan Gombak ini turut mengandungi seorang ketua Cina yang bernama Teoh Ah Chong dan pengikut-pengikut Cinanya.
‘RAJA LAUT’ @ ENGKU RAHMAT BERBEZA DENGAN TUANKU RAJA LAUT
Sedangkan pada bulan Mei 1872, S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick telah menyatakan bahawa;
‘Raja Asal dan Raja Laut must have reached Petaling Batu about the beginning of May ... it may have been a little earlier or a little later, but it can scarcely have been before the middle of April or after the middle of May.’ (73)
‘Raja Laut’ di Petaling Batu mempunyai seorang sahabat karib yang berbangsa Mandailing yang bernama Tuanku Raja Asal. Di sepanjang sejarah Kuala Lumpur dan Selangor, Engku Rahmat @ ‘Raja Laut’ tidak pernah bersahabat mahupun berurusan dengan Tuanku Raja Asal. Malahan boleh dikatakan bahawa Tuanku Raja Asal tidak kenal siapa Engku Rahmat itu.
Sedangkan ‘Raja Laut’ yang dimaksudkan di Petaling Batu ini telah terbabit dalam pertempuran kubu Petaling Batu bersama-sama dengan rakan karibnya Tuanku Raja Asal dan pengikut-pengikutnya yang tidak ada satu pun orang Cina di dalam pasukan tersebut;
‘All of whom must have been Malays.’ (74) - S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick
Timbullah satu persoalan besar bagaimana 2 orang ‘Raja Laut’ yang namanya sama tetapi orangnya berbeza timbul di 2 tempat yang berlainan iaitu di Petaling Batu dan Sungai Ujung? Ramai ahli-ahli sejarah termasuklah di Tanah Melayu mahupun ahli-ahli sejarah British sering menyamakan 2 ‘Raja Laut’ di tempat berbeza ini sebagai orang yang sama.
Engku Rahmat @ Raja Laut Selangor inilah yang telah mengelirukan ramai ahli sejarah disebabkan gelaran ‘Raja Laut’nya itu telah disalahfahamkan sebagai gelaran ‘Raja Laut’ yang merupakan gelaran kepada Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi dalam kebanyakan catatan dan buku sejarah.
Hampir semua ahli sejarah telah dikelirukan dengan kewujudan 2 ‘Raja Laut’ pada satu masa yang sama. Ramai di antara mereka mengambil jalan mudah dengan menganggap ‘Raja Laut’ yang bergabung dengan Tuanku Raja Asal di kubu Bukit Petaling Batu itu adalah Raja Laut Selangor @ Engku Rahmat. Ini disebabkan gelaran ‘Raja Laut’ yang dipakai oleh Engku Rahmat itutelah disalahfahamkan sebagai gelaran ‘Raja Laut’ yang merupakan gelaran kepada Tuanku Raja Laut.
Adalah tidak lojik jika Engku Rahmat yang tidak pernah terbabit dalam mana-mana peperangan di Tanah Melayu sebelum ini tiba-tiba muncul sebagai satu individu yang begitu menonjol dalam Perang Kuala Lumpur. Malahan sebelum itu Engku Rahmat langsung tidak dikenali oleh mana-mana pihak utama yang terbabit sama ada di dalam Perang Kuala Lumpur mahupun Perang Kelang sendiri.
Jelaslah bahawa ahli-ahli sejarah ini tidak pernah menjalankan kajian yang teliti serta hanya mengambil sudut pandangan Inggeris dalam penulisan semula sejarah Tanah Melayu tanpa mengambil kira pandangan pihak utama yang terbabit secara langsung dalam Perang Kuala Lumpur iaitu orang-orang Mandailing.
Sebaliknya setelah dikaji, dinilai semula dan disiasat secara terperinci sejarah-sejarah yang ditulis oleh semua pihak yang berperang pada masa itu;
a. British
b. Mandailing
c. Pahang
d. Cina
e. sejarah lisan Bugis dan Melayu Batu Bara di Selangor
didapati bahawa ‘Raja Laut’ yang melanyak angkatan perang British, Cina dan Kedah di Bukit Petaling batu itu adalah Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi yang merupakan ketua tertinggi pasukan Padri yang merupakan tunggak kekuatan pasukan perang orang-orang Mandailing.
Ini jelas berbeza dengan ‘Raja Laut’ di Sungai Ujung yang merupakan Engku Rahmat yang merupakan anak luar nikah Sultan Muhammad Shah di Selangor yang turut bernafsu merebut takhta kesultanan Selangor dari Sultan Abdul Samad. Dia adalah anak kedua Sultan Muhammad Shah yang merupakan adik kepada Raja Sulaiman yang merupakan bapa kepada Raja Mahadi.
‘Raja Laut (Engku Rahmat)was the second son of the late Sultan Muhammad and a brother of Raja Sulaiman (Mahdi’s father).’ (113) - Middlebrook dan Gullick.
‘Raja Laut’ di Sungai Ujung ini hanya terbabit dalam peristiwa serangan curi ke atas tentera British, Cina dan Kedah. Semasa berlakunya pertempuran kubu Bukit Petaling Batu, Engku Rahmat @ Raja Laut Selangor sedang berlindung dengan Dato Bandar Tunggal Abdullah bin Ahmad di Sungai Ujung. Malahan Engku Rahmat berada di Sungai Ujung sehingga ke bulan Jul 1872. (113) - Middlebrook dan Gullick.
Permasalahan timbulnya 2 ‘Raja Laut’ ini dibezakan di pada satu masa di 2 tempat berbeza sebagai;
‘... while Mashor and Raja Laut (Tuanku Raja Laut) kept the defender’s troop fully engaged ... It was about this time Raja Mahdi, Mahmud and several of the other Selangor chiefs (Engku Rahmat @ Raja Laut Selangor, Raja Berkat, Raja Endut) came up from Lukut ...’ (75) - Middlebrook dan Gullick.
‘On July 21 the Tengku Laksamana of Sungai Ujong, son of the Klana, reported that Raja Mahdi and his followers had already ascended the Linggi river in five sampans meeting Raja Laut (Engku Rahmat @ Raja Laut), Raja Mahmud and other of his adherents sheltered by the Dato Bandar.’ (27) - Winstedt 1934.
Sedangkan pada bulan Mei 1872, S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick telah menyatakan bahawa;
‘Raja Asal dan Raja Laut must have reached Petaling Batu about the beginning of May ... it may have been a little earlier or a little later, but it can scarcely have been before the middle of April or after the middle of May.’ (73)
‘Raja Laut’ @ Engku Rahmat tersebut telah cuba membantu diaknya Raja Mahmud untuk menuntut takhta pada 1877 kepada Birtisj.
‘’Mahmud claimed to be the rightful heir to the sultanate, a view which the British anthorities refused to accept. His brother, Raja Laut’ argued in 1877, that when his father died about 1855 he nominated in a last will Mahmud as his successor.’ (145) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
RAJA MAHADI TIDAK TERLIBAT DALAM PERANG KUALA LUMPUR
Sejak Nov 1871 lagi, Raja Mahadi berada di Pulau Bengkalis sedang mengumpulkan kekuatan perang bagi merampas kembali Kuala Klang dan Kuala Selangor. Di sana, Raja Mahadi berjaya mendapatkan 4 buah kapal kecil yang lengkap dengan senjata dan peluru. Dia turut mendapatkan pejuang-pejuang baru yang dikumpulkan dan dilatih oleh raja-raja di Siak.
Namun pada masa yang sama, Tengku Kudin telah mendapat tahu bahawa Raja Mahadi sedang berada di Siak untuk mengumpulkan kekuatan tentera, dia pun menghantar panglimanya Sayid Zain bin Sayid Mohammad Puteh Al-Habshi untuk pergi ke Singapura dan mengadu kepada Inggeris. Dari Singapura, Sayid Zain telah membawa sepucuk surat dari Inggeris dan berjumpa dengan pihak berkuasa Belanda di Pulau Bengkalis.
Pada masa yang sama setelah Kuala Selangor ditawan oleh Inggeris pada 6 Jul 1871, Raja Mahadi merasakan beliau perlu menguatkan bala tenteranya untuk merampas kembali Kuala Selangor dan Kuala Kelang. Raja Mahadi sedar beliau tidak boleh menentang secara bersendirian pihak kesultanan Selangor yang dibantu oleh British. Raja Mahadi pun mendiamkan diri menunggu saat yang sesuai untuk bertindak.
Lantaran itu pada bulan Nov 1871, Raja Mahadi telah bertolak dari Kuala Bernam ke Pulau Bengkalis di Siak. Di sana beliau sedang cuba mendapatkan kelengkapan perang untuk digunakan dalam peperangan yang akan datang di Kuala Kelang dan Kuala Selangor.
Di Pulau Bengkalis, Raja Mahadi berjaya mendapatkan 4 buah kapal kecil yang lengkap dengan senjata dan peluru. Dia turut mendapatkan pejuang-pejuang baru yang dikumpulkan dan dilatih oleh raja-raja di Siak.
Namun pada masa yang sama, Tengku Kudin telah mendapat tahu bahawa Raja Mahadi sedang berada di Siak untuk mengumpulkan kekuatan tentera, dia pun menghantar panglimanya Sayid Zain bin Sayid Mohammad Puteh Al-Habshi untuk pergi ke Singapura dan mengadu kepada Inggeris. Dari Singapura, Sayid Zain telah membawa sepucuk surat dari Inggeris dan berjumpa dengan pihak berkuasa Belanda di Pulau Bengkalis.
Akibatnya tidak lama selepas itu pada awal bulan Mei 1872, tentera Belanda telah datang dan merampas semua kelengkapan perang yang telah dikumpulkan oleh Raja Mahadi. Akibatnya Raja Mahadi terpaksa bersembunyi buat beberapa ketika di Siak dan merancang untuk kembali ke Tanah Melayu. Raja Mahadi terpaksa meninggalkan Siak dan bersembunyi di satu tempat di pantai barat Johor dekat Muar.
Apabila mendapat tahu Raja Mahadi kini berada di Johor, Maharaja Johor ketika itu telah menghantar utusan kepada Governor Sir Harry Ord di Singapura bertanyakan tentang langkah yang patut diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Sir Harry Ord juga tidak dapat memikirkan jalan terbaik dalam menangani masalah tersebut. Dia pun bertanyakan pendapat Thomas Braddell yang merupakan Peguam Kerajaan British Negeri-Negeri Selat mengenai tindakan terbaik yang patut diambil.
Thomas Braddell berpendapat tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh Maharaja Johor pada masa itu kerana Inggeris sendiri tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menangkap Raja Mahadi. Walaupun Kapal Pluto Prince pernah ditembak dari kubu Raja Mahadi di Kuala Selangor pada Jul 1871, tetapi tidak ada saksi yang boleh menyatakan bahawa Raja Mahadi berada di dalam kubu ketika itu.
Walaupun Raja Mahadi terbukti telah melawan Lieutenant Stapford pada Jul 1871 semasa Lieutenant Stapford cuba menangkap Raja Mahadi di Kuala Selangor, tetapi penangkapan itu tidak sah dari segi undang-undang kerana tidak ada waran tangkap yang dikeluarkan oleh Inggeris untuk menangkap Raja Mahadi sebelum itu.
Lantaran itu Maharaja Johor tidak berbuat apa-apa terhadap Raja Mahadi di Johor. Malahan Maharaja Johor telah menawarkan Raja Mahadi untuk tinggal dengan aman di Johor dengan syarat Raja Mahadi tidak menimbulkan sebarang kekacauan.
RAJA MAHADI SELESA DI JOHOR
Tawaran Maharaja Johor itu diterima dengan baik oleh Raja Mahadi. Maka Raja Mahadi dan 5 orang pengikutnya pun tinggal di rumah seorang pegawai Maharaja Johor. Sejak itulah Raja Mahadi dikatakan tidak pernah mengadakan sebarang gerakan ketenteraan yang besar sehinggalah peristiwa serangan Sutan Naposo Okt 1875.
Itulah sebabnya di dalam tulisan S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick menyebut bahawa,
‘Not unnaturally the rumour spread that the British Government had declared against Kudin and in favour of Mahdi.’
Pada masa yang sama kerajaan Johor telah bekerjasama dengan kerajaan Bugis Selangor memujuk Raja Mahadi agar tidak lagi menuntut haknya ke atas Kelang atau menimbulkan kekacauan di Selangor dengan menawarkan pencen sebanyak $350.00 setiap bulan. Raja Mahadi menolak bulat-bulat tawaran tersebut walaupun berkali-kali dipujuk oleh Maharaja Johor. Apabila Raja Mahadi menolak tawaran tersebut, Sir Harry Ord yakin dan memberi amaran kepada Tengku Kudin bahawa Raja Mahadi pasti akan pulang ke Selangor.
Pada masa yang sama, Maharaja Johor, Raja Mahadi, Saliwatang dan Batu Licin telah berpakat dengan Penghulu Rembau untuk melancarkan satu serangan ke atas Pahang. Tetapi serangan tersebut tidak jadi dilancarkan. (206) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pada awal bulan Jul 1872, Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya telah meninggalkan Johor dan bertolak ke Lukut dengan 5 buah sampan. Di Lukut, Raja Mahadi, Raja Berkat dan pengikut-pengikutnya telah bertemu dengan Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut, Raja Mahmud bin Raja Berkat dan Raja Endut yang telah menunggu kedatangan Raja Mahadi di sana. Engku Rahmat adalah seorang anak luar nikah Sultan Muhammad Shah yang turut ingin merebut takhta kesultanan Selangor dari Sultan Abdul Samad. Mereka juga bergerak ke Sungai Ujung dan bertemu dengan Dato Bandar Tunggal Abdullah bin Ahmad. Mereka merancang untuk mengumpulkan kekuatan perang bagi merampas kembali Kuala Klang dan Kuala Selangor.
Ini jelas dicatatkan oleh R.J. Wilkinson;
‘Raja Mahdi escaped from Johor in July or August 1872, and went to Linggi; hence through Sungai Ujong (where many of his followers such as Raja Laut (Engku Rahmat @ Raja Laut) and Raja Mahmud were enjoying the Klana’s hospitality) ...’ (128) - R.J. Wilkinson.
‘On July 21 the Tengku Laksamana of Sungai Ujong, son of the Klana, reported that Raja Mahdi and his followers had already ascended the Linggi river in five sampans meeting Raja Laut (Engku Rahmat @ Raja Laut), Raja Mahmud and other of his adherents sheltered by the Dato Bandar.’ (27) - R.O. Winstedt.
R.O. Winstedt mencatatkan fakta yang lebih jelas bahawa pada 21 Jul 1872, Tengku Laksamana anak kepada Dato Kelana Sungai Ujung telah memberitahunya bahawa Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya bertemu dengan Engku Rahmat @ Raja Laut, Raja Mahmud dan lain-lain yang dilindungi oleh Dato Bandar Tunggal Abdullah bin Ahmad di Sungai Ujung.
Akibatnya tidak lama selepas itu pada awal bulan Mei 1872, tentera Belanda telah datang dan merampas semua kelengkapan perang yang telah dikumpulkan oleh Raja Mahadi. Akibatnya Raja Mahadi terpaksa bersembunyi buat beberapa ketika di Siak dan merancang untuk kembali ke Tanah Melayu. Raja Mahadi terpaksa meninggalkan Siak dan bersembunyi di satu tempat di pantai barat Johor dekat Muar.
Apabila mendapat tahu Raja Mahadi kini berada di Johor, Maharaja Johor ketika itu telah menghantar utusan kepada Governor Sir Harry Ord di Singapura bertanyakan tentang langkah yang patut diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Sir Harry Ord juga tidak dapat memikirkan jalan terbaik dalam menangani masalah tersebut. Dia pun bertanyakan pendapat Thomas Braddell yang merupakan Peguam Kerajaan British Negeri-Negeri Selat mengenai tindakan terbaik yang patut diambil.
Thomas Braddell berpendapat tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh Maharaja Johor pada masa itu kerana Inggeris sendiri tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menangkap Raja Mahadi. Walaupun Kapal Pluto Prince pernah ditembak dari kubu Raja Mahadi di Kuala Selangor pada Jul 1871, tetapi tidak ada saksi yang boleh menyatakan bahawa Raja Mahadi berada di dalam kubu ketika itu.
Walaupun Raja Mahadi terbukti telah melawan Lieutenant Stapford pada Jul 1871 semasa Lieutenant Stapford cuba menangkap Raja Mahadi di Kuala Selangor, tetapi penangkapan itu tidak sah dari segi undang-undang kerana tidak ada waran tangkap yang dikeluarkan oleh Inggeris untuk menangkap Raja Mahadi sebelum itu.
Lantaran itu Maharaja Johor tidak berbuat apa-apa terhadap Raja Mahadi di Johor. Malahan Maharaja Johor telah menawarkan Raja Mahadi untuk tinggal dengan aman di Johor dengan syarat Raja Mahadi tidak menimbulkan sebarang kekacauan.
Tawaran Maharaja Johor itu diterima dengan baik oleh Raja Mahadi. Maka Raja Mahadi dan 5 orang pengikutnya pun tinggal di rumah seorang pegawai Maharaja Johor. Sejak itulah Raja Mahadi dikatakan tidak pernah mengadakan sebarang gerakan ketenteraan yang besar sehinggalah peristiwa Pemberontakan Kajang pada Okt 1875.
Itulah sebabnya di dalam tulisan S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick menyebut bahawa,
‘Not unnaturally the rumour spread that the British Government had declared against Kudin and in favour of Mahdi.’
Pada masa yang sama kerajaan Johor telah bekerjasama dengan kerajaan Bugis Selangor memujuk Raja Mahadi agar tidak lagi menuntut haknya ke atas Klang atau menimbulkan kekacauan di Selangor dengan menawarkan pencen sebanyak $350.00 setiap bulan. Raja Mahadi menolak bulat-bulat tawaran tersebut walaupun berkali-kali dipujuk oleh Maharaja Johor. Apabila Raja Mahadi menolak tawaran tersebut, Sir Harry Ord yakin dan memberi amaran kepada Tengku Kudin bahawa Raja Mahadi pasti akan pulang ke Selangor.
Pada awal bulan Jul 1872, Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya telah meninggalkan Johor dan bertolak ke Lukut dengan 5 buah sampan. Di Lukut, Raja Mahadi, Raja Berkat dan pengikut-pengikutnya telah bertemu dengan Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut, Raja Mahmud bin Raja Berkat dan Raja Endut yang telah menunggu kedatangan Raja Mahadi di sana. Mereka merancang untuk mengumpulkan kekuatan perang bagi merampas kembali Kuala Klang dan Kuala Selangor.
Ini jelas dicatatkan oleh R.J. Wilkinson;
‘Raja Mahdi escaped from Johor in July or August 1872, and went to Linggi; hence through Sungai Ujong (where many of his followers such as Raja Laut (Engku Rahmat) and Raja Mahmud were enjoying the Klana’s hospitality) ...’ (128) - R.J. Wilkinson.
‘On July 21 the Tengku Laksamana of Sungai Ujong, son of the Klana, reported that Raja Mahdi and his followers had already ascended the Linggi river in five sampans meeting Raja Laut (Engku Rahmat @ Raja Laut), Raja Mahmud and other of his adherents sheltered by the Dato Bandar.’ (27) - R.O. Winstedt.
R.O. Winstedt mencatatkan fakta yang lebih jelas bahawa pada 21 Jul 1872, Tengku Laksamana anak kepada Dato Kelana Sungai Ujung telah memberitahunya bahawa Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya bertemu dengan Engku Rahmat @ Raja Laut, Raja Mahmud dan lain-lain yang dilindungi oleh Dato Bandar Tunggal Abdullah bin Ahmad di Sungai Ujung.
Setelah dapat mengumpulkan sedikit kekuatan perang di Sungai Ujung, maka Raja Mahadi, Tengku Panglima Raja @ Raja Berkat @ Raja Mat Saman, Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut, Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Berkat, Raja Endut, Panglima Muda Sepajar, Teoh Ah Chong dan pengikut-pengikut mereka sudah bersedia untuk merampas Kuala Klang dan Kuala Selangor.
Namun apabila mendapat tahu orang-orang Mandailing telah melanyak tentera Inggeris di Muara Bustak, maka Raja Mahadi berpendapat mereka tidak sepatutnya masuk campur terlalu awal dalam urusan peperangan orang-orang Mandailing dan Inggeris itu. Ini ialah kerana kekuatan tentera yang dikumpulkan tidak cukup untuk menentang mana-mana pihak Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy. Tambahan pula fokus utama Raja Mahadi sebenarnya adalah Kuala Sungai Kelang dan Kuala Sungai Selangor dan bukannya Kuala Lumpur.
Tetapi pendapat Raja Mahadi itu disanggah oleh Engku Rahmat, Raja Berkat dan Raja Mahmud. Mereka berpendapat inilah masa yang paling tepat untuk melakukan serangan dan sekaligus mencetuskan kekacauan di Selangor. Ini ialah kerana pada masa itu Inggeris, Tengku Kudin dan Yap Ah Loy sudah mula berperang dengan orang-orang Mandailing. Sudah pasti masanya telah tiba dan amat sesuai sekali jika mereka mengambil kesempatan ini untuk mencetuskan kekecauan di Selangor. Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya tidak setuju.
Lantaran itu semasa Tuanku Raja Laut dan pasukan laut Padri, Sayid Mashur, Sutan Naposo dan 700 pengikut-pengikut mereka sedang mengepung tentera Inggeris dan Yap Ah Loy di kubu Yap Ah Loy di Bukit Pudu, maka pada 17 Jul 1872 tanpa penyertaan Raja Mahadi dan tanpa sebarang sebab yang munasabah dan kukuh Raja Mahmud, Engku Rahmat, Raja Berkat, Raja Endut, Panglima Muda Sepajar, Teoh Ah Chong dan 300 pengikut-pengikut mereka telah menyerang Kampung Cina di Batu dan membunuh 4 orang penduduk kampung dan mencederakan 18 lagi yang menentang mereka. Mereka kemudiannya membakar semua kampung-kampung Cina di Batu itu.
Ini dinyatakan oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick sebagai;
‘... while Mashor and Raja Laut (Tuanku Raja Laut) kept the defender’s troop fully engaged ... It was about this time Raja Mahdi, Mahmud and several of the other Selangor chiefs (Engku Rahmat @ Raja Laut Selangor, Raja Berkat, Raja Endut) came up from Lukut ...’ (75)
Walaupun Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya turun dari Sungai Linggi, mereka tidak menyertai rombongan Engku Rahmat, Raja Mahmud dan Raja Berkat ke Selangor.
Sebaliknya hujah dan pandangan orang-orang Mandailing itu lebih tepat selaras dengan apa yang dikatakan oleh R.O. Winstedt, R.J. Wilkinson, S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick di mana orang-orang Mandailing tegas menyatakan bahawa terdapat 2 orang yang menggunakan gelaran ‘Raja Laut’ di dalam Perang Kuala Lumpur;
a. yang pertama adalah Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi yang merupakan ketua tertinggi pasukan Padri
b. seorang lagi adalah anak luar nikah Sultan Muhammad Shah iaitu Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut Selangor.
Ini bermakna Raja Mahadi tidak pernah terbabit di dalam Perang Kuala Lumpur. Serangan ini disebut dengan jelas oleh R.O. Winstedt,
‘On 17 July Mahmud, together with Raja Laut (Engku Rahmat @ Raja Laut, Raja Berkat, Raja Indut and a Chinese headman named Teoh Ah Chong, attacked Batu and Gombak with a force of 300 men. The villages were burnt and 4 Chinese killed and 18 wounded.’ (27)
Nama Raja Mahadi langsung tidak disebut di sini. Tidak mungkin R.O. Winstedt akan melupakan Raja Mahadi jika Raja Mahadi benar-benar terbabit dalam serangan tersebut. Ini ialah kerana nama Raja Mahadi sememangnya sangat terkenal sebagai musuh utama Tengku Kudin dan Raja Ismail bin Raja Abdullah dalam Perang Klang.
Serangan ke atas Kampung Cina di Batu ini bukanlah sebuah peperangan, sebaliknya hanyalah sebuah serangan mengejut ke atas sebuah pihak yang langsung tidak berniat atau tidak bersedia untuk berperang. Ini sekaligus membuktikan bahawa sama ada Raja Mahmud, Engku Rahmat dan Raja Endut mahupun Raja Mahadi dan Raja Berkat tidak pernah terbabit secara langsung sebagai pihak yang utama dalam Perang Kuala Lumpur yang sebenarnya.
Serangan Engku Rahmat, Raja Berkat, Raja Mahmud dan Raja Endut ini lebih kepada menunjukkan tanda sokongan terhadap orang-orang Mandailing yang telah menewaskan tentera Inggeris, Tengku Kudin dan Yap Ah Loy di kubu Bukit Petaling Batu. Itulah sebabnya Raja Mahadi tidak menyertai serangan tersebut.
R.O. Winstedt merupakan ahli sejarah pertama yang ada menulis, menyebut dan menyatakan serangan Raja Mahmud, Engku Rahmat, Raja Berkat, Raja Endut, Teoh Ah Chong dan 300 pengikut-pengikut mereka ke atas Kampung Cina di Batu. Manakala ahli-ahli sejarah dan penulis-penulis sejarah selepas itu hanya mengambil dan memetik tulisan Winstedt itu. Dalam tulisan R.O. Winstedt, nama Raja Mahadi langsung tidak disebut dalam serangan tersebut. Ini membuktikan bahawa Raja Mahadi tidak terbabit sama sekali dalam peperangan tersebut.
Jika Raja Mahadi terbabit dalam serangan itu, sudah pasti namanya akan disebut kerana Raja Mahadi itu adalah anak raja dan pemimpin Melayu tradisional. Seorang pemimpin tradisional tidak mungkin membiarkan anak-anak buahnya berperang bersendirian tanpa pimpinan mereka.
‘Wilkinson and Winstedt exaggerate Mahdi’s importance as a man.’ (64)
Maka benarlah kata S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick bahawa peranan Raja Mahadi itu sebenarnya telah diperbesar-besarkan. Selepas serangan ke atas Kampung Batu itu, Engku Rahmat, Raja Berkat, Raja Mahmud, Raja Endut, Teoh Ah Chong dan 300 pengikut-pengikut mereka pun bertolak ke Kuala Lumpur dan menyertai pejuang-pejuang Mandailing yang sedang mengepung kubu Yap Ah Loy di sana.
Pada awal tahun 1872, Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut telah bertolak ke Lukut untuk berlindung dengan Dato Bandar Tunggal Abdullah bin Ahmad di Sungai Ujung. Perkara ini dinyatakan oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick;
‘He (Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut) was in Lukut sheltering with the Dato Bandar, during the early part of 1872’ (113)
Di Sungai Ujung, kehadiran Engku Rahmat disertai oleh Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Berkat yang turut mendapatkan perlindungan di sana.
‘... where many of his followers such as Raja Laut (Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut) and Raja Mahmud were enjoying the Klana’s hospitality ...’ (128) - R.J. Wilkinson.
Pada masa itu Raja Mahadi masih berada di Pulau Bengkalis sedang mengumpulkan kekuatan perang bagi merampas kembali Kuala Klang dan Kuala Selangor.
Setelah mereka dapat mengumpulkan sedikit kekuatan perang di Sungai Ujung, maka Raja Mahadi, Tengku Panglima Raja @ Raja Berkat @ Raja Mat Saman, Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut, Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Berkat, Raja Endut, Panglima Muda Sepajar, Teoh Ah Chong dan pengikut-pengikut mereka sudah bersedia untuk merampas Klang dan Kuala Selangor.
Namun apabila mendapat tahu orang-orang Mandailing telah melanyak tentera Inggeris di Muara Bustak, maka Raja Mahadi berpendapat mereka tidak sepatutnya masuk campur terlalu awal dalam urusan peperangan orang-orang Mandailing dan Inggeris itu. Ini ialah kerana kekuatan tentera yang dikumpulkan tidak cukup untuk menentang mana-mana pihak Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy. Tambahan pula fokus utama Raja Mahadi sebenarnya adalah Kuala Sungai Kelang dan Kuala Sungai Selangor dan bukannya Kuala Lumpur.
Tetapi pendapat Raja Mahadi itu disanggah oleh Engku Rahmat, Raja Mahmud dan Raja Berkat. Mereka berpendapat inilah masa yang paling tepat untuk melakukan serangan dan sekaligus mencetuskan kekacauan di Selangor. Ini ialah kerana pada masa itu Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy sudah mula berperang dengan orang-orang Mandailing. Sudah pasti masanya telah tiba dan amat sesuai sekali jika mereka mengambil kesempatan ini untuk mencetuskan kekecauan di Selangor. Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya tidak setuju.
Lantaran itu semasa Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi dan pasukan Jihad Padri, Sayid Mashur @ Che Soho, Sutan Naposo @ Sutan Puasa dan 700 pengikut-pengikut mereka sedang mengawasi dan mengepung tentera Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy di kubu Yap Ah Loy di Bukit Pudu, maka pada 17 Jul 1872 tanpa penyertaan Raja Mahadi dan tanpa sebarang sebab yang munasabah dan kukuh Raja Mahmud, Engku Rahmat, Raja Berkat, Raja Endut, Panglima Muda Sepajar, Panglima Perang Ganap, Panglima Perang Samid, Teoh Ah Chong dan 300 pengikut-pengikut mereka telah menyerang Kampung Cina di Batu dan membunuh 4 orang penduduk kampung dan mencederakan 18 lagi yang menentang mereka. Mereka kemudiannya membakar semua kampung-kampung Cina di Batu itu.
Ini dinyatakan oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick sebagai;
‘... while Mashor and Raja Laut (Tuanku Raja Laut) kept the defender’s troop fully engaged ... It was about this time Raja Mahdi, Mahmud and several of the other Selangor chiefs (Engku Rahmat @ Raja Laut, Raja Berkat, Raja Endut) came up from Lukut ...’ (75)
Walaupun Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya turun dari Sungai Linggi, mereka tidak menyertai rombongan Raja Mahmud, Raja Berkat dan Engku Rahmat @ Raja Laut ke Selangor.
Di sini juga terbukti bahawa terdapat 2 ‘Raja Laut’ di 2 tempat yang berbeza iaitu seorang ‘Raja Laut’ yang sedang mengepung tentera Inggeris dan Yap Ah Loy di kubu Yap Ah Loy di Kuala Lumpur dan seorang lagi sedang bertolak dari Lukut melalui Sungai Linggi. Walau sehebat manapun ahli sejarah itu jika dia tidak mengambil sudut pandangan orang-orang Mandailing yang terbabit sebagai pihak utama di dalam Perang Kuala Lumpur ini, maka dia tidak mungkin dapat menjawab persoalan mengapa timbulnya 2 orang ‘Raja Laut’ di 2 tempat yang berbeza.
Sebaliknya hujah dan pandangan orang-orang Mandailing itu lebih tepat selaras dengan apa yang dikatakan oleh R.O. Winstedt, R.J. Wilkinson, S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick di mana orang-orang Mandailing tegas menyatakan bahawa terdapat 2 orang yang menggunakan gelaran ‘Raja Laut’ di dalam Perang Kuala Lumpur; yang pertama adalah Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi yang merupakan ketua tertinggi pasukan perang Mandailing iaitu pasukan Jihad Padri dan seorang lagi adalah anak luar nikah Sultan Muhammad Shah iaitu Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut.
Sebab itulah dalam mengkaji Perang Kuala Lumpur di Selangor, ahli-ahli sejarah perlu mengmabil berat pandagan-pandangan pihak-pihak di bawah ini sebelum membuat sesuatu kesimpulan ke atas fakta mereka;
a. Inggeris dan catatan-catatan mereka yang agak tepat dari segi urutan masa
b. Sejarah pihak kerajaan Selangor dan Pahang
c. Peranan orang-orang Cina walaupun peranan mereka sebenarnya tidak wujud sama sekali dalam catatan-catatan R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson
d. Masyarakat Bugis dan Batu Bahara Lima Luhak di Selangor yang menyokong Tengku Kudin dan Inggeris
e. Masyarakat Mandailing dan Rawa di Perak dan Selangor yang menentang lalu menjadi mangsa kekejaman Tengku Kudin dan Inggeris
Justeru itu adalah tepat bahawa Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi yang merupakan ketua tertinggi angkatan Jihad Padri yang merupakan tunggak kekuatan pasukan perang orang-orang Mandailing adalah ‘Raja Laut’ yang sedang mengepung kubu Yap Ah Loy di Kuala Lumpur itu berbeza dengan ‘Raja Laut’ di Sungai Ujung yang merupakan Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut iaitu anak kedua dan anak luar nikah Sultan Muhammad Shah di Selangor yang turut ingin merebut takhta kesultanan Selangor dari Sultan Abdul Samad. ‘Raja Laut’ di Sungai Ujung ini hanya terbabit dalam peristiwa serangan kecil-kecilan ke atas tentera Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy.
Ini bermakna Raja Mahadi tidak pernah terbabit di dalam Perang Kuala Lumpur. Serangan ini disebut dengan jelas oleh R.O. Winstedt,
‘On 17 July Mahmud, together with Raja Laut (Engku Rahmat @ Raja Laut, Raja Berkat, Raja Indut and a Chinese headman named Teoh Ah Chong, attacked Batu and Gombak with a force of 300 men. The villages were burnt and 4 Chinese killed and 18 wounded.’ (27)
Nama Raja Mahadi langsung tidak disebut di sini. Tidak mungkin R.O. Winstedt akan melupakan Raja Mahadi jika Raja Mahadi benar-benar terbabit dalam serangan tersebut. Ini ialah kerana nama Raja Mahadi sememangnya sangat terkenal sebagai musuh utama Tengku Kudin dan Raja Ismail bin Raja Abdullah dalam Perang Kelang.
Serangan ke atas Kampung Cina di Batu ini bukanlah sebuah peperangan, sebaliknya hanyalah sebuah serangan mengejut ke atas sebuah pihak yang langsung tidak berniat atau tidak bersedia untuk berperang. Ini sekaligus membuktikan bahawa sama ada Raja Mahmud, Engku Rahmat dan Raja Endut mahupun Raja Mahadi dan Raja Berkat tidak pernah terbabit secara langsung sebagai pihak yang utama dalam Perang Kuala Lumpur yang sebenarnya. Mereka hanya terlibat dalam bibit-bibit peperangan sebelum tercetusnya peperangan sebenar Kuala Lumpur.
Serangan Raja Mahmud, Raja Berkat, Engku Rahmat dan Raja Endut ini lebih kepada menunjukkan tanda sokongan terhadap orang-orang Mandailing yang telah menewaskan tentera Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy di kubu Petaling Batu. Itulah sebabnya Raja Mahadi tidak menyertai serangan tersebut.
R.O. Winstedt merupakan ahli sejarah pertama yang ada menulis, menyebut dan menyatakan serangan Raja Mahmud, Engku Rahmat, Raja Berkat, Raja Endut, Teoh Ah Chong dan 300 pengikut-pengikut mereka ke atas Kampung Cina di Batu. Manakala ahli-ahli sejarah dan penulis-penulis sejarah selepas itu hanya mengambil dan memetik tulisan Winstedt itu. Dalam tulisan R.O. Winstedt, nama Raja Mahadi langsung tidak disebut dalam serangan tersebut. Ini membuktikan bahawa Raja Mahadi tidak terbabit sama sekali dalam peperangan tersebut.
Jika Raja Mahadi terbabit dalam serangan itu, sudah pasti namanya akan disebut kerana Raja Mahadi itu adalah anak raja dan pemimpin Melayu tradisional. Seorang pemimpin Melayu tradisional tidak mungkin membiarkan anak-anak buahnya berperang bersendirian tanpa pimpinan ketua mereka. Ini juga jelas menunjukkan Raja Mahadi tidak pernah terbabit dalam Perang Kuala Lumpur yang sebenarnya. Beliau hanya terlibat dalam bibit-bibit peperangan sebelum tercetusnya peperangan sebenar Kuala Lumpur.
‘Wilkinson and Winstedt exaggerate Mahdi’s importance as a man.’ (64)
Maka benarlah kata S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick bahawa peranan Raja Mahadi itu sebenarnya telah diperbesar-besarkan. Selepas serangan ke atas Kampung Batu itu, Raja Mahmud, Raja Berkat, Engku Rahmat, Raja Endut, Teoh Ah Chong dan 300 pengikut-pengikut mereka pun bertolak ke Kuala Lumpur dan menyertai pejuang-pejuang Mandailing yang sedang mengepung kubu Yap Ah Loy di sana.
‘Raja Mahdi and Mahmood were for certain in the Jelutong River, (a small river running into the Jugra about 4 miles from Langat, harboured by Mahmood’s father, Tunku Panglima Rajah.’ (110) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Malahan Raja Mahadi dan Raja Mahmud telah berlindung di Istana Sultan Abdul Samad di Kuala Langat di bawah pengawasan Tengku Panglima Raja @ Tengku Panglima Besar @ Raja Berkat @ Raja Saman bin Raja Hussein yang merupakan sepupu Sultan Abdul Samad dan abang ipar kepada Raja Mahdi pada 1874. Semasa mudanya Raja Berkat adalah panglima perang Sultan Abdul Samad.
‘In his younger days he had been Abdul Samad’s panglima prang or chief fighting man.’ (110) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Raja Berkat married Sultan Abdul samad’s sister Raja Lebar by whom he had the following chiolredn: Raja Buntal (f) (Raimah or Che Utik) who married Raja Mussa bin Sultan Abdul Samad; Raja Manan (a boy), Raja Muntil (f) whi may have been married to a Raja Sulaiman; and finally Raja Mahmud.’ (143) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Jika benar Raja Mahadi dan Raja Mahmud terbabit di dalam peperangan tersebut sebagai pihak utama, tidak mungkin mereka dapat berlindung di dalam Istana Jugra dengan tenang dan selamat sedangkan Perang Kuala Lumpur tersebut telah melenyapkan 100 tentera British.
‘Mahmud took refuge at Langat.’ (105) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Perkara ini tidak emgahairankan, selain
‘R. Kahar said he was R. Mahdi’s greatest friend in Langat.’ (122) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Raja Mahdi’s sister, Raja Rabeah, was a fiancee of Raja Kahar bin Sultan Abdul samad.’ (143) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Malahan tidak lama selepas itu Raja Mahmud telah menerima tawaran British untuk tinggal di Singapura. Beliau telah tinggal selama 1 tahun tanpa sebarang gangguan atau hukuman dari British. Keistimewaan ini tidak mungkin tercapai jika Raja Mahmud benar-benar terbabit sebagai pihak utama dalam Perang Kuala Lumpur yang mengorbankan 100 tentera British.
‘After the Dato Banda was forced out of Sungai Ujong in Nov 1874, Mahmud gave himself up and agreed to live in Singapore for twelve months.’ (105) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Malahan British juga membuat tawaran yang sama untuk Raja Mahadi untuk tinggal di Singapura.
‘...that the Governor would be happy to do what he could for Mahadi if he would go to Singapore...’ (112) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Raja Laut was eventually became headman of Kuala Lumpur.’ (89) S.M. Middlebrook.
‘I told the Sultan I had met Rajas Mahdi and Mahmud at Johore.’ (199) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pada akhir 1875 itu, Raja Mahadi yang merasa kecewa akan nasibnya yang malang itu telah menyerah diri kepada Tengku Kudin. Di Klang pihak Inggeris cuba memujuk Raja Mahadi agar menggugurkan tuntutannya terhadap Jajahan Klang dengan menawarkan pencen $ 350.00 sebulan, namun semua itu ditolak bulat-bulat oleh Raja Mahadi yang masih berkeras mengatakan Klang adalah hak mutlak dirinya dan tidak ada sesiapa pun yang boleh mengambil Klang dari dirinya. Lalu Raja Mahadi telah ditangkap dan dibawa ke Singapura untuk dipenjarakan.
Selepas setahun dipenjarakan dan atas rayuan dan permintaan bapa saudaranya Sultan Abdul Samad, maka Raja Mahadi pun dibebaskan. Tetapi beliau tidak dibenarkan untuk keluar dari Singapura. Maka Raja Mahadi pun menetaplah di Singapura sebagai orang buangan penjajah Inggeris di tanah airnya sendiri. Di sana setiap pergerakan beliau sentiasa diawasi dengan ketat.
Untuk mengelakkan Raja Mahadi membuat kacau di Singapura, maka kerajaan British telah memberikan Raja Mahadi wang pencen setiap bulan dan sebuah rumah kediaman untuk diduduki.
Pernah Governor Sir Harry Ord menawarkan kepada Raja Mahadi untuk pulang ke Klang tetapi ia dibantah oleh Sultan Abdul Samad habis-habisan.
