Pada sekitar tahun 1350, tersebutlah kisah lagenda salah seorang keturunan generasi yang ke 6 Raja Odap-Odap dan Ratu Borudiak Parujar yang bernama Datu Dandana Debata. Beliau merupakan seorang datu atau pawang di istana raja Mandala Holing di Pidoli pada masa itu. Beliau dikatakansangat sakti sehingga boleh melemparkan petir dari tangannya.
Datu Dandana Debata mempunyai seorang anak yang dinamakan Batak iaitu keturunan yang ke 6 dari Raja Odap-Odap. Seperti bapanya, Batak juga mempunyai ilmu kesaktian yang sangat tinggi. Dia dikatakan boleh menukarkan cuaca menjadi panas, mendung atau hujan. Lidahnya berbulu dan keningnya bersambung. Dirinya juga dikatakan sangat kebal dan mempunyai tenaga yang luar biasa. Dia juga berkebolehan untuk terbang ke mana-mana tempat yang dia sukai.
Pada masa itu, ketua bagi seluruh golongan hatoban atau hamba adalah Datu Ompung Dolom. Walaupun dilantik sebagai ketua segala hamba di Mandala Holing, dia tidak dibenarkan bersuara di dalam istana. Apa yang dibenarkan hanyalah menerima kerja yang diberikan. Dan dia mempunyai seorang anak perempuan yang sangat jelita.
Kerajaan Mandala Holing pada masa itu mengamalkan sistem kasta yang diwarisi dari tamadun Parsi di Persepolis dan tamadun Munda di Tanah Besar India. Dalam sistem kasta ini, seorang yang berketurunan raja adalah dilarang keras bercampur darah dengan seorang berketurunan hamba. Pada masa itu, larangan ini sangat diikuti dengan keras kerana adat itu adalah raja dan raja itu adalah adat. Kesalahan adat dianggap sebagai menderhaka kepada raja.
Manakala adat pada masa itu lebih berkisar di dalam kehidupan Bagas Godang atau istana. Pada masa itu orang-orang yang terlibat, bekerja atau bersangkutan dengan Bagas Godang dianggap sebagai orang yang mulia kerana dianggap sebagai orang-orang yang tahu adat.
Maka tersebutlah kisah Batak yang telah jatuh cinta kepada anak perempuan Datu Ompung Dolom. Datu Ompung Dolom merupakan ketua segala hamba di dalam Sopo Godang manakala Datu Ompung Luar merupakan ketua segala hamba di luar Sopo Godang. Walaupun berkali-kali ditegah, namun Batak tetap mahukan anak perempuan Datu Ompung Dolom. Maka pada suatu hari, terjadilah mukah haram di antara Batak dan anak perempuan Datu Ompung Dolom. Selepas beberapa bulan, anak perempuan Datu Ompung Dolom didapati mengandung. Apabila Raja Mandala Holing mendapat beritatersebut, baginda segera mengarahkan tenteranya untuk menangkap Batak. Tetapi tidak ada seorang yang berani menyahut cabaran raja kerana Batak sangat terkenal dengan ilmu kesaktiannya. Namun ada juga pahlawan-pahlawan Mandala Holing yang menyahut seruan diraja. Tetapi semua pahlawan yang menyahut cabaran diraja itu mati terkorban dalam pertarungan dengan Batak.
Apabila arang terconteng ke muka, Raja Mandala Holing segera memanggil Datu Dandana Debata untuk mengadap. Raja Mandala Holing menitahkan agar Datu Dandana Debata mencuci arang di muka dan menentang anaknya sendiri.
Maka berkatalah Datu Dandana Debata kepada Raja Mandala Holing;
‘Ampun Bagindo beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Akan Batak itu tidak ada sesiapa pun yang dapat membunuhnya. Kerana patik telah turunkan segala ilmu dan muslihat peperangan. Lagipun, tidak boleh kita menitikkan darah raja di tano handur, tano malambut, tano hulambu jati, tano padang bakkil Mandailing, tano si ogung-ogung; parsirangan ni tano, pardomuan ni aek; Sian ima dalan laho tu ginjang, partuatan ni Ompunta: Debata na tolu, na tolu Suhut, na opat harajaon tu banua tonga on. Disima parangin-anginan ni Ompunta Siboru Deakparujar, sideak uti-utian, sigodang ujar-ujaran...’
Maksudnya janganlah menitikkan darah raja di tanah lembah, tanah kelabu sejati, dari tanah padang bakil Mandailing, tanah yang termashur, bagaikan suara yang merdu, perpisahan daripada tanah, pertemuan daripada air. Di situlah tangga jalan ke atas, tempat turunnya Empu kita: Debata Nan Tiga, Nan Tiga Segi, Nan Empat Kerajaan ke benua tengah ini. Di situlah tempat bertemasha Empu kita Siboru Deakparujar, yang sangat cerdik dan banyak akal.
Maka raja pun terdiam lalu berjanji tidak akan membunuh atau mencederakan Batak sambil menitiskan air mata. Setelah menerima pengakuan raja itu, Datu Dandana Debata mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk membuat jala 3 warna, iaitu putih, merah, hitam.
Diagram 1 – Salasilah Asal Raja Batak yang Pertama
Putih melambangkan ‘Banua Ginjang’ iaitu benua kayangan atau langit. Merah melambangkan ‘Banua Tonga’ iaitu benua dunia atau bumi. Manakala hitam melambangkan ‘Banua Toru’ iaitu benua bawah tanah atau air di bawah tanah. Ketiga-tiga warna batak ini melambangkan darah putih, darah merah dan darah hitam di dalam tubuh badan manusia.
Sehingga kini warna itu dikeramatkan sebagai warna adat Batak kerana warna jala itulah yang kemudiannya melahirkan sebuah bangsa baru yang dinamakan Batak. Sedangkan warna kebangsaan Mandailing itu adalah merah, kuning dan hitam.
Setelah siap, Datu Dandana Debata segera terbang ke atas bumbung rumah Batak sambil mengarahkan orang-orangnya memanggil Batak keluar bertarung senjata. Sejurus sahaja Batak keluar dari rumah dengan senjatanya yang terhunus, maka ditebarkan jala 3 warna itu lalu Batak pun terperangkap dan gugurlah segala ilmu kesaktian Batak.
Sejak itulah rumah-rumah orang-orang Mandailing, Bagas Godang, Istana Raja Mandailing telah dilentikkan dan ditajamkan hujung atapnya agar tidak ada orang yang boleh menebarkan jala dari atas bumbung. Malahan topi raja-raja Batak juga diadakan satu tanduk supaya musuh tidak mudah untuk menebarkan jalan ke atasnya.
Batak kemudiannya dihadapkan ke hadapan Raja Mandala Holing di sidang adat. Maka Batak dihukum dibuang negara bersama seluruh keturunan Datu Ompung Dolom yang merupakan keturunan Hatoban atau hamba.
Maka raja pun bertitah;
‘Hei Si Batak! Nyahlah kau dari Tanah Mandailing sebagai orang yang hina, tak tahu adat, degil, bandel, kasar, rendah martabatnya ...’
Lalu dilepaskan seekor ayam putih sambil melafaz 4 sumpah;
Sumpahan 1 - ‘Hei Si Batak, kamu diusir ke sebuah pulau yang terletak di atas puncak gunung panas yang dikelilingi air, yang tanahnya gersang tiada tumbuh-tumbuhan atau binatang, terpencil dari pandangan manusia dan jin, menandakan kamu orang yang terbuang ...’
Sumpahan 2 - ‘Mulai hari ini, semua keturunan kamu hendaklah dimulai namanya dengan panggilan Si... sebagai tanda orang yang hina dengan martabat yang rendah ...’
Sumpahan 3 - ‘Maka tidak boleh keturunan kamu memakai perhiasan daripada logam kecuali dari manik sebagai tandanya kamu dari keturunan yang hina ...’
Sumpahan 4 - ‘Dan tidak boleh kamu meninggalkan pulau tersebut selama 7 keturunan. Selepas itu jika ada yang pulang ke Tanah Besar, maka hendaklah rumahnya dipagar dengan rumpun buluh supaya jelas kamu dari keturunan orang yang terbuang ...’