‘Raja Dolah was married to Raja Mahdi’s sister.’ (271) – Burns (The Journlas of F.A. Swettenham)
‘...like Syed Mashor and Raja Asal, moved north to the Perak border after being driven out of the Klang and Selangor districts. Dolah lived near Kuala Bernam.’ (271) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham.)
‘The invading Pahang forces had waged a war of revenge the Rawa and Mandailing men.’ (95) – W. Linehan.
‘Raja Mahdi evidently travelled overland to Johore and didi stop at Malacca. (118) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
‘Raja Mahdi made his way overland through Sungai Ujong, Sri Menanti and Rembau to Johore.’ (110) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
‘Raja Dolah was married to Raja Mahdi’s sister.’ (271) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘...like Syed Mashor and Raja Asal, moved north to the Perak border after being driven out of the Klang and Selangor districts. Dolah lived near Kuala Bernam.’ (271) – Burns (The Journlas of F.A. Swettenham.
EPISOD 25
KISAH RAJA LAYANG DAN TENTERA PUNJABI
Semasa Sayid Mashur @ Tok Soho, Sutan Naposo @ Sutan Puasa, Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Berkat, Engku Rahmat @ Raja Rahmat @ Raja Laut Selangor, Raja Endut, Panglima Muda Sepajar, Teoh Ah Chong dan 1100 pengikut-pengikut mereka sedang mengepung kubu Bukit Pudu, Raja Mahmud telah mengarahkan salah seorang panglimanya membawa sepucuk meriam ke atas sebatang pokok ara berhampiran dengan kubu Bukit Pudu lalu meriam itu digunakan untuk menembak bertubi-tubi ke dalam kubu Bukit Pudu tersebut. Pada masa yang sama, tersebut kisah peristiwa tentera British mencuri ayam serta Raja Layang ditangkap orang yang berlaku sekitar akhir Jul 1872.
Pada suatu hari semasa pengepungan ke atas kubu Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy itu berlaku, 2 tentera Punjab telah menyusup keluar dari kubu Bukit Pudu lalu menyamun beberapa ekor ayam di kaki lima kedai-kedai yang berhampiran. Apatah lagi, orang-orang Mandailing yang berada di sana menghunus keris dan mengangkat pedang mengejar kedua-dua tentera Punjab itu. Namun kedua-dua tentera Punjab tersebut sempat lari masuk ke dalam kubu Yap Ah Loy di Bukit Pudu.
Pada satu malam yang gelap gulita, pahlawan handalan dan terkenal yang berasal dari Minangkabau yang juga salah seorang panglima perang kerajaan Bugis Selangor iaitu Raja Layang dan 4 orang anggota tentera Punjab telah memanjat kubu Bukit Pudu dan cuba menyusup masuk ke dalam khemah pejuang-pejuang Mandailing pimpinan Sutan Naposo. Mereka membuat rancangan untuk memaku lubang-lubang meriam orang-orang Mandailing. Semasa mereka sedang melintasi khemah-khemah orang-orang Mandailing itu, tiba-tiba mereka disergah dari belakang oleh beberapa pejuang Mandailing yang sedang meronda malam.
Maka berlakulah satu pertarungan yang hebat. Dalam pertarungan tersebut, Raja Layang dan 4 tentera Punjab itu berjaya ditangkap hidup-hidup tanpa sebarang kecederaan atau kematian di pihak pejuang Mandailing. Raja Layang dan 4 tentera Punjab itu dibawa ke kubu Bukit Nanas dan mereka disiksa dengan dilumur cili api di mulut dan celah kangkang masing-masing selama 2 hari berturut-turut.
Setelah disiksa selama 2 hari berturut-turut, Raja Layang dan 4 tentera Punjab itu telah dibawa ke tepi Sungai Kelang untuk dijatuhkan hukuman pancung. Keempat-empat tentera Punjab itu dipancung dan kepala dan tubuh badan mereka yang jatuh tergolek itu ditendang masuk ke Sungai Kelang.
Entah macam mana semasa hukuman dijalankan ke atas tentera Punjab keempat, Raja Layang tiba-tiba dapat melepaskan diri dari ikatannya di sebuah kayu yang terpancang kukuh lalu terjun ke dalam Sungai Kelang. Raja Layang diberitakan melarikan diri ke Sungai Ujung.
Setibanya Raja Layang berada di Sungai Ujung, Raja Layang yang merasa terhina itu segera mengumpulkan kekuatan tentera yang baru. Di sana, dia berjaya mendapatkan kerjasama daripada beberapa pahlawan Minangkabau yang handal lagi perkasa seperti Imam Perang Mat Aris, Khatib Raja, Genti Ali, Haji Abdul Samad dan Haji Kecik. Dari Sungai Ujung, Raja Layang membawa lebih kurang 100 pengikut-pengikutnya ke Ulu Langat dan membina sebuah kubu di Kampung Reko. Di sana, pahlawan-pahlawan Minangkabau seperti Sheikh Muhammad Taib, Sheikh Muhammad Ali dan Haji Muhammad Salleh dari Kuala Selangor telah sedia menunggu kedatangan mereka. Mereka bersiap-sedia untuk membalas dendam ke atas keaiban yang dialami oleh Raja Layang dalam peristiwa dia disiksa dan dilumur cili api di kubu Bukit Nanas.
Sebagai tindakan pertama, Raja Layang dan pengikut-pengikutnya merancang untuk menyerang dan mengbumihanguskan Kajang (Kampung Lipat Kajang). Agak menghairankan mengapa marahkan pahlawan-phalawan Mandailing di Kuala Lumpur, Kampung Kajang hendak dibakar?
Perkara ini yang turut disebutkan oleh Haji Abdullah Hukum merupakan satu perkara yang agak aneh jika tidak dilihat dari perspektif yang menyeluruh. Kenapa pula Kajang perlu diserang sedangkan Kajang langsung tidak terbabit di dalam Perang Kuala Lumpur?
Namun apa yang dikatakan oleh Haji Abdullah Hukum ini membuktikan kewujudan perkampungan keluarga pasukan Laut Padri di Kajang. Ternyata Raja Layang berniat untuk menyerang dan memusnahkan Kajang yang terdapat ramai kaum keluarga anggota pasukan Laut Padri di sana. Pasukan Laut Padri merupakan dalang ke atas kekalahan British di Kuala Lumpur @ Muara Bustak serta berlakunya peristiwa aib ke atas diri Raja Layang.
Tambahan pula Kajang pada masa itu hanya tinggal kebanyakannya kaum wanita dan kanak-kanak sahaja. Ini ialah kerana kebanyakan kaum lelaki telah menyertai pasukan Laut Padri pimpinan Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janai @ Abdullah Zawawi bertempur dengan angkatan perang British, Cina dan Kedah di Bukit Petaling Batu.
Kehadiran Raja Layang dan 100 pengikut-pengikutnya pada akhir bulan Jul 1872 telah dikesan oleh Jabarayun yang pada masa itu merupakan ketua lanun dan pemimpin Mandailing yang berpengaruh di Ulu Langat. Jabarayun merasa bimbang kerana jika berlaku serangan orang-orang Minangkabau ke atas Kajang, sudah tentu beliau sebagai pemimpin orang-orang Mandailing di Ulu Langat akan mendapat malu serta dipersalahkan oleh orang-orang Mandailing yang lain khususnya pasukan Laut Padri. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit juga. Orang-orang Mandailing di seluruh Ulu Langat pula sudah pasti tidak akan mendiamkan diri dan akan bertindak mempertahankan orang-orang Mandailing di Kajang. Beliau sendiri mempunyai kaum keluarga di Reko yang pasti akan terancam jika merebaknya peperangan di Ulu Langat.
Jabarayun kini benar-benar dilema kerana;
a. beliau sebagai ketua masyarakat di Ulu Langat tidak boleh membiarkan Raja Layang dan orang-orang Minangkabau berbuat sesuka hati dan menyerang ke sana sini di kawasan beliau.
b. beliau sebagai pemimpin masyarakat Mandailing di Ulu Langat sudah pasti akan dipertanggungjawabkan jika apa-apa yang berlaku ke atas orang-orang Mandailing di Ulu Langat.
c. jika berlakunya serangan tersebut, sudah pastinya orang-orang Mandailing di seluruh Ulu Langat akan bertindak mempertahankan orang-orang Mandailing di Kajang.
d. beliau sendiri turut mempunyai kaum keluarga di Reko yang pasti akan terancam jika merebaknya peperangan di Ulu Langat
Justeru itu jelas kepada Jabarayun bahawa Raja Layang dan 100 pahlawan Minangkabau mestilah dihalang. Tetapi Jabarayun dan Raja Layang itu sama tetapi tidak serupa. Dengan kata lain, Jabarayun merupakan panglima perang kanan dan pengiring peribadi Sultan Abdul Samad yang menyokong kerajaan Bugis Selangor tetapi tidak mahu membabitkan diri di dalam Perang Kuala Lumpur manakala Raja Layang pula merupakan seorang pembesar Selangor yang membantu British dan Tengku Kudin. Dengan kata lain, Jabarayun dan Raja Layang sangat mengenali sesama mereka dan sering berjumpa di Istana Sultan Abdul Samad.
Sudah pasti Jabarayun tidak boleh melakukan sesuatu sewenang-wenangnya ke atas Raja Layang yang merupakan salah seorang pembesar penting dan pahlawan kesayangan Sultan Abdul Samad. Sebarang tindakan ke atas Raja Layang akan mencetuskan kekecohan di kalangan pembesar-pembesar Selangor. Namun begitu Jabarayun mendapat satu ilham.
Jabarayun segera menghantar utusan ke Kuala Lumpur untuk memberitahu Tuanku Raja Asal @ Jaasai bahawa Raja Layang dan orang-orangnya sedang bersiap-sedia untuk menyerang perkampungan pasukan Laut Padri di Kajang.
Sebaik sahaja Tuanku Raja Asal menerima warkah tersebut,beliau merasa sangat bimbang akan keselamatan kaum keluarga anggota pasukan Laut Padri di Kajang. Tetapi sayangnya Tuanku Raja Asal pada masa itu sedang sibuk mempersiapkan kelengkapan perang di kubu Ulu Kelang bersama-sama dengan Imam Perang Berantai @ Imam Perang Jabarumun. Ini ialah kerana skuad peninjau Mandailing di kubu Ulu Kelang telah mengesan kedatangan seketumbukan tentera Pahang di sempadan Genting Simpah dan Genting Bidai.
Lantaran itu Tuanku Raja Asal telah meminta bantuan Raja Mahmud, Engku Rahmat @ Raja Laut Selangor, Raja Endut, Panglima Muda Sepajar, Teoh Ah Chong serta 300 pengikut-pengikut mereka untuk mempertahankan Kajang dari serangan Raja Layang dan 100 pahlawan-pahlawan Minangkabau. Raja Mahmud merasa sangat gembira dengan permintaan Tuanku Raja Asal dan merasakan ianya sebagai satu penghormatan kepada dirinya.
Dari Kuala Lumpur, Raja Mahmud, Engku Rahmat @ Raja Laut Selangor, Raja Endut, Panglima Muda Sepajar, Teoh Ah Chong dan 300 pengikut-pengikut mereka telah bertolak ke Kajang. Setibanya di Kajang, Raja Mahmud dan pengikut-pengikutnya mendapat tahu bahawa Raja Layang dan 100 pahlawan-pahlawannya telah lari bersembunyi di kubunya di Kampung Reko. Walaupun dinasihatkan oleh rakan-rakannya supaya tidak ke Reko, namun Raja Mahmud berkeras membawa Engku Rahmat @ Raja Laut Selangor, Raja Endut, Panglima Muda Sepajar, Teoh Ah Chong dan 300 pengikut bertolak ke Reko untuk memburu Raja Layang yang dikatakan sedang bersembunyi di sana.
Di Kampung Reko, Raja Mahmud terlihat seorang Minangkabau yang tidak ambil endah tentang kedatangannya ke Kampung Reko itu. Beliau merasa sangat marah. Lalu ditahan orang Minangkabau itu lalu ditanya oleh Raja Mahmud;
‘Awak orang mana?’
Lalu dijawab;
‘Saya orang Minang.’
Lalu ditanya Raja Mahmud;
‘Siapa ketua awak?’
Lalu dijawab;
‘Raja Layang.’
Lantas Raja Mahmud menikam orang itu sampai mati. Lalu Raja Mahmud berkeliaran di Kampung Reko mencari Raja Layang. Di pertengahan jalan, Raja Mahmud ternampak seorang Kerinci yang bernama Haji Muhammad Salleh lalu ditahan dan ditanya orang Kerinci itu;
‘Di mana orang Minangkabau yang bernama Haji Abdul Samad?’
Haji Abdul Samad merupakan salah seorang orang kanan Raja Layang. Lalu Haji Muhammad Salleh menunjukkan di mana rumah Haji Abdul Samad.
Lalu menjerit-jeritlah Raja Mahmud memanggil Haji Abdul Samad keluar dari rumah lalu ditanya;
‘Siapa ketua Pak Haji?’
Lalu dijawab;
‘Tuankulah.’
Lantas Raja Mahmud memeluk Haji Abdul Samad dengan sukacitanya kerana beliau memang berniat untuk membunuh Haji Abdul Samad jika dia mengatakan ketuanya adalah Raja Layang. Lalu Raja Mahmud pun memberikan wang $10.00 kepada salah seorang penduduk di situ dan mengarahkannya menguruskan pengebumian orang Minangkabau yang ditikamnya tadi. Lalu mereka pulang ke Kuala Lumpur.
EPISOD 26
MANDAILING TEWASKAN PAHANG DI ULU KLANG
‘...here Rasu, without consulting the other chiefs,
tried and attacked a fort ‘Permulas’
held by Raja Asal’s Mandailing.’
W. Linehan Setelah diperkenankan dan dipersetujui oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapuraiaitu Governor Sir Harry Ord, maka pada akhir bulan Jul 1872 angkatan tentera Pahang telah berkumpul di Bukit Kepong (nama lama bagi Bentong di Pahang) dan bersiap-sedia untuk menyerang Kuala Lumpur @ Muara Bustak. Tentera sekuat 4000 orang itu telah dikumpulkan dari serata pelusuk Pahang. Lalu tentera 4000 orang itu dipecahkan kepada 2 kumpulan.
‘Sir Harry Ord was asked and he agreed to the Pahang forces entering the war.’ (76) - Middlebrook dan Gullick.
Kumpulan pertama yang berjumlah 1000 orang akan turun menyerang Kuala Lumpur terlebih dahulu. Mereka diketuai oleh Imam Perang Khatib Rasu @ Abdul Salam yang kemudiannya dikenali sebagai Tok Gajah dan Panglima Perang Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid. Manakala 3000 yang lain yang dipimpin oleh Orang Kaya Dato Shahbandar Tok Jidin dan Tok Muda Andak akan menunggu di Bukit Kepong.
Pada awal bulan Ogos 1872, tentera Pahang sekuat 1000 orang itu pun bertolak dari Bukit Kepong menuju ke Ulu Kelang. Mereka berjalan melalui Genting Simpah dan Genting Bidai lalu berkhemah di kaki Bukit Tabor di Ulu Kelang. Di sana, mereka berpecah kepada 2 kumpulan.
Kumpulan pertama yang terdiri daripada lebih kurang 500 orang akan menyerang Kota Permulas di Bukit Tabor di Ulu Kelang. Mereka diketuai oleh Imam Perang Khatib Rasu, Imam Perang Mahkota, Panglima Garang Ishak, Tok Jebek bin Tok Akil Bugis, Mat Saman, Sutan Kumala Pahang, Baginda Musin dan Haji Mustafa.
Manakala 500 yang lain yang diketuai oleh Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal yang dibantu oleh Encik Mat bin Dato Mata-Mata dan Encik Sulaiman Pulau Keladi akan bergerak ke sebuah bukit dekat utara Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Kepong) untuk membina kubu Pahang di sana dan bersiap-sedia untuk membantu angkatan perang British, Tengku Kudin @ Tengku Zia’u’ddin dan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy dari Kelang.
KOTA PERMULAS DISERANG ‘...here Rasu, without consulting the other chiefs, tried and attacked a fort ‘Permulas’ held by Raja Asal’s Mandailing.’ (96) –Linehan 1973.
Tidak lama selepas, pasukan pertama yang terdiri daripada lebih kurang 500 orang yang diketuai oleh Imam Perang Khatib Rasu, Imam Perang Mahkota, Panglima Garang Ishak, Tok Jebek, Mat Saman, Sutan Kumala Pahang, Baginda Musin dan Haji Mustafa tiba di Ulu Kelang dan melancarkan serangan ke atas Kota Permulas yang dipertahankan oleh Imam Perang Berantai @ Imam Perang Jabarumun dan lebih kurang 200 pahlawan Mandailing di sana.
Antara pahlawan-pahlawan Mandailing yang berkubu di sana termasuklah Dato Kelana Japaruhum adik kepada Imam Perang Jabarumun, rakan-rakan mereka seperti Dato Hulubalang Haji Marusin, Haji Muhammad Taib, Haji Zakaria, Jahang, Baginda Porang, Jakuman, Jabunga, Sutan Palangan dan Sutan Kajor. Maka berlakulah satu pertempuran yang hebat lagi sengit.
Sekali lagi berlakunya pertembungan dan pertarungan peribadi di antara Imam Perang Jabarumun dan Imam Perang Khatib Rasu. Kedua-duanya sama kuat dan sama hebat. Masing-masing langsung tidak mahu mengalah. Dalam serangan Pahang itu, beberapa pahlawan Mandailing telah terbunuh. Namun tentera Pahang terpaksa berundur setelah gagal menembusi kubu Mandailing.
Sebaik sahaja tentera Pahang berundur, pejuang-pejuang Mandailing pimpinan Imam Perang Jabarumun telah bertindak menyerangbalas serangan tentera Pahang itu. Sekali lagi berlaku satu pertarungan dan pertempuran hebat di antara pejuang Mandailing dan tentera Pahang khususnya di antara Imam Perang Jabarumun dan Imam Perang Khatib Rasu.
Apabila Imam Perang Khatib Rasu menyedari bahawa tentera Pahang berada di ambang kekalahan, maka dia bertindak membawa tentera Pahang berundur dan berkubu di puncak Bukit Tabor yang curam itu. Setelah bertahan selama 15 hari di Bukit Tabor, Imam Perang Khatib Rasu dan tentera Pahang telah kehabisan bekalan makanan. Selama 15 hari mereka tidak makan nasi. Mereka hanya memakan umbut kayu yang dicolek dengan garam.
Akhirnya pada suatu malam yang kelam, Imam Perang Khatib Rasu secara senyap-senyap telah membawa tentera Pahang untuk berundur pulang ke Bukit Kepong. Perjalanan mereka ini terpaksa menempuh sebuah paya di sebuah bukit yang dinamakan Bukit Berapit.
Semasa menempuh paya itulah tentera Pahang tiba-tiba diserang hendap secara mengejut oleh pejuang-pejuang Mandailing pimpinan Imam Perang Jabarumun yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Akibatnya berlakulah satu lagi pertempuran di antara pejuang Mandailing dan tentera Pahang pada tengah malam. Ternyata Imam Perang Jabarumun dan rakan-rakannya telah lama mengintip pergerakan mereka.
Ramai tentera Pahang terkorban dalam pertarungan tengah malam itu. Ini termasuklah orang kanan dan pahlawan kesayangan Imam Perang Khatib Rasu yang dikenali sebagai Bengkok yang terkenal dengan kehandalan, kegagahan, kehebatan, keelokan suara dan paras mukanya. Tubuh badan Bengkok telah patah berlipat dua.
Dalam pertempuran tengah malam itu, Imam Perang Khatib Rasu telah cedera ditikam oleh Imam Perang Jabarumun. Namun begitu Imam Perang Khatib Rasu dan sebahagian orang-orangnya berjaya meloloskan diri ke sempadan Pahang.
MANDAILING SERANG PAHANG DI KEPONG Sebaik sahaja mendapat berita serangan tentera Pahang ke atas kubu Mandailing di Ulu Kelang, maka Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi telah mengarahkan Tuanku Raja Asal @ Jaasai membawa 200 pejuang Mandailing menyerang tentera Pahang di sebuah bukit di utara Kuala Lumpur (Kepong). Ini ialah kerana pada masa itu Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri masih sibuk membaikpulih kubu Petaling Batu dan menjejaki pergerakan angkatan perang British dan Yap Ah Loy di Bukit Pudu.
Setibanya di sana, pejuang-pejuang Mandailing telah melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas 500 tentera Pahang yang berkubu di sana. Berlakulah satu pertempuran yang sengit dan getir.
Namun tentera Pahang pimpinan Panglima Perang Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid dan Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal masih dapat bertahan di atas bukit itu. Lalu Tuanku Raja Asal dan 200 pejuang Mandailing tersebut mengepung tentera Pahang yang berada di atas bukit tersebut. Bukit itu kemudiannya dinamakan Kepong oleh tentera Pahang.
Beberapa hari kemudian kumpulan tentera Pahang yang berjumlah lebih kurang 500 orang pimpinan Imam Perang Khatib Rasu yang berundur lari pulang ke Bukit Kepong (Bentong) itu telah datang semula ke Selangor dan membawa tentera bantuan berjumlah 3000 orang yang diketuai oleh Orang Kaya Dato Shahbandar Tok Jidin dan Tok Muda Andak menuju ke Kepong. Setibanya di Kepong, mereka bergabung dengan tentera Pahang yang sedia ada lalu melancarkan serangan ke atas Tuanku Raja Asal dan 200 pejuang Mandailing yang sedang mengepung bukit tersebut.
‘In the meantime the Chenor chiefs had reached Kepong, where they defeated an attack on their position by 200 men under Raja Asal.’ (76) - Middlebrook dan Gullick.
Ternyata gabungan tentera Pahang yang berjumlah 4000 orang itu adalah satu kumpulan yang terlalu besar dan terlalu ramai untuk ditewaskan untuk Tuanku Raja Asal dan 200 pejuang Mandailing. Lantaran itu Tuanku Raja Asal dan 200 pejuang Mandailing terpaksa berundur ke tepi sebuah hutan sambil memerhatikan pergerakan tentera musuh.
‘An attempt was made to establish contact with the forces besieged in Kuala Lumpur, urging them to withdraw to Kepong if they could not hold out until further troops came over from Pahang. Unfortunately Van Hagen never received the message from the Pahang men at Kepong.’ (76) - Middlebrook dan Gullick.
Pada masa yang sama, Haji Muhammad Nur telah menghantar utusan kepada pihak British dan Yap Ah Loy di Bukit Pudu agar berundur sahaja ke Kepong jika mereka tidak dapat lagi menahan serangan orang-orang Mandailing itu. Tetapi sayang sekali orang yang membawa utusan itu telah ditahan dan ditangkap oleh pejuang-pejuang Mandailing pimpinan Tuanku Raja Asal di pertengahan jalan.

EPISOD 27
MANDAILING LANYAK TENTERA BRITISH DI SUNGAI BESI ‘There was a sharp engagement between the two forces:
Cavalieri, the second in command, was killed along
with some 20 sepoys.’
R.O. Winstedt
Sedang Tuanku Raja Asal @ Jaasai dan pasukan Dana Padri sibuk mengepung tentera Pahang di Kepong, Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi dan pasukan Laut Padri yang sedang sibuk membaikpulih kubu Petaling Batu pula sedang berhadapan dengan angkatan perang British dan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy di kubu Bukit Pudu.
Seperti yang telah dijelaskan sebelumnya, angkatan perang British pimpinan Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri serta tentera Yap Ah Loy yang berlindung di Bukit Pudu sedang dikepung Sayid Mashur @ Tok Soho, Sutan Naposo @ Sutan Puasa, Sutan Bengkulu, Raja Amin Semenyih bin Engku Sutan dan 800 pengikut-pengikut mereka.
Pada masa yang sama Tuanku Raja Laut telah mengarahkan Jamogek dan Jalumat untuk meninjau dan menjejaki pergerakan musuh di Bukit Pudu. Dari aspek pertahanan, kedudukan kubu Bukit Pudu yang terlalu hampir dengan kubu Bukit Nanas di Kuala Lumpur @ Muara Bustak boleh mengancam keselamatan dan kepentingan pelaburan Dana Padri dan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Lantaran itu skuad peninjau Laut Padri dikehendaki memerhatikan, meninjau dan melapurkan pergerakan musuh kepada Tuanku Raja Laut tanpa gagal. Jika ada peluang melintang, pasti Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri akan mengambil peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memusnahkan pihak musuh. Ini menyebabkan harapan tentera British dan Yap Ah Loy untuk keluar melarikan diri secara berkumpulan amatlah sukar. Pada masa itu, kubu Bukit Pudu menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan yang agak tenat.
Pada satu malam pada pertengahan bulan Ogos 1872, kubu Bukit Pudu telah kehabisan makanan. Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri mengambil keputusan untuk membawa lebih kurang 100 tentera British berpindah ke Kelang. Mereka menyusup keluar secara senyap-senyap tanpa diketahui atau dikesan oleh Sayid Mashur, Sutan Naposo, Sutan Bengkulu, Raja Amin dan pengikut-pengikut mereka lalu bergerak menuju ke Kelang. Selepas sehari suntuk tentera British menempuhi hutan banat di Salak, mereka tiba di tepi Sungai Kuyoh dekat Kampung Sungai Besi. Yakinlah mereka bahawa mereka telah berjaya melepasi halangan orang-orang Mandailing. Secara tiba-tiba Captain Van Hagen menjerit apabila Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri tiba-tiba berada di hadapan mereka.
Tanpa disedari oleh mereka, pergerakan tentera British itu telah dikesan, diperhatikan dan diekori oleh skuad peninjau Laut Padri yang segera memberitahu Tuanku Raja Laut. Tuanku Raja Laut segera mengarahkan pasukan Laut Padri bersiap untuk bergerak menuju ke tempat musuh.
‘He left in the night, and apparently took only his party of sepoys and the non-commisioned officers, leaving Ah Loy with the remainder of the troops in Kuala Lumpur.’ (76) - Middlebrook dan Gullick.
Maka tanpa membuang masa lagi Captain Van Hagen, Captain Cavalieri dan 100 tentera British menyerang Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri. Berlakulah satu pertempuran yang hebat. Captain Cavalieri telah bersemuka dengan Tuanku Raja Laut satu lawan satu. Dalam pertarungan itu, Tuanku Raja Laut telah memancung kepala Captain Cavalieri dengan Pedang Chola Nagara. Kepala Captain Cavalieri kemudiannya dibawa oleh Jamogek ke Kuala Lumpur. 20 tentera berbangsa Punjab dan Inggeris yang lain turut terbunuh. Manakala 9 orang Eropah dan 6 tentera Punjab menyerah diri. (23) - Winstedt (154) - Wilkinson (108) - Buyong Adil.
Captain Van Hagen dan 65 tentera British yang lain melarikan diri dalam beberapa buah kumpulan kecil menuju ke arah Kelang. Tetapi setelah beberapa ketika dibiarkan oleh Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri, Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri kemudiannya mengejar dan memintas Captain Van Hagen dan tentera British di pertengahan jalan.
Melihatkan Tuanku Raja Laut sudah berada di hadapan mereka, Captain Van Hagen dan 30 tentera British mengangkat tangan. Mereka berada dalam keadaan yang benar-benar ketakutan dan terus menyerah diri. Kesemuanya ditangkap dan dibawa ke kubu Bukit Nanas. Yang lain-lain berjaya menyelamatkan diri ke Kelang.
Pada keesokkan harinya sebelum Zuhur, salah satu kumpulan tentera British yang melarikan diri telah berjaya ditahan oleh orang-orang Sayid Mashur. Mereka terdiri daripada 2 orang Inggeris dan 6 orang tentera Punjab. Kesemua mereka dipenjara dan disiksa selama 4 hari sebelum 6 tentera Punjabi itu dibunuh. Manakala 2 tentera Inggeris itu ditawan untuk dijadikan sebagai tukang meriam.
Di kubu Bukit Nanas, Captain Van Hagen dan yang lain-lain dijatuhkan hukuman mati. Secara keseluruhannya 10 orang Eropah dan 56 tentera Punjabi terkorban dalam pertempuran di Sungai Besi dan dalam hukuman mati bersebut. Kini hampir seluruh tentera British di Kelang telah disapu-bersih oleh orang-orang Mandailing.
Di Kuala Lumpur, kepala Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri diarak beramai-ramai oleh orang-orang Mandailing di Bukit Nanas lalu dibawa ke seluruh Kuala Lumpur. Mereka disertai oleh orang ramai yang turut bersorak gembira dan memukul gong sempena menyambut tanda kejatuhan tentera British yang cuba merampas Kuala Lumpur dari tangan orang-orang Mandailing.
Di akhir perarakan itu, kepala Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri telah dipakukan oleh Jamogek di pintu gerbang kubu Bukit Nanas untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Orang ramai bersorak gembira atas kejayaan Mandailing ke atas Inggeris itu. Setelah berada di Kuala Lumpur selama beberapa hari, Tuanku Raja Laut segera membawa pasukan Laut Padri berangkat pulang ke kubu Petaling Batu. Pada masa yang sama skuad peninjau Laut Padri pimpinan Jamogek dan Jalumat telah diarahkan meninjau rapi pergerakan tentera Cina pimpinan Yap Ah Loy di kubu Bukit Pudu.

EPISOD 28
MANDAILING TEBAS TENTERA CINA DI BATU 15 DAMAR SARA ‘... the Capitan wearing only a piece of underwear of Siamese make.’
S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick
Sejurus tentera British pimpinan Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri meninggalkan kubu Bukit Pudu, Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy merasakan kedudukan orang-orang Cina di Kuala Lumpur @ Muara Bustak berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ini ialah kerana hanya Yap Ah Loy dan orang-orang Cina sahaja yang masih tinggal di Kuala Lumpur sedangkan tentera Biritsh telah hancur dipunahkan oleh orang-orang Mandailing.
Yap Ah Loy benar-benar merasa resah-gelisah, bimbang dan takut. Bila-bila masa sahaja Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi dan pasukan Laut Padri serta orang-orang Mandailing akan muncul dan menyerang kubu Bukit Pudu dan melenyapkan mereka. Bekalan makanan di kubu Bukit Pudu pula sudah hampir kehabisan. Tambahan pula di kacamata orang-orang Mandailing, Yap Ah Loy dianggap sebagai seorang pengkhianat yang langsung tidak boleh dipercayai.
Pada masa itu Tuanku Raja Asal @ Jaasai dan 200 anggota pasukan Dana Padri sedang dalam perjalanan pulang dari Kepong.
Pada suatu hari Yap Ah Loy mengambil keputusan untuk membawa 2000 orang-orang Cina yang ada di kubu Bukit Pudu untuk keluar berpindah ke Kelang. Mereka berjalan kaki menempuh hutan-hutan di Bukit Arang dan Sungai Pencala selama 2 hari 2 malam tanpa berhenti-henti. Setibanya mereka di sebuah jeti kecil dekat Batu 15 jalan denai ke Kampung Damar Sara di tebing Sungai Brus Brus, mereka bersiap-sedia menaiki sampan untuk menghilir Sungai Brus Brus untuk bertolak ke Kelang seberapa segera.
Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Itulah yang dapat digambarkan di dalam peristiwa ini. Yap Ah Loy dan panglima-panglimanya merasa sangat gembira kerana tidak ada satupun pejuang Mandailing yang kelihatan di sepanjang perjalanan mereka sejak keluar dari Bukit Pudu.
Malang tidak berbau. Apa yang diigaukan oleh Yap Ah Loy semasa di kubu Bukit Pudu benar-benar terjadi. Ia terjadi di hadapan matanya sendiri. Semasa mereka sedang asyik memunggah barang dan berebut-rebut menaiki sampan untuk menghilir Sungai Kelang, Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri tiba-tiba muncul di hadapan mereka.
Pada masa yang sama terdengar oleh Yap Ah Loy jerit-pekik dari belakang barisan orang-orang Cina yang menyatakan mereka diserang musuh.Rupa-rupanya Sayid Mashur @ Tok Soho, Sutan Naposo @ Sutan Puasa, Sutan Bengkulu, Raja Amin bin Engku Sutan dan lebih kurang 800 pengikut-pengikutnya telah mengekori pergerakan tentera Yap Ah Loy dan bertindak menyerang mereka setibanya di Batu 15 Damar Sara. Berlakulah pertempuran hebat di antara pejuang-pejuang Mandailing dengan tentera Yap Ah Loy yang sedang berpusu-pusu menaiki sampan itu.
Yap Ah Loy segera mengarahkan orang-orangnya menyerang Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri di hadapan mereka. Dengan Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri di hadapan mereka dan pejuang Sayid Mashur dan Sutan Naposo di belakang mereka, nasib Yap Ah Loy memang malang. Jeritan sakit dan raungan pedih kedengaran di merata-rata. Nasib malang benar-benar menimpa Yap Ah Loy dan orang-orangnya. Mereka dipancung, ditebas, ditakuk dan dicincang oleh pasukan Laut Padri dan orang-orang Mandailing yang lain. 1700 tentera Cina Yap Ah Loy disembelih dan dilapah manakala 300 yang lain termasuk Yap Ah Loy susup-sasap melarikan diri ke hutan banat yang berhampiran.
Panglima-panglima Yap Ah Loy yang juga merupakan jaguh-jaguh seni Kungfu yang terkenal seperti Chung Piang, Hiew Fatt, Ting Sam, Tung Khun dan Voon Siew semuanya terbunuh. Namun adik-adiknya iaitu Yap Voon Lung dan Yap Tet Fong terselamat. Yap Ah Loy dan mereka yang terselamat itu akhirnya berjaya menghilir Sungai Kelang dan sampai ke kubu Pangkalan Batu di Kelang dengan selamatnya.
Yap Ah Loy pada masa itu hanya memakai sehelai seluar dalam buatan Siam. Dia sendiri hampir terbunuh dan baju dan seluarnya habis koyak akibat ditetak oleh orang-orang Mandailing. Ketibaan Yap Ah Loy disambut dengan tembakan hormat meriam 20 das oleh tentera Inggeris Tengku Kudin yang memberikan makanan dan pakaian. Lalu diceritakan segala-galanya kepada Tengku Kudin. (77) - Middlebrook dan Gullick.
‘Kuala lumpur fell and Yap Ah Loy fled through the jungle to appear before Kudin at Klang wearing only a piece of underwear of Siamese make.’(218) - Gullick 1993.
Tengku Kudin cuba menenangkan Yap Ah Loy yang masih terkejut dan begitu menyesali takdir yang menimpa dirinya. Malahan Tengku Kudin berjanji akan melantik Yap Ah Loy sebagai salah seorang pembesar di Kedah jika Yap Ah Loy merasa putus asa dan tidak mahu membabitkan diri dalam peperangan menentang orang-orang Mandailing itu.
‘On looking into this tragic event, the Capitan looked to Heaven and sighed. He had never before suffered so severe a reverse.’ (77) - Middlebrook dan Gullick.
Yap Ah Loy merasa begitu sedih sambil menyatakan bahawa tidak pernah dia mengalami atau melihat pertempuran yang sedahsyat itu. Tidak pernah pula dia menderita kekalahan yang sebegitu teruk. Pengikut-pengikutnya yang terselamat itu cuba memujuk ketua mereka yang ternyata masih begitu kaget dan sedih.
Diagram 11 – Serangan Mandailing ke atas Tentera Yap Ah Loy
di Damar Sara
N
Panduan:
X – pejuang Mandailing
O – tentera Yap Ah Loy
# - tentera Sayid Mashur
ke Kelang
x ooooooo
x x x ooooooo
x x x ooooooo
Tuanku Raja Laut Yap Ah Loy dan 2000
dan 200 pejuang tentera Cina sedang bergerak
Laut Padri berjalan kaki secara berpasukan
sedang menanti ke Damar Sara untuk meneruskan
di hutan sebelah perjalanan ke Kelang dengan
utara menaiki perahu
######
######
######
Sayid Mashur,
Sutan Naposo,
Sutan Bengkulu,
Raja Amin dan
800 pengikut-
pengikutnya menyerang
tentera Yap Ah Loy
dari belakang

Namun Yap Ah Loy tetap masih mahu meneruskan perjuangannya untuk membalas kematian orang-orang Cina yang begitu ramai itu. Di Kelang, Yap Ah Loy berusaha membawa masuk orang-orang Cina khususnya dari Pulau Pinang bagi memperkuatkan pasukan perang Cina yang baru dibentuk oleh dirinya. Dia berazam untuk menyertai bala tentera dan British dan Tengku Kudin untuk menentang orang-orang Mandailing.
SAYID MASHUR PULANG KE ULU SELANGOR Sayid Mashur merasa tersangat gembira dengan kemenangan besar ke atas tentera Yap Ah Loy dalam pertempuran di muara Sungai Damar Sara yang mengakibatkan 1700 tentera Cina terkorban. Pada masa yang sama Sayid Mashur merasa sangat kagum dengan disiplin, kehandalan dan kepatuhan pasukan Laut Padri serta daya kepimpinan Tuanku Raja Laut sebagai ketua tertinggi pasukan Laut Padri yang merencanakan kemusnahan tentera Yap Ah Loy itu.
Selepas pertempuran di Damar Sara, Sayid Mashur dan Sutan Bengkulu membawa pengikut-pengikutnya pulang ke kubu mereka di Kuala Kubu Lama. Manakala Raja Amin bin Engku Sutan telah membawa 100 orang pahlawan Rawa pulang ke Semenyih. Namun melihatkan orang-orang Mandailing yang berjaya menewaskan tentera British tersebut, Sayid Mashur merancang untuk menyerang dan menakluki Kuala Selangor.
Pada akhir Ogos 1872, melihatkan kejayaan luarbiasa pasukan Laut Padri dan orang-orang Mandailing yang menewaskan tentera musuh yang ramai di sekitar Kuala Lumpur, Sayid Mashur, Sutan Bengkulu dan pengikut-pengikut mereka bersama dengan Raja Isa iaitu seorang anak raja Bugis yang membelot kepada Tengku Kudin telah menyerang tentera British yang berkubu di Bukit Melawati yang dipertahankan oleh Sergeant Pennefather dan 52 tentera British bersama dengan ketua tentera upahan iaitu Sheikh Muhammad Taib, adiknya Sheikh Muhammad Ali dan orang-orang Minangkabau. Di sana mereka turut mendapat bantuan dari Raja Amin Semenyih bin Engku Sutan dan 100 orang Rawa dari Semenyih.
Satu pertempuran hebat telah berlaku. Pennefather dan kesemua 52 tentera Punjab telah dibunuh. Kubu Bukit Melawati dan Kuala Selangor jatuh ke tangan Sayid Mashur dan pengikut-pengikutnya. Manakala Sheikh Muhammad Taib, Sheikh Muhammad Ali dan sebahagian pengikut-pengikutnya berjaya melarikan diri dengan menaiki sampan dan menyusuri pantai ke Kelang. Manakala Tengku Chik iaitu seorang lagi anak raja Bugis telah menyerah diri kepada Sayid Mashur dan menyatakan sokongannya terhadap perjuangan Sayid Mashur.
‘He helped to retake Kuala Selangor in August 1872.’ (53) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
Tidak lama selepas itu Raja Musa bin Sultan Abdul Samad kembali semula ke Kuala Selangor dan tinggal di sana tanpa diganggu oleh Sayid Mashur. Kini hampir seluruh utara Selangor ditakluk oleh Sayid Mashur.
TENTERA PAHANG BERUNDUR DARI SELANGOR Apabila mendapat tahu orang-orang Mandailing berjaya melangsaikan semua tentera British yang datang menyerang Kuala Lumpur, maka 3500 tentera Pahang yang baru tiba di bawah pimpinan Imam Perang Khatib Rasu, Orang Kaya Dato Shahbandar Tok Jidin dan Tok Muda Andak membuat keputusan untuk pulang ke Pahang. Tambahan pula bekalan makanan yang dibawa tidak mencukupi untuk menampung seluruh 3,500 tentera Pahang yang ada di Kepong.
Akibatnya tidak lama selepas itu pada bulan Sep 1872 seluruh angkatan tentera Pahang sejumlah 3500 orang itu terpaksa pulang ke Bukit Kepong (Bentong). Malangnya kepulangan tentera Pahang ke Bukit Kepong itu langsung tidak diketahui oleh Tengku Kudin.
Kedatangan mereka yang sia-sia ini jika dianalisis dari aspek peperangan membuktikan bahawa tentera Pahang datang dan pergi tanpa satu matlamat perang yang khusus. Mereka tidak merancang bekalan makanan dengan efisien dan terlalu bergantung kepada bilangan tentera yang ramai.