Ini ialah kerana buluh adalah simbol kehinaan di Tanah Mandailing. Di Mandailing, hanya rumah seorang hamba sahaja yang diperbuat daripada buluh. Manakala seorang raja atau bangsawan yang tewas dalam pertarungan atau peperangan, rumahnya dibina berdindingkan papan bertanggakan buluh. Dia dilarang memakai payung kuning, dilarang memukul Gondang Sembilan dan dilarang memotong kerbau.
Manakala di Tanah Batak khususnya di persisiran Pulau Samosir dan Danau Toba, hampir kesemua rumah di situ diperbuat dari buluh menandakan sumpahan 7 keturunan yang telah tamat.
Malahan sehingga ke kurun ke 18, raja-raja Batak yang mahu memakai perhiasan dari logam, maka dia akan memotong seekor babi atau seekor lembu dan diberi makan kepada seluruh penduduk kampung. Setelah logam itu siap untuk dipakai, ia hendaklah dipakai oleh hambanya dahulu untukmembuang sial. Selepas hambanya memakai logam itu, dia akan diarak di atas usungan ke seluruh kampung. Apabila selesai diarak, maka hamba itu kembali mengadap raja Batak. Di situ, raja Batak akan memijak kepala hambanya itu lalu dipancung kepalanya sebagai membunuh sial. Hanya selepas itu barulah logam perhiasan tadi dipakai oleh raja.
Begitulah sumpahan ke atas Siraja Batak dan keturunannya selama 7 keturunan. Mereka telah terpisah dari pandangan manusia dan binatang selama 7 keturunan kerana menentang raja dan adat. Walaupun Si Raja Batak itu berasal dari Raja Mandala Holing, namun kedudukan dia telah menjadi hatoban iaitu kasta terendah di Mandala Holing setelah darah keturunannya bercampur darah hamba. Manakala mulai hari itu Datu Dandana Debata telah dianggap oleh orang-orang Batak sebagai salah satu Tuhan yang turun ke mukabumi dan menjadikan bangsa Batak. Sehingga ke hari ini di Tanah Batak Datu Dandana Debata membawa pengertian sebagai Tuhan yang turun ke bumi.
Sejak itulah sesiapa sahaja yang menentang raja di Tanah Mandailing akan digelar Batak. Sejak itu jugalah seluruh keturunan Batak dan marga-marga mereka bermula dengan panggilan ‘Si’ sehinggakan raja di Tanah Batak juga menggunakan gelaran ‘Si’ pada nama mereka seperti Sisingamangaraja.
Penggunaan nama yang dimulai oleh ‘Si’ di pangkalnya menunjukkan kedudukan martabat orang yang rendah, lemah dan tidak mempunyai darjat seperti Si Luncai, Si Awang dan Si Buyung. Manakala dalam istilah purbakala pula, ‘Sang’ digunakan untuk seseorang dari keturunan bangsawan seperti Sang Sapurba, Sang Nila Utama dan sebagainya. Begitu juga di alam rimba, binatang yang lemah akan dipanggil Si Katak, Si Cicak, Si Monyet. Manakala binatang yang gagah pula akan dipanggil Sang Harimau, Sang Buaya, Sang Gajah.
Nama-nama marga atau puak di Batak juga bermula dengan ‘Si’ seperti Siregar, Simanjuntak, Simalungun, Sinambela, Sinaga, Simatupang, Siraja, Siotang dan sebagainya. Manakala nama-nama marga di Mandailing langsung tidak menggunakan ‘Si’ seperti Nasution, Lubis, Rangkuti, Batu Bara, Parinduri dan sebagainya.
Jelas istilah Batak di Mandailing bukan sahaja bermaksud suatu nama atau suatu bangsa, malahan ia adalah satu istilah yang digunakan oleh orang-orang Mandailing untuk menggambarkan sikap seseorang yang tidak tahu adat, tidak tahu tertib, kasar dan tidak terkawal sikapnya. Ia juga digunakan kepada orang yang rendah martabatnya.
Diagram 2 – Salasilah Awal Orang-Orang Batak
The hard, merciless Batak.’ (138) – Schnitger 1939.
Dari aspek geografi pula, tanah di Pulau Samosir di Danau Toba itu sangatlah gersang. Tidak ada manusia primitif yang sanggup pergi ke sana dan membuka penempatan untuk anak-cucu mereka. Mana-mana manusia yang waras sudah pasti mencari tanah yang subur untuk bercucuk tanam kerana itulah sumber kehidupan masyarakat dahulukala.
‘The west and south ascend gradually into a hill district, then changes suddenly into a high plateau, which rises on the east side to a height of 1600m, sloping abruptly into the Toba Lake. In the centre is a wide, barren highland.’ (101) – Schnitger 1939.
Tidak pernah wujudnya satu tamadun di dunia yang bermula dari lohong gunung berapi yang gersang lalu turun ke lembah sungai. Malahan semua tamadun di dunia bermula dari lembah sungai atau di tepi laut lalu menuju ke kawasan pergunungan. Jelas ada sebab istimewa dan sebab khas orang-orang Batak tiba-tiba muncul di Pulau Samosir yang gersang seluas 627km persegi yang terletak di tengah-tengah Danau Toba yang merupakan tasik sedalam 300m yang merupakan sebuah lohong yang terbentuk akibat dari letusan gunung berapi 75000 tahun dahulu.
‘In the dark ages, volcanoes belched forth their molten lava over Samosir. On all sides are colossal masses of cliff and boulders, scattered over hills and dales as by a giants’ hand.’ (101) – Schnitger 1939.
Pada zaman dahulu, mereka yang mendiami dataran tinggi dan gunung-gunung merupakan mereka yang kalah perang atau tumpas dalam persaingan dengan tamadun-tamadun lain. Hanya kerajaan yang kuat sahaja yang sanggup tinggal dan bercucuk tanam di tanah-pamah atau lembah yang sentiasa terdedah kepada perebutan dan serangan musuh.
Ada pula yang mengandaikan bahawa orang-orang Batak berhijrah dari kawasan lembah di Portibi lalu ke Pulau Samosir akibat banjir dan lain-lain bencana alam. Namun persoalannya kenapa Pulau Samosir yang sangat gersang yang menjadi destinasi utama? Apakah tidak ada lagi tanah-pamah diTanah Besar Sumatera sehingga orang-orang Batak terpaksa memilih untuk membawa 7 generasi mereka tinggal di Pulau Samosir yang gersang? Malahan Pulau Samosir itu sering ditimpa banjir besar akibat dari tanahnya yang gondol.
‘There are no actual mountain peaks. The island has no forest with the result that in the rainy season the little rivers change within a few hours into mighty floods, which are very destructive.’ (101) – Schnitger 1939.
Belum ada satu tamadun bangsa di dunia yang melarikan dari bencana alam lalu memilih untuk tinggal di tempat yang mati lagi tandus seperti Pulau Samosir yang juga sering ditimpa bencana alam.Malahan pada masa itu Tanah Besar Sumatera masih luas terbentang. Terdapat beribu-ribu lembah yang subur di Tanah Besar Sumatera yang tidak jauh dari Pulau Samosir seperti Deli, Rokan, Kampar, Jambi yang tidak didiami ramai manusia.
Maka segala-galanya terjawab dengan lagenda 4 sumpahan Raja Mandailing ke atas Raja Batak kerana menderhaka kepada raja.
Salasilah raja-raja Batak menunjukkan mereka berasal dari Tanah Mandailing. Tetapi tidak ada satu pun Tarombo Diraja Mandailing dari marga Nasution mahupun marga Lubis menunjukkan mereka dari keturunan Batak. Sebaliknya marga Nasution itu berasal dari Minangkabau dan marga Lubis berasal dari Bugis.
Orang-orang Batak menganggap angka 7 sebagai angka keramat mereka kerana selepas 7 keturuan barulah mereka terlepas dari sumpahan Siraja Batak.
‘The number ‘seven’ plays an important part in Batak religion.’ (84) – Schnitger 1939.
Manakala orang-orang Mandailing menganggap angka 9 sebagai angka diraja kerana 9 itu adalah angka hidup di mana walau ‘dilawankan’ atau didarabkan dengan apa-apa nombor sekalipun, maka campuran nombor yang terhasil jika dibulatkan menjadi 1 angka, maka ia tetap menjadi 9.