EPISOD 29
MANDAILING HANYA BERNIAT MEMPERTAHANKAN KUALA LUMPUR ‘In fact there is no evidence that
Kudin’s opponents were able to get beyond Petaling
nor was there an immediate prospect of the fall of Klang.’
J.M. Gullick
Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi dan Tuanku Raja Asal @ Jaasai dan orang-orang Mandailing telah berjaya mempertahankan Kuala Lumpur @ Muara Bustak dan seluruh pelaburan Dana Padri di Tanah Melayu. Namun begitu Tuanku Raja Laut tidak pula melakukan sebarang serangan ke atas pihak musuh, baik di Kelang mahupun di Langat atau Kuala Selangor.
Ini dijelaskan oleh J.M. Gullick 1993 seperti berikut;
‘In fact there is no evidence that Kudin’s opponents were able to get beyond Petaling nor was there an immediate prospect of the fall of Klang.’ (218)
Jika dikaji dan dilihat dengan teliti, Tuanku Raja Laut, Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing yang tidak begitu ramai itu berjaya membelasah dan melanyak musuh-musuh mereka yang begitu ramai dalam setiap pertempuran yang berlaku di Bukit Petaling Batu, Ulu Kelang, Sungai Besi dan Damar Sara. Dalam setiap pertempuran secara puratanya pejuang Padri dan Mandailing yang berjumlah 100 ke 300 orang pejuang dapat menewaskan tentera musuh yang berjumlah 500 ke 1000 orang. Ia pelik tetapi benar dan ia berlaku.
Namun jika disoroti kembali sejarah perjuangan pasukan Padri dari tahun 1816 di Tanah Besar Sumatera hinggalah ke Ogos 1872 semasa Perang Kuala Lumpur, sememangnya dari dahulu lagi pasukan Padri sering mendapat kejayaan yang besar lagi gemilang. Walaupun begitu tidak dinafikan bahawa sesekali mereka juga mengalami kekalahan.
Rahsia kekuatan pasukan Padri adalah
a. kefahaman dan penghayatan wadah dan tujuan perjuangan yang jelas
b. disiplin yang tinggi
sikap bersungguh-sungguh dan semangat yang tinggi
kepatuhan dan kesetiaan yang luar biasa kepada wadah perjuangan dan kepimpinan
latihan ketenteraan yang intensif
kelengkapan peperangan yang cukup mengikut peredaran semasa
kekuatan kewangan yang kukuh bagi menanggung kos peperangan yang tinggi
iman dan kepercayaan yang utuh terhadap agama Islam
keredaan dari Allah s.w.t. ke atas perjuangan mereka.
Jelas bahawa pada bila-bila masa Tuanku Raja Laut dan orang-orang Mandailing boleh menyerang dan menawan seluruh Selangor jika mereka mahu. Tetapi yang menghairankan mereka tidak melakukannya. Malahan Tuanku Raja Laut, Tuanku Raja Asal, pasukan Padri dan orang-orang Mandailing tidak pernah bergerak melewati Petaling di sebelah barat, Rawang di sebelah utara, Genting Simpah dan Genting Bidai di sebelah timur serta Kajang di sebelah selatan.
Di Kelang kubu Pangkalan Batu dan kubu Kuala Kelang langsung tidak disentuh oleh pasukan Padri dan orang-orang Mandailing. Ini agak aneh kerana Kelang pada masa itu hanya dipertahankan oleh tidak lebih 500 orang tentera dari Kedah. Pada bila-bila masa pasukan Padri dan orang-orang Mandailing boleh menyerang dan menawan Kelang jika mereka mahu. Tetapi mereka tidak lakukannya. Sedangkan Kelang merupakan tempat impian Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya. Ini membuktikan bahawa perjuangan orang-orang Mandailing itu tidak berkaitan sama sekali dengan perjuangan Raja Mahadi dan begitu juga sebaliknya.
Bandar Termasa atau Langat pula hanya dikawal oleh tidak lebih dari 300 tentera juga tidak dihampiri oleh Tuanku Raja Laut dan pasukan Padri serta orang-orang Mandailing.
Malahan Kuala Selangor yang diidam-idamkan oleh Raja Mahadi dan pengikut-pengikutnya juga langsung tidak disentuh oleh orang-orang Mandailing sedangkan ia hanya dipertahankan oleh 52 tentera British yang diketuai oleh Sergeant Pennefather, ketua tentera upahan iaitu Sheikh Muhammad Taib danadiknya Sheikh Muhammad Ali serta beberapa pahlawan Minangkabau. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa wadah perjuangan orang-orang Mandailing itu langsung tidak berkaitan sama sekali dengan perjuangan orang-orang Raja Mahadi dan begitu juga sebaliknya.
Tuanku Raja Laut, Tuanku Raja Asal, pasukan Padri dan orang-orang Mandailing bukanlah penakluk-penakluk ganas lagi gila atau ‘the Great Conqueror’ seperti sering digambarkan oleh ahli-ahli sejarah khususnya ahli-ahli sejarah barat kepada mereka yang sering mencapai kemenangan di dalam pertempuran dan peperangan.
‘The Great Conqueror’ yang digambarkan oleh ahli-ahli sejarah khususnya ahli-ahli sejarah barat mempunyai definisinya tersendiri iaitu;
c. penakluk yang bersifat kejam, ganas, tidak ada perasaan belas kasihan atau jijik dan sanggup membuat apa sahaja ke atas pihak lawan termasuk mendera, mencincang atau menyiksa bagi menawan sesuatu kawasan.
d. penakluk yang suka menceroboh, menyerobos dan menyerang negeri-negeri lain hanya untuk tujuan meluaskan empayarnya.
e. penakluk yang merampas segala harta-benda musuh-musuhnya bagi melumpuhkan segala kekuatan pihak musuh.
Hanya bangsa yang kejam sahaja yang menakluki negeri orang. Jika mahu menguasai tempat orang, haruslah jadi bangsa yang kejam. Justeru itu jelas bahawa dalam Perang Kuala Lumpur, orang-orang Mandailing tidak pernah menakluki Selangor, tidak pernah bersekongkol atau membantu Raja Mahadi dalam mana-mana peperangan seperti yang didakwa oleh kebanyakan ahli-ahli sejarah di Nusantara.
Malahan Perang Selangor mahupun Perang Kelang yang sering disalahtafsirkan kepada Perang Kuala Lumpur digambarkan oleh kebanyakan ahli-ahli sejarah di Nusantara sebagai lebih merupakan ‘the exaggerated reports of Kudin’s reverses reached the Straits Settlements and caused panic among his creditors.’ (218) - Gullick 1993.
Yang sebenarnya Perang Selangor itu hanyalah Perang Kuala Lumpur yang membabitkan Mandailing dan British. Pihak-pihak lain yang terbabit hanyalah merupakan kumpulan-kumpulan yang melibatkan diri secara tidak langsung sama ada membantu Mandailing ataupun British atau sengaja mengambil kesempatan untuk melancarkan serangan ke atas musuh masing-masing.
Tuanku Raja Laut, Tuanku Raja Asal, pasukan Padri dan orang-orang Mandailing berperang hanya untuk mempertahankan tempat-tempat pelaburan Dana Padri di Kuala Lumpur dan tidak lebih dari itu.
MANDAILING MEMPERKUATKAN PERTAHANAN DI KUALA LUMPUR
Dengan tanpa membuang masa lagi, Tuanku Raja Laut mengarahkan semua pejuang Mandailing segera mempersiapkan pasukan masing-masing bagi menghadapi serangan balas dari musuh. Pada masa yang sama beberapa tokoh personaliti Mandailing yang sesetengahnya dilantik oleh orang-orang Bugis sebagai pembesar negeri Selangor seperti Baginda Kolang, Uda Kandis dan Sutan Maharajalela dari Kelang sentiasa memberikan maklumat terkini akan perkembangan di Kelang dan Langat.
Untuk mempertahankan Kuala Lumpur dan tempat-tempat pelaburan Dana Padri, Tuanku Raja Laut telah mengarahkan orang-orang Mandailing membina beberapa buah kubu-kubu perang mengikut sistem pertahanan ‘forward defence’. Manakala kubu pusat Bukit Nanas akan menjadi ‘last fortress’ atau kubu terakhir.
6 buah kubu yang akan mempertahankan Kuala Lumpur adalah
a. Kubu terakhir Bukit Nanas sebagai pusat pertahanan terakhir
b. Kubu Petaling Batu menghala ke Kelang
c. Kubu Siputih yang menghala ke Kelang
d. Kota Permulas di Bukit Tabor di Ulu Kelang menghala ke Pahang
e. Kubu Gombak di antara kubu Ulu Kelang dan Ampang menghala ke Pahang
f. Kubu Ampang di antara kubu Gombak dan Bukit Nanas menghala ke Pahang
Setiap kubu ini telah dilantik panglima masing-masing bagi mempertahankan kedudukan orang-orang Mandailing di tempat masing-masing. Malahan di setiap kubu tersebut telah dipasak kayu-kayu bulat memagari kubu-kubu tersebut dan telah disediakan jalan dan tempat rahsia untuk menyelamatkan diri.
Ia jelas disebut oleh Haji Abdullah Hukum sebagai;
‘Tak berapa lama maka kubu-kubu dan benteng-benteng itu pun sampailah lebih kurang sama di Hulu Kelang, di Ampang dan di Kuala Lumpur iaitu siap sekali dengan tempat lari masing-masing menurut kelengkapan perang zaman itu dan orang-orang negeri itu pun duduk bersiap-siap sahaja di dalam kedai dan pada tempat masing-masing.’ (II:1) – Adnan Haji Nawang.
Diagram 13 – Sistem Pertahanan Mandailing di Kuala Lumpur
N
Panduan:
- Kubu perang
ke
Ulu
Selangor
ke Kelang ke Pahang
Kubu Gombak
Kuala Lumpur
Kubu Siputeh
Kubu
Kota
Kubu Kubu Permulas
Petaling Ampang
Batu Kubu utama
Bukit Nanas
N
Panduan:
- Kubu perang
ke
Ulu
Selangor
ke Kelang ke Pahang
Kubu Gombak
Kuala Lumpur
Kubu Siputeh
Kubu
Kota
Kubu Kubu Permulas
Petaling Ampang
Batu Kubu utama
Bukit Nanas
Tidak lama selepas itu, ramai anak-anak Mandailing, Rawa, Kampar, Tolu, Kerinci dan Bengkulu datang untuk menyertai pasukan Padri di Kuala Lumpur. Dengan kemasukan anggota-anggota baru tersebut, maka bilangan anggota pasukan Padri di Kuala Lumpur kini semakin meningkat.
TUANKU RAJA LAUT MEMIMPIN KUBU PETALING BATU Kubu parit Petaling Batu adalah kubu perang yang terletak di satu tempat yang jaraknya lebih kurang 3 km dari Kuala Lumpur di pertengahan jalan ke Kelang. Ini bermakna sebelum pihak musuh tiba di Kuala Lumpur dari arah Kelang, mereka terpaksa menghadapi kubu Petaling Batu terlebih dahulu.
Di kubu Petaling Batu, Tuanku Raja Laut dibantu oleh panglima-panglimanya dari pasukan Laut Padri iaitu Jamogek, Jalumat dan Nakhoda Kuning. Walaupun keadaan di Padang Lawas di Tanah Besar Sumatera masih tidak menentu dan perang masih belum surut, Tuanku Raja Laut terpaksa melupakan perjuangan Perang Padang Lawas buat sementara waktu kerana baginda merasakan permasalahan di Tanah Melayu itu adalah lebih penting dan lebih rumit jika dibandingkan dengan Perang Padang Lawas yang baginda yakin bahawa Jamarnindi Mata Merah dan pasukan Gerila Padri akan dapat menanganinya. Lantaran itu baginda merasakan adalah perlu untuk baginda menyelesaikan masalah Tuanku Raja Asal dan Dana Padri di Tanah Melayu terlebih dahulu sebelum memikirkan semula masalah Perang Padang Lawas di Tanah Besar Sumatera.
Di kubu Petaling Batu, Tuanku Raja Laut menempatkan pasukan Laut Padri yang pada masa itu mempunyai kekuatan seramai 400 anggota. Lantaran itu kubu Petaling Batu adalah kubu yang terkuat dan mempunyai paling ramai pahlawan handalan.
TUANKU RAJA ASAL MENGETUAI KUBU BUKIT NANAS Di kubu utama Bukit Nanas sendiri, Tuanku Raja Asal akan mempertahankan kubu Bukit Nanas yang dibinanya sendiri pada tahun 1866. Beliau akan dibantu oleh panglima-panglima kanannya iaitu Imam Perang Malim Panjang, Imam Perang Katin @ Tok Panglima Katin dan Jabintang. Mereka juga disertai oleh lain-lain pahlawan Mandailing seperti Jamantiko, Jakaloka, Jabinanga, Jabaringin, Jaboji, Jabalun, Jamalintang, Jamangitung Serigala Tonga, Sutan Mogal Babiat Jolma, Jaborotan, Jasakandan, Jasamalan, Jasalompuan dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan keluarga Arab Sayid Kenang dan suku-sakat keluarganya seperti Sayid Yusuf, Siti Sari dan Siti Puteh. Jabaringin adalah seorang pahlawan Mandailing yang dikatakan boleh memanjat pokok tanpa berpaut tangan kepada batang pokok tersebut dan kesukaannya ialah berehat di atas pokok beringin.
Sebagai ‘the last fortress’ atau kubu perang terakhir, kubu Bukit Nanas merupakan pusat pertahanan terakhir pasukan Padri dan Mandailing jika diserang oleh musuh. Di sinilah terletaknya segala harta-benda dan wang simpanan Dana Padri yang dilaburkan dalam bentuk perlombongan dan aktiviti-aktiviti perniagaan bijih timah di Kuala Lumpur. Bilangan pejuang-pejuang Mandailing di sini adalah lebih kurang 800 orang.
Pada masa yang sama Tuanku Raja Laut mengarahkan kubu Bukit Nanas dipagar kayu-kayu bulat mengelilingi kubu tersebut. Perkara ini ada ditekankan oleh Haji Abdullah Hukum sebagai;
‘...dipagar dengan kayu bulat serta bekerja bersama-sama dengan orang ramai mendirikan benteng. Begitu juga kononnya orang-orang di Ampang dan di Kuala Lumpur.’ (II:1) – Adnan Haji Nawang.
Pada masa yang sama, Tuanku Raja Laut telah melantik Jabunus @ Tok Bunus dan sekumpulan pejuang-pejuang Padri untuk membina pusat pertahanan di Kampung Duri yang berfungsi sebagai pusat kawalan dan pertahanan kampung di Kuala Lumpur. Ini memperkuatkan kawalan keselamatan terhadap orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur dan kampung-kampung Mandailing yang berdekatan.
Di sinilah Jabunus lebih dikenali sebagai Tok Bunus menjadi tokoh pemimpin yang sangat berkaliber dan dihormati. Ketokohan Jabunus sebagai seorang pemimpin menyebabkan Kampung Duri mula digelar Kampung Tok Bunus (kini dikenali sebagai Kampung Baru). Jabunus dibantu oleh seorang lagi pahlawan Mandailing di dalam pasukan Laut Padri yang bernama Jaakub.
Di Kuala Lumpur, Jabunus akan dibantu oleh orang-orang kaya dari Kampung Duri dan Kampung Mandailing di Kuala Lumpur iaitu Sutan Duri, Baginda Kayo Sidursat @ Haji Arshad, Haji Abdul Ghani, Jamanambin, Jasuman bersama-sama dengan 100 pejuang Mandailing dan 1500 penduduk-penduduk kampung.
IMAM PERANG JABARUMUN PERTAHANKAN KOTA PERMULAS Seperti yang dijangkakan dan sering dilakukan oleh Tuanku Raja Asal, Imam Perang Harimau Berantai @ Imam Perang Jabarumun dikekalkan sebagai ketua di Kota Permulas kubu di Bukit Tabor di Ulu Kelang. Beliau akan dibantu oleh adiknya Dato Kelana Japaruhum, Jahang, Baginda Porang, Jakuman, Jabunga, Sutan Palangan, Sutan Kajor dan lain-lain lagi serta orang-orang Rawa yang diketuai oleh Dato Hulubalang Haji Marusin dan abang-abangnya Haji Muhammad Taib dan Haji Zakaria. Kota Permulas dikatakan sebagai satu kubu yang sangat kuat yang dilengkapi oleh makhluk-makhluk halus.
Di kaki bukit tersebut yang merupakan kawasan berpaya, telah dipasak kayu-kayu bulat mengelilingi kubu tersebut. Perkara ini ada ditekankan oleh Haji Abdullah Hukum sebagai;
‘Apa yang saya tahu ialah diajak orang bekerja memagar kubu Hulu Kelang iaitu dipagar dengan kayu bulat serta bekerja bersama-sama dengan orang ramai mendirikan benteng.’ (II:1) – Adnan Haji Nawang.
Kota Permulas merupakan benteng pertama orang-orang Mandailing dalam menghadapi serangan dari Pahang. Di sini terdapat 500 pejuang-pejuang Mandailing yang akan mempertahankan kubu Bukit Tabor.
Kebanyakan mereka adalah orang-orang Mandailing dari kawasan Padang Lawas, Labuhanbatu, Natal dan Air Bangis serta orang-orang Rawa. Sesetengah dari orang-orang Rawa ini adalah saki-baki angkatan perang Jihad Padri pimpinan Tuanku Rao @ Fakeh Muhammad di Sumatera.
WAN PUTEH MENGETUAI KUBU SIPUTEH Di sebuah bukit tidak jauh dari kubu Petaling Batu, sebuah kubu baru telah dibina di sebuah puncak bukit yang terletak di pertengahan jalan ke Kelang. Kubu ini adalah kubu yang paling hampir dengan Kelang dan pastinya menjadi sasaran jika tentera British, Tengku Kudin, Cina, Kedah dan Bugis menyerang Kuala Lumpur dari Kelang.
Kubu itu dinamakan kubu Siputeh dan bukit itu dinamakan Bukit Siputeh (kini Seputeh) sempena nama Wan Puteh @ Che Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali isteri kepada Tuanku Raja Asal. Di sini, Wan Puteh dibantu oleh pemimpin-pemimpin orang-orang Kampar dan orang-orang Tolu iaitu Manda Usman, Lanah dan Abdul Wahab Tolu dan pemimpin orang-orang Bengkulu dan Kerinci seperti Imam Perang Alam dan Imam Perang Mangku. Di sini Wan Puteh bersama dengan 400 orang pejuang Mandailing, Kampar dan Tolu yang akan mempertahankan kubu Siputeh.
SUTAN NAPOSO & JABOLGA DI GOMBAK Di Gombak pula, Sutan Naposo dan panglima-panglimanya 2 beradik Sutan Bandero Raja @ Jamarilun dan adik Sutan Bandero iaitu Jabarita serta 450 pengikut-pengikut mereka yang kebanyakannya berketurunan marga Lubis dan marga Rangkuti dari Maga Lombang diarahkan mempertahankan kubu orang-orang Mandailing di Gombak. Kubu Gombak ini agak penting kerana ia merupakan kubu kedua yang menghadap ke timur Selangor yang bertentangan dengan negeri Pahang.
JABOLGA DI AMPANG Di Ampang pula, Jabolga yang merupakan salah seorang panglima kanan Sutan Naposo dilantik sebagai ketua di kubu Ampang. Walaupun kawasan perlombongan Ampang telah dijual oleh Sutan Naposo dan diduduki oleh orang-orang Bugis sejak 1858, namun ramai orang Bugis di Ampang berhijrah ke Kelang setelah orang-orang Mandailing berperang dengan tentera British.
Kubu Ampang juga telah dipagari dengan kayu-kayu bulat mengelilingi kubu tersebut seperti yang disebut oleh Haji Abdullah Hukum;
‘Begitu juga kononnya orang-orang di Ampang dan di Kuala Lumpur.’ (II:1) – Adnan Haji Nawang.
Di sini, Jabolga dibantu oleh beberapa pahlawan Mandailing yang lain seperti Jalaungan, Japayung, Jabangunan, Jabanding dan Jabernang. Japayung dikatakan berkebolehan dalam menggunakan payung sebagai senjata utamanya.
Kubu Ampang ini merupakan kubu ketiga yang menghadap ke timur Selangor yang bertentangan dengan negeri Pahang. Di sini Jabolga bersama dengan 300 orang Mandailing yang kebanyakannya adalah orang-orang Mandailing marga Lubis dari Mandailing Julu.
Pada masa yang sama Tuanku Raja Laut berpesan agar orang-orang Mandailing bertenang, bersabar serta berlindung sahaja di Kuala Lumpur dan tidak melakukan sesuatu yang kelihatan mengancam kerajaan British, Tengku Kudin @ Tengku Zia’u’ddin, Cina dan kerajaan Bugis Selangor.
TENGKU KUDIN BINGUNG
‘Things looked black for the Viceroy ... The Viceroy held only Klang ... The Viceroy had now lost every post except two on the Klang river namely Kuala Kelang and Pangkalan Batu.’ (29) – Winstedt.
Kini Tengku Kudin benar-benar bingung dengan nasib yang menimpa angkatan perangnya. Tentera British pimpinan Captain Van Hagen dan Captain Cavalieri serta Sergeant Pennefather habis licin disapu bersih oleh orang-orang Mandailing. Tentera Cina pimpinan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy pula dibelasah teruk di Batu 15 Damar Sara. Termenung Tengku Kudin memikirkan kedudukannya yang serba tak kena itu. Dia kini hampir putus harapan terhadap sebarang kejayaan dalam usaha mengatasi Tuanku Raja Laut, pasukan Padri dan orang-orang Mandailing itu.

EPISOD 31
MANDAILING DIGEMPUR MUSUH
Hari itu malam 14 Nov 1872, satu angkatan perang British yang dipimpin oleh Tengku Kudin @ Tengku Zia’u’ddin dan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy serta lain-lain lagi seperti
a. Panglima Perang Sayid Zain bin Sayid Mohammad Puteh Al-Habshi, Panglima Hitam Kedah, Sheikh Abdul Mohit Baktal, Penghulu Hamzah Padang Terap, Wan Muhammad Amin, Ali Mamat, de Fontaine dan 800 tentera Kedah
b. Imam Perang Bugis Muhammad Akil yang merupakan ketua panglima kerajaan Bugis Selangor, Imam Perang Haji Husin, Dato Besar Ampat Suku iaitu Dato Aru @ Dato Bentara Luar Ali, Datu Penggawa Tuah, Datu Penggawa Muda, Datu Kaya Kecil @ Toh Kaya Badu, ketua panglima Hitam Selangor iaitu Panglima Hitam Sumar Lima dan ahli-ahli kumpulan Panglima Hitam 7 Serangkaiseperti Panglima Hitam Daeng Muhammad, Panglima Hitam SiGentar Alam, Panglima Hitam Tok Mamat, Panglima Hitam Layar, Panglima Hitam Batu Bara dan lain-lain tokoh-tokoh Bugis seperti Tok Maharaja Daeng Sudali, Daeng Selikang, Daeng Ahmad, Daeng Matekko, Daeng Marek dan 800 pahlawan Bugis dari Selangor, Linggi, Melaka dan Riau
c. Nakhoda Marikan, Daeng Mariok dan 100 Bugis Bone bekas tentera upahan Belanda dari Sumatera
d. Ah Chin dan Ah Lui yang mengetuai 2000 orang Cina
e. Nonggok @ Dato Dagang Haji Muhammad Tahir, Shamsuddin, Mustafa dan 200 orang-orang Melayu Batu Bara
f. Raja Layang, Sheikh Muhammad Taib, Sheikh Muhammad Ali, Imam Perang Mat Aris, Imam Perang Muhammad, Khatib Raja, Genti Ali, Haji Kecik dan 300 orang-orang Minangkabau dari Sungai Ujung
g. Raja Shaaban, Datu Perba Haji Sahil, Datu Sati dan 200 orang-orang Minangkabau dari Rembau
h. Imam Perang Periok, bekas panglima perang Jambidan 300 orang-orang Jambi dan Kubu
i. Raja Chik yang merupakan bekas panglima perang Melayu Siak Sri Inderapura dan 150 orang-orang Siak, Sasak, Riau dan orang-orang Laut
telah bergerak dari Kelang untuk melancarkan serangan pertama ke atas kubu Mandailing yang paling hampir dengan Kelang iaitu kubu Siputeh.
‘...the 4 Chiefest men under the Sultan i.e. Datu Aroo, Datu Pangawa Tuah, Datu Pangawa Muda and Toh Kaya.’ (119) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
Kubu Siputeh di Bukit Siputih dipertahankan oleh Wan Puteh @ Che Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali isteri kepada Tuanku Raja Asal. Beliau dibantu oleh Manda Usman, Lanah, Abdul Wahab Tolu, Imam Perang Alam, Imam Perang Mangku dan 400 pahlawan Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci.
Pada awal pagi 15 Nov 1872, tentera British, Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy tiba di luar kubu Siputeh lalu mula membedil kubu Siputeh bertubi-tubi. Oleh kerana kubu tersebut hanya dipertahankan oleh Wan Puteh dan 400 orang pejuang, jumlah tersebut sangatlah sedikit jika dibandingkan dengan musuh yang datang menyerang yang kekuatannya adalah 4850 orang.
Mendengar bunyi bedilan dari kubu Siputeh, Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi membawa kesemua pejuang pasukan Laut Padri keluar dari kubu Petaling Batu lalu merempuh tentera British, Tengku Kudin dan Yap Ah Loy tersebut. Maka berlakulah satu pertempuran di antara Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri dengan pihak musuh.
Apabila melihat kedatangan Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri bertarung hebat di tengah-tengah tentera musuh, Wan Puteh segera mengarahkan pahlawan-pahlawan Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci keluar dari kubu untuk membantu Tuanku Raja Laut dan pasukan baginda.
Setelah bertempur selama 3 hari 3 malam, Tuanku Raja Laut dan pengikut-pengikutnya masih cekal bertahan di dalam kubu Siputeh. Tentera British, Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy bertindak mengepung dan membedil kubu Siputeh bertalu-talu. Namun kubu Siputeh tetap teguh menahan serangan tersebut.
Apabila masuknya waktu senja malam keempat, maka serangan bedilan tersebut dihentikan buat sementara waktu. Tepat pada waktu Maghrib, azan dilaungkan. Ramailah pejuang-pejuang dari kedua-dua belah pihak menghentikan pertempuran dan mengerjakan Solat Maghrib.
Waktu Maghrib adalah waktu gencatan senjata atau waktu berhenti perang pada zaman dahulu antara semua pahlawan-pahlawan Melayu yang sedang berperang. Waktu ini juga digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu untuk berwirid dan berzikir bagi memperkuatkan ketahanan diri. Pasukan Jihad Padri dengan wirid Tarikat Naqsyabandiq, sesetengah pahlawan dengan wirid Kudratullah. Ada yang mengamalkan Tarikat Saman. Masing-masing sibuk berwirid dan berzikir bagi memperkuatkan ketahanan diri.
Pada masa itu, Tuanku Raja Laut sedang mengimamkan hampir semua pejuang lelaki di dalam kubu Siputeh sedang menunaikan solat Maghrib di dalam kubu. Hanya Wan Puteh dan beberapa pejuang sedang mengawal kubu tersebut.
Tiba-tiba Jabarayun, Panglima Garang Janaga, Panglima Si Gara, Raja Mompang dan 300 orang-orang Mandailing di bawah pimpinannya muncul dan mengarahkan Yap Ah Loy dan orang-orang Cina serta sekumpulan tentera Tengku Kudin yang tidak bersolat memanjat dinding kubu Siputeh.
Sebaik sahaja menyusup masuk di dalam kubu Siputeh, maka Jabarayun memberi isyarat agar tentera Yap Ah Loy untuk panjat kubu tersebut dan melancarkan serangan pada saat itu juga. Maka tanpa membuang masa lagi, orang-orang Cina memanjat kubu tersebut dan meluru ke arah Tuanku Raja Laut dan sebahagian besar pejuang yang sedang menunaikan solat itu
Sebaik sahaja Tuanku Raja Laut selesai memberikan salam pertama, orang-orang Cina yang baru sahaja berjaya memanjat melepasi kubu Siputeh tersebut telah menembak bertubi-tubi dari arah hadapan pejuang-pejuang yang sedang bersolat itu. Akibatnya ramai pejuang Laut Padri syahid bergelimpangan di atas hamparan sejadah.
Tanpa membuang masa, Tuanku Raja Laut terus menyambar Pedang Chola Nagara di tepi baginda lalu terus melompat dan menerkam ke arah musuh sambil menjerit ‘Allahu akbar’. Maka berlakulah pertarungan di antara Tuanku Raja Laut dan orang-orang Cina itu. Tuanku Raja Laut tidak berhenti-henti melibas Pedang Chola Nagara yang banyak memakan nyawa penentangnya. 2 lawan 2 mati, 4 tentang 4 maut. Ramai orang Cina yang mati dipancung mati dan ditebas putus oleh Tuanku Raja Laut. Namun yang anehnya Tuanku Raja Laut langsung tidak terkena oleh tembakan peluru musuh yang menghujani pejuang-pejuang di Bukit Siputeh itu.
Namun malang tidak berbau. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Pejuang-pejuang yang baru menyelesaikan solat Maghrib itu masih terpinga-pinga dan tidak sempat mencapai senjata mereka khususnya senapang. Akibatnya ramai pejuang tumbang ditembak musuh. Darah jihad berlumuran di merata-rata membasahi bumi. Satu demi satu pejuang yang syahid ditembak musuh. Satu demi satu juga pahlawan Jihad Padri menjawab panggilan Ilahi.
Jeritan ‘Allahu akbar’ oleh Tuanku Raja Laut menaikkan kembali semangat pejuang-pejuang Bukit Siputeh. Sebahagian pejuang yang sempat mengambil senjata meluru ke arah musuh dan melibas habis-habisan serta mengamuk ke arah musuh. Walaupun pejuang kubu Siputeh itu tidak sempat menggunakan senapang, namun tentera Yap Ah Loy yang terkejut dengan kebangkitan semangat tersebut terpaksa berundur perlahan-lahan dan seolah-olah tidak lagi dapat menahan serangan kebangkitan tersebut.
Namun tentera Yap Ah Loy bernasib baik. Dalam saat yang sebegini genting, sebahagian besar tentera Tengku Kudin telah naik ke atas kubu Siputeh dan memberikan bantuan kepada tentera Yap Ah Loy. Kedatangan tentera Tengku Kudin dan Inggeris yang ramai ini benar-benar memberikan semangat dan tenaga baru kepada tentera Cina Yap Ah Loy.
Barisan hadapan tentera Tengku Kudin yang diketuai oleh pahlawan-pahlawan terkenal seperti Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Imam Perang Haji Husin, Panglima Hitam Sumar Lima, Imam Perang Periok, Nakhoda Marikan, Sayid Zain bin Sayid Mohammad Puteh Al-Habshi, Panglima Hitam Kedah, Sheikh Abdul Mohit Baktal, Panglima Hitam SiGentar Alam, Raja Layang, Raja Shaaban, Datu Sati dan Sheikh Muhammad Taib ternyata telah berjaya memperkuatkan serangan tentera Jabarayun dan Yap Ah Loy itu.
Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri mengamuk habis-habisan di dalam kubu. Berlaku satu pertempuran sengit di dalam kubu Siputeh. ‘Lebih baik membunuh daripada dibunuh.’ Itulah prinsip Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri. Daripada menjadi sekandang kerbau yang menanti saat untuk dikorban, lebih baik menjadi harimau yang hidup sehari berjasa sepanjang zaman. Berjuang dalam keadaan kucar-kacir dan kelam-kabut tersebut hanya akan merugikan kekuatan pasukan. Lebih baik keluar berundur bagi menyusun barisan perang sebelum meneruskan pertempuran selanjutnya.
Pejuang-pejuang kubu Siputeh yang begitu kecil tidak dapat lagi membendung asakan 4850 tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy. Menyedari kubu Siputeh tidak dapat lagi menahan serangan dan asakan bertubi-tubi tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy itu, maka Tuanku Raja Laut membawa kesemua pejuang-pejuang kubu Siputeh merempuh keluar dari kubu Siputeh dan berundur ke kubu Bukit Nanas.
Tuanku Raja Laut, pasukan Jihad Padri, pahlawan-pahlawan Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci kembali bergabung dengan pasukan Tuanku Raja Asal @ Jaasai di Bukit Nanas. Tuanku Raja Laut merasa marah akan pembabitan Jabarayun di kubu Siputeh itu dan berkata, ‘Takkan kumaafkan Jabarayun itu.’
Secara keseluruhannya dalam pertempuran di Bukit Siputeh itu, 300 pejuang Siputeh terkorban manakala 350 tentera musuh turut terbunuh khususnya tentera Cina Yap Ah Loy.
Semasa di pertengahan jalan, Sayid Mashur @ Che Soho, Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Berkat, Engku Rahmat @ Raja Laut Selangor, Raja Endut, Panglima Muda Sepajar, Teoh Ah Chong serta 300 pengikut-pengikut mereka tiba dan membantu Tuanku Raja Laut, Wan Puteh dan pejuang-pejuang kubu Siputeh yang sedang diburu dan diserang itu.
Melihatkan satu kumpulan pahlawan tiba-tiba muncul di pertengahan jalan ke Kuala Lumpur itu, maka tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy segera menghentikan pemburuan ke atas Tuanku Raja Laut dan orang-orang Mandailing kerana menyangkakan pengunduran Tuanku Raja Laut dan kemunculan kumpulan Sayid Mashur itu adalah satu helah dan muslihat perang dan mereka tidak mahu peristiwa pertempuran Sungai Besi dan Batu 15 Damar Sara berulang kembali. Tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy berundur masuk ke kubu Siputeh dan kubu Petaling Batu.
Setibanya tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy di kubu Petaling Batu, mereka mendapati kubu itu kosong. Tengku Kudin merasa yakin untuk mencapai satu kemenangan yang gilang-gemilang.
‘As soon as they were established at Petaling, Kudin’s forces tried to get in touch with Rasu and the men from Pahang.’ (79) - Middlebrook dan Gullick.
Pada masa itu juga Yap Ah Loy menghantar utusannya ke Kepong bagi meminta bantuan tentera Pahang yang disangkakan masih berada di sana. Apabila mendapat tahu tentera Pahang telah pulang ke Bukit Kepong (Bentong), maka tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy memperkemaskan barisan dan bersiap-sedia untuk menyerang Kuala Lumpur.
Tidak lama selepas itu, 4800 tentera bersekutu Tengku Kudin dan Yap Ah Loy tiba di Bukit Pudu dan bersiap-sedia untuk menyerang Kuala Lumpur. Angin tidak ribut pun tidak tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya selama sehari semalam sehingga menyebabkan hampir seluruh kawasan Kuala Lumpur banjir.
Ini menyebabkan tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy terpaksa menangguh rancangan mereka untuk menyerang Kuala Lumpur dan mengambil keputusan untuk berkhemah di Bukit Arang sambil membahagikan tentera-tenteranya kepada 8 pasukan kecil yang berkubu mengelilingi Kuala Lumpur.
Memandangkan keadaan keselamatan tempat pelaburan Dana Padri di Kuala Lumpur semakin membimbangkan, maka Tuanku Raja Laut menganjurkan satu marpokat atau mesyuarat pada malam itu juga.
MARPOKAT BESAR
Tuanku Raja Laut dan Tuanku Raja Asal telah menjemput semua panglima perang, raja-raja Pamusuk, ketua-ketua suku serta pemimpin masyarakat Mandailing, Rawa, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci yang selama ini menyokong perjuangan orang-orang Mandailing berkumpul bagi membincangkan permasalahan serangan baru Tengku Kudin itu.
Antara yang hadir adalah Sutan Naposo @ Sutan Puasa, Sutan Bandero Rajo @ Jamarilun, Jabolga, Imam Perang Harimau Berantai @ Imam Perang Jabarumun dan adiknya Dato Kelana Japaruhum, Dato Hulubalang Haji Marusin Imam Perang Malim Panjang, Imam Perang Katin @ Tok Panglima Katin, Jabintang, Sutan Duri, Baginda Kayo Sidursat @ Haji Arshad, Imam Perang Alam, Imam Perang Mangku, Manda Usman, Lanah dan Abdul Wahab Tolu.
Mengikut adat orang-orang Mandailing, sebelum melakukan atau meneruskan sesuatu pekerjaan yang besar ataupun sebelum memulakan sesuatu perjuangan yang suci seperti perjuangan Padri, satu marpokat atau perbincangan mesti diadakan supaya hendak memastikan satu keputusan yang tepat, adil dan baik dapat dilakukan khususnya untuk mengelakkan sebarang perselisihan yang membawa kepada pertumpahan darah.
Selalunya permuafakatan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Malahan marpokat ini kadangkala memakan masa yang lama sehingga ke sebulan atau 2 bulan. Ini sebenarnya adalah salah satu kelemahan di dalam sistem adat Mandailing yang menghalang orang-orang Mandailing membuat satu keputusan yang cepat dan tepat. Namun begitu jika sesuatu keputusan telah dibuat sebulat suara di dalam marpokat tersebut, maka keputusan itu akan dipertahankan oleh setiap orang Mandailing hingga ke titisan darah terakhir. Biasanya jika marpokat itu melibatkan satu kerja atau tugas yang besar, maka binatang ternakan sebesar kerbau akan ditumbangkan. Jika tidak memadai dengan seekor kambing.
Sesuatu keputusan yang telah dibuat sebulat suara akan dipertahankan oleh orang-orang Mandailing hingga ke titisan darah yang terakhir. Ini digambarkan dengan sajian ‘burangir’ yang akan ‘disudur’ kepada setiap tetamu yang hadir. Burangir adalah sirih yang mengandungi kapur putih, gambir dan buah pinang yang kelat. Kapur putih membawa maksud hati yang putih dan bersih. Gambir dan buah pinang yang kelat membawa maksud setiap keputusan yang diambil akan melekat di hati sanubari mereka secara tulus dan ikhlas. Apabila sirih itu dimakan, maka mulut akan menjadi merah. Ini membawa pengertian bahawa apabila sesuatu keputusan yang dibuat, ianya akan dipertahankan dengan darah walau apa pun risikonya.
Namun marpokat di Bukit Nanas itu mestilah ditamatkan pada malam itu juga. Satu keputusan penting mesti diambil sebelum musuh datang menyerang pada hari esoknya.
Marpokat bermula dengan perbincangan tentang bilangan pejuang-pejuang Mandailing yang ada di Kuala Lumpur yang tidak cukup untuk menahan serangan lawan yang begitu ramai. Dengan 4 buah kubu yang tinggal dengan jumlah pejuang yang tak sampai 2000 orang, Tuanku Raja Laut yang sangat berpengalaman itu tahu bahawa mereka tidak dapat menahan kemaraan tentera bersekutu Tengku Kudin dan Yap Ah Loy.
Selepas itu mereka membincangkan bagaimana kubu Bukit Nanas akan menjadi sasaran seterusnya tentera bersekutu Tengku Kudin dan Yap Ah Loy. Ini sangat merbahaya kerana kekalahan kubu Bukit Nanas akan menyebabkan seluruh Kuala Lumpur dan pelaburan Dana Padri akan tergadai. Dengan kata lain, kubu Bukit Nanas tidak boleh kalah.
Tambahan pula Tuanku Raja Laut dan Tuanku Raja Asal tidak pernah menjangkakan penglibatan begitu banyak pihak seperti orang-orang Bugis, Cina, Kedah, Melayu Batu Bara, Minangkabau, Siak, Jambi, Kubu serta bekas tentera upahan Belanda.
Mereka juga tidak menyangka sama sekali bahawa Jabarayun, Janaga, Si Gara dan 300 lanun Mandailing terlibat dalam serangan ke atas kubu Siputeh. Malahan Tuanku Raja Laut dan Tuanku Raja Asal juga tidak menyedari bahawa 2300 tentera Pahang sedang dalam perjalanan ke Ulu Kelang untuk menyerang Kuala Lumpur.
Maka marpokat pun bermula dengan Tuanku Raja Laut memberikan arahan-arahan yang perlu dilakukan segera sebelum ketibaan tentera musuh. Antaranya adalah;
a. semua panglima-panglima perang yang dilantik mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan pengikut-pengikut dan kubu masing-masing.
b. semua panglima-panglima perang yang dilantik mestilah mengikut dan mematuhi arahan Tuanku Raja Laut sebagai Ketua Tertinggi pasukan Padri dan Tuanku Raja Asal seandainya baginda tidak berada di dalam barisan tersebut.
c. Tuanku Raja Laut sebagai Ketua Tertinggi pasukan Padri akan pulang ke Tanah Besar Sumatera untuk membawa pasukan Gerila Padri pimpinan Jamarnindi Mata Merah datang mempertahankan Kuala Lumpur.
d. Semua rakyat Mandailing mestilah bersatu untuk menentang tentera British, Tengku Kudin dan Yap Ah Loy habis-habisan.