Diagram 3 – Angka 9 Angka Diraja Mandailing
9 x 1 = 9
9 x 2 = 18, 1 + 8 = 9
9 x 3 = 27, 2 + 7 = 9
9 x 4 = 36, 3 + 6 = 9
9 x 5 = 45, 4 + 5 = 9
9 x 6 = 54, 5 + 4 = 9
9 x 7 = 63, 6 + 3 = 9
9 x 8 = 72, 7 + 2 = 9
9 x 9 = 81, 8 + 1 = 9
9 x 10 = 90, 9 + 0 = 9
9 x 11 = 99, 9 + 9 = 18, 1 + 8 = 9
9 x 12 = 108, 1 + 0 + 8 = 9
9 x 13 = 117, 1+ 1 + 7 = 9
9 x 14 = 126, 1 + 2 + 6 = 9
9 x 15 = 135, 1 + 3 + 5 = 9
9 x 16 = 144, 1 + 4 + 4 = 9
9 x 17 = 153, 1 + 5 + 3 = 9
9 x 18 = 162, 1 + 6 + 2 = 9
9 x 19 = 171, 1 + 7 + 1 = 9
Orang-orang Mandailing purba sebenarnya menganut agama Buddha sedangkan orang-orang Batak itu beragama animisme seperti orang-orang asli. Mereka masih menganut agama animisme sebelum sebahagian kecil daripada mereka dipaksa memeluki agama Islam semasa gerakan Jihad Padri pada tahun 1818 serta penaklukan mutlak penjajah Belanda yang menyebarkan agama Kristian pada akhir kurun ke 19.
Dari segi adat dan pakaian perkahwinan, pakaian pengantin orang-orang Mandailing mempunyai persamaan dengan pakaian pengantin orang-orang Munda di Tanah Besar India. Malahan bulung atau tanjak yang dipakai oleh pengantin lelaki orang-orang Mandailing adalah lebih kurang sama dengan tanjak yang dipakaikan kepada Dewi Mithra iaitu salah seorang dewa-dewa yang dipuja di Parsi. Ini jauh berbeza dengan orang-orang Batak yang mempunyai pakaian yang unik dan pelik. (456) – Basham.
Orang-orang Batak, apabila berlakunya kematian, sangat memberatkan peripenting tempat atau lokasi persemadian. Orang-orang Batak mahukan tempat perkuburan mereka dibuat di tempat-tepat tinggi. Mereka percaya semakin tinggi tempat perkuburan mereka, maka semakin hampirlah roh mereka dengan syurga. Itulah sebabnya kubur orang-orang Batak sering bertaburan dan tidak terkumpul di satu-satu tempat. Ada yang dikebumikan di halaman rumah, ada pula di dalam kebun dan sesetengah dikebumikan di ladang sendiri. Maka tidak hairanlah di sepanjang perjalanan ke Brastagi dan Danau Toba dari Prapat, terdapat banyak kubur di setiap puncak bukit. Malahan di kawasan air terjun Sipiso-Piso yang merupakan kawasan yang terpencil dan sangat sukar didaki turut terdapat banyak kubur orang-orang Batak yang bertaburan.
Manakala makam orang-orang Mandailing pula sangat berbeza. Sejak turun-temurun lagi, makam orang-orang Mandailing adalah terkumpul di satu kawasan khas iaitu kawasan perkuburan. Tidak pernah jenazah orang-orang Mandailing dimakamkan sesuka hati di merata-rata tempat. Kebanyakan kawasan perkuburan orang-orang Mandailing terletak di lembah-lembah dan di kawasan rendah khususnya tempat pertemuan 2 buah sungai kerana tempat-tempat sebegitu dipercayai oleh nenek-moyang orang-orang Mandailing sebagai makmur dan dirahmati Tuhan. Malahan di kawasan lembah dan tempat rendah, suasananya lebih sejuk dilitupi pokok-pokok yang banyak serta lebih basah.
Kedatangan agama Islam di Tanah Mandailing memperkuatkan lagi amalan mengumpulkan makam di kawasan perkuburan khas. Jelas bahawa cara orang-orang Mandailing memakamkan jenazah mereka sangat berbeza dengan cara orang-orang Batak.