Semua hadirin merasa seram-sejuk mendengar perbincangan dan arahan tersebut seolah-olah ia merupakan satu hukuman maut kepada orang-orang Mandailing. Tambahan pula Tuanku Raja Laut akan pulang ke Tanah Besar Sumatera dan meninggalkan pucuk pimpinan orang-orang Mandailing kepada Tuanku Raja Asal. Ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan akan kekuatan pejaung-pejuang Mandailing tanpa Tuanku Raja Laut.
Sutan Bandero Rajo merupakan salah seorang panglima perang Sutan Naposo. Dia adalah seorang pahlawan yang berbadan tegap, bengis, kasar dan pemarah. Dia adalah ketua suku kepada orang-orang Mandailing bermarga Rangkuti dari Maga Lombang di Tanah Mandailing. Sutan Bandero merasakan tindakan Tuanku Raja Laut untuk pulang ke Tanah Besar Sumatera ini sebagai tidak adil dan seolah-olah mahu melarikan diri dari permasalahan tersebut.
Sutan Bandero Rajo menuduh Tuanku Raja Laut sebagai punca segala permasalahan di Kuala Lumpur. Seandainya Tuanku Raja Laut tidak datang ke Kuala Lumpur, nescaya tentera British tidak akan menyerang orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur.
Sutan Bandero Rajo juga menuduh Tuanku Raja Laut sebagai punca pengistiharan pembunuhan beramai-ramai 25 Ogos 1870. Ini ialah kerana Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri banyak memusnahkan kapal-kapal British sehingga menyebabkan kemarahan kerajaan British lalu mengistiharkan pembunuhan beramai-ramai tersebut.
Sutan Bandero Rajo menyatakan orang yang sepatutnya mengetuai angkatan perang Mandailing di Kuala Lumpur adalah Sutan Naposo kerana beliau adalah Waris Negeri, pengasas dan pembangun kota impian Kuala Lumpur sedangkan Tuanku Raja Laut datang untuk memusnahkannya. Dia merasakan orang-orang Mandailing Julu marga Lubis sepatutnya diangkat sebagai ketua angkatan perang Mandailing di Kuala Lumpur kerana merekalah kumpulan pertama yang sampai dan membuka Kuala Lumpur dan bukannya suku-suku Mandailing yang lain. Bantahan Sutan Bandero Rajo tersebut seolah-olah disokong penuh oleh Sutan Naposo dan Jabolga.
Melihatkan tuduhan demi tuduhan semakin berat dilemparkan satu persatu oleh Sutan Bandero Rajo, Tuanku Raja Laut merasakan tuduhan-tuduhan sedemikian hanya akan merosakkan perpaduan dan kepatuhan orang-orang Mandailing kepada baginda. Darah baginda tiba-tiba terasa panas tersirap. Sebaik sahaja baginda memberi isyarat mata kepada Jamogek, sedar-sedar kepala Sutan Bandero Rajo jatuh tergolek-golek di hadapan semua hadirin. Sutan Naposo dan Jabolga yang terkejut besar itu segera meninggalkan marpokat tersebut. Semua hadirin terlalu terkejut dan masing-masing tergamam melihat apa yang berlaku.
Maka berkatalah Tuanku Raja Laut kepada semua hadirin;
‘Cis! Apakah masih ada di antara kalian yang mahu mengingkari keputusan sidang adat ini?’
‘Kalau ada maka pedang inilah yang akan memastikan segala yang diputuskan akan dilaksanakan.’
sambil mencabut Pedang Al-Malik yang merupakan pedang kekuasaan pasukan Padri. Jamogek dan Jalumat segera mengiringi Tuanku Raja Laut yang ketika itu keluar dari Sopo Godang tersebut.
Apabila melihat pedang kekuasaan pasukan Padri telah dicabut keluar, maka semua hadirin tunduk dalam ketakutan.
Lalu Tuanku Raja Laut mengarahkan Jabadullah untuk pergi ke Kampung Tamiang berdekatan dengan Kampung Rasah di Sungai Ujung bagi mendapatkan bantuan ketenteraan dari pemimpin-pemimpin Mandailing di sana seperti Sutan Oloan, Sutan Porkas dan Jatiangga. Baginda segera memberi arahan kepada Jamogek supaya bersiap-sedia bertolak ke Tanah Besar Sumatera.
Sebelum bertolak ke Tanah Besar Sumatera, berkatalah Tuanku Raja Laut kepada Tuanku Raja Asal,
‘Wahai Tuanku Raja Asal, walau apapun yang terjadi, jangan sekali-kali kau tinggalkan Bukit Nanas ini. Di sinilah hidup matinya perjuangan Padri. Di sinilah terletaknya maruah dan martabat keturunan kita dari Mandailing Godang.’
Lalu Tuanku Raja Laut mengarahkan Jalumat dan Nakhoda Kuning membantu Tuanku Raja Asal dalam memimpin barisan perang di kubu Bukit Nanas. Sejurus selepas itu, Tuanku Raja Laut segera bertolak pulang ke Tanah Besar Sumatera bersama dengan Jamogek. Di sana nanti, baginda akan mengarahkan Jamarnindi Mata Merah untuk membawa seramai yang mungkin pejuang-pejuang Gerila Padri untuk mempertahankan Kuala Lumpur.
Tuanku Raja Asal tidak dipilih untuk meminta bantuan ke Tanah Besar Sumatera kerana beliau kurang mengetahui selok-belok perjalanan ke Daerah Padang Lawas.
Tuanku Raja Laut sebenarnya menjangkakan pemergian baginda ke Tanah Besar Sumatera itu paling lama akan mengambil masa 2 bulan untuk mengumpulkan seberapa banyak pejuang-pejuang yang akan mempertahankan Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa 2 bulan itu, baginda menjangkakan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur mampu mempertahankan kubu mereka dari serangan musuh. Baginda tidak sekali-kali terfikir bahawa kubu-kubu di Kuala Lumpur itu akan gugur satu demi satu.
EPISOD 32
KUALA LUMPUR DISERANG,
BUKIT NANAS TERKEPUNG
‘Hendak mengangkat keris pun tiada dayanya lagi.’
Jabunus, Mac 1873
1 Jan 1873, Kuala Lumpur @ Muara Bustak kini menanti serangan tentera bersekutu British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau yang dipimpin oleh Tengku Kudin @ Tengku Zainal Abidin @ Tengku Zia’u’ddin dan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy.
Di kubu Bukit Nanas, Tuanku Raja Asal @ Jaasai, Wan Puteh @ Che Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali, Jalumat, Nakhoda Kuning, Sayid Mashur @ Tok Soho, Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Mat Saman @ Raja Berkat, Engku Rahmat @ Raja Laut Selangor dan lain-lain lagi sedang menanti kedatangan tentera bersekutu British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau dengan penuh debaran.
Tuanku Raja Asal dibantu oleh Imam Perang Malim Panjang, Imam Perang Katin @ Tok Panglima Katin, Jabintang, Jamantiko, Jakaloka, Jabinanga, Jabaringin, Jaboji, Jamalintang, Jamangitung Serigala Tonga, Sutan Mogal Babiat Jolma, Jaborotan, Jasakandan, Jasamalan, Jasalompuan dan sebuah keluarga Arab yang diketuai oleh Sayid Kenang dan adik-adiknya seperti Siti Sari dan Siti Awan, Anaknya Siti Puteh Puteh dan menantunya Sayid Yusuf. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin orang-orang Kampar dan Tolu seperti Manda Usman, Lanah, Abdul Wahab Tolu dan pemimpin orang-orang Bengkulu dan Kerinci seperti Imam Perang Alam dan Imam Perang Mangku serta lebih kurang 700 pejuang dari pelbagai jenis keturunan.
Manakala di Kuala Lumpur pula terdapat 1500 penduduk-penduduk kampung yang dipimpin oleh Jabunus @ Tok Bunus, Jaakub, Sutan Duri, Baginda Kayo Sidursat @ Haji Arshad, Jamanambin dan Jasuman.
Setibanya 4800 tentera British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau di Kuala Lumpur, mereka segera menyerang Kuala Lumpur yang dipertahankan oleh Jabunus bersama-sama dengan 100 pejuang Mandailing dan 1500 penduduk-penduduk kampung yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat baik kaum perempuan, orang-orang tua, budak remaja mahupun kanak-kanak. 4800 tentera British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau mudah sahaja menewaskan pusat kawalan Kuala Lumpur dan 1500 penduduk-penduduk kampung yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Mandailing.
Tetapi apabila 800 pejuang Mandailing tiba-tiba turun dari Bukit Nanas dan menyerang tentera British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau, maka berlakulah satu pertempuran yang sengit lagi hebat. Ternyata bilangan tentera musuh yang ramai telah memberi kelebihan kepada British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau.
Dalam pertempuran itu di Kuala Lumpur itu, 500 penduduk kampung termasuk Sutan Duri, Jasuman serta 200 pahlawan Mandailing terkorban. Manakala lebih kurang 500 tentera musuh turut terbunuh.
Setelah menawan seluruh Kuala Lumpur, tentera British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau membakar dan mengbumihanguskan semua kampung Mandailing di Kuala Lumpur seperti Kampung Muara Bustak, Kampung Mandailing, Kampung Duri dan Kampung Bukit Nanas. Seluruh kota impian Kuala Lumpur musnah sama sekali.
‘All places have that have lost their former greatness.’ (231) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Manakala 1000 penduduk kampung yang lain yang diketuai oleh Jabunus, Jaakub dan Baginda Kayo Haji Arshad melarikan diri dan berlindung di kubu Bukit Nanas. Mereka ini termasuklah orang-orang tua, kaum perempuan serta kanak-kanak.800 pejuang Mandailing yang terselamat dalam pertempuran berdarah di Kuala Lumpur itu turut berundur dan berkubu di kubu Bukit Nanas.
KUBU BUKIT NANAS DISERANG
Setelah memusnahkan dan mengbumihanguskan Kuala Lumpur, lebih kurang 4300 tentera British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau mula menyerang dan membedil kubu Bukit Nanas bertalu-talu. Apabila Tuanku Raja Asal melihatkan bilangan tentera British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau yang begitu besar dan ramai, beliau mengarahkan orang-orang Mandailing agar bertahan di kubu Bukit Nanas sehingga datangnya bantuan ketenteraan pasukan Gerila Padri dari Tanah Besar Sumatera. Tuanku Raja Asal yakin bantuan tersebut akan tiba dalam jangkamasa 1 bulan dan bekalan makanan agak mencukupi untuk tempoh tersebut.
Serangan darat dan serangan meriam yang bertubi-tubi selama 7 hari 7 malam oleh tentera British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kemenangan. Sesekali kedengaran bunyi bedilan meriam ke arah tentera British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau oleh 300 saki-baki anggota pasukan Laut Padri di dalam kubu Bukit Nanas. Mereka agak mahir dalam penggunaan meriam di dalam peperangan. Namun mereka tidak boleh menembak sesuka hati kerana bekalan ubat bedil hanya tinggal sedikit dan terhad. Begitupun ia cukup untuk menyukarkan kemaraan tenteraBritish, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau untuk memanjat kubu Bukit Nanas secara beramai-ramai.
Dalam serangan itu, tenteraBritish, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau yang berjumlah 4300 orang tidak dapat menembusi kubu Bukit Nanas yang dipertahankan oleh Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing. Tidak seperti kubu-kubu lain, kubu Bukit Nanas seolah-olah dipertahankan oleh satu tenaga halus yang sukar ditentang. Malahan tenteraBritish, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau sering menjadi bingung dan terpinga-pinga setiap kali mereka mencuba untuk menyerang kubu Bukit Nanas tersebut.
Tambahan pula kubu Bukit Nanas dikelilingi oleh tanaman pokok-pokok nenas yang menjadi pantang bagi ilmu kebal pahlawan-pahlawan Bugis. Lantaran itu tidak banyak pahlawan-pahlawan Bugis dari pihak Tengku Kudin yang berani merangkak di bawah daun-daun nenas yang berduri untuk menembusi kubu Bukit Nanas.
Manakala jika ada pahlawan-pahlawan Bugis, Inggeris, Cina, Kedah, Minangkabau, Siak, Jambi, lanun Mandailing dan Melayu Batu Bara yang berjaya melepasi pokok-pokok nenas itu, mereka akan ditembak mati dengan senapang atau dipanah mati oleh orang-orang Mandailing dengan panah-panah beracun.
Sekali lagi khidmat pawang diraja Sultan Abdul Samad iaitu Pawang Muhammad Hasan bin Muhammad Rasul yang berasal dari Melayu Batu Bara digunakan untuk mengatasi tenaga ghaib itu. Namun sekali lagi juga Pawang Muhammad Hasan tewas dan gagal. Malahan dia sendiri terpaksa dihantar pulang ke bandar Termasa disebabkan jatuh sakit selepas berusaha untuk menembusi kubu Bukit Nanas itu.
Berpuluh-puluh pahlawan tentera British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau cuba untuk mengatasi tenaga ghaib itu tetapi gagal. Jabarayun, penolongnya Janaga dan Si Gara juga menawarkan diri untuk menembusi ilmu orang-orang Mandailing di Bukit Nanas itu. Kali ini Jabarayun, Janaga dan Si Gara terpaksa mengaku kalah. Walaupun dia memang sangat mahir dan kenal dengan tenaga ghaib ilmu Mandailing yang mempertahankan kubu Bukit Nanas itu, namun kali ini dia gagal mengatasinya. Jabarayun benar-benar hairan. Sebelum ini dia tidak pernah tewas kepada mana-mana lawannya sama ada dalam pertarungan fizikal mahupun kebatinan. Lantas itu Jabarayun pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Jugra untuk mengambil sebilah tombak sakti bermata tiga.
Lantaran itu Tengku Kudin dan 4300 tenteranya itu mengambil keputusan untuk berehat dan mengepung kubu Bukit Nanas itu sambil menunggu ketibaan bantuan ketenteraan angkatan Pahang. Mereka berkhemah di kaki Bukit Nanas dan melancarkan serangan bedilan meriam yang berterusan ke atas kubu Bukit Nanas.
JABUNUS MENGAJAK TUANKU RAJA ASAL MEREMPUH MUSUH Daripada menjadi sekandang kerbau yang menanti hari untuk menjadi korban, lebih baik menjadi harimau yang hidup sehari berjasa sepanjang zaman. Setelah dikepung selama lebih sebulan, Jabunus yang bimbang akan keselamatan orang-orang Mandailing di kubu Bukit Nanas itu telah mengajak Tuanku Raja Asal untuk merempuh keluar dari kubu Bukit Nanas. Jabunus merasakan tindakan sedemikian adalah lebih baik daripada menunggu takdir dan kematian di dalam kubu Bukit Nanas itu. Namun Tuanku Raja Asal tidak bersetuju. Beliau yakin orang-orang Mandailing akan dapat mempertahankan kubu Bukit Nanas sehingga datangnya Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi dan bantuan ketenteraan dari Tanah Besar Sumatera.
Tambahan pula terngiang-ngiang di telinga Tuanku Raja Asal akan pesanan Tuanku Raja Laut kepadanya sebelum bertolak ke Tanah Besar Sumatera iaitu;
‘Wahai Tuanku Raja Asal, walau apapun yang terjadi, jangan sekali-kali kau tinggalkan Bukit Nanas ini.’
Jabunus terpaksa akur sambil menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan kubu Bukit Nanas sehingga ke titisan darah yang terakhir.
JUTAWAN CINA MENANGGUK DI AIR KERUH
Pada bulan Dis 1872 dalam keadaan kucar-kacir Perang Kuala Lumpur, seorang jutawan Cina dari Melaka, Tan Chin Hoon, telah mengambil kesempatan untuk menyeludup 380 jongkong bijih timah keluar dari Sungai Langat. Akibatnya kapal Sri Melaka kepunyaan Tan Chin Hoon tersebut telah ditahan pada 23 Dis 1872 dan semua bijih timah bernilai $7000.00 dirampas. (47 & 150) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
MASALAH KEBULURAN DI BUKIT NANAS
1 Mac 1873. Setelah dikepung hampir 4 bulan oleh 4300 tentera British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau, pejuang-pejuang Mandailing telah menghadapi keputusan bekalan makanan. Malahan kebanyakan saluran air di Bukit Nanas juga diletupkan oleh tentera bersekutu British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau. Saban hari ada sahaja orang-orang Mandailing yang mati kehausan dan kebuluran. Keadaan sungguh menyedihkan.
Akibatnya, 600 orang-orang Mandailing telah mati kehausan dan kebuluran. Kebanyakannya adalah penduduk-penduduk kampung di Kuala Lumpur yang melarikan ke kubu Bukit Nanas yang terdiri daripada termasuklah orang-orang tua, kaum perempuan dan kanak-kanak. Wan Puteh merasa begitu pilu bila melihat kanak-kanak mati di pangkuan ibu-ibu mereka yang tidak bermaya, kaum perempuan dan orang-orang tua mati bergelimpangan akibat dari kehausan dan kebuluran.
Ini ialah kerana bekalan makanan yang ada terpaksa diberikan kepada pejuang-pejuang Mandailing terlebih dahulu sebelum diberikan kepada orang-orang tua, kaum perempuan dan kanak-kanak. Ini ialah kerana di dalam strategi peperangan, pejuang-pejuang atau mereka yang mahir berperang merupakan satu aset yang perlu dipertahankan seberapa banyak dan lama yang mungkin bagi meninggikan kebarangkalian untuk mencapai kemenangan di dalam satu peperangan.
Tambahan pula hampir setiap hari tentera British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau membedil ke dalam kubu Bukit Nanas yang menyebabkan ramai pejuang Mandailing dan orang-orang awam yang terdiri daripada orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak mati bergelimpangan di merata-rata.
Kini kubu Bukit Nanas hanya dipertahankan oleh 900 orang Mandailing. 900 orang ini termasuk pejuang-pejuang Mandailing yang tercedera, orang-orang tua, kaum perempuan dan kanak-kanak. Justeru itu jumlah tenaga yang sebenarnya yang boleh dikerah untuk berjuang adalah lebih sedikit. Malahan kesemua 900 orang yang tinggal itu pula langsung tidak bertenaga dan tidak bermaya untuk menghadapi peperangan itu.
Biar tertiarap membaham bumi, bertindih tulang menyerah tiada. Kekentalan semangat dan kesetiaan orang-orang Mandailing di Bukit Nanas sungguh mengkagumkan Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy ketika itu. Mereka tidak menjangka dengan pejuang seramai 2200 pada 4 bulan yang lalu, orang-orang Mandailing berjaya mempertahankan kubu mereka selama 4 bulan dan masih berdegil untuk meneruskan perjuangan mereka itu.
Semasa Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy mengkagumi kekentalan semangat orang-orang Mandailing, lain pula dengan keadaan di dalam kubu Bukit Nanas. Tuanku Raja Asal, Jabunus, Jalumat, Tok Panglima Katin, Nakhoda Kuning, Wan Puteh, Sayid Mashur, Lanah, Baginda Kayo Haji Arshad dan pejuang-pejuang Mandailing yang begitu perit menderita merasakan hampir putus asa. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa maruah dan semangat perjuangan yang tidak pernah mengenal erti kalah.
Akhirnya pada suatu hari, Jabunus telah memberitahu dan mengadu kepada Wan Puteh tentang masalah kebuluran dan kehausan yang berlaku sehinggakan ‘hendak mengangkat keris pun tiada dayanya lagi.’ Jabunus sebenarnya telah mendapat alamat buruk tentang nasib tidak baik yang akan menimpa dirinya dan orang-orang Mandailing di Bukit Nanas.
Memandangkan keadaan di Bukit Nanas itu begitu menyedihkan, Wan Puteh dan Jabunus pun merayu kepada Tuanku Raja Asal agar berundur saja dari kubu Bukit Nanas. Ini ialah kerana selagi Tuanku Raja Asal tidak menyerah kalah, maka selagi itulah pejuang-pejuang Mandailing akan terus bertempur hingga ke titisan darah yang terakhir. Sekali lagi Tuanku Raja Asal menolak. Beliau masih menaruh harapan ke atas Tuanku Raja Laut dan bantuan ketenteraan dari pasukan Gerila Padri di Tanah Besar Sumatera pimpinan Jamarnindi Mata Merah.
ORANG-ORANG MANDAILING DI KELANG BERSEMBUNYI Manakala di Kelang pula, apabila orang-orang Mandailing mengetahui kubu Mandailing di Bukit Nanas telah dikepung musuh, orang-orang kuat Mandailing yang sesetengahnya dilantik sebagai pembesar-pembesar Selangor terpaksa melarikan diri dari kampung-kampung mereka. Antaranya ialah Baginda Kolang yang membawa keluarganya melarikan diri ke Tanah Besar Sumatera, Sutan Maharajalela yang sebelum ini menjadi pembesar Selangor yang menjadi wakil masyarakat Sumatera yang tinggal di Kampung Rawa di Kelang (kini Kampung Jawa) telah membawa keluarga mereka lari ke Perak. Sebahagian daripada mereka bersembunyi di Teluk Gadung di mana Tuanku Raja Laut dan pasukan Laut Padri pernah menyembunyikan kapal-kapal mereka di sana bagi mengelakkan dari dikesan oleh tentera British dan Belanda.
Malahan kumpulan orang-orang Mandailing yang bersembunyi di Teluk Gadung ini sentiasa berwaspada dan sentiasa bersiap-sedia untuk bertolak dan melarikan diri ke Tanah Besar Sumatera pada bila-bila masa sahaja jika mereka diserang oleh tentera Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy.
EPISOD 33
KOTA PERMULAS TEWAS ‘These were the Pahang men under
the Orang Kaya Pahlawan of Semantan, Pahang.’
Frank A. Swettenham
Serangan tentera Pahang ke atas Kuala Lumpur @ Muara Bustak bermula di Ulu Kelang. Pada 12 Mac 1873, satu angkatan perang Pahang yang terdiri daripada 2300 orang pahlawan Pahang yang diketuai oleh Panglima Kakap Dato Bahaman bin Nuh, Imam Perang Khatib Rasu @ Abdul Salam @ Tok Gajah, Panglima Perang Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid, Imam Perang Raja Gendut, Panglima Garang Ishak, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Sutan Kumala, Panglima Mua dan Haji Mustafa tiba di Ulu Kelang.
‘These were the Pahang men under the Orang Kaya Pahlawan of Semantan, Pahang, who had been sent by the Raja Bendahara of Pahang to help Tengku Zia’u’ddin in the civil war.’ (211) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Angkatan perang Pahang itu kemudiannya dipecahkan kepada 2 kumpulan;
a. Kumpulan pertama berjumlah 500 tentera dipimpin oleh Imam Perang Khatib Rasu yang akan bergerak dahulu menyerang Kota Permulas di Bukit Tabor.
b. Kumpulan kedua yang akan menyusul kemudian berjumlah 1800 tentera dipimpin oleh Panglima Perang Haji Muhammad Nur.
Kubu Mandailing di Bukit Tabor di Ulu Kelang yang dinamakan Kota Permulas itu dipertahankan oleh 500 orang-orang Mandailing dan Rawa yang diketuai oleh Imam Perang Harimau Berantai @ Imam Perang Jabarumun, Dato Kelana Japaruhum, Dato Hulubalang Pendekar Marusin @ Haji Husin, Jahang, Haji Muhammad Taib dan Haji Zakaria.
Sejurus tiba di kaki Bukit Tabor, Imam Perang Khatib Rasu, Sutan Kumala, Panglima Mua, Haji Mustafa memimpin 500 pahlawan pilihan Pahang menyerang Kota Permulas. Serangan itu tidak bertepuk tangan sebelah. Maka keluarlah Imam Perang Jabarumun dan 400 pejuang Mandailing dan Rawa. Akibatnya berlakulah pertempuran sengit di luar Kota Permulas di Bukit Tabor yang curam dan menakutkan itu. Manakala 100 pejuang Mandailing dan Rawa yang lain bertahan di dalam Kota Permulas.
Imam Perang Jabarumun telah bertarung maut satu lawan satu dengan Imam Perang Khatib Rasu. Kedua-dua pahlawan itu telah menggunakan jurus kebatinan yang tinggi dan ampuh. Dalam pertarungan maut itu, Imam Perang Khatib Rasu telah tertewas dan hampir-hampir terbunuh. Beliau terpaksa mengundurkan diri bagi menyelamatkan nyawanya.
Selepas bertempur sehari semalam, Imam Perang Jabarumun dan pejuang Kota Permulas di Ulu Kelang berjaya menewaskan tentera Pahang yang kemudiannya terpaksa berundur ke arah Bukit Kepong (Bentong).
Tetapi sehari selepas itu, angkatan perang Pahang datang semula dengan tentera yang lebih besar dan lebih ramai iaitu kesemua 2300 orang. Kali ini mereka diketuai oleh panglima-panglima perang Pahang seperti Panglima Kakap Dato Bahaman, Imam Perang Khatib Rasu, Imam Perang Raja Gendut, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Panglima Garang Ishak, Tok Jebek bin Akil, Sutan Maakat, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Sutan Kumala, Panglima Mua dan Abdullah Bera.
Melihatkan angkatan perang Pahang yang datang itu begitu besar dan begitu ramai, maka Imam Perang Jabarumun mengarahkan pasukan kecilnya untuk bertahan buat sementara di Kota Permulas. Angkatan perang Pahang itu kemudiannya mengepung Kota Permulas dan menunggu agar pahlawan-pahlawan Mandailing dan Rawa kehabisan makanan.
Pada masa yang sama Imam Perang Jabarumun yang dibantu oleh adiknya Dato Kelana Japaruhum dan Dato Hulubalang Pendekar Marusin sedang memerhatikan segala pergerakan musuh dari puncak Bukit Tabor itu dan mencari peluang untuk menembusi kepungan musuh. Setelah dikepung selama 7 hari 7 malam, pejuang-pejuang Mandailing dan Rawa di Ulu Kelang sudah kehabisan makanan.
Imam Perang Jabarumun mengambil keputusan untuk merempuh keluar dari Kota Permulas menerusi serangan penumpuan ke satu arah di mana terdapat paling kurang tentera Pahang yang ditempatkan di sana iaitu di sebelah utara Selangor. Ini ialah kerana beliau berpendapat jika ditunggu lebih lama lagi, seluruh pasukan Mandailing dan Rawa di Ulu Kelang akan mati kebuluran.
Lalu pada satu malam yang langitnya gelap-gelita diselubungi awan, angin malam bertiup kencang dan sejuknya mencengkam tulang hitam, Imam Perang Jabarumun memimpin kesemua pahlawan Mandailing dan Rawa di Kota Permulas itu merempuh keluar ke arah utara Selangor lalu bertembung dengan sebahagian tentera Pahang yang sedang berehat dan berkawal di sana. Akibatnya, berlakulah satu pertarungan dahsyat dan pertempuran ganas yang mengakibatkan ramai yang terkorban.
Imam Perang Jabarumun telah bertembung dan terpaksa bertarung dengan pahlawan Pahang Imam Perang Raja Gendut. Dalam pertarungan yang hebat lagi getir itu, Imam Perang Raja Gendut tewas dan ditikam parah. Dia telah diselamatkan oleh pahlawan-pahlawan Pahang yang lain.
EPISOD 34
PENGKHIANAT ...!!! ‘...the Mandeling men had better be in Ulu Langat...
as Mandeling men had not fought in Ulu Langat,
they had run away.’
Frank A. Swettenham
Kejatuhan Kota Permulas di Bukit Tabor di Ulu Kelang itu telah menggemparkan Sutan Naposo @ Sutan Puasa, Jabarita, Jabolga, Raja Banding, Jabernang, Jalaungan, Japayong, Jabangunan dan orang-orang Mandailing di Gombak dan Ampang. Mereka juga kurang percaya bagaimana pejuang-pejuang Mandailing pimpinan Imam Perang Jabarumun yang pada mereka sangat sukar ditewaskan tiba-tiba tumbang kepada tentera Pahang.
Malahan mereka bertambah resah-gelisah apabila mereka terpaksa menerima hakikat bahawa kubu yang akan menjadi sasaran 2100 tentera Pahang seterusnya adalah kubu Gombak dan kemudiannya kubu Ampang. Ini bermakna mereka berada di ambang maut. Kekalahan mengejut pejuang Mandailing pimpinan Imam Perang Harimau Berantai @ Imam Perang Jabarumun di Kota Permulas di Bukit Tabor menyebabkan Sutan Naposo, Jabarita, Jabolga dan orang-orang Mandailing di Gombak dan Ampang hilang keyakinan dengan kekuatan seluruh angkatan perang Mandailing di Kuala Lumpur @ Muara Bustak.
Pada masa yang sama, Tengku Kudin @ Tengku Zainal Abidin @ Tengku Zia’u’ddin mengarahkan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy yang mengenali Sutan Naposo, Panglima Perang Sayid Zain bin Sayid Mohammad Puteh Al-Habsyi, Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Imam Perang Haji Husin, Nonggok, Sheikh Muhammad Taib serta 100 orang tentera telah bertolak ke Gombak dan Ampang untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin orang-orang Mandailing yang mempertahankan kubu di sana.
Manakala kepungan ke atas kubu Bukit Nanas masih diteruskan oleh Panglima Hitam Kedah, Panglima Hitam Sumar Lima dan ahli-ahli kumpulan Panglima Hitam 7 Serangkaiyang lain, Dato Bentara Luar Ali, Imam Perang Malim, Imam Perang Periok, Nakhoda Marikan, Panglima Si Gara, Shamsuddin, Mustafa, Raja Chik, Raja Layang, Sheikh Muhammad Ali, Ah Chin, Ah Lui dan 2900 tentera Tengku Kudin.
Tengku Kudin sedar bahawa kubu Bukit Nanas yang sudah dikepung selama 4 bulan itu masih tidak dapat ditumbangkan. Lantaran itu apabila dia mendapat berita bahawa tentera Pahang telah berjaya menawan Kota Permulas di Ulu Kelang dan kubu Bukit Kepong, maka Tengku Kudin yang sedang menghadapi kebuntuan di Bukit Nanas itu bercadang untuk menukar strategi. Kini Tengku Kudin menggunakan strategi ‘divide and rule’ atau pecah dan perintah. Ini bermakna apabila kekuatan orang-orang Mandailing di kubu Bukit Nanas begitu kebal untuk ditewaskan, maka Tengku Kudin perlu menggunakan strategi ‘divide and rule’ untuk memecahkan kekuatan orang-orang Mandailing itu sebelum menangani bahagian-bahagian kekuatan yang telah dipecahkan satu-persatu.
Maka sebelum Tengku Kudin melancarkan serangan seterusnya, Tengku Kudin telah menghantar utusan untuk memberitahu Sutan Naposo bahawa pihak Tengku Kudin yang diketuai oleh Yap Ah Loy dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil ingin berjumpa dengan Sutan Naposo di kubu Gombak.
Namun begitu sebelum mereka bergerak ke kubu Gombak, Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain, Imam Perang Bugis Muhammad Akil dan 100 orang tentera telah bertolak ke kubu Ampang terlebih dahulu untuk berjumpa dan berbincang dengan Jabarita di kubu Ampang. Pada masa itu kubu Ampang dipertahankan oleh Jabarita dan 300 orang-orang Mandailing.
Di sana Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil memujuk dan mengajak Jabarita agar berundur dan dan meninggalkan kubu mereka. Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil telah meyakinkan Jabarita bahawa seluruh kubu-kubu orang-orang Mandailing di Selangor telah dikepung oleh angkatan perang bersekutu British, Cina, Pahang, Bugis Selangor, Kedah, Melayu Batu Bara, Rembau dan juga tentera luar dari Riau, Linggi, Melaka, Siak dan Jambi. Dia meyakinkan Jabarita bahawa Mandailing pasti tewas kali ini.
Daripada Jabarita meneruskan perjuangan yang sia-sia yang hanya akan mengorbankan nyawa, Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil menasihatkan agar lebih baik Jabarita dan orang-orangnya berundur tanpa bertempur. Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil menyatakan bahawa Tengku Kudin telah berjanji seandainya Jabarita dan orang-orangnya meninggalkan kubu Ampang tanpa sebarang tentangan, Jabarita akan diberikan satu anugerah, jawatan, kedudukan dan pelantikan yang tinggi di istana Selangor.
Jabarita bersetuju. Lalu Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil mengajak Jabarita untuk sama-sama bertemu dan memujuk Sutan Naposo, Jabolga dan 500 orang-orang Mandailing yang sedang mempertahankan kubu Gombak.
Tengku Kudin yang bijak memainkan peranan itu telah sangat faham latarbelakang Sutan Naposo dan orang-orangnya. Dia juga mendapat tahu akan permasalahan dalaman yang berlaku di kalangan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur pada masa itu. Ini semuanya diceritakan oleh Jabarayun, Panglima Garang Janaga dan orang-orang Mandailing yang menjadi pengikut mereka. Tengku Kudin menerangkan kepada Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil tentang rancangannya untuk disampaikan kepada Sutan Naposo dan orang-orang Mandailing di Gombak dengan sebaik-baiknya.
Dalam perjumpaan dengan Sutan Naposo dan Jabolga itu, Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil sekali lagi menegaskan bahawa seluruh kubu orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur telah dikepung oleh angkatan perang bersekutu British, Cina, Pahang, Bugis Selangor, Kedah, Melayu Batu Bara, Rembau dan juga tentera luar dari Riau, Linggi, Melaka, Siak dan Jambi. Dia meyakinkan Sutan Naposo bahawa Mandailing pasti tewas kali ini.
Namun Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil berjanji Tengku Kudin tidak akan mengapa-apakan orang-orang Sutan Naposo jika Sutan Naposo sanggup bekerjasama dengan tentera bersekutu British, Cina, Bugis Selangor dan Pahang untuk mengundurkan orang-orang Mandailing di Gombak ke tempat yang jauh dari medan peperangan di Kuala Lumpur.
Pada mulanya Sutan Naposo dan Jabolga enggan bekerjasama dengan Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil, namun setelah dipujuk dan dinasihatkan oleh Jabarita, maka Sutan Naposo meminta izin untuk berbincang dengan panglima-panglimanya. Setelah berbincang beberapa ketika dengan panglima-panglimanya iaitu Jabarita dan Jabolga, maka Sutan Naposo pun menerima cadangan itu.
Ini ialah kerana mereka merasakan
a. tentera Pahang terlalu ramai dan gagah untuk ditentang yang telah dibuktikan dengan kejatuhan Kota Permulas di kubu Bukit Tabor di Ulu Kelang
b. tidak puas hati akan pembunuhan Sutan Bandero Rajo @ Jamarilun yang merupakan abang kepada Jabarita dan juga salah seorang panglima Sutan Naposo oleh Jamogek atas arahan Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi
Justeru itu mereka merasakan perlu untuk menyelamatkan nyawa 800 pejuang Mandailing di Gombak dan Ampang serta keluarga mereka sebelum tentera Pahang tiba. Lantas itu, Sutan Naposo, Jabarita dan Jabolga mengumpulkan semua pengikut-pengikut mereka dan bersiap untuk berpindah-randah.
Seperti yang dijangkakan dan diharapkan oleh Tengku Kudin dan tentera bersekutu British, Cina, Bugis Selangor dan Pahang tetapi di luar jangkaan Tuanku Raja Asal @ Jaasai di Bukit Nanas, Sutan Naposo, Jabarita dan Jabolga serta pengikut-pengikut mereka telah melarikan diri ke Ulu Langat dan terus membina penempatan baru di hutan tebal Ulu Langat itu. Di sana, mereka telah membuka Kampung Batu 14 Ulu Langat, Kampung Batu 12 Ulu Langat dan Kampung Cheras. Sesetengah daripada mereka berpindah ke Kampung Kajang di Ulu Langat.
Itulah sebabnya di dalam buku tulisan S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick telah menyebut;
‘At this point Sutan Puasa followed Raja Asal...’ (74) – Middlebrook dan Gullick.
Ini bermakna pada mulanya Sutan Naposo menyokong Tuanku Raja Asal tetapi kemudiannya membelot.
Malahan Donald Tugby juga menyatakan bahawa Sutan Naposo melarikan diri dari medan perang di Kuala Lumpur dan muncul di Ulu Langat;
‘When Kuala Lumpur was retaken by Yap Ah Loy in Mar 1873, Sutan Puasa disappeared from the scene, only to reestablish himself among the Sumatran population around Chreas and Kajang to the south of Kuala Lumpur.’ (148) – Tugby.
‘The withdrawal of Sutan Puasa to Ulu Langat (17) – Gullick 2000.
‘...the Mandeling men had better be in Ulu Langat...as Mandeling men had not fought in Ulu Langat, they had run away.’ (252) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘...on the losing side in 1873, had withdrawn to Kajang and Cheras.’ (25) - Gullick 2000.
Yap Ah Loy dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil telah menjemput Imam Perang Khatib Rasu @ Abdul Salam dan Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal untuk datang berjumpa dan berbincang di dalam satu mesyuarat. Selepas itu tentera Pahang telah datang berkubu di luar kubu Bukit Nanas. Ini menunjukkan tidak ada peperangan yang berlaku di Gombak dan Ampang sedangkan Sutan Naposo, Jabarita, Jabolga telah ditugaskan untuk mempertahankan kubu Gombak dan Ampang.
‘The Capitan China and Mat Akil invited the two men to a conference, as a result of which the Pahang troops were put to defend the line between the first mile on Ampang Road and Gombak Hill.’ (80 ) – Middlebrook dan Gullick.
Ke manakah perginya Sutan Naposo, Jabolga dan 500 pahlawan Mandailing di kubu Gombak dan Jabarita serta 300 pejuang Mandailing di kubu Ampang sedangkan tentera Pahang telah tiba di kaki Bukit Nanas tanpa sebarang tentangan sedangkan perjalanan untuk sampai ke Bukit Nanas itu mesti melalui kubu Gombak dan kubu Ampang?
Ini menunjukkan berlakunya pembelotan terhadap perjuangan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur oleh oleh Sutan Naposo, Jabolga, Jabarita dan pengikut-pengikut mereka. Pengkhianatan seperti ini adalah sangat dikesali dan perlu dikutuk habis-habisan.
‘Dan di antara kamu ada orang yang ucapannya begitu menarik hatimu, dan jika dipersaksikan oleh Allah s.w.t akan isi hatinya itu, dialah penentang yang paling keras.’ - Al-Quran, Surah Al-Baqarah 2:204.
Hanya 4 bulan yang lalu, Jabarayun, Panglima Garang Janaga dan Panglima Si Gara telah bersubahat dan memainkan peranan utama dalam menjatuhkan kubu Siputeh. Kini satu lagi pengkhianatan besar dilakukan pula oleh Sutan Naposo, Jabarita dan Jabolga.
Akibatnya tidak lama kemudian angkatan perang Pahang yang berjumlah 2100 orang itu turun ke Gombak dengan mudah sekali. Di sana mereka telah disambut dengan gembira oleh Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain, Imam Perang Bugis Muhammad Akil dan 100 ahli-ahli rombongannya. Di sana, mereka berbincang tentang bagaimana hendak menawan kubu Bukit Nanas yang dipertahankan oleh Tuanku Raja Asal dan orang-orang Mandailing.
Apabila melihat pengkhianatan ini, Tuanku Raja Asal menyedari keadaan orang-orang Mandailing di kubu Bukit Nanas berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Setelah 4 sebulan bertahan dan menunggu di Bukit Nanas, Tuanku Raja Asal yang masih ternanti-nanti kedatangan tentera bantuan Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi sudah hilang sabar.
Setelah mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan panglima-panglima perangnya, beliau mengarahkan pahlawan sakti Jabaringin untuk menyusup keluar dari kepungan tentera bersekutu British, Cina, Bugis Selangor dan Pahang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Sutan Naposo yang sedang beradadi Ulu Langat dan Sutan Oloan dan Mangaraja Porkas di Kampung Temiang di Sungai Ujung (Seremban). Tuanku Raja Asal masih yakin Sutan Naposo akan membantu orang-orang Mandailing yang terkepung di kubu Bukit Nanas. Pada masa yang sama, Tuanku Raja Asal telah melantik Nakhoda Kuning sebagai ketua kepada pasukan yang ditinggalkan oleh Jabaringin. Nakhoda Kuning kemudiannya dikenali sebagai Panglima Kuning.
Oleh kerana pada masa itu kebuluran yang dahsyat melanda orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur, terdapat beberapa kumpulan kecil orang-orang Mandailing yang menyusup keluar dan melarikan diri dari medan pertempuran. Antaranya adalah Baginda Kayo Haji Arshad @ Si Dursat yang senyap-senyap melarikan diri dan meninggalkan kubu Bukit Nanas.
Pada malam bulan Mac 1873 itu, Jabaringin telah pergi ke tepi bahagian kubu yang paling berdekatan dengan Sungai Kelang lalu melompat naik ke atas kubu Bukit Nanas yang setinggi 15 kaki itu. Dari atas kubu itu beliau kemudiannya melompat turun di celah-celah daun nenas yang tajam itu. Di situ, beliau menyusur bagaikan ular di bawah daun-daun nenas dan separuh badannya seolah-olah tenggelam di dalam tanah bukit yang keras itu.
Pergerakannya yang pantas seperti ular yang menyusur laju di bawah daun-daun nenas yang merimbun langsung tidak disedari oleh pengawal-pengawal tentera bersekutu British, Cina, Bugis Selangor dan Pahang. Walaupun pahlawan tua yang juga ketua segala panglima perang kerajaan Bugis Selangor Imam Perang Bugis Mat Akil dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada malam itu lalu diarahkan orang-orangnya untuk memperketatkan kawalan dan rondaan di sekeliling kubu, namun mereka gagal mengesan Jabaringin.
Setibanya Jabaringin di Sungai Kelang, beliau segera terjun dan menyelam di dalam air menuju ke muara anak Sungai Kelang iaitu sungai yang kemudiannya dikenali sebagai Sungai Bunus. Di sini Jabaringin menggunakan ilmu kemahiran yang membolehkan dirinya bernafas dengan lama di dalam air dan menyelam seberapa lama yang mungkin. Dari Sungai Bunus Jabaringin bergerak ke Ampang.
Sesampainya di Ampang, Jabaringin keluar dari sungai dan berlari pantas menuju ke Ulu Langat. Maka kecohlah seluruh penduduk Ulu Langat melihatkan Jabaringin yang lari tergesa-gesa meminta bantuan itu. Maka Jabarita keluar melihatkan kekecohan yang berlaku itu.
Apabila Jabaringin dan penduduk kampung yang mengekorinya tiba di Kampung Kajang, Sutan Naposo menyambut Jabaringin dengan baik dan menenangkannya. Sementara Jabaringin berehat, maka Sutan Naposo memanggil panglima-panglimanya dan mengadakan perbincangan. Jabarita sekali lagi memujuk Sutan Naposo dan Jabolga agar jangan membantu Tuanku Raja Asal di Bukit Nanas yang pada mereka tidak mungkin dapat memenangi peperangan tersebut.
Sutan Naposo bersetuju. Beliau menghantar utusan ke tempat Jabaringin berehat lalu pulang ke rumah. Apabila menerima berita bahawa Sutan Naposo tidak mahu membantu Tuanku Raja Asal di Bukit Nanas, Jabaringin merasa sangat kecewa, letih lagi sedih. Beliau berlari ke arah Sungai Langat untuk bergerak ke Kampung Temiang di Sungai Ujung. Itulah kali terakhir Jabaringin dilihat di Ulu Langat. Beliau diberitakan dibunuh oleh seseorang semasa dalam perjalanannya ke Sungai Ujung.
Di Gombak pula selepas bertemu dengan Yap Ah Loy, Panglima Perang Sayid Zain dan Imam Perang Bugis Muhammad Akil, 2100 tentera Pahang bergerak pantas menuju ke Kuala Lumpur. Di sana, 4300 tentera Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy telah sedia menunggu di sana.
Seandainya Sutan Naposo, Jabarita dan Jabolga serta lebih kurang 800 pejuang Mandailing tidak berundur ke Ulu Langat dan bertahan habis-habisan di Gombak dan Ampang, nescaya kubu Mandailing di Bukit Nanas akan dapat dipertahankan lebih lama lagi untuk memberi masa kepada Tuanku Raja Laut dan Jamogek membawa Jamarnindi Mata Merah dan pasukan Gerila Padri dari Tanah Besar Sumatera untuk datang sama-sama mempertahankan Kuala Lumpur.
EPISOD 35
PERPISAHAN BERDARAH DI BUKIT NANAS ‘Pergi ku ini mungkin kali terakhir.
Entah bertemu entahkan tidak. Entahkan mati ku ini.
Apapun hukum Allah sama-sama kita tabahkan.’
Tuanku Raja Asal, Mac 1873
Lalu pada siang 20 Mac 1873 itu, angkatan 6400 tentera bersekutuBritish, Cina, Bugis, Pahang, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau yang terdiri daripada
a. Panglima Perang Sayid Zain bin Sayid Mohammad Puteh Al-Habshi, Panglima Hitam Kedah, Sheikh Abdul Mohit Baktal, Penghulu Hamzah Padang Terap, Wan Muhammad Amin, Ali Mamat, de Fontaine dan 800 tentera Kedah
b. Imam Perang Bugis Muhammad Akil yang merupakan ketua panglima kerajaan Bugis Selangor, Imam Perang Haji Husin, Dato Besar Ampat Suku iaitu Dato Aru @ Dato Bentara Luar Ali, Datu Penggawa Tuah, Datu Penggawa Muda, Datu Kaya Kecil @ Toh Kaya Badu, ketua panglima Hitam Selangor iaitu Panglima Hitam Sumar Lima dan ahli-ahli kumpulan Panglima Hitam 7 Serangkaiseperti Panglima Hitam Daeng Muhammad, Panglima Hitam SiGentar Alam, Panglima Hitam Tok Mamat, Panglima Hitam Layar, Panglima Hitam Batu Bara dan lain-lain tokoh-tokoh Bugis seperti Tok Maharaja Daeng Sudali, Daeng Selikang, Daeng Ahmad, Daeng Matekko, Daeng Marek dan 800 pahlawan Bugis dari Selangor, Linggi, Melaka dan RiauImam Perang Bugis Muhammad Akil dan Imam Perang Haji Husin yang mengetuai saki-baki pejuang Bugis yang baru baru tiba dari Linggi, Melaka, Riau
c. Nakhoda Marikan, Daeng Mariok dan sekumpulan Bugis Bone bekas tentera upahan Belanda dari Sumatera
d. Jabarayun, Panglima Garang Janaga, Panglima Si Gara dan lanun-lanun Mandailing di bawah pimpinannya
e. Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy, Ah Chin dan Ah Lui yang mengetuai orang-orang Cina
f. Nonggok @ Dato Dagang Haji Muhammad Tahir, Shamsuddin, Mustafa dan orang-orang Melayu Batu Bara dari Kelang
g. Raja Layang, Sheikh Muhammad Taib, Sheikh Muhammad Ali, Imam Perang Mat Aris, Imam Perang Muhammad, Khatib Raja, Genti Ali, Haji Kecik dan 300 orang-orang Minangkabau dari Sungai Ujung
h. Imam Perang Periok yang merupakan bekas panglima perang Jambimengetuai orang-orang Jambi dan Kubu.
i. Raja Chik yang merupakan bekas panglima perang Melayu Siak Sri Inderapura memimpin orang-orang Siak, Sasak, Riau dan orang-orang Laut.
a. Raja Shaaban, Datu Perba Haji Sahil, Datu Sati dan 200 orang-orang Minangkabau dari Rembau
b. Panglima Kakap Dato Bahaman bin Nuh, Imam Perang Khatib Rasu @ Abdul Salam, Imam Perang Raja Gendut, Panglima Perang Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid, Tok Jebek bin Akil, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Tun Mahmud bin Wan Ismail (Tun Buang) dan 1600 tentera Pahang
telah berkumpul di luar kubu Bukit Nanas dan sedang bersiap sedia untuk menyerang kubu Bukit Nanas.
‘Tengku Zia’u’ddin’s forces were led by one Imam Prang Mat Akil.’ (258) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘The invading Pahang forces had waged a war of revenge against the Rawa and Mandiling men who had previously invaded Pahang.’ (155) - Gullick 1993.
Bukit Nanas ketika itu mempunyai 2 puncak yang tinggi. 1 berada di sebelah timur menghala ke jalan untuk ke Ampang, manakala 1 lagi berada di sebelah barat menghala ke Pudu. Di kedua-dua puncak itu masing-masing telah dibina kubu perang yang diperbuat dari tanah yang keras. Di puncak pertama yang menghadap ke timur ke arah Kampung Ampang, Imam Perang Malim Panjang telah diberikan kepercayaan oleh Tuanku Raja Asal @ Jaasai untuk mengawasi tentera musuh di kubu sebelah timur. Di sana mereka dilengkapkan dengan 99 pejuang Mandailing.
Manakala di puncak kedua di sebelah barat, Panglima Kuning telah dipertanggungjawabkan untuk mengawasi musuh di kubu sebelah barat. Di sana mereka dilengkapkan dengan 99 pejuang Mandailing.
Di kedua-dua puncak itu, kelihatan Tuanku Raja Asal, Jabunus dan Jalumat turun naik bersimpang siur untuk memastikan keadaan di kedua-dua puncak Bukit Nanas itu terkawal.
Bagas Godang dan istana Mandailing pula terletak di sebuah kubu di tengah-tengah 2 buah puncak ini dan menghadap ke Sungai Kelang. Sebab itulah kubu yang menghadap ke Sungai Kelang itu sengaja ditambakkan lebih tinggi dari tempat-tempat lain untuk melindungi bangunan-bangunan penting dan personaliti-personaliti penting orang-orang Mandailing.
Di sini, Tuanku Raja Asal, Wan Puteh @ Wan Teh @ Che Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali, Jabunus, Jalumat, Jaakub, Panglima Kuning @ Nakhoda Kuning, Sayid Mashur @ Tok Soho, Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Mat Saman @ Raja Berkat, Engku Rahmat @ Raja Laut Selangor dan lain-lain lagi sedang menanti serangan tentera bersekutu British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau.
Tuanku Raja Asal dibantu oleh Imam Perang Katin @ Tok Panglima Katin, Jabintang, Jamantiko, Jakaloka, Jabinanga, Jaboji, Jamalintang, Jamangitung Serigala Tonga, Sutan Mogal Babiat Jolma, Jaborotan, Jasakandan, Jasamalan, Jasalompuan, Sayid Kenang, Siti Sari, Siti Awan, Siti Puteh, Sayid Yusuf, Manda Usman, Lanah, Abdul Wahab Tolu, Imam Perang Alam, Imam Perang Mangku, Baginda Kayo Sidursat @ Haji Arshad, Jamanambin serta lebih kurang 900 pejuang dari pelbagai jenis keturunan.
Tuanku Raja Asal dan pahlawan-pahlawannya sedang meninjau ke bawah dari kubu Bukit Nanas ke Sungai Kelang. Sesekali mereka terpaksa menunduk kepala setelah kedengaran tembakan senapang musuh. Manakala 50 lagi ditugaskan untuk meronda di sekeliling kubu Bukit Nanas.
Angkatan perang tentera bersekutuBritish, Cina, Bugis, Pahang, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau akan mengambil tempat di sebelah barat dari pintu gerbang Kampung Bukit Nanas (kini di depan Gereja Kristian di Bukit Nanas) sehinggalah ke muara Sungai Bunus (kini di hadapan bangunan Citibank di Jalan Ampang). Ini ialah kerana tempat yang dipilih itu adalah lebih dekat dengan jalan untuk ke Pudu dan Kelang jika tentera bersekutuBritish, Cina, Bugis, Pahang, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau terpaksa berundur.
Angkatan perang Pahang akan mengambil tempat di sebelah timur ke arah jalan ke Ampang (kini di hadapan bangunan Hyatt Regency Hotel). Ini ialah kerana tempat yang dipilih itu adalah lebih dekat dengan jalan untuk ke Ampang dan Pahang jika tentera Pahang terpaksa berundur.
Diagram 13 – Kubu Bukit Nanas
ke Ampang dan
Gombak Kubu sebelah timur Bukit Nanas
diketuai oleh
Imam Perang Malim
Kubu sebelah barat
Bukit Nanas di
Bagas Godang dan bawah pimpinan
Istana Mandailing Panglima Kuning
ke Pudu
dan Kelang
ke Ampang dan
Gombak Kubu sebelah timur Bukit Nanas
diketuai oleh
Imam Perang Malim
Kubu sebelah barat
Bukit Nanas di
Bagas Godang dan bawah pimpinan
Istana Mandailing Panglima Kuning
ke Pudu
dan Kelang
Manakala tentera Tengku Kudin yang lain terdiri daripada tentera bersekutuBritish, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau juga akan menunggu di sepanjang lereng di luar pintu gerbang Bukit Nanas dan Kampung Bukit Nanas hinggalah bersambung dengan tentera Pahang di tebing Sungai Kelang.
Tentera Tengku Kudin ini akan membedil tidak berhenti-henti ke kubu Bukit Nanas dari beberapa arah supaya orang-orang Mandailing di puncak Bukit Nanas itu akan merasa tersepit dan terancam.
Di dalam kubu Bukit Nanas pula, Tuanku Raja Asal merasa yakin bahawa Jabaringin telah ditangkap dan dibunuh oleh musuh. Ini ialah kerana bantuan yang dicari oleh Jabaringin masih tidak kunjung tiba.
MANDAILING SEMAKIN TENAT Sudah seminggu hujan tak turun. Bekalan air di puncak Bukit Nanas telah kehabisan. Memandangkan keadaan sungguh tenat dengan pahlawan-pahlawan Mandailing yang bertahan dengan hebat dan bersungguh-sungguh itu bergelimpangan kehausan dan kelaparan sambil menunggu serangan musuh seterusnya, maka senja Khamis itu Wan Puteh dan 5 orang dayang pengiring pun turun ke bawah menuju ke arah timur kubu Bukit Nanas dan berpura-pura hendak mengambil air minuman di Sungai Kelang tanpa pengetahuan Tuanku Raja Asal.
Waktu Maghrib adalah waktu gencatan senjata atau waktu berhenti perang pada zaman dahulu antara semua pahlawan-pahlawan Melayu yang sedang berperang. Waktu ini juga digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu untuk berwirid dan berzikir bagi memperkuatkan ketahanan diri. Pasukan Padri dengan wirid Tarikat Naqsyabandiah, Dato Bahaman dengan ilmu Jirimnya, Imam Perang Khatib Rasu dengan Tarikat Saman, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin dengan wirid Kudratullah.
Dari sana, Wan Puteh senyap-senyap pergi ke tempat perkhemahan musuh dan masuk ke kawasan khemah tentera Pahang. Di sana, beliau dirafak sembah oleh tentera Pahang lalu dibawa berjumpa dengan anak saudaranya Tun Mahmud @ Tun Buang bin Wan Ismail, Panglima Kakap Dato Bahaman dan Imam Perang Khatib Rasu.
Dalam perjumpaan itu Wan Puteh telah memujuk Tun Mahmud, Dato Bahaman dan Khatib Rasu agar memberi laluan kepada beliau dan 100 orang pengikut-pengikutnya yang terdiri daripada kaum wanita yang tidak berdosa untuk turun dari Bukit Nanas selepas Maghrib sebelum Isyak. Selepas itu menurut Wan Puteh, bolehlah tentera Pahang naik ke atas dan menghapuskan seluruh orang-orang Mandailing itu. Tun Mahmud, Dato Bahaman dan Khatib Rasu bersetuju.
Selepas naik ke atas, Wan Puteh berjumpa dengan Tuanku Raja Asal dan mengajak Tuanku Raja Asal untuk melihat keadaan menyayat hati yang berlaku di Bukit Nanas. Kanak-kanak mati bergelimpangan dan ada yang mati di pangkuan ibu mereka yang langsung tidak bermaya lagi. Lalu Wan Puteh pun memujuk Tuanku Raja Asal agar dilepaskan 100 orang perempuan dan kanak-kanak supaya mereka boleh turun menyelamatkan diri dari pertempuran di Bukit Nanas itu. Tuanku Raja Asal menggangguk tanda setuju.
Lantas Wan Puteh mengumpulkan 80 kaum wanita dan kanak-kanak. Di sana, Wan Puteh memujuk Tuanku Raja Asal agar turun sekali dari Bukit Nanas. Wan Puteh menegaskan bahawa Tuanku Raja Asal perlu berundur untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Mandailing dengan mengumpulkan kembali tentera baru Mandailing yang akan merampas semula Bukit Nanas dan membela maruah orang-orang Mandailing. Ini disokong penuh oleh Jabunus.
Maka Tuanku Raja Asal teringat-ingatkan pesanan Tuanku Raja Laut kepadanya sebelum bertolak ke Tanah Besar Sumatera iaitu;
‘Wahai Tuanku Raja Asal, walau apapun yang terjadi, jangan sekali-kali kau tinggalkan Bukit Nanas ini. di sinilah hidup matinya perjuangan Jihad Padri. Di sinilah terletaknya maruah dan martabat keturunan kita dari Mandailing Godang.’
Secara lojiknya perkara tersebut tidaklah menghairankan kerana Wan Puteh pada masa itu walaupun telah berusia 30an, namun beliau dikatakan masih cantik lagi rupawan. Kecantikan beliau itu turut digambarkan oleh Haji Abdullah Hukum pada tahun 1873 sebagai;
Namun Wan Puteh terus memujuk suaminya itu. Akhirnya setelah dipujuk berkali-kali, Tuanku Raja Asal termakan kata-kata seorang wanita. Sambil airmata mengalir ke dada, Tuanku Raja Asal seraya berkata,
‘Dengar sini Wan Puteh, seratus peperangan dan pertempuran kulalui, belum sedikit tubuhku terguris. Namun perpisahan ini melukakan hatiku kerana turunnya aku tidak lagi sebagai seorang lelaki.’
‘Pergi ku ini mungkin untuk kali terakhir. Entah bertemu lagi entah tidak. Entahkan mati ku ini. Apapun hukum Allah sama-sama kita tabahkan. Ampunkan salah silap diriku ini Serikandi.’
Maka berpeluk-pelukan dan bertangis-tangisanlah Tuanku Raja Asal dan Wan Puteh. Lalu beliau memohon maaf kepada Wan Puteh yang akan ditinggalkan di Bukit Nanas atas segala perbuatannya yang lepas-lepas.
Sayid Mashur dan Jabintang pula mendesak untuk menyertai Tuanku Raja Asal dengan alasan hendak mengawal keselamatan Tuanku Raja Asal dan mengumpulkan kembali kekuatan perang di Ulu Selangor.
‘He was driven out of Selangor with Syed Mashor in 1873.’ (148) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
Manakala Jabunus pula walaupun diajak dan dipujuk oleh Tuanku Raja Asal dan Sayid Mashur untuk turun bersama, Jabunus menolak. Walaupun Jabunus dapat merasakan alamat buruk bakal menimpa dirinya itu, namun beliau tetap berkeras untuk berjuang hingga ke titisan darah air mata yang terakhir.
Namun Jabunus mahukan isteri dan anaknya diselamatkan sebagai permintaannya yang terakhir. Tetapi isteri Jabunus tidak mahu turun meninggalkan suami tercinta berjuang tanpa dirinya di Bukit Nanas itu. Dia mendesak untuk bertahan bersama di Bukit Nanas dan tidak mahu melepaskan tangan Jabunus sambil berkata dalam tangisan teresak-esak,
‘Saya rela mati bersama abang …..’
sambil mendukung anaknya yang baru 10 bulan itu yang sedang merenung riang wajah bapanya yang sangat disayanginya.
Lalu dalam tangisan yang mendayu-dayu oleh isterinya itu, Jabunus terus memeluk anak isterinya sambil mencium dahi anak dan dahi isterinya sepuas-puas hati lalu berkata,
‘Jikalau benar-benar ikhlas kau sayangkan abang, maka turunlah kau bersama mereka. Percayalah .. abang pasti selamat. Pergilah kau bersama anak kita. Jagalah anak kita baik-baik.’
sambil mencium sedih dahi anaknya itu. Seraya itu Jabunus pun menolak lemah tubuh isterinya sambil memalingkan pandangannya ke kiri. Airmata tidak disedari mengalir lesu dari mata yang tergenang itu.
Tuanku Raja Asal menyerahkan kerisnya kepada Siti Awan iaitu adik kepada Sayid Kenang dengan pesanan bahawa jika Wan Puteh cuba dicemari oleh pihak musuh, maka Siti Sari hendaklah membunuh Wan Puteh supaya tidak dicela musuh.
‘Esokan malam, undurlah, habis lari.’ - Hikayat Pahang, Cetera 30.
Lalu dengan penuh kesedihan, 100 orang yang berpakaian wanita itu turun dari kubu Bukit Nanas ke arah hutan banat yang menghala ke Pudu yang tidak dikawal oleh tentera musuh sambil dilihat dari jauh oleh tentera Pahang sebagai mengawasi mereka dari diserang oleh tentera Tengku Kudin yang lain.
‘Raja Asal fled in 1873.’ (89) - Middlebrook dan Gullick.
PERTEMPURAN PERTAMA DI KUBU TIMUR
Isyak malam Jumaat 28 Mac 1873, bermulalah pertempuran Bukit Nanas. Tentera Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy tidak berhenti-henti membedil kubu Bukit Nanas. Bedilan meriam yang bertubi-tubi itu menjadikan langit seolah-olah mahu runtuh dibutanya.
Pasukan umpanan atau ‘dummy’ yang diketuai oleh Jabarayun, Panglima Perang Dato Bahaman, Imam Perang Khatib Rasu, Imam Perang Raja Gendut, Panglima Raja Yaakob, Panglima Garang Janaga, Panglima Si Gara, 700 tentera Pahang serta 300 lanun Mandailing telah mendaki lereng sebelah kiri kubu timur Bukit Nanas tidak jauh dari tempat berkhemahan tentera Pahang (depan Hotel Hyatt Regency).
Seperti yang dijangkakan, kedatangan pasukan umpanan ini dikesan dan disedari oleh pasukan pertahanan kubu di sebelah timur Bukit Nanas yang dipimpin oleh Tok Panglima Katin. Lantaran itu Tok Panglima Katin dan orang-orangnya telah memberi tumpuan kepada lereng di sebelah kanan.
Selepas mengesan kedatangan tentera musuh, Tok Panglima Katin pun menghantar utusan untuk memberitahu Jabunus bahawa sekumpulan tentera musuh sedang menaiki Bukit Nanas melalui lerang sebelah timur.
Tetapi malangnya Tok Panglima Katin dan orang-orangnya tidak dapat melancarkan sebarang serangan jarak jauh ke atas pihak musuh kerana bekalan peluru di kubu sebelah timur telah pun kehabisan. Bekalan peluru yang ada masih terdapat di kubu istana Mandailing di lerang tengah Bukit Nanas.
Pasukan penggempur yang diketuai oleh Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Tok Lela, Tok Muhammad Senggang, Tok Bangau dan 300 tentera Pahang pun mula memanjat lereng sebelah kanan kubu timur Bukit Nanas (depan the Weld) yang penuh dengan hutan banat dengan senyap sekali. Namun sebelum itu mereka perlu menebas hutan tebal yang menghalang perjalanan mereka itu.
Panglima Perang Dato Bahaman, Imam Perang Khatib Rasu, Imam Perang Raja Gendut, Panglima Raja Yaakob, Jabarayun, Panglima Garang Janaga, Panglima Si Gara, 700 tentera Pahang serta 300 lanun Mandailing meneruskan usaha mereka memanjat lereng kiri kubu timur Bukit Nanas itu.
Sebaik sahaja Jabarayun, Panglima Perang Dato Bahaman, Imam Perang Khatib Rasu, Imam Perang Raja Gendut, Panglima Raja Yaakob, Panglima Garang Janaga, Panglima Si Gara, 700 tentera Pahang serta 300 lanun Mandailingberjaya mendaki hingga ke kawasan berdekatan dengan luar kubu timur Bukit Nanas, mereka pun diserang oleh Tok Panglima Katin dan 100 pengikut-pengikutnya.
Maka satu pertempuran dahsyat pun berlaku. Kedua-dua pihak telah bertempur dengan hebat di puncak timur Bukit Nanas. Pahlawan-pahlawan bertikam-tikam di lereng bukit. Bumi Bukit Nanas kembali bermandi darah.
Apabila mendapat tahu musuh Tok Panglima Katin dan 99 orang pengikutnya sedang bertempur dengan musuh di puncak timur Bukit Nanas, Jabunus telah keluar dari kubu istana Mandailing dan membawa 200 pahlawan Mandailing termasuklah 50 pahlawan yang ditugaskan untuk meronda di sekeliling kubu Bukit Nanas naik ke puncak timur untuk membantu Tok Panglima Katin menentang tentera Pahang itu.
Jabunus yang handal lagi berani itu telah beramuk-amuk dan menunjukkan kehebatan masing-masing habis-habisan tanpa mahu berundur. Tok Panglima Katin yang gagah perkasa walaupun sudah agak tua itu berhempas-pulas membantu anak-anak muda Mandailing yang bertempur habis-habisan seolah-olah langsung tidak ada perasaan gentar atau takut.
Tetapi malangnya pada saat genting itu, pasukan penggempur Pahang yang diketuai oleh Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Tok Lela, Tok Muhammad Senggang, Tok Bangau dan 300 tentera Pahang telah memanjat masuk kubu timur yang diasak hebat itu lalu menyerang pahlawan-pahlawan Mandailing di dalamnya.
Ini bermakna Tok Panglima Katin dan 300 pahlawan Mandailing di puncak timur sedang tersepit diserang oleh musuh yang datang dari 2 arah yang bertentangan.

Diagram 7 – Serangan Tentera Musuh ke atas Kubu Timur Bukit Nanas
Panduan:
- kubu perang
x - Pejuang Mandailing Pasukan Penggempur
Di lereng sebelah kanan
O - Tentera musuh
Pasukan ‘dummy’
Di lereng sebelah kiri
oooooo
oooo x x x oooooo
oooo x x x
oooo Kubu sebelah timur Bukit Nanas
oooo diketuai oleh
oooo Tok Panglima Katin
Kubu sebelah kanan
Bukit Nanas
Kubu tengah di bawah pimpinan

Kedua-dua pihak masing-masing bertikam-tikam dan ada yang menembak ke arah pihak lawan. Mayat-mayat bergelimpangan di sana sini. Darah merah bercampur tanah.
Pahlawan-pahlawan Mandailing yang sedikit itu langsung tidak mahu menyerah kalah. Mereka bertempur dengan beraninya tanpa mahu berundur walau selangkah pun.
Namun sayang seribu kali sayang. Walaupun mempunyai kehebatan yang tinggi serta kehandalan yang luar biasa serta semangat Jihad yang begitu kental, pahlawan-pahlawan Mandailing ini terlalu sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan tentera musuh.
Tambahan pula pahlawan-pahlawan Mandailing ini tidak bermaya serta kelaparan dan kehausan akibat masalah kebuluran yang berlaku sejak sebulan yang lalu.
Mayat pejuang Mandailing bergelimpangan di merata-rata. Mana yang sempat dikuburkan, maka jenazah mereka akan disemadikan di lereng-lereng bukit. Mana yang tidak, maka terpaksa dibiarkan begitu sahaja.
Apabila kedengaran riuh-rendah dan cahaya api kelihatan di kubu sebelah timur, Panglima Kuning dan 49 orang-orang Mandailing di kubu barat Bukit Nanas itu turun dari puncak di sebelah barat itu mengikut jalan denailalu meluru untuk membantu pasukan di sebelah timur.
Ini meninggalkan 50 orang pahlawan yang masih mengawal kubu di puncak barat Bukit Nanas itu.
Pertempuran itu berterusan sehari semalam tidak berhenti-henti.
Pejuang-pejuang Mandailing yang berjumlah 300 orang itu ternyata tidak setimpal dengan serangan apit yang hebat Jabarayun, Imam Perang Khatib Rasu, Panglima Perang Dato Bahaman, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Imam Perang Raja Gendut dan 1300 tentera Pahang dan lanun Mandailing itu itu.
Yang tidak mahu menyerah kalah atau berundur selalunya pasti menjadi mangsa. Jaboji akhirnya terbunuh dalam pertarungan hebat lagi sengit di antara dirinya dengan beberapa musuh yang menyerangnya.
Tidak lama selepas itu Tok Panglima Katin juga terkorban.
Kubu bahagian timur kubu Bukit Nanas akhirnya roboh ditembusi dan ditakluki oleh Jabarayun, Imam Perang Khatib Rasu, Panglima Perang Dato Bahaman, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Imam Perang Raja Gendut dan 1300 tentera Pahang dan lanun Mandailing itu itu.
Jabunus dan Panglima Kuning terpaksa membawa pahlawan-pahlawan Mandailing yang masih hidup untuk turun berundur perlahan-lahan ke kubu istana Mandailing sambil diburu oleh tentera musuh. Lantas itu di pertengahan jalan ini, pertempuran-pertempuran yang sengit turut berlaku.
Serentak dengan pengunduran itu, 50 orang pahlawan yang mengawal kubu di puncak barat Bukit Nanas turut berundur ke dalam kubu istana Mandailing setelah melihatkan Jabunus, Panglima Kuning dan pejuang Mandailing sedang berundur dari kubu timur.
Manakala di dalam kubu istana Mandailing, Wan Puteh, Lanah dan 350 pahlawan Mandailing, Rawa, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci bertahan di kubu besar Bagas Godang. Serta 400 penduduk kampung yang terdiri daripada orang-orang tua, kaum perempuan dan kanak-kanak telah bersiap-sedia dan menanti dengn penuh semangat arahan yang seterusnya.
Apabila 50 orang pahlawan yang mengawal kubu di puncak barat Bukit Nanas telah masuk berlindung di dalam kubu istana Mandailing, Jabunus dan Panglima Kuning pun membawa pahlawan-pahlawan Mandailing yang masih hidup untuk segera turun dengan pantas ke dalam kubu istana Mandailing.
Lebih kurang 150 pahlawan Mandailing dan 300 tentera musuh terkorban dalam pertempuran pertama ini.
PERTEMPURAN KEDUA DI LUAR KUBU TENGAH
Semasa Jabunus dan Panglima Kuning membawa saki-baki pahlawan-pahlawan Mandailing yang masih hidup berundur ke kubu istana Mandailing, Jabarayun, Imam Perang Khatib Rasu, Panglima Perang Dato Bahaman, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Imam Perang Raja Gendut, Panglima Raja Yaakob, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Tok Lela, Tok Muhammad Senggang, Tok Bangau, Sutan Kumala, Panglima Mua, Panglima Garang Janaga, Panglima Si Gara, saki-baki700 tentera Pahang serta 300 lanun Mandailing yang masih hidup itu segera turun dengan pantas dan memburu Jabunus dan pahlawan-pahlawan Mandailing itu.
Sebaik sahaja Jabunus, Panglima Kuning dan saki-baki pahlawan-pahlawan Mandailing yang masih hidup masuk berlindung ke dalam kubu istana Mandailing, serta-merta 400 penduduk kampung yang terdiri daripada orang-orang tua, kaum perempuan dan kanak-kanak yang lengkap bersenjatakan senapang yang terhad keluar dan mengambil temapt masing-masing sambil menembak ke arah musuh.
Akibatnya ramai tentera musuh yang mati ditembak semasa menuruni bukit untuk memburu Jabunus, Panglima Kuning dan pejuang-pejuang Mandailing dan menyerang kubu istana Mandailing itu.
Orang-orang tua dan kanak-kanak akan mengisi ubat pedil dan peluru, kaum perempuan dan orang-orang tua yang sihat akan menembak mana-mana tentera musuh yang mara ke hadapan mereka.
400 penduduk kampung ini dengan rela hati menawarkan diri untuk berjuang mempertahankan maruah perjuangan Jihad Padri dan bangsa Mandailing. Mereka sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan bangsa dan agama.
Kaum perempuan muda dan orang-orang lelaki tua yang sihat memegang senapang dan menembak ke arah musuh. Orang-orang tua yang lain dan kanak-kanak akan mengisi ubat bedil dan peluru di dalam senapang. Begitulah setiap orang mempunyai tugas masing-masing.
Ini selaras dengan strategi peperangan di mana jika pihak sendiri mengalami kekalahan dan menghadapi saat genting, seberapa ramai pejuang yang mahir berperang mestilah diselamatkan bagi mengerkkan serangan ke atas musuh pada masa akan datang. Lantaran itu jika tidak ada pilihan lain, orang-orang tua, kaum perempuan dan kanak-kanak terpaksa digunakan untuk mengurangkan bilangan musuh dengan mengorbankan tentera musuh dan mereka sendiri terpaksa dijadikan benteng untuk menghabiskan peluru musuh sebelum pejuang yang mahir diserang oleh musuh.

Diagram 7 – Tentera Musuh Memburu Saki-baki Pejuang Mandailing
di Kubu Timur Bukit Nanas
Panduan:
- kubu perang
x - Pejuang Mandailing
O - Tentera musuh
* - Kaum wanita
# - Orang-orang tua
@ - Kanak-kanak Kubu sebelah timur
Bukit Nanas yang
ditawan oleh musuh
o o o
o o o o
o o o o
Tentera Pahang o o o o
menuruni o o o o
bukit o o o o
o o o o
o o o o
o o o o
o o o o
o o o o
@ * o o o o
# * o o o
@ * o o
# * o
@ *
# *
@ *
Kubu tengah
Istana Mandailing
Kubu sebelah kanan
Bukit Nanas
di Kubu Timur Bukit Nanas
Panduan:
- kubu perang
x - Pejuang Mandailing
O - Tentera musuh
* - Kaum wanita
# - Orang-orang tua
@ - Kanak-kanak Kubu sebelah timur
Bukit Nanas yang
ditawan oleh musuh
o o o
o o o o
o o o o
Tentera Pahang o o o o
menuruni o o o o
bukit o o o o
o o o o
o o o o
o o o o
o o o o
o o o o
@ * o o o o
# * o o o
@ * o o
# * o
@ *
# *
@ *
Kubu tengah
Istana Mandailing
Kubu sebelah kanan
Bukit Nanas
Apabila melihatkan rakan-rakan mereka mati ditembak kaum perempuan muda dan orang-orang lelaki tua yang menanti kedatangan mereka ke kubu tengah istana Mandailing itu, maka tentera Pahang khususnya panglima-panglima perang mereka menjadi sangat marah lalu mengarahkan supaya semua kaum perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua itu dibunuh.
Lalu tentera Pahang pun menyerang, memancung putus dan menembak mati kaum perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua tanpa sebarang belas kasihan. Terdengarlah jerit-pekik dari mangsa-mangsa yang dibunuh dengan zalim sekali. Bergelimpanganlah mayat-mayat yang tidak berdosa yang terdiri daripada kaum perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua. Kepala kanak-kanak bergolek-golek ditendang oleh tentera musuh. Darah yang banyak menyimbah Bukit Nanas.
Syahidlah kesemua 400 penduduk kampung yang terdiri daripada kaum perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua.
Namun 70 tentera musuh turut terkorban.
Kini yang tinggal dan masih bertahan di dalam kubu adalah 600 pejuang Mandailing yang mahir berperang. Mereka hanya menunggu saat robohnya kubu tengah istana Mandailing dan bersedia untuk syahid di medan perang.
PERTEMPURAN TERAKHIR DI DALAM KUBU TENGAH Tentera Pahang segera menyusun barisan perang mereka untuk melancarkan serangan seterusnya ke Istana Mandailing yang terletak di dalam kubu tengah di lereng 2 puncak Bukit Nanas. Setelah semuanya bersiap-sedia, gendang perang pun dipalu bertalu-talu, tentera Pahang melancarkan serangan habis-habisan dan menembak serta membedil bertubi-tubi ke atas kubu tengah yang mengandungi Istana Mandailing.
Wan Puteh, Jabunus, Jalumat Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman dan lain-lain tenang menanti kedatangan tentera Pahang bersama robohnya kubu tersebut. Mereka bersedia untuk meluru ke pihak musuh. Pada masa yang sama ramai pahlawan Pahang telah memanjat masuk ke dalam kubu, namun kebanyakannya dibunuh oleh pejuang-pejuang Mandailing yang menanti di bawahnya.
Setelah dibedil sehari semalam, akhirnya pada petang 30 Mac 1873 kubu tengah roboh. Serentak dengan itu, 900 tentera Pahang yang dipimpin oleh Imam Perang Khatib Rasu, Panglima Perang Dato Bahaman, Tok Jebek, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Imam Perang Raja Gendut, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Panglima Raja Yaakob, Tok Lela, Tok Muhammad Senggang, Tok Bangau, Sutan Kumala, Panglima Mua, dan 50 lanun Mandailing yang diketuai oleh Jabarayun, Panglima Garang Janaga, Panglima Si Gara menyerang 600 pejuang-pejuang Mandailing di dalam kawasan halaman istana Mandailing. Berlakulah pertempuran ketiga yang hebat lagi ngeri di luar istana Mandailing.
Dalam pertempuran ini, Jalumat, Jabunus, Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman dan lain-lain telah bertempur habis-habisan. Namun ternyata pertempuran itu berat sebelah. Pejuang-pejuang Mandailing yang semakin lemah dan tidak bermaya dan bilangannya tidak sampai 600 orang ternyata tidak terdaya untuk menandingi saki-baki 900 orang tentera musuh. Namun pertempuran sengit itu berlarutan hingga ke tengah malam tanpa henti.
Menjelang malam, pahlawan tua lagi sakti orang-orang Mandailing iaitu Tok Panglima Katin yang gagah berani dan sedikit pun tidak mahu berundur itu terkorban.
Pertempuran itu berlanjutan hingga ke Subuh 31 Mac 1873.
Subuh itu Subuh yang muram. Awan mendung menyelebungi angkasa bagaikan menunggu masa hendak runtuh. Sudah seminggu langit terang kemarau menimpa, hujan langsung tidak menjengah walau sehari. Namun pada Subuh itu dengan tidak semena-mena, hujan turun renyai-renyai seolah-olah menangisi apa yang bakal berlaku. Sesekali hujan renyai itu menjadi lebat bagaikan dimurkai Tuhan.
Selepas bertempur di Bukit Nanas selama 3 hari 3 malam, maka pada pukul 5 pagi Subuh 31 Mac 1873 istana Mandailing akhirnya jatuh ke tangan musuh.
Sebaik sahaja tentera musuh merempuh masuk ke Istana Bagas Godang Mandailing, mereka menerkam ke arah Wan Puteh yang disangkakan mereka Tuanku Raja Asal untuk ditikam dan dicincang secepat mungkin. Akan tetapi hajat mereka tidak kesampaian. Ini ialah kerana mereka sedar yang memakai pakaian perang Tuanku Raja Asal itu adalah Wan Puteh binti Tun Ali @ Che Puteh.
Ini ialah kerana Wan Puteh telah ditinggalkan di Bukit Nanas dengan pakaian perang Tuanku Raja Asal. Ini dilakukan supaya
a. Pemergian Tuanku Raja Asal tidak disedari oleh pengikut-pengikutnya agar mereka tidak panik dan kelam-kabut
b. tumpuan tentera Pahang tetap pada Bukit Nanas dan 100 orang yang berundur dapat lolos tanpa diekori dan diburu
c. jika Bukit Nanas ditawan oleh musuh, mereka yang ada tidak akan dibunuh kerana Wan Puteh adalah puteri diraja Pahang
Percaturan Wan Puteh tepat sekali.
Apabila tentera Pahang hampir dengan Wan Puteh, dengan tidak semena-menanya seluruh tentera Pahang sujud merafak sembah kepada puteri Pahang itu. Manakala Jabarayun dan pengikut-pengikutnya terpinga-pinga memberhentikan serangan.
Lalu dititahkan oleh Wan Puteh agar semua serangan ke atas orang-orang Mandailing dan semua peperangan dihentikan. Lantas pertempuran di Bukit Nanas dihentikan serta-merta.
Wan Puteh juga tidak membenarkan Jalumat, Jabunus, Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman dan lain-lain meneruskan pertarungan. Terselamatlah pahlawan-pahlawan terbilang seperti Jalumat, Jabunus, Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman dan lain-lain 500 orang pahlawan yang berdiri di belakang Wan Puteh.
100 pahlawan Mandailing terbunuh dalam pertempuran ketiga itu. Manakala 80 tentera musuh turut terkorban.
KERASNYA HATI JALUMAT DAN JABUNUS
Hujan renyai-renyai tiba-tiba diselang-seli dengan angin yang bertiup kencang. Walaupun Wan Puteh tidak membenarkan pahlawan-pahlawan Mandailing untuk meneruskan pertempuran, Jalumat dan pasukan Laut Padri tidak mahu menyerahkan Kuala Lumpur begitu sahaja.