Terdapat beberapa kawasan perkuburan orang-orang Mandailing yang ditempatkan di kawasan-kawasan lembah seperti di
a. Kuala Lumpur atau Muara Bustak yang terletak di antara Sungai Kelang dan Sungai Gombak di mana tempat pertemuan 2 sungai tersebut asalnya merupakan kawasan perkuburan orang-orang Mandailing
b. kawasan perkuburan di Kampung Changkat Piatu yang terletak di antara Sungai Pinji dan Sungai Kinta
c. kawasan perkuburan di Kampung Ulu Slim yang asal yang terletak di antara Sungai Gelinting dan Sungai Slim
d. kawasan perkuburan Kampung Air Kuning yang terletak di kawasan sejuk dan lembap di bawah rimbunan pokok-pokok getah
Malahan dari segi kajian sains anatomi yang baru sahaja diperkenalkan dalam tahun 1960an, orang-orang Batak itu fizikalnya rendah, berambut kerinting, berhidung lebar dan kepalanya menonjol ke belakang. Ini sekaligus menggambarkan fizikal asal Datu Ompung Dolom yang pendek, berambut kerinting berhidung lebar dan kepalanya benjol ke belakang.
Mengikut teori anatomi, orang-orang Batak mempunyai persamaan ciri fizikal dengan orang-orang Negrito di Afrika, orang-orang Weda di Sri Lanka dan orang-orang Asli di Irian Jaya. Manakala orang-orang Mandailing pula agak tinggi dan tegap, berkepala bulat, berkulit putih kuning dan putih kemerah-merahan, berambut ikal mayang dan berombak.
Sikap orang-orang Batak pula sangat kasar, tidak teratur dan sukar mengawal perasaan. Mereka juga jarang menghormati hak-hak orang lain. Mereka agak pengotor dan jarang berkemas kecuali yang pernah merantau ke negeri orang. Ciri-ciri ini jelas menunjukkan mereka ini terdiri daripada manusia yang kurang sopan. Sifat-sifat orang-orang Batak ini tidak ada pada orang-orang Mandailing pada zaman dahulu. Malahan di Tanah Mandailing, apabila anak mereka berkelakuan jahat dan degil, secara spontan mereka akan memaki ‘Bataknya kau ni’ bagi menunjukkan rasa jijik mereka.
Batak di sini bukanlah suatu nama atau bermaksud suatu bangsa, sebaliknya ia adalah satu istilah yang digunakan oleh orang-orang Mandailing untuk menunjukkan sikap seseorang yang tidak tahu adat, tidak tertib, kasar dan tidak terkawal sikapnya. Ia juga digunakan kepada orang yang rendah martabatnya.
Justeru itu mustahil jika dikatakan tamadun Mandailing itu berasal dari Batak. Tetapi sebaliknya banyak bukti menunjukkan bahawa orang-orang Batak itu berasal dari Tanah Mandailing.
Salasilah raja-raja Batak menunjukkan mereka berasal dari Tanah Mandailing. Manakala tidak satu pun Tarombo Diraja Mandailing dari marga Nasution ataupun marga Lubis menunjukkan mereka dari keturunan Batak. Sebaliknya ia menunjukkan marga Nasution berasal dari Minangkabau dan marga Lubis dari Bugis.
Tetapi bukti yang paling kukuh dan paling jelas ialah apabila Tonggo-tonggo SiBorudiak Parujar iaitu satu doa orang-orang Toba tua yang berbentuk syair purba Batak yang sehingga ke hari ini masih dibacakan di setiap upacara sajian kecil dan besar orang-orang Batak yang menyatakan bahawa nenek moyang orang Batak datang dari kayangan dan tempat temasya iaitu Tanah Mandailing.
Begitu juga di setiap rumah adat orang-orang Batak di Tanah Besar Sumatera terdapat gambar cicak yang menjadi simbol pengadapan Raja Odap-Odap kepada tunangnya Ratu Borudiak Parujar di Pidoli.
Maka jelaslah Mandailing itu bukan Batak walaupun Batak itu asalnya dari Tanah Mandailing.