Semasa kedua-dua pihak menghentikan pertempuran, Jalumat telah memimpin 300 orang pahlawan yang kebanyakannya adalah pejuang pasukan Laut Padri untuk keluar dari barisanlalu bertindak menyerang tentera musuh. Jabunus turut menyertai mereka.
Di tengah-tengah hujan bercampur ribut itu, berlakulah satu pertempuran baru yang sangat hebat.
Tentera Pahang yang berjumlah 500 orang kemudiannya menyerang balas Jalumat, Jabunus dan 300 pejuang Mandailing yang terhimpit di belakang Istana Mandailing berhampiran dengan dinding kubu yang menghala ke Sungai Kelang. Manakala 300 tentera Pahang yang lain mengepung dan mengawal Wan Puteh yang dikawal oleh Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Lanah, Manda Usman, dan 200 pahlawan Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci di dalam Istana Mandailing itu.
Jalumat, Jabunus dan 300 pahlawan-pahlawan Mandailing khususnya pejuang-pejuang Padri yang masih hidup berjuang habis-habisan hingga ke titisan darah yang terakhir.
Wan Puteh tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihatkan Jalumat dan Jabunus bersungguh-sungguh memperlihatkan kesetiaan mereka kepada perjuangan mempertahankan kedaulatan bangsa dan agama. Namun jauh di sudut hatinya Wan Puteh merasa amat terharu, sedih bercampur bangga dengan semangat dan keperwiraan yang ditunjukkan oleh ketua-ketua panglima perang pasukan Laut Padri dan Mandailing itu.
Pejuang Mandailing pimpinan Jalumat dan Jabunus yang jumlahnya sedikit serta kelaparan dan keletihan itu tidak dapat lagi menahan serangan 500 tentera musuh lalu mengambil keputusan nekad merempuh keluar dari kubu Bukit Nanas ke arah utara kubu yang bertentangan dengan Sungai Kelang.
Tetapi malang bagi Jalumat dan Jabunus. Di bawah sana 3000 tentera Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy dan 600 tentera Pahang pimpinan Tun Mahmud bin Wan Ismail @ Tun Buang telah menanti beberapa hari di situ.
Akibatnya sebaik sahaja Jalumat, Jabunus dan pejuang Mandailing menuruni Bukit Nanas yang licin akibat hujan yang masih lebat dan sesekali renyai, mereka bertembung pula dengan tentera Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy yang menunggu di kaki bukit di sepanjang Sungai Kelang. Ini termasuklah Nakhoda Marikan, Daeng Mariok dan 200 Bugis Bone bekas tentera upahan Belanda yang tidak menyertai pasukan penggempur Pahang setelah mengambil nasihat rakan-rakan mereka di kalangan tentera Tengku Kudin yang menyatakan betapa peritnya kesan daun berduri pokok nenas terhadap ilmu kebal orang-orang Bugis.
Maka di tengah-tengah hujan ribut yang menimpa, satu pertempuran yang hebat telah berlaku betul-betul di tempat antara Bukit Nanas dan Sungai Kelang (di hadapan bangunan Citibank).
Kali ini Jalumat, Jabunus dan 300 pejuang Mandailing tidak mempunyai pilihan lagi. Di hadapan mereka, menunggu 3000 tentera bersekutu Tengku Kudin, Inggeris dan Yap Ah Loy, 600 tentera Pahang pimpinan Tun Mahmud bin Wan Ismail dan200 Bugis Bone bekas tentera upahan Belanda.
3800 musuh mereka ini merupakan tentera bersekutu Inggeris-Cina- Pahang-Bugis-Kedah-Sumatera yang digelapaidigelapai oleh pahlawan-pahlawan seperti Panglima Hitam Daeng Muhammad yang merupakan ketua kumpulan Panglima Hitam Sumar Limayang terdiri daripada, Panglima Hitam Si Gentar Alam, Panglima Hitam Tok Mamat, Panglima Hitam Layar, Panglima Hitam Batu Bahara, dan lain-lain pahlawan seperti Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Imam Perang Haji Husin, Dato Bentara Luar Ali, Imam Perang Malim, Tok Setia, Tok Maharaja Daeng Sudali, Nakhoda Marikan, Daeng Mariok, Imam Perang Periok, Sheikh Muhammad Taib, Panglima Perang Sayid Zain bin Mohammad Puteh, Panglima Hitam Kedah, Sheikh Abdul Mohit Baktal, Nonggok, Raja Chik dan Raja Layang.
Di belakang pula, diserang 500 saki-baki tentera Pahang yang diketuai oleh Imam Perang Khatib Rasu, Orang Kaya Semantan Panglima Perang Dato Bahaman, Tok Jebek, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Imam Perang Raja Gendut, Panglima Raja Yaakob, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Tok Lela, Tok Muhammad Senggang, Tok Bangau dan lain-lain lagi serta kumpulan lanun Mandailing pimpinan Jabarayun, Panglima Garang Janaga dan Panglima Si Gara.
300 pejuang Mandailing tersepit dari 2 arah yang bertentangan itu terumbang-ambing menegakkan pendirian. Tetak-menetak, tikam-menikam ganas sekali. Mayat bergelimpangan di sana sini. Ketulan tanah berbaur merah. Sungai Kelang mengalir darah.
Dalam pertempuran tersebut, Imam Perang Khatib Rasu tampil untuk berhadapan dengan Jabunus yang kelihatan begitu handal dan begitu hebat. Maka berlakulah satu pertarungan dan perkelahian hebat. Masing-masing begitu tangkas dan handal berpencak silat dan bermain senjata. Namun dalam setiap pertarungan dan pertempuran, hanya satu pihak sahaja yang akan menjadi pemenangnya.
Dalam satu pertarungan sengit lagi getir, Jabunus berjaya menewaskan Imam Perang Khatib Rasu dan menikam Khatib Rasu sehingga parah. Ini selaras dengan apa yang dicatatkan oleh S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick,
‘Imam Perang Rasu was one of the most-renowned of the Pahang war leaders. He had fought with distinction against the two invasions of Ulu Pahang from Selangor. He lead the Pahang forces at the recapture of Kuala Lumpur in Mac 1873, when he was wounded.’ (115)
Setelah bertahan dan bertempur beberapa jam di atas darat dan di dalam Sungai Kelang, pasukan Laut Padri pimpinan Jalumat akhirnya tidak dapat lagi membendung serangan musuh.180 pejuang Mandailing termasuklah Jalumat terdampar sepi di tebing dan di tengah Sungai Kelang. Namun ramai tentera musuh yang terkorban dalam pertempuran nekad tersebut.
JABUNUS KENTAL BERTAHAN Namun Jabunus @ Tok Bunus masih berdiri kental berjuang. Jabunus sedang berdepan 4 perajurit musuh. Setelah menewaskan Imam Perang Khatib Rasu yang cedera parah, beliau sedang mengelak tikaman Dato Bahaman dan Tok Jebek. Pada masa yang sama 2 orang pahlawan Pahang sedang mencuri-curi menikam dari belakang.
3 hari 3 malam. Tenaganya semakin lemah dan tubuh badannya terasa teramat letih. Perut yang kosong sejak 3 hari lalu langsung tidak dirasainya. Matanya pedih menahan letih berjaga dan bertempur sejak 3 hari yang lepas. Tumpuan mata mesti diberikan, sebarang kesilapan membawa padah maut. Sesekali matanya terasa pedih apabila terkena rintikan hujan yang mengenai anak matanya. Kakinya terasa berat bila bertarung dalam anak Sungai Kelang yang mengalir lesu ini. Wajah anak isterinya tiba-tiba muncul di matanya. Sesekali terasa olehnya harapan untuk bertemu kembali anak isterinya tidak mungkin berlaku lagi. Namun Jabunus segera membuang perasaan itu. Harapan bertemu dengan anaknya mesti dipertahankan. Menyerah diri tidak sekali.
Namun Allah s.w.t. Maha Kaya. Malang menimpa Jabunus. Tangannya yang bermandi peluh itu tidak terdaya mengenggam kuat keris saktinya lagi. Kerisnya terlucut. Pedang Jabarayun yang sakti itu terus mencapai sasaran. Rusuk kirinya luka parah. Dia masih mengelak. Lalu tikaman dari belakang melukakan tubuhnya. Akhirnya dengan pekikan musuh yang dahsyat, satu tikaman yang dalam dari Dato Bahaman menusuk pilu hatinya. Pandangannya berpinar-pinar lalu batang tubuhnya terasa terhempas mengadap langit. Air sungai mengalir lalu pandangannya. Tubuhnya terlentang dan terdampar di tengah sungai. Mata redupnya pun tertutup. Jabunus pergi selama-lamanya.
Keris Jabunus yang terapung-apung di udara itu cuba diambil oleh Jabarayun. Tetapi keris itu membenamkan dirinya ke dalam sungai dan terus hilang.
Begitulah kentalnya semangat Jabunus dan 180 pejuang Mandailing yang berkubur di kaki Bukit Nanas. Darahnya yang banyak bercampur baur dengan air anak sungai yang mengalir ke Sungai Kelang. Air deras Sungai Kelang telah bertukar menjadi merah.Hebohlah di kalangan tentera Tengku Kudin tentang air Sungai Kelang yang menjadi begitu merah akibat dari darah yang bercampur baur dengan air anak sungai yang berhampiran di mana terdampar tubuh suci Jabunus. Lalu anak sungai itu dinamakan Sungai Bunus sehingga ke hari ini.
Jabarayun yang berketurunan Mandailing itu itu merasa kesal lagi terharu bercampur kagum dengan semangat perjuangan dan jiwa kepahlawanan yang ditunjukkan oleh Jabunus. Beliau mengarahkan agar jenazah Jabunus tidak diapa-apakan oleh sesiapapun. Jabarayun segera mengarahkan beberapa orang Mandailing di bawah pimpinannya untuk membawa jenazah Jabunus dan dimakamkan di sebuah kawasan rata di atas Bukit Nanas. Sehingga ke hari ini kubur Jabunus itu masih berada dalam keadaan baik dan terpelihara.
‘In the final stages, troops from Pahang came into Selangor and recaptured Kuala Lumpur.’ (42) – Gullick 2000.
‘By March 1873 one Pahang force had taken Kuala Lumpur...’ (xxv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
PASUKAN WAN PUTEH DIBENARKAN BERUNDUR
Di puncak Bukit Nanas pula, walaupun ditawan oleh musuh, pahlawan-pahlawan Mandailing seperti Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Siti Sari, Panglima Kuning, Jabinanga, Jabadungkung, Lanah, Manda Usman, Abdul Wahab Tolu dan lain-lain 200 pahlawan yang berdiri di belakang Wan Puteh semuanya terselamat kerana tentera Pahang sangat menghormati Wan Puteh sebagai anak kepada Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali.
Mereka dibenarkan meninggalkan Bukit Nanas tanpa sebarang gangguan dari tentera Tengku Kudin. Namun sebelum itu semua harta-benda orang-orang Mandailing termasuklah semua wang dana perjuangan Padri yang memenuhi ruangan 18 Peti Besi Dana Padri itu dirampas oleh tentera Pahang.
‘Kudin menyangka Syed Mashor telah ditawan dan berada di kalangan orang-orang tahanan untuk dihantar ke Pahang.’ (224) – Khoo Kay Kim.
Pada masa yang sama, Wan Da @ Wan Enda yang ditawan oleh Sayid Mashur sejak Nov 1871 dibebaskan. Manakala tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy tercari-cari Tuanku Raja Asal dan Sayid Mashur dengan harapan akan menangkap kedua-duanya di puncak Bukit Nanas itu.
‘He was captured by Syed Mashor in November 1871, but was eventually released by the Tengku Zia’u’ddin’s military success in 1873.’ (228) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Lalu 200 pahlawan Mandailing itu yang dipimpin oleh Wan Puteh pun turun berjalan kaki meninggalkan kubu Bukit Nanas di sebelah barat Bukit Nanas ke arah ke Pudu menjejaki jalan Tuanku Raja Asal sambil diekori oleh 500 tentera Pahang. Namun mereka sempat juga membawa apa yang terdaya seperti Meriam Si Raunggur dan Peti Besi Al-Qazin yang merupakan peti induk kepada 17 peti besi kecil yang lain kepunyaan pasukan Dana Padri. Dari sana, mereka berjalan lesu ke arah utara menerusi Pudu. Lalu mereka pun meninggalkan Bukit Nanas buat selama-lamanya.
‘Only with the intervention pf the Bendahara of Pahang, Wan Ahmad, at the Tengku’s request, with Governor Ord’s approval, was the Viceroy saved.’ (xxv) – P.L. Burns.
Pada 28 Mac 1873, bermulalah pertempuran Bukit Nanas selama 3 hari 3 malam. Pertempuran itu berlanjutan hingga ke tengahari 31 Mac 1873 di mana 1200 pejuang Mandailing bergelimpangan terkorban tanpa kepala selepas dipotong oleh orang-orang Cina yang mendapatkan wang hadiah jika berbuat demikian.
‘Ah Loy is also said to have introduced another innovation to improve the fighting spirit of his men during the campaign to retake Kuala Lumpur and in the subsequent operations.’ (82) - Middlebrook dan Gullick.
‘Banyak yang terbunuh kena kerat oleh imam-imam perang kerana ia tiada sempat lari. Banyaklah mereka dapat ,erampas dan tawanan. ‘ – Hikayat Pahang, Cetera 30.
‘Yap ... gave rewards to those who had cut down their enemies’ heads or who had been killed in the battle,
i) The reward for cutting down the head of a leader of the enemy was $100.00.
ii) The reward for cutting down the head of a soldier of the enemy was $10.00.
iii) The compensation allowance to the family for being killed in the battle was $300.00.’
‘Not a small number of heads of their enemies were cut down; they were so many that there was scarcely sufficient time for giving rewards. As a result of this battle the enemy could not resist, and at last retreated to Kuala Kubu. With the force of victory they hunted and chased their enemies; many were captured and killed.’ (82) - Middlebrook dan Gullick.
Manakala Wan Puteh dan 200 pejuang Mandailing terselamat kerana tentera Pahang masih menghormati Wan Puteh sebagai puteri Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali lalu membenarkan mereka meninggalkan Bukit Nanas tanpa sebarang gangguan dari tentera Tengku Kudin.

EPISOD 36
TUANKU RAJA LAUT TIBA UNTUK
MERAMPAS KEMBALI KUALA LUMPUR Semasa Tuanku Raja Asal @ Jaasai sedang cekal bertahan di kubu Bukit Nanas di Kuala Lumpur @ Muara Bustak, Jamarnindi Mata Merah, Jarakat, Tok Malim Hitam, Tok Pulungan, Tok Malim Badullah dan 100 orang anggota pasukan Gerila Padri bersama dengan 900 tentera kerajaan Nasution Pane sedang bertempur hebat dengan tentera Harajaon Nasution Kota Pinang di ibu negeri Kota Pinang iaitu Kota Rumbia di Tanah Besar Sumatera. Kerajaan Kota Pinang merupakan satu-satunya sekutu Belanda yang terkuat di Daerah Padang Lawas. Ternyata Jamarnindi Mata Merah dan pasukan Gerila Padri serta askar Pane sedang bertempur habis-habisan mempertahankan kubu mereka di luar Kota Rumbia.
Namun ketibaan Tuanku Raja Laut @ Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi, Jamogek dan Nakhoda Hitam @ Si Tanang secara mengejut di luar Kota Rumbia telah merencatkan pertempuran hebat yang berlaku. Ini ialah kerana Tuanku Raja Laut telah mengarahkan Jamarnindi Mata Merah untuk menghentikan pertempuran serta-merta dan membawa pasukan Gerila Padri dan 900 askar Pane bergerak ke Kuala Lumpur @ Muara Bustak bagi menyelamatkan pelaburan terpenting perjuangan Padri di Tanah Melayu dan nyawa 2000 orang-orang Mandailing yang terperangkap di kubu Bukit Nanas.
Maka itulah tentera kerajaan Nasution Kota Pinang merasa takjub melihatkan musuh-musuh mereka lenyap tanpa kesan dari Kota Rumbia. Kota Rumbia kemudiannya dinamakan Kalah Pane sempena berundurnya askar Pane tanpa sebarang kesan.
Maka pada 2 Apr 1873 iaitu hanya 2 hari selepas tumbangnya kubu Bukit Nanas, pasukan bantuan yang dipimpin oleh Tuanku Raja Laut, Jamarnindi Mata Merah, Jamogek dan Nakhoda Hitam, 100 pejuang Gerila Padri serta 900 orang askar Pane tiba di tebing Sungai Slim. Kebanyakan askar Pane ini merupakan orang-orang Batak yang bermarga Hasibuan, Harahap dan Siregar yang berasal dari Daerah Padang Lawas dan Tambusai.
‘Large boats can go up Slim river ...’ (364) - Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
Rombongan ini turut disertai oleh anak kepada Tuanku Raja Laut iaitu Sheikhul Naqsyabandiah Sheikh Haji Abdul Basir Nasution dan 4 orang anak muridnya yang bertaraf Khalifah Naqsyabandiah iaitu Sheikh Abu Kasim, Sheikh Abdul Qadir, Sheikh Muhammad Nur dan Sheikh Zainal Abidin dari Panyabungan. Jikalau Patuan Maga menggunakan gelaran Patuan, Tuanku Raja Laut bergelar Baginda Mangaraja Mandailing ataupun Baginda Mangaraja Pidoli Dolok, Sheikh Haji Abdul Basir Nasution pula menggunakan gelaran Sutan Maga. Kebanyakan dari askar Pane berketurunan Batak ini menerima pendidikan Islam daripada Sheikh Haji Abdul Basir Nasution dengan bantuan beberapa orang anak muridnya khususnya Sheikh Abu Kasim, Sheikh Abdul Qadir, Sheikh Muhammad Nur dan Sheikh Zainal Abidin.
MASALAH PELAYARAN TUANKU RAJA LAUT Oleh kerana Kapal Jalang Laut dan Kapal Helang Laut masing-masing hanya boleh memuatkan 50 orang dalam satu pelayaran, maka penghijrahan 1000 pejuang-pejuang Islam ini terpaksa dilakukan dalam beberapa kumpulan-kumpulan yang kecil secara beberapa peringkat. Ini bermakna dalam setiap peringkat, setiap kapal diisi dengan penuh dan padat melebihi had 50 orang yang biasa dibawa oleh kedua-dua kapal ini.
Setiap pelayaran pula terpaksa bergantung kepada keadaan angin. Di samping itu, mereka juga terpaksa berhati-hati kerana Selat Melaka pada masa itu dikawal ketat oleh angkatan laut Belanda dan British. Pada masa yang sama mereka juga mendapati seluruh persisiran pantai dan muara sungai negeri Selangor telah dikawal ketat oleh angkatan laut Pahang dan angkatan laut British yang mempunyai senjata yang canggih dan bilangan yang besar. Ini termasuklah muara Sungai Selangor di Kuala Selangor. Pelabuhan Kelang pula telah lama diduduki oleh tentera Bugis.
Ternyata pasukan bantuan yang dipimpin oleh Tuanku Raja Laut, Jamarnindi Mata Merah, Jamogek dan Nakhoda Hitam serta 1000 pejuang Padri ini tidak dapat mendarat di sepanjang Sungai Kelang. Keadaan, masalah dan situasi Tuanku Raja Laut inilahyang mungkin tidak dimengertikan oleh Tuanku Raja Asal @ Jaasai. Maka Tuanku Raja Laut mengambil keputusan untuk mendarat di Sungai Slim di hulu Sungai Bernam yang dikuasai oleh Raja Itam Bernam yang merupakan musuh Sultan Abdul Samad. Di sana, mereka merancang untuk melancarkan serangan ke atas Kuala Lumpur.
‘Raja Hitam was a nephew through his mother of the Sultan of Selangor, Abdul Samad, and over thirty years had been the dato at Bernam.’ (54) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Malang pula menimpa Tuanku Raja Laut. Semasa bertolak pulang ke Tanah Besar Sumatera selepas menghantar sekumpulan askar Pane ke tebing Sungai Slim, salah sebuah kapal baginda iaitu kapal Jalang Laut telah rosak teruk dibedil oleh tentera laut Belanda yang membantu angkatan perang Harajaon Nasution Kota Pinang dekat Labuhanbilik. Akibatnya kapal Jalang Laut perlu diperbaiki bagi meneruskan operasi penghantaran askar Pane ke Tanah Melayu.
Lalu pada suatu senja pada bulan Apr 1873, kelihatan 100 orang pejuang Gerila Padri dan 900 askar Pane mendarat dan berkhemah di tebing Sungai Slim. Kebanyakan daripada 900 askar Pane itu adalah orang-orang Batak Islam yang mempunyai telinga yang panjang dan lanjut bergayut akibat dari kesan pemakaian subang yang besar. Itulah sebabnya mereka kadangkala digelar sebagai Batak Rabit kerana telinga mereka yang panjang dan lanjut bergayut seolah-olah menampakkan telinga mereka itu rabit.
Di Perak, terdapat sebuah kampung yang dinamakan Batak Rabit dekat Teluk Mak Intan sempena tempat yang pernah menjadi pusat jual-beli orang-orang Batak pada zaman kegemilangan pemerintahan Jihad Padri di Tanah Besar Sumatera sekitar 1816 – 1833.
‘... there still exists throughout the state of Perak a very numerous body of Batak slaves, and as their offspring also besome slaves, a certain number will always remain.’ (404) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Rombongan 100 orang pejuang Gerila Padri dan 900 askar Pane itu berkhemah di tempat pendaratan itu. Dari tempat pendaratan itu, metreka berjalan kaki menuju ke satu tempat yang dinamakan Kuala Gelinting di Ulu Slim. Di sana mereka membina sebuah kubu perang yang besar yang dikelilingi oleh 5 buah kubu kecil. Kubu tersebut dinamakan kubu Ulu Slim.
Tuanku Raja Laut memilih Ulu Slim sebagai kubu baru pejuang-pejuang Mandailing kerana Slim pada masa itu menjadi pertikaian di antara kerajaan Perak dan kerajaan 5 buah kuala sungai Selangor. Kedua-dua negeri ini masing-masing menuntut hak ke atas Slim dan bersedia untuk berperang bagi mendapatkannya.
‘Between Perak and Selangor, and between Perak and Patani, there are questions of boundaries which the natives have confessed themselves unable to settle but which remaining unsettled might lead any day to war.’ (334) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
‘...a place called Slim, and that there were constant disputes here as to wheteher it was perak or Salangor.’ (54) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Dengan memilih Ulu Slim, orang-orang Mandailing dapat memilih satu tempat baru yang selamat dari serangan tentera Inggeris dan Bugis Selangor serta selamat dari sebarang permusuhan baru dari Perak. Tambahan pula Sungai Slim merupakan anak sungai kepada Sungai Bernam yang pada masa itu dianggap sebagai satu sempadan di antara Perak dan Selangor.
‘This river comes down from the back of the same range as that in which the Batang and Bidor Rivers rise, from a place called Slim, where are some valuable tin mines. This river forms the boundary between the kingdom Perak and Selangore.’ (394) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Sungai Slim juga merupakan sungai yang cukup dalam dan cukup lebar untuk dimudiki oleh kapal-kapal besar. Dari Slim, kapal-kapal besar hanya memerlukan perjalanan 3 hari untuk sampai ke Selat Melaka. Pejuang-pejuang Mandailing juga hanya memerlukan perjalanan sehari semalam untuk tiba di Pahang.
‘From Slim and from Bernam it is one night’s journey to Pahang.’ (364) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
‘Large boats can go up Slim river ..., one day you can get into Pahang river, and then three days down to the sea.’ (364) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Berdasarkan kedudukan yang strategik itu, maka Ulu Slim adalah tempat yang terbaik untuk orang-orang Mandailing membina sebuah kubu yang kuat bagi mempertahankan nyawa orang-orang Mandailing yang dianiaya dengan pengistiharan pembunuhan beramai-ramai di Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama Tuanku Raja Laut mengarahkan skuad peninjau pasukan Padri yang diketuai oleh Jamogek untuk bergerak ke Kuala Lumpur bagi meninjau keadaan di Bukit Nanas. Di Ulu Slim, Tuanku Raja Laut dan Jamarnindi Mata Merah sedang bersiap sedia untuk menyerang Kuala Lumpur.
JABARUMUN TIBA DI KUBU ULU SLIM Belum sempat Tuanku Raja Laut dan pasukannya melepaskan penat lelah perjalanan dari Tanah Besar Sumatera ke Tanah Melayu, mereka tiba-tiba menerima kedatangan rombongan saki-baki 150 pejuang-pejuang Mandailing dan Rawa yang terselamat dari pertempuran di kubu Bukit Tabor di Ulu Kelang yang diketuai oleh Imam Perang Harimau Berantai @ Imam Perang Jabarumun yang cedera parah dan didukung oleh Dato Hulubalang Pendekar Marusin @ Haji Marusin, Dato Kelana Japaruhum, Haji Muhammad Taib, Haji Zakaria, Jahang dan lain-lain pejuang Mandailing.
Tuanku Raja Laut segera mengarahkan Sheikh Haji Abdul Basir Nasution merawat Jabarumun. Manakala sepasukan 500 tentera Pahang yang memburu Imam Perang Jabarumun dan 150 saki-baki pasukan Mandailing di kubu Bukit Tabor itu turut sampai ke sempadan Perak. Mereka kemudiannya merentasi Sungai Bernam dan bergerak menuju ke Slim. Namun begitu apabila mendapati 1000 pejuang-pejuang dari Tanah Besar Sumatera tiba-tiba muncul di hadapan mereka, maka 500 tentera Pahang ini segera berundur secepat mungkin kembali ke Kuala Lumpur. Ini ialah kerana mereka tahu pertempuran sengit pasti akan berlaku jika mereka meneruskan perjalanan dan belum tentu mereka akan terselamat dalam pertempuran tersebut. Tambahan pula mereka sangat mengetahui akan reputasi pasukan pejuang Padri pimpinan Tuanku Raja Laut yang melangsaikan nyawa 1700 ahli kungfu Cina di muara Sungai Damar Sara pada akhir bulan Ogos 1872 dalam satu pertempuran singkat.
Tidak lama kemudian Jamogek kembali ke kubu Ulu Slim dan melaporkan bahawa kubu Bukit Nanas telah gugur ke tangan musuh dan Tuanku Raja Asal bersama 100 orang pengikutnya sedang dalam perjalanan untuk sampai ke kubu Ulu Slim. Maka yakinlah Tuanku Raja Laut bahawa perjuangan Padri sudah kehilangan segala-galanya. Baginda segera masuk ke khemah untuk berehat sambil memikirkan strategi rancangan serangan balas untuk merampas kembali Kuala Lumpur secepat mungkin.
TUANKU RAJA ASAL TIBA DI KUBU ULU SLIM ‘Raja Asal, moved north to the Perak border after being driven out of the Klang and Selangor districts.’ (271) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Di Bukit Nanas pula, tentera Inggeris dan sekutunya pimpinan Tengku Kudin dan tentera Pahang menjadi kecoh apabila mengetahui bahawa Tuanku Raja Asal dan Sayid Mashur @ Tok Soho telah hilang dari kubu Bukit Nanas yang ditawan.
Pada keesokkan pagi, beberapa pekedai Cina di Jalan Pudu telah mendakwa mereka ternampak sekumpulan 100 orang Mandailing telah melalui jalan itu pada Subuh itu. Sejurus mendapat tahu tentang berita itu, Tengku Kudin mengarahkan Yap Ah Loy dan 500 tentera Cinanya segera bergerak ke utara Selangor melalui Pudu untuk memburu rombongan Tuanku Raja Asal dan Sayid Mashur.
Manakala Tuanku Raja Asal, Sayid Mashur, Jabintang, anak dan isteri Jabunus @ Tok Bunus dan lebih kurang 96 yang lain sedang berjalan kaki secepat mungkin menuju ke sempadan Perak. Di sepanjang jalan, mereka terdengar dentuman meriam yang bertubi-tubi dan menggerunkan pada pagi yang muram itu. Isteri Jabunus tidak dapat lagi menahan perasaan lalu menangis meronta-ronta sambil cuba ditenangkan oleh yang lain. Hujan turun renyai-renyai menangisi bumi.
Tuanku Raja Asal merasa amat sayu, sedih lagi pilu mengenangkan nasib orang-orang Mandailing yang masih kental berjuang di kubu Bukit Nanas. Beliau juga merasa pilu mengenangkan nasib isterinya Wan Puteh @ Che Puteh yang masih menyabung nyawa di atas bukit berdarah itu bersama-sama dengan Jabunus, Jalumat, Jaakub, Imam Perang Malim Panjang, Imam Perang Katin @ Tok Panglima Katin, Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Siti Awan, Siti Puteh, Siti Sari, Panglima Kuning, Jabinanga, Jabadungkung, Lanah, Manda Usman, Abdul Wahab Tolu dan lain-lain pengikutnya yang setia.
Hatinya mengeluh, ‘Hai Wan Puteh ... Tidak ada duanya isteri yang setia seperti kamu ….’ Lalu mereka meneruskan perjalanan mereka yang berliku itu.
Setibanya di Kanching, Sayid Mashur dan Jabintang mahu berpisah dari kumpulan Tuanku Raja Asal itu. Beliau segera mengumpulkan pejuang-pejuang Mandailing, Bengkulu dan Kerinci pimpinan Jabintang, Dipati Rawang dan Sutan Bengkulu di sana untuk mempersiapkan kubu pertahanan di Kanching.
Semasa rombongan Tuanku Raja Asal melalui kampung-kampung di Rawang, Sungai Chu, Serendah, Ulu Yam, Rasa, Kuala Kubu, Kalumpang, Ulu Bernam, mereka telah disambut rafak sembah oleh orang-orang Mandailing, Bengkulu dan Kerinci yang berkubu di sana. Namun ianya sedikit pun tidak dipedulikan oleh rombongan Tuanku Raja Asal yang tetap meneruskan perjalanan. Lalu beberapa pasukan-pasukan kecil Mandailing, Bengkulu dan Kerinci telah mengekori dan menemani mereka hingga ke Ulu Bernam.
Di Kanching, 500 orang-orang Cina pimpinan Yap Ah Loy telah ditentang oleh orang-orang Mandailing, Bengkulu dan Kerinci yang diketuai oleh Sayid Mashur, Jabintang, Dipati Rawang dan Sutan Bengkulu namun tentangan tersebut terlalu kecil untuk menghadapi angkatan Yap Ah Loy yang berjumlah 500 orang. Ramai orang Mandailing, Bengkulu dan Kerinci telah terkorban dalam pertempuran tersebut. Tetapi Yap Ah Loy masih gagal mengesan Tuanku Raja Asal dan pengikut-pengikutnya.
‘Kemudian dalam perjalanan ke Ulu Yam, mereka bertemu dengan pasukan Raja Asal dan Raja Bintang.’ (224) – Khoo Kay Kim.
Yap Ah Loy dan 500 orang-orang Cina itu kemudiannya berhenti dari memburu Tuanku Raja Asal di Ulu Bernam apabila mendapat tahu bahawa terdapat seketumbukan 1000 pejuang Padri di Ulu Slim. Mereka kemudiannya segera pulang ke Kuala Lumpur.
‘Kemudian Kudin menyatakan hasratnya hendak pergi ke Bernam bersama 500 orang di mana Raja Asal berselindung untuk menghapuskan mereka semuanya sekaligus. Tetapi rancangan itu akhirnya tidak jadi.’(225) - Khoo Kay Kim.
Semasa rombongan Tuanku Raja Asal melintasi sempadan Perak di Ulu Bernam, mereka telah bertembung dengan beberapa orang Mandailing di Ulu Bernam. Dari mereka inilah Tuanku Raja Asal mendapat tahu bahawa Tuanku Raja Laut, Jamarnindi Mata Merah, Jamogek, Imam Perang Jabarumun, Dato Kelana Japaruhum, Dato Hulubalang Pendekar Marusin, Haji Muhammad Taib, Haji Zakaria, Jabalun, Jahang dan lain-lain personaliti-personaliti utama orang-orang Mandailing sedang berada di kubu Ulu Slim.
‘He was driven out of the Klang Valley, north to Perak in 1873 by Tengku Zia’u’ddin’s allies, among them Haji Muhammad Noor.’ (227) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Raja Asal, ... had taken refuge on the Perak-Selangor border.’ (307) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Setelah 7 hari 7 malam berjalan kaki, Tuanku Raja Asal tiba di Ulu Slim dalam keadaan yang lemah longlai. Belum sempat Tuanku Raja Asal duduk dan berehat, Tuanku Raja Laut telah mempersoalkan tindakan Tuanku Raja Asal yang meninggalkan pengikut-pengikutnya berjuang tanpa seorang ketua di Bukit Nanas. Tanpa memberi kesempatan untuk Tuanku Raja Asal untuk menerangkan keadaan yang sebenarnya, Tuanku Raja Laut telah memarahi Tuanku Raja Asal sambil menyatakan hukuman selayak untuk seorang ketua pasukan Padri yang lari dari medan pertempuran dan membiarkan anak-anak buahnya berjuang bersendirian hanyalah hukuman mati.
Lalu Tuanku Raja Laut berpaling terus kembali ke khemah baginda. Kebetulan pula tidak lama selepas itu, 2 utusan dari Tanah Besar Sumatera tiba dan mengadap Tuanku Raja Laut. Tuanku Raja Laut diberitahu bahawa Istana Harajaon Nasution Kampung Raja di Sungai Toras dan sebuah kampung yang menempati keluarga ahli pasukan Gerila Padri telah diserang, dibakar dan dibumihanguskan oleh tentera Harajaon Nasution Kota Pinang yang merupakan sekutu Belanda.
Mendengar sahaja berita tersebut, Tuanku Raja Laut segera membawa Jamarnindi Mata Merah, Jamogek, Nakhoda Hitam, Jarakat, Tok Malim Hitam, Tok Pulungan, Tok Malim Badullah dan 100 anggota pasukan Gerila Padri bertolak pulang ke Tanah Besar Sumatera. Mereka benar-benar cemas, gelisah dan murung akan nasib yang menimpa ahli keluarga mereka.
Ternyata Tuanku Raja Laut begitu kecewa dengan sikap dan perbuatan Tuanku Raja Asal yang mengundurkan diri dari kubu Bukit Nanas sambil membiarkan anak-anak buahnya berjuang bersendirian tanpa pimpinan seorang ketua yang berpengalaman. Tambahan pula Tuanku Raja Asal hanya perlu bertahan lebih kurang 1 minggu sahaja lagi supaya pasukan bantuan Tuanku Raja Laut sempat tiba dan menyelamatkan kubu Bukit Nanas itu. Peluang yang terbentuk dalam tempoh masa 7 hari itu adalah satu tempoh yang sangat singkat dan tidak patut dilepaskan. Peluang sedemikian hanya muncul sekali. Jika terlepas, maka melepas. Sayang sekali disebabkan ketahanan mental dan fizikal selama 7 hari, seluruh perjuangan Padri selama 66 tahun kini hampir tergadai.
Namun begitu Tuanku Raja Laut sempat meninggalkan 900 askar Pane yang mempunyai pengalaman perang yang luas lagi terlatih. Namun arahan terakhir Tuanku Raja Laut kepada mereka adalah pertahankan orang-orang Mandailing yang berlindung di kubu Ulu Slim dari ancaman serangan tentera Inggeris, Cina, Pahang dan Bugis Selangor.
MANDAILING MEMBUKA KAMPUNG PERTAMA DI PERAK DI AIR KUNING
Pada masa yang sama Tuanku Raja Laut yang pantas berfikir itu sempat mengarahkan Sheikh Haji Abdul Basir Nasution untuk bergerak ke negeri Perak bagi mencari satu tempat perlindungan baru untuk orang-orang Mandailing seandainya kubu Ulu Slim diserang oleh musuh.
Maka bergeraklah Sheikh Haji Abdul Basir Nasution dan 3 orang anak muridnya yang bertaraf Khalifah Naqsyabandiah iaitu Sheikh Abdul Qadir, Sheikh Muhammad Nur dan Sheikh Zainal Abidin dari Panyabungan bersama-sama dengan 50 orang pengikut ke pendalaman negeri Perak. Manakala Sheikh Abu Kasim diarahkan untuk tinggal di kubu Ulu Slim bagi menjaga dan mendidik 900 askar Pane di sana.
Semasa berjalan kaki ke arah utara, mereka telah bertemu dengan sebuah sungai yang airnya sangat keruh kekuning-kuningan apabila terkena pancaran matahari yang mengalir di tengah-tengah padang yang luas di sebuah tanah pamah yang subur. Lalu mereka pun menggelar sungai itu sebagai Sungai Keruh. Tidak jauh dari situ, mereka membuka sebuah kampung baru yang dinamakan Kampung Air Kuning.
Di situlah Sheikh Haji Abdul Basir, Sheikh Abdul Qadir, Sheikh Muhammad Nur, Sheikh Zainal Abidin dan 50 pengikutnya membuat penempatan baru dan pertama orang-orang Mandailing di Perak. Untuk mengabui mata orang ramai dan musuh akan status mereka sebagai pejuang-pejuang handal yang datang untuk merampas Kuala Lumpur, mereka segera membuka pusat-pusat pengajian agama yang berasaskan kepada Tarikat Naqsyabandiah di Air Kuning. Pusat-pusat atau pondok-pondok pengajian agama Islam ini mendapat sambutan yang hangat di kalangan masyarakat tempatan ketika itu.
Sheikh Haji Abdul Basir turut membawa bersama Imam Perang Jabarumun yang masih cedera parah untuk dirawat di Air Kuning. Sheikh Haji Abdul Basir Nasution dikatakan mempunyai ilmu perubatan yang tinggi. Kononnya dikatakan jin-jin yang sakit di alam jin turut mengunjungi bagindabagi mendapatkan rawatan.
Dengan perginya Tuanku Raja Laut, Jamarnindi Mata Merah, Jamogek dan Nakhoda Hitam ke Tanah Besar Sumatera, maka rancangan orang-orang Mandailing untuk merampas kembali Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan Tuanku Raja Asal benar-benar pulih seperti sediakala dan boleh menyertai peperangan lagi.
Setelah berehat selama seminggu, Tuanku Raja Asal telah pulih seperti sediakala. Beliau segera membawa Dato Kelana Japaruhum, Dato Hulubalang Pendekar Marusin, Haji Muhammad Taib, Haji Zakaria, Jabalun, Jahang dan 150 pejuang Mandailing untuk bergerak ke Kanching. Namun beliau tidak dapat membawa 900 askar Pane tersebut kerana askar-askar Pane ini setia kepada arahan Tuanku Raja Laut dan tidak mahu menurut perintah Tuanku Raja Asal.
Arahan terakhir Tuanku Raja Laut adalah pertahankan kubu Ulu Slim dan orang-orang Mandailing yang berlindung di dalamnya dari ancaman serangan tentera British, Cina, Pahang dan Bugis Selangor. Maka menunggulah 900 askar Pane di kubu Ulu Slim akan serangan tentera British, Cina, Pahang dan Bugis Selangor atau arahan kedua dari Tuanku Raja Laut.
Kekalahan dan pengunduran Tuanku Raja Asal dari Bukit Nanas dengan menyamar sebagai perempuan itu adalah amatlah memalukan. Ini ialah kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam peperangan dan beliau merupakan ketua pasukan Dana Padri. Sebagai seorang ketua pasukan perang, beliau mestilah boleh dipertanggungjawabkan untuk berperang hingga ke titisan darah yang terakhir. Beliau mestilah mempunyai sifat tanggungjawab dan memimpin anak-anak buahnya di dalam apa permasalahan sekalipun. Beliau tidak sekali-kali dibenarkan untuk meninggalkan anak-anak pimpinannya berjuang bersendirian.
WAN PUTEH TIBA DI KANCHING LALU KE KUALA SELANGOR
Tidak lama kemudian, Wan Puteh, Sayid Kenang, Siti Puteh, Siti Awan, Sayid Yusuf, Siti Sari, Panglima Kuning, Jabinanga, Jabadungkung, Lanah, Manda Usman, Abdul Wahab Tolu dan 200 orang-orang Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci yang terselamat dari Tragedi Berdarah Bukit Nanas tiba di Kanching. Mereka telah disambut oleh Sayid Mashur, Jabintang, Dipati Rawang, Sutan Bengkulu dan lain-lain pejuang Mandailing, Bengkulu dan Kerinci. Mereka turut membawa bersama Meriam Si Raunggur dan Peti Besi Al-Qazin yang kosong itu.
Wan Puteh merasa sangat kecewa kerana suaminya Tuanku Raja Asal tidak berada di Kanching untuk meneruskan perjuangan, sebaliknya dia mendapat tahu suaminya sedang berada di Ulu Slim yang sangat jauh ke utara. Dia menyangkakan Tuanku Raja Asal sudah berputus asa. Lantaran itu apabila diajak oleh Sayid Mashur untuk berkubu di Kota Melawati di Kuala Selangor, Wan Puteh bersetuju.
Dari Kanching, Sayid Mashur, Wan Puteh, Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Siti Puteh, Siti Awan, Siti Sari, Panglima Kuning, Jabinanga, Jabadungkung, Lanah, Manda Usman, Abdul Wahab Tolu dan 200 orang-orang Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci yang terselamat dari Tragedi Berdarah Bukit Nanas bertolak ke Kota Melawati di Kuala Selangor.
KELUARGA JAMARNINDI DI KAMPUNG RAJA DIBUNUH BERAMAI-RAMAI
Setelah 10 bulan Raja Kota Pinang Patuan Besar Sultan Mustafa dibunuh oleh Jamarnindi Mata Merah dan pasukan Gerila Padri di Istana Besar Kota Pinang di Kota Rumbia pada Jul 1872, akhirnya berita tersebut sampai ke pengetahuan Raja Kota Pinang Patuan Sakti Sultan Ismail yang merupakan putera sulung kepada Sultan Mustafa.
Sultan Ismail menjadi murka. Baginda berazam untuk menangkap dan membunuh pembunuh bapa baginda. Adalah tidak mudah untuk memburu Jamarnindi yang merupakan ketua pasukan Gerila Padri yang sentiasa bergerak di dalam hutan banat di sekitar Kota Pinang dan padang rumput yang luas di Padang Lawas.
Namun anak dan isteri Jamarnindi tinggal bersama dengan abang tirinya di Istana Kampung Raja di Sungai Toras. Isteri Jamarnindi merupakan puteri Raja Pane. Dengan menyembunyikan anak dan isterinya di Istana Kampung Raja, maka Jamarnindi merasakan keselamatan keluarganya adalah lebih terjamin. Tambahan pula pada bulan Apr 1864penjajah Belanda telah memasukkan Harajaon Nasution Kampung Raja ke dalam wilayah Harajaon Nasution Kota Pinang yang merupakan sekutu utama Belanda. Justeru itu penjajah Belanda tidak mungkin mengesan ketua pasukan Gerila Padri pada masa itu merupakan seorang putera raja Kampung Raja yang terletak di dalam wilayah Kota Pinang yang menyokongnya.
Namun rahsia itu akhirnya bocor. Tambahan pula semasa serangan Jul 1872 itu, pasukan Laut Padri pimpinan Tuanku Raja Laut, pasukan Gerila Padri pimpinan Jamarnindi Mata Merah dan askar Harajaon Nasution Pane yang kesemuanya berjumlah lebih 1000 orang itu telah melintasi sempadan kerajaan Kampung Raja sebelum menyerang Harajaon Nasution Kota Pinang. Secara logiknya, sebagai satu wilayah yang terletak di kawasan Kota Pinang, sudah pasti rakyat Kampung Raja akan menentang atau setidak-tidaknya memberitahu Kota Pinang akan kedatangan musuh yang bakal menyerang Kota Pinang. (32) - Mohd. Said.
Tetapi itu tidak berlaku. Sebaliknya pasukan Padri dan askar Pane melintasi Kampung Raja tanpa sebarang masalah atau tentangan. Inilah yang menimbulkan syak terhadap kegiatan rahsia putera-putera Kampung Raja. Tambahan pula pada 1862 itu, abang tiri satu bapa lain ibu kepada Jamarnindi yang bernama Tengku Sulung telah ditangkap dan dibuang negeri ke Betawi atas tuduhan bersubahat dengan pasukan Gerila Padri. (97) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Menyerang Kampung Raja secara ketenteraan akan mengakibatkan perang saudara yang berlanjutan dan pemberontakan rakyat di Kampung Raja. Setelah berbincang lama dengan pembesar-pembesar baginda, Sultan Ismail bersetuju.
Maka pada satu malam yang hening, 200 orang pahlawan bermarga Harahap dari Kampung Pijor Koling dekat Padangsidempuan yang dipimpin oleh seorang pahlawan yang bernama Mangaraja Upa Harahap telah menyerang Istana Kampung Raja di Sungai Toras. Ramai hulubalang istana terbunuh dan Istana Kampung Raja dibumihanguskan oleh musuh.
Raja Kampung Raja iaitu Almarhum Sutan Mangkat di Hotan Momok sempat membawa kaum keluarganya melarikan diri menerusi lorong rahsia bersama-sama dengan panglima-panglimanya lalu menaiki sampan menghulu Sungai Barumun ke arah Kota Pinang. Ini ialah kerana baginda tidak mengenali musuh yang menyerang lalu berusaha untuk mendapat bantuan Kota Pinang. Namun Mangaraja Upa dan 200 pahlawannya tetap memburu rombongan diraja Kampung Raja.
Oleh kerana sampan-sampan Mangaraja Upa dan pahlawan-pahlawannya sudah terlalu hampir dengan mereka, maka Almarhum Sutan Mangkat di Hotan Momok segera mengarahkan panglima-panglimanya untuk mendarat ke tebing di kuala Sungai Air Merah tidak jauh dari Kota Pinang.
‘Raja Kampung Raja ini dikejar-kejar hulubalang dan pendekar kerajaan Kota Pinang arah ke hulu sampai masuk ke Sungai Air Merah’ - Tengku Sjahnaran SH, 15 Okt 2001. Sementara panglima-panglima Kampung Raja mempertahankan diri di tebing sungai, Almarhum Sutan Mangkat di Hotan Momok membawa kaum keluarga baginda ke dalam hutan yang banat. Tetapi sayang kesemua panglima-panglima Kampung Raja terbunuh dalam pertempuran di tebing sungai.
Mangaraja Upa dan pahlawan-pahlawannya segera memburu rombongan diraja Kampung Raja. Akhirnya mereka menjumpai Almarhum Sutan Mangkat di Hotan Momok dan kaum keluarga yang bersembunyi di celah-celah rumpun rotan.
Semua ahli keluarga diraja Kampung Raja termasuklah Almarhum Sutan Mangkat di Hotan Momok, permaisuri baginda, anak dan isteri Jamarnindi dan lain-lain direjam dan dibunuh beramai-ramai. Kesemuanya mati tidak berkubur di tengah hutan tebal Hutan Momok.
Hanya seorang anak saudara Jamarnindi yang bernama Jasati sempat dilarikan oleh ibunya yang merupakan salah seorang isteri Almarhum Sutan Mangkat di Hotan Momok. Jasati inilah yang kemudiannya dicari-cari oleh Jamarnindi di sepanjang hayat beliau. Hanya Jasati sahaja yang tahu siapakah pembunuh keluarganya itu.
Mangaraja Upa dan pahlawan-pahlawan Harahap dari Pijor Koling kemudiannya mendapat anugerah tanah dari Sultan Ismail dan dijemput tinggal di Kota Pinang. Pasukan Mangaraja Upa diangkat menjadi pasukan elit Kota Pinang dan mereka ditempatkan di 5 buah kampung iaitu;
a. Kampung Bangi
b. Kampung Mataniari
c. Kampung Padang Ri
d. Kampung Raso
e. Kampung Mongi
EPISOD 37
MANDAILING TERUS BERTEMPUR DI ULU SELANGOR
Selepas tamatnya peperangan di Bukit Nanas, maka 4300 tentera Tengku Kudin @ Tengku Zainal Abidin @ Tengku Zia’u’ddin pulang ke Kelang. Manakala 1400 tentera Pahang pulang ke Pahang dan meninggalkan Orang Kaya Semantan Panglima Kakap Dato Bahaman di Kelang untuk menjaga keselamatan negeri Selangor.
‘At the end of the civil war in Selangor Tengku Zia’u’ddin permitted the Orang Kaya Pahlawan of Semantan (Bahman) to levy a duty of two dollars on every bahara of tin exported from Ulu Klang. However, the Pahang chief failed to send any of this revenue to the Bendahara.’ (244) – Burns.
Tengku Kudin dan Sultan Abdul Samad yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos perbelanjaan Perang Kuala Lumpur itu telah membenarkan pembesar-pembesar Pahang untuk tinggal dan mengutip hasil-hasil tempatan serta cukai selama 2 tahun bagi melangsaikan hutang itu.
Wan Da @ Wan Enda bin Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir yang mendapat tahu kekalahan teruk Tuanku Raja Asal @ Jaasai di Bukit Nanas merasa amat kesal akan nasib yang menimpa Tuanku Raja Asal yang dianggap olehnya sebagai bapa angkat dan guru agamanya setelah kematian Tun Mutahir. Sejak 1863 lagi Tuanku Raja Asal dan ibu saudaranya Wan Puteh @ Wan Teh @ Che Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali telah menjadi tempat mengadu, tempat berlindung serta tempat meminta nasihat kepada Wan Da. Lantas itu, walaupun Wan Puteh terselamat di dalam peperangan itu, Wan Da merasa malu untuk berjumpa dengan beliau. Wan Da mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Pahang. Dia tinggal di Kelang buat beberapa ketika.
Di Pahang pula, Imam Perang Khatib Rasu @ Abdul Salam yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaannya itu telah dianugerahkan gelaran Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah. Sejak itulah Imam Perang Indera Gajah dikenali sebagai Tok Gajah. Pembantunya pula Imam Perang Raja Gendut pula dikurniakan Imam Perang Indera Mahkota.
MANDAILING DISERANG PAHANG DI KANCHING Pada 16 Apr 1873, Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad telah mengutus surat kepada Governor Harry Ord dan menyatakan tugas Pahang dalam membantu Tengku Kudin dan British telah selesai. ‘Mengikut kehendak Gabenor supaya Pahang membantu Tengku Kudin melawan pemberontak di Selangor itu, sudahlah orang Pahang mengalahkan pemberontak Mandailing di Ulu Kelang dan menghalau mereka ke Ulu Selangor pada 23 Mac 1873.’ Begitulah kata baginda. Malahan jika Tengku Kudin, Inggeris dan Selangor perlukan lebih banyak askar, maka Pahang masih mempunyai beribu-ribu askar yang boleh dihantar ke medan perang. Jika Inggeris masih mahu Pahang menolong Tengku Kudin, maka Inggeris hendaklah mengawal keselamatan angkatan laut Pahang yang akan dihantar ke Kelang. Governor Harry Ord sangat gembira dengan jawapan itu dan meminta Pahang terus melindungi Selangor.
Lalu pada bulan Mei 1873, 3000 tentera Pahang yang bergerak dari jalan darat di Bentong yang diketuai oleh Imam Perang Khatib Rasu @ Tok Gajah, Muhammad Kilau @ Mat Kilau, Tok Jebek, Tok Elang @ Tuan Ibrahim, Khatib Bahrain, Panglima Perang Haji Haji Muhammad Nur, Tuan Hitam Sheikh Mukhsin, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Panglima Bebas Zabidi, Panglima Kakap Husin, Imam Perang Haji Husin Bukit Segumpal, Panglima Raja Yaakob, Penghulu Balai Encik Bakar, Tok Bangau, Tok Umbi, Encik Abdul Samad, Teh Muhammad dari Sanggangdan dari laut melalui Pekan yang digelapai oleh Nakhoda Yusof, Imam Perang Indera Mahkota Gendut, pembantunya Encik Abdullah Kuala Bera, Imam Perang Muhammad Saman. Lain-lain pembesar yang mengikut rombongan itu adalah Wan Mansur bin Tun Ali iaitu adik kepada Wan Ahmad serta Tun Mahmud bin Wan Ismail.
Pada bulan Jun 1873, rombongan tentera darat Pahang pun tiba ke Kelang. Mereka pun disambut dalam satu jamuan besar-besaran yang penuh adat-istiadat yang diadakan oleh Tengku Kudin dan beberapa orang besar Selangor. Dalam jamuan itu, Tengku Kudin telah mengistiharkan nama Muara Bustak akan ditukarkan kepada Kuala Lumpur. Mereka juga melantik Yap Ah Loy sebagai Kapitan di Kuala Lumpur dengan kuasa tertentu seperti mengutip cukai dan menjaga keselamatan Kuala Lumpur. Mereka juga mengumumkan bahawa perlantikan sebelumnya oleh Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo 5 tahun dahulu tidak sah.
Pada Jul 1873, Tengku Kudin telah merancang hendak menyerang Kota Melawati di Kuala Selangor dengan bantuan tentera Pahang. Lalu beliau menghantarkan utusannya untuk meminta Sultan Abdul Samad agar memanggil puteranya Raja Musa pulang supaya Raja Musa tidak terlibat dalam peperangan itu atau tercedera.
Tidak lama kemudian di kubu Pangkalan Batu di Kelang, 500 perahu perang Pahang yang diketuai oleh Imam Perang Indera Mahkota Gendut pun tiba. Ini diikuti pula tentera Pahang yang datang melalui jalan darat yang dipimpin oleh Tok Gajah, Imam Perang Bugis Muhammad Akil Panglima Perang Haji Muhammad Nur dan Khatib Bahrain.
Di Kelang, Tengku Kudin, Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Panglima Perang Dato Bahaman yang sekian lama berada di Klang, Tok Gajah, Imam Perang Indera Mahkota Gendut, Khatib Bahrain dan Panglima Perang Haji Muhammad Nur telah berbincang dan merancang cara yang terbaik untuk menawan kembali utara Selangor. Lalu mereka pun membahagikan pasukan serangan itu kepada 2 ketumbukan;
a. Pasukan pertama yang akan menyerang persisiran pantai Selangor dan menuju ke utara yang dipimpin oleh Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Khatib Bahrain, Tuan Hitam Sheikh Mukhsin, Imam Perang Muhammad Saman, Panglima Perang Johan Perkasa Che’ Hasan Mahkota, Imam Perang Haji Husin Bukit Segumpal, Encik Abdul Samad dan Nakhoda Yusuf.
b. Pasukan kedua yang akan menyerang pendalaman Selangor dan menuju ke utara yang diketuai oleh Tok Gajah, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Panglima Perang Dato Bahaman, Imam Perang Kadam, Panglima Bebas Zabidi, Panglima Kakap Husin, Panglima Raja Yaakob, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Penghulu Balai Encik Bakar, Tok Bangau, Tok Umbi, Teh Muhammad dari Sanggang, Ah Chin dan Ah Lui dan 70 tentera Cina yang dihantar oleh Yap Ah Loy serta disertai oleh Nakhoda Marikan, Daeng Mariok dan 200 Bugis Bone bekas tentera upahan Belanda.
PERTEMPURAN SENGIT KUALA SELANGOR Subuh pukul 5 pagi bulan Sep 1873. Tentera Pahang berjumlah 1000 orang telah bertolak dari Kelang untuk menyerang Kuala Selangor. Dalam perjalanan ke Kuala Selangor itu, rombongan ini berehat sebentar di Genting Klang.
Kubu Melawati di Kuala Selangor pada masa itu dipertahankan oleh Sayid Mashur, Raja Musa putera Sultan Abdul Samad, Raja Isa bin Raja Haji, pengikut-pengikut mereka, Wan Puteh, Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman, Jabinanga, Jabalun dan sebahagian daripada orang-orang Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci yang datang membantu mempertahankan kubu di situ.
Lalu pertempuran pun berlaku dan kubu Melawati pun dibedil meriam tidak berhenti-henti.
Setelah berperang selama 2 bulan, maka pada 8 Nov 1873, kubu Melawati di Kuala Selangor pun ditawan.Ramai tentera Pahang dan Mandailing terkorban.
Sayid Mashur, telah berjaya menyelamatkan diri dan bersembunyi di Batang Berjuntai. Di sana, Sayid Mashur menyeludup 20 koyan beras, senjata api dan peluru ke kubu di Ulu Bernam untuk membina pasukan perang di sana.
Raja Musa putera kepada Sultan Abdul Samad juga telah berjaya melarikan diri dan mengadap baginda di bandar Termasa. Apabila mendapati bapanya seperti mahu menghukum dirinya, Raja Musa yang ketakutan itu melarikan diri ke Batak Rabit di Perak. Manakala Raja Isa bin Raja Haji pula melarikan diri terus ke Pahang dan menetap di sana.
Maka sejak hari itulah, kubu Melawati di Kuala Selangor dijadikan pangkalan perang Selangor ke atas kawasan utara Selangor.
‘...and in November another captured Kuala Selangor.’ (xxv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
PERTEMPURAN TANJUNG KARANG Pada bulan Nov 1873 juga, tentera Pahang yang diketuai oleh Imam Perang Bugis Muhammad Akil, Khatib Bahrain, Tuan Hitam Sheikh Mukhsin, Imam Perang Muhammad Saman, Panglima Perang Johan Perkasa Che’ Hasan Mahkota, Imam Perang Haji Husin Bukit Segumpal, Encik Abdul Samad dan Nakhoda Yusuf telah menyerang kubu Mandailing yang baru dibina di Tanjung Karang oleh Wan Puteh, Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman, Jabinanga, Jabalun dan sebahagian daripada orang-orang Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci yang berundur dari Kuala Selangor.
Tentera Pahang berjaya menawan kubu itu lalu mereka pun bergerak ke Kampung Hujung Permatang sambil mengejar dan membunuh orang-orang Mandailing yang melarikan diri. Di Pasir Gayam, tentera Pahang ini berehat dan membina kubu baru di sana.
Wan Puteh, Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman, Jabinanga, Jabalun dan sebahagian daripada orang-orang Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci berundur ke Kubu Masjid dan membina sebuah kubu di sana.
MANDAILING TEWASKAN PAHANG DALAM PERTEMPURAN PERTAMA KUBU MASJID Pada masa yang sama, Panglima Perang Johan Perkasa Che’ Hasan Mahkota, Tuan Hitam Sheikh Mukhsin, Nakhoda Yusuf dan tentera Pahang telah menyerang kubu Mandailing di Kubu Masjid. Dalam satu pertempuran sengit di Kubu Masjid, Panglima Perang Johan Perkasa Che’ Hasan Mahkota dan Encik Abdul Samad telah cedera parah ditikam pejuang-pejuang Mandailing. Namun mereka bernasib baik kerana diselamatkan oleh pahlawan-pahlawan Pahang yang lain yang membawa mereka pulang ke Pasir Gayam. Panglima Perang Johan Perkasa Che’ Hasan Mahkota yang semakin tenat dan nazak itu kemudiannya dibawa ke Melaka untuk mendapatkan rawatan yang lebih terperinci.
Akhirnya tentera Pahang telah ditewaskan oleh Wan Puteh, Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman, Jabinanga, Jabalun dan sebahagian daripada orang-orang Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci di Kubu Masjid dan terpaksa lari dan berlindung di Pasir Gayam.
‘He was killed in 1873.’ (258) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
SERANGAN KEDUA KE ATAS KUBU MASJID
Dari Pasir Gayam, tentera Pahang di bawah pimpinan Imam Perang Pahang Muhammad Akil dan Khatib Bahrain telah menyerang Kubu Masjid. Dalam pertempuran hebat di Kubu Masjid itu, Imam Perang Bugis Muhammad Akil ditembak mati oleh pahlawan-pahlawan Mandailing. Mayatnya dibawa pulang ke Kelang dan ditanam di kawasan Masjid Kelang. Manakala Imam Perang Haji Husin Bukit Segumpal turut cedera parah hampir dibunuh oleh orang-orang Mandailing.
Tempatnya sebagai ketua tentera Pahang di persisiran pantai Selangor diganti oleh Khatib Bahrain.
Pada masa itu terjadi wabak cacar dan sakit perut yang menyebabkan ramai tentera Pahang yang mati. Ramai tentera Pahang yang mahu pulang ke Pahang khususnya Tuan Hitam Sheikh Mukhsin yang merasakan peperangan di Kubu Masjid itu bagaikan neraka bagi tentera Pahang yang ramai terkorban.
Maka terpaksalah Tengku Kudin melepaskan mereka. Akibatnya peperangan di Kubu Masjid itu berlanjutan tanpa kesudahannya.
PERTEMPURAN BERDARAH DI KANCHING Pada akhir bulan Nov 1873, Orang Kaya Semantan Panglima Perang Dato Bahaman, Imam Perang Khatib Rasu @ Tok Gajah, Muhammad Kilau @ Mat Kilau, Tok Jebek, Tok Elang @ Tuan Ibrahim, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Imam Perang Kadam, Panglima Bebas Zabidi, Panglima Raja Yaakob, Panglima Kakap Husin, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Penghulu Balai Encik Bakar, Tok Bangau, Tok Umbi, Teh Muhammad dari Sanggang, Ah Chin, Ah Lui dan 70 orang Cina tentera Yap Ah Loy, Nakhoda Marikan, Daeng Mariok dan 200 Bugis Bone bekas tentera upahan Belanda dantentera Pahangtelah menyerang 3 buah kubu Mandailing yang dipertahankan oleh Jabintang, Dipati Rawang, Sutan Bengkulu dan orang-orang Mandailing, Rawa, Bengkulu dan Kerinci di Bandar Rawang.
Satu peperangan hebat telah berlaku. Kedua-dua pihak seolah-olah tidak akan menyerah kalah atau dikalahkan. Kekuatan kedua-dua pihak begitu seimbang.
Dalam pertempuran ini, satu pertarungan sengit di antara Jabintang dan Panglima Kakap Husin telah berlaku. Setelah bertikam-tikam selama setengah jam, akhirnya Panglima Kakap Husin terbunuh.
Akhirnya serangan meriam buluh bom berapi dan serangan panah berapi terbang 70 ahli panah orang-orang Cina tentera Yap Ah Loy telah membakar banyak rumah-rumah orang-orang Mandailing dan 3 buah kubu mereka.
Setelah itu barulah Panglima Perang Dato Bahaman, Tok Gajah, Panglima Perang Haji Muhammad Nur dan tentera Pahang berjaya menembusi dan mengamuk di dalam kubu. Setelah bertarung selama 3 jam, akhirnya kubu Rawang ditumbangkan. 300 pejuang dari kedua-dua belah pihak terkorban.
SERANGAN KETIGA KE ATAS KUBU MASJID Setelah berjaya menawan kubu Mandailing di Rawang, Imam Perang Indera Gajah Khatib Rasu telah memimpin sepasukan tentera Pahang untuk membantu Khatib Bahrain menyerang Kubu Masjid.
Di Kubu Masjid, Tok Gajah dan tentera Pahang telah menyerang dan menewaskan Wan Puteh, Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman, Jabinanga, Jabalun dan sebahagian daripada orang-orang Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci yang bertahan di sana dan seterusnya menawan kubu Mandailing di situ.
Dalam pertempuran tersebut, Jabinanga telah terkorban. Manakala Wan Puteh, Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman dan sebahagian daripada orang-orang Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci yang terselamat melarikan diri ke kubu Ulu Bernam.
Dari pertempuran di Kubu Masjid, Tok Gajah dan tentera Pahang kembali ke Serendah untuk menyerang Jabintang, Dipati Rawang, Sutan Bengkulu, orang-orang Mandailing, Rawa dan Bengkulu di sana.
PERTEMPURAN SENGIT DI ULU SELANGOR Di Serendah, tentera Pahang pimpinan Tok Gajah ini menyerang dan menyapu bersih kubu-kubu Mandailing, Bengkulu dan Kerinci yang dipimpin oleh Jabintang, Dipati Rawang dan Sutan Bengkulu.
Dipati Rawang selepas itu telah membawa sekumpulan orang-orang Bengkulu dan Kerinci untuk bersembunyi di hutan berdekatan dengan Rawang.
Namun di Ulu Yam telah berlaku satu pertempuran hebat dan sengit di antara tentera Pahang pimpinan Tok Gajah dan orang-orang Mandailing, Bengkulu dan Kerinci yang diketuai oleh Jabintang dan Sutan Bengkulu.
Jabintang kemudiannya melarikan diri ke Ulu Bernam dan berkubu di kubu Sayid Mashur di Ulu Bernam. Manakala Sutan Bengkulu telah membawa orang-orang Bengkulu dan Kerinci bersembunyi di kawasan hutan sekitar Kuala Kubu Lama.
Di Kuala Kubu Lama, terjadi pula wabak penyakit cacar. Untuk mengelakkan dari jangkitan wabak itu, Tok Gajah dan sebahagian daripada orang-orangnya pulang ke Pahang. Manakala Panglima Perang Haji Muhammad Nur dan Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal masih bertahan di Kuala Kubu Lama.
Tidak lama kemudian, orang-orang Bengkulu dan Kerinci pimpinan Sutan Bengkulu datang menyerang tentera Pahang pimpinan Panglima Perang Haji Muhammad Nur dan Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal di Kuala Kubu Lama tetapi mereka tewas dan kembali bersembunyi di kawasan hutan sekitar Kuala Kubu Lama.
PERTEMPURAN DI KUBU ULU BERNAM Apabila mendapat berita tentang Sayid Mashur yang menyeludup 20 koyan beras, senjata api dan peluru dari Batang Berjuntai ke kubu Ulu Bernam bagi membina pasukan perang di sana, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Tengku Chik Siak dan tentera Pahang telah menyerang kubu Sayid Mashur di Ulu Bernam yang dipertahankan oleh Sayid Mashur, Manakala Wan Puteh, Jabintang, Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman dan sebahagian daripada orang-orang Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci.
Oleh kerana tentera Pahang pimpinan Panglima Perang Haji Muhammad Nur ini terlalu besar jumlahnya, maka Sayid Mashur, Jabintang dan 100 orang-orang Mandailing di bawah pimpinannya berundur ke arah negeri Perak sambil diburu oleh Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Tengku Chik Siak dan tentera Pahang.
Pada masa inilah Jabintang dan pengikut-pengikutnya dikatakan telah menghilangkan diri dan bersembunyi di kawasan hutan sekitar Ulu Bernam.
Di Ulu Bernam, tentera Pahang berjaya merampas senjata-senjata api dan peluru-peluru kepunyaan Sayid Mashur dan pengikut-pengikutnya.
‘He took refuge with his father in Perak under Ismail’s protection’ (xxiv) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Sayid Mashur, Wan Puteh, Jabintang, Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Siti Sari, Siti Awan, Panglima Kuning, Lanah, Manda Usman dan sebahagian daripada orang-orang Mandailing, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci melarikan diri ke Kampung Durian Sebatang di mana tinggalnya ibu bapa Sayid Mashur.
‘Syed Mashor had fled to the area near where his parents lived at Durian Sebatang.’ (98) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch)
SUTAN BENGKULU MENYERAH DIRI
Setelah mendapat tahu Sayid Mashur dan pengikut-pengikutnya tumpas di Ulu Bernam, Sutan Bengkulu dan 500 orang-orang Rawa, Bengkulu dan Kerinci yang selama ini bersembunyi di kawasan hutan sekitar Kuala Kubu Lama telah menyerah diri kepada Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal dan tentera Pahang di Kuala Kubu Lama dengan syarat mereka tidak akan diapa-apakan oleh tentera Pahang.
Panglima Perang Haji Muhammad Nur dan Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal bersetuju. Lalu Sutan Bengkulu dan 500 orang-orang Rawa, Bengkulu dan Kerinci itu pun berhijrah dan tinggal di satu kampung dekat Kuala Kubu Lama.
EPISOD 38
PEMBUNUHAN KEJAM KE ATAS 2000 MANDAILING ‘A chief called Sultan Benkulen have been at last killed by
the Pahang people, and their heads are here lying on the jetty.’
J.W.W. Birch Pada pertengahanawal Dis 1873, satu mesyuarat telah diadakan di istana Kelang di antara Tengku Kudin, Sheikh Muhammad Taib, pembesar-pembesar Selangor seperti Dato Aru, Imam Perang Malim dan pembesar-pembesar Pahang seperti Wan Enda, Orang Kaya Semantan Dato Bahaman, Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad bin Wan Idris, Panglima Perang Haji Muhammad Nur, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Panglima Kiri Che’ Embok, Toh Muda Sentul,
Dalam mesyuarat tersebut, Tengku Kudin mengarahkan semua yang hadir untuk melenyapkan terus bangsa Mandailing dari Tanah Melayu ini kerana menurut pendapat pembesar-pembesar Pahang selagi wujudnya Mandailing di Tanah Melayu maka selagi itulah negeri Pahang dan Selangor akan sentiasa di dalam ancaman bahaya kebangkitan bangsa Mandailing itu.
‘Sutan Puasa dan orang-orangnya hendaklah dibunuh semuanya.’ (122) – Buyong Adil 1971.
‘...that the Tunku had given him certain instructions (*Salangor mines lands and women) which he had carried out.’ (228) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Atas dendam yang tidak berkesudahan, satu cadangan yang kejam telah diusulkan oleh Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad. Dia mencadangkan agar dibunuhkan sahaja semua orang Mandailing di Kuala Lumpur dan Selangor. Semuanya bersetuju dengan rancangan itu. Hanya Haji Muhammad Nur sahaja yang mendiamkan diri kerana rancangan tersebut akan membabitkan ribuan nyawa penganut Islam yang tidak berdosa.
Selepas perbincangan itu, Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad, Haji Muhammad Nur dan Toh Muda Sentul telah bertolak ke Kuala Kubu Lama dan bersatu dengan tentera Pahang yang ada di sana.
‘Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membunuh orang lain atau pun kerana membuat kerosakan dalam negeri, maka dia telah memmbunuh manusia seluruhnya.’ - Al-Quran, Surah Al-Maidah 5:32.
Pada suatu hari, Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad menjemput Sutan Bengkulu untuk datang ke Kuala Kubu Lama untuk berlaga ayam.Maka Sutan Bengkulu merasa sangat besar hati.
Lalu keesokan harinya, Sutan Bengkulu membawa 30 orang pahlawan Bengkulu-Kerinci bagi menemani beliau berlaga ayam. Di satu tempat yang dinamakan Padang Kebun di pertengahan jalan lebih kurang 1000 kaki ke Kampung Kuala Kubu Lama, Sutan Bengkulu dan 30 pahlawannya tiba-tiba diserang dan disembelih oleh 100 tentera Pahang yang diketuai oleh Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad, Haji Muhammad Nur, Haji Husin Tok Tuit Gajah Tunggal, Panglima Kiri Che’ Embok, Panglima Raja Mat Asin, Panglima Bebas Zabidi, Toh Muda Sentul dan Tok Subuh Haji. Semuanya mati disembelih dan dicincang kecuali dua orang anak buah Sutan Bengkulu yang berjaya melarikan diri dalam keadaan cedera parah. Sutan Bengkulu sendiri mati ditikam dan dicincang oleh Panglima Bebas Zabidi. – Hikayat Pahang, Cetera 30.
‘Sutan Bengkulu sudah dipanggil, dihimpunkan di Ulu Selangor, di Padang Kebun... Habis semuanya mati.’ (30) – Hikayat Pahang, Cetera 30.
Pada petang itu juga, Toh Muda Sentul dan 500 tentera Pahang telah menyerang sebuah Kampung Bengkulu-Kerinci yang didiami oleh Sutan Bengkulu yang terletak tidak jauh dari Kuala Kubu.
Perkara ini disebut sebagai;
‘Pihak Toh Muda Sentul membunuh orang-orang Sutan Bengkulu yang tinggal.’ – Hikayat Pahang, Cetera 30.
Semua orang-orang Bengkulu, Kerinci dan Mandailing di kampung itu tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, orang tua, dibunuh dengan kejamnya. Lebih kurang 800 orang Bengkulu, Kerinci dan Mandailing terkorban. Manakala sebahagian daripada kaum perempuan Bengkulu, Kerinci dan Mandailing ditangkap untuk dijadikan sebagai gundik.
‘Maka Toh Muda Sentul merampas harta-benda dan menangkap perempuan-perempuan dan jantan-jantan. Ada yang dibunuhnya.’ – Hikayat Pahang, Cetera 30.
Tidak lama kemudian Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad datang membawa surat kuasa dari Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad untuk menangkap dan mendenda semua penduduk berbangsa Mandailing jika terdapat kubu perang di kampung mereka. Sesiapa yang tidak membayar denda itu akan dijadikan sebagai hamba abdi. Manakala orang-orang perempuan Mandailing ditangkap sebagai gundik.
Pada bulan Dis 1873 itu juga, beratus-ratus orang-orang Mandailing tanpa mengira jantina, umur mahupun kanak-kanak dan bayi di dalam buaian di serata negeri Selangor telah ditangkap dan dikumpulkan di sebuah kampung Mandailing yang terletak di sebuah lurah bukit yang bernama Kampung Rincing dekat Kampung Semenyih. Kampung Rincing pada masa itu terletak agak terpencil dari kampung-kampung Mandailing yang lain seperti kampung-kampung di Cheras, Kajang dan Bangi. Tempat-tempat lain di Ulu Langat didiami oleh kira-kira 1000 orang-orang Mandailing.
Dengan geografi lurah yang dalam serta lokasi yang agak terpencil pada masa itu, apa-apa perbuatan yang tidak baik pasti mudah ditutup tanpa pengetahuan orang-orang Mandailing di Ulu Langat.
Lalu bersesak-sesaklah orang-orang Mandailing yang dikumpulkan di Kampung Rincing yang terletak di lurah bukit di tengah-tengah hutan itu. Mereka telah dikelilingi oleh 500 tentera Pahang dan 300 tentera Bugis Selangor yang terbabit dalam operasi pengumpulan orang-orang Mandailing itu. Semua tentera Pahang dan Bugis Selangor itu bersenjatakan keris, tombak, parang dan pedang.
Dengan satu suara tempikan dari Haji Muhammad Nur, 800 tentera Pahang dan Bugis Selangor itu menebas, menetak dan memancung beratus-ratus nyawa yang tidak berdosa. Kedengaranlah jerit pekik kesakitan dari penganiayaan yang begitu kejam dan zalim itu. Seluruh Kampung Rincing dibakar dan dihangusbumikan. Pembunuhan beramai-ramai di Kampung Rincing bertujuan untuk memberi amaran dan contoh kepada orang-orang Mandailing di sekitar Ulu Langat akan akibat menentang kerajaan Pahang dan Bugis Selangor.
Sehingga ke hari ini jika dikorek tanah di lurah itu, kadangkala akan terjumpa periuk-belanga lama yang tertanam di dalam tanah. Kubur liang besar di Kampung Rincing yang asal itu terletak di sebuah lurah antara jalan dari pekan Semenyih ke Beranang. Tidak lama kemudian tempat itu telah didirikan beberapa bangunan batu bagi menutup kejadian yang keji itu.
‘A chief called Sultan Benkulen have been at last killed by the Pahang people, and their heads are here lying on the jetty.’ (52) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Di tengah-tengah sebuah hutan kecil dekat Kampung Semenyih pula, beratus-ratus jenazah orang-orang Mandailing telah dikuburkan di sebuah liang yang besar. Kini tapak itu telah didirikan sebuah bangunan dewan orang ramai.
Di sebuah tebing sungai berdekatan dengan tapak balai polis di pekan Batu 14 Ulu Langat, 200 jenazah orang-orang Mandailing yang beragama Islam telah dicampak ke dalam beberapa lubang besar dan ditanam hidup-hidup tanpa dimandikan atau disembahyangkan. Mereka telah dikumpul dari serata Selangor dan dibunuh hidup-hidup.
Sebab itulah sebahagian besar orang-orang Mandailing di Bukit Jerum dekat Kelang terpaksa melarikan diri setelah diserang oleh sekumpulan penyerang yang tidak diketahui identitinya.
‘Bukit Jerom lies north of the Klang River on the coast and its inhabitants, as in other areas of the Selangor coast fled Selangor during the disturbances in the 1870s.’ (227) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Kumpulan orang-orang Mandailing ini kemudiannya berhijrah ke Kampung Sungai Gedung dekat Bagan Serai.
‘At Bagan Serai yesterday I forgot to notice that I found some Salangore people who ran away from Bukit Jerom in the wars.’ (227) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Keadaan pembunuhan beramai-ramai yang tidak terkawal oleh tentera Pahang dan Selangor itu telah menyebabkan Wan Da @ Wan Enda bin Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir merasa terharu dan mengambil keputusan untuk membawa diri ke Negeri Sembilan dan bermastautin di Kampung Peradong dekat Jelebu.
Secara keseluruhannya, dianggarkan 5000 orang Mandailing telah dibunuh dengan kejamnya di seluruh Selangor. Sejak berlakunya pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Mandailing di Selangor, maka bertambah ramailah orang-orang Mandailing yang berhijrah ke Perak dan Negeri Sembilan.
‘Demikian geramnya Tengku Kudin kepada Kontinjen Mandailing ini sehingga dia berampok dan membunuh orang Mandailing di mana saja berjumpa. Sejak itu orang Mandailing di Malaya menghilangkan identitas mereka dan menyebut mereka keturunan Melayu. Kepada anak mereka pun tidak diceritakan asal mereka dari Mandailing, kerena takut bocor kepada kelompok Tengku Kudin; yang memang mencari-cari mereka.’ (128) – L.P. Hasibuan.
Sejak itulah orang-orang Mandailing dari kalangan anggota pasukan Jihad Padri sangat berhati-hati jika ada orang yang mencari mereka walaupun mereka yang mengaku sebagai keluarga. Seboleh-bolehnya mereka akan menyembunyikan identiti mereka yang sebenar agar tidak dikesan oleh musuh.
Hanya orang-orang Mandailing dari Reko di bawah pimpinan Jabarayun yang telah berjasa kepada negeri Selangor dan orang-orang Mandailing dari Batu 12 Ulu Langat dan Batu 14 Ulu Langat, Kampung Cheras dan Kampung Kajang di bawah pimpinan Sutan Naposo @ Sutan Puasa, Jabarita dan Jabolga yang dianggap sebagai berjasa kerana telah bekerjasama dengan Tengku Kudin dalam Perang Selangor tidak disentuh sama sekali oleh mana-mana pihak sehingga ke hari ini. Ini sekaligus menunjukkan terdapatnya pakatan pembelotan antara Sutan Naposo dan pengikut-pengikutnya dan Tengku Kudin.
Permusuhan itu berlarutan sehingga dimasukkan ke dalam perlembagaan lama negeri Selangor di mana Undang-Undang Tubuhnya ada menyatakan bahawa orang-orang Mandailing itu dilarang memiliki sebarang harta-benda atau tanah di negeri Selangor atau menerima bantuan dari kerajaan negeri Selangor. Orang-orang Mandailing juga tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor.
EPISOD 39
KUALA LUMPUR SELEPAS
TRAGEDI BERDARAH BUKIT NANAS
‘T.Kudin asked that he might hoist my flag
with his own as long as I was here’
J.W.W. Birch, 20 Nov 1874
Kuala Lumpur telah dijajah orang. Nama sebenarnya Muara Bustak juga dilupakan orang. Segala kenangan indah dan kegemilangan Kuala Lumpur lenyap sama sekali. Perkara ini bukan sahaja dapat dirasakan oleh orang-orang Mandailing, malahan diperakui sendiri oleh Frank A. Swettenham semasa beliau datang melawat ke Kuala Lumpur pada bulan Mac 1875.
‘Qualla Lumpur of today is a very different place to the Qualla Lumpor of 4 years ago.’ (219) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘At the end of the war the once prosperous Kuala Lumpur mining area was devastated.’ (89) - Middlebrook dan Gullick.
‘Most of the mine were completely flooded out during the last war and all their mine houses, machinery and property were burnt or otherwise destroyed.’ (89) - Middlebrook dan Gullick.
Pada 2 Apr 1875 Frank A. Swettenham mengaku bahawa setelah 2 tahun orang-orang Mandailing dihalau keluar dari Kuala Lumpur, Kuala Lumpur telah kehilangan sejarah kegemilangannya.
‘All places have that have lost their former greatness.’ (231) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Malahan di kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur juga terbengkalai ditinggalkan oleh orang-orang Mandailing. Di Cheras, kedai-kedai ditinggalkan begitu sahaja dan ada yang dibakar dan dimusnahkan.
‘Cheras has now a very forlorn appearance, what were once good and flourishing shops being now many of them deserted or tumbled down. There are two rows of shops, a kubu and a big smelting house.’ (215) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Begitu juga di Kajang, segala-galanya telah hilang bersama orang-orang Mandailing yang dihalau keluar dari Kuala Lumpur.
‘...he is trying to restore Kajang to its old prosperity.’ (213) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Di Kuala Bandar, ladang-ladang sagu dan kelapa yang luasnya berbatu-batu persegi telah ditinggalkan sama sekali oleh orang-orang Mandailing yang dihalau dan dibunuh oleh tentera British, Cina, Pahang, Bugis Selangor, Kedah, Melayu Baru Bara, Rembau dan lain-lain lagi. Yang ada hanyalah semak-samun, hutan yang baru tumbuh serta gajah-gajah yang datang mencari makanan.
‘...we passed Kuala Bandar, or as it is called here Kuala Kanching. About 2 p.m. we came to the Campongs, miles of deserted cocoanuts and sago palms, which formerly belonged to men who took up arms against Tunku Kudin and then fled the country, valuable property being over-grown by the jungle and neglected and given over to the elephants.’ (230) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Di Kampung Permatang pula, kebun-kebun kelapa yang luas juga ditinggalkan begitu sahaja.
‘Permatang, a long and wide strip of unbroken cocoanut plantations, now for the most part deserted except that belonging to the Imam, who stayed with his children all thro’ the wars...’ (231) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Kebanyakan kawasan perlombongan dipenuhi oleh air dan kebanyakan rumah-rumah dan alat-alat melombong yang dahulunya kepunyaan orang-orang Mandailing telah dirosakkan.
‘Most of the mine were completely flooded out during the last war and all their mine houses, machinery and property were burnt or otherwise destroyed (89) - Middlebrook dan Gullick.
KUALA LUMPUR DI BAWAH TUAN BARU
‘James Guthrie Davidson, a Singapore lawyer, was one of the Tengku Zia’uddin’s financial backers.’ (49) - Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Peranan British di dalam Perang Kuala Lumpur terserlah apabila James Guthrie Davidson yang merupakan penyumbang utama kewangan Tengku Kudin @ Tengku Zainal Abidin @ Tengku Zia’u’ddin semasa Perang Kuala Lumpur telah menubuhkan Syarikat Malayan Tin Mining Company bersama dengan rakan-rakan kongsinya dan mendapat pajakan ke atas kawasan perlombongan di Kuala Lumpur selama 10 tahun daripada Tengku Kudin. (49) - Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
‘In March 1873 he formed with others the Malayan Tin Mining Company and won ten year lease from the Tengku.’ (49) - Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
‘This concession was granted by Tengku Zia’u’ddin to J.G. Davidson and Count C.F.M. de Geloes of Java in March 1873. It gave the holders exclusive right for ten years to work on the tin mines in the Bernam, Selangor and Klang districts. Only Langat, which the Tengku did not control at that time, was omitted.’ (173) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Guthrie & Co. held this monopoly as one of their rewards for the financial support they gave the alliance of Tengku Zia’u’ddin and Yap Ah Loi.’ (144) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Syarikat Guthrie & Co. telah berjaya menguasai seluruh Kuala Lumpur akibat dari bantuan kewangan yang diberikan kepada Tengku Kudin. Walaupun kelihatan seolah-olah bantuan tersebut hanyalah dari sebuh syarikat, tetapi proses globalisasi pada masa itu telah menyebabkan sesebuah syarikat itu mewakili sesebuah negara atau kerajaan.
Malahan penguasaan ini berlarutan kemudiannya di mana semua getah yang dihasilkan di sekitar Kuala Lumpur mesti dijuallah hanya kepada Guthrie & Co. dari Singapura. (144) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Davidson was not appointed British Resident until January 1875; here he is acting as Tengku Zia’u’ddin’s adviser.’ (106) – Burns (The Journal of J.W.W. Birch)
Pada mulanya Davidson meletakkan dirinya sebagai penasihat kewangan kepada Tengku Kudin, namun kemudiannya dia menjadi Residen Inggeris yang pertama di Selangor pada bulan Jan 1875. (49) - Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
MUSLIHAT TERSERLAH
‘British intervention an alliance between Yap Ah Loy and Tengku Zia’uddin about 1870 eventually gave them control of the Klang river which served the mining industry at Kuala Lumpur. (48) - Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Kuala Lumpur pada masa ini telah dijajah oleh kerajaan British. Namun British memberikan bantuan kewangan menerusi jaminan kerajaan British untuk Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy bagi membangunkan Kuala Lumpur. Kenapakah kerajaan British perlu memberikan Government Guarantee (GG) kepada Yap Ah Loy sedangkan dia hanya seorang ketua kumpulan kongsi gelap yang dihantar untuk menguasai Kuala Lumpur?
Maka terserlahlah siapa di sebalik tabir penjajahan ke atas Kuala Lumpur. Yap Ah Loy hanyalah seorang ketua kumpulan kongsi gelap yang perlu menghantar laporan kepada pihak atasannya. Jika Yap Ah Loy berjaya menawan Kuala Lumpur, dia masih tertakluk kepada arahan orang atasannya. Jelas pemimpin yang sangat berpengaruh yang mempengaruhi keputusan James G. Davidson untuk memujuk kerajaan British memberikan Government Guarantee (GG) adalah jutawan-jutawan Cina yang kaya di Negeri-Negeri Selat yang juga pemimpin-pemimpin tertinggi kumpulan kongsi gelap di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Merekalah dalang di sebalik ‘The Grand Design.’
Tengku Kudin telah berhutang $400,000 akibat dari Perang Kuala Lumpur. Itulah harga yang dibayar oleh British bagi merampas Kuala Lumpur dari orang-orang Mandailing. Tetapi British bijak memperalatkan Tengku Kudin dalam permainan ini. British berjaya menggunakan Tengku Kudin untuk memujuk Sultan Abdul Samad untuk membabitkan diri di dalam Perang Kuala Lumpur. Akibatnya, Tengku Kudin terpaksa menggunakan wang kerajaan Selangor selama 10 tahun bagi melangsaikan hutang-hutang tersebut.
Namun pihak yang paling bijak dan paling berjaya tetap jutawan-jutawan Cina yang mempergunakan kekuatan British bagi menghancurkan orang-orang Melatyu khususnya otrang-orang Mandailing di Kuala Lumpur. Dengan itu segala kekayaan di tempat-tempat tersebut akan menjadi milik mereka apabila mereka diberi hak konsesi bagi mengusahakan dan membangunkan tempat tersebut.
Maka wujudlah satu tempat baru bagi orang-orang Cina di Negeri-Ngeri Selat. Orang-orang Cina di Negeri-Negeri Selat kini boleh mewujudkan satu komuniti dan satu pusat kebudayaan yang baru yang akan dipertahankan sampai bila-bila. Maka wujudlah satu masyarakat Cina yang besar yang bukan sahaja menguasai kekayaan di tempat tersebut, malahan mewujudkan satu ‘cultural conquest’ di mana kebudayaan tersebut akan mempengaruhi kebudayaan masyarakat lain sehingga mereka lupa jati diri mereka. Itulah ‘The Grand Design.’
‘...but the Klang debt to him, nearly $200,000.’ (152) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘R.Ismail, Syed Zain and I went over Tek Ih’s account, it took the whole day, his claim is for some $195,000. The account was correct, but we waived the interest, as the accounts dated from 1868 to 1874, and the interest was calculated at 18% reckoned up every 6 months and added to the principal, making an alarming sum. The payments, i.e. the monies received from Klang, had been credited with interest at the same rate per cent...Tek Ih had charged $27,000 for the steamer, but we thought that excessive and cut it to $20,000. Tunku Kudin gave Tek Ih an acknowledgement that Klang Govt. still owed him some $105,000 for money and goods received.’ (157) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Mula-mula sekali Yap Ah Loy berpindah ke Kuala Lumpur dan membina sebuah rumah baru yang pada hari ini terletak di tapak Central Market di Jalan Lebuh Besar, Kuala Lumpur.
Seterusnya orang-orang Cina pimpinan Yap Ah Loy segera membolot hampir semua kawasan perlombongan yang ada di Kuala Lumpur sedangkan orang-orang Tengku Kudin seperti Bugis Selangor, Pahang, Kedah, Melayu Baru Bara, Rembau dan sebagainya yang tidak tahu melombong terpinga-pinga melihat apa yang berlaku.
‘He held Kuala Lumpur monopolies (farms) without being obliged to enter into competitive tender for them.’ (91) - Middlebrook dan Gullick.
‘Chinese miners took over the mining of almost all workable deposits.’ (27) - Gullick 2000.
Yap Ah Loy kini memonopoli kebanyakan kawasan perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur, Ulu Langat dan Ulu Selangor. Dia juga menguasai 411 ekar kawasan perlombongan Sutan Naposo di Ampang yang dianggap yang paling produktif di dunia dan sebuah lagi seluas 114 ekar.
‘His mines on 411 acres at Ampang was praised as one of the finest in the world.’ (97) - Middlebrook dan Gullick.
‘Ah Loy owned a second mine on 114 acres elsewhere in the Ampang valley.’ (97) - Middlebrook dan Gullick.
‘He held the farms (monopolies) in Ulu Selangor and Ulu Langat.’ (96) - Middlebrook dan Gullick.
Dengan menguasai bahagian perlombongan bijih timah, Yap Ah Loy kini turut menguasai pemasaran bijih timah dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan Melaka. (96) - Middlebrook dan Gullick.
‘He also controlled the market in tin.’ (96) - Middlebrook dan Gullick.
Maka Yap Ah Loy sebagai seorang ketua kongsi gelap yang dihantar ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan ‘The Grand Design’ telah melaksanakan tugasnya dengan jaya sekali setelah mengkhianati Tuanku Raja Asal @ Jaasai, Sutan Naposo @ Sutan Puasa dan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur.
‘They had too high a royalty on tin here, but it is now fixed properly at 1/10th. Boat hire for tin from Qualla Lumpur to Klang is one dollar a bahara – or 3 pikuls.’ (52) – Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Kadar cukai pada masa itu sangatlah tinggi sebelum kadar tersebut ditetapkan kepada 10%.
‘Ah Loy was also very fully occupied with the management of his many business interests.’ (97) - Middlebrook dan Gullick.
Ternyata Yap Ah Loy terlalu sibuk dengan urusan perniagaan peribadinya sendiri sehingga pentadbiran Kuala Lumpur terabai.
‘Kuala Lumpur had been rebuilt between 1873 and 1875 and, according to Swettenham, it did not grow appreciable until the boom began in 1879.’ (93) - Middlebrook dan Gullick.
Sebenarnya orang-orang British sangat hairan akan perkembangan Kuala Lumpur yang tidak semaju dahulu seperti yang dijangkakan. Sebaliknya pembangunan Kuala Lumpur lembap. Ini berpunca daripada Yap Ah Loy yang dikatakan tidak mempunyai sebarang sistem pentadbiran yang tersusun. Pentadbiran yang ada hanyalah pentadbiran sebuah kumpulan kongsi gelap.
‘Very little is know of Yap Ah Loy’s system of administration.’ (91) - Middlebrook dan Gullick.
‘Ah Loy probably administered the Chinese through the leading mining employers and clan or secret society headmen.’ (91) - Middlebrook dan Gullick.
Pembangunan jelas yang dilakukan oleh Yap Ah Loy adalah pembinaan pusat judi yang besar di hadapan rumah Yap Ah Loy yang dikunjungi oleh orang-orang Cina dan Melayu di Kuala Lumpur pada masa itu. Mungkin Yap Ah Loy merasa bangga dapat melihat kemajuan Kuala Lumpur dari halaman rumahnya.
‘Between the market and the river stand a huge gambling booth of jungle rollers roofed with attaps, in which literally all day and all night long, gambling is pursued by a crowd of often excited Chinese and Malays.’ (93) - Middlebrook dan Gullick.
‘In front of the captain’s house are the gambling booths and the market.’ (93) - Middlebrook dan Gullick.
Pusat-pusat perjudian yang dibuka di Kuala Lumpur sering dilawati oleh tahi-tahi judi yang terdiri daripada orang-orang Cina dan orang-orang Melayu yang kebanyakannya merupakan tentera-tentera Pahang yang masih belum pulang ke negeri mereka.
Malahan Sultan Abdul Samad juga bersubahat meredakan keadaan sedemikian berlaku.
‘I saw the Sultan Abdul Samad got his chop to an agreement giving the opium, spirit, gambling and pawnbroking farms to Si Keng and Kim Yuck for one year at $135 a month. He asked me again to collect the revenue and I said it must all go to him in the first instance.’ (258) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Satu-satunya yang meriah mengenai Kuala Lumpur pada masa itu adalah bunyi mercun. Pada 4 Apr 1875, Tengku Kudin datang melawat Kuala Lumpur. 400 orang Cina beratur menyambut beliau di tengah-tengah kebisingan bunyi mercun yang memekak telinga. Jelas Kuala Lumpur sudah hilang Melayunya.
Di Kuala Lumpur pada masa itu terdapat 1000 orang-orang Cina saki-baki tentera Yap Ah Loy dan 500 ke 700 orang-orang Melayu di Kuala Lumpur. Penempatan mereka terbahagi kepada 2 kawasan; orang-orang Cina di tengah Bandar, orang-orang Melayu di pinggir hutan.
‘There are about 1000 Chinese in the town and some 500 to 700 Malays. (219) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
‘The town is divided into a Chinese Quarter and a Maly Qurater in the form in the margin, the Chinese near their Captain and the malays at the further end of the town.’ (93) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Bagi mengawal orang-orang Melayu di Kuala Lumpur, Yap Ah Loy telah melantik Nonggok @ Haji Muhammad Tahir sebagai Dato Dagang Kuala Lumpur.
‘The Malay communities in and around Kuala Lumpur were administered through their own chiefs with whom Ah Loy lived on good terms. The Dato Dagang was the most important of them.’ (91) - Middlebrook dan Gullick.
‘The Dato Dagang had retoires to Klang where he was reported to be about the most useless man in the district .’ (99) - Middlebrook dan Gullick.
Namun Dato Dagang Nonggok @ Haji Muhammad Tahir tidak cekap untuk mentadbir kampung-kampung Melayu di Kuala Lumpur sehingga dia dipaksa meletakkan jawatan dan pulang ke Kelang.
‘Under British rule he gave up his right to a duty on tin exported from Kuala Lumpur in 1877 for an allowance of $2400 per annum. In 1880s he became a pioneer coffee planter.’ (220) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Pada 3 Apr 1874 sahaja, terdapat 5000 pelombong-pelombong Cina yang juga ahli-ahli kongsi gelap menetap di Kuala Lumpur. (48) - P.L. Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Bukan sahaja Kuala Lumpur tidak maju, Yap Ah Loy membawa masuk lebih ramai pelombong-pelombong Cina yang hanya akan menghuru-hara keadaan di Kuala Lumpur. 2000 pelombong Cina dari Kelang dan 600 dari Sungai Ujung datang kononnya untuk membangunkan Kuala Lumpur. Namun keadaan tidak berubah. (89) - Middlebrook dan Gullick.
Pada 3 Apr 1874, Yap Ah Loy telah membawa masuk beribu-ribu orang-orang Cina ke Kuala Lupur sehingga bilangan mereka menjadi 5000 orang. (48) - Burns (The Journals of J.W.W. Birch). Malahan seramai 1,500 pelombong Cina dibawa masuk ke Kelang sejak 2 bulan yang lepas dari tarikh 5 Apr 1875. (232) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Pada tahun 1878, terdapat 10,000 penduduk Cina yang menguasai Kuala Lumpur (91) - Middlebrook dan Gullick.
Walaupun terdapat begitu ramai orang-orang Cina di Kuala Lumpur, namun ianya tidak semestinya menambahkan produktiviti. Malahan pengeluaran bijih timah begitu sedikit.
‘...but very little tin has been coming in lately.’ (48) - Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
Kuala Lumpur kehilangan segala-galanya. Ketuanan Melayu telah hilang. Identiti Melayunya pun lenyap. Kuala Lumpur telah dikuasai oleh British dan orang-orang Cina. Semuanya kerana sifat rakus penjajah, tali barut bangsa dan pengkhianatan orang-orang Cina di Kuala Lumpur. Antara tali barut-tali barut British yang menerima anugerah ini adalah seperti berikut;
Kawasan
Penerima
1
Kampung-kampung Melayu di Kuala Lumpur
Dato Dagang Nonggok @
Haji Muhammad Tahir
(Melayu Batu Bara dari Kelang)
Khatib Koyan
2
Petaling
Sheikh Muhammad Ali menjadi Penghulu (Minangkabau)
3
Kelang
Sheikh Abdul Mohit Baktal menjadi Dato Shahbandar
(Jawa dari Melaka)
4
Kampung Batu
Mat Saman (Pahang)
5
Ulu Kelang
Sheikh Muhammad Ali menjadi Penghulu (Minangkabau)
6
Kanching
Sheikh Muhammad Taib
(Minangkabau dari Pahang)
Panglima Kiri Che Embok
(Pahang)
Haji Muhammad Salleh
(Minangkabau dari Pahang)
Panglima Haji Muhammad Sahak
(Minangkabau dari Pahang)
7
Kuala Selangor
Wan Da @ Wan Enda bin Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir
(Pahang),
Dato Dagang Nikodah Alang
8
Kerling
Imam Jakun (Rawa)
9
Ulu Selangor
(Ulu Bernam)
Panglima Perang Haji Muhammad Nor (Pahang), Mustapha (Rawa),
Sayid Abu Bakar (Pahang)
10
Ulu Langat

11
Reko
Imam Perang Mat Aris (Minangkabau dari Sungai Ujung)
12
Beranang
Raja Mahmud (Bugis Selangor)
13
Kuala Langat
Dato Dagang Abu Said

TENTERA TENGKU KUDIN BERSUKA-RIA
‘At the end of the civil war in Selangor Tengku Ziauddin permitted the Orang Kaya Pahlawan of Semantan (Bahaman) to levy a duty of two dollars on every bahara of tin exported from Ulu Klang. However, the Pahang chief failed to send any of this revenue to the Bendahara.’ (244) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Pada masa itu orang-orang Melayu saki-baki tentera Tengku Kudin yang terdiri daripada orang-orang Bugis Selangor, Pahang, Kedah, Melayu Batu Bara, Rembau dan lain-lain lagi masih berada di Kuala Lumpur dan sedang bersuka-ria. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka hendak walaupun ianya akan merosakkan kehidupan di Kuala Lumpur.
‘1500 Pahang men are at Qualla Lumpor doing as they like.’ (211) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Orang-orang Pahang sahaja terdapat 1500 orang yang sedang bersuka-ria dan bermaharajalela di Kuala Lumpur.
‘1500 men without money and with no intention of paying for anything will ruin the place in less than a week.’ (211) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Pada masa itu orang-orang Pahang dibiarkan berkeliaran di kampung-kampung Melayu di Kuala Lumpur. Panglima Kakap Dato Bahaman dan orang-orangnya dibenarkan mengutip hasil dari bumi Kuala Lumpur serta mengutip cukai ke atas setiap bahara bijih timah.
‘Some rice of Itam’s was stolen by Pahang people and T. Kudin promised to make it good, now he refuses. (307) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Banyaklah berlaku kejadian curi oleh orang-orang Pahang di Kuala Lumpur. Malahan Wan Da @ Wan Enda bin Bendahara Sri Wak Raja Tun Mutahir turut memimpin orang-orang Pahang melakukan segala kekejaman dan pembunuhan.
‘...the Pahangites on Qualla Lumpur, that they had made all kinds of exorbitant demands and killed 4 of T.Kudin’s men.’ (214) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘Che Wanda, the head of the Pahang men.’ (228) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
‘Che Wanda has done all sorts of oppressive things, that he was with the murderers for two days, and he assisted them to escape.’ (231) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Kejadian kecurian berleluasa sehingga Kuala Lumpur menjadi sebuah negeri tidak ada undang-undang. Sesetengah pemimpin menggunakan kesempatan ini untuk menindas yang lemah.
‘As regards Orang Kaya Palawan, Tunku Kudin put him in Ulu Klang and he had better remove him. The Orang Kaya should be recalled by his own Raja, and he replied that there were several of his chiefs who did not care for his authority, and that if he recalled him it might end in fighting.’ (245) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
‘He appears to have been allowed to remain with his followers in Ulu Selangor.’ (228) – Gullick 1993.
Malahan Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad sendiri mengaku baginda tidak dapat mengawal kegiatan pembesar-pembesarnya. Keadaan ini diburukkan dengan pentadbiran Yap Ah Loy yang sangat lemah dan tidak berkewibawaan.
‘For their expenses incurred during the war, Yap Ah Loi, probably with the approval of Tengku Zia’u’ddin, agreed to pay them eight baharas of tin a month at a time when tin was fetching $100 a bahara. (151) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Pada bulan Apr 1875, Bendahara Sri Wak Raja Wan Ahmad meminta Tengku Kudin membayar atas segala pertolongan yang telah diberikan oleh Pahang kepada Tengku Kudin semasa Perang Kuala Lumpur. Pada 2 Mei 1875, Tengku Kudin menberikan persetujuannya. (243) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
‘Tunku Kudin determined to take $3000 worth of tin on board the Pluto, and send it to Pahang via Singapore in payment of T.Kudin’s debt to the Bendahara.’ (243) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
‘A sum of $3000, lent as well to the Viceroy by the Bendahara, was repaid immediately.’ (261) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘I told him I wanted him to give me a letter to H.E. stating that (1) he would recall the O.K. Palawan, that
(2) he would like a certain sum to be settled by us per month instead of the revenue of Ulu Klang, and
(3) that he would agree to receive that sum for a certain number of years.’ (246) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Hanya selepas 14 Jul 1875, Wan Ahmad menyatakan bahawa beliau akan panggil Bahaman pulang ke Pahang. Kedua, dia mahukan pembayaran tersebut dibuat dalam bentuk bijih timah dan bukannya dengan duit. Lalu bertanyakan kepada Frank A. Swettenham jumlahnya, Swettenham menjawab 5 bahara.
Wan Ahmad membantah sambil menyatakan jumlah itu terlalu sedikit. Swettenham tanya berapa yang Wan Ahmad mahu? Wan Ahmad menyatakan dia mahu jumlah yang pernah dijanjikan oleh Tengku Kudin dan James G. Davidson dahulu iaitu 6 bahara. Maka Swettenham terpaksa bersetuju.
Maka Swettenham bertanya berapa lamakah ia harus dibayar. Wan Ahmad menyatakan dia tidak tahu sambil menyebut; mungkin 15, 20 atau 25 tahun.
Swettenham menawarkan 5 tahun. Wan Ahmad berasa marah sambil menyatakan ‘Tak payah bayar jika Swettenham merasakan dia tak layak menerimanya. Tetapi untuk tawaran jangkamsa 5 tahun, Wan Ahmad tolak sama sekali.
Swettenham menerangkan jumlah 5 tahun itu akan bernilai $20,000. Maka Wan Ahamd menjawab, ‘$20,000, tahukah berapa yang Pahang keluarkan untuk bantu Tengku Kudin? Takpe, beta tak mau sebut lagi.’ Swettenham menyatakan dia tidak tahu. Lalu Wan Ahmad menegaskan; $47,000.
Lalu Swettenham mneyatakan dia tidak mahu berbalah akan perkara tersebut dan mahu terus berbincang dengan Tengku Kudin sebagai kawan karibnya. (248) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘As regards the amount to be paid I may say that the ground had in a manner been cut from under my feet by T.Kudin’s having offered 6 bahras of tin a month instead of the revenues of Ulu Klang. (246) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘A question of boundaries coming up, the Bandahara said he believed Sir H. Ord had made a settlement but he had not informed of it. He declared Indau to be his.’ (261) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘The boundary established at the Endau River in agreement between Johore and Pahang in 1862 was negotiated by the bendahara’s predecessor and rival. Under this agreement Governor Sir Harry Ord made an award in 1868 which in effect confirmed the boundary line. Bendahara Ahmad, evidently was not informed of the decicion and clearly rejected the terms of the 1868 agreement.’ (261) - Burns (the Journals of F.A. Swettenham)
Tengku Kudin yang merupakan adik kepada Sultan Kedah ketika itu iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah menerima elaun bulanan sebanyak $10,000.00 sebulan daripada kerajaan negeri Kedah. Namun oleh kerana Tengku Kudin tidak banyak menyumbang jasa terhadap negeri Kedah, maka elaun itu sedang dipertimbangkan untuk dirtarik balik.
‘The Sultan of Kedah seaks of stopping T.Kudin’s allowance, $10,000 a year, as he is doing no work for Kedah.’ (250) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Anaknya bersama dengan Raja Arfah binti Sultan Abdul Samad iaitu Raja Muharam kemudiannya menjadi permaisuri negeri Selangor kepada Raja Sulaiman yang memerintah dari tahun 1898 hingga ke 1938. (xxiii) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
ORANG-ORANG MANDAILING TERPINGGIR DI BANDARNYA SENDIRI
‘The Mandeling men had better be in Ulu Langat and the Minangkabaow men in Ulu Klang to keep them separate, as Mandeling men had not fought in Ulu Langat, they had run away. (252) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Oleh kerana orang-orang Mandailing di Ulu Langat yang majoritinya di bawah pimpinan Sutan Naposo, Jabarayun, Jabarita dan Jabolga telah membelot terhadap orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur lalu bekerjasama dengan British, maka mereka akan terus ditempatkan di Ulu Langat tanpa diganggu oleh British.
Malahan Yap Ah Loy telah menunjukkan semangat kerjasamanya dengan pengkhianat-pengkhianat Mandailing ini dengan mendapatkan kerjasama mereka untuk menanam padi bagi membekalkan makanan kepada penduduk C
Cina di Kuala Lumpur.
‘Yap Ah Loy, we are told, persuaded the Sumatran villages in Ulu Langat to plant padi’ (20) - Tugby.
‘Ah Loy did all he could to encourage the Malays in the interior of Selangor to plant padi so that cheap local supplies of rice would become available to him., In a year or two he was able to get a considerable acreage planted around Cheras and Kajang.’ (90) - Middlebrook dan Gullick.
‘Sutan Puasa was already engaged in agriculture outside Kuala Lumpur in 1879.’ (41) - Gullick 2000.
Jutawan Mandailing Sutan Naposo telah kehilangan segala-galanya. Kawasan perlombangan dan pertanian beliau yang luas dari Kuala Lumpur, Ampang, Cheras, Kanching, Gombak, Setapak, Air Panas, Batu, Damar Sara dan lain-lain lagi semua tergadai dirampas musuh.
Sutan Naposo tinggal di Kajang dan kembali menceburi di dalam bidang pertanian dan perniagaan. Namun dengan modal yang terhad dan jaringan perniagaan yang kini telah dikuasai hampir seratu-peratus oleh orang-orang Cina pada masa itu, perniagaan Sutan Naposo tidak begitu berjaya. Sesekali beliau pulang ke Kuala Lumpur untuk berniaga di sana.
‘Sutan Puasa was still a trader in Kuala Lumpur.’ (99) - Middlebrook dan Gullick.
Malahan Sutan Naposo pernah meminta bantuan kewangan dari Frank A. Swettenham untuk mengusaha kembali perusahaan perlombongan bijih timah di Kajang.
‘...Sutan Puasa, who is at Kajang and had asked me to help him to open some mines.’ (278) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘...Kajang, a valuable mining area further up the Langat River.’ (172) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Setelah tamatnya Perang Kuala Lumpur dan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Mandailing di Selangor, sekumpulan orang-orang Mandailing yang berada di Ulu Langat meneruskan kehidupan mereka.
Tidak lama selepas itu, Tengku Kudin telah menganugerahkan gelaran Tok Setia Raja kepada Jabarita. Semenjak itulah Jabarita lebih dikenali sebagai Tok Setia Raja. Anugerah ini adalah untuk membalas jasa beliau yang bersubahat dengan Tengku Kudin untuk memujuk Sutan Naposo @ Sutan Puasa dan Jabolga agar meninggalkan kubu masing-masing semasa Perang Selangor. Jabarita kemudiannya mengambil nama Ibrahim sebagai namanya.
Bukit Nanas, kubu terkuat dan terakhir pejuang Mandailing di dalam Perang Kuala Lumpur yang juga merupakan pusat pemerintahan Kuala Lumpur dan pusat-pusat pondok pengajian agama Islam telah tercemar dan tergadai oleh kuasa-kuasa Barat. Pihak Inggeris telah menukar Bukit Nanas kepada kawasan kegiatan agama Kristian dengan membina gereja-gereja, rumah Bishop, asrama-asrama dan sekolah-sekolah agama Kristian di sana.
Ketiadaan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur telah meninggalkan satu ruang kosong di dalam kekuatan agama Islam di Kuala Lumpur yang tidak dapat diisi oleh orang-orang Melayu lain di Kuala Lumpur pada masa itu.
Malahan nama Bukit Nanas turut ditukarkan kepada Bukit Weld tanpa sebarang bantahan oleh orang-orang Melayu dan orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur pada masa itu.
Atas sebab yang sama, Kampung Mandailing juga ditukarkan nama menjadi Kampung Rawa pada 1883. Namun tidak lama selepas itu, Kampung Rawa turut ditukarkan nama kepada Batu Road. (92) – S.M. Middlebrook dan J.M. Gullick.
Selepas kejatuhan Mandailing di Kuala Lumpur @ Muara Bustak, nama Muara Bustak telah ditukarkan namanya kepada Kuala Lumpur mengikut bahasa yang sering digunakan oleh orang-orang Bugis di Selangor. Namun ia tetap membawa pengertian yang sama iaitu kuala yang berlumpur. Sejak hari itulah nama Muara Bustak lenyap sama sekali dari sejarah Tanah Melayu yang telah diaturkan mengikut acuan dan kehendak politik Inggeris.
KUALA LUMPUR KOTOR MENJIJIKKAN Suasana dan keadaan Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Yap Ah Loy pada masa itu dapatlah diringkaskan sebagai satu tempat yang sangat kotor dan menjijikkan.
‘The filth of the market is indescribable, everything that rots or becomes putir, all offal and refuse is thrown on to the ground or to the ditches which surround the she.’ (93) - Middlebrook dan Gullick.
‘In the rest of the town the refuse of the drains is simply removed thereform and laid on the side of the road.’ (93) - Middlebrook dan Gullick.
Keadaan pasar di Kuala Lumpur amatlah dahsyat. Kekotorannya tidak dapat dibayangkan lagi. Segala-gala jenis reput, najis, muntah, sampah busuk bersepah di merata-rata tempat. Kebanyakan longkang tersumbat dengan segala jenis sampah dan bahan buangan. Jika ada yang dikaut keluar, segala yang tersumbat di longkang dilambakkan di tepi-tepi longkang tanpa sesiapa mempedulikannya.
Jalanraya-jalanraya di sekeliling pasar sukar dilalui akibat longgokan-longgokan kotor ini;
‘The streets around the market were all but impassable alleys.’ (93) - Middlebrook dan Gullick.
Seorang tetamu yang datang berkunjung ke rumah Yap Ah Loy di Kuala Lumpur mengatakan bau terlalu busuk meloyakan sehinggakan sukar hendak menikmati makanan di Kuala Lumpur.
‘A visitor to Ah Loy’s house in the 1870’s said it took a strong stomach to get food down in the midst of that stench.’ (93) - Middlebrook dan Gullick.
Pelbagai jenis penyakit turut melanda Kuala Lumpur. Antaranya adalah penyakit taun yang melanda Kuala Lumpur sehinggakan sebahagian dari penduduk Kuala Lumpur lari ke tempat lain.
‘In such circumstance it was inevitable that fire and epideric disease would occur.’ (93) - Middlebrook dan Gullick.
‘Among the many epidermics a particularly severe onset of cholera in the late 1870’s caused a temporary flight of the population from Kuala Lumpur.’ (93) - Middlebrook dan Gullick.
Inilah yang dinamakan pentadbiran ‘hebat’ Yap Ah Loy.
‘...May 1879 when the Sultan had paid his first visit to Kuala Lumpur.’ (71) - Gullick 1993.
Pada bulan Mei 1879, semasa Sultan Abdul Samad buat pertama kalinya datang ke Kuala Lumpur bersama dengan Inspector Harry Charles Syers, Baginda telah diberikan sambutan yang hangat di Kuala Lumpur. Namun keadaan yang agak teruk menyedarkan kerajaan British sedar betapa teruknya keadaan Kuala Lumpur.
Akibatnya, pada bulan Sep 1879 seorang pegawai Inggeris ditempatkan di Kuala Lumpur. Pegawai-pegawai Inggeris terpaksa melawat Kuala Lumpur setiap bulan bagi memastikan keadaan Kuala Lumpur benar-benar terurus. Ini ialah kerana sebelum itu pegawai-pegawai Inggeris jarang melawat Kuala Lumpur.
Pada tahun 1880, Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai ibu negeri Selangor. Lantaran itu, seorang Residen Inggeris terpaksa ditempatkan di sana. Setelah itulah Kuala Lumpur berubah menjadi bertambah maju. Britsh telah membina rumah Residen yang dinamakan sebagai Carcosa di atas sebuah bukit yang terletak di sekitar kawasan perlombongan Sutan Naposo. Bangunan ini kemudiannya dijadikan sebagai pejabat British High Commisioner sebelum diserahkan kembali kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1986. (94-96) - Middlebrook dan Gullick.
Tengku Kudin dipaksa untuk bersara pada Nov 1878 dan pulang ke Kedah. Dia kehilangan segala-galanya di Kuala Lumpur walaupun dialah orang yang bermati-matian mengatur rancangan British untuk menakluki Kuala Lumpur. Inilah yang dikatakan yang dikejar tak dapat, yang dipegang keciciran. Jangan sekali bermain dengan rezeki haram.
Raja Ismail bin Raja Abdullah serta adik-beradiknya juga tidak mendapat sebarang habuan besar dari usaha mereka hendak menawan Kuala Lumpur dan Kuala Kelang. Kerajaan British menganggap mereka sebagai orang yang tidak berkelayakan untuk berbuat apa-apa pun. Mereka kemudiannya diberikan pencen untuk tidak menimbulkan kekacauan di Selangor.
‘Raja Mahdi still continued to demand Klang as his birthright.’ (199) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pada akhir 1875 itu, Raja Mahadi yang merasa kecewa akan nasibnya yang malang itu telah menyerah diri kepada Tengku Kudin. Di Kelang Tengku Kudin cuba memujuk Raja Mahadi agar menggugurkan tuntutannya terhadap Kuala Kelang dengan menawarkan pencen $350.00 sebulan, namun semua itu ditolak bulat-bulat oleh Raja Mahadi yang masih berkeras mengatakan Kelang adalah hak mutlak dirinya dan tidak ada sesiapa pun yang boleh mengambil Kelang dari dirinya. Lalu Raja Mahadi telah ditangkap dan dibawa ke Singapura untuk dipenjarakan.
Selepas setahun dipenjarakan dan atas rayuan dan permintaan bapa saudaranya Sultan Abdul Samad, maka Raja Mahadi dibebaskan. Tetapi beliau tidak dibenarkan untuk keluar dari Singapura. Maka Raja Mahadi pmenetaplah di Singapura sebagai orang buangan penjajah Inggeris di tanah airnya sendiri. Di sana setiap pergerakan beliau sentiasa diawasi dengan ketat.
Untuk mengelakkan Raja Mahadi membuat kacau di Singapura, maka kerajaan British telah memberikan Raja Mahadi wang pencen sebanyak $100.00 setiap bulan dan sebuah rumah kediaman untuk diduduki. Pernah Governor Sir Harry Ord menawarkan kepada Raja Mahadi untuk pulang ke Kelang tetapi ia dibantah oleh Sultan Abdul Samad habis-habisan.
Apabila bilangan penduduk Melayu khususnya orang-orang Mandailing dan Rawa bertambah ramai di pusat bandar, kerajaan Inggeris bercadang untuk memindahkan orang-orang Melayu tersebut ke kawasan penempatan yang baru yang pada masa itu agak jauh dari kawasan pusat bandar. Menurut rancangan tersebut, tapak Kampung Duri (Kampung Bunus atau Kampung Tok Bunus) akan dipilih sebagai kawasan penempatan baru tersebut.
Bagi memujuk orang-orang Melayu untuk berpindah ke tempat baru, rancangan perpindahan tersebut dinamakan Malay Agricultural Settlement (MAS) atau rancangan penempatan pertanian Melayu. Kononnya ia bertujuan untuk membolehkan orang-orang Melayu menumpukan kegiatan mereka di dalam bidang pertanian.
Namun sebenarnya program tersebut adalah sebagai dari rancangan ‘Divide and Rule Policy’ yang bertujuan memecahkan kekuatan orang-orang Melayu supaya senang untuk diperintah. Ini dapat dilaksanakan dengan memecahkan bilangan penduduk Melayu yang terlalu ramai dan padat yang mungkin akan membahayakan pusat pemerintahan kerajaan Inggeris di Kuala Lumpur.
Tembelang tersebut pecah apabila tanah yang disediakan oleh Inggeris itu tidak dapat digunakan sama sekali untuk aktiviti pertanian.
‘The land, however, was unsuitable for agriculture’ – The Sunday Star, 4 Feb 2001.
Maka pada tahun akhir tahun 1899 atas satu rancangan yang bermotifkan untuk menipu orang-orang Melayu khususnya orang-orang Mandailing, beribu-ribu orang Melayu khususnya orang-orang Mandailing dan Rawa dipindahkan ke tapak Kampung Duri yang seluas 91.8 hektar. Kampung penempatan tersebut dinamakan Kampung Baru. Sejak hari itulah nama lama Kampung Baru seperti Kampung Duri, Kampung Bunus atau Kampung Tok Bunus telah mula dilupakan. Malahan generasi baru orang-orang Mandailing sendiri tidak sedar bahawa Kampung Baru yang asal adalah dibuka oleh orang-orang Mandailing lebih 150 tahun yang lalu.
KETUANAN MELAYU YANG HILANG Patutlah kerajaan British sendiri mengakui bahawa tanpa orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur, orang-orang Melayu telah hilang panduan serta ketuanannya.
‘But there were no obvious candidates for the leadership of the Kuala Lumpur Malays. The Sumatran fighting captains of the civil war period had moved on or died off. (42) - Gullick 2000.
Lantas segala aktiviti perniagaan telah mula dikuasai oleh orang-orang Cina di Kuala Lumpur.
‘The former balance between local Chinese and Malay business activities was changing slowly.’ (27) - Gullick 2000.
Tiadanya orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur, orang-orang Melayu yang lain gagal memberikan saingan ekonomi di Kuala Lumpur sehingga Sultan Abdul Samad sendiri pernah mengeluh; ‘The Chinemen are olnly clever at one thing, that is cheating Malays.’ (91) – Middlebrook dan Gullick.
Tambahan pula raja-raja Selangor pada masa itu terus-terang mengangkat British sebagai pemerintah rasmi di Tanah Melayu.
‘These proclaimations would appear to be the Sultan’s dated 18 November 1874 and the Governor’s of 25 January 1875 announcing the appointment of Davidson and Swettenham to reside at Klang and Langat respectively and to assist the Sultan ‘to open up and govern his country.’’ (213) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Dalam sepucuk surat bertarikh 2 Oct 1874 bersamaan dengan 21 Shaban 1291 dari Sultan Abdul Samad kepada The Governor of Straits Settlements Sir Andrew Clarke pada masa itu, Sultan Abdul Samad menyatakan;
‘As to the $1000, I will pay that sum monthly to Mr. Swettenham and I should be much obliged if my friend would enter it into my country’s account. As to my friend’s request that I will enter into an agreement with my friend in order that my friend may collect all the taxes of my country, I should be very glad if my friend would set my country to right and collect all its taxes.’(341) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Pada 18 Nov 1874 bersamaan dengan 9 Syawal 1291, Sultan Abdul Samad mengistiharkan bahawa;
‘Be it known to all men that We, Sultan Abdul Samad bin Tunku Abdullah, who is now sitting on the throne of the Kingdom of Salangore, make this Proclamation.
Now, we wish to open our country Salangor (for trade) and its dependencies, and our intention is to secure peace and prosperity to all our subjects.
We have a British Officer by our request from His Excellency Sir Abdrew Clarke, R.E., C.B., K.C.M.G., Governor of the three Settlements, Singapore, Penang, and Malacca, from his Government to live with us.’ (340-342) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘The Sultan asked me who would now administer Perak, and I told him British Officers. ‘Ah’, he said, ‘Orang Kita’ (our own people), so much does he ally himself with the Govt.’ (312) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
‘R. Bot put 5 pieces of straw in a line and said, ‘Those are Singapore, S. Ujong, Salangor, Perak and Penang, and I hope the English Govt. will take them up like this (lifting one after another) until there are no more Malays Rajas in the Peninsular.’ (286) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)
Maka tidak hairanlah James G. Davidson diangkat menjadi Residen Selangor yang pertama pada bulan Jan 1875.
‘Davidson later became the first Resident to Selangor (1875-6).’ (49) - Burns (The Journals of J.W.W. Birch).
‘James Guthrie Davidson became British Resident to Selangor in January 1875.’ (xxiv) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Benarlah kata Frank A. Swettenham;
‘All places have that have lost their former greatness.’ (231) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham).
Kuala Lumpur nan hilang.